Molekul
Air Zam-Zam VS Molekul Air Heavy Metal.. (Ada
gambar)
Assalamualaikum
Info kali ni sangat penting untuk pedoman
semua... Sebelum tu kita main survey-survey ya... Berapa orang yang baca 'Bismillah'
sebelum minum? Berapa orang yang minum sambil pasang lagu? Berapa orang yang bad mood lepas tu mencarut depan
minuman? Haaaa.... Lepas kita tengok molekul-molekul air yang berbeza ni,
harap-harap lah kita semua tak memandang remeh kelebihan air zam-zam, air
yasin, air yang dibaca ayat Al-Quran dan kepentingan membaca 'Bismillah'
sebelum minum :)
1) Cerita Dr. Masaru Emoto (1)
Berikut ialah 'Penyelidikan Perubahan
Molekul Air' yang diselidik
oleh Dr. Masaru Emoto (Yokohama University). Dia telah
menggunakan air yang sangat murni, iaitu air mata air dari Kepulauan
Honshu. Untuk setiap proses, air itu didinginkan sehingga mencapai suhu
-5C kemudian dilihat menggunakan electron microscope yang dilengkapi dengan
high speed camera :
- Air itu dibacakan doa dalam agama Shinto
Membentuk kristal segi 6 yang indah
- Air itu dibacakan 'Arigato' (Thank
you dalam bahasa Jepun)
Membentuk kristal yang sangat indah
- Air itu disebut perkataan 'Syaitan'
Membentuk kristal yang buruk
- Air itu didengarkan music Symphony Mozart
Membentuk kristal yang berbunga indah
- Air itu didengarkan music Heavy Metal
Kristal hancur!
- Air itu dibacakan doa dalam agama
Islam
Membentuk kristal segi 6 yang indah
dan berkilauan! SUBHANALLAH
2) Cerita Dr. Masaru Emoto (2)
Selepas penyelidikannya berjaya, beliau
telah mengadakan satu seminar. Rata-rata orang bukan Islam yang hadir. Dr.
Masaru Emoto menunjukkan molekul-molekul air yang buruk sehinggalah yang
terakhir, molekul air itu sangat indah, kristalnya bercabang-cabang dan
berkilauan!
Dr.
Emoto : Molekul air
apakah ini?
Hadirin
: (Senyap)
Peserta
dari Malaysia
: Itu molekul
air zam-zam, air yang paling mulia..
Dr
Emoto : (Angguk) Saya tak pasti air itu mulia atau
tidak. Tapi memang benar, ini molekul air zam-zam..
Ternyata air boleh "mendengar"
kata², "membaca" tulisan dan "mengerti"
perasaan
3) Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di
Malaysia.
Sewaktu persidangan itu diadakan, air dari
seluruh dunia telah dikumpul. Setiap air diuji kehebatannya dengan menggunakan
'kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh' untuk melihat gambaran yang
terjadi kepada air yang sedang diuji.
Kehebatan Air Zam-Zam
- Begitu kukuh dalam merakam segala perubahan
pada kadar gelombang alam semesta ini
- Strukturnya tidak berubah
- Tidak terjejas dalam apa sahaja tekanan
yang diberikan padanya dan ia tetap utuh
- Hanya air ini sahaja yang mampu merakam
dengan TEPAT gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu² tertentu.
Ini menyebabkan seorang Professor Jepun
memeluk Islam kerana beliau tahu air zam-zam hanya ada di Kaabah.
3) Menyingkap rahsia di Kaabah
Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah,
ada terkandung air yang bersifat Alkali, iaitu air zam-zam (air yang merakam segala niat jemaah²
yang datang secara gema gelombang). Niat
ini bukanlah niat yang negatif kerana kita pun sudah biasa dengar betapa
ramainya jemaah tersesat di Masjidil Haram, tersesat balik ke hotel sebab
menyimpan niat negatif, kerana segala niat yang negatif itu terakam maka
termakbullah permintaan itu. Dengan itu, ia menjadi peringatan supaya kita
insaf.
Hanya orang yang betul² ingin tahu kehebatan
air zam-zam saja yang dapat merasai kehebatannya. Bila niat kita benar² ikhlas,
memohon taubat dan keampunan, maka dengan sendirinya kekuatan air zam-zam merakam niat
jemaah tadi. Bila jemaah tadi melakukan tawaf 7x pusingan ke kanan, berlaku
pula resonan, maka penyerapan dosa² itu terjadi. Kaabah dan Hajarul Aswad
memegang rahsia mengapa ia berwarna hitam. Selepas itu, jemaah akan berasa
tenang, lapang serta sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasa
kebesaran Allah SWT..
4) Air Sumber Penyucian.
Kerana air
berupaya merakam gema serta niat. Contoh :
- Wuduk baca niat
- Mandi wajib baca niat
- Tempat terkena musibah akan ada taufan,
ombak, gempa bumi dll. untuk serap/seimbangkan semula
Tak lain tak bukan, Allah Maha Pengasih
Maha Penyayang menghantar isyarat agar jangan kita terbuai dan terhanyut jauh
oleh nafsu dan segera kembali ke pangkal jalan...
5) Ayat Al-Quran tentang Air.
Allah SWT selalu menarik perhatian kita kepada
air :
- Air bukan benda mati
- Air menyimpan daya ingatan
-
Air menyimpan kekuatan
-
Air menyimpan daya penyembuh
Islam pula adalah agama yang paling melekat dengan
air :
- Solat fardhu wajib berwuduk 5x sehari
- Solat sunat & pegang Al-Quran juga
wajib berwuduk
- Persetubuhan dan wanita haid wajib mandi
majib
- Jenazah wajib mandi jenazah
6) Air dan Badan Manusia
60%-70% daripada badan kita terdiri dari unsur
air. Cuba kita fikir ya, apa akan jadi kalau kita membuat sesuatu yang positif /
negatif?
Menurut Ustaz Zamri IKIM, kalau kita dengar benda tak
berfaedah dan berbuat negatif, molekul air dalam badan kita tak cantik. Rohani
dan jiwa kita bagaimana? Jiwa kita pun kacau sama macam molekul air, rasa tak
tenang.Kalau kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-Quran, berfikiran
positif, insyaAllah rohani dan jiwa kita akan tenang sama macam molekul air
zam-zam yang cantik, sangat indah dan berkilauan.
Wallahualam. Renung²kan dan selamat
beramal..... Cerita di atas diolah semula oleh saya dalam bentuk yang lebih
ringkas. Kalau nak baca original version, KLIK SINI (credit to
http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)
Sarazaqea
No comments:
Post a Comment