Thursday, February 17, 2011

Mubarak trauma lepas digulingkan

Mubarak trauma lepas digulingkan
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com   
Ramai orang ingin mengetahui nasib bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang telah digulingkan baru-baru ini yang bermula dari laman sosial, facebook dan twitter.

Menurut berita-berita dari on-line di Eropah dan di Asia Barat sendiri bahawa Hosni Mubarak kini masih di Sham el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah, Semenanjung Sinai. Keadaan kesihatannya sangat merosot dan kini dijaga rapi oleh para doktornya dengan kawalan ketat oleh tentera elite di kediamannya itu.

Diberitakan bahawa beliau masih trauma dengan peristiwa kejatuhannya di mana berjuta-juta orang berdemonstrasi di pelbagai tempat di Mesir. Dikatakan dalam keadaan sekarang bila-bila masa saja beliau boleh diterbangkan keluar negeri sama ada ke Israel, negara Arab atau ke Eropah untuk rawatan.

Tetapi nampaknya bukan ke Amerika kerana Amerika dikatakan ‘tidak mengalu-ngalukannya’. Namun, khabarnya, Mubarak mahu mati di tanah airnya sendiri.

Mubarak diterbangkan ke bandar peranginan itu bersama keluarganya setelah menyampaikan ucapan terakhirnya, di mana ia menyerahkan
kekuasaan eksekutif kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman dan kini kuasa itu diambil alih oleh Majlis Tentera.

Belum pasti sama ada beliau akan menjalani rawatan di rumah sakit atau hanya dirawat di rumahnya di Sharm al-Sheikh itu.

Sumber menyatakan bahwa Mubarak telah pengsan dua kali sebelum merakamkan ucapan terakhirnya, yang disiarkan di seluruh negara.

Diberitakan, telah terjadi ketegangan di Istana Presiden sebelum Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya. Menurut sumber on-line lagi, sepatutnya Mubarak berundur beberapa hari sebelum itu. Tetapi baru kemudian dia meletakkan jawatan.

Orang yang paling bertanggungjawab terhadap penangguhan beberapa hari Mubarak dari berhenti itu ialah Gamal Mubarak, anak kedua Mubarak.

Tentera sebenarnya sudah menyiapkan ucapan perletakan jawatan Mubarak dan beliau tinggal membacakannya. Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman itu disiarkan di TV pukul 11 malam Jumaat waktu Mesir, Gamal mengubah isi ucapan ayahandanya beberapa kali.

Di istana itu selain Mubarak dan Gamal, ada pula Omar Suleiman, Menteri Penerangan, Anas al-Fiqqi, beberapa pegawai tinggi dan Alaa Mubarak, abang Gamal.

Di Mesir Al Akhbar melaporkan, sebelum ‘mengubah’ isi ucapan ayahnya, Gamal terlebih dulu bertengkar dengan Alaa. Pertengkaran keduanya begitu keras sehingga hampir setiap orang di dalam istana mendengarnya. Beberapa pegawai tinggi bahkan ikut campur menenangkan keduanya.

Dalam bertengkaran itu, Alaa menyalahkan Gamal yang katanya telah mendorong negara ke dalam kancah rasuah dengan membantu rakan- rakan terdekatnya masuk ke pusaran kekuasaan.

"Kamu bukan membantu ayah supaya tetap dihormati hingga akhir hidupnya, tetapi kamu memusnahkannya,” kata Alla. Bagaimanapun akhirnya Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya.

Campur tangan Gamal di saat-saat terakhir itu tidak diketahui oleh Rumah Putih, Amerika yang beberapa jam sebelumnya sangat yakin Mubarak akan meletakkan jawatan malam itu.

Pengarah CIA, Leon Panetta bahkan memastikan Mubarak akan berhenti segera. Presiden Barack Obama memberitahu mahasiswa di Michigan bahwa "kita akan menyaksikan sejarah baru di Mesir hari ini."

Tapi beberapa jam setelah itu Obama mendengar pernyataan yang simpang siur dari Kaherah.

Langkah Mubarak untuk meletakkan jawatan malam Jumaat itu telah menyebabkan Hussein Badrawi, Setiausaha Agung Partai Demokratik Nasional, partai yang memerintah, memutuskan berhenti segera.

Dialah orang pertama yang membocorkan berita Mubarak akan berhenti malam itu. Badrawi hairan kerana ia hanya tahu beberapa jam sebelum Mubarak telah memenuhi desakan tentera agar meletakkan jabatan. Menteri Penerangan juga turut berhenti.

Sementara itu, setelah beberapa waktu lalu Ikhwan Mesir menyatakan bahwa mereka tidak akan mendirikan atau menjadi partai politik, namun berita terbaru tidak begitu jadinya.

Ikhwanul Muslimin menyatakan pada hari Isnin lalu bahawa mereka akan membentuk kelompoknya sebagai partai politik setelah perlembagaan Mesir dipinda yang membolehkannya menjadi parti politik dan bertanding.

Dalam sebuah kenyataannya, Ikhwanul Muslimin menyatakan keyakinannya bahwa Dewan Tertinggi Angkatan Tentera Mesir akan menghormati semua janji-janjinya yang dinyatakan dalam lima pernyataannya minggu lalu.

Ikhwan meminta pihak tentera mengumumkan jadual untuk meminda perlembagaan dan mengadakan pilihan raya umum baru yang bebas, disusul oleh pemilihan presiden baru. Ikhwan juga menuntut supaya dibebaskan semua tahanan politik.

Ikhwanul Muslimin, diharamkan sejak tahun 1954 hingga zaman Hosni Mubarak. Ketika demonstrasi besar-besaran di Mesir baru-baru ini Ikhwan mengambil bahagian penting dan orang-orangnya menyediakan para doktor dan makanan serta pakaian untuk para penunjuk perasaan.

Jangan biarkan ‘Pak Hitam’ kurang ajar

oleh ABDUL JALIL ALI

Sinar Harian 2/17/2011 9:34:22 AM
Hannah Yeo, wakil rakyat yang sedang hamil anak sulung itu menghantar satu SMS, menjawab rungutan yang saya kemukakan kepada beliau kira-kira seminggu lalu. Lebih kurang maksud SMS tersebut, asalnya dalam bahasa Inggeris: “Pihak berkuasa telah menyerbu kopitiam berkenaan, dan memeriksa 23 warga asing yang lepak di situ. 13 daripada diperiksa tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, tujuh lagi diperiksa air kencing...”

Jarang saya mengadu kepada YB. Tetapi hal yang satu ini sudah melampau, menjolok mata, sekali gus mencabar kewibawaan pihak berkuasa. Kadangkala timbul pertanyaan: Apakah pihak berkuasa bacul, tidak bertaring? Atau, apakah rasuah telah merantai pihak berkuasa kita? Ceritanya begini: Sebuah kopitiam di tempat saya tinggal beroperasi melewati jam 12 tengah malam. Pada malam minggu ia tidak ditutup hingga ke subuh. Ini dengan jelas melanggar peraturan. Tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil, walaupun pusat hiburan dan lepak itu terletak hanya beberapa depa dari balai polis. Lebih menyakitkan hati, kopitiam ini menjadi tumpuan – orang sekarang kata ‘port’ – warga asing berkulit hitam, berbibir tebal, rambut keriting-keriting halus.

Maaf, saya bukan prejudis terhadap warna kulit dan bentuk tubuh mereka. Saya sakit hati sebab mereka kurang ajar, langsung tidak menghormati undang-undang kita. Mereka seperti menguasai kopitiam tersebut. Jika mereka masuk orang lain terpaksa mengalah ke tepi. Mereka kasar, kaki gaduh, seolah-olah tempat tersebut mereka punya. Pemilik kopitiam pun tidak berani hendak menegur. Bukan sahaja di dalam, di luar kopitiam pun warga asing kulit hitam ini gemar membuat onar.

Dalam keadaan mabuk, mereka bergaduh tanpa mempedulikan ketenteraman orang lain. Botol-botol arak dihentak pada kereta atau dihempas bersepai di atas laluan. Ini menyukarkan orang ramai untuk lalu di situ. Lebih kurang ajar lagi, mereka membuka zip, menunjukkan kemaluan dan kencing di atas jalan seolah-olah kawasan tersebut mereka yang berkuasa.

Bayangkan warga asing berani kencing di hadapan mata kita dan pihak berkuasa, termasuk polis, tidak berupaya berbuat apa-apa. Baculnya kita! Ada laporan polis dibuat mengenai pergaduhan tersebut. Tetapi tidak ada tindakan untuk menghukum warga asing ini. Sebab itu setiap kali mereka mabuk, memecahkan botol dan kencing di hadapan umum, orang tempatan seperti tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka marah, tetapi tidak berani bertindak. Tentu sekali ini tidak boleh didiamkan.

Lama mana kita sanggup dikencingkan begitu? Masa sudah tiba untuk pihak berkuasa, termasuk polis, bertindak tegas terhadap pendatang kurang ajar yang mula mengganggu ketenteraman orang kita. Jangan sampai orang kita bertindak sendiri di luar batas undang-undang untuk mengajar si hitam! Sebenarnya kewujudan warga asing berkulit hitam dari Afrika sudah menjadi semakin menyakitkan.

Mengikut perangkaan dari Januari hingga Jun 2009 sahaja ada 56,240 yang masuk ke negara ini secara sah. Bilangan secara haram pun tentu ramai juga. Ramai juga yang datang dengan visa pelancong, terus menetap di sini setelah tempoh visa tamat. Agaknya mereka menggunakan ilmu hitam sehingga pihak berkuasa pun tidak dapat berbuat apa-apa! Macam-macam gelaran diberikan kepada mereka – Awang Hitam, Pak Hitam, Gagak Hitam dan sebagainya – semua ini merujuk kepada gejala-gejala negatif yang mereka lakukan di tempat kita.

Sebelum ini pun kita telah mendengar dan membaca berita mengenai perilaku mereka yang terkenal kasar dan berlagak samseng. Malah beberapa kawasan memang telah mereka kuasai, sehinggakan ketenteraman penduduk tempatan terancam. Mereka terlibat dengan berbagai-bagai jenayah seperti sindiket wang palsu, penipuan ‘wang hitam’ atau ‘black money’, mengganggu anak gadis tempatan, membunuh, merompak, dan lain-lain jenayah.

Untuk rekod, pihak berkuasa pernah mengadakan ‘Ops Gagak Hitam’ pada 2002 untuk membanteras kegiatan negatif mereka. Dalam operasi tersebut kecekapan anggota polis memang teruji apabila terpaksa mengawal 215 pendatang tanpa izin (PATI) dari benua Afrika yang cuba melarikan diri. Insiden di luar jangkaan dan mencemaskan berlaku ketika ‘gagak-gagak’ tersebut dibawa menaiki 10 trak untuk ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen di Kemayan. Sewaktu tiba di kawasan Bukit Putus di Kuala Pilah pada kira-kira jam 1 petang, mereka mula merusuh di dalam trak dan cuba melarikan diri. Bayangkan dalam kawalan polis pun mereka boleh merusuh.

Peristiwa di kopitiam tempat saya mungkin berlaku juga di kawasan-kawasan lain. Selama ini kita cukup tertekan dengan kerenah pendatang haram dari Indonesia yang melakukan berbagai-bagai jenayah. Sekarang warga hitam pula mengancam kita. Bilangan si hitam mungkin tidak seramai yang datang dari Indonesia. Tetapi gangguan pendatang dari Afrika yang semakin ketara akhir-akhir ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kalau kita diamkan, mereka akan besar kepala dan menguasai kawasan kita satu demi satu. Oleh sebab itu pihak berkuasa – imigresen, polis, PBT, dan sebagainya – mesti memburu dan bertindak tegas ke atas gagak-gagak yang membuat onar ini. Kalau tidak satu masa nanti tempat tinggal kita semua akan menjadi kawasan hitam!

Wednesday, February 16, 2011

KISAH DAN TELADAN !!! ADA JUGA MANUSIA MACAM NI?

TIDAK bermoral sungguh suami sebegini!…


Subject: Bila Hati Sudah Mati (khas utk yang nak kawin lagi!)

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah “tak berguna”..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada….dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada…kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun…. Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam…wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2…kejam kejam
saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat…tapi jauh di sudut hati saya…memang terasa kejam…sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu….saya malas lah nak bertekak…

saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri…dia tak nak…dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah…..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1. kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu…memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat….wife dia dah kerja sebagai operator kilang…so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu…lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap… tapi yg buat saya bengang…ade ke…kawan saya tu….selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia…cari no.2… tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah…saya jengoklah…saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi….wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu…kat bawah…saya tengok…anak2 dia yg 4 org tu dgn maid…menangis2 pungut baju mak dia…kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap… “kau org cakap ngan mama kau…kalau nak papa jaga sampai mampus…jgn lawan cakap papa…”

tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu…anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu…so…seronoklah dia berendam & mandi sama2n gan wife no.2 dalamjacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu…sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu…maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu.

aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03…sedangkan suaminya – rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.
apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas…saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital…sebelum aruah pergi kehospital…dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi
Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya…

Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi…memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni. masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital…aruah masih dalam bilik rawatan….abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi
dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.


saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.
masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap…tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya…mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama…mama…mama…dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan…senyap2 sayang…papa ada…dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu…supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai…

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni.. (diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah
bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)


* Coretanku
Cerita ini diambil dari blogs kak iman… sangat berkesan untuk MUHASABAH diri saya sendiri… huhuhuhu… ZALIMNYA seorang suami yang tidak tahu AZAB Allah SWT dan jahilnya tentang hukum-hakam agama. (Suami jenis apalah ini!)

walaupun cerita telah bertahun, dah 5 tahun juga… tetapi sememangnya cukup berkesan memberi keinsafan dan pengajaran pada diri ini juga manusia yang diberikan akal oleh Allah SWT.
kejamnya suami tuh, tidak bermoral sungguh!habis madu, sepah dibuang… bila rasa tak ada kepentingan pada si isteri, mulalah cari yang baru yang lebih sempurna… sekolah tinggi tapi ilmu agama terlalu cetek!
pengajaran kepada semua lelaki yang nak kahwin lebih…. fikir-fikirkan! mampukah untuk bersikap adil dan bertanggungjawab??? dalam firman Allah sudah cukup jelas menerangkan lelaki sememangnya TIDAK dapat berlaku adil walaupun bersungguh-sungguh. Berusahalah mendekatkan diri kepada Rabb, moga dapat keampunan.

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nisa, ayat: 129)


“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa, ayat: 3)
wAllahua’lam…

Pengkhianat amanah cetus kemusnahan masyarakat


Oleh Hashim Ahmad

BH 2011/02/16

ANTARA ketakwaan yang dibebankan kepada kita adalah menunaikan amanah. Amanah sebenarnya ditawarkan kepada alam semesta, langit, bumi dan gunung. Namun mereka takut memikulnya dan enggan menerima kerana takut azab Allah. Lalu amanah itu ditawarkan kepada Adam dan beliau menerimanya.

Ibnu Abbas menjelaskan pengertian amanah dalam ayat 72 dan 73 Surah Al-Ahzab: “Amanah adalah kewajipan yang Allah tawarkan kepada langit, bumi dan gunung. Apabila mereka menunaikannya maka mereka mendapat pahala dan bila mereka mensia-siakannya maka mereka diberi seksaan lalu mereka menolaknya bukan kerana tidak taat kepada Allah tapi kerana mengagungkan agama Allah.”

Sesungguhnya amanah itu beban syariat yang mencakup hak Allah dan hak hamba-Nya. Siapa menunaikannya maka dia mendapat pahala dan yang mensia-siakannya mendapat seksa.

Sesiapa memiliki kesempurnaan sifat amanah maka dia menyempurnakan agamanya, dan siapa tidak memilikinya maka ia membuang agamanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menjaga janjinya.” (Riwayat: Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani).

Sifat amanah menjadi sifat nabi dan rasul. Firman Allah ketika mengisahkan mengenai Nabi Nuh, Hud, dan Salleh bermaksud: “Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” (Surah Asy-Syu’ara: Ayat 107 dan 108).


Tauhid dan menolak syirik adalah amanah. Amar makruf nahi mungkar adalah amanah. Harta adalah amanah yang tidak boleh dipakai untuk kemaksiatan. Mata amanah harus dijaga daripada memandang yang haram. Anggota tubuh adalah amanah yang harus dipelihara daripada kemaksiatan.
Anak adalah amanah yang harus ditunaikan dengan mendidik mereka dengan ajaran Islam.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang memelihara amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang yang memelihara shalatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Mu`minun, ayat 8 hingga 11).

Sabda Rasulullah bermaksud: “Berilah jaminan kepadaku enam perkara, nescaya aku jamin bagi kalian syurga iaitu: Apabila salah seorang kalian berbicara maka jangan berdusta. Apabila berjanji jangan mengingkari. Apabila diberi amanat jangan berkhianat dan tundukkan pandangan, pelihara kemaluan serta jagalah tangan kalian.” (Hadis Riwayat: Ahmad).

Perlu diingat, tidak menunaikan amanah memberi kesan buruk kepada seseorang dan menjadi sebab kerosakan masyarakat. Rasulullah pernah ditanya mengenai waktu kiamat. Baginda menjawab bermaksud: “Apabila amanat disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” (Riwayat Al-Bukhari).

Oleh itu bertakwa, pelihara amanat dan tunaikan hak dan kewajipan seorang hamba serta jauhilah semua larangan Allah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa: Ayat 58).

Ayat ini mencakupi seluruh jenis amanah dan antara yang terpenting adalah tugas, pekerjaan serta jabatan. Siapa yang menunaikan kewajipan yang Allah bebankan pada tugas dan jabatan itu serta merealisasikan kemaslahatan Muslimin, maka dia menunaikan amanah dan berbuat kebaikan untuk akhiratnya.

Mereka yang tidak menunaikan amanah atau mengambil rasuah dengan menggunakan jabatan dan kedudukannya, maka dia mengkhianati amanah dan mendapat bencana dan seksaan Allah dan akan dimalukan di akhirat.

Demikian juga amanat yang disimpan orang kepada kita, kita wajib menunaikannya dan jangan berkhianat walaupun orang lain mengkhianati kita. Nabi pernah bersabda bermaksud: “Tunaikan amanah kepada orang yang memberimu amanah dan jangan mengkhianati orang yang berkhianat kepada kamu.”
(Riwayat: Ahmad dan at-Tirmidzi)

Maulidur Rasul, jejantas dan pembaziran

oleh NURUL IZZAH
2/15/2011 10:38:27 AM
Kemeriahan Maulud Nabi disambut penuh makna oleh masyarakat Islam di sini, menerusi perarakan keluarga, sahabat handai dan jiran terdekat, mahupun ceramah agama.

Namun, yang perlu kita utamakan, dalam memperingati hari keputeraan Rasulullah SAW; bagaimanakah kita, umat zaman ini, benar-benar menjiwai dan menterjemahkan risalah kebenaran dan keadilan yang dibawa Baginda?

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang paling baik....”
Perkembangan luar biasa terkini dunia Islam, terutama di Timur Tengah, meyakinkan saya jikalau diberi peluang berdemokrasi, umat Islam tentunya menzahirkan ajaran dan amalan Rasulullah SAW yang berpaksikan prinsip-prinsip kepimpinan terbaik yang memanfaatkan seluruh masyarakat.

Dalam erti kata lain, kepimpinan Baginda SAW menjadi model ukuran dan piawaian wajib diguna pakai dalam menilai kepimpinan dunia Islam sekarang.

Apakah yang akan dilakukan oleh Baginda SAW jika berdepan dengan kepimpinan sekarang yang bergelumang dengan rasuah dan membazirkan wang amanah milik rakyat untuk keuntungan sendiri?
Sepertimana berlaku dalam arus kebangkitan di dunia Arab, akhirnya rakyat sendiri bangkit mencari ruang dan peluang untuk hidup dalam kebenaran dan keadilan – satu contoh penghayatan piawaian kepimpinan Baginda SAW.

Jika diberi peluang, saya yakin seluruh umat Islam akan menterjemah kepimpinan, risalah kebenaran serta keadilan dalam semua bentuk yang baik untuk membina kembali kegemilangan insaniah bertakwa sebagai khalifah di muka bumi fana ini.
Jadi apakah ruang dan peluang yang wujud di negara kita sendiri?

Baru-baru ini warga Kuala Lumpur dikejutkan dengan pengumuman fasa pertama jejantas pejalan kaki yang siap untuk digunakan (dari KLCC ke Hotel Impiana dengan kelengkapan pendingin hawa).
Nilai yang diumum sekitar RM10 juta untuk pembinaan jejantas sepanjang 142 meter; agak kontroversial memandangkan ekonomi semasa yang agak menghimpit dan apabila penggunaannya dikhususkan untuk pelancong asing, bukannya rakyat terbanyak.

Menurut laporan Bernama pada 8 September 2010, “Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.”

Laporan ini menyatakan Kerajaan Pusat, melalui Petronas, menyediakan dana bagi projek jejantas 142 meter berserta fasa kedua sepanjang 375 meter, yang akan menghubungkan ke Jalan Raja Chulan.

Jika laporan ini benar, rakyat dapat menyimpulkan kemungkinan satu pembaziran berlaku apabila wang sebanyak itu dibelanjakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akhirnya bertanggungjawab kepada rakyat, sedang subsidi rakyat (menerusi Petronas antara lainnya) dipotong secara konsisten dari semasa ke semasa.

Adakah DBKL berpakat sulit dengan GLC untuk membina satu lagi infrastruktur awam yang ‘maha tinggi’ kosnya atau telahkah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk tersebut. Jikalau DBKL dikecualikan dari proses memberi kelulusan, maka pada siapakah dapat rakyat bergantung harap untuk memastikan kebajikan terjaga?
Apakah mungkin penduduk kawasan saya dan di Kuala Lumpur menikmati jejantas dan siar kaki yang serupa – berhawa dingin dan berbumbung – yang menghubungkan kawasan perumahan ke sekolah-sekolah dan tempat awam lain atau adakah projek berkelas dunia ini hanya untuk dinikmati pengunjung?

Malangnya, walau hanya dinikmati pengunjung, kos pengendalian dan penyelenggaraan projek jejantas ‘Maha Mahal’ dan berhawa dingin ini, akan dibayar oleh DBKL. Jumlah sebenar kos tersebut hanya boleh dijawab oleh YB Menteri dan Datuk Bandar – yang masih belum menjawab perinciannya setakat hari ini.

Laporan di The Star 9 Februari lalu menyatakan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah “menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL.”
Ini secara terang menunjukkan mekanisme “Bina dan Pindah milik” (Build and Transfer) telah diguna secara diam-diam, tanpa pengetahuan umum dan dengan tiada kebertanggungjawaban. 

Akhirnya, wang rakyat akan diguna untuk menyelenggara kemudahan ini. Adakah penduduk KL bakal dikejutkan dengan nilai yang “maha besar”? Adakah pihak DBKL akan mengenakan “tol” kemudian untuk membayar kos yang menggunung, atau adakah ia akan diswastakan?

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Anas RA menjelaskan:
Pada suatu hari, Rasulullah SAW keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Nabi SAW terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah, lalu baginda bertanya: “Rumah siapa itu?” Sahabat memberitahu, rumah itu kepunyaan si polan daripada kaum Ansar. Nabi SAW diam tidak berkata apa-apa, tetapi memendamkan perkara itu dalam hatinya.
Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW bersabda di hadapan para sahabat “Ingatlah! setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu, kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan.”
Firman Allah SWT bermaksud: “Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhannya”. (Al-Isra’, ayat 27) 

Inilah yang terngiang-ngiang dalam kepala saya, beberapa jam sebelum kita secara rasminya menyambut Maulud Nabi. Salam selawat buat Baginda dan keluarga. Moga kita sentiasa diberikan peluang untuk mencontohi Junjungan Besar Nabi kita dalam kehidupan seharian.Selamat menyambut Maulud Nabi.
Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Tuesday, February 15, 2011

Beruswah Terhadap Nabi Muhammad

Aidil Heryana, S.Sosi

15/2/2011 | 09 Rabiul Awwal 1432 H | Hits: 592
Oleh: Aidil Heryana, S.Sosi


 



dakwatuna.com – Sahabatku, kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia, Nabi Muhammad saw.. Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita. Berteladan kepada Nabi saw. Dia sejatinya uswah, pasti tidak akan membuat kita kecewa!

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi saw menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan karena masih dimasak, sambil tersenyum beliau menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Aisyah menceritakan bahwa kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.

4) Pernah beliau pulang menjelang pagi hari. Tentulah beliau teramat lapar waktu itu. Namun dilihatnya tiada apa pun yang tersedia untuk sarapan. Bahkan bahan mentah pun tidak ada karena ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?’  Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah beliau.

5) Sebaliknya Nabi saw sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas lelaki itu menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang juga, jadi aku pukul dia.” Jelas lelaki itu.
“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi saw.
“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

6) Kemudian Nabi saw bersabda,”Sebaik-baik suami adalah yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadlu’nya beliau dalam posisinya sebagai kepala keluarga langsung tidak sedikitpun merubah kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika Nabi saw menjadi imam shalat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Nabi antara satu rukun ke rukun yang lain agak melambat dan terlihat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi gemeretak seakan sendi-sendi di tubuh Nabi mulia itu bergeser antara satu dengan yang lain. Lalu Umar ra  tidak tahan melihat keadaan Nabi yang seperti itu langsung bertanya setelah shalat.
‘Ya Rasulullah, kami melihat sepertinya engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat wal ‘afiat.”
“Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar suara gemeretak pada sendi-sendi tulangmu? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut beliau yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil, untuk menahan rasa lapar beliau. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi gemeretak setiap kali bergeraknya tubuh beliau.
“Ya Rasulullah! Apakah saat engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kemudian kami tidak akan mengusahakannya buat engkau?’
Lalu Nabi saw menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8) Nabi saw pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Beliaupun hanya diam dan bersabar ketika kain sorbannya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab Badawi hingga berbekas merah di lehernya. Begitupun dengan penuh rasa kehambaan beliau membersihkan tempat yang dikencingi seorang arab Badawi di dalam masjid sebelum beliau tegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa penghambaan yang sudah menghunjam dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ingin diistimewakan (dipertuan).

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan keramaian (publik) maupun saat seorang diri.

12) Pintu Syurga terbuka seluas-luasnya untuk Nabi, namun beliau masih tetap berdiri di sepinya malam, terus-menerus beribadah hingga pernah beliau terjatuh lantaran kakinya bengkak-bengkak.

13) Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lembut, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Monday, February 14, 2011

Dr Asri: Tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di M'sia

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.

Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

azlanAsri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.