NOV 23 — Berapa agaknya bakhsis — komisyen — atas RM250 juta projek gembala lembu yang dianugerah kepada keluarga menteri Shahrizat Jalil?
Kalau kroni Datuk Seri Najib Razak beroleh sekitar setengah bilion dari urusan membeli kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang dari Rusia untuk pertahanan Malaysia, maka apakah tiada habuan bagi pihak yang di belakang kroni projek gembala ini?
Boleh jadi tidak ada. Oleh kerana golongan umarak yakni pemimpin-pemimpin pemerintah di negara kita sejak merdeka dilihat menjadi hantu menyedut komisyen dari setiap projek mega, maka payah untuk mencari yang mana tidak jadi mangsa hantu.
Bagi orang besar dalam sebuah masyarakat rasuah adalah ibarat anjing yang tidak makan tahi, tetapi apabila terjumpa tahu lalu dihidunya. Orang besar yang tidak rasuah dalam masyarakat rasuah ada seperti anjing yang mengidu tahi.
Amat payah bagi masyarakat Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional tidak dapat apa-apa dari sebarang projek yang dirancang.
Betapa teruknya penyakit sosial itu hingga ada pemimpin yang diberi jolok “Mr Clean” seperti yang diterima oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.
Sebagaimana tidak ada orang Umno lain selain dari Al-Marhum Tan Sri Syed Jaafar Albar digelar singa Umno, maka belum ada yang lain dari pemimpin kerajaan yang dinamakan “Mr Clean” selain dari Tun Lah Badawi.
Mengapa yang lain tidak diberi jolokan itu? Tentulah masing-masing tidak sesuai dengan sifat itu. Tetapi apakah dia benar-benar seperti yang disifatkan itu? Itu pun ada takwil juga.
Justeru itu telah ada tanggapan umum, setiap projek baik kecil mahu pun besar, selain dari tujuan membangunkan negara, adalah untuk berlumba-lumba mencari habuan.
Bagi projek sekecil balai raya di kampung, ada bakhsis untuk Penghulu atau Pengerusi JKKK, sesuai dengan pimpinannya di desanya. Dan bagi yang sebesar menteri pula, sesuai pula baginya dengan projek mega.
Maka setiap projek mega itu selain dari tujuan membangunkan negara, adalah satu kesemepatan masing-masing untuk membuncitkan perut.
Itulah anggapan umum kepada pimpinan masyarakat rasuah baik di barat mahu pun di timur.
Maka dalam suasana itulah masyarakat melihat usaha membangunkan menggembala lembu feedlot yang pengedaliannya diberi kepada suami dan anak-anak Menteri Shahrizat Jalil.
Setiap pemberian projek baik mengikut peraturan mahu pun tidak mengikut peraturan akan tetap ditanya. Itulah sifat manusia yang hidup. Dalam pengurusan yang mahukan pertanggungjawaban atau akauntebiliti, setiap pertanyaan itu adalah audit bagi memestikan semuanya mengikut peraturan. Yang lurus ditanya dan yang bengkok pun ditanya.
Apa lagilah sesuatu yang melibatkan isteri menteri dan suami menteri. Lagi cepatlah ia ditanya.
Itulah sebabkan urusan gembala lembu melibatkan 250 juta wang negara dan wang rakyat ditanya oleh Ketua Audit Negara. Setiap yang ditegur oleh Laporan Audit Negara adalah penting dan patut. Maka wajarlah orang ramai bertanya tentang yang ditanya oleh Ketua Audit Negara itu.
Apa lagilah yang ditanya itu adalah melibat suami dan anak-anak menteri, masing-masing bukan pula ahli di bidang itu.
Orang percaya mesti ada rundingan antara suami menteri dengan pihak yang meluluskan pemberian projek termasuklah jumlah duit yang terlibat.
Dalam Laporan Audit itu juga ada menyebut adanya teropong dibeli mahal dari harga pasaran dan begitu juga komputer murah dibeli mahal. Maka bukan mustahil belanja beli lembu jadi begitu juga.
Anggapan umum kepada kerajaan BN, antara nilai sesebuah projek ada peruntukan menghadapi pilihan raya, untuk pentadbiran parti, urusan orang tengah dan untuk orang itu dan orang ini. Oleh kerana menteri-menteri adalah alim kucing, habuan mereka juga ada. Kadang-kadang habuannya itu dikatakan untuk parti dan untuk pilihan raya.
Bukan mustahil duit suku bilion bagi bagi projek gembala itu termasuk untuk PRU 13 dan juga untuk dikongsi dengan semua hantu-hantu tertentu.
Kalau bakhsis itu diandaikan 10 peratus, maka senang ia dapat 25 juta.
Inilah yang dirunsingkan oleh Bung Mokhtar, MP BN Kinabatangan. Katanya, ia menyusahkan Umno untuk menjawabnya. Padanya, Shahrizat mesti meletak jawatan.
Bung Mokhtar bukan malaikat dalam Umno, tetapi kes gembala lembu itu sudah terbongkar dan payah ditutup.
Kalau beli kapalselam dan jet pejuang Rusia adalah skendal Najib, maka urusan gembala ini adalah masalah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum kemeneriannya diserah kepada Noh Omar.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/berapa-bakhsis-atas-rm250-juta/