Penyakit autisme mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang terjejas. Pesakit menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum iaitu:
Masalah tidak mampu bersosial
Ini simptom utama penyakit autisme. Pesakit tidak tahu bergaul dengan orang sekeliling secara normal. Mereka selalunya tidak mempunyai sifat empati terhadap orang lain.Mereka tidak mengendahkan orang lain dan seperti termenung seorang diri.
Ada pesakit yang menunjukkan sikap tidak sepatutnya di depan orang ramai seperti menjerit sekuat hati atau membaling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisme lebih gemar menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan sebaya yang sedang bermain.
Kesukaran berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain
Mereka selalunya lambat bercakap dan apabila cuba untuk berkomunikasi dengan orang lain, orang lain sukar memahami apa yang mereka cuba sampaikan.
Mereka kadangkala bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi. Malah, ada di antara pesakit autisme lebih gemar menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibu bapa.
Masalah tingkah laku dan pemikiran
Ada di antara mereka yang gemar melakukan satu-satu perkara berulang kali (compulsive behaviour).
Ada juga yang mempunyai minat pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa cuba menghalang minat tersebut.
Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya membawa ranting pokok ke mana dia pergi dan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba mengambil ranting tersebut dari tangannya.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.
Punca-punca
Masalah autisme berlaku tanpa mengira kira bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup.
Sehingga hari ini, dunia perubatan moden masih belum dapat mengesan secara pasti punca sebenar penyakit ini. Mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat anak autisme.
Selain itu, sangat penting buat semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca daripada asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak masih bayi.
Berdasarkan pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisme, terdapat kes melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya saka yang menyebabkan masalah autisme.
Gangguan saka selalunya diwarisi melalui keturunan keluarga terdahulu di mana makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit menyebabkan berlakunya autisme.
Sukar untuk perubatan moden membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus dalam anak-anak autisme ini tetapi sudah ramai pesakit menunjukkan perubahan positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.
Tanda-tanda awal autisme
Anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan.
Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
Gagal memberi respons apabila nama dipanggil.
Suka menyendiri.
Suka menyusun objek mengikut susunan tersendiri.
Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada tanda awal masalah autisme dan sebarang diagnosis akhir haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.
Rawatan moden
Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit agar mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan.
Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisme. Selalunya beberapa jenis rawatan perlu diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisme.
Contoh rawatan yang selalu diguna pakai adalah senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutama ibu bapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak autisme.
Selain itu, guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting memastikan kanak-kanak autisme mendapat pendidikan mengikut cara sesuai dengan keperluan masalah mereka.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali waktu siang.
Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.
Penutup
Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Hasil pengalaman kami merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.
Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.
Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130224/kn_04/Autisme#ixzz2MjBX7EYA
© Utusan Melayu (M) Bhd
What are the best bonuses in casinos with slots? - Lo-Go
ReplyDeleteFind out which online 도레미시디 출장샵 casino has casinosites.one the best slots to microtouch solo titanium play and how to claim the best welcome gri-go.com bonuses! Learn how to claim the https://septcasino.com/review/merit-casino/ casino welcome bonus in