Friday, September 30, 2011

BANTUAN KEROHANIAN SEWAKTU ANAK PERIKSA

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN UPSR/PMR/SPM DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum, 

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. 

Sumber

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wednesday, September 28, 2011

Bahagianya Punyai Anak Yang Hafiz Quran !!!

Selepas solat zohor sebentar tadi di Masjid Terapung, saya terkedu dan hampir menitiskan air mata tanda seronoknya didatangi seorang anak berusia 15 tahun, namanya Ahmad Fikri Hafiz dari Sekolah Menengah Imtiaz, Serada, Kuala Terengganu.

Dengan penuh tertib-terni (sopan santun) menghampiri saya lalu mencium tangan saya dan memperkenalkan dirinya bekas murid SKSS1 tahun 2008. Waktu itu saya baru bertugas selaku GB di SKSS1. Sempat juga bersama beliau sehingga akhir tahun 2008.

 Sempat berbual dan bertanya khabar, saya tak ingat namanya, dan dia perkenalkan dirinya, Mohd Fikri Hafiz dahulu tahun 6 Ekfektif (2008) kelas yang ketiga. 

Biasanya apabila saya jumpa bekas anak-anak murid saya yang belajar di Imtiaz, soalan cepu mas saya ialah, Dah berapa juzuk hafaz Quran?

Saya rasa sungguh terharu dan hampir menitiskan airmata apabila diberitahu bahawa dia telah hafaz 30 juzuk (sebuah Al Quran) dalam dadanya. Alhamdulillah. Inilah anak yang cemerlang di dunia sejahtera di akhirat. Inilah anak yang genius. InsyaAllah.

Dengan beradab dan sopan santun dia bersalam dengan saya sambil meminta saya doakannya agar berjaya dalam peperiksaan PMR akan datang. Saya terkedu, mengenangkan betapa bertuahnya ibu dan ayahnya sekarang kerana telah ada zuriat yang mampu menghafaz al Quran 30 juzuk dalam usia 15 tahun dalam zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran. Mungkin dalam seratus ribu umat Islam barulah ada seorang hafiz Quran.

Anak-anak saya sendiri tak mampu nak hafal juz amma! Mudah-mudahan ramai lagi ibubapa yang prihatin dan mahu menghantar anak-anak mereka untuk masuk ke sekolah-sekolah yang menggunakan modul Imtiaz. Untuk renungan kita bersama saya masukkan rencana berkaitan dengan kelebihan dan keistemewaan hafiz Quran.

Kelebihan Menghafaz Al-Quran

hafizamma
Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan kerja yang banyak. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit kelebihan membaca dan mendengar al-Quran. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.


Tuesday, September 27, 2011

Lautan Makna di balik Tasbih

H. Muhammad Widus Sempo, MA

Oleh: H. Muhammad Widus Sempo, MA
 
0diggsdigg
email

dakwatuna.com - Sering kali kita mengucapkan subhanallah[1]tanpa menyadari kedalaman maknanya. Ia terucapkan secara spontanitas jika ada sesuatu yang mengagumkan, atau kejadian yang tidak sesuai dengan selera fitrah.

Apakah ada di antara kalian yang pernah memikirkan rahasia سبحان الله yang diucapkan sebanyak 33 kali setelah mengerjakan shalat lima waktu?

Dalam menjawab ini, saya mengajak pemerhati masalah-masalah keislaman untuk merenungi beberapa makna sebagai berikut:
Setiap hari manusia  berpotensi melakukan sesuatu yang menyalahi kesucian zat yang Maha Suci. Potensi itu berawal dari pikiran; manusia dalam memikirkan apa yang akan dikerjakan hari ini, esok, dan masa mendatang, pikiran mereka berpeluang untuk ternodai dengan pikiran-pikiran kotor. Dengan menyebut سبحان الله pikiran menjadi segar, sehat, dan kembali kepada kesadaran semula.
Manusia di saat mulai melakukan apa yang telah direncanakan, maka ia pun berpeluang melakukan sesuatu yang tidak layak untuk dikerjakan. Satu perencanaan yang baik senantiasa diliputi keinginan-keinginan kotor yang senantiasa mengajak manusia kepada penyimpangan dengan seribu satu rayuan manis yang mengelabui. Dengan menyebut سبحان الله rel kehidupan terjaga untuk tidak menyimpang dari petunjuk Islam, terpatri dalam jiwa untuk melaksanakan setiap perencanaan baik, meskipun di sana ada jutaan rintangan yang menghalang.

Setelah menuai hasil kerja dan mulai memikirkan arah dan tempat dimana hasil tersebut disalurkan dan dinafkahkan, ia pun berpeluang ternodai keburukan. Dengan melantunkan سبحان الله berkah jerih upaya terjaga untuk tidak ternodai dengan segala bentuk kemaksiatan. Di sana masih banyak tempat untuk menyalurkan hasil kerja, seperti: keluarga, fakir-miskin, dan tempat-tempat ibadah. Olehnya itu, sangat wajar jika Islam bertanya kepada Anda dan berkata: “Apa yang membuat Anda berpikir terlalu jauh? Kenapa Anda menafkahkan harta di tempat-tempat kemaksiatan, sementara tempat kebaikan senantiasa menunggu Anda untuk dikunjungi dan disapa?”

Berkumpul dengan keluarga menikmati jerih payah adalah keinginan setiap kepala rumah tangga, tetapi kenikmatan tersebut kadang ternodai oleh kelalaian. Keinginan kuat menyantap hidangan yang lezat, minuman yang menyegarkan tenggorokan, menatap haru setiap wajah anggota keluarga yang memancarkan keridhaan dan kegirangan dari hasil kerja, semua itu dapat menjadi sarana setan yang membuat kita lupa menyebut basmalah dan hamdalah setiap kali mencicipi kenikmatan tersebut. Dengan lantunan سبحان الله setiap dari mereka sadar dari kelalaian, dan jamuan keluarga pun terjaga dari sentuhan jari jemari setan yang kotor.

Membaringkan badan di tempat peraduan bersama dengan istri dan anak-anak setelah seharian bekerja dambaan setiap bapak, tetapi dambaan tersebut kerap kali ternodai oleh kelalaian. Mereka berpeluang mendatangi keluarga dalam keadaan lupa membaca basmalah dan doa. Dengan سبحان الله keharmonisan keluarga terjaga dari segala bentuk campur tangan setan.

Setiap detik niat jelek berpeluang meracuni pikiran dan keyakinan. Olehnya itu, سبحان الله menjadi proteksi ampuh terhadap hati untuk tidak teracuni dari kebusukan tipu muslihat setan yang berupaya mengotori niat.

Di lain sisi, permukaan dunia senantiasa ternodai oleh kemaksiatan manusia, di sana ada pelanggaran hak asasi, penodaan harga diri, pencitraan yang lahir dari kebohongan belaka. Dengan سبحان الله seorang hamba telah menyucikan zat yang Maha Suci dari kemaksiatan tersebut, meski dia tidak tahu kapan dan dimana kemaksiatan tersebut terjadi. سبحان الله memberikan keyakinan kuat terhadap diri bahwa Allah berhak mendapatkan penyucian dari segala bentuk kotoran tersebut, meski Dia telah suci. Akan tetapi fitrah kehambaan menghendaki manusia melantunkan penyucian, karena mereka tidak tercipta untuk melakukan sesuatu yang menyalahi fitrah penciptaan dan nilai-nilai agama. سبحان الله kalimat penyucian yang dilantunkan semua entitas kehidupan guna menyucikan Allah SWT dari segala kekurangan yang datang dari mereka sendiri.

Mari kita melihat lebih dekat kedalaman makna سبحان الله di dalam Al-Qur’an:

Di peristiwa Isra’ dan Mi’raj, Al-Qur’an membuka pemberitaan peristiwa yang luar biasa itu dengan kata penyucian:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid  Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya.(QS. al-Isra’ [17]: 1)

Jika Anda bertanya: “Kenapa pemberitaan peristiwa ini didahului dengan kata penyucian?”
Al-Qur’an menjawab:
“sebuah peristiwa besar pasti mengundang tanda tanya, khususnya jika kejadian itu hanya sekali terjadi sepanjang umur dunia, peristiwa yang punya keajaiban di luar dari perhitungan matematis. Sadar akan hal ini, Al-Qur’an memulai pemberitaan itu dengan penyucian, karena pada hari itu juga orang-orang kafir menolak kebenaran peristiwa ini, bahkan sampai pada hari ini masih ada dari mereka yang enggan mengikrarkan kebenarannya, telinga dan hati mereka terasa teriris sembilu jika mendengarkan sepatah kata dari cerita peristiwa tersebut.

Dengan سبحان الله kita seperti para sahabat yang senantiasa menyucikan diri dari para pembangkang yang menolak kebenaran peristiwa agung ini. Apa lagi yang Anda tunggu untuk tidak melantunkan سبحان الله ?

Di kesempatan lain, Nabi Isa AS terlebih dahulu menyucikan Allah SWT sebelum menjawab pertanyaan ini:
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa putra Maryam! Apakah engkau yang mengatakan kepada manusia: Jadikanlah aku dan ibuku Tuhan selain Allah? Isa menjawab: Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika aku pernah mengatakan, maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala perkara gaib.(QS. al-Maidah [5]: 116)

Jika ada yang bertanya: “jawaban Nabi Isa AS: “Maha Suci Engkau.” Kenapa dia tidak mengatakan: “Maha Suci aku dari pertanyaan itu,” sementara objek yang dipertanyakan adalah pemilik perkataan tersebut?”

Kepada penanya saya akan memberikan dua buah jawaban sebagaimana berikut:

Pertama: Tidak patut seorang hamba menyucikan diri, karena penyucian diri dengan tidak menyucikannya,[2] apalagi menyucikan diri di hadapan zat yang Maha Suci. Sadar akan hal itu, Nabi Isa AS langsung memberikan penyucian kepada Allah SWT sebelum ia menempatkan dirinya di tempat yang layak selaku hamba, sehingga jawabannya tidak menyalahi fitrah kehambaan.

Kedua: yang membutuhkan penyucian dari wacana distorsif ini: Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa putra Maryam! Apakah engkau yang mengatakan kepada manusia: Jadikanlah aku dan ibuku Tuhan selain Allah? adalah Allah SWT, sehingga Nabi Isa AS dengan sendirinya mengucapkan سبحان الله, meski ia tahu bahwa pertanyaan Allah SWT tersebut bukan lahir dari ketidaktahuan terhadap siapa pemilik wacana ini, tetapi pertanyaan itu mengandung makna celaan dan cemooh terhadap siapa saja yang pernah mengucapkan kalimat tersebut.[3]

Tentunya, dengan mengucapkan subhanallah kita seperti Nabi Isa AS yang sedang menyucikan Allah SWT dari wacana distorsif tersebut. Apa lagi yang menyita perhatian Anda sehingga lupa menyebut سبحان الله ?

Di kejadian serupa, orang-orang beriman juga menyebut سبحان الله setelah melihat dan memikirkan keindahan dan kesempurnaan penciptaan alam semesta. Ini diberitakan dalam ayat Surah Ali Imran:
Orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.” Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. Ali Imran [3]: 191)

Al-Qur’an telah tahu bahwa akan datang sekelompok manusia yang melihat penciptaan alam semesta beserta isinya sia-sia belaka. Sementara itu, orang-orang beriman memberikan penilaian yang sama terhadap semua entitas kehidupan, karena apa yang ada pada diri seekor nyamuk, itu juga yang ada pada diri manusia. Semua melukiskan keindahan dan keagungan Sang Maha Pencipta. Olehnya itu, semua objek kehidupan mendapatkan penghargaan yang sama di mata mereka, karena semuanya adalah ayat-ayat Allah SWT.

Dengan menyebut سبحان الله kita seperti mereka yang telah menyucikan Allah SWT dari wacana kotor tersebut. Apa lagi yang memalingkan Anda untuk tidak ikut serta dengan mereka mengumandangkan سبحان الله ?

Di alam malaikat, mereka pun tidak ketinggalan menyucikan Allah SWT dari ketidakmampuan mereka menyebut nama benda-benda yang telah disebutkan Nabi Adam AS. Ini digambarkan dengan jelas di ayat surah al-Baqarah:
Dan Dia mengajarkan kepada Adam semua nama-nama benda secara keseluruhan, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat dan berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu tergolong orang-orang yang benar! Mereka menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”” (QS. al-Baqarah [2]: 31-31)

Al-Qur’an tahu bahwa akan datang sekelompok manusia yang menyombongkan ilmu pengetahuan mereka, sementara pengetahuan itu datang dari Sang Maha Mengetahui. Olehnya itu, tidak ada yang patut disombongkan. Bukankah dalam mengingat kebutuhan sehari-hari manusia kadang lupa? Jika Anda lupa, kenapa Anda tidak menyadari bahwa itu merupakan salah satu tanda kekurangan, jika Anda merasa tidak sempurna, kenapa Anda tidak menyadari bahwa di sana ada zat yang Maha Sempurna, Mengetahui segala sesuatu, sumber dari segala pengetahuan? Sementara itu, apa yang Anda tidak tahu, jumlahnya jauh lebih banyak dari apa yang Anda tahu sekarang.

Dengan menyebut سبحان الله kita seperti malaikat yang sedang menyucikan Allah SWT dengan mengembalikan semua pengetahuan kepada-Nya. Apalagi yang Anda tunggu untuk tidak mencontoh malaikat yang telah melakukan penyucian?

Makna penyucian Zat yang Maha Suci di kalimat سبحان الله tidak dibatasi ruang waktu. Ia memberi potensi yang cukup besar terhadap hamba untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, karena dengan menyebutnya ia seperti menyucikan Allah SWT dari segala bentuk wacana distorsif di pelbagai waktu, baik yang telah lalu atau pun di masa mendatang. Apa lagi yang Anda tunggu untuk tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menyebut سبحان الله? سبحان الله ucapan para penghuni surga:
دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ ۚ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٠﴾
 “Doa mereka di dalamnya adalah: Subhanakallahumma,” dan salam penghormatan mereka adalah: Salam, dan penutup doa mereka adalah: Alhamdulilaahi Rabbil Alamin(QS. Yunus [10]: 10)

Maka dari itu, dzikir ini terlebih dahulu disebutkan sebelum menyebut dzikir lain. Seseorang menyalahi adab dzikir jika ia terlebih dahulu menyebut hamdalah, karena pujian datang setelah penyucian. Urutan ini sesuai dengan gaya pembahasan Al-Qur’an di pelbagai tempat, ia terlebih dahulu menyebutkan apa saja yang wajib dijauhi, karena di dalamnya ada unsur penyucian diri. Dan tentunya, jika yang haram telah dijauhi, maka dengan sendirinya apa yang wajib dipatuhi ikut terlaksana.

Di penghujung tulisan ini, saya mengajak para pemerhati tema-tema keislaman untuk merenungi apa yang tertera di bawah ini:
سبحان الله kalimat yang singkat, tetapi kaya dengan makna. Penyucian Zat yang Maha Suci yang tidak terbatas oleh ruang waktu. Dengan menyebut سبحان الله Anda ibarat mereka yang telah dan sedang menyucikan Allah SWT di pelbagai tempat dan waktu dari wacana distorsif dan kemaksiatan tangan-tangan jahil. Dengan سبحان الله Anda seperti bersama dengan orang-orang shalih yang sedang berada di taman suci, yang terlindung dari polusi kejahatan dan kejahilan umat, di sana Anda dan yang lain mengetengahkan majelis dzikir yang menyuarakan سبحان الله sebagai pertanda kehambaan yang penuh dengan kekurangan. Olehnya itu dekatkan diri Anda dengan سبحان الله. Apa lagi yang Anda tunggu untuk tidak ikut serta melantunkan سبحان الله?”

Catatan Kaki:
[1] Syekh Abu Suûd al-Imâdî berkata: سبحان menunjukkan tingkat penyucian yang sangat tinggi  yang lahir dari perubahan-perubahan akar kata kalimat itu sendiri (morfologi). Ia datang dari kata as-Sabh (السَّبْحُ) yang berarti bepergian jauh, kemudian menjadi at-Tasbih (التَّسْبِيْحُ) yang berarti penyucian. Dan selanjutnya dari masdar tersebut (original noun) menjadi penamaan tersendiri terhadap pujian tertentu, yaitu سبحان, danسبحان  itu sendiri berarti: Saya senantiasa menyucikan-Mu dengan penyucian yang layak terhadap kebesaran dan keagungan-Mu.” [Lihat: Syekh Abu as-Suûd al-Imâdî, Tafsir Abi as-Suûd, vol. 2, hlm. 343-344].
[2] Said Nursi, al-Maktubat, vol.2, hlm. 586
[3] Lihat: Syekh Abi as-Suûd al-Imâdî, Op. cit, vol. 2, hlm. 343

Monday, September 26, 2011

Kaedah Mengatasi Kelesuan


oleh Dato' Hj Muhammad Bin Zakaria ( hjmohdz@telagabiru.net.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Anda Sering Tidak Bermaya
 
Sebagai seorang pelajar anda sering berasa letih, lesu, lemah dan tidak bermaya. Kalaulah disorongkan bantal kepada anda, alangkah enaknya. Anda juga sering mengantuk, terangguk-angguk, sebaik sahaja memulakan membaca terutamanya membaca buku pelajaran yang susah-susah.

Dalam kelas, kelopak mata anda akan mula tertutup perlahan-lahan apabila kuliah mula menjadi monotoni dan berpanjangan. Malah ada ketikanya anda juga sering tertidur waktu kuliah.
Kalau anda seorang eksekutif di pejabat, anda sering tersengguk-sengguk di meja kerja.
 
Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar, di dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).
 
Bagaimana pula kecergasan anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh sahabat anda? Adalah amat tidak munasabah jika anda tertidur dalam keadaan sahabat anda itu bersusah payah memandu.
Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama tiga saat, anda mengundang maut bukan sahaja kepada diri anda malah kepada penumpang, keluarga tercinta atau sahabat yang bersama anda. Malah boleh melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Jadi Bagaimana Mengatasi Kelesuan?

1. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Berapa jam? Lima jam semalam sudah memadai dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga lapan jam sehari. Ini bermakna anda kerugian tiga jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian masa emas selama tiga tahun!
2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan pada sebelah petang, tidurlah 30 hingga 45 minit sebelum waktu zuhur. Tidur sebentar sebelum waktu zuhur ini dinamakan tidur qailulah. Tidur qailulah ialah sunah Rasulullah s.a.w. dengan syarat berniat untuk bangun pada malam hari nanti untuk qiamullail. Satu jam tidur qailulah menyamai tiga jam tidur pada waktu malam. Tidur qailulah ini elok diamalkan pada hari cuti. Pada masa hari kerja mungkin agak sulit kecuali anda bekerja sendiri. Itu pun jangan sekali-kali tidur qailulah anda meleret hingga dua tiga jam.
3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan dua kerja:
  • a) Kerja utama.
  • b) Kerja sokongan yang aktif.
Sebaik sahaja anda berasa lesu atau mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
  • a) Mencari rujukan.
  • b) Menyusun fail, data atau susun letak meja anda.
  • c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
  • d) Mencari bahan dari internet.
4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:

  • a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan perlahan-lahan.
  • b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar daripada bangunan.
  • c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.
5. Buat secawan kopi panas.
6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk berehat atau menyisihkan kita daripada aktiviti menuntut ilmu.
7. Membaca akhbar harian (jangan lebih daripada 10-15 minit jika waktu kerja).
8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
  • a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
  • b) Menggerakkan bahu dan leher.
  • c) Meregangkan lengan.
Ibu Mengelakkan Kelesuan
Selain mengelakkan kelesuan dengan mengoptimumkan fungsi pancaindera, menanamkan semangat yang tinggi dalam minda adalah lebih berkesan. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemerlang.
Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Letakkan diri anda seolah-olah tidak ada masa untuk berpaling ke kiri atau ke kanan. Lakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Arahkan Minda Untuk Cergas
Anda boleh berdialog dengan minda anda sendiri dan mengarahkan minda anda supaya bekerja dengan cergas. Latih minda untuk membaca pergerakan dan perubahan yang berlaku di sekeliling anda.
Minda hendaklah cekap membuat keputusan lalu mengarahkan pancaindera untuk melaksanakan arahan tersebut. Pancaindera anda pula hendaklah melaksanakan segala arahan minda secara spontan.

Makanan Yang Menyebabkan Kelesuan
 
Selain fungsi minda, pemakanan memainkan peranan penting untuk kecergasan. Otak anda memerlukan oksigen yang segar yang dibawa oleh darah ke otak. Makanan yang berzat diserap oleh pembuluh darah lalu dibakar oleh oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Badan perlu bekerja lebih keras menyebabkan kelesuan. Antara makanan yang menyebabkan kelesuan ialah:
  • 1. Makan pagi yang berat seperti nasi berlauk daging dan seumpamanya.
  • 2. Nasi lemak yang banyak mengandungi santan (lemak).
  • 3. Nasi pulut. (Ketiga-tiga jenis makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti kerja buruh, kerja sawah atau kerja ladang).
    4. Makan tengah hari yang berat.
Sebaliknya makanan yang tidak berzat atau yang terlalu kurang mengandungi karbohidrat, gula atau lemak juga menyebabkan kelesuan kerana badan akan kekurangan tenaga untuk bekerja.

Makanan Pagi Untuk Mengelakkan Kelesuan
  • 1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
  • 2. Fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga.
  • 3. Buah-buahan.
  • 4. Air mineral.
  • 5. Susu memberi anda tenaga yang banyak.

Mengelakkan Lesu Ketika Kuliah Atau Diskusi
  • 1. Fokus.
  • 2. Datangkan minat yang mendalam. 3. Gerakkan minda untuk bertanya secara kritis.
  • 4. Catat menggunakan peta minda.
  • 5. Pastikan anda dapat mendengar dengan jelas.
  • 6. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
  • 7. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

Peranan Otak Kanan Dan Otak Kiri

Ketika mendengar kuliah atau berdiskusi, otak kanan dan otak kiri mesti bekerja secara serentak. Otak kanan lebih khusus memproses maklumat secara holistik (keseluruhan). Ia lebih bertindak balas kepada warna, imej, suasana dan irama. Otak kiri pula memproses maklumat satu persatu. Ia lebih bertindak balas kepada perkataan, nombor, maklumat, logik dan analisis.

Jadi ketika otak kiri mengecam, menghafal, mengingat dan menganalisis apa yang disampaikan guru, otak kanan hendaklah menimbulkan minat yang mendalam, menggambarkan fakta secara visual, memahami perasaan guru dan bertindak balas pada isyarat tubuh (body language) guru.
Dengan mengkoordinasi kedua-dua belah otak ini anda akan sentiasa segar dalam masa kuliah.

Mengelakkan Mengantuk Di Dalam Kereta
 
Ramai orang yang tertidur sebaik sahaja kereta mula bergerak. Cuba anda perhatikan, sifat ini selalunya berlaku kepada anak kecil. Apakah minda anda setaraf dengan minda seorang anak kecil?
Bagaimana mengelakkan kelesuan ketika berada di dalam kereta?
  • 1. Mulakan sesuatu topik perbualan atau perbincangan.
  • 2. Kenali (taaruf) semua orang yang berada di dalam kereta tersebut.
  • 3. Pandang jauh keluar.
  • 4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
  • 5. Elakkan membaca ketika berada di dalam kereta.
  • 6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh pakar motivasi antarabangsa?
  • 7. Anda boleh menghafal ayat-ayat al-Quran menggunakan CD berkaitan.
  • 8. Sediakan makanan kudap-kudapan seperti kacang, kuaci, gula-gula atau minuman bertenaga.
  • 9. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.
Anda Masih Mengantuk?

Itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia berbanding malaikat yang tidak pernah lesu dan mengantuk daripada mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah letih, lesu dan mengantuk dalam menarik planet, bulan, bintang dan matahari mengikut orbit peredarannya dalam Sistem Suria.

Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk daripada menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.
 
Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!
sumber: SOLUSI

Hudud dan Kelantan

 Abdul Aziz Bari Sep 26, 11 8:33am

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

azlan7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.


NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.
Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

IMPIAN IBU TUNGGAL JADI KENYATAAN


Pagi ini saya hampir menitiskan airmata mendengar luahan hati seorang ibu tunggal mengenai kejayaan dua orang anaknya yang sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam. Anaknya yang pertama mendapat tawaran daripada MAS (Syarikat Penerbangan Mas) sebagai juruteknik kapal terbang. Baru tamat pengajian teknikalnya di sebuah Politeknik.

Pagi ini beliau mengelek sampul surat berisi surat tawaran untuk anaknya bagi tujuan untuk pengesahan perjanjian. (Mati stamp?).  Manakala anaknya yang kedua sedang menuntut dalam bidang mekatronik (mechanical and eletronik) di sebuah politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pernah memenangi beberapa anugerah inovasi dalam bidang eletronik dalam beberapa pertandingan dan memperolehi kepujian (deenlist). Sehingga ada seorang usahawan menawarkan anaknya yang kedua untuk menjalani latihan kerja di syarikatnya.

Itulah sedikit peristiwa perkongsian daripada seorang ibu tunggal yang kebetulan pagi ini sewaktu saya hendak ke kedai buku terserempak dengan beliau lalu berhenti dan menceritakan peristiwa gembira tersebut kepada saya, bekas guru besar kepada anaknya yang kedua.

Pernah satu ketika dahulu sewaktu beliau berjumpa dengan saya, waktu itu saya sebagai guru besar, menceritakan kesusahan beliau untuk membesarkan anak-anaknya tanpa suami. Saya masih ingat lagi, saya pernah berkongsi pengalaman saya sendiri seorang anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal, tapi mampu meraih kejayaan. Itulah keberkatan seorang ibu. Perkongsian pengalaman ini meredakan perasaannya serta membangkitkan semangatnya untuk mendidik dan membesarkan anaknya.

Nampaknya kepayahan dan kesungguhannya menampakkan hasil. Walaupun masih dalam proses belajar, tetapi dari riak air muka beliau, saya dapat merasakan bahawa ibu tunggal ini, terasa amat puas dan berbesar hati dengan kejayaan anak-anaknya yang dua orang ini. Alhamdulillah, Allah mengasihani hambanya yang sentiasa berusaha, bertawakal, dan redha dengan takdirnya.

Pertemuan saya dengan ibu tunggal ini tak sampai 5 minit, bercakap di tepi jalan besar, kemudian kami berpisah ke arah tujuan masing-masing. Sayapun tak ingat namanya, tetapi masih kenal rupa wajahnya.

Apa yang menyeronokkan saya ialah, beliau akui bahawa pandangan dan nasihat saya pada satu ketika dahulu nampaknya berlaku sebagaimana yang diharapkan. Alhamdulillah.

Inilah di antara kenangan manis yang membuatkan satu kepuasan pada diri saya yang pernah menjadi cikgu satu ketika dahulu dan banyak lagi kenangan manis yang saya rasai selepas bersara dari alam perguruan. Ingatan saya kepada rakan pendidik, berilah harapan kepada sesiapa sahaja anak murid kita walaupun mereka berada dalam kelas yang akhir (corot) sekalipun. Kerana nasib masa depan seseorang kita tidak dapat meramalkannya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Saturday, September 24, 2011

Usah ragu terhadap Allah


Tazkirah Remaja Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

IMAN adalah membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan (beramal). Dengan demikian, iman kepada Allah bererti meyakini dengan sepenuh hati Allah itu ada.

Sebagai Muslim, jangan ada sebarang keraguan terhadap Allah. Kadang-kadang kita alpa untuk mencari dan mengenali Allah. Ilmuwan, ustaz serta mubaligh janganlah berputus asa dalam memperkenalkan Allah kepada penganutnya yang masih tercicir dengan ilmu tauhid ini.

Gunakan segala kebijaksanaan dalam mengajar, manalah tahu cara berhikmah kita menjadi sebab untuk mereka akhirnya mencintai Allah terutamanya kepada yang setengahnya mengenal Tuhan menggunakan logik akal saja tanpa berpandukan hujah naqli (ayat al-Quran dan hadis).

Islam sememangnya logik dan masuk akal walaupun berbicara mengenai perkara ghaib, qada dan qadar, jin dan sebagainya yang hanya nampak tersembunyi sedangkan sangat jelas kalau dilihat dengan dalil al-Quran dan hadis serta rohani yang bersih.


Sebagai contoh yang kita pernah dengar sekiranya kita membelek kitab ringan untuk mereka yang baru belajar, rasanya sangat sesuai untuk tatapan remaja di ruangan tazkirah kali ini.

Contohnya, kisah seorang pemuda yang belajar di negara barat kononnya mendakwa dirinya pandai. Apabila pulang ke tanah air, dia mencari orang pandai kerana ingin berhujah mengenai ketuhanan dan perkara ghaib.

Akhirnya dia bertemu seorang tua yang alim. Tanya pemuda berkenaan: Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan saya?

Jawab orang tua berilmu itu: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan cuba menjawab pertanyaan anda.

Tanya pemuda: Anda yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Jawab orang tua alim itu: Insya-Allah saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
 

Tanya pemuda: Saya ada tiga pertanyaan.

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Sama-sama daripada api. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba orang itu menampar pipi pemuda itu dengan kuat. Tanya pemuda itu sambil menahan sakit: Kenapa anda tampar saya, adakah marah kepada saya?

Jawab orang alim itu: Saya tidak marah... tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Tanya orang alim: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Jawab pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Tanya orang alim: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Jawab Pemuda: Ya.

Tanya alim: Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Jawab Pemuda: Saya tidak mampu.

Orang alim: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita tidak nampak sakit tapi rasa sakit dan percaya adanya sakit itu. Allah tidak nampak tetapi kena percaya adanya Allah. Semua merasakan ada Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Tanya orang alim: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Jawab pemuda: Tidak.

Tanya alim lagi: Apakah anda terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Jawab pemuda: Tidak.

Si alim menjawab: Itulah yang dinamakan takdir, kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari-hari mendatang.

Tanya si alim lagi: Tangan saya diperbuat daripada apa yang digunakan untuk menampar anda?

Jawab pemuda: Kulit.

Tanya si alim lagi: Pipi anda dibuat daripada apa?

Jawab pemuda: Kulit.

Tanya si alim lagi: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Jawab Pemuda: Sakit.

Jawab si alim: Tangan saya dan pipi anda sama sahaja.
Ada kulit, daging tetapi anda boleh rasa sakit juga. Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.

Sebagaimana juga tangan saya sama ada daging atau kulit, sepatutnya anda tidak merasa sakit.

Semoga contoh tidak seberapa ini akan menjadi iktibar mengenai yang ghaib dan tersembunyi sebenar ada dan mesti dipercayai


Untuk kalahkan syaitan perlu ada ilmu

KITA sebenarnya kuat dan boleh mengalahkan syaitan. Nak kalahkan syaitan bukan sekadar sebut sahaja, tapi kena ada ilmu dan tahu ‘sepak terajang’ syaitan kerana syaitan adalah musuh yang pelik.

Mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya untuk menyesatkan manusia. Walaupun hanya sedetik; mereka sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.

Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya dan mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi.

Taktik dan perangkap mungkin berbeza kepada seseorang kerana taktik yang digunakan bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah itu berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir.


Syaitan bukanlah makhluk khayalan. Setiap orang perlu berjaga-jaga dengan sebahagian ujian yang berlaku di atas muka bumi ini yang berpunca daripada syaitan.

Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan itu dinyatakan di dalam al-Quran.

Perkara penting untuk diingati ialah syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya.


Syaitan adalah makhluk Allah juga dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman.


Syaitan hanya boleh bertindak dengan izin Allah dan apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, mereka akan dihumban ke dalam neraka bersama golongan yang disesatkan.


Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.” (Surah S
hod ayat 85).

Maka ingatlah syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, syaitan hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan sebenarnya.


Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.” (Surah al-Hijr ayat 39-40).


Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah Memang benar, orang-orang beriman cenderung melakukan kesalahan tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah dan segera memohon perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.


Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.


Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100).


Ingatlah, syaitan hendak kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan dan perkara yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu mengenai Allah tanpa ilmu.


Mereka akan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan bahaya ini di dalam al-Quran: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Baqarah ayat 168-169).


Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.


Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang-orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan kepada Allah. Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat 268).


Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tipu daya ini “... dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas ayat 4-5).


Sebagaimana diterangkan ayat di atas, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka:


“Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah al-An’am ayat 43).


Lebih penting lagi, hati mereka mereka dan berasa dirinya berada dalam kebenaran walaupun sebenarnya mereka sudah terpesong dan membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.


Dengan membelakangkan Allah mereka lebih dekat dengan syaitan, mengikuti caranya dan menjadi semakin biadab

Friday, September 23, 2011

Tafakur Tentang Awan

23/9/2011 | 24 Syawal 1432 H | Hits: 1.285
Oleh: Tim Kajian Manhaj Tarbiyah
0diggsdigg
email
Ilustrasi (inet)
Awan, Cairan yang Mengambang
dakwatuna.com - Apakah sebenarnya awan itu?
Awan adalah air yang mengambang di udara. Jika dalam jumlah yang banyak maka akan terbentuk hujan lebat yang turun ke bumi menghasilkan air sumur, sungai, telaga, dan mata air yang dapat kita minum, kita gunakan untuk menyiram tanaman, dan diminum pula oleh hewan ternak kita.
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الْأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ
Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya... (QS. Az-Zumar: 21).

Bagaimana awan terbentuk?

Allah SWT mengirimkan panas matahari untuk menguapkan air di permukaan laut. Uap air laut yang telah menjadi tawar naik ke atas namun hanya sampai ke ketinggian tertentu agar ia dapat menjadi rahmat bagi hamba-hamba Allah SWT. Demikianlah Allah SWT menetapkan sunnah-Nya di alam semesta, Ia tetapkan air laut yang asin berubah menjadi hujan yang tawar dan amat dibutuhkan oleh manusia.

Bagaimana Sunnatullah dalam pembentukan awan ini?

Pertama, Allah SWT menjadikan panas matahari serta angin sebagai penyebab naiknya uap air laut ke ketinggian yang melebihi ketinggian gunung agar kumpulan uap air itu tidak terhalang oleh gunung ketika ia bergerak dari atas laut menuju tengah-tengah daratan. Allah SWT menguapkan air laut tanpa disertai unsur garamnya agar dapat diminum oleh manusia, hewan dan tumbuhan.
أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ﴿٦٨﴾أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ﴿٦٩﴾لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ﴿٧٠﴾
Maka Terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? (QS. Al-Waqi’ah: 68-70).

Kedua, Allah SWT Dialah yang telah menjadikan angin dan panas 
matahari sebagai sebab terangkatnya uap air dari laut melebihi tinggi rata-rata gunung seperti firman-Nya:
وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ
Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus.…”  (QS. Al-A’raf: 57).

Makna أَقَلَّتْ   pada ayat di atas adalah membawa dan mengangkat.
Allah SWT menjadikan suhu yang dingin di udara semakin dingin sampai pada ketinggian 8 mil saja. Ini membuat air tidak dapat melebihi ketinggian tersebut.

Mengapa semakin ke atas suhu semakin dingin?

Seharusnya semakin kita naik ke atas kita akan semakin merasakan panas karena jarak dengan matahari relatif semakin dekat. Namun di bawah ketinggian 8 mil keadaan justru sebaliknya. Ini dimaksudkan agar uap air tidak terus naik ke atas sehingga tidak kering atau hilang.
وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ ۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ﴿١٨﴾
Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan Sesungguhnya kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. (QS. Al-Mu’minun: 18).

Bagaimana pengumpulan uap air dapat terjadi?

Uap air itu amat ringan dan tak dapat dilihat, karenanya ia naik ke atas. Lalu Allah SWT mengirim angin yang membawa zat-zat tertentu yang berfungsi mengumpulkan uap-uap air itu di sekelilingnya sehingga terbentuk gumpalan besar uap air yang kita lihat sebagai awan. Awan yang berat dengan uap air itu membantunya untuk tidak terus naik ke atas.
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ﴿٤٨﴾
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. (QS. Ar-Rum: 48).

Di samping kedua sunnatullah yang telah disebutkan (sunnah Allah SWT berupa naiknya uap air laut di atas ketinggian gunung dan sunnah Allah SWT berupa tertahannya gumpalan awan yang berisi uap air pada ketinggian 8 mil), juga terdapat nikmat lain bagi manusia (sunnatullah yang ketiga) berupa bergeraknya awan yang telah berisi air itu menuju ke atas daratan yang dihuni manusia, hewan dan tumbuhan.
وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ﴿٥٧﴾
Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. (QS. Al-A’raf: 57).

Renungkanlah bagaimana ukuran kecepatan angin yang amat sesuai dengan berat dan kepekatan awan sehingga tidak membawa dampak kehancuran. Allah SWT telah memberikan beberapa pelajaran kepada kita dengan angin yang menghancurkan yang kecepatannya 75 mil per jam. Dan bila kecepatannya mencapai 200 mil per jam maka angin itu tidak akan menyisakan apapun. Dan agar Anda ketahui betapa besar pengaruh rahmat Allah SWT kepada kita ingatlah bahwa angin dengan kecepatan tinggi itu ada pada ketinggian  5 mil saja di atas kepala kita di mana arus angin dengan kecepatan 200 mil per jam tersebut berada 5 mil di atas permukaan laut. Jika angin dengan kecepatan 200 mil per jam ini turun beberapa mil saja pasti semua struktur kehidupan akan rusak setelah ia merusak sistem pengaturan hujan. Perlu diketahui bahwa daerah di atas angin penghancur ini adalah daerah yang tak berangin. Jika urutan ini terbalik maka rusaklah semua sistem yang telah ada. Anda lihat bagaimana perencanaan dan program yang amat sempurna di atas permukaan bumi ini.

Keempat, adalah sunnatullah turunnya hujan berupa butiran-butiran air yang kecil bukan air bah yang dapat menghancurkan segala sesuatu.

Kelima, sunnatullah mengalirnya sungai-sungai yang berpencar di permukaan bumi seperti pembuluh darah bagi tubuh manusia.

Keenam, sunnatullah menyerapnya sebagian besar air ke dalam bumi agar air tidak tercemar dan agar tanah laik untuk ditelusuri tanpa gangguan air.

Ketujuh, sunnatullah tersimpannya air di dalam bumi dengan jarak yang tidak jauh sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia berupa mata air atau sumur. Air ini tertahan oleh bebatuan yang seperti bejana penampung air sehingga tidak menembus ke kedalaman bumi yang tak terjangkau manusia.
Firman Allah SWT:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ﴿٣٠﴾
Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; Maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?” (QS. Al-Mulk: 30).

Jadi,
  • Di bumi ini ada program sempurna yang bekerja di bawah perintah Penciptanya dengan amat rapi dan teratur.
  • Ada juga di sana Sunnatullah yang tetap, berkadar, dan sangat rapi yang bekerja membentuk air hujan, mengangkat air dari laut ke ketinggian di atas gunung setelah dihilangkan unsur garamnya, kemudian air itu dikirim untuk semua makhluk yang membutuhkannya di tengah-tengah daratan luas dengan menurunkannya dalam bentuk tetesan lembut yang bermanfaat dan tidak membahayakan. Lalu ia menjadi sungai-sungai yang penuh manfaat atau diserap ke dalam bumi agar tidak menganggu kehidupan dan agar terjaga dari polusi serta menjadi cadangan air yang ditampung dengan jarak tidak jauh dari permukaan bumi oleh wadah dari bebatuan.
مُجِيْبُ الدُّعَاءِ

Yang Mengabulkan Doa

Tanyakan orang-orang bijak tentang rahmat Tuhan-mu Yang Maha Mengabulkan doa, tanyakan tentang pengabulan-Nya akan permohonan dan rintihan orang-orang yang terjepit dan terhimpit.
Tanyakan betapa banyak tanah tandus saat hujan tak jua turun, lalu kaum muslimin keluar seperti yang diajarkan Rasulullah SAW untuk menyeru Tuhan mereka sepenuh harapan. Ketika suatu kaum jujur dan tulus dalam doanya Allah SWT menjawab doa mereka dan menurunkan hujan yang penuh rahmat. Hal ini disaksikan dan dialami oleh jutaan kaum muslimin di segala penjuru bumi.
Itulah bukti nyata yang dengannya kita mengetahui bahwa Pencipta hujan adalah Zat yang Mengabulkan doa. Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴿١٨٦﴾
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (QS. Al-Baqarah: 186).

Untuk Direnungkan:
  • Siapakah Pemilik program sempurna dan bijaksana dalam pengaturan bumi?
  • Siapakah yang telah menetapkan hukum-hukum dan ketetapan-ketetapan yang amat teratur, detail, dan sempurna?
  • Siapakah yang telah mendengar doa para pemohon dan menjawabnya? Menciptakan awan dan menurunkan hujan?
  • Berhala tidak mampu berbuat sesuatu dan memikirkan apapun.
  • Alam yang buta, tuli dan bisu tidak memiliki kehendak dan pengaturan.
  • Ataukah ketiadaan yang menciptakan, memprogram, mengadakan, membentuk, menentukan ukuran, menyempurnakan, mendengar, dan menjawab? Padahal ketiadaan -  sesuai namanya – tidak memiliki wujud, lalu bagaimana mungkin keberadaan muncul dari suatu yang tidak ada?!
  • Ataukah justru fenomena alam ini semua sedang berbicara kepada akal manusia bahwa ia memiliki Rabb yang Maha Bijaksana, Maha Kuasa, Maha Detail Pengetahuan-Nya, Maha Mendengar, Maha Menjawab, Maha Pemberi rizki, Maha Menentukan waktu, Maha Penolong bagi hamba-Nya? Hukum-hukum dan ketetapan-ketetapan yang sempurna dan menentukan segalanya yang mengatur pembentukan hujan sedang berbicara kepada akal manusia tentang kekuasaan Tuhannya, sebagian sifat-sifat Penciptanya, keberadaan-Nya. Kalau bukan karena-Nya tidak ada satu pun aturan, kesempurnaan, dan perencanaan yang dapat kita saksikan sama sekali.

Pandanglah dan perhatikan awan wahai Saudaraku,

Bagaimana ia bak air yang terbang di udara
Allah mengirimnya untuk kita sebagai bukti rahmat-Nya
Hujan yang dibawanya, sudahkah engkau mensyukuri-Nya?
Ia tundukkan mentari yang menyinari lautan
Uap airnya naik melewati pegunungan
menuju langit dengan tepat ketinggian
Begitulah agar luput dari jangkauan

Kesimpulan:
  • Allah SWT adalah Pencipta bumi dan semua pengaturan yang ada padanya.
  • Allah SWT Dialah yang menundukkan matahari dan sinarnya yang panas untuk mengangkat uap air laut melewati ketinggian gunung.
  • Allah SWT Dialah yang mengirim angin, menciptakan awan dan menurunkan hujan.
  • Allah SWT Dialah yang mengalirkan sungai-sungai, memancarkan mata air, menampung air dalam tanah dengan wadah bebatuan dan tidak membuatnya hilang di kedalaman bumi.
  • Allah SWT Dialah yang menciptakan manusia, hewan, dan tumbuhan kemudian menjamin makanan dan minuman mereka dengan menyediakan sepenuhnya sarana-sarana untuk memperolehnya.
  • Allah SWT Dialah yang Maha Mendengar, Menjawab doa, Menyingkap kesusahan, dan Menyelamatkan hamba-Nya yang terhimpit.
  • Berhala-berhala yang lemah dan alam yang bodoh, tuli dan bisu tidak akan mampu membuat, merencanakan, mendengar dan menjawab.
(hdn)