Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang
istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia adalah sebagai petunjuk dan hidayah untuk dibaca, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan kita. Al-Quran merupakan kalamuallh, yang mengandungi mukjizat akan digunakan oleh orang mukmin untuk menyelesaikan semua permasaalahan hidup di dunia ini.
Salah satu masaalah yang dihadapi adalah kita terpaksa berhadapan dengan sikap manusia yang mempunyai keras hati, cepat marah dan sukar untuk menerima nasihat. Oleh itu cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan
peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh
Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi
lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah
besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan
Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut
hati.
KAEDAH PERTAMA.
Mengikut aturannya, bacalah:
Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Maksudnya :
Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21
Maksudnya : "Sekiranya Kami
turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),
misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya."
Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.
Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha
Mengasihani
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi
susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang
tinggi.
5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas
‘Arsy."
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu
melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa
melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk
diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu
di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan
hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa,
letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta
pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air
diberikan untuk diminum.
KAEDAH KEDUA
Kaedah
dengan cara zikir dan doa pelembut hati .
Zikir dan
Doa Pelembut Hati
Zikir ini
elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami
yang mahu hati isterinya menjadi lembut.
Beristighfar
sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian
baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "
Selepas
membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak
perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di
tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan
hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu
perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .
Selain
daripada itu amalkan doa ini:
"Ya
Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
KAEDAH KETIGA
Zikir dan Doa Pelembut Hati.
Zikir dan Doa Pelembut Hati.
Baca Ya
Latif, ya Latif sebanyak 7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah
Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)
Maksudnya
: "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap
hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan
Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Hembus
dimuka suami dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati
suami akan menjadi lembut.Selain
daripada itu amalkan doa ini:
"Ya
Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
(Cara-cara
ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)
{Amalkanlah
cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada perubahan dan kesannya.}
KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk
Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang
yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya,
bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk
Al-Quran)
Maksudnya:
"Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat
dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi
Keselamatan."
KAEDAH
KELIMA
Apabila
kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :
"Ya
Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya
Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan
baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sekiranya
isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah
sedikit :
"Ya
Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan
dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada
dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada
kotoran."
KAEDAH
KEENAM
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'
Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'
Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di
waktu malam semasa anak sedang tidur.
i.
Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan
doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan
dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan
tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh
isteri atau suami.
KAEDAH
KETUJUH DOA PENGASIH
Kita
berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi
orang yang beriman, sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim.
"Ya
Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang
beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."
Suami
boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini supaya dia mengasihi dan
dikasihi oleh isterinya :
"Ya
Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte
Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap
diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku
tak payah sebut nama)
Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar
kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami,
anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan
niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan
izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu
masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada
Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T.
memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar
al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi
S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.
Oleh itu kita jangan berputus asa jika
insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa
selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu
mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita
No comments:
Post a Comment