Menukar kerajaan itu bukan jenayah
oleh Aspan Alias
4 APRIL — Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang
ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu
hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang
pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing
tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan
melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir
negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara kita.
Rakyat
adalah “boss” kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut
selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti bertanggungjawab untuk
memberikan “verdict” yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing.
Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan
dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar
sebagai kenyataan yang “magnanimous” dari Najib Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau
bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang
sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah
pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah
pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali
tewas dalam pilihanraya.
Kita
mesti akui yang dalam demokrasi sifat “gentleman” itu adalah asas kepada sistem
itu. Kita mesti tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya
dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah di tewaskan
oleh parti Conservative dan Liberal Demokrat peralihan kuasa berlaku secara
aman dalam tempuh enam jam sahaja.
Walaupun
Gordon Brown dan partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak
cukup untuk membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang
dimenanginya, parti itu di berikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan.
Itulah sistem yang di pakai di mana parti yang terbesar dalam Dewan Legislatif
itu di tawarkan untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya
untuk menubuhkan kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti
Conservative dan Liberal Demokrat telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua
Parti Conservative David Cameroon telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti
Liberal Demorat, Clegg menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting
untuk kita jadikan contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam
sahaja. Gordon Brown telah menghubungi David Cameroon dan mengucapkan tahniah
diatas kejayaan parti itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika
kepimpinan yang perlu di contohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam
pilihanraya kali ini.
Saya
menyebut isu ini kerana kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam
pilihanraya ini cerah tetapi yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini adalah kali pertama
berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari contoh yang baik bagi
melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya peralihan kuasa di Britain dua tahun
lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.
Percayalah menukar kerajaan itu adalah hak
rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu bukannya tindakan
jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah demokrasi itu, maka
kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak untuk melakukan perkara
yang boleh menjahamkan ketenteraan negara. Kita yang mengaku sebagai sebuah
negara yang hampir kepada status negara maju melakukan jenayah di jalanan itu
adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja.
Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan
Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan
pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika
dan bermoral.
Kita akan melakukan kehendak demokrasi
dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia yang kita
juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju….yang mengambil alih kuasa
itu secara demokrasiyang halus dan menyerahkan kuasa itu pun melakukan
penyerahan itu secara halus dan beradap juga.
Bukankah itu budaya dan cara hidup
masyarakat timur kita? — aspanaliasnet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment