Nama
sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib
bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal
daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika
Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal
dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150
hijran. Ada
yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi)
meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur
dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."
Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya
katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah
itulah yang lebih utama perlu dituruti."
30 PESANAN IMAM SYAFIE
1.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan
membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan menyebut
Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat
daripada menyebut dunia.
3.
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan
menyebabkan syaitan gerun.
4.
Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana
sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan
adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur
yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
5.
Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan
saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia
disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
6.
Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang
mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan
bala tenteranya.
7.
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai
anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan
mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8.
Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali
letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia
dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas
dosa-dosa kamu.
9.
Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai
orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10.
Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.
Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan
kemenangan.
11.
Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba
merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai
dengan lima
perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila
ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12.Ingat dan zikir kepada
Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia
mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13.Khusyuk secara zahir
adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang
pilihan di sisi Allah.
14.Kubur adalah perhentian
sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal
siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang
benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15.
Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah,
sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi
minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan
datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji
keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang
dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16.Sebesar-besar keaiban
(keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu
terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan
pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf
kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya
di sisi manusia.
20.
Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap
semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati
dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21.Tuntutlah ilmu sebanyak
mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di
akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
22.
Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu
mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23.
Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga
akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24.
Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh
banyak kebaikan.
25.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah
Allah.
26.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat
pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang
bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang
beriman.
27.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat
pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38
yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah
pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi
syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257
yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk
dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang
bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada
jalan yang lurus."
30.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan
perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang
bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan
melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka
mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.
Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib
No comments:
Post a Comment