Friday, December 2, 2011

Dialog Allah SWT dan Malaikat tentang Orang-Orang yang Berdzikir dan Berdoa

29/10/2009 | 10 Zulqaedah 1430 H | Hits: 27.139
Oleh: Tim dakwatuna.com

 
0diggsdigg
email
Jamaah berdzikir (kabarindonesia.com)dakwatuna.com – Suatu hari, Rasulullah menyampaikan berita kepada sahabat tentang adanya malaikat yang selalu berkeliling di jalan-jalan, berkeliling di muka bumi, untuk mencari orang yang selalu berdzikir, mencari majelis-majelis yang berdzikir. Jika malaikat itu menemukan apa yang dicari, maka dia akan berseru kepada malaikat lainnya, “Kemarilah, inilah hajat kalian!”

Lalu para malaikat itu mengelilingi kaum yang sedang berdzikir tersebut, ikut duduk bersama mereka, dengan membentangkan sayap-sayap mereka sampai ke atas langit dunia. Jika orang-orang yang berdzikir tadi selesai melakukan dzikirnya, para malaikat naik ke langit. Pada saat itu Rabb bertanya kepada malaikat – dan Dia Lebih Mengetahui – :

“Apa yang dikatakan hamba-hamba-Ku?”

“Mereka bertasbih kepada-Mu, bertakbir, bertahmid, dan mengagungkan-Mu” jawab para malaikat.

“Apakah mereka melihat-Ku?” Allah SWT bertanya lagi.

Malaikat: “Tidak, demi Allah, mereka tidak melihat-Mu!”

Allah SWT: “Apa yang mereka minta?”

Malaikat: “Mereka meminta Surga kepada-Mu.”

Allah SWT: “Apakah mereka pernah melihatnya?”

Malaikat: “Tidak wahai Rabb, mereka belum pernah melihatnya!”

Allah SWT: “Lantas bagaimana jika mereka melihatnya?”

Malaikat: “Andaikan mereka melihatnya, niscaya mereka akan lebih sangat mendambakannya, lebih sangat menginginkannya, dan lebih senang kepadanya!”

Allah SWT: “Lalu dari apa mereka meminta perlindungan?”

Malaikat: “Mereka meminta perlindungan dari Neraka.”

Allah SWT: “Apakah mereka pernah melihatnya?”

Malaikat: “Tidak, demi Allah, mereka belum pernah melihatnya.”

Allah SWT: “Bagaimana seandainya mereka melihatnya?”

Malaikat: “Seandainya mereka pernah melihatnya, tentu mereka lebih menjauh daripadanya dan lebih takut daripadanya.”

Lalu Allah SWT berfirman, “Saksikanlah oleh kalian bahwa Aku telah mengampuni untuk mereka.”

Salah satu dari malaikat pun berkata, “Wahai Rabb, di tengah-tengah mereka ada seseorang yang bukan dari golongan mereka. Orang itu datang untuk suatu kepentingan (bukan untuk berdzikir)!”

Allah SWT menanggapinya, “Mereka itu adalah kelompok orang yang tidak akan celaka, siapa pun yang ikut duduk dengan mereka!” []
Maraji’: Hadits Riwayat Bukhari – Muslim. Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2009/10/4452/dialog-allah-swt-dan-malaikat-tentang-orang-orang-yang-berdzikir-dan-berdoa/#ixzz1fLSkJC4z

Generasi baru suka rasuah

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 2, 2011
Generasi baru suka rasuah
SUBANG JAYA – Agak mengejutkan, kajian dilakukan Transparensi Antara­bangsa-Malaysia (TI-M), me­nunjukkan generasi baru di Malaysia suka pada rasuah.
Timbalan Presidennya, Profesor Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, kajian ke atas 1,000 rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas menunjukkan hampir 70 peratus pelajar dan penuntut universiti sedia menerima rasuah.
 
“Saya bimbang dengan situasi ini. Mereka mengetahui ia adalah jenayah. Malah, masyarakat pun sedar mengenainya, namun yang menjadi persoalan, kecenderungan menerima rasuah tidak jadi kesalahan.
 
“Bagi mereka, rasuah adalah amalan biasa dan diperlukan dengan alasan. Ia adalah pelincir untuk memudahkan urusan seharian,” katanya di Forum Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Barometer Rasuah (CB) di Subang, semalam.
 
Menurutnya, rakyat Malaysia dan pemerintah seolah-olah memandang ringan mengenai masalah ini sedangkan kedudukan negara ini telah meningkat empat tangga pada 2011 dari 56 pada tahun lalu.
 
“Jika dibuat perbandingan de­ngan 183 buah negara, CPI Singapura di tangga kelima selepas New Zealand, Denmark, Finland dan Sweden. manakala di Asean, negara itu berada tempat pertama dengan 9.2 mata sedangkan Malaysia di tempat ketiga, dengan 4.3 mata.
 
“Kita patut mencontohi negara tersebut. Jika tidak kepercayaan kepada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhakis dan patut mengambil pengajaran daripada negara Islam seperti Syria, Pakistan, Iraq, Sudan, Nigeria dan Somalia berada di tangga ke-100 atas serta terakhir,” katanya.
 
Beliau berkata, 49 peratus masalah ini berpunca daripada kelemahan kerajaan, agensi penguat kuasa dan politik wang.
 
Malah, katanya, ‘ibu rasuah’ dilakukan ahli politik dan satu daripada sembilan menunjukkan mereka yang telah menerima rasuah terdiri daripada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
 
“Kerajaan dan pembangkang jangan asyik cakap serta beretorik sepanjang masa hendak cegah rasuah. 
 
“Mereka perlu bertindak mena-nganinya. Jika tidak kredibiliti mereka di mata rakyat akan terjejas. Malah, kerajaan yang ada sekarang, jika tidak mahu berubah, tidak mustahil akan diubah oleh rakyat,” katanya.
 
Untuk memastikan keberkesanan pencegahan, katanya, SPRM perlu bebas daripada pengaruh politik dan diletakkan di bawah Parlimen.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Thursday, November 24, 2011

Berapa bakhsis atas RM250 juta?

Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.


NOV 23 — Berapa agaknya bakhsis — komisyen — atas RM250 juta projek gembala lembu yang dianugerah kepada keluarga menteri Shahrizat Jalil?

Kalau kroni Datuk Seri Najib Razak beroleh sekitar setengah bilion dari urusan membeli kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang dari Rusia untuk pertahanan Malaysia, maka apakah tiada habuan bagi pihak yang di belakang kroni projek gembala ini?

Boleh jadi tidak ada. Oleh kerana golongan umarak yakni pemimpin-pemimpin pemerintah di negara kita sejak merdeka dilihat menjadi hantu menyedut komisyen dari setiap projek mega, maka payah untuk mencari yang mana tidak jadi mangsa hantu.

Bagi orang besar dalam sebuah masyarakat rasuah adalah ibarat anjing yang tidak makan tahi, tetapi apabila terjumpa tahu lalu dihidunya. Orang besar yang tidak rasuah dalam masyarakat rasuah ada seperti anjing yang mengidu tahi.

Amat payah bagi masyarakat Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional tidak dapat apa-apa dari sebarang projek yang dirancang.

Betapa teruknya penyakit sosial itu hingga ada pemimpin yang diberi jolok “Mr Clean” seperti yang diterima oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Sebagaimana tidak ada orang Umno lain selain dari Al-Marhum Tan Sri Syed Jaafar Albar digelar singa Umno, maka belum ada yang lain dari pemimpin kerajaan yang dinamakan “Mr Clean” selain dari Tun Lah Badawi.

Mengapa yang lain tidak diberi jolokan itu? Tentulah masing-masing tidak sesuai dengan sifat itu. Tetapi apakah dia benar-benar seperti yang disifatkan itu? Itu pun ada takwil juga.

Justeru itu telah ada tanggapan umum, setiap projek baik kecil mahu pun besar, selain dari tujuan membangunkan negara, adalah untuk berlumba-lumba mencari habuan.

Bagi projek sekecil balai raya di kampung, ada bakhsis untuk Penghulu atau Pengerusi JKKK, sesuai dengan pimpinannya di desanya. Dan bagi yang sebesar menteri pula, sesuai pula baginya dengan projek mega.

Maka setiap projek mega itu selain dari tujuan membangunkan negara, adalah satu kesemepatan masing-masing untuk membuncitkan perut.

Itulah anggapan umum kepada pimpinan masyarakat rasuah baik di barat mahu pun di timur.
Maka dalam suasana itulah masyarakat melihat usaha membangunkan menggembala lembu feedlot yang pengedaliannya diberi kepada suami dan anak-anak Menteri Shahrizat Jalil.

Setiap pemberian projek baik mengikut peraturan mahu pun tidak mengikut peraturan akan tetap ditanya. Itulah sifat manusia yang hidup. Dalam pengurusan yang mahukan pertanggungjawaban atau akauntebiliti, setiap pertanyaan itu adalah audit bagi memestikan semuanya mengikut peraturan. Yang lurus ditanya dan yang bengkok pun ditanya.

Apa lagilah sesuatu yang melibatkan isteri menteri dan suami menteri. Lagi cepatlah ia ditanya.

Itulah sebabkan urusan gembala lembu melibatkan 250 juta wang negara dan wang rakyat ditanya oleh Ketua Audit Negara. Setiap yang ditegur oleh Laporan Audit Negara adalah penting dan patut. Maka wajarlah orang ramai bertanya tentang yang ditanya oleh Ketua Audit Negara itu.
Apa lagilah yang ditanya itu adalah melibat suami dan anak-anak menteri, masing-masing bukan pula ahli di bidang itu.

Orang percaya mesti ada rundingan antara suami menteri dengan pihak yang meluluskan pemberian projek termasuklah jumlah duit yang terlibat.

Dalam Laporan Audit itu juga ada menyebut adanya teropong dibeli mahal dari harga pasaran dan begitu juga komputer murah dibeli mahal. Maka bukan mustahil belanja beli lembu jadi begitu juga.
Anggapan umum kepada kerajaan BN, antara nilai sesebuah projek ada peruntukan menghadapi pilihan raya, untuk pentadbiran parti, urusan orang tengah dan untuk orang itu dan orang ini. Oleh kerana menteri-menteri adalah alim kucing, habuan mereka juga ada. Kadang-kadang habuannya itu dikatakan untuk parti dan untuk pilihan raya.

Bukan mustahil duit suku bilion bagi bagi projek gembala itu termasuk untuk PRU 13 dan juga untuk dikongsi dengan semua hantu-hantu tertentu.

Kalau bakhsis itu diandaikan 10 peratus, maka senang ia dapat 25 juta.

Inilah yang dirunsingkan oleh Bung Mokhtar, MP BN Kinabatangan. Katanya, ia menyusahkan Umno untuk menjawabnya. Padanya, Shahrizat mesti meletak jawatan.

Bung Mokhtar bukan malaikat dalam Umno, tetapi kes gembala lembu itu sudah terbongkar dan payah ditutup.

Kalau beli kapalselam dan jet pejuang Rusia adalah skendal Najib, maka urusan gembala ini adalah masalah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum kemeneriannya diserah kepada Noh Omar.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/berapa-bakhsis-atas-rm250-juta/
 


Tuesday, November 22, 2011

Ujub Dikala Ada Prestasi

21/11/2011 | 24 Zulhijjah 1432 H | Hits: 631
Oleh: Insan Konayuki
 
0diggsdigg
email

dakwatuna.com - Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq menasihati panglima Khalid bin Walid justru telah menang perang gilang gemilang di Irak, “Semoga Allah mengaruniakan kepadamu kelurusan niat dan kedudukan yang tinggi. Sempurnakanlah amalmu, maka Allah akan menyempurnakanmu. Janganlah kamu terkena penyakit ujub, karena hal itu akan membuatmu merugi dan terhina. Jauhilah olehmu sifat unjuk dan pamer atas suatu perbuatan, karena sesungguhnya hanya Allah-lah sang Pemberi anugerah dan kemuliaan, Dialah yang maha Pembalas…(Tarikh al-Tabri, dari buku Hambatan-hambatan dakwah, dikutip dari buku new Quantum Tarbiyah)
Subhanallah, Allah masih memberikan pelajaran-pelajaran yang luar biasa dari orang-orang yang luar biasa seperti Khalifah Abu Bakar dan Khalid bin Walid dalam riwayat di atas. Sungguh ini tidak berlaku pada Khalid bin Walid saja yang baru saja menang dalam pertempuran di Iraq tapi, untuk kita semua para generasi selanjutnya dalam estafet perjuangan dakwah Islam ini. Sebenarnya ada beberapa pelajaran yang dapat kita ambil dari riwayat ini. Dan ini menurut saya ya…, kalau mau ditambahin silakan saja.. saya ndak marah kok..

Pelajaran pertama: Abu Bakar sebagai Khalifah memerankan perannya sebagai the real khalifah.. menasihati bawahannya untuk berlaku zuhud dan tidak berlebihan dalam euphoria kemenangan yang sesungguhnya ini adalah kemenangan yang diberikan Allah. Dan ini adalah tindakan yang luar biasa..

Pelajaran kedua: Abu Bakar ‘mendoakan’ Khalid bin Walid agar senantiasa Allah mengaruniakan kelurusan niat dan kedudukan tinggi kepada Khalid bin Walid. Kelurusan niat dalam beramal dan berdakwah adalah syarat mutlak untuk diperbuat terlebih dahulu. Karena amal tanpa niat yang ikhlas hanyalah seperti mangkuk telungkup yang diisi air. Mangkuk itu tak akan pernah terisi air. dalam kata lain perbuatan yang sia-sia, tidak ada pahalanya…ketika kita sudah memiliki niat yang ikhlas dalam “Menolong” agama Allah, maka yang kemudian terjadi adalah kedudukan tinggi pun akan diberikan oleh Allah. Seperti yang Allah firmankan dalam QS. Muhammad: 7
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Allah akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu.”

Pelajaran ketiga: kata-kata “Sempurnakanlah amalmu, maka Allah akan menyempurnakanmu. Janganlah kamu terkena penyakit ujub, karena hal itu akan membuatmu merugi dan terhina” yah.. dengan menyempurnakan amal maka Allah akan menyempurnakannya. Menyempurnakan amal dalam segala amal adalah sebuah keharusan. Karena sempurna itu indah dan Allah menyukai keindahan. Semisal ketika shalat, rukun-rukunnya dilakukan dengan sempurna, dari awal sampai akhir dan juga khusyu’ dalam shalat adalah penyempurna amal shalat. Begitu juga dengan amal-amal lain. Ketika semua amal itu dikerjakan dengan sungguh-sungguh termasuk hal-hal yang mendukung kesempurnaan amal tersebut maka Allah akan menyempurnakannya.

Pelajaran keempat: “sesungguhnya hanya Allah-lah sang Pemberi anugerah dan kemuliaan” hanya Allah lah saja pemberi kemenangan. Jadi kalau mau menang dan mulia, maka mintanya kepada Allah bukan kepada yang lain. Semisal pada saat pilkada, sebuah partai ingin menang tentunya dengan ikhtiar harus diiringi dengan kedekatan dan minta ampun dan kemenangan kepada Allah agar diberikan keadilan dalam prosesnya dan Kesejahteraan sesudahnya, tentunya kemenangan telah diraih . Allah pemilik segala kemenangan dan pemilik takdir, maka mintalah takdir yang baik kepada Allah menurut Allah tentunya. Karena baik menurut kita belum tentu baik menurut Allah, and otherwise… ketika kalah jangan berkecil hati dan marah, coba cek, apakah ada kekurangan dalam ikhtiar atau bahkan kita belum dekat kepada Allah, kurang doa kepada Allah, amalan yaumi kita kurang dan belum sempurna. Cek diri dulu itu inspirasinya. Dan mungkin belum waktunya. Bukan menang atau kalah yang jadi persoalan, yang menjadi persoalan adalah sejauh mana kesandaran kita kepada Allah ketika menang ataupun kalah.

Pelajaran kelima: seorang diri Khalid bin Walid yang tidak marah ketika diberi nasihat seperti itu, dan menerima nasihat itu dengan lapang dada, dan dijadikannya sebagai tadzkirah (peringatan). Di sini terlihat bahwa Khalid bin Walid yang patuh kepada qawamnya. Dan nasihat ini menjadikan daya dorong lagi dari seorang Khalid dalam beramal setelahnya. Akan selalu meluruskan niat, menyempurnakan amal, dan tidak bersikap ujub, serta menyerahkan semuanya kepada Allah karena Allah lah yang tahu kapan kemenangan itu akan diberikan..

Yah.. semoga kelima pelajaran ini dapat kita pelajari. Sehingga kita menjadi muslim yang penuh keoptimisan dalam beramal. Tak ragu sedikitpun. Berani berjuang. Karena Allah maha Melihat apa-apa yang kita kerjakan. Dan Allah juga Sang Maha Pembalas terhadap amal-amal yang perbuat di dunia ini.

Dan semoga Allah mengaruniakan kita kelurusan niat dan kedudukan tinggi..  Seperti doanya Khalifah Abu Bakar kepada Khalid bin Walid. Insya Allah..
Wallahu’alam

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/11/16185/ujub-dikala-ada-prestasi/#ixzz1ePmoOTBk

First Night in my Grave

بسم الله الرحمن الرحيم
 
First Night in my Grave
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, November 20, 2011

Kurikulum Kehidupan dalam Universitas Ibrahim AS

20/11/2011 | 23 Zulhijjah 1432 H | Hits: 43
dakwatuna.com - Memasuki bulan Dzulhijah ini, kita tentu akan diingatkan tentang suatu sejarah. Sejarah yang menghasilkan ilmu dan amal yang tak kan punah.  Ialah ilmu dari Nabi Ibrahim as, sebagai Universitas sejarah. Berikut adalah kurikulum dalam Universitas Ibrahim as.

Peranan Pemuda Dalam Perubahan Menuju Kebaikan

Kita tentu ingat dengan kisah Ibrahim yang menghancurkan  berhala-berhala kebanggaan kaum dari raja Namrud, seperti dikisahkan dalam surat Al Anbiya(21) ayat 58-60 berikut ini:

“Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. Mereka berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zhalim.” Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.”

Nabi Ibrahim menghancurkan berhala dan berdakwah dengan 
totalitas dan pengorbanan yang tinggi ketika beliau masih muda. Inilah kurikulum pertama dari Universitas Ibrahim as, peran pemuda dalam mengubah kondisi suatu masyarakat. Pemuda yang berjuang dengan seluruh potensi yang ada, dan keberanian yang nyata. Pemuda yang  mengubah kondisi masyarakat jahiliyah menjadi masyarakat modern yang tersinari cahaya agama.

Berkorban,  Sebagai Bentuk Keimanan

Kurikulum yang kedua, adalah pengorbanan.  Kita tentu ingat tentang kisah Nabi Ibrahim as yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya, Ismail as, sebagai bentuk pengorbanan kepada Allah swt. Sebagaimana dalam surat Ash Shafat ayat 102 berikut ini:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.”

Inilah salah satu bentuk keimanan yang tinggi kepada Allah swt, berupa pengorbanan dalam menjalankan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Tidak hanya sekali itu, bahkan semasa dalam kandungan dan masih kecil pun, Ibrahim as telah berkorban dengan meninggalkan Hajar, istrinya, di lembah yang tandus tanpa pepohonan. Seperti dalam surat Ibrahim ayat 37:

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Pelajaran yang indah bukan? Bagaimana Ibrahim meninggalkan kesenangan dan kecintaan terhadap keluarga dan dunianya, hanya untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Maka, tinggalkanlah duniamu sementara ketika engkau mendapat panggilan adzan, ketika engkau mendapat panggilan qurban dan bersegeralah menuju panggilan Allah swt.

Ibrahim Dan Keluarga, Teladan Terbaik

Kurikulum ketiga, adalah tentang keluarga terbaik sepanjang masa. Seperti pada surat Al Mumtahanah ayat 4 berikut ini.
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia;”
  1. Ibrahim, ayah yang jujur
  2. Ismail, anak yang taat
  3. Siti Hajar, ibu yang sabar
Seperti di firmankan dalam surat 37 ayat 102, Ibrahim adalah seorang ayah yang jujur. Ketika beliau mendapat mimpi untuk menyembelih Ismail as, bisa saja ia berbohong dan mengabaikan mimpinya itu, karena tidak ada yang tahu selain Ibrahim sendiri. Namun, dengan keimanan dan kejujurannya, beliau mengabarkan hal tersebut kepada Ismail as dan keluarganya.

Ismail AS, seorang anak yang taat. Begitu mendengar mimpi Ibrahim as, Ismail berkata, ”Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

Siti Hajar, ibu yang sabar. Bayangkan, Ismail adalah anak satu-satunya dan sangat disayang oleh Siti Hajar, namun, ketika mendengar perintah Allah untuk menyembelih Ismail as, Siti hajar bersabar. Inilah potret keluarga yang luar biasa. Inilah hasil tarbiyah dalam Islam. Keluarga yang terbaik.

Kita bisa mengambil pelajaran dari keluarga Ibrahim, keimanan, ketaatan, kesabaran, tidak lahir begitu saja, tapi hasil dari proses pembinaan yang panjang yang dilakukan oleh seluruh personel keluarga.

Berjuang Tidak Dengan Sisa-Sisa

Kurikulum keempat adalah tentang perjuangan yang total. Dengan seluruh jiwa dan hartanya, dalam mendapatkan jannah(surga), dalam melaksanakan perintah, dalam setiap ibadah kepada Allah swt.  Seperti firman Allah berikut ini, dalam surat At Taubah ayat 111:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

Dengan seluruh jiwa, bukan sebagian, bukan hanya dengan tangan, kaki, mulut atau sebagian organ tubuh, tapi seluruh tubuh dan jiwa.
Dengan Harta-hartanya, bukan sebagian atau hanya recehnya saja.
Padahal, musuh-musuh Islam sangat total dalam menghancurkan umat Islam, mereka mampu membeli media, tentunya dengan harta. Mereka mampu menguasai industri, pendidikan, pemerintahan, tentunya dengan harta yang tidak sedikit. Mereka saja berkorban dengan total, tapi kenapa banyak umat Islam yang santai, dan kalah dalam totalitas dakwahnya dibandingkan dakwah pelaku kemaksiatan.

Ibrahim, mengajarkan totalitas dalam dakwahnya, dengan seluruh potensi diri dan hartanya, beliau berdakwah kepada kaumnya, termasuk kepada ayahnya bukan dengan tenaga sisa atau harta sisa.

Wajib Merealisasikan Takwa

Ibrahim as mampu merealisasikan ketakwaannya kepada Allah swt dalam bentuk perbuatan, dalam amal kebaikan, dalam dakwahnya yang menyejarah. Itulah kurikulum kelima dalam Universitas ini.
Takwa, tidak hanya dalam bentuk ibadah, tapi juga dakwah dan tarbiyah yang menyeluruh, kepada keluarga dan masyarakat.
Inilah salah satu realisasi takwa, amal kebaikan individu yang konsisten dan amal kebaikan sosial yang menyebar kepada seluruh objek dakwah.

Ibrahim Pemimpin Umat

Kurikulum keenam dalam Universitas ini adalah, pemimpin umat.  Dengan dakwahnya yang totalitas, beliau menjadi imam untuk seluruh umat, bahkan Rasulullah saw diperintahkan untuk mengikuti agama Ibrahim yang lurus.

Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), (lagi) yang mensyukuri ni’mat-ni’mat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus.”

Wallahu ‘alam

* Dikutip dalam kajian bulanan tafsir tematik oleh DR. Ahjami  Sami’un Jazuli, Kamis (3 November 2011)

Hendaklah Tuhan berada di setiap tabir ilmu

Oleh : DR. MOHD ASRI
Tarikh : November 18, 2011
Hendaklah tuhan berada di setiap tabir ilmu
Alangkah baiknya jika kita memiliki bandar seperti Oxford. Sebuah bandar yang penuh dengan pusat-pusat pengajian. Hampir setiap manusia yang bergerak di bandar ini ada kaitan dengan pengajian. Pelbagai tajuk yang pelik dan aneh dikaji. BBC Oxford juga ada kelainannya. Isu-isu yang dibincangkan sesuai dengan taraf keilmuan di bandar ini.

Seminar itu dan ini begitu banyak dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Hampir semuanya percuma. Mereka biasanya tidak memperuntukkan tempat yang canggih dan anggun untuk berseminar. Cukup dengan satu ruang dalam perpustakaan ataupun selainnya yang boleh memuatkan beberapa puluh orang. Kebanyakannya tiada pembesar suara. Hanya kerusi, meja dan pembicara. Sebahagian seminar hanya beberapa belas orang. Ia tetap berlangsung penuh diskusi pengetahuan. Saya sendiri cuba hadir dalam banyak seminar setiap minggu, sama ada yang ada kaitan secara langsung atau tidak dengan bidang saya. Beberapa seminar di School of Anthropology umpamanya memberikan saya pengetahuan baru di luar bidang. Semalam di Muslim-Christian Studies, ada pembentangan oleh Martin Whittingham seorang Kristian dengan tajuk: Ezra as the Corrupter of the Old Testament Text? Ibn Hazm and the Long History of an idea. Seorang Kristian yang memperkatakan tentang idea al-Imam Ibn Hazm. Ya, banyak boleh dimanfaatkan jika kita ingin cari pengetahuan di sini. Jika kita buru pengetahuan memang hidup akan sibuk. Sehingga saya kadangkala terfikir untuk berhenti menulis setiap minggu yang sentiasa menekan waktu saya sejak hampir lima tahun lalu. Dahulu ketika di Mingguan Malaysia, deadline saya pada hari Sabtu amat mendesak. Sekarang di Sinar Harian deadline saya pada hari Khamis untuk edisi Jumaat. Waktu Malaysia pula awal 8 jam dari UK. Namun, oleh kerana tulisan menghubungkan saya dengan ramai manusia, di akhbar dan internet maka saya teruskan. Dengan harapan ada kebaikan mendatangkan pahala di sebalik setiap artikel yang dikeluarkan.

 ILMU UNTUK APA?

Di sebalik kesibukan manusia memburu ilmu di bandar seperti Cambridge dan Oxford ini, saya tertanya ke manakah ilmu pengetahuan yang penuh sarat ini akan membawa manusia. Apakah tujuan ilmu? Apakah ilmu untuk ilmu, atau ilmu hanya jambatan kepada satu tujuan lain yang lebih murni. Apakah cukup seorang insan memegang gelaran ilmu kemudian hidup dalam lingkungan sendiri tanpa menjadikan pengetahuannya memberikan sumbangan kepada pembangunan insan? Lebih buruk lagi, apabila apa yang dianggap ‘ilmu’ itu menyumbang kepada kemusnahan kehidupan manusia.

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya teringat hari pertama sampai di bilik penginapan, saya bertanya arah kiblat kepada jiran bilik saya yang juga seorang ilmuwan Muslim. Beliau berkata tidak tahu. Saya terdiam dan berfikir apakah peranan ilmu dalam kehidupan seorang individu Muslim? Apakah makna bagi sebuah perbahasan agama yang kononnya mencapai ketinggian falsafah sehingga ke langit tinggi jika pembahasnya gagal untuk meletakkan dahi ke bumi untuk sujud kepada TUHAN MAHA TINGGI? Ilmu itu ada roh dan tuntutannya.

Kita tidak menafikan betapa malunya dunia Islam yang ketinggalan dalam pembangunan ilmu. Sedangkan dahulu, dunia Islam telah ke hadapan dalam hal ini. Museum History Science di Oxford - bersebelahan tempat tinggal saya ini, mengiktiraf sumbangan dunia Islam terhadap perkembangan sains dan mengakui Barat mengambil manfaat daripada kaum Muslimin. Barat yang pada mulanya mengambil ilmu dari dunia Muslim lalu mengembangkannya sehingga mereka maju ke hadapan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kita pula ketinggalan, bahkan ramai hidup dalam kejumudan. Ada memusuhi ilmu pengetahuan dengan menganggap pengajian selain ilmu-ilmu langsung berkaitan agama hanyalah sia-sia. Bahkan ada yang melarang menuntut ilmu dengan orang kafir atau di ‘negara kafir’. Golongan literalist ini melupai bahawa sebahagian kemudahan beragama adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang. Perkara asas dalam kehidupan seperti jam untuk solat, kompas untuk arah kiblat, kenderaan untuk ke Mekah, pembesar suara, mesin cetak, internet dan pelbagai lagi yang membolehkan Islam tersebar adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang yang secara zahirnya tidak kelihatan berkaitan agama. Namun, ramai manusia kembali kepada TUHAN hasil perantaraan ilmu dari bidang yang lain.

Permasalahan utama penuntut ilmu di Barat ataupun Timur adalah mereka gagal menghubungkan ilmu pengetahuan dengan TUHAN SEMESTA ALAM. Apabila mereka terlupa, ataupun syaitan melupakan mereka segala falsafah dan penemuan dalam pembukaan ilmu hanyalah usaha menemui rahsia ciptaan TUHAN di alam maya ini. Umpamanya, kehairanan saintis tentang ‘Black Holes’ yang akan menelan kehidupan maya pada ini, tidak dapat dirungkaikan tanpa menyelak lembaran-lembaran tentang kiamat dan kehidupan baru selepas kemusnahan alam.

Islam tidak pernah memusuhi ilmu. Walaupun ada pandangan-pandangan jumud seperti konservatif agama dahulu di Indonesia dan Malaya yang menentang Kiyai Ahmad Dahlan dan ‘Kaum Muda’, atau golongan literalist hari ini yang menentang pengajian falsafah, namun sejarah umat Islam tidaklah seburuk Kristian yang membakar hidup ribuan ilmuwan dalam rekod sejarah mereka. Dalam dunia Islam, walaupun ada kezaliman disebabkan aliran mazhab dan school of thought yang berbeza, tetapi ruang ilmu tetap luas. Al-Ghazali, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyyah dan selain mereka yang berbahas tentang falsafah Greek dan Yunan secara pro dan kontra, kesemua mereka mendalami ilmu tersebut secara masak dan dalam. Mereka bukan terus mengharamkan tanpa berkenalan. Dalam apa sahaja bidang, tidak sama orang yang mengetahui dengan tidak mengetahui: (maksudnya) “Katakanlah: apakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?”. (al-Zumar: 9)

TUNTUTAN ILMU

Apa yang Islam tuntut agar ilmu sentiasa dikaitkan dengan kebesaran ALLAH, TUHAN PENCIPTA ALAM. ALLAH itu di sebalik segala ilmu pengetahuan. Apa yang manusia temui hanya cebisan daripada penciptaan alam yang maha luas. Sama ada penemuan dalam bentuk kebendaan ataupun pemikiran dan falsafah kehidupan, semuanya hanyalah debu daripada ilmu TUHAN yang tiada tepiannya. Inilah yang ALLAH nyatakan: (maksudnya) “Tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit” (al-Isra: 85). Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia menghasilkan pelbagai kemajuan yang mengagumkan. Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berbangga dan menzalimi antara satu sama lain. Namun, dengan ilmu yang sedikit itulah satu-satunya jalan untuk manusia mengenali TUHAN dan tunduk kepada-NYA. Justeru, ALLAH mengajar manusia sejak awal penurunan wahyu agar ilmu pengetahuan dibaca dengan nama-NYA YANG MAHA PEMURAH yang mengurniakan ilmu kepada insan. Firman ALLAH: (maksudnya) “Bacalah dengan nama TUHAN mu Yang Menciptakan (segalanya). DIA menciptakan insan dari ‘alaq. Bacalah, dan TUHAN mu YANG MAHA PEMURAH. Yang mengajar dengan pena. DIA mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya” (al-‘Alaq :1-5).

Demikian sejak hari awal penurunan wahyu kepada Nabi SAW, asas ini telah dipasak. TUHAN itu berada di setiap tabir ilmu. Kesimpulan seorang pengkaji ilmu akan kembali kepada kebesaran TUHAN. Apa sahaja ilmu yang dikaji, TUHAN jua akan ditemuinya. Jika berjaya atau gagal, dia hanya berjaya atau gagal membongkar rahsia ciptaan TUHAN. Namun dia tetap akur, segala ilmu hakiki berada di sisi TUHAN. Apa yang ditemui, hanya debuan dari kebesaran-NYA. Maka ilmu akan membawa insan mengenali ILAHI. Mengenali TUHAN menerusi ilmu membawa kepada cinta hakiki.

Ilmuwan berpaksikan TUHAN sentiasa akan menyimpulkan jawapan akhir bagi segala pencarian iaitu “Hanyalah ALLAH Yang Mengetahui hakikat setiap perkara”. Apa yang manusia bahas dan bincangkan hanyalah zahir ilmu, batinnya tetap dalam pengetahuan TUHAN. Benar dan salah, hanya tafsiran dan takwilan fakta dan nas; hakikatnya TUHAN jua yang mengetahui.

Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui TUHAN di setiap penjuru ilmu. Firman ALLAH: (maksudnya) “Tidakkah engkau melihat bahawa ALLAH menurunkan hujan dari langit, lalu KAMI keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan ALLAH dari kalangan hamba-hamba-NYA hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA, LAGI MAHA PENGAMPUN” (Fatir: 27-28).

Ayat ini sering dijadikan dalil, golongan ulama paling takutkan ALLAH. Lalu, ditonjol ulama berserban, berjubah, ahli fekah, lebai atau ustaz sebagai golongan yang takutkan ALLAH. Namun, jika kita perhatikan ayat ini ia bicara tentang mereka yang memerhati kejadian alam dengan segala keajaiban, selepas itulah diikuti dengan penegasan ‘yang takutkan ALLAH dari kalangan hamba-hamba-NYA hanyalah orang-orang berilmu (ulama)’. Jika berserban dan jubah tanpa meneroka rahsia alam, atau menelaah penemuan keajaiban ciptaan TUHAN tidak akan menimbulkan rasa kegerunan. Maka, tidak salah untuk kita katakan saintis itulah paling dimaksudkan mereka yang takutkan ALLAH. Saintis itulah ulama dalam konteks ayat ini. Sesiapa mengkaji alam dalam segala bidang kebendaan dan pemikiran, merekalah ulama bidang mereka. Adapun yang daftarkan diri dalam persatuan ulama, atau badan ulama belum tentu terangkum dalam ayat ini.

Apa pun, dalam apa pengetahuan perasaan itu tidak akan hadir, jika ilmu dibaca secara berasingan daripada nama TUHAN. Hendaklah TUHAN berada di setiap tabir ilmu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami