Monday, January 3, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!

Hari ini semua sekolah seluruh negara memulakan sesi persekolahan 2011. Yang peliknya bukan anak-anak murid sahaja yang ke sekolah, ibubapa, nenek, datuk, abang, kakak turut ke sekolah. Hari ini pakai baju baru, beg baru, stokin baru, kasut baru, malah boleh dikatakan semua baru. Inilah seronoknya anak-anak zaman ini, bila buka sekolah, semua nak yang baru, termasuklah anak saya.
Yang peliknya kenapa pula nenek, datuk, ayah,ibu, kakak, abang pun turut ke sekolah? Ini berlaku kerana nak hantar adik, anak, cucu  yang baru masuk pra sekolah, tahun 1, tingkatan 1, ke sekolah asrama penuh dan sebagainya.

Seronoknya melihat telatah anak-anak yang baru memulakan persekolahan. Saya sekarang jadi suri rumah sepenuh masa, sebab dah bersara. Pagi tadi sewaktu menghantar anak bongsu ke SHAMS sempat juga melihat kesibukan depan sekolah SK Seri Budiman dan SMKA Sheikh Abdul Malek, sekolah yang pernah saya bertugas sebagai guru. Jalan penuh sesak, banyak kereta, double line. Ibubapa ikut suka hari meninggalkan kereta mereka di tepi jalan. Biasalah tu hari pertama persekolahn. Tapi kalau depan SKSS1 saya kira teruk, jam gila.  Tiada pilihan.

Untuk memulakan sesi persekolahan hari ini, saya pasti para gurulah orang yang paling sibuk, terutamanya guru-guru tahun 1, tingkatan 1 dan pra sekolah. Ibu bapa, mak cik, pak cik, nenek, datuk memang akan mengelilingi bilik darjah menunggu anak-anak, cucu mereka memulakan sesi persekolahan hari ini. Keadaan ini adalah pandangan biasa pada hari pertama persekolahan. Maklumkah ada juga anak-anak yang mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri mereka di alam yang baru.

Untuk itu saya mengucapkan selamat bersekolah kepada anak-anak tahun 1, pra sekolah. Guru-guru bersabarlah. Untuk sedikit renungan dan peringatan saya kongsikan artikel berikut untuk semua guru dalam menggilap kerjaya pendidik;

GURU, MU'ALIM, MU'ADDIB,MURABBI,MURSYID, DAN MUDDARIS
www.iluvislam.com editor: azzahra_solehah

Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu'allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu'allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu'allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu'allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.


Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu'addib (Ta'dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu'addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu'addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu'addib adalah menyiapkan mu'addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu'addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu'addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah ... (Maksud Al-Qur' an Hud :29)

Berdasarkan ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.

Hmm...hebatkan peranan guru! Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya sesuai dengan tema sambutan hari guru, "Guru pembina negara bangsa."

Teringat aku akan teman seperjuangan yang telah bersara tempoh hari. Walaupun telah bersara, sesekali Cikgu Melur akan datang juga ke sekolah menjenguk kawan-kawan. Dalam hatinya terasa rindu kepada suasana persekolahan yang telah sebati di dalam jiwa. bBegitulah guru. Walaupun telah bersara panggilan keramat "cikgu" tetap dibawa ke mana saja mungkin juga hingga ke liang lahat.

 
nota: artikel ini diambil dari laman blog SHANIZA

Friday, December 31, 2010

Gaya hidup tak aktif punca obes

Oleh Habsah Dininecah@bharian.com.my 2010/12/31

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersama peserta pada Pelancaran 10,000 Langkah Sehari untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin  bersama peserta pada Pelancaran 10,000 Langkah Sehari untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Pemakanan sihat cegah berlebihan berat badan, penyakit tidak berjangkit

PEMAKANAN yang tidak sihat adalah apabila makanan atau minuman yang diambil mengandungi lemak, gula dan garam yang tinggi ditambah pula dengan gaya hidup tidak cergas kini menjadi penyumbang utama penyakit tidak berjangkit (NCD). 

 
Pada masa sama, ia menjadi penyebab kepada penyakit kardiovaskular, diabetes Jenis 2 dan beberapa kanser.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati sejumlah 2.7 juta kematian di seluruh dunia adalah akibat kurang pengambilan buah-buahan dan sayuran.

Kira-kira 19 peratus daripada jumlah itu mati akibat kanser gastrik usus, manakala kira-kira 31 peratus lagi akibat penyakit koronari jantung, sementara 11 peratus lagi akibat strok.

Sejumlah 1.9 juta kematian pula disebabkan fizikal yang tidak aktif. Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk dunia tidak melakukan aktiviti fizikal aktif harian pada kadar minimum 30 minit sehari seperti disarankan.

Gaya hidup yang tidak aktif dan pemakanan tidak sihat ini menjadi penyumbang utama masalah berlebihan berat badan dan obesiti.
Obesiti akan meningkatkan risiko penyakit jantung yang serius seperti penyakit kardiovaskular (terutama penyakit jantung dan strok), diabetes, kanser payu dara, kolon dan endometrial.

Pada 2005 saja, sejumlah 1.6 bilion orang dewasa yang berusia 15 tahun dan ke atas didapati mempunyai berlebihan berat badan, manakala 400 juta lagi orang dewasa mempunyai masalah obesiti di seluruh dunia.

Oleh itu, menjelang 2015, sejumlah 2.3 bilion orang dewasa bakal memiliki berlebihan berat badan dan lebih 700 juta lagi menjadi obes dan angka ini sungguh membimbangkan kerana mereka bakal berdepan risiko yang boleh membawa maut.

Masalah berat berlebihan dan obes juga turut melanda kanak-kanak. Pada 2005 saja, sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami masalah ini.

Kanak-kanak obesiti sering kali dikaitkan dengan mati awal dan hilang keupayaan diri apabila mereka dewasa kelak.

Berlebihan berat badan dan obesiti juga didapati semakin meningkat di kalangan penduduk negara berpendapatan rendah dan sederhana, terutama yang menetap di bandar besar.

Melihat kepada keseriusan kedua-dua masalah ini, Strategi Global Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan, WHO menggariskan beberapa perkara perlu diberi penekanan dan keutamaan penduduk seluruh dunia.

Orang ramai disaran mengamalkan diet sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal serta mengelakkan pengambilan atau penggunaan tembakau. Jika ketiga perkara ini berjaya dilaksanakan oleh setiap individu mereka berupaya menghalang 80 peratus penyakit jantung pramatang, 80 peratus kes diabetes jenis kedua dan 40 peratus kanser.

Meningkatkan pemakanan cara sihat dan aktiviti fizikal secara tetap juga menjadi tugas sesuatu komuniti penduduk, pelbagai sektor dan juga memerlukan banyak pendekatan budaya kaum atau negara tertentu.

Strategi Global Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan WHO ini diperkenalkan WHO pada Mei 2004 selepas mengambil kira beban dan masalah kedua-dua aspek ini kepada penduduk dunia.

Sementara itu, untuk mengurangkan risiko penyakit, Strategi Global Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan WHO mewujudkan polisi nasionalnya bertujuan mengurangkan penggunaan garam, mengharamkan pengeluaran asid lemak trans, mengurangkan penggunaan lemak tepu, mengehadkan pengambilan gula, meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran, mencapai berat badan sihat dan mengamalkan tahap aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan usia.

Semua pengawalan ini adalah murah dan menjimatkan. Semua orang mampu melakukannya sama ada kepada individu, sekolah, tempat kerja dan masyarakat setempat

Dua Pohon

29/12/2010 | 22 Muharram 1432 H | Hits: 1.407
Oleh: Siti Zuhrotun Nisa'

dakwatuna.com – Beberapa waktu belakangan, saya sedang menamatkan sebuah buku berjudul Balada Cinta Suci, Ali dan Fatimah. Sebagaimana judulnya, buku ini mengisahkan perjalanan Ahlul Bait tersebut dengan cukup indah. Selain romansa–tentu saja–ada hal baru yang baru saya pahami benar-benar mengenai keluarga mulia tersebut; yaitu tentang kedermawanan yang luar biasa.
Inilah sepenggal kisahnya yang cukup menyentuh saya:

Pada suatu hari Fatimah jatuh sakit. Selama itu Ali senantiasa merawat beliau dan tak segan menggantikan tugas beliau sebagai istri. Pun Ali masih dengan tulus bertanya, adakah yang sedang diinginkan Fatimah, dengan harapan istrinya tersebut akan segera sembuh. Sejenak kemudian Fatimah menjawab bahwa ia menginginkan buah delima. Segeralah Ali berangkat ke pasar dan membeli sebuah delima. Sebuah? Ya, karena memang uang beliau hanya cukup untuk membeli sebuah delima saja. Dalam perjalanan pulang beliau melihat seseorang yang meringkuk di sudut jalan. Setelah percakapan singkat, tahulah beliau bahwa orang tersebut begitu miskinnya hingga sudah dua hari tidak makan. Kemudian beliau membelah delimanya menjadi dua bagian dan berkata: 

“Tabahkanlah hatimu. Percayalah bahwa Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang baik. Bertasbihlah kepada Allah, dan ambillah buah ini, semoga dapat meringankan penderitaanmu.”
Ali sampai di rumah, dan menyerahkan delima yang hanya separuh itu kepada istri tercintanya. Kisah delima yang tinggal separuh itu justru membuat Fatimah lega dan alhamdulillah merasa semakin membaik. Di tengah kegembiraan tersebut, sahabat Salman al Farisi bertamu sambil membawa sesuatu yang ditutup kain. Setelah mengucap salam, Salman menjelaskan bahwa yang dibawanya adalah sembilan buah delima “dari Allah, untuk rasul-Nya, dan seterusnya untuk Anda.” Mendengar jawaban tersebut Ali kemudian berkata: “Tidak mungkin buah itu dari Allah. Kalau benar dari Allah, maka jumlahnya adalah sepuluh. Sebab, Allah telah berfirman
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya…”. (QS. Al An’aam:160).

Lalu Salman pun tersipu sambil mengeluarkan sebuah delima lagi dari lengan bajunya: “Tak terlintas dalam pikiranku untuk mengambil buah delima itu bagi diriku. Sebenarnya, aku bermaksud mengujimu, karena begitu seringnya aku mendengar Rasulullah memuji keluasan ilmu dan kecerdasanmu”.

*Subhanallah, dua hal yang saya petik dari sini; bahwa kedermawanan Ali yang begitu besar tampak dari hati beliau yang mudah tersentuh dan bersegera untuk membantu, serta kecerdasan beliau dalam memaknai ayat-ayat-Nya sehingga begitu lekas mengaitkan keadaannya dengan salah satu janji-Nya. Dan beliau percaya, sangat percaya*

Masih banyak sebenarnya kisah hikmah dari perjalanan Ahlul Bait ini, tidak akan cukup diuraikan kecuali saya akan membuat Anda sekalian bosan :D Sampai di sini pun, mungkin Anda sudah banyak bertanya apa kaitan semua ini dengan judulnya?? Beginilah…dari buku lain yang saya baca juga saya menemukan sebuah hadits indah:

“Kedermawanan adalah pohon di dalam surga, sedang dahannya menjulur ke dunia, barangsiapa berpegang pada dahannya, dia akan dituntun oleh dahan itu menuju ke surga. Dan bakhil adalah pohon di dalam neraka, dan dahannya menjulur ke dunia, barangsiapa berpegang pada dahannya, dia akan terseret oleh dahan itu ke dalam neraka” (HR Bukhari dan Baihaqi)

Ya, ada dua pohon langit yang dahannya menjulur ke dunia. Pohon ahli surga membawa pesan kedermawanan, dan pohon ahli neraka menghantarkan pesan kebakhilan. Seiring gerakan Satu Milyar Pohon (dunia), bisa kan kita memilih pohon (langit) yang tepat untuk kita tanam pula? 

Sumber :Dakwatuna

Thursday, December 30, 2010

DUA KALI SOLAT JENAZAH DALAM SEHARI

Pagi ini saya menitiskan air mata sewaktu menziarahi jenazah jiran saya sewaktu tinggal di Kg Bukit Besar. Allahyarham Haji Ismail suami kepada Kak Hasnah. Saya kenal  beliau sejak mula bertukar ke Kuala Terengganu dari Kota Tinggi, Johor mulai tahun 1980. Seorang yang sangat baik kepada keluarga mertua saya. Saya kenal beliau sewaktu menyewa rumah disebelah rumah  mertua saya.

Baru petang semalam jiran saya di Kuala Ibai, meninggal dunia dan akan dikebumikan pada hari ini. Selepas solat jenazah di Kuala Ibai, saya bergegas ke Bukit Besar untuk hadir solat jenazah Allahyarham Haji Ismail. 

Allayahrham Haji Ismail seorang yang ringan tulang, baik hati, pernah bertugas sebagai pemandu, tetapi setelah bersara Allah kurniakan rezeki hasil daripada permuafakatan suami isteri dan anak-anak beliau melalui perniagaan nasi minyaknya yang sangat popular di sekitar daerah Kuala Terengganu. Beliau banyak menerima tempahan untuk majlis khenduri dan sebagainya. Inilah yang dikatakan rezeki berkat, bersama isterinya bekas tukang masak hospital.

Allahyarham baru dua minggu balik menunaikan haji untuk kesekian kalinya. Yang cantiknya, beliau meninggal dunia selepas selesai mengimamkan solat subuh di surau dan berasa sesak nafas lalu menghembuskan nafasnya terakhir di rumahnya.

Sewaktu membacakan surah Yasin, saya sebak dengan  linangan air mata. Teringatkan kesolehannya. Seorang yang tak banyak cakap, mampu menjadi imam dan guru Quran walaupun kerjanya dahulu sebagai pemandu lori. Itulah dia Allah mampu meninggikan darjat seseorang tanpa mengira apa kerjayanya.

Semua anaknya berjaya. Ada yang jadi engineer,dan usahawan. Inilah yang saya boleh rumuskan keberkatan dalam hidup. Selepas bersara beliau menjadi imam di surau Hj Abdullah, berhampiran dengan rumah saya.

Menghantar jenazahnya ke kubur mengingatkan saya kepada Allahyarham Bapa Mertua dan Ibu Mertua saya serta abang ipar saya, semuanya di kebumikan di Kubur Kecil Panji Alam. Kesemua anak lelaki dan anak perempuannya hadir di kubur.

Melihat suasana pengkebumian tersebut, saya cuba bayangkan sekiranya yang dikebumikan itu diri kita, bagaimana agaknya. Semua ditinggalkan. Anak, isteri, rumah, kereta dan harta semua tinggal, yang dibawa ialah amal soleh, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Saya kira Allahyarham punyai semua itu.

Hujan renyai-renyai turun sejurus selepas, solat jenazah selesai, sewaktu sampai di tanah perkuburan, cuaca kembali cerah, dan urusan pengkebumian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, semuga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham, dan sampai masa kami semua akan turut bersama.

Untuk renungan kita bersama saya petik artikel berkenaan kematian untuk renungan kita bersama, semuga baki usia yang Allah kurniakan kepada kita, mampu dijadikan modal untuk terus beramal.

    Sentiasa ingat kematian dorong tingkat amal ibadah

Oleh Mohd Adid Ab Rahman | BH 24 Apr 07

BAGI Muslim yang ingin hidup diredai Allah, Rasulullah SAW menyarankan supaya selalu ingat kepada mati kerana orang yang selalu ingat mati pasti menjemputnya, Rasulullah SAW menganggap orang itu orang yang terkaya.

Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”
Sesungguhnya insan yang sering kali dalam hidupnya ingat terhadap mati, sudah tentu kalbunya dipenuhi bunga keinsafan yang akan mendorongnya untuk :
  • tidak bersikap sombong
  • selalu bertawaduk
  • segala gerak dijadikan ibadat
  • lidahnya tetap basah dengan zikrullah baik malam atau siang
Lalu terbinalah sebuah akhlak insan terpuji dan dihormati.
Abu Hamid Allafaf pernah berkata: “Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu: segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) atau qanaah dan tangkas beribadat.” (Kitab Tanbihul Ghafilin)

Ingat kepada mati, menjadikan seseorang itu akan segera bertaubat kerana mati itu rahsia Allah. Tidak ada seorang yang tahu bila dan di mana dia akan mati.

Ia dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.” (Surah Luqman, ayat 34)

Jika tidak segera bertaubat (bertangguh tunggu esok, lusa, bulan depan atau nanti sudah tua) maka dikhuatiri matinya sebelum sempat bertaubat. Segera bertaubat sebenarnya wajib dan dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Orang yang ingat mati, juga sedar hidup di dunia persinggahan sebentar dan akhirat tempat yang abadi. Rasulullah bersabda: “Hendaklah engkau berada di dalam dunia seolah-olahnya engkau seorang yang berdagang atau pengembara yang sedang dalam perjalanan.” (Hadis riwaat Ibn Umar)

Lantaran itu, dia tidak memerlukan rezeki melebihi keperluan hidupnya. Jika bekerja mencari rezeki, tidak sampai bersikap tamak haloba dan langsung lupa kepada Allah.

Ingat mati mendorong kita sentiasa mempertingkat amal ibadat, sama ada yang fardu mahupun sunat. Perhambaan diri kepada Allah dengan penuh ikhlas dan cinta yang suci serta istiqamah.

Di samping itu, seseorang yang menyedari bahawa mati adalah suatu yang pasti, akan sentiasa berusaha sedaya upaya menjauhkan diri daripada melakukan dosa atau perkara dilarang Allah SWT. Dia takut kepada azab yang Allah sediakan di akhirat nanti untuk orang berdosa.

Kita sewajarnya ingat benar-benar akan pesan Rasulullah SAW: “Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Apabila tidak lupa kepada mati, maka kesannya sungguh baik. Akhlaknya terpuji, ibadatnya bermutu dan istimewanya menjadi hamba sangat disayangi dan diredai Allah

Wednesday, December 29, 2010

The Power of a Teacher


By Jerry Floate

Before I begin my story, let me get something straight. I do not want to come across as being arrogant. Everything that I have is due to God's wonderful grace. Without him, I would be nothing. An arrogant man believes he accomplishes everything alone, a confident man believes that he can accomplish everything through Christ.

My story begins in the late 70's in rural north Mississippi. We did not have much; my father was a single parent factory-worker who raised my sister and myself on his own. We grew up in a small rural community. I learned at an early age about the unspoken boundaries between black and white people. We attended school in a time not too long after forced integration, many of the white children in our district retreated to confines of the local private school. At an early age I can remember other adults at church or other places ask my father why he did not enroll us in a private school. He always said that the real world was not segregated, and that we would have to learn how to get along with all people if we were going to be successful in life.

My early years in education were not the best. I was an overweight child; we were poor and many of our clothes were hand-me-downs. At times, my weight and my wardrobe made me an easy target for teasing. To make things even worse, at an early age of eight, I had a third grade teacher that practically told me that I would never amount to much; I was made to feel as if I were "white trash". I had accepted this status and pretty much given-up on school. I became increasingly shy and withdrawn; to this day I still have bouts with self esteem. I lost all confidence in my abilities; it reflected in my school-work.

Some years later, my life took a change for the better. My sixth grade year I had a social studies teacher that I will call Mrs. L. Mrs. L was one of the nicest and most loving teachers that I ever had. Slowly, she began to mold my self esteem. She opened my eyes to the world and the opportunities that could be afforded to a small-town boy like me.

On the last day of school of my sixth grade year, she took me to the side and told me that I had the ability to be a perfect "A" student if I wanted to be! No one in entire young life had ever spoken to me in this way. That day was milestone in my life; it was a turning point. No longer would I accept being inferior, because someone believed in me! The next year I made the honor roll, which was the first time in my life.
Today, I am a middle school vice-principal with three degrees. I'm currently completing my doctorate degree in Educational Leadership. All of this because of a few words from a loving teacher over twenty-five years ago.

There are a lot "Good" teachers out there. They come to work every day and teach their students to the best of their abilities. However, great teachers truly have a love for their students. They treat their students the same way they would treat their own children. Good teachers have an ability to cover the curriculum and grow most of their students. Great teachers live to not only teach the curriculum, but to "inspire" and to "motivate" their students to reach their full potential. I believe that God puts a Mrs. L in every school.

The power of a teacher is a mighty thing. I am so lucky that God put Mrs. L in my life. If it were not for her, my life could have easily went in another direction. If you are a teacher, or if you are thinking about becoming a teacher, remember the awesome power that you have each day you go to work. You have the power to tear-down or build-up the lives in your care.

Lastly, if you had a Mrs. L in your life, go back and tell him or her "thank you". Teaching today, is harder than it has ever been in history. Teachers need to know they are making a difference. It's what keeps them motivated!


Komen Cgsyed :
Selamat menjalankan tugas kepada semua pendidik seluruh negara, curahkanlah ilmu yang diamanahkan oleh Allah kepada kita, semuga segala penat lelah, keikhlasan kita mendidik anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih itu bakal menjadi saham untuk kita apabila menemui Allah kelak. Usahakanlah untuk menjadi Jutawan Akhirat dahulu sebelum bergelar jutawan dunia. Guru Jutawan Akhirat.

1Malaysia: Makalah suara rakyat



- ELVIZA MICHELE KAMAL

Apa itu 1Malaysia?
 
Konsep yang dicanang besar-besaran sejak Perdana Menteri mengambil alih tampuk pentadbiran negara, baru-baru ini jadi panas semula setelah ia diharamkan di Selangor. Apabila saya terbaca berita konsep itu diharamkan oleh Kerajaan Negeri, saya ketawa sendirian. Mereka itu semua sama sahaja - kata dulang paku serpih!

Benar kita semua tahu slogan itu berbunyi, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Secara literal, bunyi slogan itu mudah untuk difahami. Apa yang ralat, mungkin sebagai rakyat, saya masih belum berasa diutamakan dalam konteks tertentu. Tetapi itu pendapat peribadi saya, tiada kena-mengena dengan pegangan politik sesiapa.

Namun, setiap petang, saya jadi saksi utama konsep 1Malaysia untuk saya. Tepat jam 6, Luqman akan berkumpul di jalanan bersama si lima tahun yang lain: Joshua dan Elisa. Joshua berbangsa Tionghua sementara Elisa pula dilahirkan dalam keluarga India Muslim. Warna kulit, bentuk mata dan struktur rambut mereka berbeza sekali.

Kadang-kadang mereka ketawa dan kejar-mengejar antara satu sama lain. Apabila berbalah, mereka pukul-memukul sesama sendiri. Tidak sampai setengah jam, berbaik semula. Dunia mereka tidak pernah ternoda dengan perbezaan keturunan dan bahasa pertuturan.

Itu 1Malaysia. Semangat muhibah tanpa syarat. Bak kata sahabat saya di akhbar Malay Mail, Endie Shazli, yang berpendapat: “1Malaysia is muhibbah on stereoid!” Ternyata, kami tidak memerlukan mana-mana ahli politik untuk menghayati konsep itu, hatta untuk menghalal atau mengharamkan apa-apa sekalipun.

Lantaran, saya juga bertanyakan soalan yang sama di laman Twitter, apa makna 1Malaysia buat mereka? Antara jawapan yang saya kira tersendiri sekarang dihuraikan secara verbatim:

@sureshdr: 1Malaysia = 1Marketing campaign.

@shakirah: 1Malaysia means we are colour blind, religion blind, race blind. Love our fellow Malaysians like they are our own relatives.

@nizambakeri: A brand to unite. Easy-to-eye, multipurpose logo. Everything is 1Malaysia, even toilet. Real effect might have watered down.

@Sinatra_Z: 1Malaysia = Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, alasan yang sering saya guna bila marah berurusan dengan agensi kerajaan.

@auzani: Propaganda politik yang retorikal semata-mata. Perlu ada implementasi jika serius.

@FaizaFazil: battle cry in our nation’s combat against divisive elements, along class, racial, and religious lines.

@jailanish: another sloganeering. The concept is applauded but many mixed signals from ministers. I’m confused & take it as a BN political tool.

@irny93: 1M is like a bowl of rojak. Many different ingredients mixed together in a bowl. They’re different but when put together, WOW!

@JohnnyRempit: No need lah slogan2 ni. Unity must come from the people. And it’s there already.

@CakChiBo: I think 1Malaysia is just a facade. An expensive one. Sekadar laungan kosong yang tak mendatangkan makna.



Perbezaan pendapat yang ketara bukan? Ada sesiapa berani mengkritik kefahaman 1Malaysia mereka? Apa diluahkan lahir dari hati dan minda mereka. Kepelbagaian idea dan pendapat mesti disokong, baru kita boleh mendakap erti kemerdekaan sebenar.

Jawapan spontan diartikulasikan bersifat pragmatik, suatu pendekatan yang diambil setelah menimbang tara kesan slogan itu dalam hidup kita seharian. Bukan sudah berkali saya katakan, yang merumitkan keadaan ialah ahli politik bukannya rakyat.

Kerajaan Selangor itu bila sudah terantuk baru hendak tengadah. Setelah dikecam habis-habisan, mulalah cari jalan untuk membuat pusingan U. Perkara mengharamkan konsep atau buah fikiran ini sebenarnya sama dengan cara Mao Zedong memerintah China dalam sistem komunisme. Cara lapuk yang tak laku di hati rakyat.

Kalam saya minggu ini sekadar untuk memberitahu ahli politik bahawa 1Malaysia tiada kena-mengena dengan pencapaian sesiapa, siapa yang didahulukan atau siapa kena tinggal. Saya dilahirkan dalam 1Malaysia, begitu juga dengan sahabat-sahabat lain.

Senang cerita, beginilah, rakyat sudah matang, berilmu dan berinformasi. Kalau ada sesiapa yang menyekat apa-apa bentuk kebebasan – terutamanya kebebasan bersuara dan berfikir sendiri – rakyat akan marah. Apabila rakyat marah, padahnya di mana? Faham-faham sendirilah...

Maaf cakap, saya tidak rasa kerajaan Selangor ‘takut’ apabila mereka mengharamkan konsep 1Malaysia, seperti yang disarankan oleh DPM. Pendapat saya, mereka sudah terkhilaf dalam menghalal dan mengharamkan sesuatu, tanpa mengambil kira kesan negatif yang bakal tiba. Aduh, ahli politik ini kenapa? Tidak sudah-sudah menembak diri sendiri dengan saranan tidak telus di akal.

Apa 1Malaysia di hati anda? Itulah jawapan yang sebenarnya.



Elviza Michele Kamal juga seorang peguam yang sedang berkicau di
http://twitter.com/elviza

Tuesday, December 28, 2010

KUBIK LEADERSHIP - ENERGY POSITIF VS ENERGY NEGATIF

Pagi semalam sewaktu membawa anak dan isteri saya ke Jalan Banggol untuk membeli kelengkapan sekolah, saya tinggalkan isteri dan anak saya di kedai Bata, dan seperti biasa saya lebih seronok berada di Kedai Buku Banggol, sambil membelek-belek buku baru.

Alhamdulillah ada buku baru berjudul “Menjadi Pemimpin Super Membentuk Pemimpin Dunia Akhirat dengan Prinsip Kubik Leadership” keluaran PTS Professional. Penulisnya terdiri daripada tiga orang penulis iaitu Farid Poniman, Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini.(Indonesia).

Buku ini telah lama dijual di Indonesia. diperkenalkan oleh Tim Kubik Training & Consultancy Harganya RM27.00.

Apa yang menarik untuk membelinya ialah kandungannya relevan dengan apa sahaja kerjaya kita, tak kira masih berkerja ataupun penganggur. Jadi walaupun saya telah menganggur kerana bersara, isinya sangat relevan dan kena dengan diri kita selaku ”pemimpin” (khalifah) tetapi status masih hamba Allah.


ENERGY POSITIF VS ENERGY NEGATIF
 
Kisah 1

Pada suatu hari seorang budak miskin, Howard Kelly menjual barangan  dari rumah ke rumah bagi membiayai perbelanjaan persekolahannya. Dia terasa  lapar dan dahaga, tetapi wangnya sedikit, tidak cukup membeli makanan dan minuman. Dia membuat keputusan meminta makanan dari rumah orang yang tidak dikenalinya.

Apabila seorang gadis kecil membuka pintu, Howard tergamam dan hanya meminta segelas air kosong. Si gadis itu, sebaliknya membawa segelas besar susu kerana dia merasakan pasti budak lelaki itu lapar. Sambil menghirup susu itu dengan perlahan, Kelly bertanya ”Berapa Harganya” Si gadis menjawab ”Awak tidak perlu membayar apa-apa. Ibu saya selalu berpesan, kita perlu membuat kebaikan dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan.”

Selepas beberapa tahun, sigadis kecil menjadi wanita dewasa. Tiba-tiba dia jatuh sakit dan keadaannya menjadi begitu teruk sehinggakan doktor yang merawatnya tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Wanita itu dibawa ke kota bagi mendapatkan rawatan daripada doktor pakar. Hatinya berbisik ”Rawatan doktor pakar pasti mahal dan saya tidak mampu membayarnya.” Namun dia tetap menjalani pembedahana dan rawatan di Kota kerana yakin Tuhan pasti membantunya.

Akhirnya tempoh rawatannya di kota tamat. Hatinya semakin runsing kerana dia perlu membayar semua kos rawatan dan pembedahannya. Akhirnya tiba masa staf pengurusan membawa bil rawatannya. Wanita itu mengenggam bil itu seketika dan sebelum membukannnya perlahan-lahan. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Pada kertas itu tertulis;

’SUDAH DIBAYAR PENUH DENGAN SEGELAS SUSU” Dr. Howard Kelly. (ms 63)

Petikan diatas saya ambil daripada buku “Menjadi Pemimpin Super Membentuk Pemimpin Dunia Akhirat dengan Prinsip Kubik Leadership” keluaran PTS Professional. Penulisnya terdiri daripada tiga orang penulis iaitu Farid Poniman, Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini.(Indonesia).

Kisah 2


Pagi ini saya hanya sempat membaca sehingga muka surat 63 masih berbaki 278 ms. lagi. Tetapi memang menarik sehingga sukar untuk saya berhenti membacanya.

Selesai membaca bab 3, saya menelefon sahabat saya GB Cemerlang Che Ku Alam mencadangkan kepadanya supaya membaca buku tersebut, dan boleh diakses melalui internet.

Kandungannya membincangkan mengenai sikap dan nilai hidup manusia. Ada tiga istilah yang diutarakan oleh penulis mengenai motivasi. Manusia bermotivasi didorong oleh Tiga perkara; TO HAVE, TO BE DAN VALENSI.

To Have, adalah keinginan memiliki apa yang dihajati. Ia dikaitkan dengan proses memiliki bahan materialistic atau hasil usaha keras bagi kesenangan duniawi. Contoh To Be adalah impian mendapat gaji yang besar, rumah yang selesa, kenderaan mewah, populariti, status dan penghormatan, serta sanjungan masyarakat sekeiling. Inginkan pulangan dalam bentuk gaji, kekayaan, kedudukan, pangkat, darjat, kemasyhuran, kuasa dan apa sahaja yang berunsur material / keduniaan.

To Be keinginan mencapai prestasi yang terbaik, dengan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki. Contohnya to be adalah impian menjadi usahawan yang bertaraf antarabangsa ataupun impian menjadi pengurus terbaik dalam organisasi. Lebih berfikir untuk memberi perkhidmatan dan sumbangan yang terbaik untuk kepentingan orang lain.

Valensi adalah tahap kualiti diri dalam menguruskan kehidupan dan berkaitan dengan kapasiti mencapai kejayaan hidup. Contoh motivasi yang berkaitan dengan valensi adalah keinginan menambah ilmu pengetahuan ,menambah pengalaman hidup, bekerja itu sebahagian daripada  ibadah  ataupun bekerja bagi meningkatkan harga diri sendiri. Valensi juga ialah Takaran (ukuran) kapasiti diri kita. Setiap individu memiliki valensi yang berbeza. Nilai valensi kita menentukan hasil kualiti kerja dan mempengaruhi tahap kejayaan kita.

Setelah membaca bab 1 hingga 3 saya cuba kaitkan teori Kubik Leadership dengan segelintir manusia yang pernah saya temui sewaktu mengurus sekolah, samaada di kalangan pegawai, guru, kaki tangan sokongan ataupun kontraktor yang pernah saya temui dan berurusan dengan mereka.

Kalau kita lihat ada beberapa buah masjid di sekitar daerah Kuala Terengganu yang terbengkalai, tak siap ikut tarikh yang ditetapkan. Istilah ”Projek Sakit” seperti Masjid Bukit Besar, Masjid Chendering, dan sekarang Masjid Jalan Pusara juga terhenti kerja-kerja pembinaannya.

Saya cuba hubungkaitkan dengan Teori Kubic Leadership ini, maka kita boleh kategorikan kontraktor yang berjaya mendapat projek tersebut bolehlah dikategorikan jenis manusia yang lebih mengutamakan TO HAVE. Sebabnya, mungkin mereka dapat projek tersebut bukan kerana mereka kontraktor berwibawa, amanah, cekap dan profesional, tetapi mungkin kerana ”cablenya” besar dan kroni kepada orang-orang yang berkepentingan. Lantas mereka dapat projek bina masjid tersebut. Tetapi akhirnya tak siap. Mungkin alasan mereka harga barang naik mendadak dan seribu satu macam alasan boleh direka. Tetapi mereka tahu bahawa projek tersebut akan ”retender” semula, jika nasib baik mereka dapat pula dengan harga yang lebih tinggi daripada asalnya. Apa yang difikirkan oleh kontraktor ini ialah dapat keuntungan yang berlipat ganda, cepat jadi jutawan.

Tetapi kalau kontraktor yang jenis TO BE, mereka akan berfikir bagaimana untuk menyiapkan juga rumah Allah, kerana jika untung sedikitpun tak apa, sebab menyiapkan rumah Allah dengan amanah, jujur, tidak menipu, ganjaran yang Allah janjikan di akhirat kelak tak dapat nak digambarkan betapa banyak pahala yang Allah akan bagi kepada mereka. Jika siap pada masa yang ditetapkan, nama mereka akan dihormati, dan insyaAllah jika ada projek lain tentulah kontraktor jenis ini akan diutamakan.

Pengalaman pahit saya sewaktu mengurus SKSS1 selama dua tahun empat bulan, saya telah menemui kontraktor jenis TO HAVE ini sewaktu naik taraf surau sekolah SKSS1. pada tahun 2009. Projek ini diuruskan oleh Konsultan dan peruntukan terus daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Terengganu tidak tahu menahu pun.

Projek ini diselia oleh Konsultan. Apa yang terjadi, peruntukan lebih daripada RM70k tetapi kerja-kerja yang dibuat tidak setimpal dengan peruntukan.  PIBG  terpaksa menanggung banyak perbelajaan untuk menyiapkan kerja-kerja naik taraf surau tersebut. Perkara ini saya telah panjangkan sehingga ke KPM tetapi tiada sebarang tindakan. Dahlah kerjanya teruk, segala kos perbelanjaan tanggungan PIBG juga dituntut daripada KPM.

Kontraktor yang bermasalah ini pula saya dapat tahu, diberi pula projek naik taraf disebuah sekolah menengah yang hampir dengan SKSS1. MasyaAllah, apa nak jadi dengan pegawai yang diberi amanah menjaga hal-hal kontrak ini.

Coretan ini untuk permulaan, saya cuba fahami dan aplikasikan dengan kehidupan kita berdasarkan buku yang saya sedang hadam. Saya akan terus menulis berdasarkan kandungan buku ini untuk tatapan kita bersama. Teruskan membaca pada minggu depan, saya cuba kaitkan dengan tingkah laku guru-guru yang pernah bertugas bersama saya selama menjadi GB. InsyaAllah.