Saturday, March 22, 2014

Bomoh, sihir dan tangkal bawa kesyirikan

WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mac 2014
SIHIR umumnya berasal daripada perkataan bahasa Arab, bermaksud suatu yang tersembunyi atau terlindung, berlaku secara halus dan tidak dilihat dengan mata kasar. Ia adalah perbuatan yang berbentuk kata-kata, jampi serapah atau ramuan, ubat-ubatan atau kepulankepulan asap.
Bomoh, juga dikenali sebagai dukun atau pawang ialah orang yang mengamalkan sihir biasanya memberi kepada orang yang datang kepadanya tangkal, azimat atau sesuatu untuk ditanam, atau memberi kertas bertulis mantera atau kemenyan dibakar dan berasap dengannya. Ini kerana syaitan boleh menghidu bau asap dan dengan asap itu syaitan akan segera datang.

Bomoh biasanya meminta bekas pakaian seperti sikat dan kain, meminta sembelihan seperti ayam, burung di mana ia disembelih dengan tidak menyebut nama ALLAH SWT, dan kemudian sembelihan itu dibuang ke tempat sunyi untuk dipersembahkan kepada syaitan.

Darah daripada sembelihan biasanya disapu ke tubuh orang yang meminta khidmat, dan pelbagai lagi perbuatan syirik.

Daripada kaca mata Islam, sihir memang wujud. Ia sesuatu yang nyata, bukan teori, dan boleh memberi kesan kepada manusia, tetapi tentu sahaja dengan izin ALLAH semata-mata.

Sihir termasuk amalan syaitan; mendekatkan diri pelakunya kepada syaitan untuk mendapatkan bantuan daripadanya dengan melakukan perbuatan yang dikehendaki syaitan. Lazimnya perbuatan itu tentu sahaja tidak akan lari daripada syirik.

Untuk mendapatkan pertolongan daripada syaitan, untuk melakukan sihir mesti ada give and take dengan syaitan, iaitu mesti ada perbuatan syirik yang perlu dilakukan kerana itu adalah objektif syaitan dalam hubungannya dengan manusia.

Seperti mana janji iblis, dia akan menyesatkan manusia, maka memang matlamat anak buahnya iaitu syaitan apabila berhubung dengan manusia adalah bertujuan menyesatkan manusia dengan sehabis-habis sesat iaitu supaya manusia mensyirikkan ALLAH.

Belenggu syirik, khurafat

Apabila manusia datang kepada syaitan untuk mendapatkan bantuan, ini merupakan peluang keemasan bagi syaitan untuk membantu.

Tetapi syaratnya, orang yang meminta bantuan itu tidak lari daripada disuruh melakukan perbuatan syirik.Oleh itu, kita dapati di antara perbuatan yang dilakukan dalam sihir biasanya seperti menyembelih ayam tanpa menyebut nama ALLAH dan kemudian sembelihan itu dibuang dan bukan dimakan, dibawa darah, melakukan benda pelik dan tidak normal secara umumnya.

Ternyata perbuatan ini semua adalah perkara yang menghala kepada kesyirikan.

Pada tahun lepas, Pertubuhan Ilmuwan Malaysia mengadakan satu lawatan ke Lahad Datu. Kami melihat masyarakat Islam di sana masih percaya kepada amalan sihir, bomoh dan tangkal. Ditunjukkan kepada kami gambar yang menunjukkan amalan masyarakat di sana.

Antaranya dibuat majlis makan di mana penduduk kampung duduk di satu tempat, dan di sebelahnya ada satu tempat khas dengan pinggan yang penuh dengan makanan lazat tetapi tidak ada orang duduk di situ. Menurut kepercayaan mereka, makanan itu adalah untuk roh nenek moyang.

Satu lagi gambar menunjukkan disediakan dulang berisi makanan dan diletakkan atas bantal. Mereka mengatakan roh meminta supaya makanan disediakan begitu. Di sekeliling makanan itu kelihatan perempuan Islam memakai tudung memegang payung atas makanan itu.

Di depan mereka ada seorang bomoh yang menjadi perantara mereka dengan roh nenek moyang.

Ini antara kepercayaan masyarakat Islam yang wujud sampai hari ini. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jauhilah tujuh dosa besar." Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, apakah dosa tersebut?” Baginda SAW bersabda, “Syirik kepada ALLAH dan perbuatan-perbuatan sihir...” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Jelas, perbuatan sihir dan percaya kepada bomoh adalah perbuatan syirik. Orang yang mendatangi bomoh, pawang, dukun, atau sebagainya yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan boleh berhubung dengan alam ghaib, ini semua menjurus kepada kesyirikan.

Kini, nama bomoh itu mengalami penjenamaan semulakerana nama asalnya sudah buruk. Mereka menggunakan nama lain seperti ‘ustaz’, dan jangan hairan kalau selepas ini dikenal dengan gelaran ‘syaikh’, tetapi apabila dia mendakwa mengetahui ilmu ghaib, ketahuilah, dia mengajak kepada kesesatan, sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahui hal ghaib kecuali apa yang ALLAH wahyukan kepadanya sahaja.

Termasuk yang seangkatan dengan bomoh adalah tukang tilik, tukang ramal, pak nujum. Bezanya hanya pada istilah.

Tukang ramal, tukang tilik, ahli nujum adalah mereka yang kerjanya meramal atau menjangka apa yang berlaku pada mana akan datang.

Adapun bomoh, pawang, dukun, secara amnya tugas mereka adalah merawat penyakit, menghindar musibah, kesulitan, masalah, seperti susah mendapat jodoh, masalah rumah tangga, bisnes lingkup dan sebagainya.

Namun secara prinsipnya, mereka semua adalah sama dari segi mendatangi syaitan untuk mendapatkan bantuan.

Hukum mendatangi bomoh

Musibah yang ALLAH timpakan kepada manusia seperti kes pencerobohan Lahad Datu pada tahun lepas, juga peristiwa kehilangan pesawat penerbangan MH370 baru-baru ini sepatutnya membuka mata umat Islam.

Kita dapati kepercayaan syirik dan khurafat cukup tersebar dalam kalangan masyarakat Islam sendiri yang masih percaya dan menerima khidmat bomoh dan menggunakan tangkal untuk meminta bantuan dan mengangkat musibah yang menimpa mereka.

Sebagaimana sihir adalah amalan syirik, begitu juga dengan bomoh iaitu orang yang mengamalkan amalan syirik ini.

Hukum mendatangi bomoh dinyatakan dalam dalam hadis sahih di mana Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mendatangi tukang ramal lalu dia mempercayai perkataannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Riwayat Muslim)

Maknanya orang yang datang kepada bomoh atau tukang ramal telah mendustakan agama Islam dan dia membenarkan bomoh itu yang  menyekutukan ALLAH. Maka sihir adalah syirik, bomoh itu adalah syirik, begitu juga dengan tangkal.

Tangkal iaitu apa-apa kain atau benang, atau benda-benda yang dililit pada anggota badan atau digantungkan pada sesuatu tempat bertujuan menghindar mudarat. Kebiasaannya tangkal dililit pada anak kecil, tetapi pada zaman sekarang bukan saja kanak-kanak, bahkan orang dewasa pun memakai tangkal.

Tangkal berisi ayat al-Quran

Ulama membincangkan bagaimana jika tangkal itu tertulis ayat al-Quran? Apa hukumnya? Adakah ia juga membawa kepada kesyirikan?

Pendapat yang rajih (kuat) adalah ia hendaklah dijauhi. Jangan sama sekali menggunakan tangkal walaupun ia mengandungi ayat al-Quran yang ditulis dengan betul dan sempurna.

Adapun tangkal yang mengandungi ayat atau huruf yang terputus-putus seperti mana yang ada pada kebanyakan tangkal, itu bukan ayat al-Quran, bahkan menghina ayat al-Quran. Jadi dalam permasalahan menggunakan tanggal yang mengandungi ayat al-Quran yang betul, ulama mengatakan ia hendaklah dijauhi.

Sebab pertama adalah kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk melakukan sedemikian.

Sebab kedua, kerana berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah (jampi untuk mendekatkan hubungan suami isteri) itu termasuk perbuatan syirik.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim) Rasulullah SAW mengatakan semua itu termasuk perbuatan menyekutukan ALLAH.

Ulama menyimpulkan tidak kira apa juga bentuk tangkal, walaupun tertulis padanya ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad SAW, ia termasuk dalam keumuman hadis Baginda SAW, ia termasuk amalan syirik.

Ini kerana apa yang pasti, ia boleh membawa kepada menyekutukan ALLAH.

Apabila wujud kepercayaan kain itu ada kuasa, jelas dia percaya kepada kuasa selain daripada kuasa ALLAH, dan dia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kuasa ALLAH. Kepercayaannya sudah lari, dan ia membawa kepada syirik.

Bagaimana pula jika tangkal itu bukan daripada ayat al-Quran? Kalau tangkal ayat al-Quran pun perlu dijauhi, maka apatah lagi benda dan tulisan khurafat yang kita sendiri tidak faham maksudnya. Jelas ia membawa kepada kesyirikan kalau sudah ada kepercayaan.

Maka perbuatan memakai tangkal tanpa ada kepercayaan adalah perbuatan syirik kecil yang pelakunya tidak semestinya terkeluar daripada agama. Bagaimanapun, jika perbuatan itu disertai dengan kepercayaan, sudah pasti itu adalah syirik besar.

Pelakunya terkeluar daripada Islam dan terhapus semua amal soleh yang pernah dikerjakannya, pelakunya kekal dalam neraka jika tidak bertaubat.

Kita memohon perlindungan ALLAH daripadanya.

Friday, March 21, 2014

Tips Agar Hafal Al Quran

Oleh: Muhammad Hasan Hidayatulah - 12/03/14 | 17:35 | 11 Jumada al-Ula 1435 H


dakwatuna.com – Salah satu yang menjadi kebahagiaan bagi orang tua adalah memiliki anak yang menghafal Al-Quran. Dikarenakan betapa banyak keutamaan para penghafal Al Quran itu. Di antara hadits yang menyatakan tentang ini adalah hadis dari nabi Muhammad SAW berikut ini:

Disampaikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Salam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim, bacalah dengan hatimu “Siapa yang membaca Al-Quran, mempelajarinya, dan mengamalkannya, akan dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. 

Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, ‘Mengapa kami dipakaikan jubah ini?’ Dijawab, ‘Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al-Quran.”

Subhanallah, orang tua yang memiliki anak Hafizh Al-Quran akan mendapatkan jubah (kemuliaan) yang tidak didapatkan di dunia.

Namun terkadang kita bingung bagaimana cara mendidik anak agar menghafal Al-Quran. Insya Allah di dalam artikel ini, kita akan membahas beberapa tips yang dapat kita pergunakan untuk mendidik anak menghafal Al-Quran.

1. Jangan targetkan banyak hafalan , yang penting tajwidnya benar. Lebih baik hafalan yang sedikit namun sesuai kaidah tajwid daripada hafalan yang banyak namun jauh dari kaidah tajwid. Terlebih lagi yang perlu dipahami adalah Apa yang mereka baca dan hafal pada usia dini sangat melekat di dalam benak mereka. Nah bila saja hafalan yang melekat itu salah maka sangat sulit untuk di ubahi ketika besar..

   2. Selagi anak itu tahsin dan tajwidnya belum bagus, jangan disuruh menghafal sendiri. Tapi harus ditalqin. Nanti dengan sering mendengar yang benar, lidah anak akan mengcopy secara otomatis. Agar kualitas tilawah dan dan hafalannya semakin mantap, bimbinglah tahsinnya secara intensif.
   
   3. Mulai hafalan Al Quran anak dari ayat yang mudah dihafal, bisa di mulai dari juz amma.
   
   4. Pergunakan waktu khusus untuk anak-anak menghafal dan juga waktu murajaah. Agar mereka selalu konsisten di dalam menghafal. Alangkah baiknya kita mencari waktu yang ketika itu anak sedang mod untuk menghafal Al-Quran.
  
  5. Alangkah baiknya kita memperdengarkan Murattal Al-Quran sesering mungkin. Ketika bangun tidur, mau tidur dan waktu-waktu senggang lainnya. Ini  sangat membantu mereka di dalam menghafal dan meniru suara qori. Alhamdulillah semua jenis Murattal sudah tersebar di mana-mana, ada yang bisa di download secara gratis seperti download.pusatalquran.com dan banyak situs lainnya, atau beli di toko buku dan kaset terdekat.

Catatan pengingat, menjadi penghafal Al-Quran dan mendidik buah hati menjadi penghafal Al-Quran butuh kesabaran besar. Maka selain berusaha, jangan lupa berdoa, agar kita dipermudah dalam setiap ibadah yang kita lakukan. Aamiin.

6 Tips Agar Buah Hati Senang Menghafal Al Quran

Oleh: Muhammad Hasan Hidayatulah -


dakwatuna.com – Memiliki buah hati yang gemar membaca Al-Quran adalah suatu kebahagiaan tersendiri bagi setiap abi dan umi, walaupun kondisinya belum bisa membaca dengan sempurna atau masih terbata-bata.

Tentu saja kebahagiaan itu akan terasa lebih lengkap ketika abi dan umi menyaksikan buah hati tercinta bisa lancar membaca Al Quran apalagi sampai bisa menghafalnya.

Apalagi ketika mereka masih usia dini, kebahagiaan itu terasa lebih sempurna dengan pemandangan lucu dan polosnya sang buah hati. Bagaikan kaset baru yang masih kosong, sebetulnya memori mereka sangat siap menampung file-file Al Quran. Buktinya mereka bisa menghafal berbagai macam lagu yang mereka dengarkan secara berulang-ulang, padahal lagu tersebut tidak secara serius diajarkan.

Berikut 6 tips sederhana untuk abi dan umi agar buah hati tercinta gemar dan bisa menghafal Al-Quran.
1. Pujian. Perlu kita pahami, anak pada usia dini sangat senang mendapatkan pujian dan sanjungan. Bahkan kebanyakan anak usia dini lebih cepat menangkap instruksi dan menuruti permintaan abi dan umi adalah dengan pujian bukan dengan sebuah perintah. Pujian ini akan menjadikan mereka bersemangat dan istiqamah dalam menghafal Al Quran.
2. Hadiah. Ini adalah cara yang efektif untuk memacu keinginan mereka berprestasi dalam hafalannya. Berikanlah hadiah dan iming-iming lainnya dengan tugas tertentu yang bisa secara mudah dilakukan.
3. Hadiah tidak harus sesuatu yang mahal, hadiah yang terbaik adalah hadiah yang sekiranya membantu usaha buah hati dalam menghafal Al Quran, contohnya mushaf dengan sampul berwarna-warni, MP3 Player berisikan murattal anak, bisa juga kaset atau dvd Murottal Al Qur’an khusus anak yang bisa abi dan umi pesan di dvd.pusatalquran.com

4.      Menyenangkan. Jadikan suasana menghafal Al Quran untuk buah hati menjadi menyenangkan. Siapkan ruangan khusus dengan warna dinding yang beraneka ragam dan pernak-pernik lucu digantung atau ditempel, dan pastikan agar tempelannya adalah sesuatu yang berhubungan dengan Al Quran contohnya nama-nama surat ditulis pada karton berwarna ditempelkan di kardus, kemudian dirangkai dengan benang.

5.      Cerita.   Bukalah acara menghafal dengan cerita menarik, terutama cerita yang berhubungan dengan ayat yang akan dihafal. Jangan lupa ajak mereka berimajinasi tentang keindahan surga dan imbalan lainnya bagi penghafal Al Quran.

6.      Gambar. Yang tidak kalah pentingnya adalah menunjukkan gambar yang berhubungan dengan surat atau ayat yang sedang dihafal. Ini sangat bagus untuk menguatkan hafalan dengan imajinasi gambar. Lebih bagus lagi apabila ada proses khusus menikmati gambar, contohnya sebelum dijelaskan gambarnya, abi dan umi mengajak buah hati untuk mewarnai gambarnya terlebih dahulu.

7.      Murattal perayat. Yang sangat penting dari semua tips adalah memperdengarkan buah hati murattal Al Quran perayat. Putarkanlah maksimal lima ayat secara berulang-ulang dalam dua sampai tiga harian  secara terus menerus. Agar lebih memancing semangatnya, putarkanlah murattal dengan qori anak-anak, contohnya Muhammad Thaha Al junayd, atau ahmad saud. Biarkanlah murattal itu berputar walaupun sang buah hati tidak memperhatikannya secara serius. Karena mereka akan menangkapnya dan mengulanginya tanpa diperintah. DVD murottal khusus anak sudah tersebar luas di Indonesia, untuk mempermudah abi dan umi mendapatkannya, silakan pesan di dvd.pusatalquran.com

Fakta-Fakta Ilmiah Al Quran Terbukti !

Redaksi – Jumat, 21 Maret 2014 13:20 WIB

Fakta Ilmiah dalam Al Quran telah terbukti kebenarannya yang banyak ditemukan oleh para ilmuwan. Setiap Rasul yang diutus Allah SWT kepada manusia dibekali dengan keistimewaan-keistimewaan yang disebut mukjizat. Mukjizat ini bukanlah kesaktian ataupun tipu muslihat untuk memperdayai umat manusia, melainkan kelebihan yang Allah SWT berikan untuk meneguhkan kedudukan para Rasulnya dan mempertegas seruan (dakwah) mereka agar manusia beriman kepada Allah SWT dan tidak mempersekutukan-Nya (tauhid).
Namun mukjizat setiap nabi dan Rasul berbeda-beda. Hal ini disesuaikan dengan karakter dan kondisi kaumnya yang menjadi objek dakwah. Lalu, apakah mukjizat Nabi Muhammad saw?
Para ulama sependapat, di antara sekian banyak mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw, yang terbesar adalah Alquran. Alquran adalah kitab suci penyempurna kitab-kitab suci para nabi sebelumnya. Alquran bukan hanya petunjuk untuk mencapai kebahagiaan hidup bagi umat Muslim, tapi juga seluruh umat manusia.
Salah satu keajaiban Alquran, adalah terpelihara keasliannya dan tidak berubah sedikitpun sejak pertama kali diturunkan pada malam 17 Ramadan 14 abad yang lalu hingga kiamat nanti. Otentisitas Alquran sudah dijamin oleh Allah, seperti dalam firman-Nya, “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Alquran, dan Sesungguhnya Kami pula yang benar-benar memeliharanya.” (QS Al-Hijr: 9)
Bukti otentisitas ini adalah banyaknya penghafal Alquran yang terus lahir ke dunia, dan pengkajian ilmiah terhadap ayat-ayatnya yang tak pernah berhenti. Kejaibannya, meski Alquran diturunkan 14 abad lalu, namun ayat-ayatnya banyak yang menjelaskan tentang masa depan dan bersifat ilmiah. Bahkan dengan kemajuan ilmu dan teknologi saat ini, banyak ayat-ayat Alquran yang terbukti kebenarannya. Para ilmuwan telah berhasil membuktikan kebenaran itu melalui sejumlah ekperimen penelitian ilmiah.
Berikut beberapa fakta ilmiah Alquran yang dihimpun dari berbagai sumber, di mana berbagai penemuan ilmiah saat ini ternyata sesuai dengan ayat-ayatnya.

1. Fakta tentang besi

Besi adalah salah satu logam berat yang sangat bermanfaat bagi kehidupan. Dalam Alquran surat Al Hadiid ayat 25 menjelaskan bahwa Allah menurunkan besi yang memiliki kekuatan hebat dan memiliki banyak manfaat bagi manusia.
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Alkitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami turunkan (anzalnaa) besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa.”
Dalam ayat ini, kata “anzalnaa” memiliki arti “kami turunkan” digunakan untuk menunjuk besi. Apabila diartikan secara kiasan kata “anzalnaa” menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia.
Apabila mengartikan kata itu secara harfiah, yakni “secara bendawi diturunkan dari langit”, maka diperoleh arti bahwa besi diturunkan dari langit. Beberapa ilmuwan telah berhasil membuktikan kebenaran ayat itu. Partikel besi tidak berasal dari bumi melainkan berasal dari benda-benda luar angkasa.
Paling tidak, terdapat sembilan ayat dalam Alquran yang membahas dan menjelaskan tentang besi. Salah satunya, “Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).” (QS An-Nahl: ayat 81)

2.  Fakta penciptaan berpasang-pasangan

Surat Yaasin ayat 36 menjelaskan, Allah menciptakan segala sesuatu secara berpasang-pasang. Dalam ayat lain, Allah uga berfirman, “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.” (QS Adz-Zaariyat: 49).
Menurut ayat ini, Allah menciptakan yang berpasangan tidak hanya manusia, melainkan segala sesuatu yang tumbuh dari bumi dan berbagai partikel yang tidak terlihat mata.
Seorang ilmuwan asal Inggris, Paul Dirac, berhasil melakukan penelitian yang membuktikan bahwa materi diciptakan secara berpasangan. Penemuannya dinamakan ‘Parite. Dia memperoleh Nobel di bidang fisika pada tahun 1933 karena penemuannya itu.

3. Fakta tentang garis edar tata surya

Matahari, planet, satelit dan benda langit lainnya bergerak dalam garis edarnya masing-masing. Alquran surat Al Anbiya ayat 33 dan surat Yaasin ayat 38 menjelaskan mengenai fakta ilmiah itu dan terbukti kebenaranya.
Banyak ayat dalam Alquran yang menjelaskan tentang alam semesta dan tata surya. Beberapa di antaranya seperti:
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (QS Al Anbiya:33)
“Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS Yaa Siin: 38)
“Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.” (QS Yaa Siin: 39)
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (QS Yaa Siin: 40)
Pengamatan astronomi telah membuktikan kebenaran fakta ini.  Menurut ahli astronomi, matahari bergerak sangat cepat dengan kecepatan mencapai 720 ribu km per jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang dinamakan Solar Apex.
Selain matahari, semua planet dan satelit dalam sistem gravitasi matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Semua bintang yang ada di alam semesta juga berada dalam suatu gerakan serupa.

4. Fakta tentang penciptaan manusia dalam 3 tahap


Dalam Alquran surat Az Zumar ayat 6 dijelaskan, manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan.
“Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?”
Perkembangan ilmu Biologi modern telah berhasil mengungkap petunjuk dari ayat itu. Pertumbuhan bayi di dalam rahim melewati tiga tahap (tiga kegelapan). Alquran menggunakan istilah ‘kegelapan’ karena memang proses penciptaan manusia dalam perut ibu terjadi di dalam rahim yang gelap. Tahap-tahap itu, pertama, tahap Pre-embrionik, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel kemudian menjadi segumpalan sel yang membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot, sel-sel penyusunnya mengatur diri mereka sendiri untuk membentuk tiga lapisan.
Kedua, tahap Embrionik yang berlangsung lima setengah minggu. Bayi pada tahap ini disebut “embrio”. Organ dan sistem tubuh bayi juga mulai terbentuk.
Ketiga tahap fetus yang dimulai sejak kehamilan bulan 8 hingga lahir. Pada tahap ini bayi telah menyerupai manusia dengan wajah, kedua tangan dan kakinya.

5. Fakta tentang jenis kelamin bayi


Hasil penemuan ilmu genetika abad 20 menjelaskan bahwa jenis kelamin seorang bayi ditentukan oleh air mani dari pria. Dalam air mani pria terdapat kromosom x yang berisi sifat-sifat kewanitaan dan kromosom y berisi sifat kelaki-lakian. Sedangkan dalam sel telur wanita hanya mengandung kromosom x yang mengandung sifat-sifat kewanitaan. Jenis kelamin seorang bayi tergantung pada sperma yang membuahi, apakah mengandung kromosom x atau y.
Alquran telah menjelaskan fakta itu dalam surat An Najm ayat 45-46, “Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan.”
Sebelum penemuan itu diperoleh, masyarakat menganggap bahwa penentu jenis kelamin berasal dari wanita.

6. Fakta tentang sidik jari manusia


Setiap manusia memiliki ciri sidik jari yang unik dan berbeda antara satu orang dengan lainnya. Keunikan sidik jari baru ditemukan pada abad 19. Sebelum penemuan itu, sidik jari hanya dianggap sebagai lengkungan biasa yang tidak memiliki arti.
Alquran surat Al Qiyaamah ayat 3-4 menjelaskan tentang kekuasaan Allah untuk menyatukan kembali tulang belulang orang yang telah meninggal, bahkan Allah juga mampu menyusun kembali ujung-ujung jarinya dengan sempurna.
QS Al Qiyamah ayat 3-4:
“Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?”
“Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.”
7. Fakta tentang menyusui bayi selama 2 tahun
Air susu ibu atau ASI sangat bermanfaat bagi bayi. ASI adalah sumber makanan terbaik bagi bayi dan mengandung zat yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh. Tidak ada susu buatan manusia yang mampu menandingi kualitas ASI.
Alquran surat Luqman ayat 14 menganjurkan manusia untuk berbuat baik kepada ibu bapaknya, ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Surat ini menjelaskan bahwa waktu yang terbaik untuk memberikan ASI bagi seorang bayi adalah 2 tahun karena memberikan banyak manfaat.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”

8. Fakta tentang relativitas waktu


Albert Einstein pada awal abad 20 berhasil menemukan teori relativitas waktu. Teori ini menjelaskan bahwa waktu ditentukan oleh massa dan kecepatan. Waktu dapat berubah sesuai dengan keadaannya. Beberapa ayat dalam Alquran juga telah megisyaratkan adanya relativitas waktu ini, di antaranya dalam Alquran surat Al Hajj ayat 47, surat As Sajdah ayat 5 dan Alquran surat Al Ma’aarij ayat 4.
“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS Al Hajj: 47)
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS As Sajdah:5)
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.” (QS Al Ma’arij:4)
Beberapa ayat Alquran lainnya menjelaskan, manusia terkadang merasakan waktu secara berbeda, waktu yang singkat dapat terasa lama dan begitu juga sebaliknya.

9. Fakta tentang gunung

Gunung tidak hanya memperindah pemandangan. Dikaji dari ilmu geologi, gunung berfungsi sebagai penyeimbang bumi dari goncangan. Gunung  muncul karena tumbukan lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip ke bawah sedangkan  lempengan yang lemah melipat ke atas membentuk dataran tinggi dan gunung.
Alquran menjelaskan fungsi gunung dalam beberapa ayat di antaranya dalam surat Al Anbiyaa ayat 21 dan surat An Naba’ ayat 6-7. Gunung diibaratkan sebuah paku yang menjadikan lembaran kayu tetap saling menyatu.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.” (QS Al Anbiya:31)
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?,” (QS An Naba’: 6-7)

10. Fakta tentang dasar lautan yang gelap


Manusia tidak mampu menyelam di laut dengan kedalaman di bawah 40 meter tanpa peralatan khusus. Dalam sebuah buku berjudul Oceans juga dijelaskan, pada kedalaman 200 meter hamper tidak dijumpai cahaya, sedangkan pada kedalaman  1000 meter  tidak terdapat cahaya sama sekali.
Kondisi dasar laut yang gelap baru bisa diketahui setelah penemuan teknologi canggih. Namun Alquran telah menjelaskan keadaan dasar lautan semenjak ribuan tahun lalu sebelum teknologi itu ditemukan. Alquran surat An Nur ayat 40 menjelaskan mengenai fakta ilmiah ini.
“Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.” (QS An Nuur: 40).

sumber : bbrp/detik/HK/LJk

Manusia ada 360 sendi sudah disabdakan 1,400 tahun lalu

MAR 21, 2014  DETIK ISLAM
‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:

    147 sendi di tulang belakang
    25 sendi antara tulang belakang
    72 sendi antara tulang dan tulang rusuk

    50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
    24 sendi di dada
    2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
    18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
    2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
    2 sendi antara skapula dan dada
    86 sendi di hujung teratas
    2 sendi antara tulang scapular
    6 sambungan antara siku
    8 sendi antara pergelangan tangan
    70 sendi antara tulang tangan
    92 sendi di hujung terbawah
    2 sendi pinggul
    6 sendi antara tulang lutut
    6 sambungan antara pergelangan kaki
    74 sendi antara tulang kaki
    11 sendi di pelvis
    4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
    6 sendi antara tulang acetabulm
    1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota-anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

* Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com

Thursday, March 20, 2014

Tragedi MH370 dan Konsert Gila

ABDUL JALIL ALI
20 Mac 2014


DEBARAN terus meningkat. Setiap hari ada sahaja petunjuk baharu, dan sekian banyak teori daripada pakar berbagai-bagai bidang, semuanya meyakinkan. Tetapi pesawat yang hilang masih tidak ditemui.

Setakat semalam, masuk hari ke-12 kehilangannya, misteri MH370 lebih banyak menimbulkan persoalan dari  jawapan. Semua aset tercanggih penerbangan dan ketenteraan, termasuk dari Amerika Syarikat, telah menyertai misi mencari serta menyelamat (SAR).

Seperti yang dijelaskan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, operasi SAR itu yang  masuk ke fasa baharu menjadi semakin kompleks, teknikal dan melibatkan banyak negara.

Setakat ini 26 negara yang terlibat dalam operasi tersebut sepanjang 24 jam menggunakan  semua peralatan terkini, dengan keseluruhan operasi mencari kini  meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi.

Hatta kaedah mistik pun telah dicuba. Seorang yang menggelar dirinya sebagai ‘Bomoh Negara’, Datuk Ibrahim Mat Zain, menggunakan bubu buluh dan teropong buluh, mendakwa pesawat dengan 237 penumpang itu masih ‘terapung’ di udara, berada di alam misteri kerana disembunyikan oleh bunian.

Baik peralatan tercanggih sains & teknologi, mahu pun kaedah  tradisional menggunakan perkakas amat tidak relevan – juga doa dan solat hajat yang dilakukan setiap hari – semuanya tidak mendatangkan hasil. Pesawat Boeing 777-200ER, dengan enjin Rolls-Royce Trent 800, masih tidak dapat dikesan.

Sementara operasi SAR secara besar-besaran, mungkin yang terbesar pernah digerakkan di seluruh dunia setakat ini, sebagai rakyat yang prihatin dan simpati  kita patut sekali meneruskan doa dan solat hajat.

Dalam waktu yang sama marilah kita sama-sama merenung dalam diri, mungkin ada kesalahan  dan kemungkaran besar yang  kita lakukan selama ini – sama ada sengaja atau tidak sengaja – menyebabkan kemurkaan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mencipta.

Seperti yang dirasakan oleh semua ada turutan musibah demi musibah yang melanda negara  sejak sebulan dua kebelakangan ini. Kemarau panjang dialami seluruh negara, menyebabkan tanah pertanian yang biasanya subur
menjadi kering kontang, merekah dan tandus.

Dalam kepanasan dan kekeringan kemarau, kebakaran dan kemusnahan hutan terjadi hampir setiap hari di merata pelosok. Seperti yang dinyatakan oleh pihak bomba, beribu kebakaran kecil dan besar dilaporkan sepanjang musim kemarau.

Dalam pada itu, berpuluh ribu penduduk di beberapa kawasan juga menderita apabila berhari-hari hidup tanpa bekalan air. Negeri paling maju seperti Selangor pun terpaksa mencatu air sebab simpanan air di empangan empangan utama merosot ke paras kritikal. Sana-sini orang berdoa dan bersolat hajat, hujan masih tidak turun. Malah, pembenihan awan pun tidak menjadi.

Mungkin kita sudah keterlaluan mempersenda agama. Contoh paling jelas ialah sesama Islam saling bercakaran, saling mentohmah dan saling hentam-menghentam bagaikan lupa hukum ALLAH.

Fitnah – termasuk hal-hal dalam kelambu – disebarkan untuk mengaibkan sesama seagama.

Rasuah dan lain-lain kemungkaran semakin berleluasa, melibatkan bukan sahaja orang bawahan malah pihak atasan. Penyelewengan berlaku bagaikan tidak terkawal lagi. Mereka yang tidak layak diutamakan, yang lebih layak  dan berhak tidak dilayan.

Akibatnya apa yang dirancang tidak menjadi, semua lintangpukang. Duit RM berjuta-juta habis, tetapi projek tidak menjadi. Ada yang berbelanja sakan bagaikan semua kekayaan milik mereka, pada hal ramai yang miskin tidak terbela. Kita masih tidak sedar!

Hatta dalam saat-saat cemas dan sedih tragedi MH370 pun kita masih membenarkan orang berhibur gila-gila dalam konsert ‘Future Music Festival Asia (FMFA) 2014’ di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di tempat lain orang bersolat hajat, di stadium orang berpesta tanpa batasan pergaulan dengan maksiat keterlaluan. Akibatnya enam orang mati – 14 lagi masuk hospital – gara-gara terlebih mengambil dadah.

Pihak berkuasa dari semasa meluluskan penganjuran konsert gila-gila seperti ini yang berterusan  hingga lewat malam. Kita bangga menganjurkan konsert terbesar dengan mengundang artis-artis antarabangsa, konon untuk
menarik pelancong asing datang ke sini.

Apa yang hendak dimegahkan dengan konsert seperti itu? Apa perlunya? Satu lepas satu bala diturunkan sebagai iktibar. Apakah kita masih tidak sedar? 

Wednesday, March 19, 2014

Semat al Quran dalam diri

 Sinar Harian 14 Mac 2014
BAGI orang -orang yang dalam dirinya sudah terpahat ayat-ayat ALLAH SWT pasti sudah ada sebuah kebahagiaan tersendiri. Bagi mereka, persoalan di atas sudah tidak memberi apa-apa ukuran untuk sebuah kebahagiaan.


Mereka tetap menjadi orang-orang yang bersyukur terhadap apa yang terjadi dalam hidupnya. Andai ada musibah yang menimpanya, ia akan beristighfar. Andai nikmat yang diperolehnya, pasti ucapan yang keluar di bibir adalah ucap syukur Alhamdulillah.

Jika al-Quran sudah dijadikan petunjuk hidup, ia akan membuat seseorang menjadi tenang. Ia sudah mempunyai penyelesaian terhadap segala persoalan. Cara pandang juga pasti berbeza dari orang-orang kebanyakan yang tidak merujuk kepada al-Quran.

Orang yang menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan hidupnya, tidak akan berasa takut ketika perjalanan hidupnya membawa kepada keadaan yang paling sulit sekalipun.

Mungkin pada awalnya hati mereka bergetar terhadap ujian yang dihadapi. Namun, ketika kembali mengingati ALLAH, mereka bersangka baik padaNya. Walau di mana keadaan kita, apakah sedang berada di bawah, di tengah atau di atas, sentiasalah bersangka baik terhadap takdir ALLAH.

Jika seseorang itu sudah mencapai tahap mencari keredaan ALLAH, maka dia pasti sudah tidak berfikir lagi apakah perintah ALLAH itu mampu memuaskan akal dan nafsunya atau tidak. Bagaikan melihat sebuah lukisan, dia sudah tidak perlu berfikir apakah lukisan itu abstrak atau realistik.

Pandangan hidup sehari-hari bagaikan pergantian siang dan malam. Hal yang membezakan antara seorang Muslim dengan orang kafir adalah cara pandangnya dalam melihat pergantian hari daripada terang ke gelap atau sebaliknya. Lalu bagaimana supaya cara pandang kita terhadap Quran berbeza?

Pertama, ayat-ayat al-Quran yang ALLAH turunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat yang sama yang kita baca hingga kini. Kedua, kita harus menggunakan secara maksimum indera pendengaran dan penglihatan kita sebagai salah satu cara memasukkan al-Quran dalam diri kita.

Hasilnya adalah sebuah kesedaran bahawa dalam ayat ALLAH terdapat sebab dan akibat yang harus ditanggung. Akhirnya kita akan bersedia dari awal agar tidak menanggung azab hasil dari perbuatan sekarang.
Apabila kita cuba melihat al-Quran memalui sudut pandang seorang Rasul yang bernama Muhammad, ia akan memberi suntikan semangat.

Dengan cara ini akan membawa kita lebih memahami dan menghayati firman ALLAH. Menjadi manusia hebat di mata ALLAH dan RasulNya seharusnya dijadikan motivasi bagi setiap manusia.


Juara di akhirat

Di saat ramai orang berlumba mendapatkan pengiktirafan dan penghargaan sesama sendiri dengan pelbagai ganjaran dan limpahan kekayaan, ada yang hadir dengan pemikiran untuk tampil hebat di mata ALLAH.


Kalimah ‘Menjadi Juara Akhirat’, adalah suatu cara pandang baru yang dilontarkan. Menurut salah seorang ulama Indonesia, Ustaz Bachtiar Nasir, sesiapa yang menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai panduan dalam kehidupan, maka dia adalah seorang yang hebat. Manusia merupakan sebaik-baik penciptaan, dan jika kehidupannya dilandasi al-Quran dan as-Sunnah pasti akan menjadi lebih hebat.


Firman ALLAH: “Sesungguhnya, Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-Tin: 4)

Tiga ayat dalam Surah Al-Qasas (ayat 71 hingga 73) adalah bukti kebenaran mengenai kebergantungan dan penyerahan hidup sepenuhnya kepada al-Quran. Dalam ayat 71 yang membawa maksud “Katakanlah (Muhammad), “Apa pendapatmu, jika ALLAH menjadikan malam itu terus menerus sehingga hari kiamat. Siapakah Tuhan selain ALLAH yang akan mendatangkan cahaya terang kepadamu? Adakah kamu tidak mendengar?”

Kalimah “Maka, apakah kamu tidak mendengar?” ini menunjukkan bahawa al-Quran perlu dipasakkan di dalam diri. Ayat ini menunjukkan kepada kita tentang al-Quran yang berkait rapat dengan alam semesta.

Ayat ini juga menunjukkan tingkat ketertundukkan kita pada ALLAH. Semua yang disaksikan di alam semesta  menjadi saksi. Ayat-ayat ALLAH digunakan untuk kita lebih mengenal ALLAH Yang Maha Khaliq sebagai pencipta.

Kecintaan terhadap ALLAH akan terlihat saat hati kita mula bergetar ketika ayat-ayat ALLAH ini dibacakan. Getarannya akan bertambah bila mana nama ALLAH disebut. Hal ini akan menambah ketakwaannya.

Di sebalik pergantian siang dan malam terdapat satu rahsia besar. Hadirnya siang menunjukkan tentang kekuasaan ALLAH yang mampu menghadirkan sinar mentari.

Sedangkan di sebalik kelamnya malam, terdapat kejahatan yang tersembunyi. Dalam surah Al-Falaq ada menyatakan tentang kejahatan malam apabila telah gelap gelita.


Al-Quran adalah kitab hidayah. Ia diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umatnya. Dalamnya terkandung panduan bagi menjalani kehidupan di dunia hingga ke alam akhirat.


Bagi sesiapa yang mengikuti panduan al-Quran pasti akan berjaya dan selamat. Bagi mereka yang menolak dan menjauhi al-Quran, hidupnya pasti akan gagal dan menemui kesengsaraan.

Kejayaan bersama dengan al-Quran, di situlah letaknya kebahagiaan yang sebenar. Saat mendengarnya pun sudah merasa ketenangan dan kebahagiaan, bagaimana pula yang indah didengar lalu dapat dirasai oleh setiap anggota tubuh dengan melaksanakan panduan yang terkandung dalamnya.
Ibarat makanan yang kelihatan lazat di mata, ia tidak mampu diketahui melainkan dengan merasa untuk dinikmati dan disyukuri.

Namun, andai ada yang membenci dan menjauhkan diri  darinya, masih adakah buku panduan lain selain dari al-Quran yang lebih tepat dan dijamin mampu merawat derita jiwa yang bergelojak?

Itulah al-Quran sumber kekuatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.