Tuesday, January 14, 2014

Alhamdulillah, harga kangkung turun ... kita akan senang lenang

Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari.  


Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.

Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita ‘balik kampung, tanam kangkung’. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.

Dengan itu marilah kita berikan sokongan kepada kepimpinan beliau, kerana kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana telah berjaya menurunkan harga sayuran yang banyak mengandungi iodine ini. Iodine boleh membantu kita untuk tidur jika kita susah hendak tidur malam. Kurangkan makan gula kerana ia akan melemahkan libido kita.

Dengan turunnya harga kangkung ini tentulah ia akan memberikan kesenangan kepada kehidupan rakyat dan kita tunggu sahaja pencapaian negara ketahap negara maju menjelang tahun 2020. Dengan turunnya harga kangkung ini, tentulah impian pimpinan kita untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat kepada USD15,000 setahun akan tercapai.

Dengan pengurangan harga kangkung ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan dan penjimatan itu akan dapat menampung kenaikan tariff letrik dan kadar bayaran tol kepada pemegang konsessi lebuh raya dan menampung kenaikan harga bahan api sekarang ini. Ia juga boleh menampung harga gula yang telah naik berkali-kali dalam setahun ini.

Mungkin kangkung ini boleh menjadi bahan ‘export’ negara dan boleh membantu memperbaiki pendapatan negara dan akhirnya boleh mengurangkan defisit belanjawan negara pada tahun-tahun akan datang ini.

Alhamdulillah, kita ada kangkung untuk memberikan kenikmatan kepada kehidupan rakyat negara ini. Selama ini hanya rakyat termasuk diri saya ini tidak tahu untuk mencari kehidupan yang baik, sehinggalah PM Najib memberikan jalan untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa-masa yang mendatang dengan memakan kangkung.

Kepada Menteri Hasan Malek, kita hendak bertanya, kalau kangkung naik pula harganya nanti, adakah saudara akan membuat kenyataan, ‘kalau kangkung mahal, jangan makan kangkung’?


Terima kasih YAB Perdana Menteri. Saya cadangkan supaya diadakan kempen memakan kangkung diperingkat nasional dalam masa terdekat ini. Mungkin PEMANDU boleh berbuat sesuatu untuk melaksanakan kempen makan kangkung ini.

Nasib baik ada kangkung menyelamatkan kita. Rakyat sekalian, bersukarialah kerana segala penat lelah pucuk pimpinan dan barisan kepimpinan keseluruhannya telah berjaya menampakan kejayaannya dalam mentransformasi ekonomi negara kita ini hanya melalui industri kangkung sahaja.

Sekarang semua balik kampong tanam kangkung.


oleh Aspan Alias

Maulid Rasulullah saw : Berbezakan kita dengan Abu Lahab?

JAN 14, 2014

 USTAZ AZHAR YAHYA


Saban tahun 12 Rabiul Awwal disambut meriah. Namun, sambutan tersebut tidak mampu memberikan impak yang maksima dalam menegakkan Islam. Ini adalah kerana sambutan itu dilakukan tanpa penghayatan sebenarnya kepada perjuangan Rasulullah SAW.

Pertikaian tentang Maulidurrasul saban tahun tidak kurang hebatnya. Malang sekali apabila masalah fundamental ummah jarang diperbincangkan seperti runtuhnya akhlak dan jati diri umat Islam tetapi sering mempertikaikan dan memperdebatkan perkara yang khilafiyah. 

Kelahiran Rasulullah SAW bukanlah kelahiran biasa yang perlu disambut dengan girang gembira sahaja tetapi kelahiran yang membawa “nur” menyinari sekian alam. Jika sambutan Maulidurrasul hanya sekadar disambut dengan gembira, Abu Lahab adalah antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran Rasulullah SAW. Janganlah kita menjadi seperti Abu Lahab yang beria-ria menyambut kelahiran Rasulullah tetapi setelah dikemukakan kebenaran dia pula menjadi penentang nombor satu. 

Sambutan ini perlu dijadikan satu sambutan yang benar-benar memberikan sinar suluhan kepada kepada ummah dalam mereka menempuhi dunia yang penuh kegelapan maksiat dengan suluhan kenabian. Jika kita tidak meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, apalah gunanya kita beria-ria menyambut kelahirannya? Seolah-olah tiada ertinya.

12 Rabiul Awwal adalah tarikh yang mempunyai 3 peristiwa pengubah dunia iaitu:

[1] Kelahiran Rasulullah SAW.
[2] Kelahiran Daulah Rasulullah SAW.
[3] Kelahiran Pewaris Perjuangan Rasulullah SAW.

Jika hanya menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW kemudian memusuhi baginda samalah seperti Abu Lahab. Sunnah Abu Lahab inilah yang perlu diubah dengan memahamkan ummah ini bahawasanya tanggal 12 Rabiul Awwal ini ada dua lagi peristiwa besar yang ditakdirkan Allah SAW berlaku iaitu bermulanya Daulah Nabi dan Wafatnya Nabi.

Baginda yang kita sambut kelahirannya itu telahpun wafat, maka hendaklah disedari bahawa kewafatan baginda bukanlah masa untuk ditangis-tangiskan semata tetapi adalah masa untuk menyedari bahawa Baginda telah meninggalkan sesuatu warisan yang besar untu diwarisi iaitu perjuangan untuk mendaulatkan agama ini. Kitalah yang akan menjadi mata rantai penerus kepada perjuangan ini.

Justeru, kefahaman kepada umat Islam perlu di terapkan dan semangat para pejuang patut dikobarkan dengan suntikan semangat hijrah mendapatkan “daulah” yang juga berlaku pada 12 Rabiul Awwal.

Monday, January 13, 2014

Biodata Iblis, Anda Patut Tahu !

Sinar Harian 8 Januari 2014
·  
Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH
Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri: Fasik kelas pertama
Agama: Kufur
Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap: Neraka jahanam
Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib: Anak-anak Adam
Motto kerja: 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar
Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo: Sebarang tatu
Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

Dipetik dari detikislam.blogspot.com



Sunday, January 12, 2014

Muhasabah Diri Dengan Istidraj

SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
Sinar Harian 10 Januari 2014
ALLAH SWT Maha Pemurah dalam memberi segala kenikmatan untuk setiap makhluk ciptaanNya, Islam atau kafir Dia sentiasa memberikan limpahan kemewahan yang merangkumi rezeki, kesihatan, kekayaan dan sebagainya.
Namun, pemberianNya kadangkala disalah ertikan ciptaanNya, sehinggakan ada yang sombong, takbur dan tidak menjalani hidup seperti yang disuruhNya. Manusia semakin alpa dan tenggelam dengan nikmat kurniaan Ilahi.

Kesilapan besar
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Shahrizal Nasir berkata, Setiap manusia di dunia ini merasai nikmat dalam kehidupan masing-masing.

Dengan sifat ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, setiap manusia merasai nikmat daripadaNya sama ada mereka beriman atau sebaliknya. Malah dari satu sudut, kadang kala kita melihat golongan hambaNya yang taat, masih lagi berada dalam keadaan kesusahan dan kesempitan hidup. Manakala golongan satu lagi yang bergelumang dengan dosa dan noda, terus memperoleh nikmat kesenangan hidup yang banyak.
“Inilah yang dinamakan istidraj iaitu pemberian nikmat ALLAH kepada manusia yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya.

Manusia yang diuji dengan istidraj akan memperoleh bermacam kenikmatan dunia sama ada dalam bentuk kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan, namun kesemua itu tidak menjadikan mereka hambaNya yang bersyukur, sebaliknya terus jauh daripada ALLAH. Mereka sangka ALLAH telah memberi mereka segalanya meski pun mereka ingkar kepadaNya.

Sebenarnya, mereka telah melakukan satu kesilapan yang amat besar.

“Ketahuilah ALLAH berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Firman ALLAH bermaksud: “Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!”, maka jadilah sesuatu itu,” (Surah Yasin: 82).

Kerana itu, sebagai hambaNya yang taat dan beriman, setiap ketentuan ALLAH pastinya diterima dengan penuh reda. Kewajipan sebagai seorang Muslim mesti diteruskan meskipun masih terdapat harapan dan impian yang masih belum dimakbulkan ALLAH,” katanya kepada Halaqah.

Menurutnya, istidraj boleh berlaku melibatkan apa juga nikmat dunia yang diterima meliputi nikmat harta, kekayaan, pangkat, darjat, sanjungan, kejayaan dan sebagainya. Jika semua ini diterima sedangkan diri semakin jauh daripada ALLAH, maka mungkin ia adalah istidraj.

Perlu kita fahami terdapat dalam kalangan hamba ALLAH yang sedang diuji dengan pemberian nikmat olehNya. Nikmat yang melimpah ruah diperoleh sedangkan diri terus bergelumang dengan maksiat serta melanggar perintah ALLAH. Hakikatnya golongan ini sedang menempah azab ALLAH yang pasti akan tiba sekiranya mereka tidak bertaubat.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Apabila kamu melihat ALLAH memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah orang itu telah menerima istidraj daripada ALLAH.” (Riwayat Ahmad, at-Tabrani & Baihaqi)

Sentiasa bersabar

Sebagai seorang manusia, pasti terdetik di hati ini perasaan tidak puas hati apabila melihat kekayaan, kesenangan dan kemewahan individu lain padahal dia bukanlah Muslim atau sungguhpun dia Muslim tetapi tidak menjalani kehidupan yang dituntut Islam.

“Ramai yang mengajukan persoalan itu kepada saya, jawapannya mudah. Memang benar ALLAH memberikan mereka kesenangan tetapi dalam keadaan bagaimanakah Dia memberikannya? Fahami maksud istidraj.

Kita umat Islam harus berusaha dan bersabar kerana itulah yang akan mengukur tahap keimanan kepadaNya. Keyakinan bahawa ALLAH sentiasa mendengar permohonan hambaNya perlu disemat dalam hati agar diri tidak pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH.

“Terdapat contoh-contoh yang jelas dalam al-Quran bagaimana ALLAH menguji hambaNya dengan nikmat dunia yang menjadikannya jauh daripada rahmat dan kasih sayangNya. Peristiwa benar tersebut perlu dijadikan iktibar.

Istidraj bukan sahaja boleh berlaku kepada hambaNya yang tidak beriman dengan ALLAH, malah ia boleh terjadi kepada golongan yang jauh daripada ALLAH dan tidak berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya,” kata Ustaz Mohd Shahrizal.
ALLAH menyatakan kepada Rasulullah SAW menerusi firmanNya yang bermaksud: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (kejurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam: 44)

Menurutnya, menjadi kewajipan kepada kita untuk mensyukuri segala nikmat yang kita peroleh selama ini. Jangan sia-siakan setiap nikmat diterima dengan perlakuan yang mengundang kemurkaan ALLAH.

Dekati ALLAH melalui nikmatNya

ALLAH datangkan nikmat dalam bentuk yang pelbagai sama ada harta, kesihatan, rezeki dan juga anak. Anak adalah anugerah kepada ibu bapa merangkap nikmat daripadaNya, justeru ibu bapa perlu menjaga sebaiknya nikmat itu bagi mencapai reda ALLAH.

Ustaz Mohd Shahrizal menjelaskan, Islam meletakkan tatacara dalam membesarkan anak. Ia tidak bermula selepas anak itu dilahirkan sebaliknya sejak si lelaki memilih wanita yang ingin dikahwininya, semasa saat kehamilannya, proses kelahirannya, memilihkan nama terbaik sehinggalah kepada mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna.

“Sekiranya ibu bapa tidak menjaga sebaik mungkin nikmat ALLAH ini, jangan berkeluh resah jika suatu hari nanti anaknya membesar menjadi seorang manusia yang buruk akhlaknya. Apa yang lebih parah, apabila ibu bapa dipertanggungjawabkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak yang tidak dididik dengan betul.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim). Anak soleh dan solehah adalah saham akhirat untuk ibu bapa, doa merekalah yang akan membantu mengurangkan azab di sana nanti.”

“Setiap nikmat perlu disyukuri dengan memperbanyakkan zikrullah, mengurus nikmat atau harta dengan baik dan menginfakkan nikmat tersebut kepada golongan yang memerlukan. Pendek kata, untuk menjaga diri daripada istidraj, setiap nikmat mesti dijadikan antara sebab untuk diri lebih dekat dengan ALLAH,” katanya.

Selain menjadikan istidraj untuk memuhasabah diri, ia juga adalah penjelasan ALLAH kepada Muslim agar sentiasa bersangka baik denganNya. Jangan ada yang beranggapan bahawa Islam menzalimi umatnya, meskipun orang kafir tidak beriman namun masih menerima nikmat yang banyak daripadaNya.

Hakikatnya semua nikmat itu adalah istidraj daripada ALLAH. Selagi mereka kufur, mereka akan termasuk dalam kalangan hambaNya yang rugi. Hal ini kerana, nikmat yang diperolehi di dunia hanyalah sementara, nikmat syurga di akhirat sana yang kekal selamanya

Islam : Antara hakikat dan hiasan

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Sinar Harian 10 Januari 2014


APAKAH jenis Islam yang kita inginkan ataupun pentingkan? Islam yang hakiki yang berteraskan kepada inti pati ataupun tujuan syariat Islam itu diturunkan oleh ALLAH?

Ataupun Islam hiasan yang kelihatan pada luaran kulitnya atau cosmetic adjustments padahal inti pati (essence) tidak memenuhi tujuan asal Islam itu sendiri?

Dahulu Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali (w. 505H) menulis kitabnya yang terkenal Ihya ‘Ulum al-Din bagi menangani penghayatan Islam tanpa roh yang sebenar.

Tujuan beliau menangani perbahasan fiqah yang kontang tanpa isi kerohanian dalam menghayati ibadah. Al-Imam Abu Ishaq Al-Syatibi (w. 790) menulis al-Muwafaqat membahaskan Maqasid al-Syariah (The Highest Objectives and intents of Islamic Law) bagi menjelaskan apakah tujuan utama di sebalik syariah yang kita lihat dan amalkan.

Dalam Radical Reform, Prof Tariq Ramadan menolak apa yang dinamakan Islamic economy, Islamic politic, Islamic medicine dan seumpamanya.

Beliau menolak istilah ini. Beliau menyatakan tiada sama sekali apa yang dinamakan islamic economy sebaliknya yang ada hanyalah garis panduan umum serta falsafah bagi tujuan ekonomi yang ditetapkan oleh Islam. Bagi beliau tiada yang dinamakan islamic economy, sebaliknya yang ada ialah etika Islam dalam ekonomi.

Kata beliau “There is no Islamic economy, therefore, but an Islamic ethics of the economy”.

Ia mungkin soal pengistilahan, tetapi yang hendak ditekankan, apakah faedahnya meletakkan nama Islam untuk ekonomi, perubatan dan seumpamanya, padahal ia hanya satu hiasan luaran bukan hakikat yang hendak dicapai oleh syariat Islam itu sendiri.


Jika dinamakan perbankan Islam, tapi unsur penindasannya sama dengan yang tidak bernama Islam, hanya sekadar istilah Arab dan syariah sahaja yang dipentingkan, apalah maknanya? ALLAH tidak memerlukan harta kita, ALLAH mahu kita tidak zalim dan tidak menindas antara satu sama lain.

Matlamat syariat islam

Pakaian, istilah, hiasan, corak dan bahasa yang dikaitkan dengan Islam tidak memberi erti jika tidak memenuhi tujuan asal ataupun matlamat syariat Islam dalam perkara yang berkaitan.

Saya berikan satu contoh di sini, sebuah kedai makan yang bersih dan selamat makanannya tanpa memperlihatkan ciri-ciri zahir agama lebih memenuhi tuntutan Islam dibandingkan sebuah kedai makan yang peniaganya berkopiah dan dindingnya bergantungan ayat al-Quran tetapi tidak bersih dan kualiti makanannya di tahap yang rendah.

Bagi seorang peniaga makanan, menyediakan makanan yang bersih dan selamat adalah satu kewajiban. Itulah inti pati tanggungjawab seorang peniaga makanan. Sementara memakai kopiah dan menggantung ayat al-Quran di dinding bukanlah satu tuntutan. Ia satu pilihan. Bahkan kadangkala ia boleh menjadi satu cara penipuan jika ada tujuan yang tidak jujur.

Sabda Nabi SAW: “Muslim saudara Muslim. Tidak halal seorang Muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah). Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).

Apabila kita membaca hadis Nabi SAW yang bersabda: “Sesungguhnya golongan peniaga dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertakwa, berbuat kebaikan dan benar” (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak) . Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi) kita tahu yang jahat ialah sesiapa yang menipu pelanggan.

Dalam konteks kedai makan penipuan adalah makanan yang kotor dan tidak selamat.

Tidak dikatakan penipu orang yang tidak memakai kopiah ataupun tidak menghiasi kedainya dengan ayat al-Quran. Memakai kopiah dan menggantungkan ayat al-Quran itu adalah hak peniaga atas premisnya.

Namun jika itu semua dilakukan untuk menarik pelanggan supaya merasa kedai makannya mengikut ajaran Islam sedangkan hakikat tidak, maka itu satu penipuan.

Lebih baik dia jangan meletakkan ayat Tuhan di dinding jika itu sekadar mengelirukan pelanggan. Dia bagaikan menjual ayat ALLAH dengan harga yang murah. Mungkin bagi Muslim mereka dapat bezakan antara perangai orang yang tidak ikut ajaran Islam dengan kesucian ayat yang digantung.  Namun bagi bukan Muslim mungkin mereka akan salah sangka dengan Islam.

Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan Baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?

Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku.” (Riwayat Muslim)

Kemaslahatan umum

Demikian juga Islam tidak pernah menetapkan jenis masakan. Bukanlah masakan Arab itu lebih disukai ALLAH dibandingkan masakan Barat. "

Seseorang yang suka makanan Arab tidak bererti dia lebih soleh daripada yang suka makanan Melayu ataupun Barat. Apa yang ALLAH sebut dalam al-Quran: “Dan makan dan minumlah, tapi jangan berlebihan, sesungguhnya ALLAH tidak suka orang yang berlebihan”. (Surah al-A’raf: 31)

Jika kita lihat dalam urusan pentadbiran, apakah yang menjadi tujuan pengurusan pentadbiran dalam Islam? Islam tidak pernah mendetilkan rupa paras politik Islam, sebaliknya hanya memberikan garis panduan umum sahaja.


Pentadbiran dan politik dalam Islam sama ada hendak dinamakan etika Islam dalam politik ataupun politik Islam, terpulang. Namun perkara yang menjadi tujuan Islam dalam politik adalah kemaslahatan negara.

Bukan kemaslahatan pemimpin ataupun parti tertentu sahaja, sebaliknya ialah kemaslahatan umum untuk semua negara. Pengurusan pentadbiran dalam Islam berteraskan al-Quwwah dan al-Amanah ataupun efficiency and accountability.

 Jika sesiapa sahaja mampu mencapai pengurusan yang amanah dan cekap dalam erti kata yang Islam kehendaki, maka dia telah menunaikan maksud dan tujuan pentadbiran politik dalam Islam. Firman ALLAH: “Sesungguhnya orang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qasas:26)

Bagaimanakah reka bentuk kerajaan dan pendekatan yang hendak diambil dalam mencapai maksud amanah dan cekap itu, Islam tidak tetapkan.  Asalkan ia adil, tidak zalim atau tidak mencanggahi prinsip umum Islam maka segala pendekatan dan cara boleh diambil.

Islam tidak pernah menetapkan pemimpin itu mesti bergelar mullah ataupun ustaz ataupun ulama. Tidak pula mesti berjubah dan berkopiah.

Tidak pula ditentukan mesti nama-nama negeri, kampung, pejabat ditukar kepada istilah Arab. Jika ulama dilihat mampu membawa kepada ketelusan dan kecekapan pentadbiran maka mereka dilantik. Jika selain ulama lebih mampu, mereka dilantik.

Apa yang al-Quran tegaskan (maksudnya): “Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil.

Sesungguhnya ALLAH memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’: 58)

Dalam minat yang tinggi rakyat kita untuk kembali kepada Islam, mereka hendaklah dapat membezakan antara hakikat dan hiasan.

Bukan hiasan itu tidak perlu, tetapi hiasan itu hendaklah menggambarkan hakikat. Jika hiasan itu tidak menggambarkan hakikat maka itu penipuan dan ia bukan tujuan asal Islam yang Tuhan kehendaki.


Sunday, January 5, 2014

Manusia; Kekuatan Besar di Balik Kelemahan

Oleh: Moh Sofwan Abbas - 03/01/14 | 11:25 | 00 Rabbi al-Awwal 1435 H


dakwatuna.com – Manusia di dalam alam semesta ini bagaikan anak kecil yang lemah tapi dicintai. Dia menyimpan sebuah kekuatan yang besar di balik kelemahannya; dia menyimpan kemampuan yang luar biasa di balik ketidak-mampuannya. Karena dengan kekuatan rasa lemahnya dan kemampuan rasa ketidak-mampuannya, banyak sekali makhluk di bumi ini yang ditundukkan untuk membantunya.


Maka jika manusia menyadari kelemahannya, lalu memohon kekuatan kepada Allah SWT; menyadari ketidak-mampuannya, lalu memohon kemampuan dan pertolongan kepada Allah SWT, baik dengan ucapan ataupun perbuatan; dan dia juga mensyukuri semua nikmat yang telah diberikan kepadanya, maka Allah SWT akan memudahkannya mendapatkan apa yang diinginkan. Semua keperluannya akan diperoleh, bahkan akan mendatanginya dengan sukarela.

Padahal semua itu mustahil akan didapatkannya bila dia hanya mengandalkan kemampuan dirinya sendiri yang sangat terbatas. Bahkan sepersepuluh tujuan itu pun tak akan didapatkannya. Namun kadang manusia melakukan kesalahan, jika dia berhasil mendapatkan sesuatu melalui doa perbuatannya, dia kadang mengalamatkan kemampuan itu kepada dirinya sendiri.

Aku akan memberikan sebuah contoh. Kekuatan yang ada di balik kelemahan anak ayam yang masih kecil membuat induknya berani melawan singa untuk mempertahankan dan membelanya. Kekuatan yang berada di balik kelemahan seekor anak singa telah menundukkan induknya yang buas untuk mencarikan makanan. Sehingga kadang terjadi sesuatu yang ironis, induk singa yang buas dan kuat itu bisa saja kelaparan, padahal di waktu yang sama, anaknya yang masih lemah malah sedang kekenyangan. Oleh karena itu, harus diperhatikan betul bahwa tenyata ada kekuatan yang sangat besar di balik sebuah kelemahan. Bahkan harus kita akui bahwa rahmat Allah SWT akan selalu berada pada kelemahan itu.

Seorang anak kecil yang lembut dan disayang akan mendapatkan kasih sayang dari orang lain akibat kelemahannya. Jika menangis, dia akan mendapatkan apa yang diinginkan. Orang-orang yang perkasa, bahkan raja sekalipun akan tunduk kepadanya. Jika yang didapatkan dengan kasih sayang itu adalah seribu, maka dia tidak akan mendapatkan satu pun jika hanya mengandalkan kekuatannya yang sangat kecil. Kelemahan dan ketidak-mampuannyalah ternyata yang telah menggerakkan dan menimbulkan perasaan kasihan dan keinginan untuk melindunginya. Bahkan jarinya yang sangat mungil akan dapat menundukkan orang-orang dewasa, baik raja atau penguasa sekalipun.

Jika saja anak kecil itu mengingkari dan tidak mengakui kasih sayang itu, lalu dengan bangga mengucapkan sebuah kebodohan, “Akulah yang telah menundukkan orang-orang kuat itu dengan kekuatan dan kemampuanku sendiri.” Maka tidak mengherankan jika dia malah akan mendapatkan caci maki dan tamparan. Demikian juga manusia, jika tidak mengakui rahmat Penciptanya, dan berkata seperti perkataan Qarun, “Sesungguhnmya semua ini kudapat karena ilmuku” maka tidak diragukan lagi bahwa dia akan disiksa Allah SWT.

Oleh karena itu, kedudukan, kemajuan, dan cakrawala peradaban yang dimiliki manusia tidaklah timbul karena kehebatan manusia. Semua itu adalah pemberian dari Allah SWT karena kelemahannya. Itu adalah pertolongan dari Allah SWT karena memang manusia tidak mampu. Itu adalah pemberian dari Allah SWT karena memang manusia sangat fakir dan memerlukan.

Kekuasaan manusia juga bukan berasal dari kekuatan yang dimilikinya, juga bukan dari ilmu yang didapatkannya. Kekuasaan itu melainkan berasal dari rasa kasihan, iba, rahmat, dan hikmah Allah SWT yang menundukkan semua hal itu untuk keperluan manusia.

Benar, manusia akan kalah dengan hewan seperti kalajengking yang tidak bermata, atau ular yang tidak berkaki. Manusia yang lemah seperti itu tidak akan mungkin dapat membuat sehelai kain sutera dari seekor ulat yang kecil, atau mendapat setetes madu manis dari seekor serangga beracun. Semua itu didapatkan berkat kelemahannya yang berasal dari penundukkan Allah SWT atas segala sesuatu yang dikehendakiNya.

Wahai manusia, jika keadaannya demikian, maka hendaklah kau jauhi perasaan egois dan berbangga dengan dirimu. Tunjukkanlah kelemahan dan kemiskinanmu di depan gerbang ketuhananNya. Tunjukkanlah kelemahan itu dengan cara meminta dan memohon. Tunjukkanlah kemiskinanmu itu dengan doa dan perasaan hina. Katakanlah bahwa engkau benar-benar hamba Allah SWT yang sebenarnya. Katakanlah: “Hasbunallahu Wanikmal Wakil.” Maka engkau akan segera menaiki tangga-tangga kemuliaan dan ketinggian.

Janganlah engkau berkata, “Siapakah diriku. Aku bukan siapa-siapa. Aku tidak mempunyai sebuah kelebihan yang membuat Allah SWT secara sengaja menundukkan semesta alam untukku, kemudian memintaku untuk melakukan syukur.” Karena engkau, jika yang dipandang adalah wujud dirimu dan bentukmu, maka engkau tidaklah mempunyai nilai apa-apa.

Tapi jika dilihat dari tugasmu dalam kehidupan, engkau adalah seorang saksi yang cerdas; seorang penonton yang pandai. Engkau bersaksi atas alam semesta yang sangat luas ini. engkau adalah lisan yang pandai dalam bercakap, mengungkapkan apa yang dimaksud alam semesta ini. Engkau adalah pembaca yang cerdik dan teliti, yang mengungkap isi alam semesta ini. Engkau adalah pemimpin yang turut memikirkan semua alam yang selalu melaksanakan tasbih kepada Allah SWT. Engkaulah guru dan arsitek bijak pada ciptaan Allah SWT yang semuanya selalu melaksanakan ibadah kepadaNya.

Benar, wahai manusia. Dari segi tubuh dan dirimu adalah bagian yang sangat kecil dan hina; makhluk yang miskin; hewan yang lemah, yang terombang-ambing di antara gelombang lautan besar makhluk-makhluk Allah SWT yang sangat banyak dan beragam ini. Tetapi, dari segi engkau adalah manusia yang diciptakan sempurna dengan tarbiyah Islamiyah, yang disinari cahaya keimanan yang mengandung cinta Allah SWT, engkau adalah raja atas semua hambaNya. Engkau sangat sempurna dalam kekuranganmu; engkau berpengetahuan luas dalam kekecilanmu; engkau berkedudukan sangat mulia dengan kehinaanmu; engkau pengawas yang berpandangan tajam atas semua yang berada di alam semesta yang sangat luas ini.

Sehingga engkau dapat berkata, “Tuhanku yang Maha Penyayang telah menjadikan bumi sebagai rumah dan tempat tinggalku; menjadikan matahari dan bulan sebagai lentera dan penerangku; menjadikan musim semi sebagai setangkai bunga yang harum semerbak; menjadikan musim panas sebagai hidangan yang sangat lezat; menjadikan hewan-hewan sebagai pelayan; dan terakhir menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai hiasan dan perangkat yang menyejukkan pemandangan rumahku.”

Kesimpulannya, jika engkau menuruti perintah nafsu dan setan, engkau akan jatuh kepada derajat yang paling rendah. Tapi jika engkau turuti perintah Allah SWT dan Al-Qur’an, maka engkau akan dinaikkan kepada derajat yang paling tinggi. Dengan itu, maka engkau adalah benar-benar makhluk yang diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baik bentuk. (msa/dakwatuna/disarikan dari Rasailun Nur karya Sa’id Nursi)

Hikmah Saat Musibah, Taubat Saat Maksiat

Oleh: Moh Sofwan Abbas - 03/01/14 | 28 Safar 1435 H


 dakwatuna.com -“Sudahlah, jangan bersedih. Kau yakin saja, pasti ada hikmah yang bisa dipetik dari masalah ini.” Demikian sebuah nasihat yang diberikan kepada orang yang sedang dirundung kesedihan karena baru ditinggalkan kekasih, padahal dia sudah terlanjur berbadan dua akibat hubungan di luar nikah. Kekasihnya berjanji akan bertanggung jawab, apa pun resikonya. Namun ketika semua sudah terjadi, dia baru menyadari bahwa dirinya belum siap untuk membina rumah tangga. Hebatnya syahwat, bisa membutakan akal sehat manusia. Begitu syahwat dilampiaskan, kembalilah kesadaran akal sehatnya.

Hal semacam ini sering kita saksikan di banyak kesempatan di masyarakat. Sebagian orang berinisiatif menghibur saudaranya yang sedang bersedih dan kebingungan karena terlanjur melakukan sebuah dosa. Sedang merasakan sebagian kecil dari balasan Allah swt. Bagaimana kita memandang sikap seperti ini?

Hikmah Saat Musibah

Takdir adalah rahasia Allah swt. Tidak ada selain-Nya yang mengetahui. Kadang Allah swt. menimpakan sebuah musibah berupa kehilangan harta, ditinggal orang yang sangat dikasihi, kehilangan kesempatan untuk mendapat apa yang selama ini diidam-idamkan, dan lain-lain yang sangat berat bagi diri kita. Perlu diyakini, bahwa hal-hal seperti itu tidak selamanya buruk bagi kita. Karena, sekali lagi, takdir Allah swt. adalah rahasia; hanya Dia yang mengetahuinya.

Sangat mungkin hal  yang kita nilai sebagai sebuah musibah ternyata hanyalah sepotong episode yang hanya berlangsung beberapa saat. Alur cerita dalam kehidupan kita selanjutnya ternyata menyimpan banyak kejutan yang mungkin sangat membahagiakan. Tanpa ada sepotong tragedi yang memilukan itu, kejutan-kejutan tersebut mustahil terjadi. Nabi Yusuf as. dimusuhi saudaranya, dibuang, dilempar ke dalam sumur, dipungut dan dijual oleh kafilah dagang, dijadikan budak, dituduh berbuat tidak senonoh, dan akhirnya dipenjara. Tapi apa akhir semua itu? Menjadi pembesar di negeri Mesir sehingga bisa menyelamatkan nikmat Allah swt., dan mendakwahkan agama Islam kepada banyak orang.

Dari sinilah, kita hendaknya tidak bersedih dan bergundah hati ketika ditimpa musibah. Kita tidak tahu apa yang disimpan di balik takdir itu. Ridha, mencari-cari hikmah yang ada di baliknya, dan tetap berkeyakinan baik kepada Allah swt. adalah cara yang bisa ditempuh demi mendapatkan kebaikan. Keluh-kesah dan penyesalan tidak bisa merubah keadaan. Sebaliknya, akan membuat hati semakin tersiksa; dan membuat murka Allah swt. karena kurang beriman dengan takdir-Nya.

Tobat Saat Maksiat

Lalu bagaimana dengan maksiat? Setiap amal perbuatan pasti akan dibalas. Baik di dunia maupun di akhirat. “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” [Az-Zalzalah: 7-8].

Oleh karena itu, orang yang berbuat maksiat pasti akan merasakan hal yang sangat menyakitkan. Penyelasan, rasa malu, dijauhi rekan, terkena penyakit, dan lain sebagainya. Lalu, benarkah dalam kondisi seperti ini kita menghibur diri? Bahwa di balik semua kesulitan ini ada hikmahnya?

Ini bukanlah musibah. Musibah adalah takdir, yang tidak bisa kita ketahui kenapa bisa menyambangi kita, dan akan ke mana membawa kita. Sedangkan perasaan tersiksa setelah maksiat sudah jelas sebabnya. Yaitu  Allah swt. tidak ridha karena kita berbuat maksiat, lalu menyiksa kita. Sudah jelas, Allah swt. melarang kita melakukan perbuatan itu, tapi masih kita lakukan. Kita berbuat durhaka kepada Allah swt., dan Allah swt. murka kepada kita. Dari itu, sudah jelas bagi kita bahwa kondisi ini adalah hal yang buruk. Bukan musibah yang membawa kebaikan-kebaikan kepada kita.

Karena merupakan kondisi buruk, maka hal yang seharusnya tumbuh dalam diri kita adalah perasaan sedih, menyesali diri, ingin membuangnya jauh-jauh, merasa hina di hadapan Allah swt.,  takut kepada murka-Nya, dan membulatkan tekad untuk memperbaiki diri dan tidak mendekati perbuatan maksiat itu lagi. Semua ini adalah konskwensi tobat.

Tidak ada hikmah di balik maksiat. Maksiat adalah 100% buruk. Karena maksiat adalah kedurhakan kepada Allah swt. yang sudah memberi kita banyak sekali kebaikan. Akan mengandung hikmah jika maksiat itu membuat kita bertobat, merendahkan hati, dan memperbaiki diri. Itulah hidayah. Menyadari kesalahan, lalu berusaha sekuat daya untuk memperbaikinya sehingga menjadi orang yang bertakwa. Ada seorang ulama mengatakan, “Jika Allah swt. menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, maka Dia akan menjatuhkannya kepada maksiat yang membuatnya rendah hati.”

Maka bagaimana jadinya jika setelah berbuat maksiat, kita malah menghibur diri dan membesarkan hati? Ini tidak lain adalah tipu daya setan. Setelah berhasil menjauhkan kita dari Allah swt., dia tidak akan begitu saja membiarkan kita kembali kepada Allah swt. Dia berusaha bagaimana orang yang sudah jauh dari Allah swt., merasa nyaman dengan kondisinya. Di antaranya dengan menghiasi perbuatan maksiatnya dengan hiasan hikmah. Dengan begitu, perbuatan dosa pun tidak menakutkan, menyeramkan, dan menjijikkan lagi.

Kalau sudah demikian keadaannya, apa kita bisa meninggalkan maksiat? Atau sebaliknya kita semakin asyik melakukannya, menumpuk-numpuk dosa sehingga layak untuk menghuni neraka? Padahal semakin tebal tumpukan dosa dalam hati semakin menyulitkan hidayah Allah swt. untuk mendatanginya. Wallahu A’lam bish-shawab.(msa/dakwatuna)