Thursday, March 10, 2011

Utama hubungan dengan Allah jika ingin bahagia


Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2011/03/10

Suami mesti pandai bimbing keluarga, hiasi rumah tangga dengan solat, ayat suci dan ilmu

TARIKAN ‘Jawa’ dan ‘Timur Tengah’ berjaya menggamatkan ruang Auditorium Blok D Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipenuhi kakitangan kementerian serta agensi awam sekitar pusat pentadbiran Putrajaya.
Ternyata populariti dimiliki pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah terkenal, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan, menjadikan diskusi pagi Khamis menyentuh isu kekeluargaan berlangsung dalam suasana penuh bersemangat.

Banyak maklumat serta rahsia kebahagiaan rumah tangga dikongsi dua ahli panel untuk dijadikan panduan peserta yang hadir dalam mendepani cabaran hidup hari ini termasuk peningkatan gejala sosial yang merisaukan.

Dr Fatma berkata, umat Islam hari ini kebanyakannya mengabaikan kepentingan hubungan dengan manusia menyebabkan mereka gagal mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan masalah itu berpunca tiadanya perasaan takwa.


Katanya, panduan diberikan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah juga tidak diberi perhatian serius menyebabkan kebahagiaan hakiki yang dicari gagal ditemui walaupun hakikatnya semua itu berada depan mata.


“Bagaimana hendak bahagia, Allah dan Rasulullah sudah bagi panduan dalam surah An-Nisa untuk kita semua ikut tetapi tidak mahu ikut.
Apabila kata nak kahwin, ibu bapa akan tanya putih ke tidak, hidung mancung ke tidak.
“Ibu bapa jarang sekali yang bertanya, baik ke tidak, menutup aurat ke tidak. Sedangkan bahagia dalam Islam itu ialah hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas),” katanya.

Beliau yang ditanya mengenai makna kebahagiaan hidup berumah tangga mengajak pendengar menghayati suruhan Allah supaya mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hakam serta sentiasa mencari keredaan Allah.

Diskusi Keluarga bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW dianjurkan JAKIM sempena sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Norliah Sajuri.

Diskusi itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Hadir sama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dr Fatma berkata, kasih sayang dalam rumah tangga perlu dicari dan itu mengikat suami isteri kepada tanggungjawab kerana mereka boleh masuk syurga atau neraka disebabkan pasangan masing-masing.

Beliau turut menjadikan perkahwinannya yang mencecah usia hampir 40 tahun dengan suami yang berasal dari Kelantan sebagai contoh bagaimana suami isteri perlu menerima kelebihan serta kekurangan pasangan mereka.

“Jika melihat kepada perbezaan budaya, suami saya suka makan budu, petai dan durian, rasanya hubungan kami tidak dapat bertahan tetapi kerana suami baik, bertanggungjawab dan pandai menjaga hati, usia perkahwinan menjangkau hampir 40 tahun,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab isteri sebagai tiang keluarga untuk memastikan rumah tangga sentiasa disinari kasih sayang dengan mentaati, menjaga rahsia suami, harta benda dan tidak meminta sesuatu yang tidak termampu oleh suami.

Suami pula sebagai ketua keluarga perlu sentiasa membimbing ahli keluarga, memastikan mereka memenuhi tuntutan agama selain menghiasi rumah tangga dengan solat, membaca al-Quran serta pencarian ilmu.

“Banyak suami tidak tanya isteri sudah solat ke belum. Yang mereka tanya, masak apa hari ini dan jika tidak masak, mereka marah tetapi jika isteri tidak solat, mereka tak marah pula,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzilah memberi panduan kepada suami untuk mencapai tahap cinta Khadijah dan Rasulullah SAW antaranya mengenali pasangan, memahami kerenah mereka selain berlapang dada apabila menerima teguran.

Beliau turut mendedahkan hasil kajian serta pengalaman berdepan pasangan menghadapi masalah rumah tangga, 99 peratus masalah disebabkan suami, isteri atau kedua-duanya tidak menjaga solat mereka.

“Bagaimana hendak taat dan setia pada pasangan jika tidak taat perintah Allah. Jika hendak kata cemburu, biarlah bertempat. Isteri tidak cemburu maknanya tidak berilmu dan suami yang tidak cemburu pula adalah dayus,” katanya.

Katanya, selain faktor pasangan, aspek mendidik anak boleh memberi cabaran besar untuk membina sebuah keluarga bahagia tambahan sekarang ini kebanyakan ibu bapa tidak fahaman pendekatan terbaik untuk mendidik anak.

Mohd Fadzilah berkata, anak tidak belajar daripada apa yang diperkatakan ibu bapa, sebaliknya mereka membina karakter berdasarkan contoh dilihat setiap hari dalam rumah tangga.

Justeru, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang jika anak sukar mengikut apa yang diperintahkan tetapi hendaklah berasa risau apabila melihat tanda-tanda anak meniru sikap mereka terutama sikap yang negatif.

“Ini ramai yang ibu bapa tidak faham. Oleh itu, beri gambaran kepada anak gambaran yang baik dan gunakan perkataan yang baik. Saya suka ingatkan ibu bapa, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah doa, jadi doakanlah yang terbaik untuk anak kita,” katanya.

INFO
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit:
·  Sebelum tidur;
·  Sedang tidur (bisikkan di telinga);
·  Selepas bangun tidur;
·  Selepas mandi;
·  Selepas solat;
·  Selepas baca al-Quran;
·  Selepas berdoa;
·  Selepas riadah;
·  Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).


Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
·  Surah al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah);
·  Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
·  Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.

Tuesday, March 8, 2011

Saman Ekor tak Wajib bayar, artikel Utusan Malaysia

Posted on Sunday, March 06 @ 16:44:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

Berita Oleh: amkns

"Utusan Malaysia 7 Mac 2011 ISU SAMAN EKOR - MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

 
Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.  
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. 
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.

Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda. 
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.

Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?
 
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.  
Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.  
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.  
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak. 
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja. 
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.  
Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.  Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.
Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.  
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 
"

Saturday, March 5, 2011

Mawaddah “Unlimit Love”

Senin, 28/02/2011 10:23 WIB | email | print

Terinspirasi ketika belajar ushul fiqh bersama guru saya, pada waktu itu pembahasannya tentang qarinah, tapi kemudian guru saya sekilas bertanya, kecintaan seorang ibu kepada anaknya apakah al hubb atau mawaddah?

Kecintaan seorang suami kepada istrinya yang tetap setia bertahun-tahun hidup bersama, tanpa melihat fisik apakah al hubb atau mawaddah?

Kecintaan Rasulullah saw ketika mendakwahi umatnya yang susah diajak berpikir apakah al hubb atau mawaddah? Awalnya, saya fikir maknanya sama saja yaitu cinta, diantara dua kata yang berasal dari bahasa ‘arab tadi.

Ternyata salah, itulah kedalaman bahasa ‘arab memiliki makna luas dan bermakna. Al hubb dan mawaddah ternyata sangat jauh berbeda.
Al hubb adalah cinta yang memiliki batas waktu untuk mencintai sesuatu, apakah itu cinta kepada manusia atau benda. Dan mudah berpindah jika menemukan yang lebih besar manfaatnya bagi dia.
Al hubb bisa kita lihat faktanya saat ini, mencintai tanpa ada rasa tanggung jawab dan kotmitmen terhadap yang ia cintai.

Perceraian marak sekali terjadi, durhaka anak kepada ibunya, putusnya tali silahturahmi antara keluarga, saling bermusuhan antara tetangga satu dengan yang lain dll. Karena standarnya adalah cinta atas dasar maslahat sehingga berdampak akan mudah sekali hilang cintanya jika dia tidak menemukan mashlahat terhadap yang ia cintai.

Mawaddah adalah cinta yang unlimit atau tidak terbatas sampai kapanpun. Inilah kecintaan yang dimiliki oleh seorang ibu terhadap anaknya.
Cintanya seorang ibu akan hidup sampai kapanpun tidak terbatas tempat, waktu, dan usia anak.

Begitu juga cintanya sepasang suami istri yang sudah hidup berpuluh-puluh tahun namun masih tetap cinta, masih tetap sayang, masih tetap akan merasa bahagia jika bersama, ada kerinduan yang besar ketika tidak bertemu walaupun usia sudah tua tapi rasa cinta seperti itu masih ada, walaupun dari fisik pasangannya mungkin sudah tidak enak dilihat lagi .

Pernah melihat? kakek nenek yang datang kepengajian, mereka sambil berpegangan tangan dan terlihat sangat bahagia padahal usia mereka sudah sangat tua dan mereka sudah hidup berpuluh-puluh tahun lamanya tapi seakan-akan mereka baru menikah kemarin-kemarin. Itulah cinta yang tidak ada batasnya.

Menarik kisah pada genarasi sahabat, kisah ini terjadi pada saat pemerintahan ‘Umar Amirul mukminin r.a. ada seorang arab badui yang akan mengadukan istrinya kepada ‘Umar karena istrinya telah mengeluarkan suara keras melebihi suaranya.

Iapun kemudian pergi ke rumah Amirul Mukminin ‘Umar bin Khatab r.a. dan ketika dia sampai di depan pintu rumah Amirul Mukminin dia mendengar langkah kaki ‘Umar yang hendak keluar dari rumahnya. Dia mendengar istri Amirul Mukminin berkata kepadanya dengan suara yang keras mengatakan: “bertaqwalah kepada Allah, wahai ‘Umar atas apa yang engkau pimpin!”
‘Umar hanya diam dan tidak berbicara sedikitpun, orang badui tersebut berbicara dalam hatinya seraya berpaling pergi: “Jika keadaan Amirul Mukminin saja seperti ini, maka bagaimana dengan diriku?” Ketika ia hendak berpaling pergi, ternyata ‘Umar bin khatab telah keluar dan melihatnya. ‘Umar bertanya apa keperluanmu?, wahai saudaraku orang Arab?”
Orang arab badui itupun menjawab: “Wahai Amirul Mukminin sebenarnya aku ingin menemuimu untuk mengadukan sikap istriku. Dia telah berani bersuara keras terhadap diriku. Namun seketika aku melihat keadaan rumahmu, aku menjadi merasa kerdil, karena apa yang engkau hadapi lebih sulit daripada apa yang aku hadapi. Oleh karena itu, aku hendak pulang dan berkata pada diriku sendiri: “Jika Amirul Mukminin saja mendapat perlakuan seperti itu dari istrinya, maka bagaimana dengan diriku?”

‘Umar pun terseyum dan berkata: “Wahai saudaraku semuslim, aku menahan diri dari sikapnya (istriku) itu, karena dia memiliki hak-hak atas diriku. Aku berusaha untuk menahan diri meski sebenarnya aku bisa saja menyakitinya (bersikap keras) dan memarahinya. Akan tetapi, aku sadar bahwa tidak ada yang dapat memuliakan wanita selain orang yang mulia dan tidak ada orang yang merendahkan selain orang yang suka menyakiti. Mereka dapat mengalahkan setiap orang yang mulia namun mereka dapat dikalahkan oleh setiap orang yang suka menyakiti. Akan tetapi, aku angat ingin menjadi orang yang mulia meski aku kalah (dari istriku), dan aku tidak ingin menjadi orang yang suka menyakiti meski aku termasuk orang yang menang.”

‘Umar melanjutkan : “Wahai saudaraku orang Arab, aku berusaha menahan diri karena dia istriku memiliki hak-hak atas diriku. Dialah yang memasak makanan untukku, membuatkan roti untukku, menyusui anak-anakku, dan mencuci baju-bajuku. Sebesar apa kesabaranku terhadap sikapnya, maka sebanyak itulah pahala yang aku terima.”
Saya membaca kisah yang penuh makna ini berkali-kalipun sangat terasa indah dan sejuk (halah..), bagaimana tidak?


Saya tidak tepikirkan, bagaimana perhatian negara Islam yang begitu besar untuk mengurusi umatnya termasuk masalah rumah tangga, luar biasa. Disisi lain, sikap seorang pemimpin besar semisal ‘Umar yang kalau kita ketahui sifat ‘Umar adalah keras dan kasar, tapi bisa menahan diri dari bersikap kasar dan lebih memilih bersikap lembut kepada istrinya yang beliau cintai. Itulah cinta mawaddah ‘Umar kepada istrinya.

Kalau saya melihat sekarang, seperti pekejaan rumah tangga pastinya istri manapun ada saatnya untuk berkeluh kesah, setiap hari kerjaan utamanya adalah masak, mengusrus anak, cuci baju suami dan anak-anaknya, beres-beres rumah, mendidik anak, memantau anak, ini itu setiap hari dan memang seperti itu kerjaan utama seorang istri.

Kalau ukurannya hanya sekedar cinta (al hubb) saya yakin istri tersebut akan setiap hari ngomel kepada suaminya untuk minta pembantu, atau mungkin bisa kabur (terlalu mendramatisir..) ,tapi isrti yang cinta kepada keluarga atas landasan iman dan kecintaannya adalah mawaddah semuanya akan ditangkis dengan kalimat, “Itulah jihad saya dan Allah ‘azza wa jalla akan memberikan surga kepada seorang istri yang baik dalam pengurusan rumah tangganya”

Saya jadi teringat kisah fathimah binti muhammad r.a. yang mengadu kepada ayahnya sebagai pemimpin negara islam agar diberikan seorang pembantu untuk membantu pekerjaan rumah tangganya, kemudian salah satu nasehat yang Rasulullah saw berikan kepada fathimah adalah :

Nabi berkata kepada puterinya, Fathimah:
“Kalau Allah menghendaki wahai Fathimah, tentu lumpang itu akan menggilingkan gandum untukmu. Akan tetapi Allah menghendaki agar ditulis beberapa kebaikan untukmu, menghapuskan keburukan-keburukan serta hendak mengangkat derajatmu
 

wahai Fathimah, barangsiapa perempuan yang menumbukkan (gandum) untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menuliskan untuknya setiap satu biji, satu kebaikan serta menghapuskan darinya setiap satu biji satu keburukan. Dan bahkan Allah akan mengangkat derajatnya.

Wahai Fathimah, barang siapa perempuan berkeringat manakala menumbuk (gandum) untuk suamiya. Tentu Allah akan menjadikan antara dia dan neraka tujuh khonadiq (lubang yang panjang).

Wahai Fathimah, manakala seorang perempuan mau meminyaki kemudian menyisir anak-anaknya serta memandikan mereka, maka Allah akan menuliskan pahala untuknya dari memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

Wahai Fathimah, bilamana seorang perempuan menghalangi (tidak mau membantu) hajat tetangganya, maka Allah akan menghalanginya minum dari telaga “Kautsar” kelak di hari Kiamat.

Wahai Fathimah, lebih utama dari itu adalah kerelaan suami terhadap istrinya. Kalau saja suamimu tidak rela terhadap engkau, maka aku tidak mau berdo’a untukmu. Apakah engkau belum mengerti wahai Fathimah, sesungguhnya kerelaan suami adalah perlambang kerelaan Allah sedang kemarahannya pertanda kemurkaan-Nya.

Wahai Fathimah, manakala seorang perempuan mengandung janin dalam perutnya, maka sesungguhnya malaikat-malaikat telah memohonkan ampun untuknya, dan Allah menuliskan untuknya setiap hari seribu kebaikan serta menghapuskan darinya seribu keburukan. Manakala dia menyambutnya dengan senyum, maka Allah akan menuliskan untuknya pahala para pejuang. Dan ketika dia telah melahirkan kandungannya, maka berarti dia ke luar dari dosanya bagaikan di hari dia lahir dari perut ibunya.

Wahai Fathimah, manakala seorang perempuan berbakti kepada suaminya dengan niat yang tulus murni, maka dia telah keluar dari dosa-dosanya bagaikan di hari ketika dia lahir dari perut ibunya, tidak akan keluar dari dunia dengan membawa dosa, serta dia dapati kuburnya sebagai taman diantara taman-taman surga. Bahkan dia hendak diberi pahala seribu orang haji dan seribu orang umrah dan seribu malaikat memohonkan ampun untuknya sampai hari kiamat. Dan barangsiapa orang perempuan berbakti kepada suaminya sehari semalam dengan hati lega dan penuh ikhlas serta niat lurus, pasti Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan kepadanya pakaian hijau (dari surga) kelak di hari Kiamat, serta menuliskan untuknya setiap sehelai rambut pada badannya seribu kebaikan, dan Allah akan memberinya (pahala) seratus haji dan umrah.
 

Wahai Fathimah, manakala seorang perempuan bermuka manis di depan suaminya, tentu Allah akan memandanginya dengan pandangan’rahmat’.

Wahai Fathimah, bilamana seorang perempuan menyelimuti suaminya dengan hati yang lega, maka ada Pemanggil dari langit memanggilnya”mohonlah agar diterima amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu maupun yang belum lewat”.

Wahai Fathimah, setiap perempuan yang mau meminyaki rambut dan jenggot suaminya, mencukur kumis dan memotongi kukunya, maka Allah akan meminuminya dari ‘rahiqil makhtum dan sungai surga, memudahkannya ketika mengalami sakaratil maut, juga dia hendak mendapati kuburnya bagaikan taman dari pertamanan surga, serta Allah menulisnya bebas dari neraka serta lulus melewati shirat”.

Semoga kecintaan kita selalu dilandasi keimanan kepada Allah ‘azza wa jalla.[]
Wallahua’lam bi ash shawab

Shinta mardhiah alhimjarry
Guru HSG el Dina Bandung

Hanya Dengan Tauhid Manusia Mendapat Kemuliaan


Kamis, 03/03/2011 11:34 WIB | email | print
oleh Mashadi

Tidak akan pernah ada, siapapun yang dapat memberikan kemuliaan kepada manusia, kecuali manusia hanya dengan bertauhid. Tauhidlah yang akan membangkitkan kekuatan dan harga diri penganutnya.
Hanya Allah saja Yang Maha Kuat, dan hanya Allah saja Yang Maha Perkasa.Hanya Allah saja yang berhak di sembah dan dibadahi. Hanya Allah saja, yang layak dimintai pertolongan.Tak ada seorangpun manusia yang dapat menandinginya.

Seorang penganut “aqidah tauhid” tidak mau menjadi hamba sahaya dari siapapun. Penguasa manapun. Raja dan Presiden manapun. Apalagi menghamba kepada Raja dan Presiden yang zalim. Hakekatnya mereka adalah orang-orang yang lemah. Tidak memiliki kekuatan apa-apa. Karena itu, manusia yang menyembah manusia, meminta pertolongan, meminta perlindungan, menggantungkan hidupnya kepada sesama manusia, maka mereka akan tersungkur ke dalam lembah kehinaan.

Betapa banyaknya manusia hari ini yang menjadi hamba hina-dina, karena mereka memperlakukan manusia yang lemah itu, sebagai sesembahan mereka. Menjadi mereka tempat bergantung dan meminta pertolongan. Mereka menganggap yang namanya Raja dan Presiden mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang dapat menjadi tempat mereka bergantung.

Mengagung-agung manusia dengan status yang dimilikinya, dan menafikan kekuasaan dan keesaan AllahTa’ala, maka manusia akan masuk ke dalam lubang kesesatan, yang tak mungkin dapat mengangkat dirinya kepda kemuliaan di hadapan Allah Ta’ala. Mereka menjadi manusia yang paling lemah, dan hina,baik dihadapan manusia dan dihadan Allah Rabbul Alamin.

Hari-hari ini  Allah Azza Wa Jalla memperlihatkan dan membuktikan kepada manusia di seluruh muka bumi, bahwa manusia yang selama disangka kuat dan dengan kekuasaannya, bisa menjadi tempat bergantung dan melindungi mereka, satu demi satu berguguran dan tersungkur. Sekarang Allah perlihatkan kelemahan mereka dengan terang benderang. Seperti terangnya matahari di siang hari.

Para Raja dan Presiden yang disangka sebagai manusia yang paling ‘super’ dengan kekuasaan yang dimilikinya, kini berguguran, tanpa dapat menunda-nunda lagi. Mereka pergi dengan hina. Manusia-manusia yang selama ini telah menyatakan kesombongannya, dan tidak mau tunduk dengan Allah Rabbul Alamin, sekarang dipelihatkan akan datangnya kekuasaan Allah dihadapan mereka.

Aqidah tauhid menimbulkan harga diri yang amat tinggi dalam jiwa pemeluknya. Tidak ada orang-orang mukmin yang benar “haqqan” menjadi hina dina. Karena seluruh jiwa raganya hanya bersedia tunduk kepada Allah. Maka apapun yang terjadi dalam kehidupannya, tidak pernah mereka risaukan.

Seorang yang beriman wajib thaat kepada Raja, Presiden dan Sultan, hanya selama mereka masih menjalankan keadilan. Karena hanya Allah yang menyuruh berbuat adil, dan taat kepada keadilan. Seorang mukmin tidak akan pernah tunduk kepada kezaliman dan kebathilan. Karena Allah yang melarang kazaliman dan kebathilan. Dalam bentuk apapun.

Seorang mukmin tidak wajib tunduk kepada penguasa yang sombong dan angkuh. Karena yang memiliki kesombongan dan keangkuhan itu hanyalah Allah semata. Bukan manusia.
Orang-orang mukmin dibolehkan  hormat dan menghormati kepada penguasa, seperti Raja, Presiden dan Sulthan, selama mereka masih berlaku adil, selama masih ber- “amar ma’ruf, nahyi munkar”, karena hanya itulah yang sesuai dengan kalimat : La ilaha illal Lah”. Wallahu’alam

Friday, March 4, 2011

Jakim: Satu perceraian pada setiap 15 minit


Mac 4, 11 10:19am
Kongsi 227
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya, semalam.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini, Jakim telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ''Sidang Parlimen Roh'' selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” kata beliau.

-Bernama

Thursday, March 3, 2011

Hidupkan Istilah ‘Wang Pembayar Cukai’ Dalam Media

HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.

Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
money1.jpg
 ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.

Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.

iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Tuesday, March 1, 2011

Pilihan raya jadi pilihan kaum

oleh NOOR AZAM
Sinar Harian 2/28/2011 9:30:20 AM
Piliham raya merupakan instrumen terpenting dalam sistem demokrasi. Tanpanya yang memberi kuasa kepada rakyat memilih pemerintah, demokrasi tidak wujud. Namun ada pilihan raya pun belum pasti amalan demokrasi sebenar terlaksana.

Ada jiran kita dan negara-negara di Asia, Afrika, Asia Barat dan di Afrika Utara, mengadakan pilihan raya, tetapi menggunakan kuasa dan macam-macam jentera kerajaan, termasuk polis dan tentera untuk memastikan parti pemerintah sentiasa menang.

Amalan seperti ini memungkinkan wujud pemerintahan diktator. Demikianlah Hosni Mubarak, dalam keadaan rakyat hidup terkongkong, tertekan dan majoriti miskin, beliau dapat menegakkan pemerintahan autokrasi selama 30 tahun. Pada pilihan raya presiden 2005, Mubarak cuba lebih terbuka dan memberi sedikit kebebasan berkempen, tetapi pada pilihan raya 2010 dicengkam semula.
Mubarak berjaya menghapuskan sama sekali suara pembangkang. Ikhwanul Muslimin, yang sebelumnya ada 88 tinggal kosong. Ayman Nour yang bertanding melawannya dalam Pilihan Raya Presiden 2005, ditangkap, dihukum penjara, diseksa dan baru dibebaskan pada 2009.

Dalam masa 20 tahun terakhir ini perang terhadap kumpulan teroris membolehkan Mubarak mencengkam rakyatnya lebih keras lagi dengan menggunakan alasan keselamatan negara. Dianggarkan 1.7 juta orang bertugas untuk Kementerian Dalam Negeri, menjadikan Mesir bagaikan negara polis. Dalam situasi seperti ini pilihan raya tiada gunanya.

Di negara kita, parti pembangkang terus berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan, walaupun Perdana Menteri (PM) dan Kabinet silih berganti dan ciri-ciri pentadbiran serta program sosial ekonomi sentiasa berubah.

Keputusan PRU 2008 memperlihatkan transformasi politik tiba-tiba yang luar biasa. Pada PRU 2004, di bawah pimpinan PM baru – Mr Nice Men - parti pemerintah mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah. Tiba-tiba, empat tahun kemudian, di bawah PM dan ketua parti sama, BN mengalami kekalahan paling besar dan pakatan pembangkang meraih kemenangan paling gemilang . Mereka pun yakin, jalan ke Putrajaya sudah terbuka. Bagaimana pun selepas PRU ini, wujud iklim perhubungan kaum yang nampak lebih mengancam. Rupa-rupanya kemenangan besar pembangkang membawa penyakit perkauman yang lebih serius.

Orang Melayu berasa tergugat, orang Cina dan India berasa semakin kuat dan lebih berani membuat pelbagai tuntutan secara terbuka. Istilah rasis dan bahasa orang jahil jadi kegemaran pemimpin politik. Dewan Parlimen jadi medan demonstrasi jalanan. Istana pun diseret dan diserang.

David Teo, pembekal lantai untuk rumah saya empat tahun lalu, sudah setahun tak ada hubungan. Tiba-tiba muncul dengan dua kotak limau seperti tahun-tahun berlalu. Terasa sekali enaknya hubungan kami. Namun ketika berbual, David menyebut rasa kesalnya dengan suasana hubungan kaum sekarang ini. Saya percaya ada ratusan malah ribuan orang Cina seperti David. Mereka rakyat biasa, tiada kepentingan dagang mahupun politik, tetapi tidak dipedulikan untuk memupuk semangat Malaysia yang sebenar.

Taburan imbuhan ribuan juta ringgit dan program transformasi sosioekonomi oleh Datuk Seri Najib, belum lagi dapat meredakan suasana tegang ini. Punca uta­ma­­nya ialah persaingan merebut kuasa politik. Selagi BN tidak jatuh, pembangkang tidak akan duduk diam.

Selepas PRU 2008, apa saja isu, baik ekonomi, pendidikan, agama malah sepatah kata dalam sebuah novel pun telah berkembang jadi isu politik kaum yang heboh, sensitif dan sangat tidak menyenangkan. Keadaan ini sedang dieksploitasi oleh parti-parti politik untuk memperkukuh kedudukan masing-masing tanpa menimbangkan apakah akibatnya kepada masyarakat.

Kerajaan jadi sasaran pembangkang adalah perkara biasa kerana yang mahu direbut adalah kuasa. Tetapi kerajaan tidak akan dapat mempertahankan diri tanpa penjelasan meyakinkan rakyat. Maka menteri-menteri dan agensi kerajaan jangan suka melakonkan wayang politik murahan seperti mengatur pelajar mengangkat poster memuji PM di tangga pesawat, atau mengarah masjid mengulang khutbah Jumaat yang memuji PM, tiga Jumaat berturut-turut. Ini jadi boomerang, memukul hancur segala usaha positif Najib.

Adalah mendukacitakan apabila semua pilihan raya kecil (PRK) selepas 2008, lebih merupakan pilihan raya persaingan kaum, bukan pilihan raya persaingan parti. Maka sebaik saja PRK diumumkan, penganalisis politik membuat analisa berdasarkan sikap dan sentimen politik pengundi di kawasan peti undi Melayu, Cina dan India.

Parti Cina menumpukan kempen di kawasan Cina dan parti India di kawasan India. Parti Melayu cuba melangkahi semua kawasan, namun tetap terikat kepada kawasan Melayu. Pendeknya, bila ada pilihan raya, pengundi dicencang lumat menurut kaum dan agama. Ahli-ahli akademik pun melihat pilihan raya dari sudut sama. Dalam persaingan politik seperti ini, kempen jadi lebih bergelora dan sentimen kaum menonjol sekali.


Maka pilihan raya kita jadi medan menyuburkan pertentangan kaum