Wednesday, February 9, 2011

MINDA: 5 PERINGATAN RASULULLAH S.A.W

:)
Umat Islam perlu sentiasa mengingati pesanan Nabi Muhammad s.a.w agar berwaspada dengan tipu daya nikmat dunia. Atas sebab itu, lima pesanan Rasulullah perlu diingati demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat agar tidak tergelincir daripada landasan Islam yang diredai Allah s.w.t.

Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya berhubung perkara berikut:

1. Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah.
Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

2. Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat.

Oleh itu, perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar nikmat akhirat.

Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”

3. Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat.

Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa?

4. Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’.

Kita terlupa dengan menyebut dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat, jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi).

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan.

Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.”

Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang.

5. Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.

Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.

Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”

Demikianlah lima pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.

Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.

Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

Hutang isi rumah membimbangkan: Azmin



PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.


Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.


“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.


“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.


Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.


“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.


“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.


Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.


“Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.


Kata Azmin lagi, PKR akan adakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang semakin menekan rakyat pada hari ini
  (Sinar Harian 9/2/2011).

Tuesday, February 8, 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.
Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.
Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.
"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Melihat Mesir dari teori anjakan makna


oleh RAHMAN SHAARI
Sinar Harian 2/8/2011 7:13:23 AM
Memikirkan perlawanan rakyat di Mesir, apakah fikiran kita di sini? Pihak kerajaan berfikir lain, pembangkang berfikir lain pula. Pembicara politik tentulah ada pelbagai pandangan. Kerajaan berfikir, eloklah berbaik-baik dengan rakyat sendiri, pergi ke ceruk-ceruk melawat mereka. Kita dahulukan rakyat dalam erti sebenar-benarnya.

Pilihan raya hendaklah dijalankan dengan adil dan telus. Jangan ada penipuan dan lowongan yang menyebabkan orang menyangka ada penipuan dalam pilihan raya. Seterusnya rakyat jangan dibiarkan menanggung derita. Jika sesuatu akan menyusahkan rakyat, misalnya kenaikan harga minyak – andai kata itu tidak dapat dielakkan – kerajaan hendaklah awal-awal lagi menyatakannya kepada rakyat. Jangan sampai rakyat terperanjat dan marah.
Kerajaan mungkin tidak terlalu bimbang ketika ini. Tunjuk perasaan yang gah, iaitu keluarnya rakyat dalam jumlah amat besar seperti berlaku di Mesir, tidak syak lagi ia akibat rasa tertekan yang lama. Rakyat di sana menghimpun rasa tidak puas hati kepada kerajaan. Itu tidak mungkin kejadian yang tiba-tiba, sebaliknya berada lama di bahagian subconscious rakyat, secara archetypal. Jika kerajaan merasakan itu adalah tiba-tiba, bererti kerajaan tidak pernah membuat pemeriksaan tentang rasa hati rakyat, dan juga bermakna kerajaan tidak memikirkan rakyat.

Pihak pembangkang pula melihat peristiwa di Mesir sebagai satu peluang. Pembangkang yang mencintai parti politik mereka tidak gemar jika rakyat bangkit seperti berlaku di Mesir. Jutaan manusia di Mesir hanya menimbulkan chaos (keadaan kacau), membolehkan kerajaan mengisytiharkan darurat. Pilihan raya tiada. Itu tidaklah berfaedah bagi pembangkang.

Dari sudut pembangkang, kebangkitan yang bagus dan berfaedah ialah yang akan mengubah corak pengundian dalam pilihan raya. Pembangkang menunggu kebangkitan yang sedemikian, kerana itu ialah tanda berubahnya definisi rakyat terhadap demokrasi kita. Di Mesir, Hosni Mubarak menjanjikan pembaharuan, tetapi tidak mahu meletakkan jawatan. Penunjuk perasaan yang ramai itu mahukan beliau meletakkan jawatan segera, bukan menunggu berbulan-bulan lagi. Di Malaysia, kita tidak menuntut sesiapa meletakkan jawatan, cuma pihak pembangkang berharap mereka akan menang dalam pilihan raya nanti. Secara umumnya pembangkang mahu ketua mereka akan menjadi Perdana Menteri yang baru, walaupun sejauh ini yang dikehendaki pembangkang ialah orang lama juga, iaitu mantan Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu, dapat dikatakan kehendak pembangkang Malaysia tidaklah terlalu jauh.

Pengkritik kerajaan yang berjiwa progresif mahu melihat peristiwa di Mesir itu berlaku juga di sini. Secara halus, mereka mengatakan sesiapa berada di Tahrir Square minggu lepas pasti akan menjadi sebahagian daripada sejarah. Pandangan begini juga bersifat lama, berulang-ulang, iaitu berasaskan andaian bahawa kuasa rakyat adalah agung.

Sebenarnya, kejadian di Mesir adalah perulangan biasa, iaitu satu penentangan terakibat daripada ketidakadilan. Sesiapa yang berada di situ, sama sahaja dengan sesiapa berada di mana-mana tempat yang ada tunjuk perasaan atau rusuhan.

Pengkritik kerajaan yang berjiwa muda progresif itu juga merungut kerana kata mereka kejadian di Mesir terlalu lambat berlaku di Malaysia. Sebenarnya, Malaysia sejak awal mempunyai kaedah kawalan yang dijangka dapat bertahan. Kaedah ini dibantu ciri utama masyarakat kita, iaitu pelbagai kaum yang terlatih untuk bersatu padu. Kelemahan memang ada di sana sini, tetapi secara keseluruhannya keutuhan masyarakat Malaysia sukar digoyang oleh adu domba. Cuma, adakah kekuatan kaedah Malaysia itu masih seutuh asalnya? Juga, adakah kita kini menggunakan kaedah kita untuk maksud betul? Itulah persoalan kita.

Semua makna yang di atas hendaklah dianjak sewajarnya. Pencarian kedamaian dan keharmonian selalunya berjaya jika teori anjakan makna diaplikasi dengan baik dan berhemah. Teori ini dicipta secara umumnya untuk menemukan kedamaian. Berkaitan dengan peristiwa di Mesir, peringatan Nurul Izzah Anwar adalah memenuhi konsep anjakan makna. (Sinar Harian, 1 Februari 2011)
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, rakyat Mesir (dan Tunisia juga) tidak bangkit jika kepimpinan negara tidak korup dan tidak zalim. Nurul Izzah berpesan kekayaan negara hendaklah diagih dengan adil, beban hidup rakyat hendaklah dilegakan, kebebasan media diizinkan, keluhan rakyat didengari, dan demokrasi dalam pilihan raya jangan bersifat palsu. Izzah memetik kata-kata Thomas Jefferson, bahawa apabila rakyat takut kepada kerajaan, itu ialah penindasan, dan apabila kerajaan takut kepada rakyat itulah demokrasi.

Bicara Nurul Izzah kelihatannya tentang hal luar negara, tetapi sesiapa yang membacanya amat cepat teringatkan Malaysia. Semakin rapi kita membacanya, semakin terasa bahawa Nurul Izzah berniat baik menasihat pemimpin Kerajaan Malaysia agar sentiasa mengutamakan rakyat. Pertanyaan daripada beberapa orang teman tentang adakah kemungkinan tunjuk perasaan seumpama itu berlaku di Malaysia, mudah dijawab. Nasihat Nurul Izzah, dan nasihat orang lain yang seumpamanya – jika diikuti – akan sentiasa berjaya menjauhkan petaka seperti di Mesir itu daripada menimpa Malaysia.

Saya tertarik pada makalah tulisan Nurul Izzah kerana terserlah keikhlasannya. Dia benar-benar berhasrat untuk menasihati kerajaan yang sedia ada agar berwaspada, bukannya mengancam bahawa pihaknya akan mengambil alih pemerintahan. Perhatikan kata-katanya, “Kebangkitan tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi ‘ibu’ kepada semua, dan bukan menganaktirikan dan melarikan jongkong emas milik rakyat”. Pesanan ini ditujukan kepada sesiapa yang menjadi isteri orang besar di negara kita agar sentiasa ikhlas dalam menjalankan peranan. Wanita pertama dianggapnya sebagai ‘ibu’.

Dalam satu majlis di Kuala Lumpur, saya telah ditanya oleh Dr Suhami Aziz, intelektual sastera yang terkemuka, adakah anjakan makna bertolak daripada pembaca atau penulis/penutur? Suhaimi bertanya bukanlah kerana beliau tidak faham, tetapi beliau menghendaki kepastian dari penganjur konsep ini. Saya menyatakan bahawa anjakan boleh berlaku di dalam akal sesiapa saja, pembaca, pendengar, penulis, pembicara – malah secara teoritis, gejala anjakan itu mungkin sedia ada pada ungkapan atau ayat. Ertinya, apabila Nurul Izzah mengatakan “mereka bangkit kerana sudah terlalu lama mereka ‘dijajah’”, keseluruhannya sedia beranjak.
Perhatikan, bahawa biarpun sesebuah negara itu merdeka, akan timbul perasaan ‘dijajah’ apabila rakyat merasakan adanya penindasan terhadap mereka. Rakyat menghendaki kemerdekaan daripada ‘penjajahan’ yang terlindung itu. Sejauh manakah kita dapat menerima konsep yang figuratif sedemikian berbalik pada keupayaan imaginasi dan kecenderungan membuat perbandingan. Sesiapa yang hanya cenderung berbahasa denotatif pasti akan menolak kenyataan itu. Negara merdeka adalah negara merdeka, mengapakah pula dikatakan ‘dijajah’?

Setelah mendapat makna bahawa rakyat di negara yang merdeka itu ‘dijajah’, kita juga memperoleh makna figuratif bahawa negara orang adalah negara kita. Hal ini demikian kerana penulisan atau pertuturan tidak terhenti di satu tahap. Sesuatu yang berada di tahap personal akan beranjak ke tahap universal. Sesuatu yang berada di tahap nasional boleh beranjak ke tahap internasional. Demikian juga sebaliknya: parse pro to dan totem pro parte saling mengambil tempat. Memikirkan hal ini, kejadian di tempat lain hendaklah diambil perhatian secara bersungguh-sungguh, kerana di sana juga adalah di sini.
Demikianlah sedikit banyak anjakan makna daripada peristiwa di Mesir

‘Mahasitua’ tetap gigih tuntut ilmu

BH 2011/02/08

Usia 76 tahun tak halang belajar di OUM

KOTA BHARU: Walaupun digelar mahasitua oleh rakan sepengajian, Awang Yusoff, 76, tidak berasa malu untuk bersaing dengan pelajar lebih muda daripadanya dalam menuntut ilmu di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) cawangan Kelantan.
Beliau dapat mengharungi semester pertama dalam bidang Pengajian Islam dan kini berada di semester kedua.
“Alhamdulillah, setakat ini dari segi fizikal saya masih sihat. Saya masih boleh berfikir dengan tenang dan tak ada halangan untuk belajar.

“Pelajaran ini kalau kata tak sukar sebenarnya ada jugak sukarnya sebab kita orang tua. Tetapi kerana cabaran dan cita-cita nak pegang ijazah, saya akan cuba untuk habiskan pengajian ini,” katanya kepada BERNAMA, semalam.


Awang dari Beris Kubor Besar, Bachok mengikuti pengajian selama lima tahun peringkat Sarjana Muda bermula September tahun lalu.


Beliau yang mempunyai tiga anak berusia 27 hingga 46 tahun mengakui sedikit sukar menyiapkan tugasannya kerana tidak mahir menggunakan komputer.

“Kalau untuk baca buku dan faham memang tak ada masalah. Cuma saya tak cekap menaip di komputer untuk cari bahan buat tugasan. Memang agak sukar tetapi dengan sokongan moral dan bantuan pensyarah, kawan-kawan dan keluarga, boleh juga disiapkan tugasan tepat pada masanya,” katanya.

Pengarah OUM Kelantan, Prof Datuk Nik Najib Nik Abdul Rahman, berkata Awang adalah golongan veteran yang wajar dijadikan contoh dalam menuntut ilmu.


“Saya bersyukur, Awang walaupun umurnya sudah 76 tahun, tetapi sanggup pikul beban sebagai seorang pelajar. Saya sentiasa memantau pergerakan Awang dan pelajar lain yang umurnya hampir sebaya mengenai pembelajaran mereka.


“Saya nampak sebenarnya untuk cari ilmu tidak kira tua atau muda dan saya lihat kemampuan mereka dalam kelas dan keputusan peperiksaan yang mereka peroleh ada kalanya cemerlang mengatasi pelajar lebih muda,” katanya.


Nik Najib berkata sehingga kini Pusat Pembelajaran OUM Kelantan memiliki hampir 2,500 orang pelajar dengan lebih lima peratus terdiri dari pelajar berusia melebihi 50 tahun. – BERNAMA

Monday, February 7, 2011

Banyak perkara kita disuruh belajar?


oleh NURUL IZZAH
Sinar Harian 1/18/2011 11:53:39 AM
Sorong papan, tarik papan; buah keranji dalam perahu; suruh makan, dia makan; disuruh mengaji (belajar) dia tak mahu. Banyak perkara kita disuruh belajar. Kali ini mari kita melihat apa yang kerajaan suruh kita belajar dan untuk apa serta keuntungan siapa? Kita disuruh belajar agar tidak menjadi bankrap seperti Greece, oleh itu subsidi rakyat kena dipotong. Subsidi kepada syarikat swasta besar masih dikekalkan walaupun jumlahnya sepuluh kali ganda berbanding subsidi untuk rakyat.

Kita disuruh belajar agar tidak meniru budaya barat, oleh itu sudah ada perancangan untuk menyekat penggunaan internet dengan peraturan-peraturan baru. Sekatan hanya untuk rakyat sedangkan lesen jalur lebar dikeluarkan untuk mencapai sasaran penggunaan internet kerajaan dengan bayaran kos yang agak tinggi untuk kelajuan yang tidak mencukupi pula tidak disekat. Kita disuruh belajar menukar gaya hidup dengan memberhentikan langganan stesen televisyen berbayar dan tidak meminjam untuk pembelian kereta kerana menghadapi kos sara hidup tinggi sedangkan gaji tidak meningkat dan yang meningkat hanya harga barang keperluan.
Barang naik, tetapi kadar inflasi masih tidak naik pada 2.07 peratus. Bagaimana ia dikira masih misteri dan tidak pula diikut oleh peniaga-peniaga apabila kebanyakan harga barang naik melebihi kadar inflasi 2.07 peratus dengan harga teh tarik pun sudah naik sehingga 20 sen atau lebih 15 peratus dari harga asal. Kita disuruh belajar menjadi 1Malaysia, oleh itu belanja besar termasuk khidmat nasihat APCO dikeluarkan, tetapi malangnya sindrom cakap tak serupa bikin sebaliknya mentakrifkan usaha ini.

Peristiwa kenyataan perkauman beberapa warga guru dan pegawai khas Perdana Menteri satu ketika dahulu ditambah retorik Perkasa dan terbaru pembakaran patung manusia di Lembah Pantai kerana isu azan menjadikan 1Malaysia hanya slogan mahal harganya dan rendah nilainya. Kita disuruh belajar menerima dan menghafal berbagai-bagai akronim seperti NEM, GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP di samping UPSR, PMR, SPM dan STPM untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang bebas keluar dari perangkap negara berpendapatan sederhana.

Malangnya, projek mewah berbilion ringgit daripada menara 100 tingkat kepada pembinaan MRT di Kuala Lumpur dikatakan bernilai RM36 bilion, tetapi setelah diambil kira kos tanah dan sistem kereta api dianggarkan akan menjangkau RM50 bilion yang sepatutnya dibiayai pihak swasta, tetapi nampaknya akan ditanggung rakyat melalui akronim SPV (Special Purpose Vehicle).

Kemungkinan besar rakyat akan disuruh belajar menanggung belanja besar yang tidak dapat menutup jurang kekayaan atau kemiskinan di antara golongan 20 peratus rakyat terkaya yang terus meningkat pendapatan mereka, manakala 40 peratus yang termiskin masih teraba-raba mencari ruang pendapatan baru untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kita disuruh belajar menjiwai semangat kesukanan dan perjuangan Harimau Malaya yang menjadi johan bola sepak Piala Suzuki sedangkan ‘permainan politik’ tanah air masih di padang tidak rata dengan pengadil berat sebelah dan tiang gol sentiasa diubah untuk memenangkan Harimau Jadian yang masih berkuasa.

Kita disuruh belajar untuk melalui pertandingan idea (contest of ideas) dalam ucapan seorang presiden parti politik Melayu sebagai tanda aras kematangan dan keperluan untuk menghadapi dunia global tanpa sempadan, tetapi apabila dicabar berdebat tentang dasar ekonomi penting untuk masa depan negara dan kepentingan rakyat oleh ketua pembangkang, sebaliknya kita pula disuruh belajar untuk diam sahaja. Kalau tiada debat bagaimana rakyat akan belajar apa dan siapa sebenarnya akan mendapat untung daripada dasar ekonomi negara?

Akhir sekali kita disuruh belajar bahawa negara kita sudah merdeka lagi demokratik sedangkan selama 51 tahun daripada 54 tahun kemerdekaan kita masih di bawah pengisytiharan darurat, masih di bawah undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU dan PPPA, masih memiliki proses pilihan raya yang tidak telus, masih tiada kebebasan media, masih tiada pilihan raya kerajaan tempatan dan masih tidak menunaikan perjanjian sewaktu pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Bukankah sudah tiba masanya kerajaan dan pembangkang bersama-sama belajar meluluskan rang undang-undang Akta Pemulihan Demokrasi secara dwi-partisan pada persidangan Parlimen tergempar dengan kadar segera kerana kita disuruh belajar bahawa sudah Tenang di Tunisia? Sorong papan, tarik papan; buah keranji dalam perahu; suruh makan, dia makan; disuruh mengaji (belajar) dia tak mahu. Alahai, apa lagi nanti yang rakyat akan disuruh belajar?

* Nurul Izzah mengalukan maklum balas mp@nurulizzah.com

Saturday, February 5, 2011

PERNIAGAAN YANG DIJAMIN MENGUNTUNGKAN

Nikmatnya Berbisnis dengan Allah

Kamis, 01/04/2010 11:48 WIB | email | print | share
oleh Ustadz Fathuddin Ja'far, MA.
إن الحمد لله وحده, نحمده و نستعينه و نستغفره ونتوب اليه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فهو المهتد ومن يضلله فلن تجد له وليا مرشدا, أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله بلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح للأمة وتركنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها الا هلك, اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته الى يوم الدين. أما بعد, فيا عباد الله اوصيكم ونفسي الخاطئة المذنبة بتقوى الله وطاعته لعلكم تفلحون. وقال الله تعالى في محكم التنزيل بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (ال عمران : 102)
Kaum Muslimin rahimakumullah..
Pertama-tama, marilah kita tingkatkan kualitas taqwa kita pada Allah dengan berupaya maksimal melaksanakan apa saja perintah-Nya yang termaktub dalam Al-Qur’an dan juga Sunnah Rasul saw. Pada waktu yang sama kita dituntut pula untuk meninggalkan apa saja larangan Allah yang termaktub dalam Al-Qur’an dan juga Sunnah Rasul Saw. Hanya dengan cara itulah ketaqwaan kita mengalami peningkatan dan perbaikan….
Selanjutnya, shalawat dan salam mari kita bacakan untuk nabi Muhammad Saw sebagaimana perintah Allah dalam Al-Qur’an :
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat atas Nabi (Muhammad Saw). Wahai orang-orang beriman, ucapkan shalawat dan salam atas Nabi (Muhammad) Saw." (Al-Ahzab : 56)
Kaum Muslimin rahimakumullah..
Setiap manusia memiliki kecenderungan untuk berusaha atau berbisnis. Karena berbisnis bukan hanya cara untuk mendapatkan uang atau harta melimpah. Akan tetapi, bisnis juga di sebagian kalangan masyarakat adalah status sosial yang dibanggakan. Seorang pebisnis atau pedagang yang suskses biasanya dihormati dan disegani oleh banyak orang; sejak dari keluarga, karyawan, teman dan bahkan pejabat pemerintahan. Di Indonesia dan Negara miskin dan berkembang, pengusaha bisa mengatur keputusan hukum dan atau lahirnya perundang-undangan yang menguntungkan mereka dengan membayar para pejabat terkait, baik eksekutif maupun legislatif. Sebab itu, tak heran jika istilah markus (makelar kasus) hukum akhir-akhir ini semarak dibicarakan masyarakat.
Saking nikmatnya berbisnis itu, banyak dari kalangan kaum Muslimin sendiri yang tidak lagi peduli dengan halal atau haram. Tidak ingat lagi kematian dan pertanggung jawaban akhirat bagi semua harta yang dihasilkan. Risywah (sogok-menyogok), riba, data-data fiktif, sunat menyunat, spekulasi, monopoli dan berbagai tindakan menyimpang lainnya sudah menjadi budaya dan kebiasaan. Lebih sedih lagi, nyaris semua aktivitas dan profesi, termasuk politik, aktivitas keagamaan (dakwah), pelayanan sosial dan sebagainya sudah pula dijadikan sebagai lahan bisnis yang paling cepat melahirkan keuntungan harta yang berlipat ganda. Inilah kenyataan yang amat pahit yang sedang dihadapi oleh umat Islam Indonesia, khususnya sejak 10 tahun belakangan.
Kaum Muslimin rahimakumullah…
Islam sama sekali tidak melarang umatnya berbisnis, dan bahkan menganjurkannya. Akan tetapi, Islam juga memberikan persyaratan atau peraturan agar berbisnis itu tidak keluar dari format ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Paling tidak ada lima (5) syarat yang harus dipenuhi jika kita ingin menjadikan bisnis sebagai profesi untuk meraih harta dan kekayaan dunia :
1.         Berbisnis itu harus dengan niat mencari ridha Allah. Sedangkan harta yang diperoleh adalah amanah dari Allah. Sebab itu, pada hakikatnya, harta itu adalah milik Allah.
2.         Berbisnis harus sesuai dengan sistem Allah dan Rasul-Nya Muhammad Saw. seperti tidak boleh dengan sistem riba, tidak melakukan risywah, kolusi, nepotisme, monopoli, spekulasi dan sebagainya.
3.         Barang dan jasa yang dibisniskan tidak boleh yang diharamkan Allah seperti babi, darah, khamar, judi dan sebagainya serta harus yang dihalalkan Allah dan Rasul-Nya.
4.         Semua aktivitas yang terkait dengan ibadah dan pengabdian kepada Allah, baik yang terkait dengan ibadah individu, sosial kemasyarakatan, atau apa saja yang terkat dengan kategori dakwah dan jihad, tidak boleh atau haram hukumnya dibisniskan, yakni melaksanakannya dengan tujuan mendapatkan keuntungan dunia, baik yang terkait harta, pangkat, kedudukan, status sosial, pujian dari manusia atau apapun bentuknya.
5.         Di dalam harta yang diamanahkan Allah itu terdapat jatah kaum fakir, miskin dan kebutuhan lain di jalan Allah, baik melalui zakat (wajib), maupun sedekah (infak). Oleh sebab itu, harta bukan untuk ditumpuk di dunia, akan tetapi untuk dibelanjakan di jalan Allah. Atau dengan kata lain, harta adalah jalan terbaik untuk berjihad di jalan Allah.
Berdasarkan lima (5) syarat tersebut, maka manajemen harta, baik yang diperoleh melalui bisnis, bekerja, warisan, hibah dan jalan halal lainnya, pada prinsipnya dapat disimpulkan dengan dua pertanyaan mendasar berikut :
1.         Apa jenisnya, dari mana dan bagaimana cara memperoleh harta tersebut? Dari jalan yang halalkah atau yang haram?
2.         Kemana harta yang diperoleh dengan jalan yang halal itu dibelanjakan? Untuk kepentingan duniakah atau kepentingan akhirat?
Kaum Muslimin rahimakumullah..
Orang yang beriman kepada Allah dengan keimanan yang kuat dan demikian pula iman pada akhirat, tidak akan menghabiskan hidupnya untuk berbisnis dengan pola dan cara yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya. Karena ia meyakini dan memahami bahwa hidup ini adalah berbisnis dengan Allah. Untuk apa lagi ia berbisnis dengan pola hanya mengumpulkan kenikmatan dunia seperti yang dijelaskan sebelumnya? Karena berbisnis dengan Allah kenikmatannya, keuntungannya dan kelebihannya tidak mungkin dapat dibandingkan dengan apa yang dirasakan dan dialami oleh para pebisnis yang hanya mengejar dunia, kendati dengan jalan yang dibolehkan. Sebab itu, orang beriman akan memenej hidup ini secara total untuk berbisnis dengan Allah. Semua potensi harta dan dirinya dikerahkan di jalan Allah. Di mata manusia bisa saja dinilai rugi, sulit, berat dan bahkan berbahaya serta nyawanya terancam dan sebagainya. Namun di mata Allah, itulah pebisnis sejati. Pebisnis yang menjadikan harta dan jwanya sebagai modal untuk meraih keridhaan dan syurga Allah Subhanahu Wata’ala.
Kaum Muslimin rahimakumullah….
Para pebisnis dengan Allah semasa hidup di dunia tidak akan pernah berharap lain kecuali mendapatkan ridha dan syurga Allah. Mereka, semasa hidup di dunia, berbisnis dengan Allah melalui sebuah transaksi istimewa dan sangat spesial. Bisnis tersebut terkait dengan proyek promosi dan pemasaran Misi Ibadah dan Visi Khilafah yang Allah percayakan kepada mereka. Bisnis tersebut sangat unik, menarik dan menantang, khususnya bagi mereka yang memahaminya dan menyukai tantangan. Di antara faktor yang menyebabkanya unik, menarik dan menantang itu ialah :
§            Produk yang dipromosikan dan yang ditawarkan adalah sitem (software) kehidupan di dunia berkualitas super canggih yang 100 % menjamin kesuksesan para pemakainya.
§            Owner (Pemilik) dan Pencipta produk tersebut adalah Tuhan Pencipat alam semesta, yakni Allah Ta’ala dan belum pernah ada dan tidak akan ada kompetitor-Nya.
§            Sistem bisnis yang diterapkan adalah sistem keagenan atau disebut dengan sistem khilafah (representative/perwakilan).
§            Produk ditawarkan dengan cuma-cuma (secara gratis), di mana para peminat produk tidak dibebankan biaya apapun. Sebaliknya, biaya ditanggung oleh Owner (Tuhan Pencipta) yang ditransfer melalui para agen.
§            Target pemasaran para agen tidak terkait dengan berapa besarnya jumlah manusia yang mau menerima produk tersebut dan tidak pula terikat dengan batas-batas teritorial wilayah sehingga luas pasarnya mencakup lima benua. Semua daratan dan lautan ciptaan Tuhan Pencipta yang dihuni oleh manusia adalah menjadi wilayah pemasaran mereka.
§            Satu hal yang harus diingat oleh para agen ialah bahwa dalam menawarkan produk sistem hidup di dunia tersebut harus berdasarkan skala prioritas, yakni ditawarkan dan dipasarkan terlebih dahulu kepada istri-istri, anak-anak, karib kerabat, teman-teman dekat dan orang-orang yang berada di bawah kepemimpinan formalnya, jika mereka sedang menduduki suatu lembaga, instansi, organisasi, pemerintahan dan lainnya. Setelah itu baru wilayah pemasarannya meluas ke wilayah lain sampai tanpa batas.
§            Demikian pula dengan jumlah agen tidak pernah dibatasi, khususnya setelah Tuhan Pencipta mengutus agen tunggal dan terakhir bernama Muhammad bin Abdullah sejak 1443 tahun yang lalu. Siapa saja yang berminat, apa saja suku, bahasa dan warna kulitnya berhak menjadi agen pemasaran software tersebut, apakah mereka hidup di negara maju, berkembang atau negara-negara miskin ekonomi.
§            Bagi para peminat produk tersebut dan mau mengaplikasikannya dalam kehidupan dunia akan dijamin kesuksesannya di dunia dan pasti juga di Akhirat.
§            Para peminat produk dan mau menerapkannya dalam kehidupan, berhak mendapatkan keagenan secara otomatis, dengan syarat dan kompensasi yang sama dengan para agen senior sebelumnya.
§            Bagi para agen harus siap membiayai promosi dan pemasaran produk tersebut dengan harta dan jiwa mereka yang telah ditransfer oleh Pemilik produk software kehidupan tersebut, yakni Allah Ta’ala. Menariknya, jumlah dana yang harus digunakan untuk biaya marketing software tersebut hanya berkisar antara 2.5 % sampai 30 % dari total yang diterima dari Pemiliknya; Tuhan Pencipta. Sisanya boleh digunakan untuk kepentingan pribadi para agen sebagai commitioning fee, selama digunakan untuk hal-hal yang sesuai dengan petunjuk Pemiliknya. Sebab itu, keikhlasan adalah mutlak adanya.
§            Kendati semua biaya pemasaran (marketing cost) ditanggung oleh Pemilik produk software beserta seluruh biaya hidup para agen, namun imbalan, kompensasi dan bonus yang akan diperoleh para agen amatlah besar dan dahsyat, yakni kesuksesan di dunia dan meraih The Great Success di Akhirat, yakni Syurga ‘Adn.
§            Agar aktivitas bisnis keagenan tersebut berjalan dengan baik dan maksimal, Pemilik Produk merumuskan sebuah Visi Khilafah (perwakilan atau keagenan) dan Misi Ibadah (komitmen terhadap aturan main) yang sudah ditetapkan-Nya.
Itulah sebuah transaksi unik, sangat menarik dan menantang yang berhasil dijalankan oleh para penghuni Syurga ketika mereka hidup di dunia. Keunikan transaksi tersebut sesungguhnya terletak pada :
§            Pemilik produk adalah Allah Tuhan Pencipta.
§            Pembeli sesungguhnya juga Allah Tuhan Pencipta
§            Harga dan kompensasinya sangat besar dan tak terbatas yakni Syurga, juga dari Allah Tuhan Pencipta.
§            Biaya (cost) yang dikeluarkan oleh para agen berupa harta dan jiwa mereka, juga anugerah dari Tuhan Pencipta. Berarti para agen itu berbisnis dengan Allah tanpa modal atau bermodalkan “ZERO”, atau no risk, high return.
§            Kalupun dibutuhkan modal, tidak lebih dari tiga K, yakni KEIMANAN, KEMAUAN dan KEIKHLASAN, saat menymbangkan harta dan jiwa di jalan Allah.
Sesungguhnya KEIMANAN, KEMAUAN dan KEIKHLASAN adalah modal utama yang dimiliki orang-orang beriman yang mejalankan transaksi bisnis dengan Allah ketika menjalani kehidupan di dunia. Dengan modal tersebut insya Allah mereka mampu meraih ampunan dan Syurga Allah yang merupakan THE GREAT SUCCESS (Kesuksesan Tanpa Batas) dan tidak akan ada lagi kesuksesan yang menyamainya, apalagi melebihinya. Allah menjelaskan dalam firman-Nya :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11) يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (12)
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu bisnis (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(10) (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,(11) niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adn. Itulah kesuksesan yang amat besar (The Great Success).(12)” (Q.S. As-shof (61) : 10 – 12)
Kaum Muslimin rahimakumullah..
Demikianlah khutbah hari ini, semoga Allah membantu dan menolong kita untuk bisa berbisnis dengan-Nya, yakni berjuang sekeras tenaga, dengan harta dan jiwa di jalan-Nya. Semoga Allah pilih kita menjadi orang-orang yang sukses di sisi-Nya, kendati di mata manusia dianggap gagal. Dan semoga Allah berkenan menghimpunkan kita di syurga Firdaus yang paling tinggi bersama Rasul Saw, para shiddiqin, syuhada’, dan shalihin sebagaimana Allah himpunkan kita di tempat yang mulia ini. Allahumma amin…
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات و الذكر الحكيم أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم إنه تعالى جواد كريم ملك رؤوف رحيم إنه هو السميع العليم ......