Thursday, February 16, 2012

Bagaimana Kita Melihat ?

Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang ada mata tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar, ada mulut tetapi tidak boleh berkata-kata. Ada tangan tetapi tidak ada keupayaan. Pernah satu ketika saya terserempak dengan seorang anak muda yang kacak dan wanita yang jelita, tetapi apabila disapa dia senyum, rupa-rupanya dia bisu. 


Ini menandakan Allah bukan sekadar mencipta mata, telinga, mulut atau tangan. Tetapi Allah juga menyediakan penglihatan, pendengaran, suara dan keupayaan. Allah sebagai tuan punya dan penyedia ke atas segala keperluan makhluknya. Kita dan seluruh makhluk memerlukan Allah dan bergantung kepadanya.

Allah bukan sahaja menyediakan keperluan manusia, bahkan segala keperluan makhluknya. Segala rezeki ataupun nikmat adalah daripada Allah. Manusia ataupun mahkluk lain adalah ayat atau alatnya bagi menyampaikan rezeki berkenaan. Inilah yang sering kita akui dan sebut setiap pagi dan petang; ”Ya Tuhan, nikmat apa pun yang aku peroleh dan diperolehi adalah daripada mu, Yang Esa Tidak Bersekutu, maka  bagimu segala puji dan penghargaan”

”Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (As Sajadah: 9)

Mana lebih penting, yang membolehkan kita makan ataupun makanan ? Ya, yang membolehkan kita makan minum lebih penting daripada makanan dan minuman, kita tidak perlu makan dan minum setiap masa, tetapi tidak ada masa dan saat yang kita tidak perlukan Allah. Kita perlukan Allah setiap saat. Bukan sekadar membolehkan kita makan dan minum, mendengar, melihat, bekerja, malah membolehkan kita hidup dan seluruh alam ini wujud. Allah penting dalam kehidupan kita. Sesuatu yang penting tidak wujud tanpa Yang Maha Penting iaitu Allah.

"Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu; dan tumbuh-tumbuhan Yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya." (Ar Rahman : 4- 6)

”Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)? Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang; (Ar Rahman : 13-15)

Setiap bulan bermacam-macam bil tuntutan yang kita terima. Bil letrik, bil air, bil telepon, bil celcom, bil tmnet, bil astro dan macam-macam lagi. Belum lagi bil tuntutan incometax, atau saman trafic, bil pinjaman PTPTPN. Tetapi pernah kita terfikir, jika Allah kemukakan bil tuntutan setiap bulan, agaknya berapakah kos atau jumlah tuntutan yang akan kita bayar.

Bayangkanlah, berapa tong agaknya gas oksigen  yang kita sedut setiap hari, berapa banyak air minuman yang kita telan dan minum serta buat mandi dan membasuh. Belum lagi kira berapa harga mata, hidung, telinga dan nyawa yang kita pakai untuk hidup. Wallah hualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tetapi begitulah hakikatnya manusia ini, apabila dia dapat sesuatu secara percuma, dia tak pernah berfikir siapa agaknya yang memberi itu semua.

Satu ketika ada seorang warga emas yang sudah berusia lebih 70 tahun, tiba-tiba dimasukkan ke hospital swasta untuk pembedahan batu karang di pundi-pundi kencingnya. Setelah pembedahan selesai, maka orang tua itu rasa lega dan tersenyum. Sehari kemudian, setelah sihat, dia didatangi jururawat membawa sekeping bil tuntutan pembedahan itu. Orang tua itu menangis kesedihan. Jururawat itu memujuk orang tua itu supaya tidak perlu runsing, kerana pihak hospital boleh bertolak ansur dengan kaedah pembayaran secara ansuran. Apa yang yang dijawab oleh orang tua itu.

”Saya bukan susah hati kerana bil tuntutan ini, saya mampu menjelaskannya, tetapi yang saya sedih setelah hampir 70 tahun saya boleh buang air kecil dengan mudah, tetapi Allah tak pernah kenakan apa-apa  tuntutan, inilah yang menyentuh perasaan saya.”

Inilah secebis kisah yang boleh kita renung fikir. Terlalu banyak nikmat yang kita perolehi dan gunakan di atas bumi milik Allah ini, tetapi adakah kita tahu bersyukur dan berterima kasih dengan sifat Maha Pengasih Lagi Maha Penyayangnya Allah.

Suatu ketika seorang budak menangis melihat unggun api dibakar. Lalu Khalifah Harun Ar Rasyid bertanya budak itu mengapa dia menangis. Katanya dia takut melihat api yang menyala itu kerana yang menyalakan api itu ialah ranting atau dahan kayu yang kecil dahulu barulah kayu yang besar dibakar kemudian. Dia bimbang di akhirat kelak, anak-anak kecil yang akan menjadi bahan bakaran terlebih dahulu, sebelum orang dewasa. Mendengar jawapan itu Khalifah Harun Ar Rashid turut menangis.

Bukan soal apa yang kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya!!!

Wednesday, February 8, 2012

Taubat Sejati



Hidup tak ubahnya seperti menelusuri jalan setapak yang becek di tepian sungai nan jernih. Kadang orang tak sadar kalau lumpur yang melekat di kaki, tangan, badan, dan mungkin kepala bisa dibersihkan dengan air sungai tersebut. Boleh jadi, kesadaran itu sengaja ditunda hingga tujuan tercapai.
Tak ada manusia yang bersih dari salah dan dosa. Selalu saja ada debu-debu lalai yang melekat. Sedemikian lembutnya, terlekatnya debu kerap berlarut-larut tanpa terasa. Di luar dugaan, debu sudah berubah menjadi kotoran pekat yang menutup hampir seluruh tubuh.

Itulah keadaan yang kerap melekat pada diri manusia. Diamnya seorang manusia saja bisa memunculkan salah dan dosa. Terlebih ketika peran sudah merambah banyak sisi: keluarga, masyarakat, tempat kerja, organisasi, dan pergaulan sesama teman. Setidaknya, akan ada gesekan atau kekeliruan yang mungkin teranggap kecil, tapi berdampak besar.

Belum lagi ketika kekeliruan tidak lagi bersinggungan secara horisontal atau sesama manusia. Melainkan sudah mulai menyentuh pada kebijakan dan keadilan Allah swt. Kekeliruan jenis ini mungkin saja tercetus tanpa sadar, terkesan ringan tanpa dosa; padahal punya delik besar di sisi Allah swt.

Rasulullah saw. pernah menyampaikan nasihat tersebut melalui Abu Hurairah r.a. “Segeralah melalukan amal saleh. Akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang sangat gulita. Ketika itu, seorang beriman di pagi hari, tiba-tiba kafir di sore hari. Beriman di sore hari, tiba-tiba kafir di pagi hari. Mereka menukar agama karena sedikit keuntungan dunia.” (HR. Muslim)

Saatnyalah seseorang merenungi diri untuk senantiasa minta ampunan Allah swt. Menyadari bahwa siapa pun yang bernama manusia punya kelemahan, kekhilafan. Dan istighfar atau permohonan ampunan bukan sesuatu yang musiman dan jarang-jarang. Harus terbangun taubat yang sungguh-sungguh.

Secara bahasa, taubat berarti kembali. Kembali kepada kebenaran yang dilegalkan Allah swt. dan diajarkan Rasulullah saw. Taubat merupakan upaya seorang hamba menyesali dan meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan selama ini.

Rasulullah saw. pernah ditanya seorang sahabat, “Apakah penyesalan itu taubat?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” (HR. Ibnu Majah) Amr bin Ala pernah mengatakan, “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu mencintainya.”

Taubat dari segala kesalahan tidak membuat seorang manusia terhina di hadapan Tuhannya. Justru, akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya. Karena Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al-Baqarah: 222)

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara. Pintu taubat selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat.”

Karena itu, merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampaui batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka. Dan sungguh, Allah akan mengampuni dosa-dosa semuanya karena Dialah yang Maha Pengampun lagi Penyayang.

Orang yang mengulur-ulur saatnya bertaubat tergolong sebagai Al-Musawwif. Orang model ini selalu mengatakan, “Besok saya akan taubat.” Ibnu Abas r.a. meriwayatkan, berkata Nabi saw. “Binasalah orang-orang yang melambat-lambatkan taubat (musawwifuun).” Dalam surat Al-Hujurat ayat 21, Allah swt. berfirman, “Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.“

Abu Bakar pernah mendengar ucapan Rasulullah saw., “Iblis berkata, aku hancurkan manusia dengan dosa-dosa dan dengan bermacam-macam perbuatan durhaka. Sementara mereka menghancurkan aku dengan Laa ilaaha illaahu dan istighfar. Tatkala aku mengetahui yang demikian itu aku hancurkan mereka dengan hawa nafsu, dan mereka mengira dirinya berpetunjuk.”

Namun, taubat seorang hamba Allah tidak cuma sekadar taubat. Bukan taubat kambuhan yang sangat bergantung pada cuaca hidup. Pagi taubat, sore maksiat. Sore taubat, pagi maksiat. Sedikit rezeki langsung taubat. Banyak rezeki kembali maksiat.

Taubat yang selayaknya dilakukan seorang hamba Allah yang ikhlas adalah dengan taubat yang tidak setengah-setengah. Benar-benar sebagai taubat nasuha, atau taubat yang sungguh-sungguh.

Karena itu, ada syarat buat taubat nasuha. Antara lain, segera meninggalkan dosa dan maksiat, menyesali dengan penuh kesadaran segala dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bertekad untuk tidak akan mengulangi dosa.

Selain itu, para ulama menambahkan syarat lain. Selain bersih dari kebiasaan dosa, orang yang bertaubat mesti mengembalikan hak-hak orang yang pernah dizalimi. Ia juga bersegera menunaikan semua kewajiban-kewajibannya terhadap Allah swt. Bahkan, membersihkan segala lemak dan daging yang tumbuh di dalam dirinya dari barang yang haram dengan senantiasa melakukan ibadah dan mujahadah.

Hanya Alahlah yang tahu, apakah benar seseorang telah taubat dengan sungguh-sungguh. Manusia hanya bisa melihat dan merasakan dampak dari orang-orang yang taubat. Benarkah ia sudah meminta maaf, mengembalikan hak-hak orang yang pernah terzalimi, membangun kehidupan baru yang Islami, dan hal-hal baik lain. Atau, taubat hanya hiasan bibir yang terucap tanpa beban.

Hidup memang seperti menelusuri jalan setapak yang berlumpur dan licin. Segeralah mencuci kaki ketika kotoran mulai melekat. Agar risiko jatuh berpeluang kecil. Dan berhati-hatilah, karena tak selamanya jalan mendatar

Monday, February 6, 2012

Rahsia Sebelum Membeli Handphone, Anda Wajib….

Posted on Friday, February 03 @ 12:20:43 PST
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Info Semasa
Oleh: laniismaa

"RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !BERHATI2 SEMASA BELI HP…
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

… Contoh : 358671017470473
… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

IMEI

Cuba semak IMEI handphone anda sekarang!! Info dari kawan :AwangLilin
EkELEH.COM"

Friday, February 3, 2012

Sirah nabi jadi iktibar hidup


Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

MEMPELAJARI serta menghayati sejarah adalah perkara yang cukup penting bagi kita tidak kira sama ada sejarah peribadi individu ulung, bangsa, kelompok masyarakat serta peradaban manusia.

Pengajaran yang diambil bukan hanya sekadar mengetahui mengenai perjalanan atau riwayat hidup manusia namun paling penting ialah mengambil panduan, iktibar dan pengajaran daripada perjalanan hidup generasi terdahulu.

Menyelidiki sejarah boleh membuatkan seseorang itu berubah menjadi lebih cemerlang dan positif. Malah ia dapat mendidik manusia supaya tidak sombong sekiranya dapat mengecapi nikmat kejayaan kerana mereka tahu ada yang lebih baik daripadanya.

Begitu juga jika ditimpa derita atau musibah mereka dapat menghadapinya kerana memikirkan pasti ada golongan manusia yang lebih malang daripada mereka sebelum ini.

Dalam kisah Nabi Ismail a.s, ketika bapanya Nabi Ibrahim a.s menerima perintah Allah supaya menyembelihnya, baginda Nabi Ismail menjawab, Insya-Allah dirinya akan termasuk dalam golongan orang yang sabar dengan perintah itu kerana baginda tahu ada orang terdahulu yang lebih lagi kesabarannya dengan ujian Allah sebelum ini.

Maka sekiranya kita mahu menjadi manusia baik, positif dan cemerlang seperti nabi junjungan besar kita Muhammad SAW caranya tentulah dengan mempelajari sirah serta sejarah baginda iaitu dari lahirnya hingga hari kewafatannya.

Banyak manfaatnya mempelajari sirah nabi antaranya kita akan lebih banyak memahami peribadi Rasulullah. Semakin banyak kita mengenal peribadi Rasulullah, semakin kita menyedari kekurangan diri, juga semakin banyak teladan yang dapat diambil daripadanya.


Bagi yang mengambil iktibar, mereka akan berusaha mendekatkan jurang perbezaan itu. Siapalah kita jika dibandingkan dengan peribadi Rasulullah. Mari kita renungi contoh ini: Satu hari isteri baginda Aisyah menunggu kepulangan baginda untuk membukakan pintu sehinggalah lewat malam.

Kerana lama menunggu, Aisyah tertidur. Rasulullah pulang lalu memberi salam serta mengetuk pintu hingga tiga kali tetapi Aisyah tidak tersedar, lalu Rasulullah tidur di luar rumahnya.

Menjelang fajar Aisyah, terbangun daripada tidurnya lalu merasa hairan kerana Rasulullah masih belum pulang. Tetapi apabila membawa pintu, alangkah terkejutnya Aisyah apabila melihat Rasulullah tidur di luar rumah.

Aisyah terus meminta maaf tetapi Rasulullah ternyata tidak marah dan tidak menyalahkan Aisyah atas kejadian itu. Begitulah perihal kehidupan Rasulullah. Bayangkan, jika ada antara kita yang sampai sanggup memukul isteri semata-mata kerana perkara kecil malah mendabik dada kerana merasakan diri mereka ‘berkuasa’.

Mempelajari sirah nabi memudahkan kita memahami hadis Rasulullah atau ayat suci al-Quran kerana ada sesetengah hadis dan ayat Quran menjadi jawapan kepada perkara yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Dengan sirah nabi juga kita dapat memahami prinsip hidup dan hukum-hakam.
Antaranya prinsip ketaatan kepada Allah. Meskipun sesuatu perintah Allah itu berasa sukar dan berat untuk dilaksanakan tetapi ia perlu ditaati dan dilaksanakan tanpa alasan atau ditangguh-tangguh.

Hiburan positif tenangkan jiwa

RAMAI daripada kita gemarkan hiburan dan sesetengah mereka menganggap hiburan menjadi keperluan bagi mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.

Ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, tertekan dan keresahan. Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada keadaan sekeliling.

Namun, apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata berkenaan nyanyian, konsert, berpesta, berkaraoke, pergi kelab malam atau berpeleseran. Malah melihat keindahan alam, melancong, berkelah, beriadah, ekspedisi juga termasuk sebahagian daripada hiburan. Terdapat tiga kategori hiburan.

Pertamanya, bagi seorang Mukmin, iman, ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan. Ini kerana hasil daripada itu ialah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa akan sentiasa hidup, segar dan emosi pula terkawal. Itulah yang dimaksudkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”

Hiburan kategori kedua pula, iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat dan akidah.  Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara bagi mendekatkan diri kepada Allah. Ia seperti kita pergi berkelah untuk menghilangkan rasa bosan selain dapat merasai kehebatan ciptaan Allah sehingga meresap ke dalam jiwa sehingga timbul rasa gerun kepada-Nya.


Hakikatnya ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja. Hiburan kategori itu selagi tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat penawar yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.


Kategori dan paling popular di kalangan orang ramai terutama muda-mudi ialah konsert nyanyian yang melalaikan, berpesta, kelab malam dan keluar berpasangan.


Ia terus menjadi hambatan hidup remaja kini. Hiburan jenis itu bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah.
Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tapi tidak mengenyangkan.  Tapi keseronokan itu tidak memberi kebahagiaan atau ketenangan malah ia beransur-ansur membawa kesan buruk dan negatif untuk jangka panjang.

Hiburan kategori itu mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati akan menjadi keras, gelap, kemudian terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar menerima kebenaran.

Justeru, orang yang dapat hiburan hakiki umpama mendapat hidangan makanan yang lazat lagi enak dan tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat
.


Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi


Oleh Amran Zakaria

BH 2012/02/03

RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah.

Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.

Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)

Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh  terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...”

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar." 


Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan.


Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim) 

Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani) 

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi).


Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani).


Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma.
Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim)

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan.

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim.  Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin.

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim) 

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga

Tamatkan politik fitnah

SAIFUDDIN ABDULLAH
23 Januari 2012
Satu daripada asam garam politik, malangnya, ialah fitnah. Lebih malang lagi, semakin dekat dengan pilihan raya umum, maka semakin ligat dan dahsyat fitnah yang diketengahkan.

Fitnah memporak-perandakan parti, politik dan masyarakat. Pemfitnah lazimnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan diri terutamanya apabila dibandingkan dengan orang yang difitnah. Pemfitnah kurang ilmu, kepemimpinan dan ketokohan berbanding dengan orang yang difitnah. Maka, cara yang paling mudah – dan murahan – ialah menjatuhkan orang lain dengan memfitnahnya.


Fitnah adalah perbuatan tidak berintegriti, malahan kotor. Justeru, kita perlu bersama-sama menamatkannya. Caranya, ialah dengan kita bangun bersuara dan menganjurkan politik hikmah (bijaksana) sebagai alternatif yang positif dan konstruktif kepada politik fitnah yang negatif dan destruktif.


Politik hikmah adalah politik di mana kearifan ilmu dan kebijaksanaan digunakan dalam berpolitik. Maknanya, hikmah menjadi panduan dalam urusan politik. Seseorang ahli politik harus menggunakan pendekatan yang berhikmah lagi berhemah supaya tidak terlalu gelojoh dalam pergelutan menaiki hierarki parti atau memenangi pilihan raya.


Antara keadaan yang menyuburkan politik fitnah ialah apabila politik bersifat terlalu partisan. Politik terlalu partisan ialah di mana dalam apa jua keadaan, sesuatu pihak akan menyatakan dirinya betul dan lawannya salah, walaupun fakta atau realiti menyatakan sebaliknya. Ia memungkinkan timbul keadaan di mana sesuatu yang betul dikatakan salah, manakala sesuatu yang salah dikatakan betul, semata-mata dek kerana terlalu partisan.


Politik terlalu partisan mungkin menguntungkan sesuatu pihak. Ia akan disanjung pengikutnya yang menganggapnya wira kerana sentiasa mempertahankan pihaknya.


Tetapi, sekiranya pegangan ini terbawa-bawa, sehingga ada keputusan yang bakal menguntungkan rakyat, tetapi tidak dapat diputuskan semata-mata kerana masing-masing asyik bertegang urat memikirkan keuntungan pihaknya sahaja, maka, ia akan merugikan rakyat.

Politik hikmah menolak politik yang terlalu partisan. Ia akan mencari persefahaman. Apabila kepentingan rakyat menjadi lebih penting daripada kepentingan politik, maka, ia bersedia menjadi non-partisan.

Politik hikmah juga melibatkan pendekatan dalam menyeru orang untuk menyokong gagasan sesuatu pihak. Pendekatan yang paling mudah ialah dengan memburukkan gagasan orang lain.


Pendekatan begini sudah lama bertapak, contohnya, ialah sejak zaman Rasulullah, iaitu seperti yang digunakan oleh musuh-musuh baginda. Gagasan tauhid yang didakwahnya didakyah oleh musuh sebagai ajaran sesat.


Tetapi, Rasulullah tidak menggunakan pendekatan yang sama, iaitu fitnah, untuk membalas serangan musuh. Sebaliknya, baginda menggunakan pendekatan hikmah, iaitu menyeru semua, termasuk musuh, dengan kebijaksanaan, dengan pengajaran dan contoh yang baik, dan dengan perdebatan dan hujah-hujah yang lebih baik.


Kesannya, iaitu sebagaimana yang tercatat dalam Sirah Rasulullah dan sejarah semasa, ialah Islam, iaitu gagasan yang didakwahnya, telah diakui, dianuti dan dihayati hingga ke hari ini.


Rasulullah panglima perang yang hebat. Tetapi, selepas memenangi sebuah peperangan, baginda pernah menangis kerana menginsafi bahawa umatnya berhadapan dengan peperangan yang lebih besar, iaitu peperangan melawan hawa nafsu. Antara bahana hawa nafsu ialah politik fitnah.


Sayugia diingat, bahawa kini, ramai sinis dan sinikal terhadap politik. Mujurnya mereka masih yakin pada demokrasi. Tetapi, mereka mahu demokrasi diperbaiki. Justeru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai transformasi politik ke arah demokrasi yang lebih progresif dan budaya politik baru yang lebih sihat dan segar.


Untuk menjayakannya, kita perlu menggunakan pendekatan politik hikmah, bukannya politik fitnah
.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Wednesday, February 1, 2012

Maaf, air mata anda tidak meyakinkan

FARUSH KHAN
 Sinar Harian

Saya terima e-mel daripada Maria baru-baru ini. Hampir menangis saya dibuatnya. Begini bunyinya: “Saya menulis kepada anda dengan titisan air mata kerana doktor memberitahu bahawa saya akan mati dalam tempoh sebulan. Maka, saya berhasrat mewasiatkan wang saya yang ada dalam syarikat sekuriti.

Saya mahu anda guna wang itu untuk menubuhkan sebuah badan kebajikan dan anda ambillah 30 peratus daripada jumlah wang itu. Baki 70 peratus akan pergi kepada badan kebajikan dan rumah anak yatim. Betapa berkatnya tangan yang memberi.

Saya ambil keputusan ini kerana tiada anak untuk mewarisi wang ini dan saya perlu beritahu anda ramai di sekeliling yang menanti hari saya mati dan mereka akan serbu kemewahan saya itu.

Wang yang saya maksudkan ialah AS$7.8 juta dan sebaik sahaja menerima jawapan anda, saya akan dapatkan khidmat peguam untuk memaklumkan bagaimana anda mengambil alih dana itu.


Tolonglah saya. Saya mohon dengan nama Tuhan. Semangat saya membisikkan kepada saya bahawa andalah orang yang tepat untuk perkara ini. Tolong jangan kecewakan saya. Kesihatan saya bertambah merosot.”


Okay Maria. Biar saya fikir. Kalau 30 peratus, saya dapat lebih AS$2 juta; maknanya hampir RM6 juta. Wow! banyaknya duit. Sekelip mata, saya jadi jutawan. Tapi maaf Maria; jujur saya katakan, saya tidak berani menerima tawaran anda itu, kerana ceritanya terlalu indah.


Anda tidak kenal saya, saya pun tidak pernah bertembung dengan anda walaupun di dalam mimpi. Jadi mengapa anda pilih saya untuk curahkan wang sebanyak itu? Sebenarnya, anda bukan orang pertama menawarkan mimpi indah kepada saya.


Kebetulan hanya lima hari selepas menerima tawaran anda, saya dapat e-mel Nora, yang seperti anda, juga tinggal di ibu kota London.

 
Nora tidak berhasrat memberi wasiat, tapi mahu melabur di Malaysia dalam bidang resort, kelapa sawit, stesen minyak dan emas.

“Nora perlu seseorang yang boleh ajar dan jaga Nora, mesti tolong Nora dalam pelaburan. Nora masih bujang, perlu seseorang yang boleh jaga Nora kerana Nora sudah tiada ibu dan bapa.”


Tidak berapa lama dahulu, saya juga terima e-mel daripada seorang penulis ucapan yang berkhidmat dengan seorang Menteri Besar.
 
Dia merayu saya supaya masukkan wang (dalam RM4,000 - RM5,000 rasanya) kerana, katanya, dia kehilangan dompet berisi wang dan kad kredit di luar negara. Jika saya tidak tolong, katanya, dia akan terkandas di London.

Tapi dia bukannya rapat dengan saya. Selama mengenali saya lima tahun lalu, boleh kira berapa kali kami bertegur sapa. Saya terpinga-pinga dan keliru; hendak tolong atau tidak!

Membuat keputusan dalam hal melibatkan wang - sama ada orang bermurah hati hendak menyerahkan wang atau perlukan kita menolong - bukan mudah, tambahan pula apabila kita pernah jadi mangsa penipuan.

Sudah banyak cerita saya dengar dan baca; skim cepat kaya, gores dan menang, pelaburan hebat dan cerita sedih. Semuanya bermula dengan keghairahan dan harapan menggunung, tapi berakhir dengan kekecewaan, kesedihan dan kerugian.

Antara rakan saya, ada yang masuk pelaburan lebih 20 tahun lalu dan hingga hari ini, masih terpaksa bayar hutang setiap bulan. Ada yang ditawarkan barang atau kenderaan dengan harga yang murah melampau, tetapi akhirnya simpanan habis dikikis orang, sedangkan barang tidak sampai.

Seorang rakan yang baru bersara melaburkan semua RM80,000 yang ada dalam simpanannya untuk skim cepat kaya. Tiga bulan berturut-turut dia mendapat laba daripada pulangan yang dijanjikan. Bulan keempat, wakil syarikat lari tengah malam.

Namun, seorang kawan saya memang bijak menghadapi pemutar belit. Dia dapat panggilan orang seorang yang semena-mena memberitahu dia sudah menang RM15,000. Untuk mengambil wang itu, dia cuma perlu beri nombor akaun bank.

Kawan saya menjawab: “Ya ke! Terima kasih banyaklah, tapi saya tak perlu RM15,000 itu kerana sebenarnya saya pun sudah ada banyak wang. Jadi awak simpan sajalah wang itu bagi pihak saya.”

Si pemanggil terpinga-pinga. Panggilan dimatikan. Memang kena buku dengan ruas. Malangnya, tidak semua begitu, masih ada yang suka melayan dan ramai yang sanggup menghulur leher untuk menjadi mangsa penipuan.

Oh saya lupa; Wahai Maria dan Nora (atau apa sahaja nama sebenar anda), maafkan saya. Bukannya saya tidak berhati perut atau menolak rezeki melimpah-ruah yang anda tawarkan, tetapi anda tidak dapat meyakinkan saya mengenai ketulusan anda, dengan cerita sedih atau memberangsangkan itu. Jangan marah ya!
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.