Tuesday, December 16, 2014

RUmah Kontena alternatif kepada Rumah Mampu Milik

Posted on Tuesday, December 16 @ 05:45:26 MYT 

" 
14 Dis 2014 - RUMAH kontena dilihat boleh menjadi alternatif kepada pemilikan rumah lebih murah, praktikal dan efisien. Pada usia 25 tahun, Muhamad Azree Abdul Rahim boleh berbangga dengan diri sendiri kerana mempunyai tanah dan rumah sendiri. Terletak di Kampung Sijang­kang, Hulu Langat, Selangor, rumah itu mempunyai ruang tamu yang bercantum dengan bilik tidur, dapur serta tandas yang dilengkapi dengan pancuran mandian.

Uniknya, rumah Muhamad Azree bukanlah dibina daripada batu-bata atau papan, sebaliknya jejaka yang berasal dari Kluang, Johor itu berfikir di luar kotak dengan memilih kontena sebagai kediamannya.

“Sebelum ini, saya menyewa sebuah bilik di sebuah rumah teres di Seksyen 35, Shah Alam dengan kadar sewa sebanyak RM300 sebulan. Bagaimanapun, selepas enam bulan menduduki rumah tersebut, saya rasa tidak berbaloi.
“Berdasarkan pengiraan yang dibuat, saya terpaksa membelanjakan RM18,000 untuk sewa bilik itu selama lima tahun. Ia dilihat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada saya.
“Dari situ, saya terfikir untuk mencari jalan alternatif bagi menyelesaikan permasalahan tersebut dan menyedari ia mampu direalisasikan menerusi rumah daripada kontena,” katanya yang berkhidmat sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat farmasi di Shah Alam.
Bagi menjayakan impiannya untuk memiliki rumah sendiri, Azree membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 dengan tempoh bayaran balik kepada bank dalam masa lima tahun.
Melalui peruntukan itu, dia memulakan projek berkenaan sekitar November lalu dengan membeli sebidang tanah lot berkeluasan 2,400 meter persegi di Kampung Sijangkang pada harga RM35,900.
Anak kelima daripada enam adik-beradik itu kemudiannya membeli sebuah kontena kargo bersaiz 14.8 meter persegi.
Tambah pemegang Diploma Teknologi Maklumat Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur itu, dia turut membelanjakan kira-kira RM5,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian antaranya mengecat, pemasangan panel pintu dan tingkap, pemasangan paip serta pendawaian elektrik.
Biarpun belum 100 peratus siap, Azree berpendapat projek rumah kontena itu bukan sekadar perniagaan, malah satu pergerakan untuk orang ramai khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri dan keluar daripada belenggu hutang.


Komen :
Dalam suasana kenaikan harga barang yang tidak terkawal, harga rumah yang sama mahal sebagaimana di UK dan US, maka ini satu idea yang boleh diterima pakai. Cuma kenalah cari tanah dulu.

Wednesday, December 10, 2014

Cakap benarlah mengenai ekonomi

Kadir Jasin: Cakap benar mengenai ekonomi
KADIR JASIN
7 Disember 2014

DALAM siri isu kepemimpinan kali ini, marilah kita berbincang sedikit mengenai ekonomi semasa. Tajuk ini mungkin berat tetapi sangat afdal kepada kelangsungan (survival) negara kita.

Saya tidak menyalahkan pemerintah dan media massa kawalannya kerana menghebahkan berita baik dan menguar-uarkan prestasi ekonomi yang dikatakan baik sehingga mendapat pujian pemimpin dunia.

Saya akui bahawa angka kasar menunjukkan ekonomi kita sihat. Pertumbuhannya jika diukur daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) adalah memuaskan.

Tetapi angka kasar boleh memesongkan. Misalnya, banyak rumah, kedai dan ruang pejabat didirikan. Pembinaan rumah, kedai dan pejabat yang banyak itu menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Tauke simen, pasir dan keluli buat duit. Perunding dalam dan luar negara buat duit. Pekerja binaan Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar buat duit. Penjaja nasi lemak Melayu di bahu jalan pun buat duit.

Tetapi kita juga tahu dan lihat banyak rumah, kedai dan pejabat tidak dijual atau disewakan, tidak didiami dan digunakan. Ada yang ditenggelami lalang, ditumbuhi pokok jejawi atau roboh terus. Iklan untuk dijual dan disewa menyakitkan mata.

Inilah yang ahli ekonomi sebut sebagai pertumbuhan yang tidak berkualiti atau penyalahuntukan sumber (misallocation of resources). Bila rumah, kedai dan ruang pejabat tidak digunakan maka tidak berlakulah penokokan nilai (value added) dan kesan serapan (trickle down effect).

Kalau rumah dijual dan didiami, kedai disewa dan perniagaan dijalankan, pejabat dibuka dan kakitangan diambil barulah berlaku penokokan nilai dan kesan serapan.

Tidak salah Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hazadlah, menyatakan keyakinan yang matlamat mengurangkan defisit belanjawan 2014 kepada 3.5% KDNK masih boleh dicapai walaupun harga minyak jatuh teruk. Begitu jugalah kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) negara terus kukuh dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid melihat prospeks ekonomi sebagai bercampur (mixed).

Malangnya, bukan harga minyak mentah saja jatuh. Harga minyak kelapa sawit dan getah sudah lama merudum. Permintaan ke atas komponen elektronik masih kukuh. Tetapi dengan ekonomi dunia diramalkan beku tahun hadapan, permintaan mungkin tidak kekal.

Petronas telah pun mengurangkan perbelanjaan modal (capex) dan memberi amaran mungkin tidak boleh membayar dividen yang tinggi kepada kerajaan. Tetapi kalau dipaksa, Petronas akan tambah dividen dan  kurangkan lagi capex.

Kredibiliti Maklumat Rasmi

Soalnya, bolehkah kita percaya kepada dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?

Sangat mengelirukan apabila Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, berkata bagus apabila nilai ringgit naik dan bagus juga apabila ia jatuh.

Harga saham dan jumlah dagangan di Bursa Malaysia semakin menurun. Prestasi syarikat-syarikat yang disenaraikan dengannya lebih banyak yang negatif daripada positif. Boleh kata majoriti melaporkan penurunan keuntungan.

Pada 1 Disember, kadar tukaran ringgit jatuh paling banyak dalam sehari sejak Krisis Kewangan Asia 1997-98 kepada RM3.4320 bagi satu dolar Amerika.

Pada 3 Disember, akhbar The Star (milik MCA dan mewakili sentimen masyarakat perniagaan Cina) menyiarkan analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia.

Ia mendapati hanya dua daripada lima sektor utama ekonomi meningkat. Automotif naik 18.2% dan perbankan 1.6%, tetapi perkhidmatan jatuh 58.5%, komoditi jatuh 37.7% dan minyak&Gas jatuh 29.3%. Perkhidmatan menyumbang lebih daripada 50% kepada kegiatan ekonomi negara.

Pada 4 Disember, akhbar yang sama menyiarkan analisis prestasi mata wang ringgit. Ia mendapati ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama kita.

Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding Baht, 2.93% berbanding Rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbanding dolar Singapura. Duit kita naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan Rupiah (0.73%).

The Star juga meramalkan yang kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit), iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan. Ia memetik ketua ahli ekonomi AllianceDBS (bank), Manokaran Mottain.

Lebih Baik Terus Terang

Banyak lagi fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar bagi ekonomi negara tahun ini dan tahun hadapan. Ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun hadapan. Ekonomi Australia sudah mula menurun. Hatta ekonomi China yang perkasa itu pun sudah mula dingin.

Jadi, bukankah lebih elok bagi kerajaan mengakui realiti semasa dan berterus terang kepada rakyat jelata. Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka.

Sama ada ekonomi kita akan mengalami krisis atau tidak tahun hadapan, satu hal. Itulah yang sedang diramalkan oleh pembangkang pusat.

Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.

Rakyat tidak “bangang”. Mereka tahu “practical economy.” Mereka sudah rasa kenaikan harga akibat pemansuhan subsidi. Mereka tahu harga petrol turun, tapi harga diesel naik. Mereka rasa pelik. GST belum dilaksanakan, tetapi sudah ada barang yang naik harga kononnya kerana cukai baru itu.

Mereka tahu harga getah dan kelapa sawit merudum kerana mereka yang mengeluarkannya. Mereka tahu ringgit Malaysia tidak bernilai seperti dulu lagi kerana hari-hari mereka beli-belah sendiri. Jangan tunggu mereka marah. Terus teranglah dengan mereka. Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul.
 


* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Saturday, November 29, 2014

Ketika mereka bermewah-mewah

SITI ZURAIDAH ISMAIL
28 November 2014

"DAN jika Kami hendak membinasakan sesebuah negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati ALLAH), tetapi apabila mereka melakukan derhaka dalam (negeri) itu, maka berlakulah perkataan (hukuman Kami) terhadap mereka, kemudian Kami hancur-leburkan (negeri itu)." (Surah Al-Isra’: 16)


Ulama mentafsirkan ayat di atas dengan pelbagai tafsiran. Pertama, yang dimaksudkan dengan perintah ALLAH SWT kepada orang yang hidup mewah dalam ayat ini adalah ketentuan atau takdir ALLAH kepada mereka. ALLAH memudahkan mereka untuk menjalani apa yang ditakdirkan. ALLAH memudahkan mereka melakukan kemungkaran yang diinginkan sehingga berhak mendapat azab daripada ALLAH.

Kedua, dimaksudkan dengan perintah ALLAH dalam ayat ini adalah ALLAH memerintahkan orang yang hidup mewah di negeri itu untuk melakukan ketaatan, tetapi mereka tetap melakukan kefasiqan dan kemungkaran sehingga negeri itu mendapat murka dan azab daripada-Nya.

Azab kehancuran

Ada beberapa lagi tafsiran yang lain daripada ulama. Mungkin timbul pertanyaan dalam diri kita, kenapa ALLAH menyatakan azab dan kehancuran itu akan meliputi semua negeri padahal yang melakukan kefasiqan dan kemungkaran itu hanyalah orang-orang yang hidup mewah di negeri itu?

Ulama menjelaskan keadaan ini mungkin dijawab dengan dua jawapan. Pertama, ini kerana masyarakat bawahan atau kelompok masyarakat lain menjadi pengikut kepada golongan elit tersebut. Firman ALLAH bermaksud: "Dan mereka berkata: "Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin dan pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." (Surah Al-Ahzab: 67)

Firman-Nya lagi: "Dan mereka semua (di padang mahsyar) berkumpul untuk menghadap ALLAH, lalu orang yang lemah berkata kepada orang yang sombong: "Sesungguhnya kami dahulu pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan kami daripada azab ALLAH (walaupun) sedikit sahaja?" Mereka menjawab: "Sekiranya ALLAH memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau bersabar. Kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri." (Surah Ibrahim: 21)

Kedua, jika sebahagian dalam sesebuah masyarakat melakukan kemungkaran, sedangkan yang lainnya melarang dan mencegahnya maka azab ALLAH akan menimpa mereka seluruhnya, sesuai dengan firman ALLAH: "Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Ketahuilah ALLAH sangat kuat seksaan-Nya." (Surah Al-Anfal: 25)


Bermewah dengan kurniaan-Nya

Bermewah dalam bahasa Arab disebut dengan al-taraf bererti melampaui batas dalam menggunakan nikmat kurniaan ALLAH. Atau dalam kata lain, nikmat ALLAH yang digunakan secara berlebihan dan melampaui batas dan diikuti dengan keangkuhan dan perbuatan zalim. Mereka yang hidupnya begini selalu ingin lebih daripada yang lain dalam segala hal dan selalu berusaha untuk berada di atas dalam hal bersifat duniawi.

Ketika al-taraf ini disebut dalam al-Quran, ia selalu menunjukkan ini adalah sikap yang tercela dan selalunya kelompok inilah yang sering menyebabkan kehancuran sesuatu kaum atau bangsa.

ALLAH berfirman lagi: "Dan setiap kali Kami mengutus seorang pemberi peringatan kepada suatu negeri, orang-orang yang hidup mewah (di negeri itu) berkata: "Kami benar-benar mengingkari apa yang kamu sampaikan sebagai utusan." (Surah Saba’: 34)
Rasulullah SAW selalu mengingatkan umatnya agar jangan sampai kepada gaya hidup seperti ini.


Risaunya Baginda SAW

Daripada ‘Amru bin ‘Auf al-Anshari RA, Rasulullah SAW mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrin untuk mengambil harta rampasan perang. Rasulullah SAW membuat perjanjian damai dengan penduduk Bahrin, Baginda SAW mengangkat Al-Ala’ bin Al-Hadhrami sebagai pemimpin mereka. Lalu Abu Ubaidah datang dengan membawa harta dari Bahrin. Kaum Ansar mendengar berita kedatangan Abu Ubaidah dengan harta berkenaan.

Mereka menunaikan solat Subuh bersama Rasulullah SAW. Usai solat, Baginda SAW mahu melangkah pergi namun mereka menghalang Baginda SAW. Maka, Rasulullah SAW tersenyum saat melihat mereka.

ALLAH juga mengingatkan hamba-Nya perkara yang sama dengan berfirman: "Dan sekiranya ALLAH melapangkan rezeki kepada hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan ukuran yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-Nya, lagi Maha Melihat." (Surah Al-Syura: 27)

Melihat keadaan masyarakat dan bagaimana gaya hidup kita, bolehlah mengambil iktibar daripada inti pati ayat dari Surah Al-Isra’ ini. Sebaiknya kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang menerima azab ALLAH  atas muka bumi. Doa kita bukan hanya dihindarkan azab dunia tetapi juga azab di akhirat kelak. Insya-ALLAH.

Umno:Gen X,Y, "Zzzz"

ABDUL JALIL ALI
Sinar Harian 27 November 2014


MELIHAT dari luar lingkungan – dan bukan orang parti – saya tidak teruja lagi kepada cakap-cakap mengenai usaha meremajakan Umno. Tidak juga saya berasa pelik apabila mendengar seruan berdegar-degar untuk transformasi parti.

Semua orang tahu ini benda lama yang diulang ungkit setiap kali perhimpunan agung parti terbesar orang Melayu itu. Oleh sebab sudah kerap sangat disebut – dengan nada dan istilah-istilah berbeza – orang sudah tidak prihatin lagi.

Lebih-lebih lagi apabila yang diulang-ungkit itu tidak disusuli dengan kesungguhan tindakan. Seperti biasa semua bersemangat ketika berucap, tetapi selepas tamat perhimpunan tidak ada apa-apa perubahan. Status quo, atau orang Tanjung kata: “Pi mai, pi mai dok tang tu!”

Kalau betul ada kesungguhan, sebenarnya tidak sukar sangat untuk meremajakan parti yang sejak sekian lama menjadi tunjang utama BN. Tidak susah mana untuk transformasi parti yang mempunyai paling ramai keanggotaan dan selalu diuar-uarkan sebagai parti paling hebat, paling unggul.

Secara teori, seperti yang telah diakui oleh pemimpin parti, ambil sahaja anak-anak muda yang beridea, berinovasi dan profesional menyertai parti, dan beri kedudukan yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan bernas.

Tetapi, praktikal tidak semudah teori, lebih-lebih lagi apabila dalam kalangan pemimpin sendiri – baik di peringkat cawangan, bahagian dan induk – tidak menyokong dan sengaja menghalang teori tersebut.

Contoh: Ada anak muda, berijazah, profesional dan beriltizam memohon di peringkat cawangan untuk menjadi ahli parti. Lama menghantar borang permohonan, tetapi tidak ada jawapan, macamlah susah sangat memproses permohonan di era ‘semuanya di hujung jari’ ini.

Konon ada kesilapan teknikal, pada hal fakta sebenarnya ialah pemimpin sengaja tidak meluluskan permohonan, kerana bimbang kedudukan kepimpinannya akan terjejas sekiranya ada ahli lebih baik dan dilihat – sebenarnya ditakuti! – lebih berwibawa.

Di peringkat bahagian pun ramai pemimpin berjiwa kecil dan takut pada bayang-bayang sendiri apabila ada calon mencabar dalam pemilihan. Usaha dilakukan secara sulit, biasanya menggunakan wang, untuk menyingkirkan pencabar. Pada peringkat pusat pun sama juga.

Sebab itu politik wang terus berleluasa sampai sekarang.

Perihal mencantas anggota dan calon-calon muda ini bukan lagi rahsia. Pemimpin tertinggi parti pun sedar hal ini. Sepatah kata Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: “Pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya.”

Tambah beliau, “kalau sudah ada tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan.” Tetapi berapa ramai pemimpin berjiwa besar yang sedia berundur untuk memberi laluan kepada muka baharu?

Ada pemimpin – semua peringkat – yang sudah jelas tidak dikehendaki, wajah berserabut penuh masalah, fikiran tidak sehebat mana, sering membuat kenyataan entah apa-apa, tetapi masih tidak bersedia berundur. Malah selalu mendabik dada, seolah-olah berkata “akulah yang paling layak!” Pemimpin tidak malu seperti inilah yang mengikis keyakinan golongan muda menyertai parti.

Presiden Datuk Seri Najib Razak dalam usaha mentransformasikan parti telah berkali-kali menyeru supaya ruang dibuka seluas-luasnya untuk memberi laluan kepada generasi X dan Y. Malangnya masih ramai pemimpin terus meletakkan diri mereka dalam generasi ‘Zzzz’ @ tidur.

Perhimpunan parti kali ini sepatutnya berani secara terbuka mengenal pasti dan menyebut kewujudan generasi ‘Zzzz’. Mereka perlu ikhlas mencadangkan supaya generasi ini diundurkan dari parti.

Keberanian dan cadangan seperti ini tentulah dinantikan dan dialu-alukan oleh semua orang yang selama ini – setiap kali perhimpunan parti – melihat dan mendengar ucapan dan perbahasan yang sebahagiannya hanya membodek pemimpin, sambil berpantun seloka dan berlawak bodoh untuk menarik perhatian perwakilan.

Hubaya-hubaya membodek dan riuh-rendah dengan lawak jenaka patut dihentikan segera. Dalam keadaan BN yang pada PRU lalu kehilangan undi majoriti dua pertiga, setiap pembahas perlu bercakap penuh berisi lagi beriltizam.

Untuk meyakinkan orang Melayu, khasnya golongan muda, perwakilan perlu menoleh ke belakang dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Betulkan apa yang tersilap.

Untuk kali ini semua kena serius, dan insaflah Perhimpunan Agung Umno bukan pentas ‘Maharaja Lawak’

Friday, November 28, 2014

Mana Lebih Bernilai ?

   Wang seratus ribu dan wang receh seribu rupiah adalah wang yang di lahirkan di negara yang sama, di edarkan oleh bank yang sama dan memiliki kegunaan yang sama pula yaitu sebagai alat untuk membeli barang atau segala hal yang di jual.



  Setelah uang seratus ribu dan wang seribu rupiah di edarkan dari bank indonesia, mereka berdua terpisah dalam tempo waktu yang cukup lama. Namun setelah empat bulan lamanya tanpa di sengaja  mereka bertemu kembali di dalam sebuah dompet milik seorang pemuda. Perpisahan antara uang seratus ribu dan uang seribu rupiah yang sudah cukup lama, akhirnya sebuah percakapan di antara merekapun terjadi.

Wang Seratus Ribu : Setelah sekian lama terpisah, ko penampilan kamu sekarang jadi kucel, bau amis, kotor dan lusuk banget sih bu ???

Wang Seribu : Dulu waktu kita keluar bareng dari bank indonesia, aku langsung berada di tangan-tangan orang bawahan seperti tukang becak, pengemis, tukan ikan, tukang sayur dan orang-orang menengah kebawah lainnya tus.

“Lalu wang seribu rupiah bertanya balik kepada uang seratus ribu”

Wang seribu : Terus kenapa kamu terlihat begitu rapih, wangi dan nampak masih segar seperti baru keluar dari bank indonesia tus ?

Wang Seratus Ribu : Saya seperti ini sekarang karena dulu waktu keluar dari bank indonesia, saya langsung berada di tangan-tangan orang menengah keatas seperti para pejabat, pengusahan, masuk ke restoran-restoran mewah, malah saya masuk ke hotel-hotel berbintang bu.
Wang Seribu : Pernahkah kamu masuk ke mesjid-mesjid dan ke tempat-tempat peribadahan umat beragama lainnya tus ?

Wang Seratus Ribu : Belum pernah sama sekali bu.

Wang Seribu : Ketahuilah, walaupun keadaan saya yang seperti sekarang ini (Kucel, dekil, dan Lusuk), Saya setiap hari jum’at tidak pernah tidak masuk ke dalam mesjid-mesjid dan setiap hari minggu saya tidak pernah tidak masuk ke gereja-gereja. Walaupun keadaan saya sering di pandang sebelah mata oleh orang-orang, namun saya bangga menjadi diri saya yang saat ini sedemikian adanya. Karena saya bisa menjadi sosok yang bermanfaat bagi para pengemis, anak jalanan, dan bisa membantu untuk pembangunan tempat-tempat peribadahan walaupun nilai diri saya tidak sebesar nilai diri kamu tus.

  Akhirnya ketika mendengatr kata-kata uang seribu rupiah, uang seratus ribupun menangis karena tadinya dia merasa gagah, hebat, memiliki nilai yang tinggi dan penampilannyapun rapih, awet muda, wangi, namun tidak bisa memberikan manfaat kepada orang-orang tidak mampu yang membutuhan.


Monday, November 24, 2014

Perhimpunan Umno Muhasabahlah

RIDHUAN TEE ABDULLAH
Sinar Harian 24 November 2014

WAHAI Umno, masa berjalan begitu pantas, kini kamu sudah memasuki Perhimpunan Agung Umno ke-65. Masa yang cukup lama, setelah memenangi PRU demi PRU. Menunggu kelangsungan PRU14, itu pun jika menang.

Ingatlah pesanan Konfucius ini: Pertama, jika mahu menjadi pemimpin, jaga rumah tangga, anak isteri dengan baik, boleh menjadi contoh, sebab orang memerhatikan kamu. Kedua, nak pastikan rumah tangga itu menjadi baik dan terpelihara, pastikan diri sendiri berakhlak mulia dan boleh dicontohi, sebab kebaikan rumah tangga bermula daripada diri kita. Ketiga, nak pastikan diri sendiri menjadi baik, pastikan hati itu bersih. Keempat, nak pastikan hati itu bersih, asasnya adalah sifat ikhlas.

Persoalan saya, adakah orang Umno ada sifat seperti itu? Adakah orang Umno benar-benar mengutamakan rakyat dan boleh diteladani? Adakah orang Umno benar-benar ikhlas dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara?

Wahai Umno, contohilah pemimpin terdahulu, sanggup berkorban jiwa raga. Mahatma Gandhi, seorang pemimpin agung India, sentiasa menaiki kereta api kelas ketiga untuk bertemu rakyat. Apabila ditanya, "Kenapa selaku pemimpin besar, menaiki kereta api kelas ketiga, bukan pertama?" Gandhi menjawab: "Aku memilih kelas ketiga, sebab tidak ada kelas empat".

Menurut Gandhi, pemimpin yang berdosa adalah pemimpin politik yang tidak berprinsip. Mahu kaya, tetapi malas bekerja. Akhirnya, mengamalkan rasuah. Mahukan agama, tetapi tidak mahu berkorban.

Masih adakah pemimpin seperti Gandhi hari ini? Bukan maksud saya selepas ini, kita berpakaian compang-camping atau menjadi papa kedana. Apa yang tersirat dan tersurat adalah, pemimpin mesti bersama rakyat dan menyelami hati nurani rakyat. Susah senang dirasai bersama.

Wahai Umno, kita sudah tidak ada masa lagi. Bangunlah sekarang sebelum terlambat. Sempena perhimpunan ini, saya ingin menasihatkan beberapa perkara:

Pertama, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Pastikan diri kita boleh menjadi teladan. Kewujudan kita amat disegani dan dihormati. Pemergian kita nanti akan ditangisi. Ingatlah jawatan itu amanah, ada perkiraan dunia dan akhirat. Orang pertama yang dihisab adalah pemimpin. Adakah kita benar-benar membawa orang yang dipimpin ke jalan yang benar?

Kedua, tegurlah pemimpin, jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, secara terus-terang. Jangan bodek mereka. Itu menempah kecelakaan. Termasuk juga, jika keluarganya perlu ditegur, tegurlah, sebab teguran itu untuk kebaikan. Rasulullah dan empat Khalifah kita juga ditegur rakyat. Jika raja sekalipun perlu ditegur. Tegurlah... kerana mereka juga manusia seperti kita, tidak maksum.

Ketiga, perangi rasuah habis-habisan. Jangan menikam sesama sendiri kerana kita bersaudara. Tolak pemimpin yang mengamalkan rasuah. Rasuah hanya akan menjahanamkan kita.

Keempat, marilah kita bersama-sama membawa negara ini menuju keredaan dan keampunan ALLAH. Jangan undang kemurkaan ALLAH dengan berbuat dosa dan maksiat.

Akhirnya, marilah kita hayati pesanan Datuk Onn Jaafar, YDP Umno, ketika Perhimpunan Agung Umno Pertama, 1946. Nasib Melayu hanyalah akan dapat dikekalkan dengan kesatuan hati sesama mereka.

Meskipun sesama kita berlainan fikiran dan fahaman, taraf dan kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu, iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu.

Marilah kita tunjukkan, hanya dengan persatuan di antara kita, akan lahir satu bangsa yang hebat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar, mengatasi bangsa lain. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa kita. Marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar. Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang berani menghadapi bahaya dengan bersatu hati (Mac 1946).

Ketika Perhimpunan Agung Umno ke-2 (1950), Datuk Onn secara sukarela mengundurkan diri daripada takhta kuasa. Beliau meminta supaya dirinya tidak dicalonkan sebagai YDP bagi sesi 1951/52. Nyata sekali Onn tidak mengejar dunia. Kuasa bukan segala-galanya bagi beliau. Bukan seperti kita hari ini, kalau boleh mahu mati di takhta kuasa untuk hidup mewah. Bangunlah wahai Umno sebelum terlambat!



Thursday, November 20, 2014

SEBUTIR TELUR YANG MEMALUKAN !!!

ABDUL JALIL ALI
Sinar Harian 20 November 2014


SEKIRANYA semua berlapang dada, terus ketawa dan tidak berbuat apa-apa, dalam masa 10 tahun lagi, kita mungkin terpinggir di negara sendiri. Jangan terkejut jika pendatang asing menjadi tuan di tempat kita.

Juga, sekiranya pihak berkuasa kita tidak bertindak tegas, berkhayal dan asyik lena dalam kealpaan, orang kita sendiri akan hidup dalam ketakutan, menjadi kuli batak, dan diperkotak-katikkan makhluk-makhluk asing. Alangkah ngerinya!

Harap-harap bayangan ngeri ini tidak terjadi. Tetapi kemungkinan untuk terjadi tidak boleh ditolak bulat-bulat. Hakikat di hadapan mata ialah pendatang asing telah melimpah di negara berdaulat ini.

Hendak tahu berapa bilangan pendatang asing yang kini mengasak setiap sudut di negara kita? Menurut Datuk Richard Riot, ada 6.7 juta pendatang asing yang kini mengisi pasaran kerja di tempat kita. Begitulah ramainya!

Satu lagi fakta yang disebut oleh Menteri Sumber Manusia ialah daripada begitu ramai pendatang asing yang masuk ke sini, hanya 2.1 juta mempunyai permit sah. Ertinya kira-kira 5 juta orang duduk di keliling kita, tanpa permit @ Pati.

Setiap saat kita dikelilingi – dan diawasi! – oleh berjuta-juta pendatang tanpa izin. Secara peribadi tiba-tiba sahaja saya berasa hidup dalam bahaya. Tidakkah anda juga berasa yang sama?

Entah di mana silapnya, pintu masuk ke negara kita selalu dibolosi Pati. Pintu masuk rasmi dikatakan dikawal rapi dengan alat pengesan serba canggih, tetapi Pati tetap juga bolos. Setiap hari beribu masuk secara haram. Agaknya alat mereka lebih canggih sehingga pihak berkuasa kita gagal mengesan.

Tambahan pula selain pintu-pintu masuk rasmi seperti lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan, ada sekian banyak pintu-pintu masuk tidak rasmi – lorong tikus, lorong buaya, lorong babi tonyok, lorong depan, lorong belakang – setiap detik berjaya dibolosi makhluk asing.

Ternyata dan telah terbukti, setelah masuk ke negara makmur ini, Pati dan bukan Pati terus ligat mengambil kesempatan yang ada. Mereka ligat macam gasing, sebab pihak berkuasa kita lembap, lambat macam siput babi. Bukti kelembapan boleh dilihat depan mata, antaranya:

Pertama: Kes Cameron Highlands adalah contoh klasik. Setelah sekian lama dibiarkan, baru kita disedarkan ada lebih 10,000 pendatang asing – termasuk Pati – menguasai kawasan tersebut. Setelah keadaan menjadi begitu parah, baru ada tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa. Kenapa selama ini semua tidur?

Kedua: Tapak perniagaan di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur kini dikuasai oleh pendatang asing. Pihak berkuasa mengeluarkan permit kepada peniaga tempatan – kebanyakannya Melayu – untuk berniaga di kawasan berkenaan.

Tetapi dari begitu banyak permit dikeluarkan, hanya satu dua yang masih diusahakan oleh pemegang permit asal. Sebahagian besar permit disewakan atau dijual kepada pendatang asing. Dulu kawasan tersebut milik Melayu, kini sudah menjadi milik pendatang.

Mengapa tidak ada tindakan pihak berkuasa ke atas mereka yang menyalahgunakan permit? Mengapa biarkan kawasan itu dikuasai pendatang asing? Satu demi satu kawasan kita dirampas, pihak berkuasa kita terus leka!

Ketiga: Banyak kawasan setinggan dikuasai oleh pendatang asing, termasuk Pati. Mereka aktif dan kreatif. Pantang ada tanah kosong mereka dirikan penempatan. Penduduk tempatan kompelin, tetapi pihak berkuasa tidak ambil berat, atau buat-buat tidak nampak.

Malah, pernah terjadi tanah sah milik persendirian dijadikan kawasan setinggan, dan pihak berkuasa tidak berani merobohkan. Setiap kali aduan dibuat, jawapan yang diberikan tetap sama: “Kami sedang menyiasat”. Benda sudah jelas di hadapan mata, apa lagi hendak disiasat? Pemilik sah menderita, pendatang asing ketawa. Di mana pihak berkuasa?

Keempat: Pendatang kulit hitam dari Afrika terlalu biadab. Mereka membuat kacau di banyak kawasan perumahan, mabuk dan memekik waktu malam. Mereka masuk ke pusat hiburan, membuat kacau. Pusat hiburan yang sepatutnya tutup jam 12, terus dibuka hingga ke subuh untuk melayani Pak Hitam.

Mereka berani kencing sambil menunjukkan kemaluan tanpa segan. Aduan selalu dibuat tentang perangai tidak senonoh Awang Hitam. Tetapi mereka tetap keras kepala. Masa sudah tiba untuk penguat kuasa kita bertindak.

Buktikan bahawa kita juga ada telur. Atau, apakah pihak berkuasa kita memang sudah tidak bertelur?

Rahsia Kenapa Yahudi Bijak !

Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam. Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.


Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.

Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.

Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.

Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?

Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya.
Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w. bahan ini saya salin dari blog http://www.bisikanhati.com/2009/01/kenapa-yahudi-bijak.html

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Sumber : http://ustazmoden.wordpress.com/2010/03/16/rahsia-kenapa-yahudi-bijak/

Sunday, November 16, 2014

Sekolah berkonsepkan Eco Islamik

Sinar Harian 16 November 2014

I
drissi mempunyai 15 kelas berkonsep “student-centred & open-learning” serta dua buah makmalnya sendiri.

GENIUS Aulad International Group Sdn Bhd (Genius Aulad) akan memulakan operasi Idrissi International Primary School (Idrissi) atau sekolah rendah antarabangsa yang pertama di Malaysia dan dunia berkonsepkan Eco Islamik pada awal tahun depan.
Pengasasnya, Datin Paduka Zaliza Alias berkata, Idrissi berbeza dengan sekolah antarabangsa sedia ada di negara ini dan ia menekankan kefahaman pelajar bagi mengaitkan setiap pembelajaran dengan alam sekitar sebagai hamba ALLAH yang bertanggungjawab menjaga ciptaan-NYA. 
Katanya, Eco Islamik juga adalah inisiatif baharu bagi memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang.
“Kesemua bahan pembelajaran dihasilkan sendiri dengan kerjasama Organisasi Kurikulum Islam iaitu Al Madinah International University, Kurikulum Eco itu berdasarkan Australia Organic School, Taman Botani Negara, Landskap Malaysia dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka),” katanya.
Menurutnya, Idrissi School menyediakan Idrissi Islamia Curriculum, Idrissi Bristish National Curriculum, Idrissi Eco-Muslim Curriculum, Idrissi Meaningful Foreign Language, Idrissi Zheng He Mandarin serta Idrissi Bahasa Melayu dan Alam. “Idrissi Islamia Curriculum adalah kerjasama dengan ahli penasihat global dalam pembangunan Kurikulum Islam yang diluluskan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim). Terdapat lima perkara akan dipelajari pelajar iaitu Aqidah, Quran, Sirah, Ibadat dan Moral serta Adab.
“Idrissi British National Curriculum adalah kurikulum kelas dunia dengan sokongan guru berkualiti tinggi dan penilaian sepadu. Subjek teras Idrissi School adalah English, Matematik dan Sains,” katanya.
Zaliza berkata, Idrissi juga memperkenalkan silibus pertama di Malaysia iaitu subjek Sains Fizikal dan reka bentuk lengkap dengan Makmal Kejuruteraan. Ia bertujuan untuk memupuk pelajar dengan tingkah laku saintifik, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
“Sukatan pelajaran ini direka untuk pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun yang mengintegrasikan mata pelajaran sains, reka bentuk, teknologi dan kejuruteraan, diilhamkan British National Curriculum, German Standard Curriculum dan K7-K12 Kurikulum Amerika (STEM),” katanya. Menurutnya, Idrissi unik kerana Konsep Pendidikan Idrissi menggabungkan nilai- nilai Islam sebagai Pembelajaran Gaya Hidup , alam semula jadi sebagai alat pembelajaran. Malah, bahasa pengantar Idrissi adalah bahasa Inggeris di samping pelajaran komunikasi Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab.
Zaliza menjangkakan 200 pelajar akan mendaftar di Idrissi dan sebanyak 50 peratus daripada pelajarnya adalah Tahun 1 di peringkat permulaan sesi persekolahan bermula pada Januari 2015.
“Menariknya, pelajar juga dapat mempelajari komunikasi bahasa Mandarin melalui Idrissi Zheng He Mandarin disesuaikan rakan kongsi dari Xi’an, China. Pelajaran komunikasi Bahasa Arab juga boleh diperoleh melalui kurikulum usaha sama Al Madinah International University. “Tenaga pengajar terdiri daripada tempatan dan antarabangsa. Sesi pembelajaran bermula 9 pagi hingga 3.30 petang dan bayaran yuran bulanan yang amat berpatutan,” katanya.
Katanya, Idrissi mempunyai 15 kelas berkonsep “student-centred & open-learning” dan dua buah makmalnya sendiri serta menyediakan kemudahan bersukan apabila mempunyai gelanggang badminton, bola keranjang, futsal, 'wall climbing', memanah dan sebagainya. Zaliza berkata, Idrissi School terletak di Setia Dagang, Setia Alam dan menjangkakan akan membuka cawangan kedua di Johor
.

Wednesday, November 12, 2014

MENGAPA REMAJA MEMBULI?

Kenapa  tiba-tiba sahaja remaja bertindak ganas. Sanggup memukul dan membuli kawan sendiri. Dan sekali lagi… masyrakat kembali heboh, kenapa remaja kita jadi begini? Kita mesti cari puncanya hingga ke akar umbi! Begitu, selalunya slogan kedengaran apabila isu itu hangat diperkatakan.


Walau hasrat itu kelihatan semacam terlewat, tetapi lebih baik daripada tidak memulakan langsung. Apakah kita akan senyap kembali bila masa berlalu (walaupun isu itu belum selesai)… dan ‘sure’ heboh bila berlaku tragedi baru yang lebih terkini dan sensasi?
Tidak terlalu sukar untuk mencari punca gengsterisme. Ia berpunca dari kekacauan dalaman. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Di dalam hati anak manusia ada seketul daging, jika baik daging itu baiklah seluruh anggota badan, jika jahat hati itu maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Jika hati telah jahat, maka itulah yang menimbulkan perbuatan-perbuatan ganas. Inilah akar semua kejahatan termasuk gengsterisme. Hati jahat kerana dihinggapi penyakit-penyakit hati (mazmumah). Antara penyakit-penyakit hati itu ialah ego, marah, geram, dendam, hasad, cemburu dan lain-lain.
Hakikat ini bertepatan dengan kajian ilmu psikologi. Menurut pakar psikologi perlakuan manusia ditentukan oleh ‘personal belief system’nya – sistem keyakinan peribadi yang berada di dalam jiwanya. Sistem keyakinan ini pada asasnya mengandungi prinsip-prinsip tentang ketuhanan, kebenaran, kebaikan atau apa sahaja bentuk kepercayaan samada yang bersumberkan fitrah tabi’enya semata-mata atau apa yang diperolehinya daripada ajaran dan pendidikan. Keyakinan ini kemudiannya membentuk pandangan alamnya  (world-view) tentang hidup dan kehidupan. Atau dalam istilah yang lain inilah juga yang dinamakan paradigma, persepsi (tanggapan) atau set minda (mind-set).
Keyakinan tentang adanya Tuhan misalnya, akan membentuk pandangan alam yang menyebabkan seseorang individu akan melihat kehidupan ini dengan rasa ‘conciousness of the Creator’ – kesedaran ada Tuhan yang Maha Pencipta. Individu ini akan berfikir, menilai, menyaring serta membuat tanggapan berdasarkan apa yang diyakininya berdasarkan prinsip keyakinan dan set mindanya. Pandangan alam ini kemudiannya membentuk asas nilai dalam diri. Pendekkata ia akan meletakkan ‘nilai’ sesuatu perkara, benda, peristiwa, kejadian pada neraca timbangan asas nilaiannya itu. Apa yang bernilai, akan cuba diperolehi, sokong, sayang atau laksanakan. Manakala sesuatu yang dirasakan tidak bernilai akan ditinggalkan, dibantah, dibenci dan ditinggalkannya.
Daripada asas nilai inilah terbentuknya konsep ‘pain and pleasure’ yang selalu dikatakan oleh pakar-pakar psikologi. Atau dalam istilah Islamnya – khauf (takut) dan raja’ (pengharapan). Apa yang dirasakan sebagai ‘pleasure’ akan dibuat, sebalik yang dianggap ‘pain’ akan ditinggalkan. Lama kelamaan asas nilai ini akan membentuk siri tindakan yang dilazimi dari sesama ke semasa. Akhirnya, terbentuklah sikap atau tabiat. Sikap atau tabiat ialah tenaga penggerak yang menjadi sumber pembentukan tingkahlaku. Maka ketika inilah lahirnya perbuatan, samada positif atau negatif. Dan pada ketika ini barulah terserlah kebaikan atau ‘tembelang’ seseorang. Maknanya, ibu segala perlakuan jenayah adalah sistem keyakinan yang salah atau rapuh, yang menyebabkan terbentuknya paradigma atau ‘pandangan alam’ yang serong, dan ini menghasilkan asas nilai yang salah, yang akhirnya terbentuklah sikap negatif yang melahirkan perlakuan jenayah.
Sekarang kita dapat bayangkan betapa satu perlakuan jenayah itu sebenarnya menerusi beberapa ‘proses’ atau tahap sebelum ia terhasil. Dan kita sebenarnya punya banyak peluang dan kesempatan untuk mencegah perlakuan itu pada tahap-tahap tertentu sebelum ia beralih ke tahap yang sukar diatasi. Ertinya, kita mesti bermula daripada usaha menanamkan keyakinan, pandangan alam, asas nilai dan pembentukan sikap. Dan saya ingin tegaskan lagi, semua ini melibatkan proses pendidikan samada secara formal atau informal.
Walaupun pada zahirnya gengsterisme berkisar pada persoalan sosial dan keselamatan, namun akar masalah itu berpunca daripada soal pendidikan. Justeru, penyelesaian masalah tingkah laku manusia perlu ditangani dengan menerusi kaedah yang bersifat ‘dari dalam ke luar’ (inside-out) bukan ‘dari luar ke dalam’ (outside-in). Berani saya katakan,  pendekatan penyelesaian gengsterisme kini kurang atau gagal melihat secara tersirat tentang sesuatu pemasalahan.
Berdepan dengan masalah ini kebanyakan kita hanya melihat yang hal-hal yang bersifat tersurat.  Fokus kita hanya terbatas untuk menangani ‘presenting problem’ yang bersifat luaran. Jarang kita mahu menyelam untuk mencari hakikat atau ‘the real problem’ yang bersifat dalaman. Akibatnya, jalan penyelesaian yang kita pilih selalunya terfokus kepada soal-soal ‘kulit’ yang bersifat ritual dan slogan, bukan lagi kepada soal isi atau ‘substance’ sesuatu permasalahan.
Bagaimana seharusnya masalah dalaman ini ditangani? Perlu diingat bahawa terbentuknya individu yang baik bergantung kepada bentuk pendidikan yang diberikan. Jika tepat sistem pendidikan yang diberi maka baiklah manusia yang dihasilkan. Dan begitulah sebaliknya. Jadi masalah gengsterisme sebenarnya bukanlah masalah sosial, tetapi ia adalah masalah pendidikan. Dalam konteks ini institusi yang paling penting dinilai dan dikoreksi dengan teliti ialah sekolah.
Ya, setiap sekolah memang bercita-cita melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan akhlak. Malangnya, kekadang motto seperti ‘ke arah melahirkan pelajar bestari dan berdedikasi’ hanya tinggal slogan. Mengapa? Perlu diingat, bahawa memberi pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara berbeza. Mungkin pelajar-pelajar berjaya menimba pelajaran. Memberi pelajaran melibatkan  proses menyampaikan ilmu. Tetapi mendidik adalah satu perkara yang lain. Kekadang proses pembelajaran tercapai tetapi proses pendidikan agak terabai. Pencapaian pelajaran boleh diukur menerusi prestasi dalam peperiksaan tetapi kejayaan pendidikan jauh lebih kompleks dan abstraks.
Ukuran tuntas atau tidaknya proses pendidikan itu ialah tahap akhlak seseorang pelajar. Bagaimana akhlak perlajarnya? Oleh itu para guru dan ibu-bapa yang merupakan pendidik dalam ‘institusi’ pendidikan yang bernama sekolah dan rumah-tangga harus sama-sama bermuhasabah. Misalnya, apakah pelajar-pelajar mereka hanya mendapat pelajaran atau pada masa yang sama turut juga mendapat pendidikan? Jika sekolah hanya sekadar gelanggang menimba ilmu, ya… pencapaian akademik pelajar kita sangat membanggakan. Pencapaian dalam UPSR, SPM, STPM nampaknya semakin meningkat. Namun bagaimana sekolah sebagai tempat menimba asuhan, tunjuk ajar yang  baik dan didikan akhlak?
Dalam pendidikan, faktor yang paling utama ialah pendidik. Kenapa kita gunakan istilah pendidik, bukan pengajar? Ramai orang tersilap, mengatakan bahawa pendidik dan pengajar itu sama… Jika kita sudah ada pengajar, maka dengan sendirinya kita sudah ada pendidik. Banyak bezanya antara pendidik dengan pengajar. Pengajar menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Dia mengajar ilmu-ilmu tertentu samada ilmu agama ataupun akademik. Matlamat utama pengajar ialah agar ilmu yang diberikan itu dapat difahami dan ‘dituang’ semula semasa peperiksaan. Ertinya, berlaku perpindahan ilmu dari akal ke akal – yakni dari akal pengajar kepada akal murid dan akhirnya murid meluahkan semula ilmu itu di atas kertas peperiksaan.
Pendidik lebih dari itu. Justeru dia berperanan mendidik jiwa muridnya. Supaya jiwa muridnya terkesan oleh ilmu yang diberikan, yang kemudianya ilmu itu dihayati, diyakini dan kemudiannya diamalkan maka tugas pendidik lebih ‘advance’ daripada pengajar. Dia perlu memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak muridnya. Jika tugas pengajar banyak berlegar ‘di akal’ tetapi tugas pendidik pula adalah ‘di hati’ – punca segala perlakuan manusia!
Pendidik memastikan dalam jiwa anak muridnya timbul kemahuan sedangkan pengajar hanya berperanan supaya timbul pengetahuan. Kekuatan ‘kemahuan’ sebenarnya mengatasi ‘pengetahuan’. Katalah murid telah diajar tentang sifat-sifat sabar, dia tahu apa cirinya, apa kategori sabar, apa unsur-unsur yang membawa kepada sifat sabar… Tetapi hanya dengan itu mampukah ia bersabar apabila berdepan dengan sesuatu yang mencabar kesabarannya?
Tugas ini adalah tugas pendidik, justeru hanya pendidik punya kemampuan untuk memastikan ilmu yang ada itu dapat diamalkan. Cabaran utama dalam sistem pendidikan secara umumnya ialah kadangkala kita mampu memberi ilmu sebanyak-banyaknya, tetapi gagal dalam memberi didikan setepat-tepatnya. Justeru, yang penting sekarang ialah bagaimana kita mampu melahirkan ramai pendidik bukan sekadar meramaikan pengajar atau menambah bilangan IPTA atau IPTS. Ya, mungkin ini cabaran  baru buat negara, bagaimana melahirkan lebih ramai pendidik!

sumber : Genta Rasa - Ustaz Pahrol Mohd Juoi