Sunday, February 27, 2011

Tenang dihiburkan ayat al-Quran




Tenang dan mengasyikkan. Demikianlah ungkapan bagi menggambarkan suasana kelas pembelajaran pelajar-pelajar lelaki di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Imamah (MATQI), di Kampung Bukit Kerayong, Meru, Klang, Selangor.
 

Sepanjang berada di sini, hampir sepanjang masa penulis diperdengarkan bacaan al-Quran oleh adik-adik yang gigih berusaha untuk menghafaz sekurang-kurangnya satu juzuk al-Quran dalam satu masa.

Jujur penulis katakan, ketika berada di dewan itu, penulis mampu melupakan seketika segala gundah-gulana dan pelbagai masalah yang bersarang dalam kepala.

Ia mengesahkan lagi kebenaran ayat Allah sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28).

Pengasas merangkap pengetua MATQI, Ustaz Azrul Hakim Suradi, 36, berkata, menjadi rutin harian bagi pelajar di sini untuk mengaji dan menghafaz al-Quran.

Katanya, seawal jam 6.30 hingga 9 pagi setiap hari kecuali hari Ahad, pelajar-pelajar akan berada di dewan untuk menghafaz al-Quran. Tepat 9.45 pagi, mereka akan bersama-sama menunaikan solat Dhuha dan kembali semula ke dewan untuk meneruskan pembelajaran menghafaz al-Quran yang dikendalikan seorang guru bagi setiap kumpulan.

Menurutnya, pada sebelah petang bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang dan 7.30 hingga 10 malam, mereka akan mengikuti pengajian Islam dalam bahasa Arab seperti belajar fikah, tauhid, akhlak, sirah dan sebagainya.

MATQI yang kini mempunyai 85 pelajar (berusia dalam lingkungan 13 hingga 20 tahun) sebenarnya memiliki satu impian dan harapan yang sama, iaitu mahu mencapai kejayaan menghafaz 30 juzuk al-Quran dengan hasil bimbingan dan khidmat nasihat beberapa tenaga pengajar.

“Memiliki kemampuan menghafaz 30 juzuk al-Quran bukanlah perkara sukar jika pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh dan mengikut segala tunjuk ajar yang diberikan oleh ustaz-ustaz di sini.

“Malah, semua perkara termasuk mendalami kitab suci menjadi lebih mudah jika kita serius menghayatinya,” ujar Ustaz Azrul sambil memberitahu adalah penting bagi semua umat Islam mempelajari dan mendalami al-Quran kerana ia adalah kitab yang menjadi petunjuk kepada semua.



Kriteria pelajar dan guru


Setiap sekolah semestinya mempunyai syarat-syarat tertentu berkaitan kemasukan pelajar ke sekolah mereka. Tambahan pula sekolah cemerlang, sudah tentu pelbagai syarat dikenakan ke atas pelajar terbabit sebelum mereka memohon untuk melanjutkan pelajaran di situ.


Ustaz Azrul berkata, hal sedemikian adalah perkara biasa bagi semua sekolah dalam usaha mereka menjaga imej dan prestasi sekolah masing-masing.

Dalam konteks sekolah agama, pelajar yang mampu membaca al-Quran dengan lancar, maka mereka dapat menyambung pengajian di sekolah berkenaan. Bagi yang tidak mampu membaca al-Quran dengan baik, pihak sekolah akan menolak permohonan pelajar terbabit.

“Di MATQI, istilah ‘menolak permohonan pelajar’ sebenarnya tidak pernah wujud dan tidak akan wujud sampai bila-bila. Ini kerana, kita hanya mengenakan syarat ‘asal nak belajar’. Jika syarat itu ada pada pelajar tersebut, kita terima.

“Pelajar datang nak belajar, mengapa kita tolak? Bukankah manusia itu boleh berubah. Peribahasa Melayu sendiri ada menyebut “Belakang parang kalau diasah lagikan tajam” yang membawa maksud seseorang yang tidak pandai tetapi jika belajar, lama-kelamaan akan pandai juga.

“Secara mudahnya, saya katakan begini, dulu, di MATQI, kita pernah mempunyai beberapa pelajar yang tidak tahu membaca al-Quran. Langkah pertama, mereka belajar Iqra. Beberapa bulan kemudian, pelajar ini mampu membaca al-Quran dengan lancar dan menghafaz beberapa juzuk. Itulah yang kita mahukan,” katanya.

Mengulas tentang pemilihan tenaga pengajar, Ustaz Azrul berkata, kebanyakan guru (ustaz) yang mengajar sekarang adalah kalangan mereka yang telah hafaz al-Quran 30 juzuk.

“Mereka juga perlu memiliki kebolehan mengajar dalam bahasa Arab. Ini kerana, kita mahu menerapkan anak-anak di sini agar mampu bertutur dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Quran dan bahasa ahli syurga,” katanya.

Idea penubuhan MATQI


Tercetusnya idea menubuhkan Maahad Tahfiz, ujar Ustaz Azrul disebabkan kekurangan sekolah agama di negeri ini.


Apa yang ada, katanya, hanyalah untuk menampung pelajar-pelajar agama yang cemerlang dalam peperiksaan. Selebihnya, mereka tiada tempat untuk menyambung pelajaran dalam bidang agama. Akibatnya, mereka terpaksa memilih sekolah kebangsaan.

“Justeru, saya merasakan perlunya seorang individu tampil ke hadapan menyelesaikan masalah ini dan saya bersyukur dipilih oleh-Nya membina MATQI dalam membantu pelajar-pelajar cemerlang ini meneruskan impian mereka ke peringkat lebih tinggi dalam bidang agama,” katanya sambil berharap penubuhan MATQI mampu melahirkan individu yang soleh dan solehah.

Beliau berkata, MATQI beroperasi hampir tiga tahun. Sehingga kini, seramai 16 pelajar telah dihantar ke Yaman, Arab untuk mengikuti pengajian di Universiti Al-Iman.

“Waktu pembelajaran amat berbeza. Sebelah pagi, mereka akan belajar di universiti terbabit. Selepas waktu zuhur, mereka akan kembali belajar di asrama kerana kita juga memiliki sebuah cawangan di sana. Tempoh belajar selama tiga tahun,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ustaz Azrul berkata, kebelakangan ini, nampak perubahan yang cukup luar biasa daripada semua pihak dalam usaha memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini.

Katanya, kerajaan sentiasa memainkan peranan penting bagi memastikan institusi al-Quran terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Ini termasuklah memberi bantuan-bantuan yang diperlukan bagi menjalankan program-program yang berkaitan tahfiz al-Quran.

Ujarnya, kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke maahad-maahad tahfiz semakin menjadi trend masyarakat hari ini dan situasi sebegini menunjukkan masyarakat kita telah diberi pendedahan tentang prospek cerah pendidikan al-Quran, di samping kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap kepentingan pendidikan al- Quran.

MATQI berwajah baru


Jika dulu, MATQI hanyalah sebuah sekolah tahfiz yang dibina di satu lokasi kecil di Seksyen 23, Shah Alam. Tetapi, berkat doa yang tidak putus-putus daripada semua pihak, akhirnya MATQI berjaya mendapatkan sebuah tanah di Kampung Bukit Kerayong, Meru, Klang, Selangor.


Di sini, pihak sekolah gigih membina bangunan sekolah, asrama, surau dan beberapa prasarana seperti dewan, kantin, padang bola, chalet, asrama, taman, tandas, rumah pengelola, rumah guru-guru dan macam-macam lagi untuk kemudahan pelajar dan guru di sini.

“Memandangkan ini bangunan baru, maka kami memerlukan sumbangan daripada semua pihak untuk menyiapkan bangunan berkenaan dalam kadar segera. Hampir RM2.5 juta diperlukan dan segala sumbangan boleh disalurkan di atas nama MATQI, 562272901703 (Maybank),” katanya dengan berharap pelajar-pelajar di sini akan menjadi generasi yang huffaz, qurra’ dan du’at yang berwibawa ke arah pembangunan negara dan ummah

(Dipetik daripada Sinar Harian 27/2/2011)

Saturday, February 26, 2011

Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah


Oleh Mohd Amri Abdullah BH 2011/01/22

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit

KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda. Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

Pertubuhan Jantung Amerika Syarikat menyarankan, semua kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.

Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.

Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.

Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)

Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink).
Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Hukama’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Penulis ialah Penolong Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KISAH ORANG PENCEN


Pagi ini sewaktu ke Pasar Payang mengiringi isteri saya, saya bertemu dengan rakan lama Cikgu Lim. Beliau telah 6 tahun bersara. Seronok juga berbual dalam masa 10 minit, banyak idea dan pandangan serta pengalamannya mengisi masa menganggur (bersara).

“Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.”- Henry Ford. Banyak juga yang boleh saya pelajari daripada pengalamannya.

Saya bertanya apa yang dia buat sekarang, katanya setiap malam ahad dia akan ke KL menaiki bas ekpress. Hari jumaat malam dia balik ke Kuala Terengganu. Sampai jam 5 pagi di KL terus ke rumah anaknya untuk mengambil cucunya untuk dihantar ke sekolah. Begitu juga bila tengah hari mengambil ccunya dari sekolah balik ke rumah. Macam "driver" layaknya. Sebelah petang atau malam, dia mengajar cucunya buat kerja sekolah.Kisahnya sama seperti rakan-rakan cikgu dulu yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di KL.


Sebelah petang jika ada masa bawa cucunya berjalan atau joging di taman permainan.

Jika cucunya ingin ke kedai buku dia akan bawa ke kedai buku. Katanya, dahulu sewkatu dia bekerja (mengajar) dia terlalu sibuk sehingga tak ada masa untuk melayani anaknya. Sekarang giliran anaknya pula tiada masa bersama cucunya kerana sibuk bekerja. Jadi untuk membantu anaknya, dialah yang melayani cucunya. 

Anaknya berkerja dalam bidang ICT (programmer),  waktu bekerja sebelah malam kerana berurusan dengan pelanggannya dari luar negara yang waktunya berbeza dengan Negara ini. Kita siang mereka malam, oleh itu anaknya kerap berjaga malam dan siang tidur. Dia nasihatkan saya kalau boleh elakkanlah daripada terlibat dalam bidang ICT.


Falsafahnya, kita yang telah bersara perlu sibukkan diri, jika tidak pelbagai penyakit mudah menyerang kita. Dia juga punyai anak di Pulau Pinang, bila cuti dia akan ke Pulau Pinang pula menemui anak dan cucunya. Di KT juga dia punyai cucu. Katanya harga tambang bas ekpress yang dinaiki ada potongan 25%. bagi warga emas (usia 60 tahun ke atas). Saya belum layak lagi.

Bila cerita mengenai bermain dengan cucu saya teringat kata-kata George Bernard Shaw;“We don’t stop playing because we grow old; we grow old because we stop playing.”


Seronok juga dengar celotehnya. Biasanya orang bersara suka banyak cakap. Mungkin itu persepsi saya, tetapi kerapkali bila saya berjumpa rakan-rakan yang telah bersara, terutama cikgu, memang banyak cerita yang nak diceritakan. Asalkan kita sanggup tadah telinga (mendengar).


Bila bercakap soal umur saya teringat juga beberapa kata-kata hikmat yang mungkin boleh menyedarkan saya yang telah lanjut usia. “Age is an issue of mind over matter. If you don’t mind, it doesn’t matter.”- Mark Twain
“No one is so old as those who have outlived enthusiasm.”- Henry David Thoreau

“The old believe everything: the middle-aged suspect everything: the young know everything.”- Oscar Wilde

“Life’s tragedy is that we get old too soon and wise too late.”- Benjamin Franklin

“Middle age is when you’re sitting at home on a Saturday night and the telephone rings and you hope it isn’t for you.” - Ogden Nash

“You know you are getting old when the candles cost more than the cake.” - Bob Hope

Thursday, February 24, 2011

15 rawatan secara semulajadi

Posted on Wednesday, February 23 @ 09:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Open Artikel Oleh: trail_hehe

"Adakah anda terkesan dengan ekonomi pada hari ini? Sudah sampai waktunya kita menggunakan cara kreatif untuk mengatasinya. Jika anda menghadapi sakit cubalah cara semulajadi sebagai ganti ke klinik yang melibatkan kos yang tinggi.

Ini akan menjimatkan wang dan tubuh anda akan peka kepada persekitaran. Selamat datang ke peti ubat cipta anda.

1. Hentikan Pendarahan
cayenne pepper
Mungkin anda terfikir ianya akan membakar tetapi dengan menaburi serbuk lada hitam (cayenne pepper) akan mempercepatkan pendarahan terhenti. Ianya juga berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.
Bawang putih

2. Sakit gigi

Tidak ada sakit yang teruk kalau tidak kena penangan sakit gigi. Anda tidak boleh mengambil mudah dengan masalah gigi kerana jangkitan hampir dengan otak akan mengundang bahaya jika ianya tersebar. Bagi mengurangkan bengkak dan rasa sakit sebelum berjumpa doktor gigi, cubalah menitiskan beberapa titik minyak cengkih pada gigi dan gusi serta menggigit bawang putih (ianya memiliki sifat antibakteria sangat baik).

3. Ruam dan Alergi

Teh hijau
Prescription and OTC antihistamines boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang serius. Sebelum ianya menjadi teruk cubalah teh hijau. Ianya mengandungi sifat-sifat anthistamin. Anda harus minum 2-3 cawan sehari untuk sembuh sepenuhnya.
Cuka epal

4. Jangkitan kulat kronik
Ianya adalah kulat pada kaki, dan berbau busuk. Bau yang busuk tersebut boleh dihilangkan dengan merendam kaki ke dalam air masin serta basuh dengan jus bawang putih atau rendam dengan air cuka. Kesemuanya dapat membantu membunuh kulat.

Namun anda harus melakukannya berulang kali dan konsisten. Lakukannya beberapa kali sehari selama sekurang-kurangnya seminggu sehingga anda betul-betul merasakan ianya sudah hilang. Harus di ingat kulat boleh bersembunyi dan akan muncul kembali tanpa anda menduganya.

5. Jerawat dan Kulit Sensitif

Oatmeal

Pertama, anda benar-benar harus melihat gaya hidup anda, kerana ketidakseimbangan dalam kesihatan anda boleh muncul di kulit anda. Tapi sementara itu, cuci wajah anda dengan oatmeal.Ianya adalah exfoliant lembut dan menarik keluar minyak dan kotoran.
Minyak bawang putih

6. Jangkitan Telinga
Jangkitan telinga boleh menjadi sangat serius dan menyebabkan kerosakan kekal, jadi anda dinasihatkan segera berjumpa doktor jika sakit telinga anda telah menjadi parah.

Tetapi jika anda merasa seperti jangkitan anda ringan dan pada tahap awal, masukkan beberapa titis minyak bawang putih atau cuka putih ke lubang telinga anda dan berbaring di sisi yang berlawanan untuk membiarkan titisan tersebut merawat telinga anda. Bawang putih dan cuka mendorong persekitaran yang bebas bakteria yang menyebabkan jangkitan. Ulangi beberapa kali sehari sampai gejala hilang. (Jika gejala tersebut berterusan untuk beberapa hari, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor!)

7. Sakit Otot dan lebam
Krim Arnica
Setelah mendayung dengan seorang rakan beberapa hari kemudian saya akan berasa sakit otot. Namun begitu rakan saya terlebih awal mengunakan krim Arnica untuk melegakan sakitnya. Dia kemudiannya membantu menyapu krim Arnica di bahu saya dan kesannya keesokan hari sakit otot saya telah lega. Bunga Arnica menjadikan krim yang luar biasa dan menjadikannya satu keperluan dalam setiap peti ubat. Gunakannya bagi menyembuhkan lebam, sakit otot, terseliuh dan macam-macam sakit lagi.


8. Perut kembung
Jintan

Beberapa makanan, seperti kekacang dan sayur-sayuran mentah berkemungkinan menghasilkan gas. Jika perut anda kembung cuba ambil enzim pencernaan dalam makanan anda. Ianya boleh dicari di kedai makanan berasakan kesihatan.

Anda boleh mencampurkan masakan anda dengan rempah pencernaan seperti halia, jintan, peppermint, ketumbar dan lain-lain lagi. Ianya juga boleh di campur dengan teh minuman anda.

9. Kelemumur
Lidah buaya

Adakah anda sudah membaca bahan dalam syampu kelemumur? Hampir semuanya mengandung bahan toksik. Sebaiknya mencuba secara semulajadi terlebih dahulu sebelum beralih ke bahan kimia. Ramai orang telah menyapu gel lidah buaya ke kulit kepala (biarkan selama 20 minit dan baru dibilas) untuk menjadikanya kering dan mengurangkan kulit kepala gatal.

Cara lain adalah dengan membilas dengan cuka epal. Cuba cara ini untuk beberapa kali sebelum anda dapat menilai keberkesannya. Bahkan dengan menggunakan shampo kelemumur juga memerlukan penggunaan yang teratur untunk mendapatkan hasilnya, oleh itu cuba bagi peluang kepada cara semulajadi untuk membuktikanya.

10. Sakit kepala dan Migrain
Feverfew

Feverfew


Cuba menggosok peppermint atau minyak lavender pada kepala dan pangkal leher anda; dengan cara ini dapat membantu melegakan sakit anda.

Atau sapukan potongan lemon atau jeruk nipis segar di dahi anda.

Atau mencubanya dengan bunga Feverfew. Ianya merupakan herba yang baik untuk sakit kepala.

Atau meminum sedikit kafein dari minuman teh hijau sambil meletakkan ketulan ais selama 20 minit untuk melegakan denyutan sakit kepala.

11. Gangguan pencernaan dan memulas perut
Memulas perut hampir lumrah untuk kita tetapi tahukah anda sebab kenapa ? Adakah anda makan teralu banyak? Terlalu banyak minyak atau makanan pedas? Makan larut malam? Cuba cari puncanya dan menghentikannya sebelum berlarutan. Kemudian cuba ambil antasida.

Sedawa, kembung dan memulas adalah disebabkan oleh gangguan pencernaan. Ianya terjadi disebabkan oleh asid perut yang tidak berfungsi dengan baik. Satu atau dua sudu cuka epal akan membantu memecahkan lebihan makanan dan perut anda kembali elok.

12. Sembelit
Pertamanya, minum lebih banyak air dan makan lebih banyak buah-buahan dan salad. Sementara itu, minum beberapa sudu teh minyak zaitun dicampur dengan sedikit jeruk atau (dicairkan) jus lemon dapat membantu melegakan sembelit.

Selain daripada itu anda boleh mendapatkan 1 / 4 sudu teh garam Epsom dan dilarutkan kedalam 1 / 2 secawan air. Kadangkala sembelit akan menjadi teruk disebabkan oleh sekatan kalori atau lemak sihat seperti lemak yang ditemui pada ikan, kekacang dan alpukat). Oleh sebab itu cuba elak mengambilnya.

Punca lain sembelit termasuklah stres, depresi, tidak aktif dan kekurangan gizi. Jika anda mempunyai sembelit yang kronik adalah dinasihatkan mendapatkan nasihat daripada doktor.

13. Sakit tekak

Teh madu lemon
Sakit tekak kebaisannya menjadi tanda akan mendapatkan demam dan selesema. Jadi dinasihatkan anda tidak mengabaikan gejala ini. Bagi mengurangkan rasa sakit anda boleh berkumur dengan air garam yang hangat beberapa kali sehari dan kemudian melegakanya dengan teh madu lemon.



14. Terbakar

Jika anda terkena periuk panas lagi? Aduh. Bilas dulu dengan air sejuk dan kemudiannya menyapu tempat terbakar dengan gel lidah buaya.

Bagi yang tidak mempunyai lidah buaya di rumah anda bolehlah mengunakan hirisan kentang dan menggosoknya ke tempat terbakar untuk melegakan kesan terbakar tersebut.

Madu yang bersifat antibakteria juga boleh digunakan untuk melegakan kesan terbakar. Jika anda dapat menangkap tempat terbakar dengan sawi juga boleh melegakan kesan panas tersebut dengan baik.

15. Mual

Lavender
Ubat klasik untuk mual atau mabuk kereta adalah halia teh atau manisan halia. Anda boleh mengunyah, jika anda suka, tapi ianya begitu pedas dan kuat dan boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk lagi.

Kaedah lain adalah dengan mendapatkan bauan peppermint atau minyak lavender.

Jika anda ada petua lain sila isi d
i sini

Sumber : http://www.cayrul.com/


Wednesday, February 23, 2011

Mengapa Memilih Ketidakadilan?

Salah satu faktor yang menyebabkan para penguasa berguguran dari kekuasaannya adalah ketidak adilan. Para penguasa yang sekarang ini digulingkan rakyatnya, karena mereka melakukan ketidak adilan terhadap rakyatnya. Ketidakadilan yang membuat mereka menjadi seorang diktator yang angkuh dan kejam terhadap rakyatnya.

Mereka para penguasa itu memilih berbuat tidak adil, dan membiarkan rakyatnya terus dikungkung oleh ketidakadilan. Ketidakadilan itu mereka ciptakan sendiri. Ketidakadilanl yang berlangsung dalam kurun waktu yang panjang itu, mengakibatkan hancurnya sistem kehidupan yang luas, dan berakibat buruk terhadap kehidupan rakyat.

Di mana-mana para penguasa memiliki karakter yang sangat khas, tidak mau peduli dengan rakyatnya, dan selalu dalam posisi berbuat tidak adil, dan membiarkan ketidakadilan itu terus berlangsung kehidupan. Rakyat dibiarkan hidup tanpa adanya keadilan.

Sirkulasi kekuasaan yang hanya sangat terbatas, dan cenderung mereka menjadikan kekuasaan itu, seperti barang milik pribadinya. Sangat jarang para penguasa, yang memiliki kesadaran yang inheren, tentang hakekat kekuasaan, yang merupakan amanah. Tetapi, kekuasan itu mreeka pahami sebagai milik pribadi, dan harus dipertahankan dengan segala cara.

Mereka tidak segan-segan melakukan kekerasan dengan massive terhadap rakyatnya yang menginginkan keadilan. Seorang rezim yang sudah puluhan tahun, sangat tega melakukan kekerasan dan kekejaman yang tiada tara terhadap rakyat dengan senjata. Melakukan pembunuah massal terhadap yang menuntut keadilan. Mereka tak segan-segan menggunakan aparat kekuasaannya untuk membunuhi siapa saja, yang menjadi ancaman kekuasaannya.

Rakyat dibiarkan hidup dengan nista, miskin, serba kekurangan, dan mereka tidak mendapatkan hak-hak dasar mereka, tetapi para penguasa yang lalim, tidak pernah merasakan penderitaan yang dialami rakyatnya itu. Inilah pragmen dalam sebuah episode kekuasaan para tiran, diktator, despotis, serta raja-raja dan presiden yang sekarang merasa tidak lagi aman oleh gerakan rakyat yang marah.

Hadist Rasulullah Shallahu alaihi wa sallam, menyatakan, “Sesungguhnya orang yang bertindak adil (dalam memerintah) akan didudukkan diatas podium dari Nur (cahaya) di sisi Allah, di sebelah kanan Tuhan Ar-Rahman. Dan kedua belah tangannya jadi kanan. Itulah orang-orang yang yang berlaku adil dalam menghukum dan terhadap keluarganya dan terhadap siapa saja yang dibawah peirntahnya”. (HR Muslim dan an-Nasya’i).

Para pemimpin yang dapat menegakkan keadilan akan mendapatkan sebuah ganjaran yang tidak dapat diemajinasikan (diangankan) oleh akal pikiran manusia. Kebahagiaan disisi Rabbul Alamin,yang menciptakan langit dan bumi. Kebahagiaan yang tiada nilainya lagi.

Tetapi, para penguasa yang tidak mengenal din (agama), lebih memilih kehidupan dunia, yang sangat rendah, dan melakukan kekejian dan ketidak adilan, guna mendapatkan kehidupan dan kenikmatan yang tidak seberapa dibandingkan dengan yang sesungguhnya, yaitu kehidupan akhirat.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Salllam, bersabda : “Satu hari pemerintahan kepala negara yang adil, lebih utama daripada ibadat enam puluh tahun.Mendirikan hokum di atas bumi menurut haknya, lebih membawa kebesihan dari hujan 40 pagi”. (HR Thabrani).

Sungguh Allah Rabbul Alamin telah memberikan gambaran yang sangat agung bagi siapa saja yang mau menegakkan keadilan. Sebaliknya meninggalkan bentuk ketidakadilan yang membuat manusia menjadi durhaka kepada Allah Azza Wa Jalla dan

manusia.
Soeharto (Indonesia), Mubarak (Mesir), Ali Abdullah Saleh (Yaman), Zainal Abidin ben Ali (Tunisia), Muammar Gadhafi (Libya), Raja Abdullah (Saudi), Abdel Aziz Boutiflika (Aljazair), Raja Hasan (Maroko), dan Raja Abdullah (Yordania), mereka semua berkuasa dengan kurun waktu yang panjang. Tetapi, adakah mereka menciptakan keadilan bagi rakaytnya.
 

Mereka semua para pengabdi thogut (musuh-mush Allah),dan memilih ketidakdilan sebagai lawan keadilan. Para penguasa presiden dan raja, mereka memilih jalan yang dibenci oleh Allah Rabbul alamin dengan berpaling dari din (agama Islam), dan memilih jalan la diniyah (sekuler), yang sangat jauh dari nilai-nilai keadialn.

Sekarang mereka memetik hasilnya, di mana seluruh Timur Tengah, menuntut penguasa mengundurkan diri,dan mereka harus bertanggung jawab atas segala perbuatan dan tindakan yang pernah merka lakukan selama berkuasa. Sekarang rakyat menuntut keadilan.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : “Manusia yang akan menerima siksaan yang paling berat di hari Kiamat ialah kepala negara yang berbuat semau-maunya”. (HR Tirmidzi).
Wahai para penguasa, presiden, dan para raja, engkau dapat berbuat semau-maumu selama berkuasa. Tetapi, kelak engkau akan mendapatkan keadilan dari Allah Rabbul alamin atas segala perbuatan yang pernah engkau kerjakan di dunia. Wallahu’alam.

Jangan Diberi Hak Hidup Rezim Yang Korup

Rakyat harus bangkit melawan setiap rezim yang korup. Jangan dibiarkan mereka terus berkuasa. Bertengger di puncak kekuasaan. Jangan diberikan hak hidup mereka yang korup. Membiarkan mereka berkuasa, hanyalah sama dengan kematian bagi rakyatnya. Tidak ada kebaikan sedikitpun bagi rezim yang korup. Mereka secara sadar hanya ingin menghancurkan rakyatnya. Mereka tanpa ada belas kasihan terhadap rakyat.

Rezim yang korup di manapun mereka menjadi begitu sangat tamak dan rakus. Mereka tidak akan pernah puas dan cukup dengan kekayaan dan kekuasaan yang mereka miliki. Kekuasaan yang mereka miliki hanyalah untuk pribadi mereka, keluarga mereka, dan kroni-kroni mereka. Bukan untuk rakyat. Rakyat hanyalah mereka jadikan sebagai budak, yang mereka ekploitasi demi kekuasaan,  keluarga dan kroni-kroni mereka.

Mereka mengelola pemerintahan dan negara seperti organisasi mafia. Segelintir orang yang dekat dengan kekuasaan, sangat berkuasa, dan menjalankan kekuasaan. Mereka menguasai seluruh asset negara, sumber daya alam, dan pemerintahan, serta aparat militer, polisi dan intelijen. Pemerintahan yang korup itu, di kelilingi oleh isteri, anak, saudara, sanak famili, dan kroni-kroni. Mereka inilah sejatinya yang berkuasa.

Mereka rezim yang korup itu menjadi perpanjangan tangan penjajah asing, yang ingin menguasai sebuah negara. Mereka hanya mengabdi kepada asing, bukan kepada rakyatnya. Karena asing lah yang bisa melindungi mereka. Dengan senjata. Dengan senjata itu rezim-rezim yang korup itu, melakukan kekerasan yang sangat kejam untuk menindas rakyatnya. Dengan berbagai dalih. Termasuk menuduh mereka sebagai teroris dan anggota kelompok al-Qaidah. Sejatinya para rezim yang korup lebih jahat dibandingkan semuanya yang disebut teroris itu.

Para rezim yang korup itu sangat erat dengan para penjajah. Mereka tidak merasakan negerinya sudah dijajah dan dikuasai. Mereka menjual negaranya kepada asing dengan sadar. Melalui berbagai kebijakan yang mereka lakukan. Lihatlah semua negeri-negeri Muslim sekarang, para pemimpinnya hanyalah perpanjangan para penjajah Barat. Mereka menjadi budak Barat. Mereka hanyalah menjalankan kebijakan dan kepentingan Barat. Inilah yang akan menghancurkan negeri-negeri Muslim, disebabkan para pemimpin mereka, sejatinya hanyalah merupakan kelanjutan  penajajahan.

Salah satu contoh yang sekarang terjadi di Tunisia. Bagaimana El Abidin dan Leila berkuasa 23 tahun. Menguasai negara bersama anaknya, saudaranya, dan kroni-kroninya yang sangat biadab. News Week menyebutkan pemerintahan El Abidin mirip sebuah organisasi mafia. Bukan sebuah pemeritahan yang menganut tata cara yang semestinya. Mereka mengelola negara dengan sangat terbatas. Membiarkan rakyatnya miskin, menganggur, dan hanya makan sekerat roti. Anak-anak muda menjadi penganggur tidak mendapatkan pekerjaan. Semuanya perusahaan dan kantor-kantor, diberikan kepada asing, yang menjadi kroni keluarganya.

Sementara itu, El Abidin hidup di Istana yang sangat mewah di tepian laut Mediterania, di kamar-kamar yang mewah, dan membangun balkon, yang dilapisi permadani dan emas, yang sangat luar biasa.
Isterinya pergi ke Paris, Roma, dan London, hanya sekadar untuk belanja pakaian. Kedua anak perempuannya tinggal di Paris, di sebuah rumah mewah, dan hidup di kamar hotel suit dengan harga kamar semalam Rp 7 juta. Salah seorang suami anak perempuannya, memelihara harimau, yang diberi makan daging pilihan. Anak-anak El Abidin mendapatkan pengawalan dan pembantu yang akan terus melayaninya.
Ketika meninggalkan Tunisia, Leila memerintahkan suaminya El Abidin agar Gubernur Bank Sentral Tunisia, melepaskan emas bantangan senilai 1,5 ton. El Abidin meninggalkan Tunisia dengan membawa lari uang Rp 50 triliun. Di simpan di berbagai bank di Eropa.

Sebuah kejahatan yang tak bisa lagi dicerna oleh nalar manusia. Seorang penguasa yang begitu tamak dan rakus, membiarkan rakyatnya miskin, dan tanpa masa depan. Sementara itu, dia terus membangun kehidupan yang luar biasa kememawahannya.

Inilaha ironi seluruh penguasa yang ada sekarang ini. Mereka hanyalah kumpulan orang-orang yang korup, sembari menghancurkan rakyatnya sendiri, dan mengabdi kepada Barat. Wallahu’alam

Libyan leader Muammar Gaddafi addresses a speech during a ceremony marking the 24th anniversary of the U.S. air raids on Tripoli and Benghazi in 1986, in Sirte April 15, 2010. Picture taken April 15, 2010.
http://www.eramuslim.com/editorial/jangan-diberi-hak-hidup-rezim-yang-korup.htm
Rakyat mula muak dengan kepimpinan Muammar Gaddafi...?
Libyan leader Muammar al-Gaddafi (C) leans on the shoulders of Egyptian President Hosni Mubarak (centre R) and President of Yemen, Ali Abdullah Saleh (centre L) as they laugh during a photocall before the second Afro-Arab Summit in Sirte October 10, 2010.
Pemimpin yang gagal...?
Egyptian President Hosni Mubarak (L) laughs as he welcomes Libyan Leader Muammar Gaddafi (R) on his arrival at the presidential palace in Cairo in this July 21, 2002 file photo. Egypt's Vice President Omar Suleiman said on February 11, 2011 that Mubarak had bowed to pressure from the street and had resigned, handing power to the army, he said in a televised statement.
Libyan leader Muammar al-Gaddafi (L) stands next to Egyptian President Hosni Mubarak during a group photocall at the second Afro-Arab summit  in Sirte October 10, 2010.
Moammar Gadhafi
Libyas Gaddafi faces challenge to four decades ...
Britain issues Libya travel warning amid protests
Kadhafi loyalists threaten to snuff out protests
Obama condemns violence in Bahrain, Libya and ...
Sumber: pinkturtle2.wordpress.com dan yahoo.com

Monday, February 21, 2011

Bukan mudah rawat mental cedera

oleh SRI DIAH
Sinar Harian 2/18/2011 9:02:09 AM
"Mengapa ini harus terjadi? Mengapa aku sahaja yang mengalaminya?” Petang itu dia datang kepada saya dengan muka murung. Saya tahu kisah silamnya. Saya tahu kelakuan buruknya yang lebih banyak daripada kelakuan baiknya. Masya-Allah, dia begitu teruk diuji. Dia begitu kerdil untuk menghadapi semua belenggu masalah. Jiwa kacaunya selalu menuduh Tuhan tidak adil. Dia selalu menganggap Tuhan tidak sayangkan dirinya. 

Dia yakin, hidup ini sudah memberi balasan kepadanya sebelum sempat dia menjenguk alam barzakh. Penderitaan datang bertalu-talu. Deritanya tidak habis-habis. Semuanya kerana dia adalah perempuan jalang. Dia hampir mahu bunuh diri. Itu dulu. Dia juga hampir mahu menghiris urat nadinya.. Itu semua adalah zaman gelap yang sudah dia tinggalkan. 
Sekarang ini, dia tidak mahu hidupnya yang memang sedia kotor itu disudahi dengan jalan yang sesat. Allah yang dia puji. Allah yang dia hormat. Namun ada kalanya Allah juga yang dia kesali... hanya kerana derita tidak sudah-sudah menempel pada dirinya. Dihina. Jatuh miskin. Diludah. Diceraikan. 

Dia juga menyesal dilahirkan di dunia. ”Ya Allah, ampunilah hambaMu ini...” Dia teringat masa muda yang bergelumang dosa, jauh dari Allah. Anak-anaknya menderita karena tidak terurus dengan alasan sibuk kerja. Suaminya mencari wanita lain, tinggalkan dia dengan status `gantung tidak bertali’. Runsing sampai membuatkan dia hilang kerja. Hidup gelandangan dan akhirnya terdampar di rumah sakit mental. Beberapa hari kemudian setelah pulang dari rumah sakit, suami dan anaknya telah meninggalkan rumah. Air matanya yang mengalir setiap malam tidak membuat anak dan suaminya kembali. Hanya Allah mengetahui jawapannya, dirinya hanya pelakon yang telah ditetapkan oleh Allah untuk mengikuti senarionya. 

Allah telah menyiapkan alur cerita, ada bahagian cerita yang indah, ada cerita yang penuh isak dan tangis. Sememangnya dia patut bersabar. Namun syaitan itu maha kuat menggodanya. Kini dia adalah penghuni sebuah rumah perlindungan wanita. Dia hadir ke rumah perlindungan itu untuk mengharap ihsan. Dia mahu belas kasihan. Dia sedar usia telah mematangkan dia. Dia mahu hidupnya berakhir di situ. Namun sebenarnya, di rumah itu adalah titik mula hidupnya. 

Kepahitan hidup yang bertubi-tubi yang dihadapinya membuatnya lebih mendekatkan diri kepada Allah dan lebih bersabar dalam menjalani hidup. Solat fardu senantiasa dikerjakan tepat waktu. Kepahitan hidup telah membuatnya tersedar akan cinta dan kasih sayang anak dan suaminya. Dia telah menyesali apa yang telah dilakukannya. Dia memohon ampun kepada Allah atas kesalahan yang pernah dilakukannya. 

Cerita ini adalah bonus bagi wanita berkenaan. Bagaimana bagi wanita yang gagal mengawal diri dan terjebak dengan hasutan syaitan? Insiden mencampak anak dari flat adalah buktinya. Begitu juga dengan insiden memberi anak minum susu beracun. Atau lebih nekad lagi, gadis terjun dari bangunan sekolah. Kecelaruan fikiran semakin meningkat akhir-akhir ini. Ada banyak sebab. 

Faktor kurang kasih sayang, masalah kewangan, soal cinta yang terputus tengah jalan, hasutan rakan, penagihan dadah adalah antara punca yang relevan kini. Ini menjadikan peningkatan masalah kesihatan mental, di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental telah menjalani rawatan di hospital kerajaan. 

Sememangnya saya menyokong kempen Kementerian Kesihatan yang memberi fokus kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini. Tidakkah anda takut dengan kenyataan ini – kadar kemurungan lebih tinggi dalam kalangan wanita muda yang berumur antara 16 dan 19 tahun dan wanita berusia antara 70 dan 74 tahun dengan 6.4 peratus daripada mereka mempunyai idea untuk membunuh diri! 

Tahukah anda - satu lagi masalah utama kerajaan ialah, hanya terdapat 124 orang psikiatrik di seluruh negara iaitu dengan nisbah dua psikiatrik klinikal berbanding 115,000 penduduk. “Ia amatlah kurang daripada keperluan yang ditetapkan oleh WHO iaitu satu nisbah 50,000 bagi negara membangun. Oleh itu kita akan latih seramai mungkin psikiatrik,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Aduh, kenyataan ini menggerunkan! 

Untuk hari ini, sematkan dalam hati kata-kata ini; ‘Hai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar’ (QS. al-Baqarah : 153). * Sri Diah Shaharuddin ialah Pengurus Besar, Grup Buku Karangkraf


Bencana sosial mengancam nilai Islam

oleh MASHITAH IBRAHIM
2/19/2011 11:01:37 AM
Menurut satu kajian terbaru, 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 42 peratus daripada mereka mengaku mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan. Sejumlah 43 peratus berkata mereka gembira selepas melakukan seks, malah 30 peratus remaja mengaku menjalin hubungan jantina sekadar bersuka-suka
.
Kajian membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com juga menunjukkan di kalangan mereka yang mengadakan hubungan seks, 74 peratus tidak mengamalkan sebarang perlindungan.


Maklumat kajian ini sangat merisaukan. Walaupun soal selidik dijalankan secara rambang membabitkan responden remaja pelbagai kaum dan agama, dan kita juga terima hakikat bahawa soal selidik yang dijalankan secara online mempunyai beberapa kelemahan dari segi ketepatan maklumat, ia masih membimbangkan.
Ini mendorong kita berfikir sama ada pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan, NGO dan sukarelawan serta kempen saban hari melalui media sebenarnya tidak berhasil? Pelbagai dasar, strategi dan program yang dilaksanakan rupanya tidak ke mana.

Adakah tenaga, masa, wang ringgit dan pelbagai kajian yang dijalankan oleh penyelidik masih sia-sia?

Saya tidak percaya kita menemui jalan buntu. Namun statistik diperoleh daripada kajian ini bukan sahaja menyedihkan, malah menggerunkan. Kira-kira 30 peratus remaja berkata, mereka memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan yang cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan jantina.
Sebagai Penaung Rumah Perlindungan Baitul Fiqh di Subang Jaya, saya cukup mengambil berat mengenai bencana sosial yang melanda remaja di negara kita dan mengancam keharmonian kehidupan bermasyarakat. Moral dan nilai agama terancam.
Keadaan ini menuntut perhatian yang serius dan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak, termasuk kerajaan, agensi dan jabatan, NGO dan badan sukarela, polis, sekolah dan universiti, pengurusan surau dan masjid, pihak media dan ibu bapa.

Bayangkan, rumah perlindungan Baitul Fiqh yang kecil ini (cuma boleh mengambil 15 penghuni pada satu-satu masa) sudah mengendalikan 600 kes remaja hamil dalam tempoh enam tahun.

Di Lembah Kelang sahaja, terdapat puluhan rumah perlindungan dan pusat bimbingan yang menampung remaja hamil pelbagai kaum dan agama. Di Baitul Fiqh, kita mengisi waktu penghuni dengan kelas-kelas mengaji al-Quran dan tajwid, fekah dan tauhid selain sesi motivasi dan pembelajaran kemahiran, seperti memasak, membuat roti dan kek.
Alhamdulillah, dengan kurniaan Allah SWT dan kerjasama pengurusan serta sukarelawan, majoriti kes yang kita urus di Baitul Fiqh berakhir dengan penghuni mampu khatam Quran, menyambung pelajaran di sekolah atau universiti, menyambung kerjaya atau menjadi isteri dan ibu yang baik selepas berkahwin. Tidak ada kes yang berulang. Tapi tanggungjawab kita tidak berhenti di sini. Kita juga tidak boleh berlapang dada dengan pencapaian setakat ini. Justeru, saya amat menghargai lawatan yang dilakukan oleh pelbagai pihak ke Baitul Fiqh termasuk Perkasa, wakil rakyat, syarikat korporat, penyelidik, sukarelawan dan para dermawan.

Satu keadaan yang terpaksa kita hadapi ialah tanggapan bahawa rumah perlindungan seperti Baitul Fiqh sebenarnya menggalakkan kes zina dan menambah bilangan bayi luar nikah.
Abu Hurairah juga meriwayatkan: “Bahawasanya Rasulullah SAW mencium Husin bin Ali (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: “Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka. Maka bersabdalah baginda: “Barang siapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.”
Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulullah SAW menegur sikap seorang sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih sayang terhadap anaknya. Baginda mengingatkan barang siapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah SWT tidak merahmatinya.

Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri