Haji Muzamir Haji Haron, |
(Husam bersalam dengan penduduk Putrajaya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ)
Nama saya Muzamir seorang
ahli Umno (lama) sejak tahun 1985 dan Umno (baru) sehingga kini di dalam Umno
Bahagian Setiawangsa.
Saya bekerja
sebagai seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam bidang
pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan.
Pada tahun 2010
syarikat majikan saya menghadapi kesulitan di dalam satu projek di Kelantan
di mana kelulusan bagi pengeluaran saki-baki balak di dalam tanah yang akan
diusahakan untuk tanaman sawit secara usahasama dengan sebuah badan kerajaan
Negeri telah bertindih dengan kelulusan kepada syarikat lain.
Kelulusan
pertama telah diberikan kepada syarikat majikan saya dan kelulusan kepada
syarikat lain tersebut dikeluarkan sebulan selepas itu.
Apa yang ingin
saya kongsikan adalah bagaimana peranan YB Husam Musa (Calon PAS untuk Parlimen
Putrajaya) di dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cekap, adil dan
tanpa “memilih bulu”.
Apabila saya
menemuinya di pejabat (tanpa sebarang temujanji !!), beliau meneliti surat saya dan mendengar
penjelasan saya. Setelah bertanya beberapa soalan pokok dan tanpa bertanya
latarbelakang politik majikan saya, beliau berjanji akan menyiasat permasalahan
ini dan akan menyelesaikan dengan cara yang terbaik. (Majikan saya adalah
seorang ahli UMNO yang berjawatan Bendahari UMNO Bahagian).
Selepas dua
minggu, saya mendapat panggilan telefon secara terus dari YB Husam yang
menyatakan permasalahan tersebut telah diselesaikan dan meminta saya
menghubungi Jabatan yang berkenaan di Kota Bharu.
Alhamdulillah syarikat
saya mendapat semula konsesi tersebut dan syarikat yang lagi satu akan
diberikan konsesi lain.
Kecekapan,
ketegasan dan keadilan YB Husam amatlah terpuji. Saya datang berjumpa beliau
tanpa temujanji. Beliau tidak mengenali saya tetapi saya telah dilayan
dengan baik dan tiada “bayaran” dikenakan.
Apabila saya
mendapat berita yang YB Husam akan bertanding di Parlimen Putrajaya, jantung
saya bergetar. Suatu tindakan berani dan berwasasan. Manusia yang begini memang
layak menjadi pemimpin.
Sekiranya saya
boleh menukar kawasan mengundi sekarang, saya akan memilih Putrajaya dan
memberi undi saya untuk YB Husam. Bukan untuk membalas budi tetapi memang
selayaknya YB Husam mewakili penduduk Putrajaya dan menjadi barisan pemimpin
Negara.
Doa saya agar
YB Husam dipilih oleh warga Putrajaya dan Pakatan Harapan Rakyat Berjaya
membentuk Kerajaan baru yang bersih.
Yang benar
HAJI MUZAMIR HAJI HARON
660126-08-6297
Tel : 019-278 8330
No comments:
Post a Comment