Friday, April 6, 2012

Pilih teman bawa kita ke arah kebaikan

Tazkirah Remaja Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

MELIHAT gelagat remaja dewasa kini amat membimbangkan. Memang bukan semua bermasalah namun ramai remaja yang nampak tidak kena. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat.
Marilah sama-sama kita memberi perhatian serius terhadap pemilihan sahabat.

Carilah teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.
 
“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim).

Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal.

Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja.

Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. Justeru, jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

·  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
·  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
·  Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
·  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
·  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
·  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
·  Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
·  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
·  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
·  Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
·  Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
·  Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
·  Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
·  Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita.

Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:

·  Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri.
·
  Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup.
·  Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah.

Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu. Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.

Solat khusyuk cegah kemungkaran

ALLAH mengurniakan hamba-Nya al-Quran dan sunnah iaitu dua pusaka penting yang ditinggalkan Nabi kepada umat Islam.
Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.  Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku.”

Untuk berada di landasan hidup yang betul, kita perlu ilmu dan menjadi individu celik syariat iaitu tahu apa bentuk suruhan serta larangan Allah, kenal ibadat, prihatin apa yang terbaik baginya sebagai seorang Muslim.

Allah berfirman bermaksud: “Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak sesat dan tidak celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Thoha ayat 123).

Bagi mencapai kejayaan cemerlang, umat Islam perlu beribadat malah dalam perancangan hidup, ibadat wajib diberikan keutamaan.
Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia. 
Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya.Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam adalah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.



Ibadat solat adalah ibarat ‘tiang’ dalam Islam. Malah ketika dalam peperangan sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan.Solat perlu ditunaikan dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring.

Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring.Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati.


Hari ini ramai orang memperkecilkan solat. Tidak hairanlah terjadinya pelbagai masalah sosial. Gejala seperti terbabit dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, seks bebas, derhaka kepada ibu bapa, menculik, ponteng sekolah, pembunuhan, ragut, pecah rumah dan sebagainya.

Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau batal. Itu belum lagi masuk perkara khusyuk dalam solat atau mengenai bacaan dan tajwid.

Apabila solat tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai. Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: “Maka datanglah selepas mereka yang mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka menjadi sesat.”


Abdullah bin Abbas menyatakan, maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan dari waktunya. Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”

Imam Abu Aaliayah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk serta zikrullah.

Keikhlasan membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk mencegah perbuatan jahat, sementara zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).

Ada sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat.


Malah, ada yang minta diusung ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.Justeru, janganlah kita mengabaikan perintah dan kewajipan solat yang menjadi rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah itu mungkin solat yang terakhir buat kita.

Kuchingku Sayang


Alhamdulillah setelah berpusing-pusing mencari jalan ke Petra Jaya, akhirnya kami menemui jalan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, di Jalan Diplomatik off Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching. Berpeluh juga dibuatnya, kerana pertama kali memandu kereta tanpa panduan daripada orang tempatan Kuching,semua yang ada dalam kereta pertama kali sampai di Kuching, kecuali saya.  Jalan penuh sesak, kerana waktu bersekolah dan waktu untuk ke pejabat. Setelah menempuh tiga bulantan akhirnya kami sampailah di JKNS. Bangunannya masih baru digunakan. Sebelum ini JKS terletak di hadapan Hospital Umum Kuching.

Beginilah keadaannya apabila kita hidup tanpa pandu arah, petunjuk atau bimbingan daripada Yang Maha Mengetahui sudah pasti kehidupan kita akan sesat. Sesat bermakna tidak sampai ke tempat yang dituju ataupun tersalah tuju. Itulah sebabnya Allah swt turunkan Al Quran, para rasul, para nabi dan seterusnya para ulama sebagai pewaris nabi. Tujuannya untuk memberi bimbingan dan petunjuk kepada manusia supaya tidak sesat, tahu matlamat dan tahu hala tuju dalam hidup ini.

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami sampai di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Dari jauh kelihatan ramai wanita berpakaian putih seragam. Ini pastilah jururawat yang datang untuk melapor diri. Hati masing-masing berdebar-debar untuk mengetahui ke mana agaknya mereka semua akan ditugaskan. Maklum sajalah negeri Sarawak ini keluasannya hampir sama dengan Semenanjung Tanah Melayu.


Bersama anak saya Syed Muhd Naquib, tiga orang lagi rakan sekolejnya turut dihantar ke Sarawak. Semuanya juru xray U29. Setelah masuk ke bahagian perkhidmatan, air muka Naquib dan rakan-rakanya nampak berseri kerana mereka seramai 9 orang (4 orang daripada MAHSA Kolej)  ditempatkan di Pusat Jantung, Hospital Umum Kuching di Jalan Kota Samarahan, Sarawak. Selepas itu mereka mengisi macam-macam borang maklumat diri dan peribadi.

Sambil menunggu mereka, sempat juga saya melihat sekitar kawasan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang masih baru dan agak canggih reka bentuknya.

Setelah jam 9.45 pagi semua juru xray tersebut telah menyerahkan borang maklumat diri dan mereka diminta pula melaporkan diri ke Hospital Umum Sarawak di Kuching, untuk mendengar arahan seterusnya.

Kemudian kami berlima menuju ke Bandaraya Kuching, waktu ini jalan tidak sesibuk sewaktu kami menuju ke Petra Jaya pagi tadi. Jalannya luas, tiga jalur bagi satu laluan. Hati saya dan juga budak-budak 4 orang ini nampak kegembiraan, terselamatlah mereka daripada dibuang jauh ke pendalaman!

Mencari Hospital Umum Kuching tidaklah sepayah mencari Jabatan Kesihatan. Bangunannya setinggi 6 atau 7 tingkat, tak pasti tetapi tidak jauh daripada pusat Bandar Kuching. Kebetulan tiga daripada rakan anak saya telah dibawa oleh rakan mereka semalam untuk meninjau lebih dahulu.

Hospital Umum Kuching memang besar dan sibuk. Nak parking keretapun tak boleh dalam kawasan hospital. Terpaksalah saya parking berbayar di luar kawasan hospital. Naquib dan rakan-rakannya terus menuju Bahagian Pentadbiran tingkat dua. Manakala saya merayau-rayau dalam bangunan hospital yang kelihatan sibuk dengan pekerja dan pesakit. Hati saya terasa lapang, kerana selepas ini mereka akan ke Pusat Jantung di Jalan Kota Samarahan iaitu menghala ke UNIMAS. Disana rumah banyak untuk disewa dan lebih murah berbanding di Bandar Kuching ini. Fikir saya.

Lebih kurang jam 1.00 petang Naquib menelepon saya utuk keluar rehat. Maklumat terkini yang mereka terima daripada Ketua Jabatan xray ialah kesemua mereka ditempatkan di Hospital Umum Kuching, tak perlu ke Pusat Jantung. Yahoo! Kegembiranaan, tetapi satu lagi masalah utama yang perlu difikirkan ialah mencari rumah yang hampir dengan hospital. Ini satu lagi masalah besar, sebab kawasan sekitar hosipital ialah kawasan perumahan orang China dan harganya agak mahal.

Balik berehat di Homestay River View Kampung No. 2, Bandarshah, Kuching. Selepas makan tengah hari dan solat zohor saya menghantar semula mereka ke Hospital. Kemudian saya terus memandu tanpa tujuan tetapi sentiasa memerhati kawasan perumahan, mana tahu mungkin ada rumah untuk disewa. Puas berpusing tetapi tak jumpapun rumah untuk disewa. Akhirnya saya balik ke homestay untuk berehat.

Malam kedua saya solat maghrib di Surau Bandarshah, Kg. No.2. Malam itu ada kuliah agama disampaikan oleh Ustaz yang baru balik daripada membawa jemaah daripada Sarawak menunaikan umrah. Seronok juga mendengar kuliah daripada Ustaz yang berasal dari Melaka ini. Berkisar kisah jemaah mereka yang terpaksa balik lewat lebih daripada 5 hari kerana ketinggalan kapalterbang, tetapi dapat tinggal di Mekah lebih 5 hari daripada yang dijadualkan. Beliau mengulas apa yang tersirat daripada yang tersurat. Seorang jemaahnya meninggal dunia di Mekah dan dikebumikan di perkuburan Ma’la, Tanah kubur yang bukan semua jenazah boleh dikebumikan, tetapi rezeki jemaahnya yang sangat suka bersedekah dan baik hati. Jenazahnya seperti orang tidur dan disembahyangkan di Masjidil Haram kemudian dikebumikan di Ma’la. Itu hanya mukaddimahnya ceramahnya.

Apa yang diulasnya malam itu ialah berkaitan rumah tangga yang diberkati. Penekanan soal mengadakan majlis yang tidak bercanggah dengan syariat sebagai syarat menjamin kerukunan rumahtangga. Mengikut Ustaz itu di Sarawak daripada 200 perkahwinan hampir 50 pasangan bercerai pada tahun 2011. Bermakna 25% perkahwinan berakhir dengan perceraiaan.

Pada hari ketiga berada di Kuching, setelah menghantar Naquib dan rakannya saya terus ke apartment ChongLin Plaza, Green Road, Kuching, untuk membayar cengkeram sewa sebanyak RM2000.00. Sewa satu unit apartment RM750.00 sebulan. Apratment tersebut punyai 3 bilik di tingkat 4. Tiada perabot, kosong, tetapi bersih dan ramai kakitangan Hospital Kuching menginap disitu. Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga 9 orang juruxray dari Semenanjung boleh duduk dalam satu rumah. Jadi bayaran sewa tentulah tak mahal. Mungkin sekitar RM100.00 seorang untuk satu bulan.

Apartment ini ditunjukkan oleh menantu Tuan punya Homestay Riverview yang bertugas di Hospital Kuching. Beliau berasal dari Melaka. Pada petang hari pertama saya sampai, setelah balik dari kerja, beliau membawa saya dan Naquib untuk mencari rumah sewa, kemudian akhirnya ke Aprtment Chonglin Paza sebagai pilihan terakhir.

Saya rasa bersyukur kepada Allah, sepanjang berada di Kuching, saya diketemukan dengan manusia-manusia yang baik hati. Puan Hasiah dan suaminya pemilik Riverview Homestay sangat prihatin dan banyak membantu saya untuk mendapatkan rumah sewa di Kuching. Suaminya bekas kakitangan Jabatan Hutan dan telah lebih 10 tahun bersara. Beliau pengerusi Surau Bandarsah yang sangat hampir dengan homestay tempat saya menginap. Homestay Riverview ini sangat selesa dan tepi Sungai Sarawak, waktu pagi dan malam saya duduk di luar rumah memerhatikan pesisiran Sungai  Sarawak dengan pandangan Masjid Kg. Masjid serta hotel di tepi Sungai Sarawak.

Malam pertama berada di Kuching, Dr Wan Ali iatu sahabat Tuan Haji Lokman Hamid, dari Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, mengambil kami dan membawa kami ke Petra Jaya untuk melihat rumah adiknya yang lengkap dengan perabot serta dilengkapi dengan aircondition. Rumah semi d dua tingkat. Jika sembilan orang mampu duduk, tetapi sewa RM1.200.00. Kemudian kami dibawa melihat Istana TYT Sarawak, bangunan dewan undangan yang baru, seterusnya ke rumah beliau yang lama yang dijadikan tempat rawatan pesakit apabila Haji Lokman datang ke Kuching setiap bulan.

Akhirnya kami dibawa makan malam nasi ayam pecet di tepi sungai seberang Riverside Hotel iaitu berhampiran penambang tempat orang Semenanjung datang melawat dan melihat secara dekat perusahaan membuat kek lapis. Makan nasi ayam pecet dan ikan goreng yang menyelerakan. Kemudian kami dihantar pulang.

Dr Wan Ali, sebenarnya dari keturunan ahlibait, anak cucu Rasulullah saw, dari keturunan Al Idrus. Saya dari keturunan Al Attas. Seronok berbual dengan beliau yang begitu mesra, walaupun untuk pertama kali bertemu. Isteri beliau, Puan Juita waktu itu berada di Kuala Lumpur menghadiri kursus pengendalian tadika anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dr Wan Ali mempunyai klinik sendiri yang tidak jauh dari tempat saya menginap. Beliau sedang mengikuti kursus di Hospital Kuching bagi melayakkan dirinya untuk membuka klinik mencuci buah pinggang.

Saya rasa bersyukur kepada Allah, walaupun pertama kali datang sendiri ke Kuching, banyak kemudahan yang diberikan oleh Allah kepada saya. Berjumpa dengan orang-orang yang baik hati, dapat solat berjemaah di Surau Bandarsah, dipermudahkan mendapat rumah sewa dan dapat membelikan sebuah motorsikal kepada Naquib secara ansuran, untuk kemudahannya ke tempat kerja serta lain-lain urusan.

Kesimpulan

Banyak perkara yang berlaku diluar perancangan kita. Saya tidak terfikir Naquib akan ditempatkan di Sarawak, kerana sebelum dia posting saya telah meminta pertolongan seorang hamba Allah tetapi berlaku salah faham, dia hanya menanti nama anak saya sampai ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Walhal sepatutnya dia berhubung dengan ibu pejabat Kesihatan di Putrajaya. Akhirnya anak saya diposting ke Sarawak. 

Apa boleh buat, skrip hidup kita dan jalan cerita hidup kita ini, ada Pengarah yang lebih besar iaitu Allah swt. Yang menetapkan segala-galanya, Saya redha dan bersykur dengan ketetapan dari Allah swt. Kita meracang tetapi Rancangan Allah lagi hebat.

Apa yang saya fikirkan ialah, ketetapan ini ada hikmah yang tersembunyi yang perlu saya terokai untuk melihat kebaikannya.

Pertama, bumi Allah ini luas, walau dimana kita berada, kita perlu sentiasa ingat dan patuh kepada perintah Allah, tuan punyai dunia ini.

Kedua, jangan bergantung harap kepada manusia, tetapi bergantunglah kepada Allah Yang Maha Kaya, Dialah pemilik hakiki segala-galanya.

Ketiga, Lihatlah apa yang berlaku kepada kita dengan kacamata yang jernih / putih, bukan dengan kacamata yang hitam atau gelap. Think positive. Bila kita berfikir secara positif, segala tindak tanduk, perkataan dan perbuatan kita akan jadi positif. Tetapi jika berfikir secara negatif, apa yang berlaku akan dilihat seolah-oleh tidak patut berlaku. Lantas pemikiran, pertuturan, tindakan akan jadi negatif. Akhirnya kita jadi stress dan mudah diserang pelbagai penyakit. Terutamanya Darah Tinggi.

Keempat, bila ditempatkan di tempat baru, maka kita akan berjumpa dengan orang yang tak pernah kita ketemu sebelum ini. Maka gunakanlah kemahiran berkomunikasi dengan betul dan beradab, merendah diri, InsyaAllah, mereka akan mudah membantu. Senyum selalu dan mudah menegur. Jangan sombong diri, seperti kera sumbang. Belajarnya menghormati orang lain, sebelum orang lain mahu menghormati kita. Tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.

Kelima, sentiasa memanjatkan doa agar Allah permudahkan segala urusan kita. Hampirkan diri dengan rumah Allah walau dimana kita berada.Di situ kita akan ketemu ramai manusia yang mungkin terbuka pintu hatinya untuk membantu. Yang penting, tegur sapalah mereka, hormati mereka dan bertanya kahbarlah dengan mereka, InsyaAllah mereka mudah membantu.

Dan banyaklah iktibar yang boleh kita garap daripada satu-satu peristiwa yang berlaku kepada kita. Yang pentingnya lihatlah dari kacamata kebesaran dan keagungan Allah. Sentiasa bersyukur diatas apa sahaja yang menimpa kita, samaada yang kita suka atau kita tak suka.

Hidup ini banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Contohnya, MB Terengganu sekarang, kalau ditanya, pernahkah dia terfikir akan jadi MB Trg, tentu dia kata tak pernah terfikirpun.

Siapa sangka Anwar Ibrahim akan terlepas dari dakwaan kes liwatnya yang kedua. Siapa sangka Selangor negeri yang kaya jatuh ke tangan pembangkang PKR. Siapa sangka  Nizar hanya jadi MB Perak tak sampai setahun.

Dan banyak lagi perkara dalam hidup kita yang tidak kita sangka. Tetapi yang pentingnya kita harus sedar, bahawa kita ibarat pelakon yang punyai Pengarah yang akan menentukan jalan cerita dan skrip untuk kita lakonkan. Jangan jadi pelakon yang sombong dan bongkak, lain yang diarahkan lain pula yang dilakonkan. Kalau begitu keadaannya, tak lamalah hayat kita. Wallah hu alam.

7 Things To-Do In Times of Hardship

by admin on March 30, 2012
Posted on Friday, March 30, 2012 in Feel Better, Topics
 
Whenever a person faces hardship, it’s easy for him/her to give up and walk away from their challenges or complain and blame those around him/her. They fall into depression, feel sad about their situation and feel powerless. They don’t understand “why this is happening to them” or “what they did to deserve this”. But for a ProductiveMuslim, his/her way of thinking is completely different.

Whenever a ProductiveMuslim faces hardship, he/she takes a step back from their difficult situation and thinks about it from a higher level. They step back from their life with all its worries, anxieties, problems, and thinks about it from an Akhira perspective, then they ask themselves the question: what does this ALL mean when compared to the Hereafter? What does this ALL mean when compared to eternity in Jannah?

One of the main misunderstanding we all have in this life is that if we do good, we should get good in this life and hereafter. This is not entirely true.

This life is not the life we’ll get justice in. If this was the case, there would be no need for a Day of Judgement or Akhira.

This life is a life of duality; there’s good and bad, justice and injustice, mercy and oppression, love and hate, truth and falsehood..etc. Your role in this life is to live your life according to how Allah (Subhanahu Wa’Tala) asked you to do, seeking His pleasure, avoiding His anger. And Allah (Subhanahu Wa’Tala) promises you in many places in the Quran, that if you do just that, He’ll give you a ‘good’ life. Allah says in the Quran:

Whoever works righteousness, man or woman, and has Faith, verily, to him will We give a new Life, a life that is good and pure and We will bestow on such their reward according to the best of their actions.” (Surat Al-Nahl, Verse 97)

“He that is righteous and patient,- never will Allah suffer the reward to be lost, of those who do right.” (Surat Yousef, Verse 90)

During times of hardship, it’s essential to remember there are effective ways to deal with any difficulty.

Here are 7 practical steps to help you face any difficult situation
  1.  Salah. Make sure you stick to praying on time – 5 times a day. Never miss a salah and do your best to pray each Salah with sincerity as if it’s your last salah in this world
  2. .Read Quran. This Quran is so beautiful that no matter what difficulties you face you’ll find solace in it. Especially read Surat Yusuf. The scholars say that no one is faced with hardship and reads surat Yusuf except he finds sweetness and calm.
  3. Make Dua. Especially the dua for removing anxiety.
  4. Give Sadaqah. Give lots of charity, as much as you can, because it helps push away hardship. And if you can’t give money, even kind words or physical sadaqah can do (i.e. helping people physically or emotionally).
  5. Set Goals and Have Vision. Don’t let shaytaan play with you and keep replaying the video of your hardship in your mind over and over again, move on! Set new goals, new projects, and remember you’re with Allah, nothing should stop you!
  6. Wake up Early. Wake up before fajr and work on your ideas and projects, or simply read Qur’an. Getting busy before day break is a definite way to move away from your hardship and overcome challenges. Get most of your ideas/work done in these early hours, these are blessed hours.
  7. Hardship is Not Lost. Remember, Allah will never forget the injustice/hardship you faced, so don’t worry about seeking revenge or trying to get justice
In the end, I pray that Allah (Subhanahu Wa’Tala) removes all your ordeals and hardships, blesses you all with a good life and helps you remember Him day and night, for “Verily, with remembrance of Allah, do hearts find rest”. (Surah Ar-Ra’d , verse 28)


Tuesday, March 27, 2012

Amalan rohani bantu lonjak prestasi akademik


Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

BH 2012/03/27

Solat sunat hajat pendekatan terbaik tenangkan jiwa tertekan hadapi peperiksaan

KITA baru saja mengetahui keputusan Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2011 yang menunjukkan prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun. Seperti lazimnya dalam sehari dua selepas keputusan diumumkan, pelbagai media memaparkan berita dan laporan mengenai calon yang berjaya dengan cemerlang.

Dalam banyak laporan, tentu sekali hati kita terpanggil menghayati satu kisah kejayaan pelajar terbaik Terengganu, Fatin Hamimi Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Nurul Ittifaq yang dikira wajar kita renungi bersama dan lanjutkan kupasannya. Pelajar ini memperoleh semua 11 A+ dalam peperiksaan.

Melalui amalan solat termasuklah solat sunat, kita mendidik nafsu anak supaya taat kepada Tuhan dan menyedarkan mereka bahawa hanya kepada Allah saja tempat mereka memohon pertolongan.

Menurut pelajar cemerlang itu, resipi kejayaannya dihasilkan melalui usaha gigih, menunaikan solat hajat selama 40 hari berturut-turut sebelum peperiksaan bermula dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan pemahaman terhadap pelajaran. Inilah resipi kejayaan beliau yang boleh dicontohi.

Apa yang menariknya di sini ialah kekuatan dalaman beliau terhasil menerusi amalan solat hajat.
Inilah yang dikatakan amalan kerohanian akan membuahkan natijah positif ke atas diri seseorang.

Allah SWT sendiri meminta kita selalu bermunajat kepada-Nya untuk memohon sesuatu hajat. Jadi, kaedah solat hajat dan berdoa menjadi dua pendekatan terbaik mententeramkan hati anak kita ketika belajar.

Solat hajat adalah salah satu kaedah terbaik diamalkan dalam usaha memohon pertolongan Allah dan sebagai ibu bapa, kita seharusnya mendidik dan membimbing anak cara yang betul menunaikannya. Kita sedia mengetahui, menerusi amalan solat, jiwa anak lebih tenteram, malah membangkitkan semangat dalaman yang kuat untuk belajar.

Allah SWT sendiri meminta kita sebagai hamba-Nya menjadikan solat hajat sebagai penolong dalam menghadapi kehidupan dunia ini. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah ayat 153)

Melalui solat hajat, bermakna kita didik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW kerana ketika menghadapi sesuatu masalah atau kerumitan, Baginda akan mendirikan solat.

Melalui amalan solat termasuklah solat sunat, kita mendidik nafsu anak supaya taat kepada Tuhan dan menyedarkan mereka bahawa hanya kepada Allah saja tempat mereka memohon pertolongan.

Selain solat sunat hajat, amalan menunaikan solat tahajud juga sangat sesuai kita galakkan kepada anak lakukannya. Khususnya terhadap anak yang berada pada usia remaja. Rasulullah SAW memberitahu bahawa solat terbaik selepas solat fardu ialah solat tahajud kerana di dalamnya terkandung banyak fadilat.

Kata Rasulullah SAW bermaksud: “Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan penyakit.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Dalam mengkaji manfaat solat tahajud kepada manusia, seorang pengkaji Dr Mohammad Salleh ada mencatatkan dalam bukunya bertajuk Terapi Solat Tahajud bahawa solat tahajud boleh digunakan sebagai alternatif bagi memperbaiki gerak balas emosional positif, mampu meningkatkan dan membaiki daya ketahanan imunologi tubuh badan seseorang pengamalnya.

Justeru, untuk anak remaja kita yang sedang belajar dan bakal menghadapi peperiksaan, sangat sesuailah kita asuh mereka mendirikan solat sunat tahajud. Ini kerana ia satu pendekatan kerohanian yang akan memberikan kedamaian jiwa dan sekali gus menyemarakkan semangat positif kepada mereka untuk tekun dalam pembelajaran.

Resipi kedua dalam menguatkan potensi diri anak ketika menghadapi pelajaran ialah melalui amalan berdoa. Imam Bukhari berpesan, “Berdoalah apa saja kepada Allah, kerana ia kekuatan orang mukmin. Selain itu, doa adalah hadiah istimewa daripada Allah kepada umat Muhammad.”

Amalan berdoa akan meninggalkan kesan psikologi yang kuat dalam diri seseorang anak kerana mereka menjadi bertambah yakin dan bersemangat tinggi untuk berhadapan dengan apa saja kesulitan ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.

Banyak testimoni berkaitan manfaat doa yang dijalankan, namun kebanyakannya tertumpu kepada kaitan doa dengan penyembuhan sesuatu penyakit.

Menghadapi pelajaran sama juga halnya menghadapi sesuatu penyakit kerana jiwa tertekan dan dalaman menjadi kurang stabil dengan pelbagai fikiran yang negatif. Maka, melalui berdoa boleh memadamkan emosi negatif itu sehingga menimbulkan kekuatan dalam jiwa yang positif.

Jiwa yang disirami bacaan doa kepada Allah sebenarnya tertanam sikap tawakal yang luhur. Inilah sebenarnya faktor menjadi tunjang ke arah emosi positif ketika melakukan apa saja pekerjaan.

Umat Islam dan hamba Allah seharusnya lebih yakin bahawa melalui amalan doa akan memberikan keberhasilan dalam mencapai tujuan hidup. Ingatlah kita akan peringatan Allah ini: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Monday, March 26, 2012

Kepentingan ilmu dalam kehidupan ummah


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi BH 2012/03/26

ABU Rayhan al-Biruni, seorang ahli fizik terkenal yang hidup pada abad keempat Hijrah, adalah seorang ilmuwan yang amat rajin mempelajari pelbagai disiplin ilmu sehingga beliau pernah diiktiraf sebagai salah seorang ilmuwan Muslim yang tersohor.

Pada satu ketika, saat menjelangnya ajal di katil pembaringan, seorang sahabatnya ahli fikah datang menziarahinya. Bagi al-Biruni, ini adalah kesempatan terbaik untuknya bertanyakan mengenai pelbagai masalah dan hukum.

Ahli fikah itu terkejut dan berkata: “Saya fikir pada saat ini bukanlah waktu yang sesuai untuk tuan berbahas dan berbicara mengenai ilmu pengetahuan.” Jawab al-Biruni secara terus-terang: “Kamu silap, wahai sahabatku! Aku fikir adalah lebih baik sekiranya aku mengetahui masalah dan hukum ini, kemudian aku meninggal dunia, daripada aku tidak mengetahui sesuatu apa pun, lalu aku meninggal.”

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dalam kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. (Surah Fatir, ayat 28)

Begitulah cara hidup orang yang berilmu yang sentiasa cintakan ilmu pada setiap masa dan ketika. Ilmu adalah hidangan rohani kita. Di samping kita memikirkan kepentingan fizikal dan keperluan jasmani, kita juga perlu memikirkan hidangan rohani dan keperluan spiritual.

Cucu Rasulullah SAW, Saidina Hussein pernah berkata: “Aku merasa hairan pada sekelompok manusia yang hanya sibuk memikirkan apa yang harus dimakan, namun sama sekali tidak berfikir ilmu apakah yang sepatutnya dimiliki.”

Menyedari akan kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia, Islam mewajibkan setiap Muslim untuk menuntutnya dan mencarinya sebanyak mungkin selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardu kepada setiap Muslim, lelaki mahu pun wanita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud: “Kelebihan seorang yang berilmu berbanding dengan seorang yang abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama yang terang benderang di sisi bintang yang bergemerlapan dan cakerawala yang lain.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Di dalam al-Quran juga terdapat banyak rangkaian ayat memberi kemuliaan dan keistimewaan penuntut ilmu dan pencintanya. Antaranya, firman Allah dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu).”

Dalam al-Quran juga terdapat banyak perintah untuk mempelajari dan merenung rahsia penciptaan alam, watak manusia, sejarah umat silam dan hukum-hakam. Sejarah Islam juga merakamkan bahawa beberapa orang kafir ditawan dalam Peperangan Badar, diberikan peluang Rasulullah SAW untuk dibebaskan daripada tawanan dengan tebusan.

Namun, terdapat beberapa orang saja yang boleh membaca dan menulis yang mendapat peluang diberikan itu, iaitu mengajarkan ilmu kepada pemuda Islam.

Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah yang mana ia terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah yang memerintahkan baginda mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia.

Firman Allah SWT dalam surah al-‘Alaq, ayat satu hingga lima yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Yang lebih menariknya, Islam menganggap hanya manusia yang dihiasi dengan ilmu pengetahuan saja adalah golongan yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dalam kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. (Surah Fatir, ayat 28)

Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang mana antara ilmu dan nilai-nilainya tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi juga antara cabang ilmu pengetahuan memberi manfaat dan faedah amat besar kepada kelangsungan tamadun manusia.

Malahan Islam menjulang ilmu pengetahuan sebagai mekanisme utama menjurus ke arah kecemerlangan ummah.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kepentinganilmudalamkehidupanummah/Article

Tidak tunaikan solat hidup tiada makna


Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku gugur keimanannya.


SETIAP daripada kita pastinya bercita-cita untuk memperbaiki ilmu agama, tidak terkecuali saya. Tetapi Ustaz masalah yang saya hadapi ialah kesedaran dan tahap keimanan itu kadang-kadang ada pasang surutnya. Ini berpunca daripada pelbagai sebab seperti penat, sibuk dan lain-lain.

Pada masa yang sama, timbul rasa bersalah bila tidak melakukan apa yang dituntut itu. Contoh paling mudah, solat lima waktu.

Jawapan

Kita harus ingat bahawa talian hayat di antara hamba Dan Pencipta ialah solat. Melalui solatlah seseorang hamba dapat berhubung terus dengan Allah SWT. Hari ini tidak mudah bagi seseorang untuk bertemu dengan orang besar, berjawatan, berpangkat dan berkuasa. Dalam Islam, Allah SWT melalui Rasul-Nya telah menyediakan rangkaian talian berhubung terus dengan Allah SWT.

Tanpa solat hidup kita selaku orang Islam tidak bermakna, biar sehebat manapun kita di sisi manusia, kita tetap kerugian di hadapan Allah SWT. Solat itu penghubung antara kita dan Allah. Solat itu penenang, solat itu cahaya, solat itu penghapus duka dan solat juga penawar penyakit rohani.

Jangan abaikan solat biar apa sahaja keadaannya, di mana sahaja kita berada. Bumi Allah SWT terbentang untuk itu.

Rasulullah SAW pernah ditanya apa itu Islam, lantas baginda menjawab: Islam itu dibina atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah. (riwayat Imam al-Bukhari)

Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Rasulullah SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas: Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! 

Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat 50 kali. (riwayat Imam al-Tirmidzi)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.

Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (riwayat Imam al-Tirmidzi)

Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar.

Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja. Golongan pertama berpendapat meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya, maka mereka tergolong dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak terkeluar daripada Islam. (rujuk al-Nisaa: 116)

Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai, baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, semua mereka ini termasuk dalam golongan kafir dan terkeluar daripada Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

Ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang sahih secara jelas menunjukkan ibadat solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku gugur keimanannya. (rujuk al-Qalam: 35-43)

Allah SWT memulakan ayat di atas dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf kehambaan seseorang yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar.

Kemudian Allah menggambarkan keadaan huru-hara di alam akhirat dan Allah memerintahkan hamba-Nya sujud menyembah-Nya.
Namun, bagi mereka yang dulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang Islam lain.

Ini menunjukkan mereka itu termasuk golongan orang kafir dan munafik yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah, mereka enggan kerana tidak mampu.

Andai kata mereka termasuk di kalangan orang Islam, tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan di dunia ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

Tuesday, March 20, 2012

Dialog Uang Dalam Kotak Amal

20/3/2012 | 27 Rabbi al-Thanni 1433 H Please wait
Oleh: kiptiah hasan
 
dakwatuna.com - “Asyik… Asyik… aku masuk ke dalam kotak amal.” Goci berteriak senang.

Ia pun langsung berbaur dengan uang-uang lainnya, ada si Sebi (seribu), si Gopi (lima ratus), si Sepu (Sepuluh ribu), si Dopu (dua puluh ribu), si Limbu (lima puluh ribu) dan si Sertu (seratus ribu).

“Hai kawan-kawan. Senangnya bertemu dengan kalian di sini. Semoga kita bisa menjadi saksi dari orang-orang yang menaruh kita ke dalam kotak amal ini.” Goci menyapa semua uang di dalam kotak amal bening itu.

Semua uang tersenyum menyambut kedatangan si Goci.
Kotak amal bening yang berada di Masjid Akbar, senantiasa menjadi pemandangan umum para jamaah yang hilir mudik hendak melaksanakan shalat. Keberadaannya di depan pintu masjid sangat strategis, tidak jarang orang-orang dengan senangnya “menitipkan” uangnya ke dalam kotak amal. Tapi ada juga yang enggan atau pura-pura tidak melihat bahwa di depannya ada kotak amal.

Dan hari ini adalah hari bersejarah bagi Goci. Bukan karena nilainya yang termasuk besar yang ada di dalam kotak amal. Tapi karena si pemilik Goci sebelumnya yang ia tahu bukanlah orang yang tergolong mampu. Hanya si bapak tukang sapu jalanan. Goci sempat melirik wajah bapak itu sebelum memasukkan Goci ke dalam kotak amal. Tersirat keikhlasan dalam wajah lugunya. Goci sempat mendengar gumaman bapak itu, “Ya Allah, terimalah sedekahku untuk rumah-Mu, semoga uang ini bisa bermanfaat.”

Sebelum berada di kotak amal dan milik si bapak tukang sapu jalanan, Goci adalah milik orang kaya yang memberikan Goci pada bapak tukang sapu jalanan. Sebagai imbalan karena telah membantu menyapu halaman rumahnya, alasan orang kaya itu memberi.

Dan kejadian itu belum berlangsung lama. Hanya sekitar dua puluh menit sebelum Goci di masukkan ke dalam kotak amal, beberapa saat sebelum azan Ashar berkumandang. Tapi bapak tukang sapu jalanan itu merasa bahwa uang yang di dapat hari ini sudah cukup untuk memenuhi kebutuhan hidup dirinya bersama istri dan keempat anaknya yang masih kecil, maka Goci pun langsung berpindah ke kotak amal.

Goci amat terharu. Ia bisa menjadi tabungan kebaikan bagi bapak tukang sapu jalanan. Nilai yang biasanya hanya di berikan dari kantong orang-orang kaya. Tapi kali ini bukan orang kaya yang memasukkan Goci ke kotak amal, hanya orang biasa. Yang mungkin karena ketulusannya bisa menjadi istimewa di hadapan Allah.

Goci ingat. Ketika pemiliknya masih orang kaya, ia berada di dompet pemiliknya dalam waktu lama. Justru yang sering keluar dari dompet adalah si Limbu dan si Sertu. Itupun yang Goci tahu, kawannya itu meninggalkan dompet pemiliknya tatkala Goci dan kawan-kawan berada di pusat perbelanjaan mewah.

Pernah suatu kali, pemiliknya itu pergi ke Masjid Akbar. Saat itu, ia hendak melaksanakan shalat Zhuhur sehabis makan siang. Seusai shalat ia melirik ada kotak amal bening. Sempat berfikir lama, akhirnya ia merogoh kantong dan menemukan si Sebi. Dan masuklah si Sebi ke kotak amal itu sebagai penghuni.

Meski Goci dan Sebi pernah di miliki oleh orang yang sama sebelumnya, tapi mereka belum pernah berjumpa. Mereka sadar bahwa mereka pernah di miliki oleh orang yang sama justru ketika mereka berjumpa dalam kotak amal, saat mereka berbagi cerita.

“Mungkin karena aku hanya berada di kantong celana sedangkan kau di dompet, jadinya kita tidak pernah bertemu.” Sebi memberikan penjelasan kepada Goci.

“Alhamdulillah kita bertemu di sini ya Sebi. Padahal aku berharap yang memasukkanku ke dalam kotak amal adalah orang kaya itu.” Goci pun menerawang.

“Tidak apa Goci, justru kamu akan menjadi lebih bernilai nanti di akhirat. Karena jumlahmu yang termasuk besar bagi bapak tukang sapu jalanan, tapi tidak menghalanginya untuk memberi yang terbaik untuk agamanya….” Si Limbu dengan bijak menghibur Goci.

“… Karena setahuku, jika yang memberikanmu adalah orang kaya itu akan berbeda nilai dalam pandangan Allah.” Limbu menambahkan.

“Loh, emang kenapa? Bukankah Allah hanya melihat keikhlasan hambaNya dalam memberi?” Tanya Gopi penasaran.

“Memang benar, keikhlasan adalah yang utama. Tapi di samping itu bagi orang kaya, Goci mungkin tidak seberapa berharga dan orang kaya itu pasti punya banyak uang senilai Goci bahkan yang nilainya jauh lebih besar. Tapi bagi yang tidak mampu, mungkin Goci bisa jarang ia temui. Atau bahkan jika punya pun pasti sangat berharga untuk memenuhi kebutuhan keluarganya.” Ujar Limbu.

“…. Makanya Allah menilai usaha orang yang tidak mampu, lebih besar ketika beramal dengan jumlah yang sama dengan apa yang di berikan oleh orang kaya. Karena alasan tersebut.” Sertu menambahkan penjelasan dari Limbu.

“Benar… benar… benar.” Dopi dan Gopi tersenyum.
“Iya kawan-kawan. Mungkin jumlahku termasuk kecil bagi orang kaya, tapi ternyata tidak semua orang kaya mau memasukkanku ke dalam sini.” Goci terlihat senang.

“Siapapun yang memasukkan kita ke dalam kotak amal ini, semoga hanya dilandasi keikhlasan karena Allah, bukan karena ingin di lihat atau terpaksa.” Kata Sebi.

“Aamiin.” Uang itu serempak berucap.

Dan di sore nan sejuk itu, angin mengiringi langkah si bapak tukang sapu jalanan menyisir setiap jalan di ibu kota dan membersihkannya dari sampah-sampah. Dan uang-uang di kotak amal itu melantunkan doa terbaiknya untuk si bapak.

“Secara fisik bapak itu terlihat miskin, namun hatinya sangat kaya. Ia adalah orang kaya sesungguhnya.” Goci berucap lirih.

Rasulullah saw bersabda, “Satu dirham bisa mengalahkan seratus ribu dirham. Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin satu dirham bisa mengalahkan seratus ribu dirham?” Beliau menjawab, “Ada seseorang yang memiliki dua dirham, lalu mengambil salah satu darinya dan menyedekahkannya. Yang lain, memiliki banyak harta, lalu mengambil darinya seratus ribu dirham saja.” (HR. Ahmad)

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/03/18932/dialog-uang-dalam-kotak-amal/#ixzz1pfPiWjjI