| oleh SAIFUDDIN ABDULLAH Sinar Harian 8/8/2011 9:26:27 AM |
| Lebih kurang 1,000 orang menghadiri Wacana Sinar Harian “Apa Selepas 9 Julai?” pada 26 Julai lalu. Lebih 43,000 orang di 61 buah negara menonton siaran langsungnya di televisyen internet Malaysian Observer (mobtv.my). Ramai lagi melayari media baru untuk mengikuti dan menyertai perbincangan mengenainya. Jumlah yang menghadiri perhimpunan 9 Julai itu, kalaupun tidak sampai 50,000, tentulah lebih daripada 6,000. Jumlah yang menghadirinya secara jarak jauh lebih ramai, iaitu sama ada di perhimpunan di luar negara atau di siaran langsung melalui media baru. Ramai lagi melayari media baru sebelum, semasa dan selepasnya. Apabila ada media konvensional dan arus perdana memberikan gambaran kurang tepat tentang perjalanan dan kandungan wacana dan perhimpunan itu, maka, mereka yang menghadirinya, menontonnya dan melayarinya sama ada menyatakan “usah perbodohkan kami” atau mentertawakannya atau memulaukannya. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa masyarakat kita sedang melalui satu transisi. Saya memahaminya sebagai transisi dari realiti lama kepada realiti baru. Satu daripada realiti baru ialah media baru. Tetapi, bukan media baru sebagai sekadar alat komunikasi semata-mata. Sebaliknya, ialah media baru sebagai gelanggang untuk beroperasi dan berkongsi. Perdana Menteri memahami realiti baru ini kerana beliau aktif menggunakan media baru untuk berkomunikasi, beroperasi dan berkongsi. Soalnya, sejauh manakah kita semua memahami dan menggunakan sepenuhnya? Media baru terdiri daripada tiga elemen utama. Pertama, ia meliputi tiga komponen, iaitu artifak – peralatan-peralatan yang membolehkan dan memanjangkan kemampuan manusia untuk berkomunikasi dan berkongsi makna; amalan – aktiviti-aktiviti yang disertai manusia dengan menggunakan dan mengembangkan peralatan tersebut; dan aturan – bentuk-bentuk organisasi dan sosial yang dicipta serta dibina oleh manusia dengan menggunakan artifak dan amalan tersebut. Kedua, ia melahirkan dua bentuk kegunaan utama, iaitu perubahan berkombinasi – ia bertentangan dengan sifat stabil dan sentiasa berubah dengan mengkombinasikan sistem-sistem lama dengan yang baru melalui inovasi; dan jaringan-atas-jaringan – ia menghubungkan teknologi dengan teknologi, individu, kumpulan, organisasi dan masyarakat; dan begitu juga sebaliknya. Ketiga, ia menghasilkan dua kesan sosial utama, iaitu kewujudan di mana-mana dan bila-bila masa; serta ‘inter-aktiviti’ yang memberi peluang untuk memilih, mengguna, menyuarakan, menghubung, mengongsi dan sebagainya. Dari segi berita, rencana, gambar dan video, sekiranya media konvensional tidak berubah, iaitu tidak menggunakan media baru sebagai saluran tambahan serta mengurangkan laporan dan penulisan yang kurang objektif, maka, ia akan diatasi media baru. Media baru akan menjadi media konvensional yang baru. Begitu juga media arus perdana. Jika tidak mempunyai saluran media baru dan mengurangkan kandungan kurang objektif, maka ia akan diatasi media baru. Media baru akan menjadi media arus perdana yang baru. Pemberita dan kamera media konvensional serta arus perdana berada di tempat dan masa tertentu sahaja. Ceritanya disiarkan pada saluran dan waktu yang terhad. Tetapi pemberita dan kamera media baru berada hampir di semua tempat serta setiap masa. Ini kerana setiap orang mampu menjadi pemberita dan jurukamera. Ceritanya disiarkan di pelbagai saluran dan sentiasa. Bagi aktivis yang dipinggirkan media konvensional dan arus perdana, maka media baru adalah gelanggang alternatif. Bukan sahaja gelanggang untuk bersuara dan berperanan, malah bagi menegakkan aktivisme alternatif. |
Monday, August 8, 2011
Media baru medan aktivisme alternatif
Samad Said: Sudah tiba masa anak muda lakukan ‘perubahan rejim’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
Malaysianinsider August 07, 2011
Samad (baju kuning) sewaktu perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai 2011.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.
Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.
“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.
“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.
“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.
Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” untuk memerintah negara.
Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ?
“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya.
Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat “membangkang” daripada “sokongan.”
“Saya gemar mendengar daripada mereka yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong.
“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,” katanya.
Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi “golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”
Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13.
Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.
SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema)
Sunday, August 7, 2011
‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
Oleh Faiza Zainudin
BH2011/08/07
Pihak berkuasa agama kurang tegas: Mufti Perak
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.
“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.
“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.
Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.
Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.
“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.
Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara.
Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.
Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.
“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.
Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara.
Komen Cg Syed
Begitulah keadaannya apabila pemimpin yang beragama Islam sibuk untuk mengekalkan kuasa mereka dengan pelbagai tipu helah, tetapi tidak prihatin dan tidak ambil peduli apa yang berlaku kepada Umat Islam.
Mereka lebih pentingkan kuasa dan kedudukan kerana itulah sumber kekayaan. Pihak berkuasa daripada hal ehwal agama hanya berani bersuara dan bertindak jika diarahkan oleh pihak berkuasa yang punyai kepentingan diri. Tetapi tidak peduli soal survival umat Islam.
Contoh paling mudah, JAKIM dengan segera mengeluarkan khutbah mengharamkan BERSIH tetapi dalam soal orang Islam ramai yang telah murtad tak diendahkan, malahan mereka ini lebih prihatin dan akur jika arahan datang daripada ahli politik pemerintah.
Sungguh malang dan amat sedih. Wahai guru-guru, wahai ibubapa, tok-tok imam, ustaz dan ustazah, marilah kita berganding bahu untuk lakukan sesuatu agar dapat menyelamatkan anak-anak dan generasi kita yang akan datang. Mungkin agaknya pemimpin-pemimpin Melayu Islam ini akan bertindak kalau yang terlibat murtad itu berlaku dikalangan anak-anak mereka. Barulah agaknya tindakan drastik akan diambil. Begitulah tabiat Melayu mudah lupa.
Saturday, August 6, 2011
Alam pun Bertasbih
Oleh: Salleum Sami
semarang, 07 februari 2011
salleum sami
dakwatuna.com
semesta bertasbih
subhanallah…
subhanallah…
air bertasbih dengan jernihnya yang terus mengalir
yang memberikan kehidupan pada tiap apa yang dia lewati
yang memberikan kehidupan pada tiap apa yang dia lewati
daun pun bertasbih dengan kerelaannya dibawa ke mana pun arah angin berhembus
matahari dan bulan
bertasbih dengan siang dan malamnya
bertasbih dengan cahayanya yang menawan
bertasbih dengan siang dan malamnya
bertasbih dengan cahayanya yang menawan
hujan pun bertasbih dengan indah pelanginya
gunung bertasbih dengan bentangan yang menyejukkan
gunung bertasbih dengan bentangan yang menyejukkan
bayi pun bertasbih dengan tangisannya yang memberi kita sebuah senyuman
laut bertasbih dengan ombak yang bersahut
burung bertasbih dengan nyanyian alam yang merindu
burung bertasbih dengan nyanyian alam yang merindu
bintang-bintang pun bertasbih
alam raya pun bertasbih dengan keluasannya yang tak terkira
dan semesta pun bertasbih..
alam raya pun bertasbih dengan keluasannya yang tak terkira
dan semesta pun bertasbih..
kita pun bertasbih
mata bertasbih dengan tunduk pandangannya
bertasbih dengan air matanya
air mata rindu pada Rasul nya
air mata sesal akan dosa dan maksiat sekecil apapun itu
air mata bahagia, syukur atas segala nikmat
air mata cinta kepada Rabb nya
tangan pun bertasbih dengan kerelaannya meringankan beban saudaranya
kaki bertasbih dengan ringan melangkah ke tempat yang Allah cintai
mata bertasbih dengan tunduk pandangannya
bertasbih dengan air matanya
air mata rindu pada Rasul nya
air mata sesal akan dosa dan maksiat sekecil apapun itu
air mata bahagia, syukur atas segala nikmat
air mata cinta kepada Rabb nya
tangan pun bertasbih dengan kerelaannya meringankan beban saudaranya
kaki bertasbih dengan ringan melangkah ke tempat yang Allah cintai
mulut bertasbih dengan menjaga lisannya
bertasbih dengan kata-kata yang benar
bertasbih dengan senyum tulusnya
bertasbih dengan kata-kata yang benar
bertasbih dengan senyum tulusnya
dan hati, ia bertasbih dengan penghambaan keikhlasannya
menjaga semuanya…
menjaga semuanya…
semarang, 07 februari 2011
salleum sami
IBADAH PUASA MEMBANGUNKAN IMAN
Alhamdulillah sykur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan nikmat yang tidak terhingga, sehingga hari ini kita dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan yang diamanahkan oleh Allah.
Kita bersyukur kerana masih mampu melangkah kaki ke bilik air sehingga satu ketika kelak kita diusung ke bilik air. Kita bersyukur kerana masih mampu menjiruskan air ke tubuh kita sehingga suatu ketika orang lain menjiruskan air ke tubuh kita. Kita bersykur kerana masih mampu memakai pakaian sehingga satu ketika orang lain memakaikan pakaian kepada kita. Kita bersykur kerana masih mampu berjalan kermana sahaja yang kita ingini sehingga satu ketika kita diusung ke tanah perkuburan.
Hari ini hari kellapan kita berpuasa. Pagi ini tazkirah di Masjid Terpung disampaikan oleh YM Dr Engku Ahmad Zaki b Engku Alwi pensyarah UNISZA.
Berkisar soal iman. Beliau mengupas tanda takwa seseorang. Pertamanya takut kepada Allah swt. Ibadah puasa ini mendidik kita bahawa Allah sentiasa memerhati dan berada bersama kita di mana sahaja kita berada. Sebab itu walau berada di manapun seseorang yang berpuasa tidak akan makan atau minum. Walhal kalau kita nak makan atau minum banyak tempat tersembunyi orang lain tak nampak.
Suatu kisah iktibar pada zaman Saidina Umar Al Khattab yang menguji ketakwaan seorang pemuda gembala kambing. Beliau memujuk pengembala kambing itu membeli seekor kambing tetapi tidak disetujui oleh pengembala tersebut kerana kambing itu kepunyaan tuannya. Saidina Umar memujuk lagi katanya tiada orang tahu jika mereka berpakat. Tetapi pemuda itu mengingatkan Saidina Umar bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Saidina Umar tersentak dan kagum dengan keimanan dan ketakwaan pemuda tersebut. Lantas Saidina Umar bertemu dengan Tuan pengembala kambing tersebut dan ingin membeli pengembala tersebut. Tuan pengembala pada mulanya enggan, tetapi setelah ditawarkan dengan harga yang mahal, lantas bersetuju.
Setelah dibeli pemuda itu, Saidina Umar membebaskan pemuda tersebut dengan harapan penebusan itu akan menebus dirinya daripada azab api neraka di akhirat kelak. Itulah satu kisah tanda ketakwaan pemuda dan Sahabat Rasulullah saw.
Begitu juga kisah seorang remaja perempuan yang enggan mencampurkan susu kambing dengan air sejuk sebagaimana disuruh oleh ibunya. Peristiwa ini didengari oleh Saidnina Umar pada suatu malam setelah keletihan meronda waktu malam untuk melihat dan memantau kehidupan rakyat jelata. Alasannya ialah, Saidina Umar tidak melihat tetapi Tuhan Saidina Umar Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Itulah satu petunjuk betapa ketakwaan yang ada dalam jiwa remaja perempuan itu. Akhirnya Saidina Umar mengambil remaja perempuan itu sebagai menantunya. Zuriat daripada menantu inilah yang melahirkan seorang lagi pemimpin yang bertakwa iaitu Khalifah Umar Abd Aziz, terkenal kerana kewarakannya serta keadilan dan sifat amanah seorang pemimpin yang bertakwa.
Begitu juga peristiwa seorang Yahudi yang buta yang sering diberi makan oleh Rasulullah saw setiap selepas solat subuh. Walaupaun dihina dan dikutuk tetapi Rasulullah saw tetap meneruskan tugas rutin setiap paginya menyuap makanan kepada si Yahudi buta ini. Sehinggalah Baginda wafat tugas ini diambil alih oleh Saidina Abu Bakar, tanpa disedari sehinggalah Saidina Abu Bakar menerangkan kepadanya bahawa orang yang menyuap makanan itu adalah orang yang sering dimaki, disumpah dan dikutuk oleh si Yahudi itu. Akhir nya si Yahudi menyesal lantas memeluk Islam . Inilah tanda betapa halusnya jiwa dan akhlak Rasulullah saw walaupun terhadap orang kafir yang membencinya.
Sewaktu Rasulullah saw hampir wafat dalam keadaan yang sukar Baginda meminta sahabatnya memberitahu apakah Baginda mempunyai hutang atau kesalahan kepada para sahabatnya. Jika ada Baginda minta diberitahu. Seorang sahabat Baginda memberitahu bahawa beliau pernah terkena cemeti Rasulullah sewaktu dalam satu peperangan dan kesan cemeti itu masih ada berbekas. Lantas Baginda memanggil beliau untuk menerima balasan. Tindakan ini cuba dihalang oleh para sahabat, dan mereka menawarkan diri untuk mengganti Baginda, oleh Saidina Abu Bakar, Umar, Ali dan Osman., tetapi Baginda menghalangnya dan meminta sahabat tersebut membalas balik pukulan tersebut. Semua yang hadir menjadi kelam kabut, lantas sahabat itu memeluk Rasulullah saw, bukan tujuan untuk membalas tetapi mengucup dan memeluk tubuh Rasulullah saw. Ini petunjuk betapa hebatnya sifat takwa yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
Ramadhan ini memberi peluang kepada kita untuk membersihkan diri daripada segala dosa dan noda dengan pelbagai amalan yang digandakan pahalanya. Allah tidak berkehendakkan harta benda kita, kerana ianya tidak bernilai di sisi Allah swt. Apa yang Allah inginkan ialah kita melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebaik yang mungkin mengikut syariat.
Friday, August 5, 2011
Hikmah Puasa, menjaga kesihatan dan melawan penyakit rohani dan jasmani
i
Assalaamu’alaikum w.b.t….. Kali ini saya mahu berkongsi pengetahuan mengenai beberapa faedah puasa dan kebaikannya dalam menjaga kesihatan manusia dan menghindarkan penyakit. Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.
Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.
Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.
Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.
Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa
Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;
Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :
Ł
َŲ§ Ų“َŲØِŲ¹َ Ų¢Łُ Ł
ُŲَŁ
َّŲÆٍ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁŁ
Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ Ł
ِŁْ Ų®ُŲØْŲ²ِ Ų“َŲ¹ِŁŲ±ٍ ŁَŁْŁ
َŁْŁِ Ł
ُŲŖَŲŖَŲ§ŲØِŲ¹َŁْŁِ ŲَŲŖَّŁ ŁُŲØِŲ¶َ
“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)
Nabi S.a.w bersabda :
Ų£َŁْŲ«َŲ±َŁُŁ
ْ Ų“ِŲØَŲ¹ًŲ§ ŁِŁ Ų§ŁŲÆُّŁْŁَŲ§ Ų£َŲ·ْŁَŁُŁُŁ
ْ Ų¬ُŁŲ¹ًŲ§ ŁَŁْŁ
َ Ų§ŁْŁِŁَŲ§Ł
َŲ©ِ
“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar
Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud;
“Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”
Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : ‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”
Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :
Ų®َŁْŲ±ٌ Ų§ŁŁُŲ±ُŁْŁِ ŁَŲ±ْŁِŁ Ų«ُŁ
َّ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁُŁŁَŁُŁ
ْ Ų«ُŁ
َّ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁُŁŁَŁُŁ
ْ Ų«ُŁ
َّ ŁَŲ£ْŲŖِŁْ ŁَŁْŁ
ٌ ŁَŲ“ْŁَŲÆُŁْŁَ ŁَŁŲ§َŁَŲ³ْŲŖَŲ“ْŁَŲÆُŁْŁَ ŁَŁَŁْŲ°ُŲ±ُŁْŁَ ŁَŁŲ§َ ŁُŁْŁُŁْŁَ ŁَŁَŲøْŁَŲ±ُŁْŁَ ŁِŁْŁِŁ
ُ Ų§ŁŲ³ِّŁ
َŁُ
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”
Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
Ł
َŲ§ Ł
َŁَŲ£َ Ų¢ŲÆَŁ
ِŁٌّ ŁِŲ¹َŲ§Ų”ً Ų“َŲ±ًّŲ§ Ł
ِŁْ ŲØَŲ·ْŁٍ ŲØِŲَŲ³ْŲØِ Ų§ŲØْŁِ Ų¢ŲÆَŁ
َ Ų£ُŁُŁَŲ§ŲŖٌ ŁُŁِŁ
ْŁَ ŲµُŁْŲØَŁُ ŁَŲ„ِŁْ ŁَŲ§Łَ ŁَŲ§ Ł
َŲَŲ§ŁَŲ©َ ŁَŲ«ُŁُŲ«ٌ ŁِŲ·َŲ¹َŲ§Ł
ِŁِ ŁَŲ«ُŁُŲ«ٌ ŁِŲ“َŲ±َŲ§ŲØِŁِ ŁَŲ«ُŁُŲ«ٌ ŁِŁَŁَŲ³ِŁِ
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)
Setelah membawakan sebahagian hadits-hadits di atas, Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”
Manfaat lapar untuk kesihatan hati
Adapun manfaat lapar untuk kesihatan hati, para ulama telah menerangkannya : Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”
Berkata Dzunnun ‘ailaihissalam :“Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.
Berkata ‘Aisyah radiyallahu ‘anha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”
Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.
Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah :“Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata :“Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”
Diriwayatkan dari Amir bin Qois , bahawa dia berkata :“Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”
Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah :“Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”
Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”
Beliau berkata lagi :“Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”
Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya :“Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”
Berkata Abu Imran Al-Juwaini :“Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”
Beliau berkata :“Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”
Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”
“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.
Seringnya Rasulullah makan tiga hari sekali sampai wafat bukan makan sehari tiga kali seperti budaya kita.
Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali
Semua ada enam iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)
4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.
5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.
6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.
Penutup
Semoga kita diberikan kekuatan dan kerajinan untuk berpuasa dan menambahkan ibadah2 lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Lebih2 lagi bulan Ramadhan ini lah digarinya para syaitan dari golongan jin dari menghasut manusia dan adanya malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, masyaAllah. Semoga kita dapat beribadah dengan baik di malam tersebut dan dikurniakan oleh Allah pahala agar dapat terselamat kita semua dari nerakaNya, amiin.
Tidak lupa kepada para perokok2, bulan Ramadhan ini lah peluang anda untuk belajar berhenti menghisap rokok kerana di siang hari anda sudah tidak dapat hisap rokok. Dan jangan pula di malam harinya anda membalas dendam apa yang anda tidak boleh lakukan pada waktu siang itu. Sebaliknya cuba makan makanan yang dapat membantu lagi untuk membuang toksik / racun dalam badan anda. Sekiranya racun2 itu sudah tiada lagi, maka insyaAllah anda tidak akan ketagih lagi. Pengalaman saya sendiri, saya cuba melawan selama hampir sebulan sahaja untuk berhenti merokok dengan tidak menyentuhnya langsung.
Selepas itu anda tidak akan rasa mahu merokok lagi malahan akan rasa muak dengan asap rokok kerana badan anda sudah tiada kandungan racun2 yang menyebabkan ketagihan itu.
Selepas itu anda tidak akan rasa mahu merokok lagi malahan akan rasa muak dengan asap rokok kerana badan anda sudah tiada kandungan racun2 yang menyebabkan ketagihan itu.
Ketahuilah, ramai perokok yang sudah berjaya berhenti merokok pada bulan Ramadhan, maka saya harap kali ini giliran anda pula. Saya pun sudah hampir 3 tahun berhenti merokok dan insyaAllah saya sudah tidak mahu menyentuhnya lagi. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Selamat berhenti merokok kerana merokok boleh mendatangkan kepada anda segala penyakit yang merbahaya bukan sahaja kepada diri anda tetapi juga orang lain. Adakah anda mahu menanggung dosa terhadap orang lain itu? Mudah2an Allah membantu memudahkan usaha anda untuk berhenti merokok, amiin.
Dan semoga segala ibadah kita diterima di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhai Allah, bermanfaat pada diri kita, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat lebih2 lagi. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun 1429 hijriyyah. Baarokallahu lakum
Thursday, August 4, 2011
3 ISU LAZIM BILA TIBA BULAN RAMADHAN
Menjelang puasa Ramadan Al-Mubarak bulan Ogos ini, masyarakat Melayu Muslim akan berdepan dengan 3 isu lazim yang kadang-kala membawa kepada pertengkaran yang tidak perlu.
Pertama, ada kelompok yang mahukan solat tarawikh dibuat sebanyak 8 rakaat dan 3 witir, manakala ada kelompok yang mahukan solat tarawikh 20 rakaat dan3 witir. Akibat perbezaan pendapat ini, maka ada orang dan kumpulan yang akan bermasam muka dalam isu ini sehingga memutuskan silarrahim.Di Mesir, pernah berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang hebat dalam kalangan orang Muslim mengenai solat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat. Lantas apabila As-syahid Hassan Banna berhadapan dengan kemelut ini, beliau bertanya kepada kedua-dua kelompok ini: Apakah hukum solat tarawikh? dan apakah hukum memutuskan silaturrahim?
Mereka menjawab solat tarawikh itu sunat, manakala memutuskan silatarrahim lebih daripada 3 hari adalah haram.
Jelas bahawa yang wajib mesti lebih utama dari sunat. Dalam isu ini, sebenarnya terserah kepada individu Muslim untuk lakukan solat 8 rakaat atau 20 rakaat secara berjamaah di masjid dan surau sepanjang bulan puasa Ramadan.
Bagi pihak kerajaan yang mewajibkan semua masjid atau surau mesti lakukan 20 rakaat adalah suatu yang tidak bijaksana. Yang wajar ialah keputusan menentukan 8 atau 20 rakaat diserahkan kepada AJK Masjid atau Surau yang lebih arif akan latarbelakang kariah masing-masing.
Individu Muslim boleh buat keputusan dengan meneliti hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda bersabda yang maksudnya orang yang melakukan amalan yang wajib dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala berpuluh kali berganda, manakala 0rang melakukan amalan sunat dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala yang sama seperti pahala wajib. Maka wajarlah kita berebut mengutip pahala kebajikan dan hasanah dengan membanyakkan amalan sunat termasuk solat sunat. Kaedah menunaikan solat ini boleh dilakukan secara berjemaah dan boleh juga dilakukan secara individu. Ertinya kalau ada individu yang mahu solat sunat tarawikh atau solat malam dan bermunajat kepada Allah secara sendirian, maka ia tidak menjadi kesalahan dan tidak harus dicemoh. Individu itu juga tidak harus rasa bersalah kerana berbuat demikian. Apa yang lebih utama ialah keikhlasan dan ketaqwaan diri pada Allah bukan kerana rasa terpaksa atau untuk mengambil hati manusia lain dalam beribadah kepada Allah SWT.
Apapun, sejarah solat tarawikh menunjukkan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat sunat (tarawikh) bersama para sahabat secara berjamaah dalam bulan Ramadan. Pernah para sahabat melihat Nabi s.a.w. melakukan beberapa bersolat dua rakaat selepas sunat Isya pada hari pertama Ramadan. Kemudian ada sahabat yang mengikut solat di belakang Nabi. Apabila masuk hari ke 2 dan ke 3, semakin ramai sahabat yang turut solat sunat di belakang Nabi s.a.w. Pada hari-hari seterusnya, Nabi tidak lagi berada di masjid selepas solat sunat Isya kerana bimbang para sahabat akan menganggap solat sunat (tarawikh) itu adalah wajib atau mewajibkan diri mereka untuk berbuat demikian.
Tetapi di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Syaidina Abu bakar menganjurkan solat sunat tarawikh 8 rakaat secara berjemaah bagi memakmurkan solat di bulan Ramadan untuk mengambil manfaat dan pahala kebajikan yang berganda.
Apabila Syaidina Omar Ibn-Khattab yang berada di Madinah ketika itu mendapati penduduk Mekah berbuat demikian dan menyedari meskipun penduduk Mekah melakukan solat 8 rakaat, pahala solat di Mekah beribu kali ganda, maka Syaidina Omar menganjurkan solat sunat tarawikh 20 rakaat bagi “mengejar’ pahala yang sama yang diterima oleh penduduk Mekah.
Kesimpulannya, sebagai Muslim dewasa, kita harus faham apa dan kenapa solat tarawikh itu dilakukan, dan kita tidak perlu bertengkar dan tidak perlu bermasam muka serta tidak perku memandang rendah atau memandang serong pada orang yang menunaikan solat tarawikh samada 8 atau 20 rakaat.
Isu lazim yang ke 2 ialah bacaan dalam solat dalam sunat tarawikh. Adakah bacaan dalam solat sunat tarawikh itu MESTI bacaan hafazan satu juzuk untuk setiap malam? Apakah ia satu keperluan? Apakah ia suatu amalan WAJIB?
Kalau tujuan membaca al Quran itu untuk menyemak bacaan, apakah mesti semakan hafazan dibuat dalam solat tarawikh sehingga solat itu menjadi panjang dan menyukarkan orang tua untuk berdiri terlalu lama dan membuat budak-budak muda tidak boleh bertahan lama dalam solat? Apakah semakan bacaan hafazan tidak boleh dibuat di luar solat dalam amalan tadarus hingga khatam al-Quran menjelang akhir Ramadan?
Bukankah Nabi s.a.w. pernah bersabda jika ada orang tua dan kanak-kanak bersolat bersama, maka imam hendaklah memendekkan solat?
Bukankah makna “tarawikh” itu rehat, dan kalau berdiri terlalu lama kerana mahu menghabiskan satu juzuk dai Quran setiap malam dalam solat tarawikh, maka ia bukan lagi “rehat”, tetapi menyulitkan orang jamaah solat tarawikh?
Maka tidak hairanlah, masjid dan surau penuh dalam minggu pertama Ramadan, berkurangan dalam minggu ke 2 dan ke 3, dan penuh semula pada minggu akhir Ramadan.
Kesimpulan dalam isu ke 2 ini ialah membaca al-Quran dalam bulan Ramadan adalah amalan sunat yang berganda pahalanya; membacanya hingga khatam lebih dari sekali juga adalah suatu yang mulia, tetapi usaha ini tidak mesti dibuat dalam solat tarawikh kerana ia boleh dibuat di luar solat khususnya jika ahli jamaah terdiri dari warga emas dan kanak-kanak.
Isu lazim ke 3 ialah imam muda yang hafiz Quran bawah umur 18 tahun menjadi imam dalam solat tarawikh atas alasan imam yang hafiz Quran ini akan dapat menghabiskan satu juzuk setiap malam dalam solat tarawikh. Kalau inilah tujuannya, maka masjid dan surau harus menilai semula tujuan ibadah sunat ini dan kaitannya dengan isu pertama dan isu ke 2.
Dari sudut hukum adalah tidak salah bagi imam hafiz bawah umur 18 tahun menjadi imam memimpin solat tarawikh, tetapi adalah lebih afdal imam hafiz yang lebih berusia menjadi imam di depan orang-orang tua dan lebih dewasa. Bagi sesetengah orang tua, mereka berasa lebih selesa berada dalam saf makmum di belakang imam hafiz yang sebaya mereka atau muda sedikit daripada usia mereka dan bukan di belakang imam yang kelihatan seperti budak atau kanak-kanak walaupun budak atau kanak-kanak itu adalah hafiz.
Kesimpulan dalam isu ke 3 ini ialah dalam menentukan imam untuk memimpin solat tarawikh, AJK Masjid dan Surau harus mengambil kira demografik dan sosio-psikologi ahli kariah dan jamaah yang hadir agar perbezaan umur antara imam dan makmum tidak terlalu jauh tidak menjadikan makmum gusar dan tidak selesa dalam solat. Apakah keikhlasan diri untuk beribadah akan cair kerana merasa diri terpaksa dalam melakukan amalan sunat yang mulia in?
Atau apakah lebih baik dilakukan solat 4 rakaat (tarawikh) disusuli dengan tazkirah atau membaca alQuran beramai-ramai; kemudian pulang ke rumah, rehat, tidor dan kemudian bangun solat malam iaitu solat tahajud, solat taubah, dan solat witir serta bermunajat secara bersendirian, 1 dengan 1 bersama Allah? Kemudian membaca al-Quran sambil menunggu sahur dan seterusnya solat subuh berjamaah.
Wallahualam.http://albangi.wordpress.com/2011/07/29/3-isu-lazim-dalam-bulan-ramadan/
Subscribe to:
Posts (Atom)






