Wednesday, February 16, 2011

Pengkhianat amanah cetus kemusnahan masyarakat


Oleh Hashim Ahmad

BH 2011/02/16

ANTARA ketakwaan yang dibebankan kepada kita adalah menunaikan amanah. Amanah sebenarnya ditawarkan kepada alam semesta, langit, bumi dan gunung. Namun mereka takut memikulnya dan enggan menerima kerana takut azab Allah. Lalu amanah itu ditawarkan kepada Adam dan beliau menerimanya.

Ibnu Abbas menjelaskan pengertian amanah dalam ayat 72 dan 73 Surah Al-Ahzab: “Amanah adalah kewajipan yang Allah tawarkan kepada langit, bumi dan gunung. Apabila mereka menunaikannya maka mereka mendapat pahala dan bila mereka mensia-siakannya maka mereka diberi seksaan lalu mereka menolaknya bukan kerana tidak taat kepada Allah tapi kerana mengagungkan agama Allah.”

Sesungguhnya amanah itu beban syariat yang mencakup hak Allah dan hak hamba-Nya. Siapa menunaikannya maka dia mendapat pahala dan yang mensia-siakannya mendapat seksa.

Sesiapa memiliki kesempurnaan sifat amanah maka dia menyempurnakan agamanya, dan siapa tidak memilikinya maka ia membuang agamanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menjaga janjinya.” (Riwayat: Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani).

Sifat amanah menjadi sifat nabi dan rasul. Firman Allah ketika mengisahkan mengenai Nabi Nuh, Hud, dan Salleh bermaksud: “Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” (Surah Asy-Syu’ara: Ayat 107 dan 108).


Tauhid dan menolak syirik adalah amanah. Amar makruf nahi mungkar adalah amanah. Harta adalah amanah yang tidak boleh dipakai untuk kemaksiatan. Mata amanah harus dijaga daripada memandang yang haram. Anggota tubuh adalah amanah yang harus dipelihara daripada kemaksiatan.
Anak adalah amanah yang harus ditunaikan dengan mendidik mereka dengan ajaran Islam.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang memelihara amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang yang memelihara shalatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Mu`minun, ayat 8 hingga 11).

Sabda Rasulullah bermaksud: “Berilah jaminan kepadaku enam perkara, nescaya aku jamin bagi kalian syurga iaitu: Apabila salah seorang kalian berbicara maka jangan berdusta. Apabila berjanji jangan mengingkari. Apabila diberi amanat jangan berkhianat dan tundukkan pandangan, pelihara kemaluan serta jagalah tangan kalian.” (Hadis Riwayat: Ahmad).

Perlu diingat, tidak menunaikan amanah memberi kesan buruk kepada seseorang dan menjadi sebab kerosakan masyarakat. Rasulullah pernah ditanya mengenai waktu kiamat. Baginda menjawab bermaksud: “Apabila amanat disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” (Riwayat Al-Bukhari).

Oleh itu bertakwa, pelihara amanat dan tunaikan hak dan kewajipan seorang hamba serta jauhilah semua larangan Allah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa: Ayat 58).

Ayat ini mencakupi seluruh jenis amanah dan antara yang terpenting adalah tugas, pekerjaan serta jabatan. Siapa yang menunaikan kewajipan yang Allah bebankan pada tugas dan jabatan itu serta merealisasikan kemaslahatan Muslimin, maka dia menunaikan amanah dan berbuat kebaikan untuk akhiratnya.

Mereka yang tidak menunaikan amanah atau mengambil rasuah dengan menggunakan jabatan dan kedudukannya, maka dia mengkhianati amanah dan mendapat bencana dan seksaan Allah dan akan dimalukan di akhirat.

Demikian juga amanat yang disimpan orang kepada kita, kita wajib menunaikannya dan jangan berkhianat walaupun orang lain mengkhianati kita. Nabi pernah bersabda bermaksud: “Tunaikan amanah kepada orang yang memberimu amanah dan jangan mengkhianati orang yang berkhianat kepada kamu.”
(Riwayat: Ahmad dan at-Tirmidzi)

Maulidur Rasul, jejantas dan pembaziran

oleh NURUL IZZAH
2/15/2011 10:38:27 AM
Kemeriahan Maulud Nabi disambut penuh makna oleh masyarakat Islam di sini, menerusi perarakan keluarga, sahabat handai dan jiran terdekat, mahupun ceramah agama.

Namun, yang perlu kita utamakan, dalam memperingati hari keputeraan Rasulullah SAW; bagaimanakah kita, umat zaman ini, benar-benar menjiwai dan menterjemahkan risalah kebenaran dan keadilan yang dibawa Baginda?

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang paling baik....”
Perkembangan luar biasa terkini dunia Islam, terutama di Timur Tengah, meyakinkan saya jikalau diberi peluang berdemokrasi, umat Islam tentunya menzahirkan ajaran dan amalan Rasulullah SAW yang berpaksikan prinsip-prinsip kepimpinan terbaik yang memanfaatkan seluruh masyarakat.

Dalam erti kata lain, kepimpinan Baginda SAW menjadi model ukuran dan piawaian wajib diguna pakai dalam menilai kepimpinan dunia Islam sekarang.

Apakah yang akan dilakukan oleh Baginda SAW jika berdepan dengan kepimpinan sekarang yang bergelumang dengan rasuah dan membazirkan wang amanah milik rakyat untuk keuntungan sendiri?
Sepertimana berlaku dalam arus kebangkitan di dunia Arab, akhirnya rakyat sendiri bangkit mencari ruang dan peluang untuk hidup dalam kebenaran dan keadilan – satu contoh penghayatan piawaian kepimpinan Baginda SAW.

Jika diberi peluang, saya yakin seluruh umat Islam akan menterjemah kepimpinan, risalah kebenaran serta keadilan dalam semua bentuk yang baik untuk membina kembali kegemilangan insaniah bertakwa sebagai khalifah di muka bumi fana ini.
Jadi apakah ruang dan peluang yang wujud di negara kita sendiri?

Baru-baru ini warga Kuala Lumpur dikejutkan dengan pengumuman fasa pertama jejantas pejalan kaki yang siap untuk digunakan (dari KLCC ke Hotel Impiana dengan kelengkapan pendingin hawa).
Nilai yang diumum sekitar RM10 juta untuk pembinaan jejantas sepanjang 142 meter; agak kontroversial memandangkan ekonomi semasa yang agak menghimpit dan apabila penggunaannya dikhususkan untuk pelancong asing, bukannya rakyat terbanyak.

Menurut laporan Bernama pada 8 September 2010, “Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.”

Laporan ini menyatakan Kerajaan Pusat, melalui Petronas, menyediakan dana bagi projek jejantas 142 meter berserta fasa kedua sepanjang 375 meter, yang akan menghubungkan ke Jalan Raja Chulan.

Jika laporan ini benar, rakyat dapat menyimpulkan kemungkinan satu pembaziran berlaku apabila wang sebanyak itu dibelanjakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akhirnya bertanggungjawab kepada rakyat, sedang subsidi rakyat (menerusi Petronas antara lainnya) dipotong secara konsisten dari semasa ke semasa.

Adakah DBKL berpakat sulit dengan GLC untuk membina satu lagi infrastruktur awam yang ‘maha tinggi’ kosnya atau telahkah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk tersebut. Jikalau DBKL dikecualikan dari proses memberi kelulusan, maka pada siapakah dapat rakyat bergantung harap untuk memastikan kebajikan terjaga?
Apakah mungkin penduduk kawasan saya dan di Kuala Lumpur menikmati jejantas dan siar kaki yang serupa – berhawa dingin dan berbumbung – yang menghubungkan kawasan perumahan ke sekolah-sekolah dan tempat awam lain atau adakah projek berkelas dunia ini hanya untuk dinikmati pengunjung?

Malangnya, walau hanya dinikmati pengunjung, kos pengendalian dan penyelenggaraan projek jejantas ‘Maha Mahal’ dan berhawa dingin ini, akan dibayar oleh DBKL. Jumlah sebenar kos tersebut hanya boleh dijawab oleh YB Menteri dan Datuk Bandar – yang masih belum menjawab perinciannya setakat hari ini.

Laporan di The Star 9 Februari lalu menyatakan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah “menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL.”
Ini secara terang menunjukkan mekanisme “Bina dan Pindah milik” (Build and Transfer) telah diguna secara diam-diam, tanpa pengetahuan umum dan dengan tiada kebertanggungjawaban. 

Akhirnya, wang rakyat akan diguna untuk menyelenggara kemudahan ini. Adakah penduduk KL bakal dikejutkan dengan nilai yang “maha besar”? Adakah pihak DBKL akan mengenakan “tol” kemudian untuk membayar kos yang menggunung, atau adakah ia akan diswastakan?

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Anas RA menjelaskan:
Pada suatu hari, Rasulullah SAW keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Nabi SAW terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah, lalu baginda bertanya: “Rumah siapa itu?” Sahabat memberitahu, rumah itu kepunyaan si polan daripada kaum Ansar. Nabi SAW diam tidak berkata apa-apa, tetapi memendamkan perkara itu dalam hatinya.
Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW bersabda di hadapan para sahabat “Ingatlah! setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu, kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan.”
Firman Allah SWT bermaksud: “Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhannya”. (Al-Isra’, ayat 27) 

Inilah yang terngiang-ngiang dalam kepala saya, beberapa jam sebelum kita secara rasminya menyambut Maulud Nabi. Salam selawat buat Baginda dan keluarga. Moga kita sentiasa diberikan peluang untuk mencontohi Junjungan Besar Nabi kita dalam kehidupan seharian.Selamat menyambut Maulud Nabi.
Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Tuesday, February 15, 2011

Beruswah Terhadap Nabi Muhammad

Aidil Heryana, S.Sosi

15/2/2011 | 09 Rabiul Awwal 1432 H | Hits: 592
Oleh: Aidil Heryana, S.Sosi


 



dakwatuna.com – Sahabatku, kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia, Nabi Muhammad saw.. Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita. Berteladan kepada Nabi saw. Dia sejatinya uswah, pasti tidak akan membuat kita kecewa!

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi saw menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan karena masih dimasak, sambil tersenyum beliau menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Aisyah menceritakan bahwa kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.

4) Pernah beliau pulang menjelang pagi hari. Tentulah beliau teramat lapar waktu itu. Namun dilihatnya tiada apa pun yang tersedia untuk sarapan. Bahkan bahan mentah pun tidak ada karena ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?’  Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah beliau.

5) Sebaliknya Nabi saw sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas lelaki itu menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang juga, jadi aku pukul dia.” Jelas lelaki itu.
“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi saw.
“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

6) Kemudian Nabi saw bersabda,”Sebaik-baik suami adalah yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadlu’nya beliau dalam posisinya sebagai kepala keluarga langsung tidak sedikitpun merubah kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika Nabi saw menjadi imam shalat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Nabi antara satu rukun ke rukun yang lain agak melambat dan terlihat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi gemeretak seakan sendi-sendi di tubuh Nabi mulia itu bergeser antara satu dengan yang lain. Lalu Umar ra  tidak tahan melihat keadaan Nabi yang seperti itu langsung bertanya setelah shalat.
‘Ya Rasulullah, kami melihat sepertinya engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat wal ‘afiat.”
“Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar suara gemeretak pada sendi-sendi tulangmu? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut beliau yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil, untuk menahan rasa lapar beliau. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi gemeretak setiap kali bergeraknya tubuh beliau.
“Ya Rasulullah! Apakah saat engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kemudian kami tidak akan mengusahakannya buat engkau?’
Lalu Nabi saw menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8) Nabi saw pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Beliaupun hanya diam dan bersabar ketika kain sorbannya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab Badawi hingga berbekas merah di lehernya. Begitupun dengan penuh rasa kehambaan beliau membersihkan tempat yang dikencingi seorang arab Badawi di dalam masjid sebelum beliau tegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa penghambaan yang sudah menghunjam dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ingin diistimewakan (dipertuan).

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan keramaian (publik) maupun saat seorang diri.

12) Pintu Syurga terbuka seluas-luasnya untuk Nabi, namun beliau masih tetap berdiri di sepinya malam, terus-menerus beribadah hingga pernah beliau terjatuh lantaran kakinya bengkak-bengkak.

13) Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lembut, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Monday, February 14, 2011

Dr Asri: Tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di M'sia

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.

Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

azlanAsri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

Wednesday, February 9, 2011

MINDA: 5 PERINGATAN RASULULLAH S.A.W

:)
Umat Islam perlu sentiasa mengingati pesanan Nabi Muhammad s.a.w agar berwaspada dengan tipu daya nikmat dunia. Atas sebab itu, lima pesanan Rasulullah perlu diingati demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat agar tidak tergelincir daripada landasan Islam yang diredai Allah s.w.t.

Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya berhubung perkara berikut:

1. Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah.
Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

2. Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat.

Oleh itu, perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar nikmat akhirat.

Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”

3. Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat.

Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa?

4. Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’.

Kita terlupa dengan menyebut dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat, jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi).

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan.

Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.”

Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang.

5. Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.

Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.

Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”

Demikianlah lima pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.

Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.

Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

Hutang isi rumah membimbangkan: Azmin



PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.


Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.


“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.


“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.


Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.


“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.


“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.


Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.


“Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.


Kata Azmin lagi, PKR akan adakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang semakin menekan rakyat pada hari ini
  (Sinar Harian 9/2/2011).

Tuesday, February 8, 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.
Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.
Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.
"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.