Tuesday, October 29, 2013

Maahad Tahfiz Si Buta Al Quran - Dr Mohd Saleh b Md Amin

Oleh ADHAM SHADAN - Kosmo


PENGERUSI Maahad Tahfiz Al-Itqaan, Mohd. Shafie yang berkelulusan dalam bidang perakaunan dari sebuah universiti di England mengakui pernah buta dan jahil al-Quran.

SEINGAT dirinya, tak pernah sekali pun dia menyentuh kitab al-Quran semasa usia remajanya. Beliau mengaku tidak suka membaca al-Quran dan sering mengelak daripada mendekatinya. Baginya, tidak ada kepentingan untuk membaca al-Quran.
“Saya tidak nampak kepentingan al-Quran. Dalam kamus hidup saya, definisi kejayaan ialah berkelulusan, berjawatan tinggi dan banyak duit.
“Pada masa itu saya menganggap al-Quran tidak lebih hanya sebagai kitab orang Islam,” kata Dr. Mohd. Shafie Md. Amin, 47, kepada Jurnal.
Beliau yang berkelulusan bidang perakaunan dari sebuah universiti di England merupakan seorang penghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 30 tahun.
Kesemua 13 anaknya dilatih menjadi hafiz al-Quran dengan tujuh daripadanya telah menghafal keseluruhan al-Quran.
Tiga anak perempuannya bahkan bergelar johan hafazan al-Quran peringkat kebangsaan termasuk Siti Nadhira, 17, yang menjadi johan dan peserta wanita terbaik Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada April lalu.
Hidayah
Sungguh mengagumkan apabila Shafie yang pada asalnya boleh disifatkan sebagai buta al-Quran menjadi seorang guru tahfiz dan pengasas kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan di Ampang, Selangor.
Mengakui dirinya pada asalnya seorang yang tidak begitu mendalami agama, Shafie berkata, sembahyang pun dilakukan hanya sekadar ikut-ikut orang.
“Bukan tak tahu langsung agama. Tapi tak pernah serius. Masa kecil ada belajar mengaji al-Quran, tapi tak pernah bersungguh-sungguh.
“Ustaz mengajar, saya pilih tempat di belakangnya agar dia tak nampak saya main. Lepas tak berjaya dengan ustaz, ibu saya sendiri mengajar. Bila ibu baru mengajar, bila salah, ibu marah, saya menangis.

“Sudahnya, berhenti mengaji dan tak pandai-pandai,” ujarnya.
Kemudian, Shafie membesar dan jiwanya hanya bergelora untuk berjaya bagi mengecap material duniawi. Jika al-Quran disuakan kepadanya untuk dibaca, kalimah ‘kacaulah’ pernah tergetus dalam benaknya.
Siapa sangka, di kota Londonlah, hidayah turun buatnya. Semasa berusia 18 tahun, Shafie melanjutkan pelajaran di kota itu. Kebetulan, dia tinggal bersama rakan serumah yang agak baik.
“Apabila tinggal serumah, kami melakukan banyak aktiviti bersama-sama termasuk mengaji al-Quran. Mereka ajak saya mengaji. Saya berasa tidak selesa.
“Saya tidak mahu mereka tahu saya tidak tahu mengaji al-Quran. Tapi akhirnya saya kena mengaji juga. Saya malu, kawan-kawan lain baca dengan baik, sedangkan saya merangkak-rangkak. Mereka ajar saya sikit demi sikit, lama-kelamaan saya boleh mengaji dengan lancar.
Usia lanjut
“Saya sangat tertarik dengan bacaan seorang kawan yang sangat sedap suaranya. Saya rasa menyesal kerana tak pandai mengaji al-Quran sebelum ini. Saya berusaha memperbaiki bacaan antaranya dengan bantuan kaset bacaan al-Quran.
“Saya cuba hafal sedikit ayat-ayat al-Quran yang mudah, lama-lama saya boleh hafal,” ujarnya yang turut berjaya menyelesaikan pengajiannya dalam bidang perakaunan di London.
Bermula daripada usia yang agak lanjut untuk mempelajari al-Quran iaitu pada usia 18 tahun, akhirnya pada umur 30 tahun, kandungan 30 juzuk al-Quran sudah memenuhi kantung memorinya.
Ketika usia itu juga, beliau bersama beberapa kawan bertindak menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan untuk mendidik kanak-kanak termasuk anak-anak mereka menjadi al-hafiz.
Ia bermula dengan 12 murid. Maahad tahfiz itu turut mengajar bidang akademik seperti di sekolah biasa.
“Ramai orang yang mentertawakan saya. Mereka kata, boleh percayakah seorang lulusan perakaunan mengajar al-Quran?

AMALAN mengimarahkan bacaan dan menghafaz al-Quran bersemarak dalam keluarga Mohd. Shafie.

Penampilan
“Ramai juga yang tidak percaya saya sudah menghafal al-Quran 30 juzuk. Ya, saya telah bertalaqqi (membaca hafazan berhadapan) dengan ustaz-ustaz dari Indonesia dan Mali, tetapi bagaimana masyarakat boleh mempercayai saya?
“Saya akhirnya menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri Selangor. Tujuan utama saya adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan saya.
“Tahun pertama saya sertai, saya tidak meraih apa-apa tempat, saya berusaha memperbaiki bacaan lagi. Dua tahun kemudian, saya sertainya sekali lagi dan bergelar naib johan negeri Selangor sebelum menjadi johan pada tahun berikutnya,” ujarnya.
Dia kemudian turut ditawarkan untuk menjadi guru tahfiz di Masjid Negara. Shafie satu-satunya guru tahfiz di situ yang mempunyai kelulusan dari England berbanding guru-guru tahfiz yang lain dari Mesir.
Ketika ditemui, penampilannya juga berbeza daripada kebanyakan ustaz dan guru tahfiz apabila beliau selesa memakai kemeja, tidak memakai kopiah atau songkok.
Katanya, itu dirinya dan dia mahu memberi mesej kepada masyarakat bahawa agama bukan hanya milik ustaz-ustaz.
Masyarakat semakin mempercayai kebolehannya mengajar al-Quran apabila berita salah seorang anaknya, Rabiah, mencipta rekod sebagai johan hafazan peringkat kebangsaan termuda tersiar di dada akhbar pada tahun 1999. Rabiah ketika itu baru berusia 12 tahun.
Shafie meyakini sistem pengajarannya sehinggakan kesemua anaknya disekolahkan di maahad tahfiznya.
Murid-murid di situ tidak ketinggalan pembelajaran akademik dan turut mengikuti peperiksaan seperti Siji Pelajaran Malaysia. Mereka juga berjaya ke menara gading seperti Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Madinah.
“Macam mana orang nak percaya kepada pengajaran kita kalau anak-anak kita sendiri tidak bersekolah dengan kita?” soalnya menunjukkan keyakinannya kepada sistem pengajarannya.
Kini, Shafie yang juga merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz al-Itqaan memberitahu, maahad itu kini bertaraf kolej kerana menawarkan pengajian diploma dan bercita-cita untuk menjadi universiti al-Quran.
Ditanya reaksinya mengenai Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat yang mencetuskan berang antarabangsa kerana berhasrat membakar al-Quran baru-baru ini, jawapannya cukup bernas dan bukan terbit daripada api kemarahan semata-mata seperti kebanyakan kita.
“Kalau dulu, sewaktu saya jahil, saya akan marah kerana ia merupakan kitab saya, orang Islam. Tapi marah yang kosong kerana saya sendiri tidak tahu mengapa saya perlu marah sangat.
“Kini, saya juga marah. Tetapi, sebagai umat Islam, kita juga perlu melihat apa yang berlaku dari sisi positif. Kenapa ia berlaku?
“Mungkinkah peristiwa itu Allah jadikan kerana mahu menyedarkan kita bahawa kita sudah terlalu jauh daripada al-Quran?
“Kita lemah kerana kita tinggalkan al-Quran dan orang kafir sudah berani melakukan penghinaan kepada al-Quran kerana mereka lihat kita sendiri tidak mengambil manfaat daripadanya,” ujarnya

Monday, October 21, 2013

RASUAH ADALAH DOSA BESAR

Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan suatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah)

Disimpulkan, ia adalah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya.

Hukum memberi atau menerima rasuah adalah haram, ia merupakan dosa besar kerana pelakunya dilaknat oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan ALLAH dan dijauhkan daripada rahmat ALLAH kerana mereka telah melakukan perbuatan batil dan mengambil bukan hak mereka.

Di dalam al-Quran menceritakan tentang orang Yahudi. ALLAH berfirman, bermaksud: “Mereka adalah orang yang ALLAH tidak berkehendak menyucikan hati mereka, bagi mereka kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Mereka gemar dengar berita bohong dan gemar makan Al-Suht (yang haram).” (Surah Al-Maidah: 41-42)

Dalam mentafsirkan ayat ini, Umar Al-Khatthab, IbnMas’ud ra dan selainnya mengatakan yang dimaksudkan dengan Al-Suht (suatu yang haram) adalah rasuah. (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi)
Ibnu Mas’ud RA mengatakan, “Rasuah bagi menetapkan hukum (bagi pemerintah atau hakim) adalah kekufuran, ada pun bagi masyarakat adalah Al-Suht (haram).” (Al-Tabarani,Mu’jam Al-Kabir)

Namun, ramai di kalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, boleh jadi kerana istilahnya diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk masukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah kezaliman kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya hak orang lain.

Hadiah yang kita berikan kepada hakim atau pemerintah, juga termasuk dalam kategori rasuah yang diharamkan, walaupun ia dilakukan untuk mendapatkan hak kita kembali. Walaupun terjadi khilaf di mana ada ulama membolehkan memberi pemberian untuk mendapatkan hak, namun pendapat ini dibantahi sebahagian ulama yang lain.

Ini kerana jika kita memberi wang kepada hakim kerana kita di pihak yang dizalimi, kita sebenarnya membantunya dalam kezaliman yang dia lakukan, dan menggalakkannya untuk mengulangi lagi kezaliman itu pada masa akan datang. Kerana itu dalam banyak hal yang membabitkan kezaliman pemerintah, Islam banyak menyuruh supaya kita bersabar.

Ini merangkumi petugas-petugas yang mewakili pemerintah seperti polis dan sebagainya, janganlah kita memberi hadiah atau wang kepada mereka untuk melepaskan diri daripada hukuman, atau untuk meringankan hukuman.

Walaupun namanya diubah kepada hadiah, tetapi hakikatnya ia adalah rasuah yang haram dan mendapat laknat ALLAH danRasul-Nya, maka jangan sesekali kita terlibat di dalamnya.

Golongan hakim, petugas, pemerintah juga jangan menerima sebarang bentuk hadiah. Ini termasuk ghulul yang diancam dengan ancaman yang berat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul” (Sahih Abu Daud). Ini adalah bagi mengelakkan kezaliman, di mana orang berharta terlepas daripada hukum dengan membayar wang, manakala yang tidak berharta tidak bebas dari hukuman.

Takutlah kita apabila membaca firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu memakan sebahagian harta benda orang lain dengan dosa padahal kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 188)

Imam Al-Qurthubi berkata, “Sesiapa mengambil harta orang lain bukan dengan cara yang dibenarkan syariat maka dia telah memakannya dengan cara yang batil. Antara bentuk memakan dengan cara batil adalah seorang hakim yang memenangkan kamu sedangkan kamu tahu kamu salah. Sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal dengan keputusan hakim” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an).

sumber Sinar Harian 

Sunday, October 20, 2013

Hari sesudah paginya, Yang menang ialah Umno, yangkalah ialah Melayu - Samomgkol 47

Beberapa minggu lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Datuk Mukhriz Mahathir. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir. Hari ini, pendapat Tengku Razaleigh Hamzah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi.

Mukhriz kalah lagi. Beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) untuk jawatan ketua Pemuda, Mukhriz tewas. Maknanya, Dr Mahathir pun tewas.
Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin Umno yang tamak haloba. Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia. Oleh kerana baka Dr Mahathir hidup lama, maka masih ada masa untuk Dr Mahathir berbuat demikian.
Ketika round pertama dulu, bab yang Dr Mahathir menang ialah dia berjaya menghasut meyakinkan ramai pemimpin Umno ketika itu membeloti Pak Lah. Beza Pak Lah dengan Najib ialah Pak Lah ketika itu selalu tidur. Sama ada disebabkan suatu penyakit yang Pak Lah kata dia ada atau memang benar Pak Lah suka tidur, maka Pak Lah tersungkur.

Tapi Najib walaupun lembab , dia tidak tidur. Najib mahu checkmate pengaruh Dr Mahathir jadi dia buat panggilan peribadi kepada semua pengerusi perhubungan dan pemimpin Umno tertentu di peringkat bahagian menyatakan dia mahukan status quo. Bagaimana saya tahu? Sebab saya bekas ketua penerangan Najib dahulu dan saya tahu memang ini cara Najib. Hendak buat terang-terangan dia penakut, maka dia buat personal calls. Dalam perbualan tersebut, Najib akan pujuk dengan pelbagai umpan dan konsesi. Dr Mahathir pun kalau dia panggil sendiri, apa yang dia boleh tawarkan? Dia bukan lagi PM yang ada kuasa memati dan menghidupkan.
Semalam Pak Lah bersara daripada politik. Akhirnya Pak Lah yang menang dan berundur dengan tenang. Pak Lah nyata lebih kuat sebab dia hidup dengan Jean. Dr Mahathir belum bersara dan hidup berjaga dengan dendam membara. Mulai hari ini, meriam Dr Mahathir akan menghala kearah Najib.
Orang Umno yang sayang Dr Mahathir terutama dari Sabah yang menyatakan mereka tetap sayang Dr Mahathir mesti bangkit menyokong Dr Mahathir. Buktikan perasaan kepada Dr Mahathir lebih kuat daripada perasaan inginkan envelop itu bah.
Pemilihan Umno sudah pun tamat. Naib presiden penyandang semua menang. 25 orang ahli Majlis Tertinggi (MT) pun  dipilih. Orang akan melihat pengukuhan pengaruh Najib dalam kemenangan tiga penyandang naib presiden Umno. Pemilihan 25 MT lain pula. Ia adalah cerita janji yang diberi dan janji yang serupa dikhianati. It’s a story of promises given, promises broken. Lebih 60 orang yang bertanding MT tahu apa yang saya cakapkan.
Lihat penghisaban mudah ini; Jika setiap 146,000 perwakilan mendapat RM500 daripada setiap penjuru untuk satu tempat MT, maka wang yang diterima secara konservatifnya ialah RM73 juta. Untuk jawatan Naib presiden jika setiap perwakilan menerima secara pukul keliling RM1,000, maka RM146 juta. Paling minima RM200 juta menghujani ke atas perwakilan Umno.
Bagaimana pula kepada skuad ejen calon yang menjelajah semua 191 bahagian Umno terutama untuk calon naib presiden? Setiap calon ada 10 orang untuk setiap bahagian dan 191 bahagian mempunyai 1,910 operatives.  Jika setiap operatives ini diupah RM2,000 untuk dua minggu kerja, jumlah pembayaran kasar ialah RM38 juta. Maka secara konservatifnya, jumlah keseluruhannya sudah mencecah RM238 juta.
Saya tidak akan terkejut jika jumlah wang yang berligar mencecah RM400 juta. Pemimpin atasan dalam 191 bahagian Umno takkan mahu dibayar RM20,000? Kalau RM1 juta satu bahagian untuk top dogs, sudah RM191 juta. Campur dengan RM238 juta sudah melebihi RM400 juta. Sebelum pemilihan ini dua minggu lalu, saya terdengar desas-desus dari kawan Umno saya, bahawa RM600 juta akan hujan rahmat macam hujan rahmat ke atas peneroka Felda suatu ketika dahulu. Hujan rahmat ini membasahi juga golongan haram jadah yang tidak menyokong Najib tapi sukakan kertas gambar Agong terutama yang berwarna ungu tu. Ada envelopnya bah..
Akhirnya yang menang ialah wang. Tidak ada yang demokratik dengan melibatkan 146,500 perwakilan Umno di seluruh negara. Yang berlaku bukannya pendemokrasian pemilihan - yang berlaku ialah penaburan wang secara lebih meluas. Jika dahlulu hanya 2,500 orang sahaja yang berkesempatan dilayani dan dimanjakan oleh pesaing pemilihan, kali ini, jumlah yang dijamu  dan dilayani bertambah daripada 2,500 kepada 146,000 orang. Kaedah pemilihan kali ini meningkatkan nilai dan pentingnya ketua bahagian dan pemimpin utama di bahagian Umno.
Yang bersifat baharu ialah pertambahan pembuat keputusan untuk menentukan pimpinan dalam parti Umno. Tapi mengharapkan pembaharuan dan kemajuan berlaku dalam tahun pertama kaedah pemilihan secara electoral college ini, hanyalah menipu diri sendiri. Saya harap ahli dan pemimpin Umno mengakui perkara ini. Langkah seterusnya dan cabarannya ialah membenarkan semua 146,000 orang dihitung secara pengundi popular. Ketepikan bloc voting.
Cuba kita perhatikan kenyataan pesaing yang tewas. Kebanyakan menyatakan bahawa mereka kalah kerana perwakilan menolak mereka kerana mahu melakukan pembaharuan dan mereka tidak main politik wang. Saya tidak hairan, jika hari ini dan hari seterusnya, Dr Mahathir akan menyerang kepimpinan Najib sebagai kepimpinan yang merakyatkan politik wang. Yang berlaku ialah pendemokrasian politik wang. Ia dilakukan secara lebih meluas. Pemimin Umno yang tidak ada wang, tidak ada peluang langsung dalam politik Umno.
Tapi ini suatu yang bagus. Ia bermakna, Umno tidak ada masa depan kerana ia tidak lagi membangun atas prinsip dan sistem nilai. Dalam PRU14 nanti Umno akan dibelasah lagi teruk.
Kenapa? Sebab yang menang kebanyakannya daripada generasi  X dan Y sedangkan yang akan mengundi dalam tahun 2018 nanti, majoritinya daripada generasi Z. Anak muda tidak terikat dengan pemikiran sekolah lama yang bercakap mengenai Melayu terancam dan diancam. Generasi yang tidak terpengaruh dengan percakapan perkauman, cakap mengajak rakyat berkelahi dan bercakap mengenai unsur yang memecahbelahkan negara. Generasi Z terdiri daripada pengundi yang menghitung faedah dan kos, untung dan rugi, generasi yang bercakap mengenai kebenaran dan kepalsuan, benar atau salah. generasi yang akan membuat keputusan mengikut right or wrong dan generasi yang mengadili sama ada kamu cekap dan competent.
Bolehkah Umno menyesuaikan diri dengan persekitaran yang demikian dalam masa 5 tahun ini? Tidak mungkin. Generasi Z akan menenggelamkan pimpinan generasi X dan Y Umno sekarang.
Itu menjadikan Umno apa? Ia menjadikan Umno - simply irrelevant dalam persekitaran generasi Z. – sakmongkol.blogspot.com, 20 Oktober, 2013.
* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub


Saturday, October 19, 2013

Kalimah Allah; Emosi dan realiti

PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN1 


RAMAI minta saya tulis artikel tentang isu nama ALLAH yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak muslim dengan sesetengah pihak Kristian.


Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.

Hanya Di Sini

Isu kalimah ALLAH ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan perkataan ALLAH merujuk kepada Tuhan.

Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah yang bermaksud hamba ALLAH. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w sebagai Rasulullah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’.

Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘ALLAH’ sejak zaman silam.

Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa a.s. Justeru bukan sahaja perkataan ALLAH, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.

Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): ‘segala puji bagi ALLAH tuhan segala alam’. Tiada muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum muslimin sahaja’. Ini kerana muslim mengakui ALLAH itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.

Kristianisasi

Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama ALLAH disebut. Sementara orang cina yang bukan muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘inshaa ALLAH’.

Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah ALLAH’ yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo Polis dan Tentera tertulis ‘ALLAH’ dan ‘Muhammad’. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang muslim dan non-muslim.

Namun apabila orang muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud. Orang muslim dalam negara ini bimbang.

Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai ALLAH yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit.

Apa tidaknya, mengapakah hanya versi melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan ALLAH’?! Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan ALLAH?

Provokatif

Kelihatan seolah macam ada ‘hidden agenda’ ataupun ‘mala fide’ di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian, bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu ALLAH, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.

Maka, bantahan untuk orang bukan muslim menggunakan nama ALLAH dalam edaran bahasa melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran.

Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.

Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan-muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.

Salah Faham

Malangnya ada muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama ALLAH. Kononnya nama ALLAH eksklusif untuk muslim sahaja.

Ada pula yang berfatwa ‘murtad sesiapa yang membenarkan‘. Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunnah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being’. Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini. Firman Allah:(maksudnya)

    “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Bahkan Nabi s.a.w ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama ALLAH, bukan nama Jesus. Firman Allah: maksudnya)

“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi ALLAH adalah sama seperti (kejadian) Adam. ALLAH telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat ALLAH ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah Ali ‘Imran 59-61).

Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama ALLAH?!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w: barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama ALLAHh), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya ALLAH!)”.

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ertinya, Nabi s.a.w membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!.

Lojik


Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya ALLAH dengan diganti ‘masyaa God’.

Jika bukan muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab ALLAH. Dia tidak boleh berkata ‘tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya’. Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.

Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam. Apatah lagi kenyataan yang memurtad sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi s.a.w, dan umat Islam di seluruh dunia.

Maka, kita muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentiment agama mengenainya. Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama.

Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan. Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive?! Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online

Friday, October 18, 2013

SPBS guna teknologi ketinggalan zaman

Guru IT


KUALA LUMPUR: Pengenalan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi.

Bayangkan, dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih banyak masalah bakal timbul.

Oleh itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru yang terbabit.


Aduan penggunaan Internet Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh mengenalpasti perkara asas seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.

3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai pengguna sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dan sebagainya. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.

4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer. 

5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Saranan saya :

1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang mengelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.

2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?

Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna. 

Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.

Wassalam


Guru IT


Audit Diri Sendiri Sebelum Audit Akhirat

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk kita terus bernafas di bumi ini dan dapat menyambut kehadiran satu lagi Hari Raya di dalam Islam iaitu Idul adha untuk tahun 1434H. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini merupakan kesempatan yang wajib untuk kita syukuri dan diiringi dengan amal soleh tanda ketundukan kita sebagai hamba kepada-Nya.

Iduladha sinonim dengan ibadah korban. Korban merupakan istilah bahasa arab Qurbaan yang bermaksud dekat. Ia bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Setiap ibadat korban hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Jika tidak berlaku demikian, ia bukan ibadat korban sekalipun dinamakan dengan korban.

Nabi Ibrahim alaihissalam memulakan sunnah korban ini apabila bermimpi menyembelih anaknya sendiri. Bagi orang awam, mimpi demikian barangkali akan diabaikan begitu sahaja dan akan mudah dianggap sebagai mainan tidur. Bahkan yang jelas merupakan perintah Allah SWT pun diperlekehkan apatah lagi jika hanya mimpi yang belum tentu kesahihannya.

Tetapi tidak bagi Nabi Ibrahim alaihissalam yang merupakan seorang nabi. Baginda tahu mimpi tersebut merupakan perintah daripada Allah SWT lantas dilaksanakan secepat mungkin sekalipun ia amat berat bagi seorang bapa untuk menyembelih anaknya. Ini pengorbanan yang besar yang dilakukan oleh baginda yang membuktikan dekatnya baginda dengan Allah SWT. Dengan rahmat Allah SWT, anaknya yang sepatutnya disembelih ditukarganti dengan seekor binatang sebagaimana yang disebut kisahnya di dalam al-Quran.

Falsafah inilah yang wajib dihayati oleh umat Islam pada hari ini. Ibadah korban yang disyariatkan sewaktu seluruh Jemaah haji berkumpul di Padang Arafah membuktikan kebersamaan kita dengan para hujjaj di Tanah Suci. Di Padang Arafah, Jemaah haji dari seluruh dunia yang jutaan bilangannya berwukuf sebagai menunaikan syarat sah ibadah haji. Wukuf tidak perlu sebarang bacaan dan perbuatan khusus. Ia hanya sekadar duduk. Tetapi duduk itu mempunyai nilai yang sangat besar. Dari seluruh dunia dengan perbelanjaan yang begitu besar, jemaah haji bersesak di Padang Arafah hanya untuk duduk menunjukkan pengorbanan yang sangat tinggi bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tiada ideologi atau agama selain Islam yang mengiktiraf duduk sebagai satu ibadah melainkan Islam yang mengira duduk di Arafah sebagai satu ibadah. Ini menandakan keluasan rahmat daripada Allah SWT.
DI luar Tanah Suci, umat Islam yang tidak berwukuf disyariatkan menyembelih korban. Bagaimanapun, perlulah diingat bahawa korban ini bukanlah hanya sekadar menumpahkan darah dan membahagikan daging, lebih tinggi dari itu ia merupakan lambang taqwa kita kepada Allah SWT. Tanpa disertai dengan niat yang ikhlas, ia tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Justeru, orang yang berkorban tidak boleh sama sekali di dalam masa yang sama menjadi pelaku maksiat. Orang yang berkorban tidak boleh melakukan rasuah, orang yang berkorban tidak boleh mengkhianati amanah, menindas, melakukan kezaliman dan sebagainya. Jika ada orang yang berkorban tetapi di dalam masa yang sama bersekongkol dengan kezaliman menentang perjuangan Islam, wajib ke atas dirinya melakukan audit semula ke atas ibadah korban yang dilakukan.

Audit yang dilakukan oleh kita sendiri ke atas amalan diri sendiri amatlah berguna sebelum tiba masanya kita tidak boleh lagi melakukan sebarang amalan. Ini kerana, malaikat juga turut melakukan audit ke atas amalan kita. Malaikat tidak berbohong dan tidak boleh dirasuah. Jangan menunggu laporan audit kita dibentangkan di akhirat barulah kita merayu-rayu untuk merangkak balik semula ke dunia, Nauzubillah.

Justeru, marilah kita sama-sama menjadikan Iduladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus maju ke depan meningkatkan mutu pengorbanan kita agar kita termasuk di kalangan hamba-hamba Allah SWT yang dirahmati, Insya-Allah.

Sekian, wassalam.


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
6 Zulhijjah 1434H

Thursday, October 17, 2013

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?




Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam. 

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?

GST dan kesannya kepada rakyat

WARTAWAN SINAR HARIAN


SOAL Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal disentuh dalam Bajet 2014 menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung GST, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Ikuti temu bual kami bersama beliau bagi memberi sedikit pemahaman kepada orang awam berhubung GST.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?

WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and services tax (GST).

Sebelum ini, kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi juga. Satu 6 peratus (%), satu lagi 10%. Tapi apabila GST diperkenalkan ataupun jika GST diperkenalkan, kalau tak silap saya, kadar cukai yang sedang dibicarakan sekarang 4% lebih kurang. Jadi, kalau satu lagi cara kerajaan nak mempelbagaikan sumber pendapatan, yang mana semua orang sepatutnya kena bayarlah.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, berapa sebenarnya kadar yang sesuai dikenakan jika ia mahu dilaksanakan?

WAN SAIFUL: Untuk menentukan kadar cukai ini sebenarnya, bukan satu proses yang mudah, yang boleh kita kata, okey 5%. Ia bukan seperti itu. Yang pastinya, banyak perkiraan. Kadang-kadang bukan perkiraan ekonomi semata-mata. Ada juga perkiraan politik yang perlu diambil kira. Contohnya, katalah kadar yang sepatutnya bila dikira dari segi ekonomi sepatutnya 10%. Kemudian, timbul persoalan dari segi politik. Adakah 10% ini akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kerana tiba-tiba mengenakan cukai tersebut. Maka, kerajaan kena ambil kira dua-dua perkara. Jadi, hubungan antara politik dengan ekonomi tidak dapat dinafikan dan ia satu fakta.

Saya rasa, mahu atau tidak mahu ia akan bermula dengan satu kadar yang rendah. Tetapi jika dilihat dari negara-negara yang lain, sebenarnya kadarnya lebih tinggi. Di UK sekarang tak silap saya lebih kurang 20%, di AS kadarnya berbeza mengikut negeri. Kadar itu suatu perkara yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain.

Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik tahun ini, pasti naik tahun depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik. Jadi, saya jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan dimulakan, ia akan bermula dengan kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah 4%.

SINAR HARIAN ONLINE: Apa impak pelaksanaan GST kepada kerajaan?

WAN SAIFUL: Dari segi pelaksanaan GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi berbeza daripada sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan GST sebanyak 4%, maka harga pasti akan naik sebanyak 4%. Itu tidak dapat dielak sebab ada cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan. Sekiranya kerjaan mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin akan berlaku proses penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai dihapuskan. Jadi, mungkin ia akan turun jadi tengah-tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun, akan naik sedikit. Malahan ada juga ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya GST diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu sedikit. Kerana GST diperkenalkan kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan. Jadi, impak kepada harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia bergantung kepada kadar yang ditentukan.

Tapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan dianggap tidak popular sebab rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai. Sebelum ini tak ada cukai. Itu tak betul. Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini ditukar dalam bentuk cukai yang lain.

Tapi saya sebenarnya secara prinsipnya, secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing, tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. perkara ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar. Tapi walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang mana saya rasa GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif.

SINAR HARIAN ONLINE: Implikasi pelaksanaan GST terhadap golongan pertengahan ke bawah dan tidakkah GST ini akan menambah beban rakyat berpendapatan rendah?

WAN SAIFUL: Saya rasa masih terlalu awal untuk kita nak jangka, ia menambah beban rakyat atau mengurangkan beban rakyat sebab ia amat bergantung kepada kadar yang dikenakan. Jika kadar rendah dan dihapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, maka harga barang mungkin turun. Jadi, ia bergantung pada kadar yang dikenakan. Saya rasa kita tak boleh buat judgement awal terhadapnya. Tapi yang pastinya ialah, kalau rendah sekalipun sekarang dalam masa 5, 10, 15 tahun, saya pasti ia akan naik.

SINAR HARIAN ONLINE: Negara Asean yang melaksanakan GST dan bagaimana kesannya kepada negara dan rakyat itu sendiri?

WAN SAIFUL: Biasanya, kebanyakan negara memang ada GST. Di sebelah selatan, di Singapura, memang ada. Banyak juga negara lain yang melaksanakan GST.

Dari segi kesannya kepada sumber kewangan negara sudah tentu ini mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada satu-satu sumber tententu. Contohnya, dalam konteks Malaysia, kalau kita nak mempelajari pengalaman daripada negara lain. Kita amat bergantung kepada pendapatan daripada minyak dan gas. Jadi, dengan adanya, cukai seperti GST, maka diharapkan kebergantungan kita kepada Petronas boleh berkurangan. Petronas boleh menggunakan pendapatan untuk pelaburan dan membangunkan syarikat kepada lebih baik.

Dalam bahasa mudahnya, asas cukai, sumber pendapatan negara akan menjadi lebih luas.

SINAR HARIAN ONLINE: Jika GST mahu dilaksanakan, apa sebenarnya yang kerajaan perlu ambil perhatian?

WAN SAIFUL: Saya rasa pendidikan terhadap rakyat itu amat penting. Sekarang ini, saya juga agak kecewa melihat kualiti perdebatan kita sebab apa-apa isu timbul, terus nak dijadikan isu politik kepartian. Satu parti kata nak buat, satu parti bantah. Satu parti bantah, satu parti kata bantahan itu salah. Ia menyebabkan kualiti perbincangan kita turun kepada satu tahap yang amat rendah sebenarnya. Iaitu sama ada parti aku yang betul atau parti kau yang betul, tak ada cara tengah-tengah. Mungkin sebenarnya, ada fakta yang dilupakan.

Saya rasa dalam proses persediaan ini, kita perlu meningkatkan kualiti penyampaian kita. Saya rasa peranan media sebenarnya amat besar untuk memastikan rakyat faham bahawa GST ini ada kebaikan dan keburukan. Impaknya pasti akan ada. Pada peringkat awal, harga barang mungkin turun. Saya tak pasti. Bergantung kepada kadar. Tapi dalam jangka panjang, ia pasti akan naik.
Jadi, pendidikan itu amat penting. Pendidikan itu perlu disertakan dengan proses menyedarkan rakyat bahawa sekarang apabila anda semua membayar cukai, maka anda perlu menuntut lebih banyak kebertanggungjawaban daripada kerajaan, jangan sambil lewa, seolah-olah duit itu tiada kena mengena dengan kita.

SINAR HARIAN ONLINE: Encik Wan menyebut mungkin kerajaan akan menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi kemungkinan itu...

WAN SAIFUL: Saya rasa memang tujuan kerajaan mewujudkan GST untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

SINAR HARIAN ONLINE: Nasihat atau cadangan Encik Wan untuk rakyat sendiri untuk berdepan dengan perkara ini?

WAN SAIFUL: Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana daripada rakyat yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka boleh dikenakan tindakan.
Kalau nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan mencuri sedikit sahaja sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya. Tapi kedua-duanya adalah proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan cara paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan juga sebab kalau tak bayar, masuk penjara.

Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan kerana ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa proses pembayaran cukai ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua perkhidmatan awam yang kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan

Tuesday, October 15, 2013

Jeritan Seorang Perawan Tua

Fenomena bertambahnya jumlah wanita yang terlambat menikah (perawan tua) menjadi satu perkara yang menakutkan saat ini, mengancam kebanyakan pemudi-pemudi di masyarakat kita yang Islami, bahkan di seluruh dunia.

Majalah Al-Usrah edisi 80 Dzulqa’dah 1420 H menuliskan jeritan seorang perawan tua dari Madinah Munawaroh,”Semula saya sangat bimbang sebelum menulis untuk kalian karena ketakutan terhadap kaum wanita karena saya tahu bahwasanya mereka akan mengatakan bahwa aku ini sudah gila, atau kesurupan. Akan tetapi, realita yang aku alami dan dialami pula oleh sejumlah besar perawan-perawan tua, yang tidak seorang pun mengetahuinya, membuatku memberanikan diri. Saya akan menuliskan kisahku ini dengan ringkas.

Ketika umurku mulai mendekati 20 tahun, saya seperti gadis lainnya memimpikan seorang pemuda yang multazim dan berakhlak mulia. Dahulu saya membangun pemikiran serta harapan-harapan; bagaimana kami hidup nanti dan bagaimana kami mendidik anak-anak kami… dan.. dan…
Saya adalah salah seorang yang sangat memerangi ta’adud (poligami). Hanya semata mendengar orang berkata kepadaku, “Fulan menikah lagi yang kedua”, tanpa sadar saya mendoakan agar ia celaka. Saya berkata, “Kalau saya adalah istrinya -yang pertama- pastilah saya akan mencampakkannya, sebagaimana ia telah mencampakkanku’. Saya sering berdiskusi dengan saudaraku dan terkadang dengan pamanku mengenai masalah ta’addud. Mereka berusaha agar saya mau menerima ta’addud, sementara saya tetap keras kepala tidak mau menerima syari’at ta’addud. Saya katakan kepada mereka, ‘Mustahil wanita lain akan bersama denganku mendampingi suamiku”. Terkadang saya menjadi penyebab munculnya problema-problema antara suami-istri karena ia ingin memadu istri pertamanya; saya menghasutnya sehingga ia melawan kepada suaminya.
Begitulah, hari terus berlalu sedangkan saya masih menanti pemuda impian. Saya menanti… akan tetapi ia belum juga datang dan saya masih terus menanti. Hampir 30 tahun umur saya dalam penantian. Telah lewat 30 tahun… oh Illahi, apa yang harus saya perbuat? Apakah saya harus keluar untuk mencari pengantin laki-laki? Saya tidak sanggup, orang-orang akan berkata wanita ini tidak punya malu. Jadi, apa yang akan saya kerjakan? Tidak ada yang bisa saya perbuat, selain dari menunggu.
Pada suatu hari ketika saya sedang duduk-duduk, saya mendengar salah seorang dari wanita berkata, ‘Fulanah jadi perawan tua”. Saya berkata kepada diri sendiri, “Kasihan Fulanah jadi perawan tua”, akan tetapi, Fulanah yang dimaksud itu ternyata saya. Ya Illahi! Sesungguhnya itu adalah nama saya. Saya telah menjadi perawan tua. Bagaimanapun saya melukiskannya kepada kalian, kalian tidak akan bisa merasakannya. Saya dihadapkan pada sebuah kenyataan sebagai perawan tua. Saya mulai mengulang kembali perhitungan-perhitungan, apa yang saya kerjakan?
Waktu terus berlalu, hari silih berganti, dan saya ingin menjerit. Saya ingin seorang suami, seorang laki-laki tempat saya bernaung di bawah naungannya, membantu saya menyelesaikan problema-problema. Saudaraku yang laki-laki memang tidak melalaikanku sedikit pun, tetapi dia bukan seperti seorang suami. Saya ingin hidup; ingin melahirkan, dan menikmati kehidupan. Akan tetapi, saya tidak sanggup mengucapkan perkataan ini kepada kaum laki-laki. Mereka akan mengatakan, “Wanita ini tidak malu”. Tidak ada yang bisa saya lakukan selain daripada diam. Saya tertawa, akan tetapi bukan dari hati. Apakah kalian ingin saya tertawa, sedangkan tangan menggenggam bara api? Saya tidak sanggup.
Suatu hari, saudara saya yang paling besar mendatangi dan berkata, “Hari ini telah datang calon pengantin, tapi saya menolaknya…” Tanpa terasa saya berkata, “Kenapa kamu lakukan? Itu tidak boleh!” Ia berkata kepadaku, “Dikarenakan ia menginginkanmu sebagai istri kedua, dan saya tahu kalau kamu sangat memerangi ta’addud (poligami)”. Hampir saja saya berteriak di hadapannya, “Kenapa kamu tidak menyetujuinya?” Saya rela menjadi istri kedua, atau ketiga, atau keempat. Kedua tangan saya di dalam api. Saya setuju, ya saya yang dulu memerangi ta’addud, sekarang menerimanya. Saudara saya berkata, “Sudah terlambat”
Sekarang saya mengetahui hikmah dalam ta’addud. Satu hikmah ini telah membuat saya menerima, bagaimana dengan hikmah-hikmah yang lain? Ya Allah, ampunilah dosaku. Sesungguhnya saya dahulu tidak mengetahui. Kata-kata ini saya tujukan untuk kaum laki-laki, “Berta’addud-lah, nikahilah satu, dua, tiga, atau empat dengan syarat mampu dan adil. Saya ingatkan kalian dengan firman-Nya, “..Maka nikahilah olehmu apa yang baik bagimu dari wanita, dua, atau tiga, atau empat, maka jika kalian takut tidak mampu berlaku adil, maka satu..” Selamatkanlah kami. Kami adalah manusia seperti kalian, merasakan juga kepedihan. Tutupilah kami, kasihanilah kami.”
Dan kata-kata berikut saya tujukan kepada saudariku muslimah yang telah bersuami, “Syukurilah nikmat ini karena kamu tidak merasakan panasnya api menjadi perawan tua. Saya harap kamu tidak marah apabila suamimu ingin menikah lagi dengan wanita lain. Janganlah kamu mencegahnya, akan tetapi doronglah ia. Saya tahu bahwa ini sangat berat atasmu. Akan tetapi, harapkanlah pahala di sisi Allah. Lihatlah keadaan suadarimu yang menjadi perawan tua, wanita yang dicerai, dan janda yang ditinggal mati; siapa yang akan mengayomi mereka? Anggaplah ia saudarimu, kamu pasti akan mendapatkan pahala yang sangat besar dengan kesabaranmu”
Engkau mungkin mengatakan kepadaku, “Akan datang seorang bujangan yang akan menikahinya”. Saya katakan kepadamu, “Lihatlah sensus penduduk. Sesungguhnya jumlah wanita lebih banyak daripada laki-laki. Jika setiap laki-laki menikah dengan satu wanita, niscaya banyak dari wanita-wanita kita yang menjadi perawan tua. Jangan hanya memikirkan diri sendiri saja. Akan tetapi, pikirkan juga saudarimu. Anggaplah dirimu berada dalam posisinya”.
Engkau mungkin juga mengatakan, “Semua itu tidak penting bagiku, yang penting suamiku tidak menikah lagi.” Saya katakan kepadamu, “Tangan yang berada di air tidak seperti tangan yang berada di bara api. Ini mungkin terjadi. Jika suamimu menikah lagi dengan wanita lain, ketahuilah bahwasanya dunia ini adalah fana, akhiratlah yang kekal. Janganlah kamu egois, dan janganlah kamu halangi saudarimu dari nikmat ini. Tidak akan sempurna keimanan seseorang sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri”. (1)
Demi ALlah, kalau kamu merasakan api menjadi perawan tua, kemudian kamu menikah, kamu pasti akan berkata kepada suamimu “Menikahlah dengan saudariku dan jagalah ia”. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadamu kemuliaan, kesucian, dan suami yang shalih”
Oleh: A.A.N, Madinah
1. HR. Bukhari dalam kitan Iman no 13 dan Muslim no 45.
Disalin oleh Jilbab Online dari buku “Istriku Menikahkanku”, As-Sayid bin Abdul Aziz As-Sa’dani, Darul Falah, cet. Agustus 2004

Mensyukuri Nikmat Allah

Bersyukur kepada Allah pada hakikatnya adalah mengakui bahwasannya segala kenikmatan yang ada pada diri kita dan semua makhluk ciptaanNya adalah berasal dari Allah Ta'ala. Dalam bahasa mudahnya bersyukur adalah berterima kasih. Kita seringkali berterima kasih kepada sesama manusia, tetapi melupakan satu hal yang justru harus kita lakukan yaitu mensyukuri nikmat Allah yang ada pada diri kita semuanya.

Arti syukur dalam harfiah bahasa adalah merupakan pujian bagi orang yang memberikan kebaikan, atas kebaikannya tersebut (Al Jauhari). Sedangkan pengertian bersyukur dalam agama bahwa syukur adalah menunjukkan adanya nikmat Allah pada dirinya. Dengan melalui lisan, yaitu berupa pujian dan mengucapkan kesadaran diri bahwa ia telah diberi nikmat. Dengan melalui hati, berupa persaksian dan kecintaan kepada Allah. Melalui anggota badan, berupa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah"(Madarijus Salikin, 2/244). Ini adalah pengertian syukur menurut Ibnul Qayyim. Dan 3 hal di atas adalah cara mensyukuri nikmat Allah atas diri kita.

Lawan dari syukur adalah kufur nikmat, yaitu enggan atau tidak mau untuk menyadari atau bahkan mengingkari bahwa nikmat yang ia dapatkan adalah dari Allah Ta’ala. Kita berlindung kepada Allah dari sifat kufur nikmat ini aamiin. Bila kita pandai dalam mensyukuri nikmat Allah maka hal ini akan mendatangkan nikmat-nikmat Allah lainnya.

Ada beberapa tanda-tanda orang yang bersyukur dan tanda tersebut adalah :

  1. Mengakui, memahami, serta menyadari bahwa Allah-lah yang telah memberikan nikmat. Pengertiannya di sini adalah bahwa segala nikmat pada dasarnya Allah yang memberikan kepada kita. Manusia adalah juga merupakan perantara dari Pemberi Nikmat yang sesungguhnya yaitu Allah. Orang yang bersyukur senantiasa menisbatkan setiap nikmat yang didapatnya kepada Allah Ta’ala, bukan kepada makhluk atau pun lainnya.
  2. Orang bersyukur akan menunjukkan dalam bentuk ketaatan kepada Allah. Jadi tanda mensyukuri nikmat Allah adalah menggunakan nikmat tersebut dengan beribadah dan taat menjalankan ajaran agama. Keanehan bila orang mengakui nikmat Allah, tetapi tidak mau menjalankan ajaran agama seperti halnya sholat, enggan belajar agama dan sejenisnya.
Lalu bagaimana kita tanda bersyukur pada Allah ini dalam kehidupan kita sehari-hari. Ada beberapa cara mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepada kita yaitu diantaranya dengan :

  1. Mensyukuri nikmat Allah dengan melalui hati. Cara bersyukur kepada Allah dengan hati ini maksudnya adalah dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya hanya dari Allah SWT semata.
  2. Mensyukuri nikmat Allah dengan melalui lisan kita. Caranya adalah dengan kita memperbanyak ucapan alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasysyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah).
  3. Mensyukuri nikmat Allah dengan perbuatan kita. Yaitu perbuatan dalam bentuk ketaatan kita menjalankan segala apa yang diperintah dan menjauhi segala apa yang dilarangNya. PerintahNya termasuk segala hal yang yang berhubungan dalam rangka menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah itu yang bersifat wajib, sunnah maupun mubah.
Anggapan kebanyakan orang, bersyukur kepada Allah hanya perlu dilakukan pada saat mendapatkan anugrah besar atau terbebas dari masalah besar adalah hal yang merupakan suatu kekeliruan yang besar. Padahal jika kita merenung sejenak, maka kita akan bisa menyadari bahwa kita semua ini dikelilingi oleh nikmat yang tidak terbatas banyaknya. Dalam hitungan waktu ,setiap detik, setiap menit, dan seterusnya tercurah kenikmatan dari Allah tak terhenti yang berupa hidup, kesehatan, kecerdasan, panca indra, udara yang dihirup.

Mudahnya adalah segala sesuatu yang memungkinkan orang untuk hidup telah diberikan oleh Allah. Sebagai balasan semua itu, seseorang diharapkan untuk mengabdi kepada Allah sebagai rasa syukurnya. Orang-orang yang tidak memperhatikan semua kenikmatan yang mereka terima, dengan demikian telah mengingkari nikmat (kufur). Mereka baru mau bersyukur apabila semua kenikmatan telah direnggut darinya. Contoh mudahnya adalah kesehatan yang tidak pernah diakui sebagai nikmat baru akan disadari dan syukuri setelah mendapatkan sakit.

Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk senantisa mensukuri nikmat yang telah diberikanNya dan menggunakan nikmat tersebut dalam rangka mencari keridhoan Allah yang diwujudkan dalam bentuk ketaatan kita.