Saya telah mengikuti sebahagian ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang di akui oleh Muhyidin sendiri.
UMNO katanya tetap mempertahankan
Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk
mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata
Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman
songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat
beliau untuk memasukkan ahli Sunnah wal jemaah di dalam perlembagaan negara.
Muhyidin berkata UMNO menentang usaha
mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas.
UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang
nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau
sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan
tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.
Semua yang di sebut oleh Muhyidin itu
sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu dan negara. Itu pun perjuangan UMNO
dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana
itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu
ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik
tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai
sekarang ini.
Mungkin dalam keadaan terdesak UMNO
akan cuba
untuk melangsungkan apa yang di sebut oleh Timbalan Presiden parti itu. Tetapi
itu sahajakah yang mahu di sebut dan di cakapkan dengan jelas oleh Muhyidin?
Bolehkah UMNO mempertahankan kesucian
Islam dan memperbaiki persepsi agama Islam dimata rakyat berbilang kaum dan
agama itu, kerana ia disebut oleh pemimpin parti yang begitu jumud jika
dipandang dari sudut Islam, agama anutan seratus peratus ahli-ahlinya.
Sudah cukup bersediakah UMNO untuk
mempertahankan Islam itu kerana banyak perkara yang bertentangan dengan Islam
menjadi perkara biasa dalam UMNO dan dilakukan oleh hampir kesemua pemimpinnya.
Perkara ini disebut dalam setiap perhimpunan agung UMNO sejak dari dulu lagi
lebih-lebih lagi sejak negara memulakan budaya rasuah dan salah guna kuasa
melebihi lebih sedikit dari tiga dekad yang lalu.
Percakapan tentang Islam ini sama
naik dengan kebangkitan rasuah di dalam UMNO sejak awal lapan puluhan dahulu. Bagaimana
kumpulan perasuah boleh mempertahankan kesucian agama Islam? Bukankah rasuah
itu satu tindakan yang amat hina tidak terkira di sisi masyarakat, lebih-lebih
lagi di sisi agama anutan kita. kenapa pimpinan UMNO mengaku sebagai perlindung
agama Islam sedangkan apa yang mereka lakukan bertentangan secara ‘head-on’
dengan agama dan Tuhan kita?
Bagaimana kumpulan yang menentang
syariat suci Islam mahu mempertahankan Islam itu tanpa kompromi sedangkan
kesucian Islam yang paling penting sudah dikompromikan oleh UMNO.
Kita bukan ulamak besar malahan bukan
ulamak kecil sekali pun. Tetapi sebagai seorang Islam yang masih jahil seperti
saya memahami dengan jelas dan dan keyakinan saya agaknya sudah sampai
keperingkat haqul yakin yang perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan
yang baik dan itu sendiri ada penentangan terhadap Islam itu. Malahan elemen
rasuah inilah yang telah menjatuhkan kerajaan negara-negara Islam akhir-akhir
ini di Asia barat satu demi satu.
Kita juga memahami yang pemimpin yang
bercakap tentang rasuah seperti apa yang di sebut oleh Muhyiddin semalam itu,
yang rasuah sememangnya berlaku dikalangan jemaah kepimpinan mereka. Tetapi
bagaimana Muhyidin begitu berani mengaku yang UMNO itu adalah benteng untuk
Islam kerana beliau tahu UMNO tidak terlepas dengan isu tegahan mutlak Islam
itu.
Mungkin yang ramai-ramai dalam UMNO
itu tidak tahu apa itu komitmen terhadap agama itu kerana jiwa dan batin mereka
telah tertutup hijab untuk mengenali yang mana yang layak untuk mempertahankan
agama suci dan yang mana hanya pandai bercakap di pentas perhimpunan agung UMNO
sahaja.
Kita mahu mendengar ucapan
penangguhan Uztaz Kazim Elias dalam ucapan penangguhan Perhimpunan ini
berhubung dengan orang yang mengetahui rasuah berlaku dikalangan mereka tetapi
bergegar-gegar bercakap dan berjanji untuk kesucian agamanya. Kita tidak payah
mendengar lagi ucapan Jamil Khir Baharom kerana kita sudah tahu apa yang hendak
beliau katakan dan semua akan menjadi bahan cacian ramai semata-mata.
Kita hendak juga mendengar kata-kata
Uztaz Kazim, yang sangat di hormati oleh UMNO itu. Kalau tidak tentunya beliau
tidak dilantik menduduki ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama Azeeez Rahim dan JJ
itu. Saya berharap Uztaz Kazim akan menunjukkan bakat kepimpinan beliau dan bukan
lagi setakat menunjukkan bakat menyanyi dalam dakwah agamanya.
Janji-janji pimpinan sama sejak tiga
puluh tahun dahulu, tetapi keadaan semakin hari semakin rumit. Alangkah
indahnya kita mendapat kepimpinan yang pandai berjanji dan mampu melaksanakannya.
Setakat ini kita hanya ada pimpinan yang berjanji seolah-olah dunia pun hendak
dialih dan dianjaknya. Janji Muhyidin semalam seolah-olah tidak ada UMNO tidak
selamat Islam di dunia ini.
Ugutan pemimpin UMNO kepada orang
Melayu jika tidak menyokong UMNO, Melayu akan hilang didunia ini. Selama ini
orang Melayu menyokong UMNO, tetapi Melayu hampir hilang dunianya. Inilah yang
terjadi kepada kita sekarang ini….UMNO masih lagi berjanji dan terus berjanji….
03
December 2013
Penagih dadah hantar ke Pusat Serenti, Penagih rasuah
hantar ke mana?
Di
Semenanjung Malaysia ada 12 negeri bernaung di bawah Persekutuan Tanah Melayu
dan sebelas darinya mempunyai kerajaan-kerajaan negeri masing-masing dengan
legislatifnya sendiri. Masing-masing negeri mempunyai identitinya sendiri dan
boleh dilihat perbezaan dari satu negeri dengan satu negeri yang lain dalam
banyak bidang.
Diantara
banyak negeri-negeri itu ada sebuah negeri yang dinamakan Negeri Terengganu
Darul Iman. Negeri ini agak lain dari yang lain kerana akhir-akhir ini tidak
banyak lagi bangunan yang selamat untuk dimasuki dan diduduki. Ini di sebabkan
acapkali kita mendengar berita yang atap dan bumbung bangunan di negeri ini
mudah runtuh dan ia amat merbahayakan orang ramai.
Yang
terakhir ialah kejadian dalam mana bumbung Kolej Universiti Tati, di Teluk
Balung runtuh walaupun ia baru sahaja di gunakan selama 14 bulan. Selepas ini
tidak tahu pula kita bangunan mana pula yang akan runtuh. Kejadian bumbung
runtuh ini sudah sinonim dengan Negeri Terengganu dan tidak siapa yang tahu
kenapa ia hanya banyak berlaku di Negeri Terengganu.
Dalam
tahun ini juga sudah tiga kejadian bangunan runtuh dari keruntuhan bangunan
masjid hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Di Asia Utara ada sebuah negeri, iaitu
Bangladesh yang sering menghadapi bangunan runtuh yang melibatkan nyawa ratusan
rakyat. Tetapi di negara itu bangunan-bangunan yang runtuh itu adalah bangunan
yang sudah beratus tahun usianya. Tetapi di Terengganu usia Universiti Kolej
itu hanya 14 bulan. Maka bayangkanlah betapa teruknya tahap keselamatan rakyat
di negeri itu hanya di sebabkan ada permainan jahat dan rasuah yang tidak
terbendung dalam negeri itu.
Jika
bangunan yang hanya berusia 14 bulan boleh runtuh bumbungnya bagaimanalah
agaknya tahap keselamatan di bangunan yang berusia lebih lama dari itu? Ini
sudah pasti berpunca datri tindakan ‘cutting corners’ yang dilakukan oleh
kontraktor-kontraktor binaan yang ingin mendapatkan keuntungan lebih bagi
menyediakan wang ‘kick-backs’ yang perlu di bayar kepada yang berkuasa dengan
projek itu.
Nampaknya rakyat terpaksa duduk dan
tinggal di padang-padang yang luas bagi mengelak dari menghadapi risiko di
hempap bumbung yang rapuh di negeri itu. Bangunan dan rumah kediaman adalah
pelindung kepada manusia dari di timpa hujan dan menghadapi ribut dan taufan serta
tempat duduk bersenang-senangan dengan kaum keluarga kesayangan kita. Jika
bangunan tempat kita hendak berlindung pun tidak selamat bagi manusia di mana
lagi manusia hendak mendapatkan perlindungan?
Itulah sebabnya blog ini tidak pernah
jemu menyebut rasuah sebagai musuh umat nombor satu di dunia ini. Rasuah boleh
menjahanamkan negara dan tamadun manusia. Rasuah tidak akan mendorong sesiapa
termasuk pemimpin membuat keputusan dengan betul. Selalu disebutkan yang mereka
yang rasuah itu adalah mereka yang memakan daging saudaranya sendiri.
Rasuah
akan merosakkan segala-galanya. Tidak ada tindakan rasuah yang boleh membantu
membuat kebaikan selain dari memberikan keuntungan kepada pemimpin yang ‘evil’
yang serupa dengan syaitan yang bersalutan muka dan tubuh manusia. Syaitan itu
dikatakan oleh agama kita sebagai musuh yang nyata. Jika Perdana Menteri yang
rasuah maka Perdana Menteri itu adalah musuh kita. Jika isterinya menggunakan
kuasa dan pengaruh menjahanamkan negara kita, maka isterinya itu adalah musuh
semua.
Begitu
juga rasuah itu dilakukan oleh pegawai kerajaan dan perlaksana dasar maka
mereka wajib dimusuhi dan jika Menteri Besar melakukan rasuah elok sahaja
mereka ditolak dengan serta merta. Rakyat perlu sedar betapa bahayanya mereka
jika dipimpin oleh pelaku rasuah tegar.
Rasuah
ini merupakan satu ketagihan yang sangat susah untuk diubati. Jika penagih
dadah dimasukkan kedalam pusat serenti untuk dipulihkan, boleh kah tuan-tuan
beri tahu dimanakah kita perlu hantarkan mereka yang rasuah untuk dipulihkan? Saya
tidak mempunyai apa-apa ‘idea’ di mana mereka yang rasuah ini patut dihantar
untuk memulihkan mereka.
Kata
orang tiada penyakit yang tidak boleh di ubati. Tentunya penyakit ketagihan
rasuah ini tentu ada jalan untuk di ubati. Hanya saya belum jumpa jawapannya. Mungkin
saudara-saudari yang membaca tulisan ini boleh memberikan cadangan atau
setidak-tidaknya jawapan kepada persoalan saya tadi.
UMNO pun
kata parti itu menolak rasuah, tetapi kenapa rasuah berlaku dengan hebatnya di
bawah tadbiran parti itu?
Oh ya,
mungkin Uztaz Kazim boleh membersihakn UMNO ini dari rasuah, kerana orang yang
beragama tidak berkompromi dengan rasuah (he..he).
Kalau si
jahil seperti saya dan mungkin sebahagian dari anda yang tidak mempunyai latar
belakang agama yang kuat, masakan Uztaz Kazim tidak mampu membersihkan UMNO
dari masalah ketagihan rasuah dikalangan pimpinan negara kita.
oleh Aspan Alias
No comments:
Post a Comment