Posted on September 6, 2013 by ekhutbah
السلام
عليكم
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian
Firman
Allah dalam ayat 191-192 surah Ali ‘Imran :
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ
جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا
مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴿١٩١﴾ رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ
أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
Maksudnya : Golongan yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan
bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan perkara
ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka
sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan
beroleh seorang penolong pun
Kini kita berada pada hari terakhir bulan Syawal di mana bulan baru Zulkaedah
bakal menjelma. Perubahan hari, minggu, bulan dan seterusnya tahun yang begitu
cepat bersama meningkatnya umur kita sepatutnya dijadikan peringatan berharga
untuk kita sama-sama menghitung diri terutama tentang amal ibadat dan taubat
atas maksiat yang kita telah dan akan lakukan. Jadikankanlah diri kita sebagai
sebaik-baik manusia iaitu diberi panjang umur dengan amalan soleh yang banyak
قَالَ
الرَسُولُ :خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ ، وَشَرُّ
النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ– رواه الترمذي
Maksudnya :
Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.
Manakala sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya dan buruk
amalannya.
Jadikanlah
diri kita sebagai hamba Allah yang menghargai nikmat masa dan umur yang
dianugerahkan oleh Allah kerana ia bakal ditanya pada hari akhirat nanti
قال الرسول: لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ,
وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ
وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ -
رواه الترمذي
Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit
pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang
umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3]
tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4]
tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman
Allah dalam ayat 155 – 157 surah al-Baqarah :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم
مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ
رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Maksudnya :
Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka
mereka mengucapkan : إِنَّا
لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada
Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk
Setiap diri kita mahukan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. Islam
mengajar kita cara untuk mendapatkan nikmat berharga ini mengikut landasan yang
telah ditetapkan oleh agama bukan mengikut kehendak hawa nafsu. Akibat
membelakangkan panduan agama menyebabkan ketenangan dan kebahagian yang
diharapkan tetapi kecelaruan dan kehancuran yang berlaku. Ramai yang mengejar
harta tanpa mengira halal haram termasuk dengan menipu, pecah amanah atau
rasuah akhirnya mereka diburu oleh kesalahan sehingga harta menyusahkan hidup,
rumahtangga kacau bilau. Ramai yang mengejar keseronokan dengan hiburan
melampau akhirnya terjebak dengan arak dan dadah yang merosakkan akal dan tubuh
badan. Akibat mengambil racun berbisa sebagai ubat maka penyakit bukan sahaja tidak
sembuh malah keadaan semakin binasa
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ketika Negara masih dihantui dengan jenayah menggunakan
senjata api yang semakin meningkat ditambah dengan laporan wujudnya 49 kumpulan
kongsi gelap dengan keahlian mencecah 50 ribu orang malah yang ada yang
berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Jika sebelum
merdeka kongsi gelap terkenal dalam berebut kawasan lombong biji timah dan
sebagainya manakala selepas merdeka ia bergerak dalam melakukan pelbagai
jenayah. Pemimpin mesti bertanggungjawab dalam kelahiran begitu banyak kongsi
gelap setelah 56 tahun menyambut kemerdekaan Negara serta bersungguh dalam
menanganinya bukan setakat mengumumkannya untuk menakutkan rakyat ketika Negara
dikatakan dalam keadaan aman. Sikap hanya menangkap ikan bilis sedangkan jerung
dibiar bebas antara punca suburnya jenayah membahayakan Negara ini. Kita juga
tidak mahu isu ini menenggelamkan penderitaan rakyat akibat kenaikan harga
minyak minggu ini yang sepastinya akan diikuti dengan kenaikan harga barang
yang pasti membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Itu belum lagi tekanan terhadap rakyat dengan kenaikan tarif elektrik, cukai
GST dan saman automatic AES yang bakal menyusul. Jangan salahkan siapa jika
menderita dengan bebanan hidup sehingga berada dalam keadaan takut dan lapar
jika kita sendiri yang menempah penyakit. Ingatlah suatu amaran nabi
sebagaimana sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:
يَا
مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ
أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى
يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ
تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا
المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ
وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا
مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا,
وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ
عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ,
وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ
أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana
jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung
dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu
ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina
pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya
melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan
ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau
timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan
dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan
pemimpin mereka. [3]Dan
tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka
air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya
mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji
Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka
musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka
tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan
tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan
bencana di kalangan mereka sendiri
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Segala amaran nabi itu berlaku satu
demi satu di depan kita seperti [1] Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta
penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah
disebabkan banyaknya terjadi perzinaan. Setiap kali sambutan tahun baru,
merdeka maka isu zina sentiasa tersiar akibat sambutan dibuat ikut penjajah.
Kita begitu bersetuju dengan cadangan orang bukan Islam agar diasingkan antara
rumah urut lekaki dengan perempuan bagi mencegah aktiviti pelacuran. Kita juga
menyambut baik pembatalan konsert Lamb of God kumpulan muzik barat yang jelas
menghina Islam dan tidak sesuai dengan budaya timur setelah banyak desakan
dibuat.
[2] Keadaan sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah
disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan.Lalu
terjadilah inflasi, barang naik harga, harga minyak naik, pendapatan tidak
mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi. Rakayt
tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sedangkan masalah ketirisan
dan sikap boros serta pembaziran dalam mengurus harta Negara tidak disekat.
Ibnu Khaldun pernah menyebut antara punca kehancuran
Negara apabila pemimpin terus seronok dengan cara hidup mewah dan projek mega
dengan memeras rakyat dengan cukai yang tidak munasabah [3] Allah balakan
dengan kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat di mana ramai umat
Islam sendiri menganggap tidak perlu lagi keluar zakat kerana dia telah
membayar cukai. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air
tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan
membawa bala bencana pula. [4] Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada
apa-apa yang dimiliki kaum Muslimin seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada
tangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah
SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin
penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan
negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri. Walau pun telah diberikan
kemerdekaan tetapi hakikatnya kebanyakan Negara umat Islam terus dijajah oleh
system penjajah malah kuasa kuffar akan segera menyerang atau menggulingkan
mana-mana pemimpin yang mahu kembali kepada system Islam antara terbaru di
Mesir dan perancangan Amerika Syarikat untuk menyerang Syria. Musuh Islam bukan
sahaja akan menyedut hasil mahsul Negara malah membiarkan keadaan huru-hara
asalkan Islam tidak dikembali sebagai perundangan Negara. Ancaman ke-
[5] iaitu
Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin sendiri disebabkan
mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak menjadikan al-Qur’an sebagai
undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan,
perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa. Gagalnya Negara kita
untuk kembali kepada system Islam antara punca banyak penyakit sosial dan
jenayah berlaku. Tepuklah dada kita dan tanyalah iman kita samada mahu kembali
kepada system Islam untuk meraih kebahagiaan dunia akhirat atau terus redha
dengan system penjajah dan terus melarat di Negara sendiri. Islamlah nescaya
kita mulia dan bahagia dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وَمَا
كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu
membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana
mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
No comments:
Post a Comment