Sunday, January 3, 2016

Semuga Allah Memberkati Usaha Kami

Pagi ini bergegas ke SK Durian Burung, jam 7.00 pagi terasa terlalu pantas. Pagi ni seramai 12 orang anak yatim dari Asrama Puteri Pratahfiz Perkaya, Kubang Parit mendaftar di diri di SK Durian Burung. Saya diamanah oleh Tuan Hj Mohd Omar untuk menguruskan pendaftaran anak-anak ini. Alhamdulillah, jam 7.30 pagi anak-anak ini dah menunggu di tepi pagar SK Durian Burung. 

Kami berkumpul di kantin sekolah, sementara menunggu arahan seterusnya daripada pengurusan sekolah. Alhamdulillah, dapat bertemu rakan lama Cikgu Hj Abd Razak Ahmad guru besar SK Durian Burung. Anak-anak kelihatan ceria, Alhamdulillah mereka dijamu dengan nasi ayam RMT, terima kasih Cikgu Razak di atas layanan mesra kepada anak-anak yatim ini. Guru PK HEM dan PK1 juga turut meraikan kehadiran kami. Alhamdulillah, inilah yang dipesan oleh Rasulullah saw orang yang meraikan anak yatim, Allah merahmati mereka. InsyaAllah.



Anak-anak ini ditempatkan di rumah kediaman Allahyarham Dato Mansor bekas exco Krj Negeri Terengganu suatu masa dahulu. Anak-anak Allahyarham telah sepakat mewakafkan rumah tersebut kepada Perkaya Negeri Terengganu untuk dijadikan asrama anak-anak yatim.

Pengerusi Asrama Puteri Pratahfiz Perkaya ini ialah Tuan Haji Mohd Omar bin Abd Rahma, bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Manakala Setiausahanya Puan Hjh Habsah bekas guru besar cemerlang SK Tok Jiring.

Semuga usaha yang terlalu daif ini mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. Inilah aktiviti yang mampu kami lakukan setelah bersara daripada alam perkerjaan. Sesungguh pengalaman sebagai pendidik amat membantu kami untuk mengurus anak-anak yatim ini.




Keperihatinan ahli masyarakat, khususnya yang berada di sekitar perumahan ini amat membanggakan. Pada malam solat hajat, khamis malam jumaat lepas hampir 40 orang ahli jemaah Masjid Kubang Parit turut hadir di rumah ini. Tok Imam dan ahli jemaah memberi kerjasama yang amat baik. Alhamdulillah.

Pada hari sabtu 2 Januari 2016 seramai 11 orang anak-anak yatim mendaftar diri di rumah Perkaya di Kubang Parit. Tuan Hj Mohd Omar menyampaikan taklimat kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka.