Wednesday, November 16, 2011

Kisah Jason Perez memeluk agama Islam

"

Posted on Tuesday, November 15 @ 07:29:11 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Luar Negara Oleh: blalang


Tayangan dokumentari yang bertajuk The New Muslim Cool menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat.Dokumentari tersebut adalah mengandungi pengalaman rohani salah satu rapper negeri itu, Jason Perez – namanya bertukar menjadi Hamza Perez setelah masuk Islam dan pandangannya tentang agama.

Berikut adalah wawancara antara islamicbulletin.com dengan Jason:

Islamicbulletin: Bolehkah anda ceritakan sedikit tentang diri anda?
 
Jason: Saya lahir di Brooklyn, NY. Saya dibesarkan di sebuah perumahan di seberang jalan masjid. Ibu saya membesarkan saya di sana. Setelah saya besar, kami pindah ke Puerto Rico, dan setelah itu kami pindah ulang-balik antara Massachusetts dan Puerto Rico.

Islamicbulletin: Dapatkah anda menceritakan sedikit tentang pendidikan agama anda?
 
Jason: Ya, ibu saya Katolik. Tapi, nenek saya di Puerto Rico adalah Pembaptis. Selama sekolah, saya selalu di sekolah Katholik.

Islamicbulletin: Bagaimana anda boleh bertukar menjadi seorang Muslim?

Jason: Saya ada seorang rakan yang bernama Louie Ekuador. Kami membesar bersama, dan kemudian kami terlibat dalam penjualan dadah bersama-sama. Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan.

Meskipun kami berjaya mengumpulkan wang, tidak memberi kami perasaan atau kepuasan kebahagiaan. Satu hari, dia berjalan-jalan ke masjid, dan dia duduk di tangga. Seorang Muslim mendekatinya dan bertanya apa yang dia lakukan di sana dan mula berbicara kepadanya tentang Islam. Dan dia akhirnya menjadi seorang Muslim.

Kami tahu masjid ini kerana kami dibesarkan di jalan, tetapi kami tidak pernah tahu tentang Muslim dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang kami tahu tentang mereka adalah bahawa mereka membunuh kambing. Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat dimana kambing dibunuh. Jadi kita akrab dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Louise berakhir menjadi Muslim dan menghilang diri selama 40 hari. Dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam.

Namanya pun berubah, menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syekh bernama Iqbal. Kami sedang bermain dadu, minum, dan merokok saat itu. Tiba-tiba aku melihat sisi berbeza yang lahir darinya. Dia kelihatan lebih bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. Saya fikir, sesuatu yang serius telah terjadi dalam hidupnya.

Jadi, saya meninggalkan orang lain yang minum dan merokok dan berjalan ke arah mereka. Di sana, syekh bertanya apakah aku percaya bahawa hanya ada satu Allah. Aku berkata, “Ya.” Dan kemudian dia bertanya apakah saya percaya pada Nabi Muhammad. Terus terang, saya tidak pernah tahu tentang Muhammad SAW, tapi saya melihat cahaya dalam karakter dan wajah Luqman teman saya, jadi saya percaya. Semasa itu juga saya minta diajar mengucapkan syahadat, di tepi jalan. Adik saya yang menyaksikan, ikut pula bersyahadat.

Islamicbulletin: Bagaimana reaksi keluarga anda yang memeluk agama Islam?
 
Jason: Pada mulanya keluarga saya berasa sedih. Tetapi setelah mendapat tahu kami bebas dari dadah dan jauh dari kegiatan berbahaya lainnya, mereka menyukainya. Ibu saya sangat menyokong. Dia berfikir itu sangat positif. Saya pun menjadi lebih ambil berat kepadanya; Saya membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apapun yang dimintanya.
Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah kepadanya. Perubahan dalam diri saya membuat kakak saya menjadi Muslim juga. Kemudian salah satu rakan saya menjadi Muslim. Lebih dari 55 orang yang kami kenali menjadi Muslim.

Kami kembali ke tempat yang sama kita gunakan untuk menjual dadah dan memasang papan tanda yang mengatakan, “HEROIN MEMBUNUH KAMU DAN ALLAH MENYELAMATKAN ANDA!” Jadi, anda tahu, ramai dari mereka dipengaruhi oleh Lokman. Termasuk saya.

T: Apakah anda pernah mendapat masalah dengan penerimaan Islam anda?
 
Jason: Pada awalnya, kerana saya baru menjadi Muslim, saya fikir saya harus mendengarkan setiap apa yang dikatakan seorang Muslim. Saya benar-benar tidak ada arah . Beberapa orang mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain yang berjanggut panjang dan ‘pakaian aneh’ mereka.

Sampai kemudian di satu titik: mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Aku mulai kehilangan rasa manis yang saya alami ketika saya pertama kali menjadi Muslim. Kemudian saya melewati sebuah transformasi besar; HANYA MELIHAT KESALAHAN DIRI BUKAN KESALAHAN ORANG.

Islamicbulletin: Apakah anda melihat persamaan antara Islam dan agama-agama lain?
 

Jason: Ya, tentu saja. Ini semua berkair. Saya tahu siapa Jesus, saya melihat gambar yang dikaitkan dengannya, tapi saya tidak benar-benar tahu tentang Jesus selain Natal, dan ayat-ayat yang kita baca diarahkan kepada kita oleh para imam dan pendita. Kadang-kadang saya merasa kini saya menjadi pengikut Kristian dengan cara yang lebih baik setelah saya menjadi Muslim. Isa adalah NabiNya, bukan Tuhan.

T: Apa kesan yang Islam pada kehidupan anda?
 

Jason: Islam telah membuka mata saya untuk kesalahan saya sendiri. Sebelumnya, saya mempunyai satu perkara yang disebut nafsu. Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam membuat saya sedar bahawa, di jalanan, anda selalu mencari musuh. Dan Islam mengajarkan saya bahawa, dalam perancangan untuk menemui musuh saya, saya harus melihat di cermin. Musuh saya adalah diri saya sendiri; NAFSU SAYA
Posted @ www.isuhangat.net

Monday, November 14, 2011

Diet Yang Memanjangkan Umur DiTemui

Posted on Sunday, November 13 @ 12:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Open Artikel Oleh: zulmnster

"Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?

Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.


Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Ini bermakna, kita akan dapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot.


Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.

Makanan Yang Hampir Kepada Vegetarian

Jika anda pengamal makanan yang tinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya. Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.

Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat.

Kurang Makan

Motto paling popular mereka adalah “Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.

Nenek berusia 102 tahun   
Banyakkan Minum Air dan Teh

Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari.

Kehidupan Yang Bebas Dari Stress

Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif.

Tanah di Okinawa

Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik.

Sedang bercucuk tanam

Kajian Panjang Usia di Okinawa (KPUO) oleh Dr Suzuki, Pengarah Kumpulan Penyiasat Usia Panjang Okinawa mendapati mereka yang panjang usia di Okinawa memiliki tubuh yang ramping, wajah yang muda, bertenaga dan kadar penyakit jantung dan kanser yang rendah. Di dalam tahun 1995, jangka hayat penduduk Okinawa melepasi had usia di keseluruhan Jepun.


Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun. Artikel seterusnya, sila klik ke sini

Rahsia Panjang Umur Masyarakat Okinawa, Jepun"

Saturday, November 12, 2011

Perth yang di tinggalkan

Hari ini jam 4.00 pagi dah bangun untuk solat subuh. Di Perth sekarang waktu subuhnya jam 4.00 pagi. Dah hampir seminggu belajar bangun awal pagi bukan kerana solat tahajud tetapi solat subuh! Flight ke KLIA jam 6.30 pagi. Setelah selesai solat subuh jam 4.20 pagi, saya bersiap-siap untuk ke Perth International Aiport bersama isteri dan anak perempuan kami Nafisah. 

Sebelum bertolak ke Aiport, Syed Yusuf cucu pertama kami dikejutkan dan didukung oleh anak kami Syed Ahmad Khairi, terasa sayu dan sedih kerana akan berpisah dengannya, setelah bersama hampir seminggu. Dipeluk, dicium, dan didoakan agar menjadi anak yang soleh, InsyaAllah. Itulah yang mampu saya lakukan sebagai tanda perpisahan kerana sebentar lagi kami akan meninggalkannya, dan belum pasti bila pula akan bertemu. Usianya menjangkau 33 hari. Mudah-mudahan Allah akan ketemukan kami semula. Insya Allah.

Sempat juga dirakamkan gambar kami berempat sebelum berangkat, sebagai tanda kenang-kenangan kami bersama cucu pertama kami. Syukur Alhamdulilah, mudah-mudahan Allah menyelamatkannya di dunia dan akhirat. Dimasukkan iman dan takwa, jadilah anak yang soleh. Itulah doa dalam hati saya sewaktu mengucup dahinya. Menangis dalam hati.

Jam 5.20 pagi kami tiba di Perth International Aiport, suasana cerah terang benderang seperti jam 7.00 pagi di Malaysia. Setelah check in dan masukkan semua bag pakaian kami bergegas ke Balai Berlepas, dengan dihantar oleh anak sulung kami Syed Ahmad, hampir menitiskan air mata sewaktu bersalam dan berpeluk, semuga Allah menjaga dia dan isterinya juga anaknya yang baru dilahirkan itu. Jika ada umur panjang kami akan bertemu lagi.

Pemeriksaan di Aiport ini begitu efisien, teratur, petugas bekerja dengan cekap,mesra dan professional. Penerbangan mengambil  masa 5 jam setengah. Bertolak jam 6.30 pagi dan tiba di KLIA (LCCT) jam 12.00 tengah hari. 

Selesai solat zuhur di LCCT isteri dan anak perempuan saya ke KL untuk shoping lagi, meninggalkan saya di LCCT, kerana flight kami jam 8.00 malam ke Kuala Terengganu. Menanti adalah suatu penyeksaan. Apa boleh buat. Terpaksalah saya lepak seorang diri bersama dengan bag dan pinggan Corel yang sangat diminati oleh isteri saya. Cuma yang menghilangkan rasa bosan saya ialah dapat mengguna notebook anak saya dan boleh acces internet. Lantas masa beredar tak terasa bosan kerana asyik tengok bahan-bahan dalam internet.


APA YANG DITEMUI DI PERTH ?

1. Suasana yang sunyi, aman, tenang dan tidak sibuk. Rumah anak kami di kawasan St James, lebih kurang 9 km dari bandar Perth, tidak jauh dari Kurtin University. Di sini ramai pelajar-pelajar Malaysia menyewa, tetapi saya belum pernah bersua muka, kerana rumah-rumah jiran bertutup rapat, seolah-olah macam tiada penghuni. Selama seminggu berada di rumah anak saya, jarang malah tidak kelihatan anak-anak, atau remaja, atau orang tua yang bersembang di luar rumah. Semuanya sunyi sepi, tidak seperti di kampung tempat kami tinggal bila waktu petang anak-anak berkeliaran main di luar rumah. Di sini tidak berlaku. Sunyi, tenang, dan relaks. Yang cantiknya, rumah-rumah batu tersusun, kawasan persekitaran bersih, kebanyakannya rumah batu setingkat, tetapi tiada bertingkap, yang ada dinding cermin tetapi bertirai. Walau bagaimanapun suasana dalam rumah tidaklah panas, walaupun bertutup. Kereta pun diparking sekali dalam kawasan bertutup.

Rumah sewa anak kami punyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu yang bersetentang dengan dapur. Amat sederhana keluasannya, Jika nak letak kerusi set tak muat, kerana dah ada meja makan dan ruang TV. Tetapi selesa untuk keluarga yang sederhana bilangan ahlinya. Walau pun dengan kehadiran kami jumlah ahli rumah menjadi 6 orang, masih selesa lagi.

Apa yang menarik ketinggian rumah di sini, jika berada dalam rumah, jika kita angkat tangan mungkin bagi mereka yang ketinggiannya enam kaki tentu sampai mencecah siling rumah. Maknanya rumah disini, rendah tidak seperti di Malaysia ketinggian rumah belum masuk bumbung paling rendah 10 kaki, perlu tangga untuk naik ke atap. Tetapi rumah sewa anak kami jika letak kerusi, mampu panjat ke atas atap. Mungkin boleh jimat kos. Uniknya, walaupun rendah suasana edaran udara dalam rumah sungguh nyaman, mungkin kerana waktu kami berada di Perth suhunya tidak terlalu sejuk, tetapi jika keluar jam 9,00 pagi perlu pakai jaket, kerana anginnya sejuk.

2.  Pertama kali dalam sejarah hidup saya dapat solat Hari Raya Idiladha di negara bukan Islam. Kami solat IdulAdha di Kings Park. Taman yang terkenal kepada pelancong yang datang melawat Perth. Kami solat di atas padang yang dikelilingi dengan pokok-pokok. Suasana udara sejuk, tetapi mampu bertahan. Khutbah dalam Bahasa Inggeris, kemudian khutbah kedua dalam Bahasa Arab. Mesej yang disampaikan ialah perpaduan umat Islam, Islam mengutamakan keamanan, persamaan tanpa mengira warna kulit, yang pentingnya iman dan takwa. Pelbagai bangsa bersolat IdulAha, ada India,Negro, Pakistan, Arab, Melayu, Indonesia, Mat Salleh pun ada. Seronok juga solat di kawasan taman terbuka, tetapi penuh tawaduk. Selesai khutbah, wakil Menteri Kebudayaan Australia turut menyampaikan ucapan kepada jemaah, sebagai tanda penghargaan.Apabila ada majlis solat hari raya ini, barulah nampak, bahawa ramai juga umat Islam di Perth ini, tetapi mengikut kata anak saya, mereka tidak suka menonjolkan identiti keislamannya kepada umum, mungkin kerana keselamatan atau untuk mengelekkan daripada berlaku prejudice kaum atau agama.
3. Di Perth saya sempat solat di Perth Mosque (Masjid Mohamadan) terletak di William Street, sebuah masjid yang dibina pada tahun 1906, bangunan batu tetapi berlantaikan kayu. Ciri keasliannya masih dikekalkan. Keluasannya sangat sederhana, jika dibandingkan dengan keluasan tapak rumah, mungkin sekitar dua lot di Malaysia. Bangunannya seperti rumah lama, tetapi ada menara kecil.


4. Berhampiran dengan rumah sewa anak saya ada sebuah surau /  masjid yang berkongsi dengan dengan Restoran Nyonya dan kedai Turkish Burger. Disini saya sempat solat jumaat pada hari pertama sampai di Perth, dan juga solat Maghrib dan Isyak pada hari kelima berada di Perth. Kebanyakan ahli jemaahnya orang kulit hitam. Khutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Waktu solat Maghrib dan Isyak ahli jemaah mencecah lebih 30 orang. Jika dibandingkan dengan besar masjidnya dengan bilangan ahli jemaahnya saya kira boleh dibanggakan, kerana orang Islam tidak ramai. Berbanding dengan di negara kita, masjidnya besar, penghuni beragama Islam ramai, tetapi ahli jemaahnya taklah ramai sangat.

Friday, October 28, 2011

Ilmu tanpa solat takkan ke mana


oleh SRI DIAH
10/27/2011 7:40:18 AM
Semasa seminggu berada di German baru-baru ini kerana mengikuti Frankfurt Book Fair, ada banyak pengamatan berguna yang saya dapat. Orangnya yang baik, cuaca yang bagus sejuk berangin, kedai makanan halal yang mudah ditemui dan tempat pelancongan yang bagus adalah kenangan manis yang sukar dilupakan.

Selain itu faktor menepati masa yang diamalkan oleh penghuni bandar separuh dingin menghampiri musim dingin itu, amatlah patut untuk dicontohi. Dalam cuaca dingin 10 darjah celcius, kami tidak berpeluh mengejar tren keretapi. Kami juga tidak perlu tunggu lama untuk melintas. Melihat sahaja kita berdiri di tepi jalan untuk menyeberang, kereta akan berhenti. Ya, kereta BMW, Mercedes, Jaguar dan jenis lain yang mewah-mewah akan berhenti menghormati kita pejalan kaki.

Betul kata orang, masa itu emas. Malah kalau dikatakan masa itu intan pun boleh, amat berharga bagi mereka. Ketepatan masa di German juga berlaku pada jadual perjalanan tren atau keretapi yang menjadi kenderaan utama di sini selain kereta dan basikal.
Di Frankfurt kota bersejarah yang cantik dengan senibina lama yang terus dikekalkan ini, ada tiga jenis perkhidmatan keretapi. Pertama sekali ialah keretapi laju. Kedua keretapi yang sederhana laju yang hanya berhenti di stesen tertentu dan yang ketiga keretapi berhenti-henti di setiap stesen.

Pengguna boleh pilih hendak menaiki jenis yang mana dengan kadar tiket yang berbeza. Semua koc berhawa dingin. Kami juga dimaklumkan, bagi keretapi yang berhenti-henti itu, jangan terkejut jika ada yang membawa haiwan peliharaan sekali dalam koc. Basikal pula boleh dibawa masuk untuk kesemua koc.

Jika tren akan bergerak pukul 7.50 pagi maka tepat sahaja waktunya semboyan akan berbunyi dan keretapi akan bergerak. Setiap landasan dengan arah tujuannya yang berbeza. Sama ada berlari perlahan atau berlari laju, itu adalah pemandangan biasa di sini. Tidak kira tua atau muda, serupa. Masing-masing mengejar keretapi yang ingin dinaiki.

Adalah pemandangan biasa dalam koc di Frankfurt dan bandar-bandar lain di sini jika anda melihat seorang makcik, dengan jaket dan boot kulit, berdiri memegang basikalnya sambil tangannya memegang buku, surat khabar atau novel. Sambil berdiri, sambil membaca. Dalam masa sama anak anjing comelnya duduk diam dalam bakul basikal.

Apalagi pada penumpang yang mendapat tempat duduk. Pemandangan ini tidak ada di Malaysia. Namun saya harap dapat melihat situasi ini nanti apabila minat membaca semakin menjadi-jadi di negara kita akhir-akhir ini.

Prasarana dalam negara sudah lengkap, amat kondunsif. Cuma setakat ini kita melihat kebanyakan (tidak semua) yang duduk dalam train aliran laju di ibu kota, hanya bermenung melanguk kosong sambil memerhati sekeliling. Ada juga yang ambil kesempatan main permainan dengan aktiviti sosial di telefon.

Sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Frankfurt itu banyak ilmu yang diperoleh dan banyak pengalaman yang dirasai. Ia tidak sama dengan kehebatan Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur yang diadakan saban tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Di Frankfurt, sesuai dengan pertemuan dan perbincangan peringkat dunia, terdapat lapan dewan (Hall 1 hingga Hall 8) sebesar PWTC itu untuk dikunjungi.

Dengan jumlah manusia yang beratus ribu orang, kita melihat bagaimana industi buku menjadi satu komoditi perdagangan terpenting. Tidak ada seorang pun yang berjalan tanpa buku dalam tangan. Buku daripada pelbagai bahasa dari seluruh dunia dipamerkan di sini. Pilih saja mahu buku dari Romania, India, Georgia, China, Jepun dan segala ceruk pelosok dunia, semua ada di sini.

Jual beli buku, perbincangan hak cipta dan perlesenan penerbitan menjadi modal utama semua perbincangan.

Perkara-perkara ini sudah diatur sebelum sampai ke sini manakala pertemuan di pesta buku itu adalah untuk menandatangai perjanjian dan pengesahan sahaja.

Saya amat mengharapkan suatu hari nanti pesta hebat sebegini akan berlangsung di Kuala Lumpur dan menobatkan bandaraya kita sebagai sebuah kota buku. Pihak penerbit juga seperti sudah bersedia untuk itu apabila semakin hari semakin ramai orang yang menunjukkan minat membaca. Jumlah cetakan semakin bertambah dan jumlah judul buku-buku juga semakin meningkat.

Paling manis di Asia Hall (Hall 5) yang menempatkan Malaysia Pavilion di Frankfurt Book Fair itu apabila terdapatnya satu sudut untuk menunaikan solat. Ya, berniaga tetap berniaga, tapi solat jangan dilupa. Bak kata seorang petugas dari Dubai yang ditemui di bilik itu, ilmu tanpa solat tidak akan ke mana perginya. Ilmu tidak bermanfaat, katanya.

Ada doa tentang ilmu diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. “Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredaan Allah dunia dan akhirat. Sekarang waktu untuk solat apa? Anda sudah solat? Selepas itu mari kita membaca pula

Thursday, October 27, 2011

Laporan Ketua Audit Negara adalah KPI rakyat terhdap kerajaan


Sumber Sinar Harian  27 Ont.2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak rakyat menilai kembali tahap kecekapan dan keberkesanan kerajaan mengurus tadbir negara ini.

Melalui Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan pada 24 Oktober 2011 menunjukkan kerajaan Malaysia sudah jauh daripada berupaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.


Disebalik pembentangan Bajet ‘gula-gula’ Pilihanraya 2011, yang dianggap ramai sebagai Bajet rakyat kerana banyak peruntukan one off untuk rakyat, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya. Tidak hairanlah, Laporan Ketua Audit Negara 2010 gagal dibentangkan pada masa yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempohari.


Daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai Kementerian serta agensi kerajaan.


Antara yang dilaporkan adalah RM 160.7 juta yang telah diululuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer, namun hanya 2 buah makmal sahaja yang siap.
Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan.

Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar mencatatkan pembelian barangan yang jauh lebih mahal dari harga sebenar. Antaranya Laptop dan pencetak dibeli dengan harga RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 iaitu 246% lebih mahal, LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182 iaitu 638% lebih mahal, Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 iaitu 478% lebih mahal, Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827, 1893% lebih mahal, Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940, 2805 % lebih mahal, Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561, 177% lebih mahal.

Majlis Sukan Negara pula mencatat pembelian boros dengan membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mencatat pengurusan yang tidak telus dan tidak efektif kerana tidak membayar RM 110.67 juta insentif kepada 73 291 orang petani. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula gagal mengurus secara efektif kerana peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

Selain itu, terdapat 8 Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Malah, ada syarikat GLC yang mengalami kerugian seperti Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian keseluruhan ialah RM 630.45 Juta.

Kesemua fakta yang diberikan hanya sebahagian daripada keseluruhan kelemahan dan kepincangan kerajaan. Ternyata saban tahun negara ditadbir oleh pemimpin yang tidak cekap, tidak amanah, efisyen dan konsisten. Amalan berboros, membazir sudah seakan sebati dalam diri pemimpin negara hari ini. Harta rakyat seumpama harta ‘mak bapa’ mereka yang boleh diagih sesuka hati mereka.

Justeru, DPPWP mengharapkan rakyat menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai KPI dalam penilaian rakyat menjelang PRU ke 13 nanti. Cukuplah negara ditadbir oleh mereka yang kurang berkemampuan, dan berikan ruang pula buat Pakatan Rakyat mentadbir negara.

DPPWP percaya Pakatan Rakyat berupaya membuktikan pengurusan yang lebh baik sebagaimana negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah buktikan dalam masa 3 tahun ini.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Wednesday, October 26, 2011

Fiqih Qurban

25/10/2011 | 28 Zulqaedah 1432 H | Hits: 979
Oleh: Tim dakwatuna.com
0diggsdigg
email

Sejarah

dakwatuna.com - Berqurban merupakan bagian dari Syariat Islam yang sudah ada semenjak manusia ada. Ketika putra-putra nabi Adam AS diperintahkan berqurban. Maka Allah SWT menerima qurban yang baik dan diiringi ketakwaan dan menolak qurban yang buruk. Allah SWT berfirman:

وَŲ§ŲŖْŁ„ُ Ų¹َŁ„َيْهِŁ…ْ نَŲØَŲ£َ Ų§ŲØْنَيْ Ų”َŲ§ŲÆَŁ…َ ŲØِŲ§Ł„ْŲ­َŁ‚ِّ Ų„ِŲ°ْ Ł‚َŲ±َّŲØَŲ§ Ł‚ُŲ±ْŲØَانًŲ§ فَŲŖُŁ‚ُŲØِّŁ„َ Ł…ِنْ Ų£َŲ­َŲÆِهِŁ…َŲ§ وَŁ„َŁ…ْ يُŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„ْ Ł…ِنَ الآخَŲ±ِ Ł‚َŲ§Ł„َ لأَŁ‚ْŲŖُŁ„َنَّكَ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِنَّŁ…َŲ§ يَŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„ُ اللَّهُ Ł…ِنَ Ų§Ł„ْŁ…ُŲŖَّŁ‚ِŁŠŁ†َ
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Maaidah 27).

Qurban lain yang diceritakan dalam Al-Qur’an adalah qurban keluarga Ibrahim AS, saat beliau diperintahkan Allah SWT untuk mengurbankan anaknya, Ismail AS. Disebutkan dalam surat As-Shaaffaat 102: “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Kemudian qurban ditetapkan oleh Rasulullah SAW sebagai bagian dari Syariah Islam, syiar dan ibadah kepada Allah SWT sebagai rasa syukur atas nikmat kehidupan.

Disyariatkannya Qurban

Disyariatkannya qurban sebagai simbol pengorbanan hamba kepada Allah SWT, bentuk ketaatan kepada-Nya dan rasa syukur atas nikmat kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya. Hubungan rasa syukur atas nikmat kehidupan dengan berqurban yang berarti menyembelih binatang dapat dilihat dari dua sisi.
Pertama, bahwa penyembelihan binatang tersebut merupakan sarana memperluas hubungan baik terhadap kerabat, tetangga, tamu dan saudara sesama muslim. Semua itu merupakan fenomena kegembiraan dan rasa syukur atas nikmat Allah SWT kepada manusia, dan inilah bentuk pengungkapan nikmat yang dianjurkan dalam Islam:
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)” (QS Ad-Dhuhaa 11).

Kedua, sebagai bentuk pembenaran terhadap apa yang datang dari Allah SWT. Allah menciptakan binatang ternak itu adalah nikmat yang diperuntukkan bagi manusia, dan Allah mengizinkan manusia untuk menyembelih binatang ternak tersebut sebagai makanan bagi mereka. Bahkan penyembelihan ini merupakan salah satu bentuk pendekatan diri kepada Allah SWT.

Berqurban merupakan ibadah yang paling dicintai Allah SWT di hari Nahr, sebagaimana disebutkan dalam hadits riwayat At-Tirmidzi dari ‘Aisyah RA. bahwa Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah anak Adam beramal di hari Nahr yang paling dicintai Allah melebihi menumpahkan darah (berqurban). Qurban itu akan datang di hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah akan cepat sampai di suatu tempat sebelum darah tersebut menetes ke bumi. Maka perbaikilah jiwa dengan berqurban”.

Definisi Qurban

Kata qurban yang kita pahami, berasal dari bahasa Arab, artinya pendekatan diri, sedangkan maksudnya adalah menyembelih binatang ternak sebagai sarana pendekatan diri kepada Allah. Arti ini dikenal dalam istilah Islam sebagai udhiyah. Udhiyah secara bahasa mengandung dua pengertian, yaitu kambing yang disembelih waktu Dhuha dan seterusnya, dan kambing yang disembelih di hari ‘Idul Adha. Adapun makna secara istilah, yaitu binatang ternak yang disembelih di hari-hari Nahr dengan niat mendekatkan diri (taqarruban) kepada Allah dengan syarat-syarat tertentu (Syarh Minhaj).

Hukum Qurban

Hukum qurban menurut jumhur ulama adalah sunnah muaqqadah sedang menurut mazhab Abu Hanifah adalah wajib. Allah SWT berfirman:
فَŲµَŁ„ِّ Ł„ِŲ±َŲØِّكَ وَانْŲ­َŲ±ْ
2
“Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah” (QS Al-Kautsaar: 2).

Rasulullah SAW bersabda:
من ŁƒŲ§Ł† له Ų³Ų¹Ų© ŁˆŁ„Ł… يضح فلا ŁŠŁ‚Ų±ŲØŁ† مصلانا
“Siapa yang memiliki kelapangan dan tidak berqurban, maka jangan dekati tempat shalat kami” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Dalam hadits lain: “Jika kalian melihat awal bulan Zulhijah, dan seseorang di antara kalian hendak berqurban, maka tahanlah rambut dan kukunya (jangan digunting)” (HR Muslim).

Bagi seorang muslim atau keluarga muslim yang mampu dan memiliki kemudahan, dia sangat dianjurkan untuk berqurban. Jika tidak melakukannya, menurut pendapat Abu Hanifah, ia berdosa. Dan menurut pendapat jumhur ulama dia tidak mendapatkan keutamaan pahala sunnah.

Binatang yang Boleh Diqurbankan

Adapun binatang yang boleh digunakan untuk berqurban adalah binatang ternak (Al-An’aam), unta, sapi dan kambing, jantan atau betina. Sedangkan binatang selain itu seperti burung, ayam dll tidak boleh dijadikan binatang qurban. Allah SWT berfirman:
“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka” (QS Al-Hajj 34).

Kambing untuk satu orang, boleh juga untuk satu keluarga. Karena Rasulullah SAW menyembelih dua kambing, satu untuk beliau dan keluarganya dan satu lagi untuk beliau dan umatnya. Sedangkan unta dan sapi dapat digunakan untuk tujuh orang, baik dalam satu keluarga atau tidak, sesuai dengan hadits Rasulullah SAW:
عن Ų¬Ų§ŲØŲ±ٍ بن Ų¹ŲØŲÆ الله قال: نحرنا Ł…Ų¹ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ اللَّهِ ŲµَŁ„َّى اللَّهُ Ų¹َŁ„َŁŠŁ‡ِ وسَŁ„َّŁ… بالحُديبيةِ البدنةَ عن Ų³ŲØŲ¹Ų©ٍ ŁˆŲ§Ł„ŲØŁ‚Ų±Ų©َ عن Ų³ŲØŲ¹Ų©ٍ
Dari Jabir bin Abdullah, berkata “Kami berqurban bersama Rasulullah SAW di tahun Hudaibiyah, unta untuk tujuh orang dan sapi untuk tujuh orang” (HR Muslim).

Binatang yang akan diqurbankan hendaknya yang paling baik, cukup umur dan tidak boleh cacat. Rasulullah SAW bersabda:
“Empat macam binatang yang tidak sah dijadikan qurban: 1. Cacat matanya, 2. sakit, 3. pincang dan 4. kurus yang tidak berlemak lagi “ (HR Bukhari dan Muslim).

Hadits lain:
“Janganlah kamu menyembelih binatang ternak untuk qurban kecuali musinnah (telah ganti gigi, kupak). Jika sukar didapati, maka boleh jadz’ah (berumur 1 tahun lebih) dari domba.” (HR Muslim).

Musinnah adalah jika pada unta sudah berumur 5 tahun, sapi umur dua tahun dan kambing umur 1 tahun, domba dari 6 bulan sampai 1 tahun. Dibolehkan berqurban dengan hewan kurban yang mandul, bahkan Rasulullah SAW berqurban dengan dua domba yang mandul. Dan biasanya dagingnya lebih enak dan lebih gemuk.

Pembagian Daging Qurban

Orang yang berqurban boleh makan sebagian daging qurban, sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi`ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur” (QS Al-Hajj 36).

Hadits Rasulullah SAW:
“Jika di antara kalian berqurban, maka makanlah sebagian qurbannya” (HR Ahmad).

Bahkan dalam hal pembagian disunnahkan dibagi tiga. Sepertiga untuk dimakan dirinya dan keluarganya, sepertiga untuk tetangga dan teman, sepertiga yang lainnya untuk fakir miskin dan orang yang minta-minta. Disebutkan dalam hadits dari Ibnu Abbas menerangkan qurban Rasulullah SAW bersabda:
“Sepertiga untuk memberi makan keluarganya, sepertiga untuk para tetangga yang fakir miskin dan sepertiga untuk disedekahkan kepada yang meminta-minta” (HR Abu Musa Al-Asfahani).

Tetapi orang yang berkurban karena nadzar, maka menurut mazhab Hanafi dan Syafi’i, orang tersebut tidak boleh makan daging qurban sedikitpun dan tidak boleh memanfaatkannya.

Waktu Penyembelihan Qurban

Waktu penyembelihan hewan qurban yang paling utama adalah hari Nahr, yaitu Raya ‘Idul Adha pada tanggal 10 Zulhijah setelah melaksanakan shalat ‘Idul Adha bagi yang melaksanakannya. Adapun bagi yang tidak melaksanakan shalat ‘Idul Adha seperti jamaah haji dapat dilakukan setelah terbit matahari di hari Nahr. Adapun hari penyembelihan menurut Jumhur ulama, yaitu madzhab Hanafi, Maliki dan Hambali berpendapat bahwa hari penyembelihan adalah tiga hari, yaitu hari raya Nahr dan dua hari Tasyrik, yang diakhiri dengan tenggelamnya matahari. Pendapat ini mengambil alasan bahwa Umar RA, Ali RA, Abu Hurairah RA, Anas RA, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar RA mengabarkan bahwa hari-hari penyembelihan adalah tiga hari. Dan penetapan waktu yang mereka lakukan tidak mungkin hasil ijtihad mereka sendiri tetapi mereka mendengar dari Rasulullah SAW (Mughni Ibnu Qudamah 11/114).

Sedangkan mazhab Syafi’i dan sebagian mazhab Hambali juga diikuti oleh Ibnu Taimiyah berpendapat bahwa hari penyembelihan adalah 4 hari, Hari Raya ‘Idul Adha dan 3 Hari Tasyrik. Berakhirnya hari Tasyrik dengan ditandai tenggelamnya matahari. Pendapat ini mengikuti alasan hadits, sebagaimana disebutkan Rasulullah SAW:
“Semua hari Tasyrik adalah hari penyembelihan” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban). Berkata Al-Haitsami:” Hadits ini para perawinya kuat”. Dengan adanya hadits shahih ini, maka pendapat yang kuat adalah pendapat mazhab Syafi’i.

Tata Cara Penyembelihan Qurban

Berqurban sebagaimana definisi di atas yaitu menyembelih hewan qurban, sehingga menurut jumhur ulama tidak boleh atau tidak sah berqurban hanya dengan memberikan uangnya saja kepada fakir miskin seharga hewan qurban tersebut, tanpa ada penyembelihan hewan qurban. Karena maksud berqurban adalah adanya penyembelihan hewan qurban kemudian dagingnya dibagikan kepada fakir miskin. Dan menurut jumhur ulama yaitu mazhab Imam Malik, Ahmad dan lainnya, bahwa berqurban dengan menyembelih kambing jauh lebih utama dari sedekah dengan nilainya. Dan jika berqurban dibolehkan dengan membayar harganya akan berdampak pada hilangnya ibadah qurban yang disyariatkan Islam tersebut. Adapun jika seseorang berqurban, sedangkan hewan qurban dan penyembelihannya dilakukan ditempat lain, maka itu adalah masalah teknis yang dibolehkan. Dan bagi yang berqurban, jika tidak bisa menyembelih sendiri diutamakan untuk menyaksikan penyembelihan tersebut, sebagaimana hadits riwayat Ibnu Abbas RA:
“Hadirlah ketika kalian menyembelih qurban, karena Allah akan mengampuni kalian dari mulai awal darah keluar”.

Ketika seorang muslim hendak menyembelih hewan qurban, maka bacalah: “Bismillahi Wallahu Akbar, ya Allah ini qurban si Fulan (sebut namanya), sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW:
“Bismillahi Wallahu Akbar, ya Allah ini qurban dariku dan orang yang belum berqurban dari umatku” (HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi).

Bacaan boleh ditambah sebagaimana Rasulullah SAW memerintahkan pada Fatimah AS:
“Wahai Fatimah, bangkit dan saksikanlah penyembelihan qurbanmu, karena sesungguhnya Allah mengampunimu setiap dosa yang dilakukan dari awal tetesan darah qurban, dan katakanlah:” Sesungguhnya shalatku, ibadah (qurban) ku, hidupku dan matiku lillahi rabbil ‘alamiin, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan oleh karena itu aku diperintahkan, dan aku termasuk orang yang paling awal berserah diri” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Berqurban dengan Cara Patungan
Qurban dengan cara patungan, disebutkan dalam hadits dari Abu Ayyub Al-Anshari:
“Seseorang di masa Rasulullah SAW berqurban dengan satu kambing untuk dirinya dan keluarganya. Mereka semua makan, sehingga manusia membanggakannya dan melakukan apa yang ia lakukan” (HR Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Berkata Ibnul Qoyyim dalam Zaadul Ma’ad:
“Di antara sunnah Rasulullah SAW bahwa qurban kambing boleh untuk seorang dan keluarganya walaupun jumlah mereka banyak sebagaimana hadits Atha bin Yasar dari Abu Ayyub Al-Anshari. Disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW.
عن أبي Ų§Ł„Ų£Ų³ŁˆŲÆ Ų§Ł„Ų³Ł„Ł…ŁŠ، عن Ų£ŲØŁŠŁ‡، عن جده قال: ŁƒŁ†ŲŖ Ų³Ų§ŲØŲ¹ Ų³ŲØŲ¹Ų© Ł…Ų¹ Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله -صلَّى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„َّŁ…- في سفره، ŁŲ£ŲÆŲ±ŁƒŁ†Ų§ الأضحى. فأمرنا Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله -صلَّى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…-، فجمع ŁƒŁ„ رجل منا درهما، ŁŲ§Ų“ŲŖŲ±ŁŠŁ†Ų§ أضحية ŲØŲ³ŲØŲ¹Ų© دراهم. ŁˆŁ‚Ł„Ł†Ų§: يا Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله، لقد ŲŗŁ„ŁŠŁ†Ų§ بها. فقال: (؄ن أفضل Ų§Ł„Ų¶Ų­Ų§ŁŠŲ§ أغلاها، ŁˆŲ£Ų³Ł…Ł†Ł‡Ų§) قال: Ų«Ł… أمرنا Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله -صلَّى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…-، فأخذ رجل ŲØŲ±ِجل، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ ŲØŲ±ِجل، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ بيد، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ بيد، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ بقرن، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ بقرن، وذبح السابع، وكبروا Ų¹Ł„ŁŠŁ‡Ų§ Ų¬Ł…ŁŠŲ¹Ų§.
Dari Abul Aswad As-Sulami dari ayahnya, dari kakeknya, berkata: Saat itu kami bertujuh bersama Rasulullah saw, dalam suatu safar, dan kami mendapati hari Raya ‘Idul Adha. Maka Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk mengumpulkan uang setiap orang satu dirham. Kemudian kami membeli kambing seharga 7 dirham. Kami berkata:” Wahai Rasulullah SAW harganya mahal bagi kami”. Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya yang paling utama dari qurban adalah yang paling mahal dan paling gemuk”. Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan pada kami. Masing-masing orang memegang 4 kaki dan dua tanduk sedang yang ketujuh menyembelihnya, kemudian kami semuanya bertakbir” (HR Ahmad dan Al-Hakim).

Dan berkata Ibnul Qoyyim dalam kitabnya ‘Ilamul Muaqi’in setelah mengemukakan hadits tersebut: “Mereka diposisikan sebagai satu keluarga dalam bolehnya menyembelih satu kambing bagi mereka. Karena mereka adalah sahabat akrab. Oleh karena itu sebagai sebuah pembelajaran dapat saja beberapa orang membeli seekor kambing kemudian disembelih. Sebagaimana anak-anak sekolah dengan dikoordinir oleh sekolahnya membeli hewan qurban kambing atau sapi kemudian diqurbankan. Dalam hadits lain diriwayatkan oleh Ahmad dari Ibnu Abbas, datang pada Rasulullah SAW seorang lelaki dan berkata:
“Saya berkewajiban qurban unta, sedang saya dalam keadaan sulit dan tidak mampu membelinya”. Maka Rasulullah SAW memerintahkan untuk membeli tujuh ekor kambing kemudian disembelih”.

Hukum Menjual Bagian Qurban

Orang yang berqurban tidak boleh menjual sedikitpun hal-hal yang terkait dengan hewan qurban seperti, kulit, daging, susu dll dengan uang yang menyebabkan hilangnya manfaat barang tersebut. Jumhur ulama menyatakan hukumnya makruh mendekati haram, sesuai dengan hadits:
“Siapa yang menjual kulit hewan qurban, maka dia tidak berqurban” (HR Hakim dan Baihaqi).

Kecuali dihadiahkan kepada fakir-miskin, atau dimanfaatkan maka dibolehkan. Menurut mazhab Hanafi kulit hewan qurban boleh dijual dan uangnya disedekahkan. Kemudian uang tersebut dibelikan pada sesuatu yang bermanfaat bagi kebutuhan rumah tangga.

Hukum Memberi Upah Tukang Jagal Qurban

Sesuatu yang dianggap makruh mendekati haram juga memberi upah tukang jagal dari hewan qurban. Sesuai dengan hadits dari Ali RA:
“Rasulullah SAW memerintahkanku untuk menjadi panitia qurban (unta) dan membagikan kulit dan dagingnya. Dan memerintahkan kepadaku untuk tidak memberi tukang jagal sedikitpun”. Ali berkata:” Kami memberi dari uang kami” (HR Bukhari).

Hukum Berqurban Atas Nama Orang yang Meninggal

Berqurban atas nama orang yang meninggal jika orang yang meninggal tersebut berwasiat atau wakaf, maka para ulama sepakat membolehkan. Jika dalam bentuk nadzar, maka ahli waris berkewajiban melaksanakannya. Tetapi jika tanpa wasiat dan keluarganya ingin melakukan dengan hartanya sendiri, maka menurut jumhur ulama seperti mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali membolehkannya. Sesuai dengan apa yang dilakukan Rasulullah SAW, beliau menyembelih dua kambing yang pertama untuk dirinya dan yang kedua untuk orang yang belum berqurban dari umatnya. Orang yang belum berqurban berarti yang masih hidup dan yang sudah mati. Sedangkan mazhab Syafi’i tidak membolehkannya. Anehnya, mayoritas umat Islam di Indonesia mengikuti pendapat jumhur ulama, padahal mereka mengaku pengikut mazhab Syafi’i.

Kategori Penyembelihan

Amal yang terkait dengan penyembelihan dapat dikategorikan menjadi empat bagian. Pertama, hadyu; kedua, udhiyah sebagaimana diterangkan di atas; ketiga, aqiqah; keempat, penyembelihan biasa. Hadyu adalah binatang ternak yang disembelih di Tanah Haram di hari-hari Nahr karena melaksanakan haji Tamattu dan Qiran, atau meninggalkan di antara kewajiban atau melakukan hal-hal yang diharamkan, baik dalam haji atau umrah, atau hanya sekedar pendekatan diri kepada Allah SWT sebagai ibadah sunnah. Aqiqah adalah kambing yang disembelih terkait dengan kelahiran anak pada hari ketujuh sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah. Jika yang lahir lelaki disunnahkan 2 ekor dan jika perempuan satu ekor.

Sedangkan selain bentuk ibadah di atas, masuk ke dalam penyembelihan biasa untuk dimakan, disedekahkan atau untuk dijual, seperti seorang yang melakukan akad nikah. Kemudian dirayakan dengan walimah menyembelih kambing. Seorang yang sukses dalam pendidikan atau karirnya kemudian menyembelih binatang sebagai rasa syukur kepada Allah SWT dll. Jika terjadi penyembelihan binatang ternak dikaitkan dengan waktu tertentu, upacara tertentu dan keyakinan tertentu maka dapat digolongkan pada hal yang bid’ah, sebagaimana yang terjadi di beberapa daerah. Apalagi jika penyembelihan itu tujuannya untuk syetan atau Tuhan selain Allah maka ini adalah jelas-jelas sebuah bentuk kemusyrikan.

Penutup

Sesuatu yang perlu diperhatikan bagi umat Islam adalah bahwa berqurban (udhiyah), qurban (taqarrub) dan berkorban (tadhiyah), ketiganya memiliki titik persamaan dan perbedaan. Qurban (taqarrub), yaitu upaya seorang muslim melakukan pendekatan diri kepada Allah dengan amal ibadah baik yang diwajibkan maupun yang disunnahkan. Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah berfirman (dalam hadits Qudsi): “Siapa yang memerangi kekasih-Ku, niscaya aku telah umumkan perang padanya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri pada-Ku (taqarrub) dengan sesuatu yang paling Aku cintai, dengan sesuatu yang aku wajibkan. Dan jika hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan yang sunnah, maka Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya dimana ia mendengar, menjadi penglihatannya dimana ia melihat, tangannya dimana ia memukul dan kakinya, dimana ia berjalan. Jika ia meminta, niscaya Aku beri dan jika ia minta perlindungan, maka Aku lindungi” (HR Bukhari).

Berqurban (udhiyah) adalah salah satu bentuk pendekatan diri kepada Allah dengan mengorbankan sebagian kecil hartanya, untuk dibelikan binatang ternak. Menyembelih binatang tersebut dengan persyaratan yang sudah ditentukan. Sedangkan berkorban (tadhiyah) mempunyai arti yang lebih luas yaitu berkorban dengan harta, jiwa, pikiran dan apa saja untuk tegaknya Islam. Dalam suasana dimana umat Islam di Indonesia sedang terkena musibah banjir, dan mereka banyak yang menjadi korban. Maka musibah ini harus menjadi pelajaran berarti bagi umat Islam. Apakah musibah ini disebabkan karena mereka menjauhi Allah SWT dan menjauhi ajaran-Nya? Yang pasti, musibah ini harus lebih mendekatkan umat Islam kepada Allah (taqqarub ilallah). Melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Dan yang tidak tertimpa musibah banjir ini dituntut untuk memberikan kepeduliannya dengan cara berkorban dan memberikan bantuan kepada mereka yang terkena musibah. Dan di antara bentuk pendekatan diri kepada Allah dan bentuk pengorbanan kita dengan melakukan qurban penyembelihan sapi dan kambing pada hari Raya ‘Idul Adha dan Hari Tasyrik. Semoga Allah menerima qurban kita dan meringankan musibah ini, dan yang lebih penting lagi menyelamatkan kita dari api neraka.
(SSC/hdn)

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/10/15868/fiqih-qurban/#ixzz1bqLYnW00

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.

Posted on Monday, October 24 @ 10:00:00 PDT Tazkirah Oleh: tazkirah

"Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.


Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com"