ABDUL JALIL ALI
Sinar Harian 20 November 2014
SEKIRANYA semua berlapang dada, terus ketawa
dan tidak berbuat apa-apa, dalam masa 10 tahun lagi, kita mungkin terpinggir di
negara sendiri. Jangan terkejut jika pendatang asing menjadi tuan di tempat
kita.
Juga, sekiranya pihak berkuasa kita tidak bertindak tegas, berkhayal dan asyik
lena dalam kealpaan, orang kita sendiri akan hidup dalam ketakutan, menjadi
kuli batak, dan diperkotak-katikkan makhluk-makhluk asing. Alangkah ngerinya!
Harap-harap bayangan ngeri ini tidak terjadi. Tetapi kemungkinan untuk terjadi
tidak boleh ditolak bulat-bulat. Hakikat di
hadapan mata ialah pendatang asing telah melimpah di negara berdaulat ini.
Hendak tahu berapa bilangan pendatang asing yang kini mengasak setiap sudut
di negara kita? Menurut Datuk Richard Riot, ada 6.7 juta pendatang asing yang
kini mengisi pasaran kerja di tempat kita. Begitulah ramainya!
Satu lagi fakta yang disebut oleh Menteri Sumber Manusia ialah daripada begitu
ramai pendatang asing yang masuk ke sini, hanya 2.1 juta mempunyai permit sah. Ertinya
kira-kira 5 juta orang duduk di keliling kita, tanpa permit @ Pati.
Setiap saat kita dikelilingi – dan diawasi! – oleh berjuta-juta pendatang tanpa
izin. Secara peribadi tiba-tiba sahaja saya berasa hidup dalam bahaya. Tidakkah
anda juga berasa yang sama?
Entah di mana silapnya, pintu masuk ke negara kita selalu dibolosi Pati. Pintu
masuk rasmi dikatakan dikawal rapi dengan alat pengesan serba canggih, tetapi
Pati tetap juga bolos. Setiap hari beribu masuk secara haram. Agaknya alat
mereka lebih canggih sehingga pihak berkuasa kita gagal mengesan.
Tambahan pula selain pintu-pintu masuk rasmi seperti lapangan terbang,
pelabuhan dan pintu sempadan, ada sekian banyak pintu-pintu masuk tidak rasmi –
lorong tikus, lorong buaya, lorong babi tonyok, lorong depan, lorong belakang –
setiap detik berjaya dibolosi makhluk asing.
Ternyata dan telah terbukti, setelah masuk ke negara makmur ini, Pati dan
bukan Pati terus ligat mengambil kesempatan yang ada. Mereka ligat macam
gasing, sebab pihak berkuasa kita lembap, lambat macam siput babi. Bukti
kelembapan boleh dilihat depan mata, antaranya:
Pertama: Kes Cameron Highlands adalah contoh klasik. Setelah sekian lama
dibiarkan, baru kita disedarkan ada lebih 10,000 pendatang asing – termasuk
Pati – menguasai kawasan tersebut. Setelah keadaan menjadi begitu parah, baru
ada tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa. Kenapa selama ini semua tidur?
Kedua: Tapak perniagaan di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur kini dikuasai oleh
pendatang asing. Pihak berkuasa mengeluarkan permit kepada peniaga tempatan –
kebanyakannya Melayu – untuk berniaga di kawasan berkenaan.
Tetapi dari begitu banyak permit dikeluarkan, hanya satu dua yang masih
diusahakan oleh pemegang permit asal. Sebahagian besar permit disewakan atau
dijual kepada pendatang asing. Dulu kawasan tersebut milik Melayu, kini sudah
menjadi milik pendatang.
Mengapa tidak ada tindakan pihak berkuasa ke atas mereka yang
menyalahgunakan permit? Mengapa biarkan kawasan itu dikuasai pendatang asing?
Satu demi satu kawasan kita dirampas, pihak berkuasa kita terus leka!
Ketiga: Banyak kawasan setinggan dikuasai oleh pendatang asing, termasuk
Pati. Mereka aktif dan kreatif. Pantang ada tanah kosong mereka dirikan
penempatan. Penduduk tempatan kompelin, tetapi pihak berkuasa tidak ambil
berat, atau buat-buat tidak nampak.
Malah, pernah terjadi tanah sah milik persendirian dijadikan kawasan
setinggan, dan pihak berkuasa tidak berani merobohkan. Setiap kali aduan
dibuat, jawapan yang diberikan tetap sama: “Kami sedang menyiasat”. Benda sudah
jelas di hadapan mata, apa lagi hendak disiasat? Pemilik sah menderita, pendatang
asing ketawa. Di mana pihak berkuasa?
Keempat: Pendatang kulit hitam dari Afrika terlalu biadab. Mereka membuat
kacau di banyak kawasan perumahan, mabuk dan memekik waktu malam. Mereka masuk
ke pusat hiburan, membuat kacau. Pusat hiburan yang sepatutnya tutup jam 12,
terus dibuka hingga ke subuh untuk melayani Pak Hitam.
Mereka berani kencing sambil menunjukkan kemaluan tanpa segan. Aduan selalu
dibuat tentang perangai tidak senonoh Awang Hitam. Tetapi mereka tetap keras
kepala. Masa sudah tiba untuk penguat kuasa kita bertindak.
Buktikan bahawa kita juga ada telur.
Atau, apakah pihak berkuasa kita memang sudah tidak bertelur?
No comments:
Post a Comment