Thursday, April 18, 2013

PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH,
No. 8 The Eight Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13,
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,
54200 Malaysia.
www.alhidayah-medic.com
Tel : 03 42565666 atau 012 2608592

Baru-baru ini sempena Seminar Perubatan Al Quran dan Rawatan Kanser pada 13 April 2013 di Dewan Kuliah Utama, Akademi Islam, Universiti Malaya, saya sempat singgah dan melihat Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, di Setiawangsa. Sungguh hebat dan menepati cita rasa dan suasana perkembangan semasa.

Suasana Dalam Klimih
Tuan Haji Lokman sedang merwat pesakit


Suasana di kaunter tempat pendaftaran pesakit
Menggunakan teknologi terkini sesuai dengan peredaran zaman

Kakitangan Klinik sedang menjalankan tugas, slip perubatan dikeluarkan melalui kaunter ini, pesakit akan mengambil slip surah untuk dibaca serta membuat pembayaran. 

Haji Lokman sedang merawat pesakit, satu-satunya 
klinik rawatan Islam yang menggunakan teknologi terkini

Suasana nyaman dan sangat kondusif sesuai dengan peredaran zaman. Inilah satu-satunya pusat rawatan berasaskan al Quran yang sukar ditemui. Semua keadaan ini adalah hasil idea dan kreatitivi pengasas rawatan al Quran iaitu Tuan Haji Lokman bin Abdul Hamid. Saya difahamkan bahawa beliau bercita-cita suatu hari jika diizinkan Allah, beliau ingin menubuhkan sebuah hospital yang setanding dengan hospital swasta, tetapi konsep rawatan berasaskan Al Quran. Mudah-mudahan Allah makbulkan impian beliau. 

Sebulan sekali beliau akan datang ke rumah saya di Kuala Ibai untuk merawat pesakit. Hari ini hari kedua beliau berada di Kuala Ibai dan petang ini beliau akan ke Kota Bharu untuk membuat rawatan di sana.

Cikgu Syed Othman. 

Tuesday, April 16, 2013


Bermula hari ini, Umno akan berpecah

Aspan Alias,
16 Apr 2013

BN telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali ini.

Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.

Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.

Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.

Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.

Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.

UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.

Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu.

Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi.

Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO.  Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.

Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.

Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.

Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana.

Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.

Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. -http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Monday, April 15, 2013

SEMINAR PERUBATAN AL QURAN DAN RAWATAN KANSER


Alhamdulillah walaupun pertama kali menganjurkan seminar, dengan penyertaan lebih 150 orang, saya kira ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Penyertaan beberapa orang pelajar yang sedang menyiapkan MA dan Phd daripada Universiti Putera Malayasia, serta sokongan darpada Prof Dr. Maznah Muhamad. Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser Universiti Putera Malaysia, serta Cik Habibah bt  Abd Rahman, Fasilitator Majlis Kanser Nasional (MAKNA) memberi petanda bahawa seminar ini mendapat pengiktirafan daripada pusat pengajian tinggi. 

Walaupun sebahagian besar daripada peserta adalah bekas  pesakit yang pernah,sedang dan telah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, terdapat juga orang perseorangan yang turut mengikuti seminar tersebut. Seminar Rawatan Al Quran dan Kanser ini berlangsung selama sehari pada 13 April 2013 di Dewan Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Tuan Haji Lokman Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, merupakan pengarah dan pengerusi jawatankuasa kerja seminar tersebut, telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan penyakit kanser dan cara rawatan berasaslan Al Quran serta perbandingan dengan cara rawatan moden.

Manakala saudara Mohd Asyraf Muslim, Ketua Pengarah Operasi, Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, turut mengendalikan sesi testimoni pesakit kanser dengan Puan Zuhaili dan suaminya Encik Ramli, serta Encik Abd Aziz(kanser prostat) dan Puan Rohaya (kanser payu dara). 

Sesi testimoni pertama bersama Puan Zuhaili(seorang guru)  sungguh menyentuh perasaan para peserta seminar. Sebahagian besar peserta menitiskan air mata apabila dipaparkan "video clip" kisah beliau sewaktu mengidap kanser tahap empat yang menggambarkan keadaan beliau sungguh menyedihkan, terlentang, berbantukan pernafasan. Tetapi kerana mukjizat Al Quran, Allah s.w.t. telah menyembuhkan beliau, sehingga sewaktu hadir dalam seminar menggunakan kerusi roda. beliau mampu senyum, boleh bercakap, walaupun beliau telah hilang penglihatan.


Tuesday, April 9, 2013


Molekul Air Zam-Zam VS Molekul Air Heavy Metal.. (Ada gambar)

Assalamualaikum

Info kali ni sangat penting untuk pedoman semua... Sebelum tu kita main survey-survey ya... Berapa orang yang baca 'Bismillah' sebelum minum? Berapa orang yang minum sambil pasang lagu? Berapa orang yang bad mood lepas tu mencarut depan minuman? Haaaa.... Lepas kita tengok molekul-molekul air yang berbeza ni, harap-harap lah kita semua tak memandang remeh kelebihan air zam-zam, air yasin, air yang dibaca ayat Al-Quran dan kepentingan membaca 'Bismillah' sebelum minum :)

1) Cerita Dr. Masaru Emoto (1)

Berikut ialah 'Penyelidikan Perubahan Molekul Air' yang diselidik oleh Dr. Masaru Emoto (Yokohama University). Dia telah menggunakan air yang sangat murni, iaitu air mata air dari Kepulauan Honshu.  Untuk setiap proses, air itu didinginkan sehingga mencapai suhu -5C kemudian dilihat menggunakan electron microscope yang dilengkapi dengan high speed camera :
  
- Air itu dibacakan doa dalam agama Shinto 
  Membentuk kristal segi 6 yang indah

- Air itu dibacakan 'Arigato' (Thank you dalam bahasa Jepun)
  Membentuk kristal yang sangat indah

- Air itu disebut perkataan 'Syaitan'
  Membentuk kristal yang buruk

- Air itu didengarkan music Symphony Mozart
  Membentuk kristal yang berbunga indah

- Air itu didengarkan music Heavy Metal
  Kristal hancur!

- Air itu dibacakan doa dalam agama Islam
  Membentuk kristal segi 6 yang indah dan berkilauan! SUBHANALLAH

2) Cerita Dr. Masaru Emoto (2)

Selepas penyelidikannya berjaya, beliau telah mengadakan satu seminar. Rata-rata orang bukan Islam yang hadir. Dr. Masaru Emoto menunjukkan molekul-molekul air yang buruk sehinggalah yang terakhir, molekul air itu sangat indah, kristalnya bercabang-cabang dan berkilauan!

Dr. Emoto : Molekul air apakah ini?
Hadirin : (Senyap)

Peserta dari Malaysia : Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia..

Dr Emoto : (Angguk) Saya tak pasti air itu mulia atau tidak. Tapi memang benar, ini molekul air zam-zam..

Molekul air zam-zam

Ternyata air boleh "mendengar" kata², "membaca" tulisan dan "mengerti" perasaan

3) Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di Malaysia.

Sewaktu persidangan itu diadakan, air dari seluruh dunia telah dikumpul. Setiap air diuji kehebatannya dengan menggunakan 'kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh' untuk melihat gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji. 

Kehebatan Air Zam-Zam

- Begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini 
- Strukturnya tidak berubah
- Tidak terjejas dalam apa sahaja tekanan yang diberikan padanya dan ia tetap utuh
- Hanya air ini sahaja yang mampu merakam dengan TEPAT gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu² tertentu.
Ini menyebabkan seorang Professor Jepun memeluk Islam kerana beliau tahu air zam-zam hanya ada di Kaabah.


3) Menyingkap rahsia di Kaabah

Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah, ada terkandung air yang bersifat Alkali, iaitu air zam-zam (air yang merakam segala niat jemaah² yang datang secara gema gelombang). Niat ini bukanlah niat yang negatif kerana kita pun sudah biasa dengar betapa ramainya jemaah tersesat di Masjidil Haram, tersesat balik ke hotel sebab menyimpan niat negatif, kerana segala niat yang negatif itu terakam maka termakbullah permintaan itu. Dengan itu, ia menjadi peringatan supaya kita insaf. 

Hanya orang yang betul² ingin tahu kehebatan air zam-zam saja yang dapat merasai kehebatannya. Bila niat kita benar² ikhlas, memohon taubat dan keampunan, maka dengan sendirinya kekuatan air zam-zam merakam niat jemaah tadi. Bila jemaah tadi melakukan tawaf 7x pusingan ke kanan, berlaku pula resonan, maka penyerapan dosa² itu terjadi. Kaabah dan Hajarul Aswad memegang rahsia mengapa ia berwarna hitam. Selepas itu, jemaah akan berasa tenang, lapang serta sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasa kebesaran Allah SWT..

4) Air Sumber Penyucian.

Kerana air berupaya merakam gema serta niat. Contoh :
- Wuduk baca niat
- Mandi wajib baca niat
- Tempat terkena musibah akan ada taufan, ombak, gempa bumi dll. untuk serap/seimbangkan semula 
Tak lain tak bukan, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar isyarat agar jangan kita terbuai dan terhanyut jauh oleh nafsu dan segera kembali ke pangkal jalan...


5) Ayat Al-Quran tentang Air.

Allah SWT selalu menarik perhatian kita kepada air :
- Air bukan benda mati
- Air menyimpan daya ingatan
- Air menyimpan kekuatan
- Air menyimpan daya penyembuh

Islam pula adalah agama yang paling melekat dengan air :

- Solat fardhu wajib berwuduk 5x sehari
- Solat sunat & pegang Al-Quran juga wajib berwuduk
- Persetubuhan dan wanita haid wajib mandi majib
- Jenazah wajib mandi jenazah

6) Air dan Badan Manusia

60%-70% daripada badan kita terdiri dari unsur air. Cuba kita fikir ya, apa akan jadi kalau kita membuat sesuatu yang positif / negatif? 

Menurut Ustaz Zamri IKIM, kalau kita dengar benda tak berfaedah dan berbuat negatif, molekul air dalam badan kita tak cantik. Rohani dan jiwa kita bagaimana? Jiwa kita pun kacau sama macam molekul air, rasa tak tenang.Kalau kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-Quran, berfikiran positif, insyaAllah rohani dan jiwa kita akan tenang sama macam molekul air zam-zam yang cantik, sangat indah dan berkilauan.

Wallahualam. Renung²kan dan selamat beramal..... Cerita di atas diolah semula oleh saya dalam bentuk yang lebih ringkas. Kalau nak baca original version, KLIK SINI (credit to http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)

 Sarazaqea 


Rahsia Keajaiban Air Zam-Zam

Tak banyak yang tahu bagaimana caranya  zam-zam mampu mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. Seorang peneliti pernah diperintahkan raja Faisal menyelidik air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter air zamzam?

Berapa banyak air zam-zam yang di “keluarkan” setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji ini berjumlah sekitar dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang nanti ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu saja sudah 10 juta liter. Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jamaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter !!.

Keanehan air Zamzam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahwa air Zamzam itu tidak sehat untuk diminum. Ia mengatakan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari sumur Zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Mentri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk dikaji.

Tariq Hussain, insinyur kimia yang bekerja di Instalasi Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Kota Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada saat memulai tugasnya, Tariq belum punya gambaran, bagaimana sumur Zamzam bisa menyimpan air yang begitu banyak seperti tak ada batasnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat tercengang ketika menyaksikan bahwa ukuran “kolam” sumur itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tak terbayang, bagaimana caranya sumur sekecil ini bisa mengeluarkan jutaan galon air setiap musim hajinya. Dan itu berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penelitian menunjukkan, mata air zamzam bisa memancarkan air sebanyak 11-18 liter air per detik. Dengan demikian, setiap menit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mencengangkan.

Tariq mulai mengukur kedalaman air sumur. Dia meminta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air sumur itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh asistennya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran yang lain di dalamnya. Setelah berpindah dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.




Sumur Zamzam

Dia berpikir, mungkin saja air sumur ini dimasukkan dari luar melalui saluran paip besar. Bila seperti itu kejadian nya, maka dia mampu melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan inipun tak terbukti. Tak ditemukan gerakan air yang mencurigakan, juga tak ditemukan ada alat yang bisa mendatangkan air dalam jumlah banyak.

Selanjutnya Dia meminta pembantunya masuk lagi ke dalam sumur. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temukan dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar sumur”.

Lalu pembantunya diminta berputar mengelilingi sumur ketika tiba saat air pam (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) dilakukan. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar sumur sama besarnya seperti sebelum air dipamkan. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan sumur itu relatif stabil, tak ada guncangan yang besar

Mengandung zat Anti Kuman

Hasil penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahwa Zamzam mengandung zat fluorida yang punya daya efektif membunuh kuman, ia seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air sumur lain di kota Mekah dan Arab sekitarnya adalah dalamnya yang mempunyai kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat efek menyegarkan bagi jamaah yang letih.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya sumur ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.

Mampu Menyembuhkan Penyakit

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandung gizi”. Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercik orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penelitian ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahwa zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding sumur lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan efek penyembuhan.

2. Zamzam juga mengandung zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah, tak ada sedikit pun lumut di sumur ini. Zamzam bebas dari kontaminasi kuman.

4. Anehnya lagi, pada saat semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, sumur zamzam tetap berair. Dan zamzam memang tak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fikih merekomendasikan agar jamaah haji membawa zamzam ketika pulang ke negaranya sebab zamzam itu mampu sebagai ubat untuk suatu penyembuhan. Dan ini terbukti, banyak jamaah dari Indonesia maupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.

Molekul Air Apakah Ini?

Di sebuah hotel di kota Kuala Lumpur, Malaysia, Dr. Masaru Emoto dari Universitas Yokohama, Jepang, memaparkan hasil kajiannya mengenai air yang ditulisnya dalam buku “The True Power of Water.” Sejumlah slide kristal molekul air dari berbagai sumber, seperti air dari mata air, sungai, laut, telaga dsb. ditayangkan pada kesempatan itu.

Beberapa molekul air yang ditelitinya berbentuk tak teratur, kecuali molekul air zam-zam. Susunan molekul air zam-zam berstruktur sangat indah, teratur, cantik bak berlian yang berkilauan, dan memancarkan lebih dari 12 warna jika dibekukan. Rangkaian bentuk heksagonal-nya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna ketika dibacakan ayat yang mulia. Ada satu kristal air yang nampak paling indah dan cantik, berbentuk seperti bunga atau cakra, bagaikan bertahta berlian mutu manikam, berkilau-kilau memancarkan belasan warna. “Molekul air apakah ini?” Tanya Masaru Emoto. Suasana mendadak senyap, hadirin nampak terpena dan tak tahu persis kristal molekul apa gerangan. Namun tiba-tiba seorang pensyarah dari Universitas Malaysia mengacungkkan tangan, “mungkin itu adalah molekul air Zamzam.” Katanya.Dr. Masaru Emoto balik bertanya, “mengapa Anda berpendapat bahwa itu adalah molekul air Zamzam?”Kata pensyarah itu, “Sebab air Zamzam adalah air yang paling mulia di dunia ini, jadi wajar kalau ia memiliki molekul berupa berlian yang berpendar indah.”Ternyata dugaan pensyarah itu benar. Itu memang air Zamzam. Penelitian Dr. Masaru Emoto telah menunjukkan bahwa air Zamzam memiliki molekul air paling cantik dan indah di antara air lainnya.

“Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit.” (Thabrani dan Ibnu Hibban). Maha suci Allah Ta’ala dengan segala ciptaannya.

Monday, April 8, 2013


Adab mempelajari ilmu

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SELEPAS dibincangkan mukadimah berkenaan dengan tempat yang dicari, maka di sini akan diteruskan lagi berkaitan dengan apa yang didapati oleh Nabi Musa AS yang akhirnya membuahkan hikmah dan ilmu.

Pada ayat 65 ini Ibnu Kathir berkata: Kemudian al-Bukhari juga meriwayatkan hal yang sama, daripada Qutaibah, daripada Sufyan bin ‘Uyainah dengan sanadnya. Di dalamnya disebutkan: “Kemudian Musa AS berangkat dan bersamanya seorang pemuda yang bernama Yusya’ bin Nun, ikut juga dibawa seekor ikan hingga akhirnya keduanya sampai di sebuah batu karang, lalu mereka turun di sana. Dan selanjutnya Musa merebahkan diri dan kemudian tidur."

Dalam hadis yang lain, Sufyan menceritakan daripada ‘Amr, ia berkata: “Dan pada dasar batu itu terdapat mata air yang diberi nama mata air kehidupan, yang airnya tidak menimpa sesuatu melainkan sesuatu itu akan hidup. Lalu mata air itu terpercik ke ikan tersebut, lalu ikan itu bergerak dan melompat daripada keranjang ke laut. Setelah bangun, Musa berkata kepada muridnya: “Bawalah ke mari makanan kita."
Sufyan menceritakan, lalu ada seekor burung yang hinggap di bibir perahu dan kemudian menenggelamkan paruhnya ke laut. Maka Khidhir berkat kepada Musa: “Apakah ertinya ilmuku dan ilmumu dan ilmu seluruh makhluk ini dibandingkan dengan ilmu Allah SWT melainkan hanya seperti air yang diambil oleh paruh burung tersebut." Dan kemudian ia menyebutkan hadis secara lengkap.

Sayid Qutub berkata: Di sini jelaslah bahawa pertemuan itu merupakan rahsia Musa sahaja bersama Allah SWT. Ia tidak diketahui oleh teman pemudanya sehingga kedua-duanya bertemu dengan hamba yang soleh itu. Oleh sebab itulah di dalam adegan-adegan kisah yang berikut ditunjukkan Musa dan hamba yang soleh itu sahaja.

Pada ayat 66 ini pula Ibnu Kathir berkata: Allah SWT menceritakan tentang ucapan Musa AS kepada orang alim, yakni Khidhir yang secara khusus diberi ilmu oleh Allah SWT yang tidak diberikan kepada Musa, sebagaimana Dia juga telah menganugerahkan ilmu kepada Musa yang tidak Dia berikan kepada Khidhir.

Al-Maraghi berkata: Nabi Musa AS dan muridnya kembali semula ke batu besar itu dan menemui Nabi Khidhir AS yang memakai baju putih. Kemudian Nabi Musa AS memberi salam kepadanya dan baginda AS bertanya tentang kedamaian negeri tersebut.

Nabi Musa memperkenalkan dirinya, “Aku ini Musa". “Musa daripada Bani Israel?" tanya orang itu. “Ya," sabda Nabi Musa. “Bolehkah aku mengikut kamu supaya kamu mengajarkan aku sesuatu daripada apa yang telah diajarkan Allah SWT kepadamu untuk aku jadikan pedoman dalam urusanku ini, iaitu ilmu yang bermanfaat dan amal soleh?"

Sayid Qutub berkata: Dengan adab sopan yang layak dengan seorang nabi inilah yang beliau bertanya dengan cara yang tidak pasti dan memohon mendapatkan pedoman ilmu ghaib daripada hamba yang soleh dan alim itu, tetapi ilmu orang ini bukan dari jenis ilmu pengetahuan manusia yang jelas punca-punca dan dekat natijah-natijahnya, malah ia merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan laduni mengenai urusan-urusan ghaib yang di perlihatkan Allah SWT kepadanya sekadar yang dikehendaki-Nya.

Oleh sebab itulah Musa tidak berupaya menahan kesabaran terhadap tindakan-tindakan lelaki ini walaupun beliau seorang nabi dan rasul, kerana tindakan-tindakan ini pada lahirnya kadang-kadang bercanggah dengan logik akal dan peraturan-peraturan yang zahir. Oleh itu, hikmat-hikmat yang ghaib di sebaliknya pastilah difahami. Jika tidak, tindakan-tindakan itu akan tetap menjadi perkara aneh yang menimbulkan bantahan dan kecaman dan justeru inilah hamba yang soleh yang dikurniakan ilmu pengetahuan laduni itu menaruh kebimbangan bahawa Musa tidak akan berupaya menahan kesabarannya bersahabat dengan ia dan melihat tindakan-tindakannya.

Manakala pada ayat 67, Ibnu Kathir berkata: Pada saat itu Nabi Khidhir berkata kepada Musa: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Maksudnya, sesungguhnya engkau tidak menemaniku sebab engkau akan menyaksikan berbagai tindakanku yang bertentangan dengan syariatmu kerana aku bertindak berdasarkan ilmu yang diajarkan Allah SWT kepadaku dan tidak Dia ajarkan kepadamu. Engkau juga mempunyai ilmu yang diajarkan Allah SWT kepadamu tetapi tidak Dia ajarkan kepadaku. Dengan demikian, masing-masing kita dibebani berbagai urusan daripada-Nya yang saling berbeza dan engkau tidak akan sanggup menemaniku.

Al-Maraghi berkata: Nabi Khidhir pun menjawab: “Hai Musa, sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku, kerana aku ini mempunyai ilmu daripada Allah SWT yang telah diajarkan kepadaku yang tidak kamu ketahui, dan kamu pun mempunyai ilmu daripada Allah SWT yang telah Dia ajarkan kepadamu, yang tidak aku ketahui." Hal itu kemudian dikuatkan dengan menunjukkan alasan kenapa Nabi Musa tidak akan mampu bersabar, sabda Nabi Khidhir.