Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع
اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ
فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم
تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI
LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya
: Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah
yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di
langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia
tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan
barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan
musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan
Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin
saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s
(iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya
melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ
وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ
الْكَافِرَ
DALAM
SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA
AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya:
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan
aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada
dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722
; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat
Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga
ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa
bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat
dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya
dan sudah tentu auratnya.
Justeru,
seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman
dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat
digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa
yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal
anda.
Justeru,
jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian
nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu
doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak
mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya
sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
No comments:
Post a Comment