Tuesday, May 7, 2013


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia

Dr Amirul Amin,07 Mei 2013
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.

5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami


Monday, May 6, 2013

Ingat sebenarnya kita dah Menang!

Oleh TKOOffline

Ini adalah kata-kata Arwah Dato' Fadhil Mohd Nor yang selalu ber'desing' ditelingaku. Kadangkala air mata mengalir tapi hati ku tabah menerima semua ini. Penat lelah semuanya ku abadikan untuk perjuangan ini.

Pendakwah sentiasa menang.. dan akan memang. Sebab kita senang hati dengan apa ketentuanNya.

Pesan TGHH semalam : 

Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t

'Kita tidak kalah..cuma belum menang "
 


Kita mula lagi
INIKALAH tak jadi
LAIN KALI LAH kita tawan lagi!!
 
 
........
Abbas Mohd Noor
http://tranungkiteoffline.blogspot.com  

Saturday, May 4, 2013


Ini kalilah!

Cikgu Azmi Abdul Hamid, 04 Mei 2013


Rakyat menyambut fajar 5hb Mei 2013
bernafas di lumpur panas
bermula bayu lembut berdikit dikit menjadi tiupan kencang
bagaikan ibu lepas pantang
Cinta kepada nusa
Kasih kepada bangsa
akan tersingkap kemahuan tak berbatas
berduyun-duyun melangkah
sambil menyimpan azam
gelombang ubah, ubah dan ubah

Ini kalilah!

bila demokrasi jadi medan terhina
di pentas berhujah jadi lapangan berfitnah
Rakyat sudah bosan menjerit
Rakyat sudah jemu bersuara
tak dihirau peritnya rakyat diperlembukan
tak dikisah deritanya rakyat tergadai maruah
dek nafsu mereka berkuasa
dek gelojoh mereka menjadi kaya raya
cukup, cukup, cukup sudah
mereka bersandiwara

ini kalilah!

terdengar bumi bersuara
berbisik memesankan berita
nusa tidak boleh dibiar dinoda lagi
warga tidak boleh terbiar dihina lagi
dengan janji,
janji yang diselimuti korupsi
janji yang berselindung dibalik kroni
akan sanggupkah hina ini terbiar bergenerasi
diperjudi anak bangsa
dipertaruh nusa
dipergadai agama tercinta

ini kalilah!

kali ini sungutan akan dihentikan
kemarahan yang meluap akan diterjemahkan
kerana saatnya sudah tiba
untuk kini dan masa depan
dari diperbudakkan
dari dijahilkan
mencahaya sinar baru
menyala obor yang ditunggu-tunggu
untuk kamu wahai anak bangsaku

ini kalilah!

selama ini
sejauh ini
perjuangan bukan sia-sia
tangisan amat berharga
kerana rakyat sudah berkata
dengan kata muktamad
5 hb Mei 2013 akan dikotakan
janji semua, senada, sesuara
6hb Mei 2013 Putrajaya akhirnya
diwargakan untuk kita semua.



Cikgu Azmi Abdul Hamid
Merbok , Kedah
4 hb Mei 2013 , 4.00 pagi

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai
Harakahdaily,04 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan.

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor

Thursday, May 2, 2013

Saya dan Husam Musa
Haji Muzamir Haji Haron,

(Husam bersalam dengan penduduk Putrajaya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ)


Nama saya Muzamir seorang ahli Umno (lama) sejak tahun 1985 dan Umno (baru) sehingga kini di dalam Umno Bahagian Setiawangsa.

Saya bekerja sebagai seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan.

Pada tahun 2010 syarikat majikan saya menghadapi  kesulitan di dalam satu projek di Kelantan di mana kelulusan bagi pengeluaran saki-baki balak di dalam tanah yang akan diusahakan untuk tanaman sawit secara usahasama dengan sebuah badan kerajaan Negeri telah bertindih dengan kelulusan kepada syarikat lain.

Kelulusan pertama telah diberikan kepada syarikat majikan saya dan kelulusan kepada syarikat lain tersebut dikeluarkan sebulan selepas itu.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana peranan YB Husam Musa (Calon PAS untuk Parlimen Putrajaya) di dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cekap, adil  dan tanpa “memilih bulu”.

Apabila saya menemuinya di pejabat  (tanpa sebarang temujanji !!), beliau meneliti surat saya dan mendengar penjelasan saya. Setelah bertanya beberapa soalan pokok dan tanpa bertanya latarbelakang politik majikan saya, beliau berjanji akan menyiasat permasalahan ini  dan akan menyelesaikan dengan cara yang terbaik. (Majikan saya adalah seorang ahli UMNO yang berjawatan Bendahari UMNO Bahagian).

Selepas dua minggu, saya mendapat panggilan telefon secara terus dari YB Husam yang menyatakan permasalahan tersebut telah diselesaikan dan meminta saya menghubungi Jabatan yang berkenaan di Kota Bharu.

Alhamdulillah syarikat saya mendapat semula konsesi tersebut dan syarikat yang lagi satu akan diberikan konsesi lain.

Kecekapan, ketegasan dan keadilan YB Husam amatlah terpuji. Saya datang berjumpa beliau tanpa temujanji.  Beliau tidak mengenali saya tetapi saya telah dilayan dengan baik dan tiada “bayaran” dikenakan.

Apabila saya mendapat berita yang YB Husam akan bertanding di Parlimen Putrajaya, jantung saya bergetar. Suatu tindakan berani dan berwasasan. Manusia yang begini memang layak menjadi pemimpin. 

Sekiranya saya boleh menukar kawasan mengundi sekarang, saya akan memilih Putrajaya dan memberi undi saya untuk YB Husam. Bukan untuk membalas budi tetapi memang selayaknya YB Husam mewakili penduduk Putrajaya dan menjadi barisan pemimpin Negara.

Doa saya agar YB Husam dipilih oleh warga Putrajaya dan Pakatan Harapan Rakyat Berjaya membentuk Kerajaan baru yang bersih.

Yang benar


HAJI MUZAMIR HAJI HARON
660126-08-6297
Tel : 019-278 8330

Solat Sunat Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
..4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa

Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

وسلام

By; shafiqolbu

Solat Sunat Isyraq

Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

Cara Melakukan Solat Isyraq

1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:

2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

5.     Selepas salam bacalah doa ini;
By; shafiqolbu