WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mac 2014
SIHIR umumnya
berasal daripada perkataan bahasa Arab, bermaksud suatu yang tersembunyi atau
terlindung, berlaku secara halus dan tidak dilihat dengan mata kasar. Ia adalah
perbuatan yang berbentuk kata-kata, jampi serapah atau ramuan, ubat-ubatan atau
kepulankepulan asap.
Bomoh, juga dikenali sebagai dukun atau pawang ialah orang yang mengamalkan
sihir biasanya memberi kepada orang yang datang kepadanya tangkal, azimat atau
sesuatu untuk ditanam, atau memberi kertas bertulis mantera atau kemenyan
dibakar dan berasap dengannya. Ini kerana syaitan boleh menghidu bau asap dan
dengan asap itu syaitan akan segera datang.
Bomoh biasanya meminta bekas pakaian seperti sikat dan kain, meminta sembelihan
seperti ayam, burung di mana ia disembelih dengan tidak menyebut nama ALLAH
SWT, dan kemudian sembelihan itu dibuang ke tempat sunyi untuk dipersembahkan
kepada syaitan.
Darah daripada sembelihan biasanya disapu ke tubuh orang yang meminta khidmat,
dan pelbagai lagi perbuatan syirik.
Daripada kaca mata Islam, sihir memang wujud. Ia sesuatu yang nyata, bukan
teori, dan boleh memberi kesan kepada manusia, tetapi tentu sahaja dengan izin
ALLAH semata-mata.
Sihir termasuk amalan syaitan; mendekatkan diri pelakunya kepada syaitan untuk
mendapatkan bantuan daripadanya dengan melakukan perbuatan yang dikehendaki
syaitan. Lazimnya perbuatan itu tentu sahaja tidak akan lari daripada syirik.
Untuk mendapatkan pertolongan daripada syaitan, untuk melakukan sihir mesti ada
give and take dengan syaitan, iaitu mesti ada perbuatan syirik yang perlu
dilakukan kerana itu adalah objektif syaitan dalam hubungannya dengan manusia.
Seperti mana janji iblis, dia akan menyesatkan manusia, maka memang matlamat
anak buahnya iaitu syaitan apabila berhubung dengan manusia adalah bertujuan
menyesatkan manusia dengan sehabis-habis sesat iaitu supaya manusia
mensyirikkan ALLAH.
Belenggu
syirik, khurafat
Apabila manusia datang kepada syaitan untuk mendapatkan bantuan, ini merupakan
peluang keemasan bagi syaitan untuk membantu.
Tetapi syaratnya, orang yang meminta bantuan itu tidak lari daripada disuruh
melakukan perbuatan syirik.Oleh itu, kita dapati di antara perbuatan yang
dilakukan dalam sihir biasanya seperti menyembelih ayam tanpa menyebut nama
ALLAH dan kemudian sembelihan itu dibuang dan bukan dimakan, dibawa darah,
melakukan benda pelik dan tidak normal secara umumnya.
Ternyata perbuatan ini semua adalah perkara yang menghala kepada kesyirikan.
Pada tahun lepas, Pertubuhan Ilmuwan Malaysia mengadakan satu lawatan ke
Lahad Datu. Kami melihat masyarakat Islam di sana masih percaya kepada amalan sihir, bomoh
dan tangkal. Ditunjukkan kepada kami gambar yang menunjukkan amalan masyarakat
di sana .
Antaranya dibuat majlis makan di mana penduduk kampung duduk di satu tempat,
dan di sebelahnya ada satu tempat khas dengan pinggan yang penuh dengan makanan
lazat tetapi tidak ada orang duduk di situ. Menurut kepercayaan mereka, makanan
itu adalah untuk roh nenek moyang.
Satu lagi gambar menunjukkan disediakan dulang berisi makanan dan diletakkan
atas bantal. Mereka mengatakan roh meminta supaya makanan disediakan begitu. Di
sekeliling makanan itu kelihatan perempuan Islam memakai tudung memegang payung
atas makanan itu.
Di depan mereka ada seorang bomoh yang menjadi perantara mereka dengan roh
nenek moyang.
Ini antara kepercayaan masyarakat Islam yang wujud sampai hari ini. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jauhilah tujuh dosa besar." Sahabat berkata,
“Wahai Rasulullah, apakah dosa tersebut?” Baginda SAW bersabda, “Syirik kepada
ALLAH dan perbuatan-perbuatan sihir...” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelas, perbuatan sihir dan percaya kepada bomoh adalah perbuatan syirik. Orang yang mendatangi bomoh, pawang, dukun, atau sebagainya yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib dan boleh berhubung dengan alam ghaib, ini semua menjurus
kepada kesyirikan.
Kini, nama bomoh itu mengalami penjenamaan semulakerana nama asalnya sudah
buruk. Mereka menggunakan nama lain seperti ‘ustaz’, dan jangan hairan kalau
selepas ini dikenal dengan gelaran ‘syaikh’, tetapi apabila dia mendakwa
mengetahui ilmu ghaib, ketahuilah, dia mengajak kepada kesesatan, sedangkan
Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahui hal ghaib kecuali apa yang ALLAH
wahyukan kepadanya sahaja.
Termasuk yang seangkatan dengan bomoh adalah tukang tilik, tukang ramal, pak
nujum. Bezanya hanya pada istilah.
Tukang ramal, tukang tilik, ahli nujum adalah mereka yang kerjanya meramal atau
menjangka apa yang berlaku pada mana akan datang.
Adapun bomoh, pawang, dukun, secara amnya tugas mereka adalah merawat penyakit,
menghindar musibah, kesulitan, masalah, seperti susah mendapat jodoh, masalah
rumah tangga, bisnes lingkup dan sebagainya.
Namun secara prinsipnya, mereka semua adalah sama dari segi mendatangi syaitan
untuk mendapatkan bantuan.
Hukum
mendatangi bomoh
Musibah yang ALLAH timpakan kepada manusia seperti kes pencerobohan Lahad Datu
pada tahun lepas, juga peristiwa kehilangan pesawat penerbangan MH370 baru-baru
ini sepatutnya membuka mata umat Islam.
Kita dapati kepercayaan syirik dan khurafat cukup tersebar dalam kalangan
masyarakat Islam sendiri yang masih percaya dan menerima khidmat bomoh dan
menggunakan tangkal untuk meminta bantuan dan mengangkat musibah yang menimpa
mereka.
Sebagaimana sihir adalah amalan syirik, begitu juga dengan bomoh iaitu orang
yang mengamalkan amalan syirik ini.
Hukum mendatangi bomoh dinyatakan dalam dalam hadis sahih di mana Nabi SAW bersabda,
“Barang siapa yang mendatangi tukang ramal lalu dia mempercayai perkataannya
maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Riwayat
Muslim)
Maknanya orang yang datang kepada bomoh atau tukang ramal telah mendustakan
agama Islam dan dia membenarkan bomoh itu yang menyekutukan ALLAH. Maka sihir adalah syirik,
bomoh itu adalah syirik, begitu juga dengan tangkal.
Tangkal iaitu apa-apa kain atau benang, atau benda-benda yang dililit pada
anggota badan atau digantungkan pada sesuatu tempat bertujuan menghindar
mudarat. Kebiasaannya tangkal dililit pada anak kecil, tetapi pada zaman
sekarang bukan saja kanak-kanak, bahkan orang dewasa pun memakai tangkal.
Tangkal
berisi ayat al-Quran
Ulama membincangkan bagaimana jika tangkal itu tertulis ayat al-Quran? Apa
hukumnya? Adakah ia juga membawa kepada kesyirikan?
Pendapat yang rajih (kuat) adalah ia hendaklah dijauhi. Jangan sama sekali
menggunakan tangkal walaupun ia mengandungi ayat al-Quran yang ditulis dengan
betul dan sempurna.
Adapun tangkal yang mengandungi ayat atau huruf yang terputus-putus seperti
mana yang ada pada kebanyakan tangkal, itu bukan ayat al-Quran, bahkan menghina
ayat al-Quran. Jadi dalam permasalahan menggunakan tanggal yang mengandungi
ayat al-Quran yang betul, ulama mengatakan ia hendaklah dijauhi.
Sebab pertama adalah kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk
melakukan sedemikian.
Sebab kedua, kerana berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi
serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah (jampi untuk mendekatkan hubungan suami
isteri) itu termasuk perbuatan syirik.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah,
Ibnu Hibban, dan Al-Hakim) Rasulullah SAW mengatakan semua itu termasuk
perbuatan menyekutukan ALLAH.
Ulama menyimpulkan tidak kira apa juga bentuk tangkal, walaupun tertulis
padanya ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad SAW, ia termasuk dalam keumuman
hadis Baginda SAW, ia termasuk amalan syirik.
Ini kerana apa yang pasti, ia boleh membawa kepada menyekutukan ALLAH.
Apabila wujud kepercayaan kain itu ada kuasa, jelas dia percaya kepada kuasa
selain daripada kuasa ALLAH, dan dia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada
kuasa ALLAH. Kepercayaannya sudah lari, dan ia membawa kepada syirik.
Bagaimana pula jika tangkal itu bukan daripada ayat al-Quran? Kalau tangkal
ayat al-Quran pun perlu dijauhi, maka apatah lagi benda dan tulisan khurafat
yang kita sendiri tidak faham maksudnya. Jelas ia membawa kepada kesyirikan
kalau sudah ada kepercayaan.
Maka perbuatan memakai tangkal tanpa ada kepercayaan adalah perbuatan syirik
kecil yang pelakunya tidak semestinya terkeluar daripada agama. Bagaimanapun,
jika perbuatan itu disertai dengan kepercayaan, sudah pasti itu adalah syirik
besar.
Pelakunya terkeluar daripada Islam dan terhapus semua amal soleh yang pernah
dikerjakannya, pelakunya kekal dalam neraka jika tidak bertaubat.
Kita memohon perlindungan ALLAH daripadanya.
Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
ReplyDelete-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483