Monday, April 16, 2012

ADA APA PADA SLOGAN ?


Pagi ini baru selesai menyerahkan salinan pelan rumah saya kepada Indah Water untuk kelulusan. Kalau tak silap saya, sudah hampir setahun empat bulan saya berulang alek ke Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Tukang Pelan Zubir di Losong, telepon tukang pelan rumah saya iaitu HWR (tukang pelan sambilan) yang bertugas di Besut, dahulu bertugas di Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Terasa satu macam perasaan bosan, boring dan sakit hati, bila mengenangkan betapa teruknya kerenah birokrasi MPKT, dan sikap tidak bertanggungjawabnya tukang pelan rumah saya. Sebenarnya rumah yang saya duduki sekarang sudah berumur lebih dua belas tahun, tetapi tidak mendapat kelulusan  CF daripada MPKT.

Ceritanya mudah sahaja. Sewaktu hendak bina rumah ini 12 tahun lepas, saya telah mengupah tukang pelan rumah sambilan, dengan tujuan dapat jimatkan belanja kos pelan yang mungkin agak mahal sedikit jika berurusan dengan Tukang Pelan atau arkitek yang berlesen.

Memandangkan tukang pelan rumah saya ini tiada lesen, maka untuk pengesahan pelan beliau pun mendapatkan pengesahan dan tanda tangan daripada Tukang Pelan Berlesen Zubir yang berpejabat di Losong, Kuala Terengganu.  Setelah siap melukis pelan rumah, HWR akan ke Tukang Pelan berlesen untuk dapatkan pengesahan dengan bayaran yang telah ditetapkan, (itupun dibayar oleh pemilik rumah).

Malangnya sewaktu pelan rumah tersebut siap dilukis dan ditanda tangani oleh ayah kepada Zubir Tukang Pelan (HAR), pembawa pelan tidak mendaftarkannya di MPKT. Perkara ini tidak disedari oleh saya. Memandangkan rumah yang kami bina tidak melibatkan pinjaman kerajaan ataupun bank. Belanja sendiri daripada wang simpanan EPF dan sumber-sumber lain, maka soal kelulusan tidak menghalang rumah itu untuk terus dibina. Sekiranya melibatkan pinjaman, sudah pasti kelulusan pelan menjadi syarat wajib untuk tuntutan perbelanjaan pembinaan.

Sehinggalah rumah kami siap pada tahun 2003, kelulusan pelan tidak kami terima. Tiada apa-apa yang berlaku, rumah yang kami bina tidak diduduki, kerana waktu itu saya sekeluarga masih sayangkan rumah mentua kami di Bukit Besar.

Timbul isu apabila pada tahun 2004, MPKT telah menghantar surat notis kepada isteri saya (nama pemilik) kerana membina rumah tanpa kelulusan pelan daripada MPKT. Seingat saya waktu itu Tuan Haji Zulkifli adalah Yang Di Pertua Majlis Bandaran Kuala Terengganu. Kebetulan anaknya bersekolah, di SK Seri Budiman, dimana saya bertugas sebagai GB. Saya pun berjumpa dengan pegawai yang berkenaan undang-undang di MPKT dan menceritakan hal sebenar yang berlaku. Kesilapan itu mungkin kejahilan saya dan sikap tidak amanah tukang pelan yang saya upah untuk menyelesaikan tugasnya yang telah pun dibayar oleh kami selaku pemilik rumah.

Surat rayuan dibuat kepada MPKT agar tindakan undang-undang tidak diambil kerana saya mempunyai surat kelulusan daripada beberapa pejabat kerajaan dan agensi yang terlibat dalam proses pembinaan rumah. Contohnya JKR, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pembentungan dan beberapa lagi pejabat kerajaan yang terlibat. Saya tak ingat, sebab dah terlalu lama, tetapi salinan surat masih ada. Masalah yang timbul ialah diperingkat akhir setelah semua jabatan kerajaan yang terlibat meluluskan pelan rumah kami, tetapi proses terakhir ialah mendaftarnya di MPKT. Proses terakhir inilah yang mana saya difahamkan anak tukan pelan (Allahyarham) tidak menghantarnya ke MPKT.

Selepas surat rayuan dihantar, saya tidak menerima sebarang jawapan daripada MPKT sehinggalah pada akhir tahun 2010, sekali lagi saya menerima surat amaran daripada Bahagian Undang-Undang MPKT untuk menyaman kami kerana membina rumah tanpa kelulusan pelan.

Kebetulan waktu itu saya hampir bersara akhir tahun 2010. Maka selepas sahaja saya bersara, bermula satu tugasan penting untuk saya iaitu  berusaha mendapatkan pelan rumah kelulusan MPKT yang mana rumah tersebut sudah terbangun hampir 12 tahun.

Awal tahun 2011 saya menghubungi tukang pelan asalnya HWR. Kebetulan anaknya bersekolah di SKSS1. Sebelum bersaras, sudah beberapa kali saya terserempak dengannya, tetapi saya dapat merasakan bahawa beliau berasa malu kerana kes rumah saya tidak selesai. Dan sudah beberapa kali saya mempersoalkan integriti dan tanggungjawab beliau selaku tukang pelan yang telah dibayar upahnya, tetapi kerjanya tidak selesai.

Setahu saya dan memang saya difahamkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab tukang pelan untuk melukis, mendapatkan kelulusan daripada agensi yang berkaitan, menyelia sewaktu pembinaan, dan akhirnya mendapatkan sijil layak menduduki (CF) bagi pelan rumah yang dilukisnya. Beliau mengakui, tetapi tidak melakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan tersebut.

Sehinggalah saya terpaksa berjumpa dengan beliau dan menjamin bahawa saya akan bayar upah yang baru sekiranya beliau menyambung kembali tugasnya untuk melukis pelan pindaan dan menghantar kepada MPKT dan memastikan rumah tersebut mendapat CF (Sijil Layak Menduduki). Akhirnya beliau bersetuju. Malangnya beliau bertugas di Besut dan untuk menanti segala proses hantar pelan ke MPKT dan menunggu jawapan, saya fikir tentu mengambil masa yang panjang. Untuk menyelesaikan kerja dan mempercepatkan proses kelulusan, maka saya bertindak sendiri dengan mengambil pelan tersebut di pejabat Zubir Tukang Pelan, menghantar dengan tangan ke tingkat 5 MPKT.

Apa yang berlaku selepas itu,  pelan saya dipendam hampir 2 bulan tanpa sebarang tindakan, kerana kakitangan yang berada di Tingkat 5 tak jumpa memncari fail asal pelan rumah saya. Mereka tidak ada sistem mengesan di mana fail itu berada. Sepatutnya bila fail itu keluar tentu ada rekod siapa dan bahagian mana yang mengambilnya.

Sekali lagi saya naik ke tingkat 7 bangunan MPKT berjumpa dengan Penolong Pegawai Undang-Undang yang pernah saya jumpa sebelum ini, tetapi tiada, mesyuarat, dan saya berjumpa dengan CC di Bahagian Undang bertanyakan fail rumah saya. Rupa-rupanya fail tersebut masih berada di tingkat 7. CC pura-pura marah menelepon Tingkat 5 dan marah-marah depan saya kenapa tak datang ambil fail tersebut. Itulah kerenah yang saya lihat di MPKT. Berbeza sugguh dengan banner yang digantung serata tempat dalam MPKT Konsep 5S. Sisih, Susun, Simpan, dan belah-belah lagi saya tak ingat.

Selepas itu banyak kalilah saya turun naik MPKT untuk mendapatkan maklumat status permohonan kelulusan pelan rumah yang telah siap lebih 12 tahun.

Sehingga hari ini saya hitung dan saya kira lebih sepuluh kali saya turun naik MPKT dan pejabat Zubir Tukang Pelan semata-mata untuk menyelesaikan permohonan pelan rumah tersebut. Seingat saya telah lebih RM 4.000.00 telah dibayar kepada Tukang Pelan (upah lukis semula pelan rumah) , Denda yang dikenakan oleh MPKT kerana bina rumah tanpa kelulusan pelan, dan untuk proses akhir ini saya difahamkan Indah Water akan mengenakan bayaran sekitar RM600.00 untuk kelulusan pembentungan.

Pagi ini saya menyerahkan pelan untuk Indah Water dan diminta menghubungi Indah Water dalam masa dua minggu. Selepas ini kena isi pula borang E ! untuk dapatkan CF. Saya berdoa agar Allah mempermudahkan proses ini sehingg akhir.

RUMUSAN

  1. Saya banyak kali menaiki bangunan MPKT dan berurusan dengan beberapa orang pegawai dan kakitangan MPKT. Ada yang baik, sangat membantu, tetapi tak kurang juga kerenahnya, kerana semua surat yang dihantar salah alamat rumah, mungkin kerana kerja copy, paste menyebabkan kesilapan yang sama.

  1. Pelanggan MPKT mestilah datang sendiri untuk mengetahui status permohonan atau apa sahaja tindak susul yang perlu dilakukan, jika kita hanya menunggu surat jawapan, besar kemungkinan kita lupa apa yang patut kita lakukan. Maknanya masanya terlalu lama dan kadang-kadang mungkin kita akan terus lupa. Akhirnya kitalah yang akan disalahkan, sebagaimana yang berlaku kepada saya.

  1. Hati-hatilah kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin membina rumah sendiri, carilah tukang pelan yang amanah, cekap, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jangan hanya cari yang murah tetapi tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Dan pastikan tukang pelan tersebut berdaftar dan tanya dia apa tugas dia, kalau hanya melukis sahaja, baiklah cari tukang pelan lain.

  1. Untuk mempercepatkan sebarang proses di MPKT, kenalan atau kroni sangat penting. Carilah rakan atas rakan atau sesiapa sahaja yang kita kenali untuk tolong mempecepatkan proses kelulusan atau apa sahaja di MPKT. Jika tidak, aniaya dibuatnya.

  1. Saya juga kebetulan punyai rakan yang juga ahli mesyuarat MPKT, orang kuat UMNO, tetapi dia punyai hubungan yang baik dengan saya, dan saya selalu telepon beliau untuk dapatkan pertolongan. Dan ada beberapa orang lagi yang saya kenali di MPKT tetapi kebanyakannya adalah penyokong kuat UMNO. Dalam hati saya terfikir juga, mungkin salah kot, agaknya MPKT ini kubu kuat UMNO ke ? Wallah hualam.

  1. Akhir sekali saya suka mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang diberi amanah, tidak kira dimana kita bertugas, bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan disoal dan dipetnggungjawab di hadapan Allah swt. Laksanakanlah tugas kerana Allah, bukan kerana pitis atau kerana kroni. Duit /pitis mudah dapat, tetapi ingatlah bahawa pitis / duti itu akan jadi darah daging kita kelak.

  1. Janganlah sesuatu jabatan atau agensi berbangga dengan ISO, 5S atau apa sahaja slogan, tetapi tanyalah pelanggan kita, adakah mereka berpuashati dan mendapat layanan yang adil daripada tugas dan tanggungjawab  kita. Kadang-kadang kita seronok dengan slogan, siang malam buat kerja nak siapkan ISO, 5S, hasilnya, indah rupa tetapi pelanggan tetap tak dapat merasai kecekepan dan amanah kita.

Sunday, April 15, 2012

Mereka bukan umat yang membaca….

sleep book 300x199 Mereka bukan umat yang membaca….

Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam kini dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tidak mendidik jiwa sehingga minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ini telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini.

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lin jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?
Jepun – 40 buah buku setahun
Eropah – 10 buah buku setahun
Arab – 20 muka surat setahun

Malaysia – 2 muka surat setahun’

Nah, sebab itulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,”Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah umat yang membaca.”

Membaca adalah suatu keperluan yang diibaratkan sebagai oksigen kepada sistem pernafasan kepada kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka.

Wahyu yang pertama dengan roh iqra’ umat terdahulu mesti dibangunkan dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali keduanya.

Apakah rahsia kepada kejayaan umat kini ? Rahsianya ialah pada membaca dan terus membaca, belajar dan terus belajar, beramal dan terus beramal.

Harga atau nilai kehidupan yang sebenar bagi kita dan umat ini secara keseluruhannya hanyalah dengan kehidupan yang berpaksikan bimbingan al Qur’an dan bukan bersumberkan kepada nafsu atau aqal semata-mata.

Apakah kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca?
  1. Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain.
  2. Merancang bacaan samada bahan yang di baca dan bersesuaian dengan target pembacanya
  3. Mengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
    expo buku islam1 300x200 Mereka bukan umat yang membaca….
    Membudayakan 'hidup membaca' kepada anak-anak
  4. Sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala.
  5. Memberi penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk  berlumba-lumba membaca
  6. Mencatatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikan
  7. Buat perpustakaan mini di rumah untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa.
  8. Sampaikan apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang
    mbaca quran 300x225 Mereka bukan umat yang membaca….
    Budaya yang belum wujud di Malaysia...
  9. Bantu sahabat dan kenalan anda dengan ‘membudayakan hidup membaca’ dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.
  10. Dekatilah para ulama dan galilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.
Marilah kita ingati firman Allah swt yang bermaksud, “Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat.”
(Surah al Mujadalah ayat 11)    

Jom ! Tingkatkan pembacaan dan selamat beramal….

Juga ikuti coretan harian di :
http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880

UMAT YANG KEHILANGAN JENAMA

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Sering kali apabila bersolat di al-Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi s.a.w, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini. Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf salat yang penuh teratur. Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa rehearsal membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan practise solat berjemaah di negara masing-masing.

Namun, apabila sahaja iqamah dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latarbudaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin. Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak. Tiada saf khas untuk golongan bangsawan yang diharamkan golongan bawahan berada sebaris dengan mereka. Betapa agama ini telah menghimpunkan dan mendisiplinkan manusia.

Demikianlah ibadah-ibadah lain dalam Islam ini. Haji, perlambangan keserataan manusia. Tiada hak sesiapa menghalang orang lain bertawaf kerana orang bangsawan ingin bertawaf. Tiada siapa yang berbeza dalam beribadah kepada Allah. Tiada raja ataupun sultan yang boleh menyeru Allah dengan kesombongan diri atau bahasa yang berbeza kerana dia raja atau presiden ataupun sultan. Maha Suci Allah dari membezakan hamba-hambaNYA disebabkan kedudukan dunia mereka. Bahkan, Allah menerima mana-mana doa yang penuh kerendahan jiwa dan menolak doa yang dilafazkan dengan kesombongan diri.

Demikian puasa, zakat dan pelbagai ibadah lain dalam Islam jika dihayati banyak nilai-nilai mulia dalam kehidupan individu dan masyarakat muslim dapat dibina. Bab taharah ataupun kebersihan dan penyucian diri, pakaian dan tempat ibadah mempunyai banyak nilai yang Islam didik penganutnya.

Manakah Kesannya?

Namun, malang sekali negara-negara orang muslim itu kebanyakannya kotor. Ambil sahaja Kaherah yang orang Islam bangga kerana adanya University al-Azhar. Ia dianggap sebagai kota ilmu oleh sesetengah pihak. Namun, Kaherah juga merupakan kota sampah-sarap. Kekotaran seakan menjadi budaya. Tiada disiplin dalam hidup bermasyarakat. Rasuah dan salah guna kedudukan bermula dari tukang sapu sampah sehingga ke presiden negara.

Jalanraya tiada peraturan. Bunyi hon kereta rukun wajib dalam memandu. Sehingga saya pernah bergurau: “Orang Mesir, boleh pandu kereta tanpa tayar tetap tidak boleh pandu kereta tanpa hon”. Asap dan bau busuk adalah aroma kehidupan mereka. Di manakah perginya golongan agama dan ilmuwan kota itu?! Di mana perginya segala perbahasan ilmu yang dilaung-laungkan itu?!! Apakah pula disiplin dan nilai baik yang manusia dapat kutip dari mereka?

Dua minggu lepas saya berada di Irbid, Jordan. Bandar yang mengelilingi University Yarmouk. Malang sekali, sampah sarap bagaikan bunga-bunga yang menghiasi bandar itu. Menyedihkan. Saya bukan ingin memuji Oxford berlebihan kerana saya berada di sini sekarang. Namun ini suatu realiti. Bandar ilmu ini bersih. Sukar sama sekali mendengar hon kenderaan. Juga tiada pencemaran asap bas ataupun kenderaan biasa. Orang tahu menggunakan tong sampah, bahkan tahu membezakan jenis sampah.

Gereja memang banyak di bandar ini, namun ia tidak semakmur masjid-masjid di tempat kita. Bahkan kebanyakan mereka tidak percayakan agama, sekalipun mereka percaya wujudnya Tuhan. Saya percaya nilai-nilai baik itu tiada kaitan dengan agama, tetapi kejayaan pendidikan yang mantap dan berkesan. Sehingga nilai-nilai baik menjadi budaya. Sementara kita, golongan agama ramai yang sibuk dengan teori itu dan ini, ataupun sibuk mengisi dan menggemukkan poket masing-masing melebihi usaha mendidik dan membentuk umat yang berkualiti. Sibuk menghukum orang lain sehingga terlupa mengemaskan diri, rumah dan negara sendiri.
Umat Contoh
Kita membaca firman Allah: (maksudnya)
“Demikian Kami jadikan kamu umat yang wasat supaya kamu menjadi saksi ke atas manusia dan al-Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu” (Surah al-Baqarah: 143).
Perkataan ‘wasata’ yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bermaksud pertengahan (moderation). Ayat ini dibahaskan oleh para mufassirin dengan pelbagai tafsiran yang kesemua memberi makna umat Islam ini dijadikan Allah sebagai umat yang adil, mulia dan contoh kepada umat lain. Al-Syinqiti dalam Adwa al-Bayan menafsirkannya sebagai umat pilihan dan adil. Demikian juga Ibn ‘Ashur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir memberikan tafsiran yang hampir sama. Dalam edisi English Taisirur Rahman ditafsirkan: “a nation which profoundly great and most superior”. Persoalannya, di manakah ini semua pada hari ini. Ya, umat ini telah membuat sejarah pada masa lalu, tetapi apakah realiti hari ini?

Kita mengutuk ataupun mengkritik Barat tetapi kita jangan lupa bahawa banyak nilai yang baik Barat telah bina untuk kehidupan mereka. Di samping perkara-perkara yang kita tidak setuju tentang mereka, mereka mempunyai banyak perkara positif yang kita gagal dalam kehidupan kita. Ambil sahaja soal hak rakyat dalam mempersoalkan sesiapa yang menyalahgunakan harta awam dan taxpayer’s money, mereka miliki hak itu. Surat khabar dan media mereka berhak mempertikaikan baju, cuti dan segala perbelanjaan yang digunakan oleh HM Queen dan istananya. Tiada sebarang hukuman kerana itu.

Belanja Queen dan istana dibentangkan kepada rakyat jelata. Mereka berhak mempersoalkannya. Jadilah mereka bangsa yang bermaruah dalam soal tersebut. Kita tahu pada tahun ini Kerajaan British menolak untuk HM Queen Elizabeth membeli kapal persiaran. Padahal Queen telah 60 tahun berkhidmat. Jurucakap PM David Cameron, Steve Field menyebut: “I don’t think anyone is suggesting public money should be used for this. There is a difficult economic situation, there are scarce public resources, therefore we don’t think it would be an appropriate use of public money”.

HM Queen bawa payung sendiri.

Inilah sikap rakyat yang merdeka dari menjadi hamba penguasa. Malang sekali di dunia muslim; presiden, sultan dan raja boleh menggunakan harta awam tanpa dipersoalkan. Lebih buruk lagi, rakyat yang mempersoalkan itu pula yang dianggap bersalah dan derhaka, sedangkan si penguasa dan raja yang menggunakan harta negara dan awam disanjung mulia. Harta dan belanja mereka tidak dibentangkan kepada awam. Istana, kereta, komisyen projek itu dan ini didiamkan sahaja. Inilah dunia muslim.

Laungan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) hanya di corong pembesar suara, tapi dalam kehidupan rakyat, penguasa juga yang maha besar. Inilah rakyat yang diperhambakan dan tidak merdeka. Bagaimana mungkin rakyat yang seperti ini menjadi umat contoh kepada agama lain? Ini bukanlah ciri wasatiyyah yang dimaksudkan oleh al-Quran. Sama sekali tidak!

Sebab itu, walaupun ‘Arab Spring’ mempunyai kesan negatifnya, tetapi positifnya lebih banyak. Sekurang-kurang umat Islam tidak dilihat menjadi hamba golongan regim dan pemerintah yang zalim lagi korupsi, yang memeras harta dan darah, sedangkan umat ini berdiam saja. Ini mesti dihentikan! Sekurang-kurang dibuktikan pada dunia, umat ini masih hidup!

Saya teringat kisah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I’lam al-Muwaqi’in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata:
“Hendaklah kamu dengar dan taat!”. Tiba-tiba sahabat Nabi s.a.w yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: “Kami tidak mahu dengar”. Umar pun bertanya: “Mengapa wahai Salman?”. Jawab Salman: “Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai”. Jawab Umar: “Sabar wahai Salman!. Lalu Umar berkata kepada anaknya: “Wahai Abdullah (bin ‘Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku”. Jawab Abdullah bin ‘Umar: “Ya, demi Allah”. Jawab Salman: “Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)”.
Kita perlu mengembalikan jenama kita yang tinggi nilai di mata manusia. Kita umat yang branded pada suatu masa dahulu. Tiada siapa yang wajar membiarkan kemunduran ini. Hanya golongan pengampu ataupun literalist sahaja yang cuba menjustifikasikan kemunduran kita yang gagal menjadi umat contoh. Islam terhijab dalam banyak keadaan disebabkan realiti yang kita alami ini. Kita mesti berubah. Rakyat dan pemerintah mesti bergerak ke arah perubahan. Kembalikan jenama kita. Kita umat yang branded. Kita umatan wasatan.


Saturday, April 14, 2012

Ketika Keikhlasan Terabaikan


14/4/2012 | 22 Jumada al-Ula 1433 H | Hits: 281

dakwatuna.com - Ikhlas. Mudah diucapkan tapi tidak mudah untuk diterapkan. Sufyan Ats Tsauri pernah berkata, “Sesuatu yang paling sulit bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, karena begitu seringnya ia berubah-ubah.” Seorang ulama saja masih merasa sulit, bagaimana dengan kita?

Ikhlas berasal dari kata khalasha yang secara bahasa berarti membersihkan. Sedangkan secara istilah artinya membersihkan niat dan motivasi, serta hanya menjadikan Allah sebagai tujuan. Lawan dari ikhlas adalah riya’, yaitu beramal karena mencari keridhaan manusia, ingin dipuji, dan bukan karena Allah. Riya’ termasuk salah satu dosa yang merusak amalan, dan ancaman terhadapnya sangat besar dan keras dalam Al-Quran dan Hadits,

يأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (QS. Al-Baqarah: 264)

وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَـاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِيناً فَسَاء قِرِيناً

“Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.” (QS. An-Nisa: 38)

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَراً وَرِئَاء النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

“Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.” (QS. Al-anfal: 47)

Dan riya’ juga termasuk salah satu sifat orang munafik dan orang kafir,

إنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. An-Nisa: 142)
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ () الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ () وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
  ()
“(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. Orang-orang yang berbuat riya’ dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (QS. Al Maa’uun: 5-7)

Maka bisa dikatakan bahwa ikhlas adalah salah satu prinsip yang besar dan penting di dalam agama Islam. Karena hilangnya Ikhlas menjadi sebab tertolaknya amal ibadah. Dari Abu Hurairah bahwa Nabi saw bersabda: Sesungguhnya orang yang paling pertama akan diadili pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mati syahid, maka Allah-pun memperkenalkan nikmatNya kepadanya dan diapun mengetahuinya. Allah bertanya: Apakah yang engkau perbuat untuk mendapatkan nikmat tersebut? Maka lelaki tersebut menjawab: Aku telah berperang dalam rangka menegakkan kalimatMu sampai mati syahid. Dia membantah lelaki tersebut: “Engkau telah berdusta, akan tetapi engkau berperang agar dikatakan sebagai seorang pemberani, dan itu telah dikaitkan kepadamu. Kemudian diperintahkan untuk diseret di atas wajahnya sehingga dicampakkan ke dalam api neraka. Kemudian seorang lelaki yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Qur’an. Maka diapun didatangkan menghadap Allah untuk memperlihatkan nikmatnya sehingga diapun mengetahuinya. Allah bertanya: Apakah yang telah engkau perbuat untuk meraih kenikmatan tersebut? Lelaki tersebut menjawab: “Aku belajar ilmu agama dan mengajarkannya serta membaca Al-Qur’an semata karena diriMu. Allah membantah: Engkau telah berdusta, sesungguhnya engkau menimba ilmu agar dikatakan orang yang alim dan membaca Al-Qur’an agar orang memujimu sebagai orang pandai membaca, dan itu telah dikatakan bagimu, maka diperintahkanlah malaikat menggeretnya di atas wajahnya sehingga dilemparkan ke dalam api neraka. Dan seorang lelaki yang diluaskan rizkinya oleh Allah dan diberikan baginya bermacam-macam harta. Maka dia dihadapkan kepada Allah dan Dia memperkenalkan baginya nikmat-nikmatnya. Lalu Allah bertanya kepadanya: Apakah yang telah kamu kerjakan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: Tidaklah satu jalan pun yang engkau senangi untuk diinfaqkan harta padanya kecuali aku menginfakkan harta padanya karena diriMu”. Allah membantahnya: “Engkau telah berdusta, akan tetapi engkau mengerjakan perbuatan tersebut agar dikatakan sebagai orang yang dermawan dan hal tersebut telah katakan bagimu”. Kemudian dirinya digeret di atas wajahnya kemudian dicampakkan ke dalam api neraka)). Lalu pada saat hadits ini sampai kepada Mu’awiyah maka diapun menangis dengan sejadi-jadinya, lalu pada saat dia telah sadar dia berkata: Maha benar Allah dan Rasul-Nya:

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan Sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan”

“Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang Telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang Telah mereka kerjakan.” (QS. Huud: 15-16)

Perhatikan dan renungkanlah hadits di atas. Bagaimana seorang ahli al-Qur’an tidak mendapatkan syafa’at dari al-Qur’an itu sendiri padahal al-Qur’an memiliki hak untuk dapat member syafa’at bagi mereka yang senantiasa membacanya dan mengajarkannya? Tidak adanya syafa’at dari al-Qur’an disebabkan hilangnya keikhlasan pembacanya. Demikian pula dengan pemilik harta dimana kebaikannya kepada orang lain dan silaturrahimnya tidak dapat menjadi penolong baginya, disebabkan hilangnya keikhlasan di dalamnya. Demikian pula keadaannya dengan sang Pejuang yang terbunuh di medan perang, dimana terbunuhnya dia di sana tidak dapat memberikan pertolongan baginya di hari kiamat, disebabkan karena pengorbanannya hampa dari keikhlasan.

Dari Mahmud bin Labid: Bahwasanya Rasulullah Saw bersabda: “Hal yang paling aku takutkan terjadi pada diri kalian adalah syirik kecil” para sahabat bertanya: ‘apa syirik yang kecil itu wahai Rasul Allah?’, Rasulullah menjawab: “Riya’, pada hari Qiyamat nanti, pada hari pembalasan atas setiap perbuatan, Allah Swt akan berkata kepada mereka (yang berlaku riya’): “pergilah kalian kepada mereka (dimana amalan kalian persembahkan) dan carilah balasan dari perbuatan kalian itu dari sisi mereka” (Dikeluarkan oleh Ahmad).

Dalam hadits yang lain disebutkan:
Dari Ibnu ‘Abbas beliau berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Barang siapa yang mencari popularitas dengan amal perbuatannya, maka Allah akan menyiarkan aibnya dan barang siapa yang riya’ dengan amalnya, maka Allah akan menampakkan riya’nya” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Masya Allah… Betapa pentingnya keikhlasan. Ketika keikhlasan terabaikan… Apalagi yang mau kita andalkan? Padahal ia salah satu syarat diterimanya sebuah amalan…

Begitu meruginya kalau kita beramal tanpa keikhlasan. Pertama, amalnya sia-sia karena Allah tolak. Kedua, tidak ikhlas adalah suatu pertanda ada motivasi lain selain ridha Allah, maka masuklah ke dalam riya’, dan riya’ adalah syirik. Ketiga, riya’ termasuk salah satu sifat orang munafik. Wal’iyaadzu billah.

Semoga semua amal-amal kebaikan kita semata-mata murni karena Allah SWT, ikhlas karena Allah swt.
Wallahua’lam

Friday, April 13, 2012

BARAKAH SEORANG IBU

Pagi kemarin saya terpaksa balik awal dari masjid. Kebiasaanya saya akan menghabiskan beberapa surah rutin yang saya baca setiap lepas subuh, barulah saya balik ke rumah. Maklum sajalah, tidak seperti dulu, lepas sahaja solat subuh terpaksa bergegas balik untuk ke sekolah. Tetapi sekarang, dah jadi YB, (Yang Bersara), banyak masa terluang, anakpun dah tak sekolah, tunggu keputusan UPU. (keputusan Unit Pusat Universiti).

Pagi kemarin saya telah berjanji untuk menghantar jiran saya Tuan Haji Bakar dan isterinya ke Aiport Sultan Mahmud, untuk ke KL. Beliau dan isterinya ke KL untuk majlis sambut menantu yang akan diadakan pada hari Ahad ini di Puchong, Selangor.  

Dalam perjalanan ke Aiprot saya sempat berbual bertanya khabar anaknya yang bekerja sebagai arkitek. Menurut cerita Haji Bakar, anaknya telah berhenti kerja sewaktu isterinya menjalani pembedahan fibroid di Hospital Perdana  Kota Bharu awal bulan Mac lalu. Waktu itu saya sedang menunaikan umrah.

Hampir dua minggu anaknya Baby (nama timangan) menjaga isterinya Kak Yah di Hospital. Dan yang paling mengejutkan saya anaknya Baby sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya. Maklumlah bekerja dengan syraikat swasta bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapat cuti. Tambahan pula melibatkan orang sakit yang tidak pasti berapa hari diperlukan untuk sembuh. Sepanjang tempoh isterinya dirawat di hospital, anaknya Babylah yang sentiasa menunggu ibunya, melayani isterinya dengan penuh taat dan kasih sayang dari seorang anak kepada ibunya. Kak Yah sangat tersentuh menceritakan pengorbanan anaknya Baby, sewaktu beliau di rawat di hospital Perdana.

Yang menariknya mengikut cerita Haji Bakar, anaknya tergamak berhenti kerja walaupun gajinya sudah menjangkau lebih RM3000.00 sebulan. Tetapi demi ibunya, dia nekad. Selepas dua minggu, ibunya beransur sembuh dan balik ke Kuala Terengganu. Anaknya Baby ditawarkan kerja di sebuah syarikat arkitek yang baru dengan tawaran gaji yang hampir sama sebagaimana dia berhenti dahulu.

Tidak sampai seminggu anaknya bekerja di syarikat baru, dia ditawarkan pula oleh sebuah syarikat arkitek yang lain dengan tawaran gaji RM4,000,00 sebulan. Ajaib!!! Bukan senang sebenarnya dalam suasana sekarang, keadaan ekonomi yang tidak menentu, tetapi itulah hakikatnya, BARAKAH MENJAGA IBU SEDANG SAKIT, Allah murahkan rezekinya.

Bila mendengar kisah yang diceritakan oleh Haji Bakar, saya teringatkan sebuah buku yang pernah saya baca iaitu ”Dahsyatnya Doa Ibu” karya Syamsuddin Noor keluaran PTS. Saya petik dua potong hadis berkaitan akhlak kepada ibu untuk kita renung dan jadikan iktibar dalam menjalani hidup yang tidak kekal ini.

“Sesiapa yang ingin panjang umur dan mendapat rezeki yang melimpah ruah hendaklah dia berbakti kepada  kedua orang tuanya dan menyambung tali silaturahim” (hadis Riwayat Ahmad)

“Berbuat baiklah kepada kedua ibubapamu nescaya anak-anak kamu juga akan berbuat baik kepadamu. Peliharlah kehormatan isteri orang lain nescaya isterimu terpelihara  daripada celaan orang lain” (hadis riwayat Thabrani).

Semuga kisah benar ini membuka hati dan fikiran kita agar sentiasa mengasihi, mengasihani dan berbakti kepada kedua ibubapa kita. Jangan bimbang selagi kita berbakti kepada kedua ibubapa kita, Allah akan menjamin rezeki kita.

Sayang…Bahagiakah Kita?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...

"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.

Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
 
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.

Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.

Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.

Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?

Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.

Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?

Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?
- Artikel iluvislam.com

Ditulis oleh PAHROL MOHAMAD JUOI. layari  blog beliau di http://genta-rasa.com/about/

Wednesday, April 11, 2012

Projek Pusat Rawatan Al Hidayah Maahad Tahfiz Al Quran AL Hidayah

Inilah antara poster dan brochure Sekolah Tahfiz Al Quran yang dirancang oleh Pusat Rawatan Al Hidayah yang diasaskan oleh Tuan Haji Lokman bin Abd Hamid. Sekolah ini akan dibina awal tahun 2013 di Janda Baik, Bentong, Pahang. Pengambilan pelajar dan kakitangan akan bermula akhir November 2012.

Pembangunan sekolah ini dibiayai hasil daripada sumbangan pesakit Pusat Rawatan Islam Al Hidayah yang telah beroperasi lebih daripada 11 tahun. InsyaAllah kutipan derma masih diteruskan, sesiapa yang ingin melabur untuk amanah saham akhirat bolehlah hubungi Tuan Haji Lokman ataupun Asyraf Muslim ataupun saya sendiri melalui tel 0199861952.