Thursday, April 4, 2013
Nasi bungkus untuk mesyuarat Exco
| Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir, | 04 Apr 2013 |
NASI BUNGKUS... Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menikmati nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.
Sejak beberapa tahun lalu, Tuan Guru mengarahkan supaya mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang kerajaan negeri.
Gambar ini dirakamkan pagi semalam, sewaktu beliau bersarapan pagi kira-kira jam 10.35 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.
Semalam adalah mesyuarat exco terakhir untuk penggal ke-12 selepas Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri jam 10.36 pagi semalam.
Sejak beberapa tahun lalu, Tuan Guru mengarahkan supaya mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang kerajaan negeri.
Gambar ini dirakamkan pagi semalam, sewaktu beliau bersarapan pagi kira-kira jam 10.35 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.
Semalam adalah mesyuarat exco terakhir untuk penggal ke-12 selepas Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri jam 10.36 pagi semalam.
Menukar kerajaan itu bukan jenayah
oleh Aspan Alias
4 APRIL — Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang
ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu
hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang
pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing
tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan
melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir
negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara kita.
Rakyat
adalah “boss” kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut
selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti bertanggungjawab untuk
memberikan “verdict” yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing.
Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan
dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar
sebagai kenyataan yang “magnanimous” dari Najib Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau
bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang
sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah
pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah
pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali
tewas dalam pilihanraya.
Kita
mesti akui yang dalam demokrasi sifat “gentleman” itu adalah asas kepada sistem
itu. Kita mesti tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya
dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah di tewaskan
oleh parti Conservative dan Liberal Demokrat peralihan kuasa berlaku secara
aman dalam tempuh enam jam sahaja.
Walaupun
Gordon Brown dan partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak
cukup untuk membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang
dimenanginya, parti itu di berikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan.
Itulah sistem yang di pakai di mana parti yang terbesar dalam Dewan Legislatif
itu di tawarkan untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya
untuk menubuhkan kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti
Conservative dan Liberal Demokrat telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua
Parti Conservative David Cameroon telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti
Liberal Demorat, Clegg menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting
untuk kita jadikan contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam
sahaja. Gordon Brown telah menghubungi David Cameroon dan mengucapkan tahniah
diatas kejayaan parti itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika
kepimpinan yang perlu di contohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam
pilihanraya kali ini.
Saya
menyebut isu ini kerana kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam
pilihanraya ini cerah tetapi yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini adalah kali pertama
berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari contoh yang baik bagi
melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya peralihan kuasa di Britain dua tahun
lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.
Percayalah menukar kerajaan itu adalah hak
rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu bukannya tindakan
jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah demokrasi itu, maka
kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak untuk melakukan perkara
yang boleh menjahamkan ketenteraan negara. Kita yang mengaku sebagai sebuah
negara yang hampir kepada status negara maju melakukan jenayah di jalanan itu
adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja.
Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan
Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan
pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika
dan bermoral.
Kita akan melakukan kehendak demokrasi
dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia yang kita
juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju….yang mengambil alih kuasa
itu secara demokrasiyang halus dan menyerahkan kuasa itu pun melakukan
penyerahan itu secara halus dan beradap juga.
Bukankah itu budaya dan cara hidup
masyarakat timur kita? — aspanaliasnet.blogspot.com
Wednesday, April 3, 2013
Beladau Kolam, K.Terengganu
Mulai 1 April 2013 seramai 22 orang anak yatim dari sekitar daerah Kuala Terengganu ditempatkan di Asrama Pra Tahfiz Perkaya, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Anak-anak yatim ini berusia antara 10 hingga 12 tahun.(Darjah 4
dan 6). Mereka semua akan memulakan persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu.
RASIONAL
PENUBUHAN:
Asrama ini ditubuhkan dengan hasrat yang murni iaitu memberi pendidikan akademik dan Al Quran serta membentuk akhlak
serta kemahiran agar masa depan mereka lebih terjamin.
MATLAMAT TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA
Menyediakan generasi celik AlQuran daripada awal dalam usaha membentuk
insan yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al Quran. Menjadi pusat
penghayatan Al-Quran yang bersepadu. ke arah membentuk generasi Al-Quran yang
syumul. Di akhir tahun ketiga adalah
diharapkan mereka boleh menguasai sekurang-kurangnya 3 juzuk sebelum dihantar
ke Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SMAT) Perkaya,
Marang.
OBJEKTIF
Melahirkan anak yatim yang boleh menguasai hafazan sebelum ke Sekolah Akademik Tahfiz Perkaya di Marang dan Dungun
Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah
S.A.W yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN
Pengambilan
pertama Taman Pra Tahfiz ini terdiri daripada
anak-anak yatim lelaki yang berumur 10 dan 12 tahun (Darjah 4 dan 6)
seramai 22 orang. IAnak-anak yatim ini akan melanjutkan pengajian mereka ke
tingkatan satu kelak di Perkaya Induk yang memulakan sesi persekolahan tahun
2012 dengan sistem Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SAT) Perkaya di Marang.
Semua
anak yatim ini ditempatkan di sebuah rumah kediaman musafir yang telah diwakafkan
terletak di Beladau kolam yang mempunyai 10 buah bilik. Rumah ini dijadikan asrama anak-anak yatim
ini serta pejabat sementara operasi Biro Perkaya Daerah Kuala Terengganu.
Semua anak yatim ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Penghuni rumah
ini akan akan ditanggung sepenuhnya oleh Perkaya.
KURIKULUM
Kurikulum pengajian mengikuti
sepenuhnya Kementerian Pelajaran Malaysia yakni mereka akan
bersekolah di Sek. Keb. Beladau Kolam pada sesi pagi hingga tengahari. Pada
waktu petang dan malam mereka akan mengikuti kelas-kelas Al-Quran dan hafazan disamping kelas-kelas tambahan
untuk peperiksaan UPSR dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Kelas hafazan dan Al-Quran akan
dibimbing oleh guru khas secara sambilan pada waktu petang dan malam manakala
pada hari minggu mereka akan mengikuti sepenuhnya kelas hafazan dan Al-Quran.
Ini
bermakna mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang
diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR selaras dengan
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia .
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Bangunan rumah yang selesa dengan kapasiti 50 orang pelajar. Kemudahan asas seperti bilik
mandi , tandas dan lain-lain yang mencukupi. Terdapat bilik urusetia dan bilik
warden .
Kawasan beriadah, Kawasan yang
selamat dengan pagar batu, serta di kelilingi pokok buah-buahan.
SUMBER KEWANGAN
Perkaya Induk, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sumbangan orang ramai, Rancangan Makanan Tambahan – Kementerian Pelajaran Malaysia, MAIDAM, Orang Perseorangan,
Lain-lain sumber
TARIKH MULA OPERASI
Pada 1 April 2013
AHLI
JAWATANKUASA
Penaung:
YM Dato’ Hj.
Tengku Mahmud
bin Mansor
Penasihat :
Penasihat :
YB. Dato’
Hj. Shaikh Harun bin Ismail
Pengerusi :
Pengerusi :
Hj. Yusof
bin Abd. Karim
Setiausaha: En Abdullah b Endut
Setiausaha: En Abdullah b Endut
Bendahari: Hj. Othman b Abdullah
Ahli Jawatakuasa
Ahli Jawatakuasa
Tn. Hj. Mustafa bin Said
YM Syed Othman b Syed Hassan
Hj. Razak
bin Deraman
Hj. Safingi @ Shafie bin Hj. Ali
Hj. Hasanuddin b Hj Mustaffa
Hj Muhd Omar b Abd Rahman
Hj. Safingi @ Shafie bin Hj. Ali
Hj. Hasanuddin b Hj Mustaffa
Hj Muhd Omar b Abd Rahman
Hj Ismail b
Ngah
Hj Muda b
Said
Hj Abu Bakar
@ Ariffin b Mohd
HJ
Yusof @ Yusof b Mahmud
Hj
Hasanuddin b Mustaffa
Hjh Nur
Asiah bt Abdullah
Hjh Nooraini
bt Ibrahim
PENUTUP
Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan dari semua
lapisan masyarakat. Mudah – mudahan Allah memberkati Taman kita ini dengan
dilipat gandakan amalan dan pahala dan menjauhkan taman kita ini dari bala dan
bencana dengan adanya golongan Huffaz anak-anak yatim di sini.
WAKAF
PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA TAMAN PRA TAHFIZ PERKAYA
Cadangan pembinaan surau tersebut dalam proses
pengumpulan dana wakaf. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Taman
Pra Tahfiz Perkaya ,
SUMBANGAN
Sumbangan
daripada organisasi, orang ramai atau individu dialu-ukan dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit,
makanan harian seperti beras, gula, makanan dalam tin dsb. no. Akaun Maybank Islamic 56306412878
Teladani gaya hidup semut
Semangat kerjasama, kuat berusaha patut jadi amalan
hidup ummah
Tiada suatu benda pun di dunia ini dijadikan sia-sia oleh Allah. Semuanya
memberikan manfaat kepada manusia. Cuma, kita perlulah membuka mata zahir dan
mata hati untuk memungut seberapa banyak kebaikannya.
Antara makhluk ciptaan Allah yang unik dan memiliki keajaibannya
tersendiri ialah semut. Mengikut kajian, terdapat lebih daripada 47 ribu spesies
semut di dunia ini. Ada
bersaiz besar seperti semut kerengga atau nama saintifiknya ‘Ocoephyla
amaradgina’ yang mendatangkan kesakitan apabila digigitnya.
Sabda Rasulullah SAW: “Gambaran kehidupan orang yang
beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah
seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia
membabitkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.” (Riwayat
Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad )
Namun, dalam siri kehidupan makhluk keluarga serangga itu tersirat aneka hikmah
yang sewajarnya kita pelajari dan ‘berguru’ dengannya. Karakter paling menarik
yang terdapat pada semut ialah kesungguhan dalam mencari nafkah hidup.
Badan kecil berjiwa besar
Usaha begitu gigih tanpa mengenal erti putus asa, seakan-akan menempelak kita
kerana sikap yang ada kalanya berkeluh kesah dan berputus harapan dalam
memperoleh sumber pendapatan bagi menyara kehidupan diri serta keluarga.
Tetapi, tidak pada semut. Makhluk Allah ini tubuhnya saja kecil tetapi berjiwa
besar. Telitilah dengan rapi akan pergerakan semut, pasti fakta kekuatan daya
juang mencari rezeki terpancar dan akan menyentuh hati kecil kita bahawa Allah
menyediakan rezeki buat semua makhluk tanpa pengecualian.
Naluri dan kehendak untuk mengusahakan sesuatu misi mencari sumber kehidupan
tidak pernah padam dalam diri semut, malah, atas faktor itulah maka semangat
untuk bertebaran memperoleh sumber kehidupan dipacu.
Tak mampu tiru gaya hidup semut
Sikap tidak pernah putus asa terhadap rahmat Allah tercermin menerusi gaya hidup semut yang
kadangkala kita sendiri tidak mampu menirunya. Inilah kelebihan semut dan
inilah juga satu pengajaran buat kita.
Sedangkan kita dididik supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah
termasuklah dalam urusan mencari sumber rezeki hidup wajar berjiwa perkasa dan
bulat tekad untuk memberdayakan ikhtiar. Selepas selesai mendirikan solat,
Allah mengarahkan kita keluar mencari rezeki.
Firman Allah SWT: “Dialah yang menciptakan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang
dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu
sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutlah
kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk, ayat 15)
Sikap dan gaya
kerja mencari sumber rezeki yang ada pada semut sangat cemerlang dan penuh
iltizam. Inilah juga sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah pada diri kita.
Rasulullah SAW berpesan: “Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia
mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang.” (Riwayat Abu Ya’la
dan at-Tabrani)
Toleransi, saling kerjasama
Aspek kedua yang terpancar dalam spektrum kehidupan semut ialah sikap toleransi
dan saling bekerjasama. Inilah kekuatan yang Allah kurniakan kepada semut yang
memegang prinsip ‘Ke gunung sama mendaki, ke lurah bersama-sama menuruninya.’
Koloni semut walaupun dalam sistem berkasta, iaitu ada ratu, raja dan golongan
pekerja, namun kedudukan itu tidak pernah menimbulkan konflik dan krisis sesama
mereka sehingga membibitkan rasa tidak puas hati dan jauh sekali mahu
melancarkan protes terhadap golongan pemerintah.
Sikap saling membantu, kasih sayang dan saling bersimpati dalam diri semut
seolah-alah mereka bergerak dalam satu jemaah yang padu. Inilah juga sebenarnya
nilai peribadi yang wajib kita miliki. Baginda Rasulullah ada menghuraikan
pentingnya bersatu hati dan saling bermuafakat.
Sabda Rasulullah SAW: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih
sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh
yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia membabitkan seluruh
anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan
Imam Ahmad )
Seterusnya Baginda bersabda: “Kalian antara seorang beriman dengan yang lainnya
adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita nampaknya semakin meninggalkan pesanan Baginda SAW dan akibatnya, lihatlah
bagaimana fenomena semasa dalam masyarakat dan dunia Islam peringkat global
dewasa ini yang kian terhakisnya semangat bersatu dalam satu jemaah yang padu.
Nampaknya kita perlu banyak belajar daripada kehidupan semut. Biarlah semut
dijadikan teladan kerana makhluk Allah ini kaya dengan khazanah nilai peribadi
yang unggul seperti saling bekerjasama, kepatuhan kepada pemerintah selain
gigih bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)










