Tuesday, December 27, 2011

Kaya tetapi hidup derita

Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh


MANUSIA sebenarnya cenderung menjaga sesuatu yang dianggapnya berharga dalam hidupnya. Sebaliknya, tidak akan mempedulikan atau membuang saja sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu itu, semakin bersungguh-sungguh kita menjaganya.  Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga.

Ada pula yang sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana kecantikan adalah segala-galanya. Ada pula yang bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu yang dianggap bernilai.

Kalaulah begini perilaku manusia, rupa-rupanya kita masih menganggap harta kebendaan adalah segala-galanya. Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk Allah.  Bagi golongan itu, mereka yakin hidup ini tidak akan selamat dan tenang tanpa bekalan taufik dan hidayah daripada Allah. Taufik dan hidayah sangat penting dalam diri manusia.

Pernah satu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis. Dia berasa langkahnya berisiko, bimbang terhantuk dan jatuh tangga. Begitulah akibatnya kalau tidak dapat panduan.


Mereka yang berjalan tanpa arah sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan bingung. Ramai golongan kaya yang menderita dengan kekayaan mereka. Pendek kata, orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa saja yang Allah kurniakan kepadanya pasti menjadikan dirinya hina.


Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi ketaatan pasti menyeksakan. Syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah, syaitan pernah berkata: “Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”


Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang
 dengan manusia jika kita masih main-main pasti akan mudah tertipu. Syaitan ibarat tukang joget atau penari.

Maknanya, syaitan tahu siapa sasarannya dan bagaimana untuk melakukannya. Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadangkala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga. Iman kecil saja, tidak nampak lagi tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

 

Mensyukuri segala nikmat Allah

AWAN tak selalunya cerah, laut bukannya selalu tenang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Skrip hidup kita kadang-kadang tidak seperti yang kita harapkan.

Kita sering kali ditimpa rasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas daripada genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima. Akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan. Hidup ini ibarat sebuah belantara tempat kita mengejar segala keinginan.

Sememangnya manusia diciptakan Allah mempunyai kehendak dan keinginan. Namun tidak semua yang kita inginkan akan tercapai. Setiap apa yang kita idamkan juga kadang-kadang tidak mampu menjadi kenyataan.
Bukan perkara mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi.

 
Ramai orang yang tidak sedar hidup ini sebenarnya tidak semestinya berjaya atau bahagia. Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa apa yang mereka miliki itu semuanya pemberian Allah yang Maha Pemurah. Kejayaan itu menyebabkan seseorang menjadi sombong dan bertindak mengikut hawa nafsu.

Begitu juga kegagalan, kita dihadapinya dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari pada kegagalan itu ialah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, Allah pasti tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita miliki.

Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah dan malapetaka.
Tetapi mereka tetap bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan terhadap dirinya. Oleh itu, apabila seorang mukmin berasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati.

Apa saja musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya seperti sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin, Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun membaca al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah turut bersabda yang bermaksud: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu.” (Diriwayatkan Ad-Dailami oleh Anas). Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah: “Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216).

Maka janganlah hanyut dalam duka nestapa berpanjangan terhadap apa yang terlepas daripada genggaman atau dakapan. Lihatlah di sekeliling kita, cerminlah diri sendiri andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal.

Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik untuk kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya dan lebih daripada itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah, apa yang diharapkannya esok hari tidak akan menjadi nyata. Malah apa yang terjadi adalah sebaliknya, maka kita mesti ikhlas menerima semuanya dengan senyuman dan reda.

Kehidupan ini hanya untuk-Nya. Dialah tujuan hidup dan sebaik-baik tujuan hidup! Yang lain pula hanya wasilah, alat, bekal atau modal untuk mencapai keredaan Allah.

Maka janganlah tangisi apa yang bukan milikmu kerana ia memang bukan milikmu! Kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepada-Nya.

Monday, December 26, 2011

LIHATLAH YANG TERSIRAT DARIPADA YANG TERSURAT



Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang mashyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak  dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,

"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, 

1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Thursday, December 22, 2011

Manusia dan “Manual Book”

 
22/12/2011 | 27 Muharram 1433 H | Hits: 286
Oleh: bhintoro shati aji
 
0diggsdigg
email
dakwatuna.com - Setiap produk buatan baik elektronik ataupun teknologi pasti memiliki “Manual Book/User Guide“, fungsinya tentu sebagi pedoman menggunakan benda tersebut agar digunakan secara semestinya. Content-nya mulai dari fungsi produk tersebut, cara pemakaian, cara perawatan hingga larangan-larangan yang harus di patuhi dalam penggunaannya.

Sebagai contoh sebuah produk Handphone fungsinya untuk telekomunikasi dan lain-lain, tak boleh terkena air dan tercebur ke air dalam penggunaannya, karena jika terkena air maka akan mengurangi kemampuan kerjanya atau bahkan rusak. Setiap produk yang digunakan sesuai dengan anjuran dari buku tersebut pasti lebih awet dan terjaga kinerjanya sehingga akhirnya menguntungkan bagi pemakainya. Sebaliknya, jika penggunaannya melenceng dari buku tersebut maka yang terjadi adalah kemunduran manfaat produk atau bahkan kerusakan dan akhirnya merugikan pemakainya.

Seluruh produsen produk yang mengeluarkan buku tersebut pasti menganjurkan kita untuk membaca buku itu sebelum menggunakan produknya, agar pemakainya dapat selamat dalam menggunakannya. Tak sedikit orang yang akhirnya merugi dan celaka akibat salah dalam menggunakan suatu produk karena tak mengikuti atau bahkan tak membaca buku manualnya.

Ketahuilah Saudaraku!

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang juga diberikan “MANUAL BOOK/USER GUIDE”, sebuah pedoman untuk manusia untuk menjalani kehidupannya. Buku tersebut dibuat langsung oleh pencipta manusia yang pasti tahu tujuan penciptaan kita (manusia), cara dalam menjalani hidup dan larangan-larangan yang harus dipatuhi. Buku itu bernama “AL QUR’AN” sebuah pedoman yang harus kita ikuti dan patuhi agar kita tahu untuk apa sebenarnya kita diciptakan, sehingga kita tahu bagaimana cara menjalani kehidupan semestinya, serta larangan-larangan yang tak boleh kita lakukan. Allah SWT menghendaki kita membaca dan memahaminya lalu mengamalkan dan mengikuti Al Qur’an secara sempurna agar kita selamat dalam menjalani kehidupan kita yang tidak hanya di dunia ini tapi juga di akhirat.

Jadi mari sekarang juga kita membaca, memahami dan mengamalkan Al Qur’an agar kita tak merugi dan celaka dalam hidup kita yang sementara ini. Sungguh Allah SWT tak ingin manusia hidup di belantara dunia dalam kebingungan dan kesesatan, oleh karena itu Allah menurunkan Al Qur’an untuk kita melalui lisan Rasul yang Mulia Nabi Muhammad SAW, terlebih kita juga memiliki sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang menjadi model aplikatif sempurna dalam menjalankan isi Al Qur’an. Jadi jangan bingung lagi dalam menjalani hidup ini cukup saja kita membaca dan memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 2,
“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. 

Dilanjutkan dengan firman Allah di surah An Nahl ayat 89, yakni,
“…Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.”

Rasulullah SAW bersabda,
“Jangan jadikan rumah kalian kuburan. Sungguh, rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah tidak dimasuki setan.”
(HR. At-Tarmidzi)
“Pelajari, baca, dan amalkan Al-Qur’an. Perumpamaan Al-Qur’an pada orang yang mempelajari, membaca, dan mengamalkannya seperti belalang yang berlumur kesturi. Ia dapat mengharumkan semua tempat yang dihinggapinya. Sedangkan perumpamaan Al-Qur’an pada orang yang mempelajarinya saja, lalu diam tidak mengamalkan laksana belalang yang hinggap di atas kesturi.” (HR. At-Tarmidzi)

Wallahu A’lam Bis Shawab

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/12/17319/manusia-dan-manual-book/#ixzz1hGsoAncF

Wednesday, December 21, 2011

Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!


Muhammad Kamil Abdul Munim, UIAM   
 
Saya terkenang akan peristiwa ketika peghujung semester yang lalu, saya dan rakan-rakan sibuk untuk mendaftar subjek bagi semester ini. Saya dan beberapa rakan beruntung kerana berjaya mendaftar subjek Undang-Undang Perlembagaan atau Constitutional Law bersama Prof Aziz Bari (gambar). Beberapa rakan yang lain tidak berjaya disebabkan oleh timetable clash dan kuota yang sudah penuh.

Sosok ini jarang dilihat berlegar di sekitar fakulti. Hanya nama sahaja yang kerap didengari. Menjadi anak didik beliau adalah satu peluang yang dinantikan.

Sosok ini sangat cool. Masuk ke kelas lenggang kangkung tetapi tidak kangkung. Hanya sehelai kertas dan marker pen ditangan. Tidak ada attendance list. Apa yang menarik ialah pelajar berbondong bondong hadir ke bilik kuliyah walaupun kuliyah bermula jam 8 pagi. Beliau mampu menarik pelajar untuk ke bilik kuliyah tanpa menjadikan rekod kehadiran sebagai ugutan.
Beliau memiliki aura tersendiri.

Selepas isu rampasan kuasa di negeri Perak, nama beliau sekali lagi menjadi perbualan masyarakat dalam isu JAIS di Selangor.
Peranan sebagai ahli akademik dinafikan kerana memberikan pandangan akademik yang telus dan benar. Dosa kali ini cukup besar. Aziz Bari perlu dikekang.

Dosa-dosa ini direka khas untuk kepentingan pihak tertentu yang menganggap diri mereka ma’sum sehingga tidak boleh ditegur. Mujur mereka hidup di akhir zaman. Kalau di zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, keangkuhan dan ketakabburan mereka ini akan dibayar cash oleh yang Maha Takabbur. Kisah Fir’aun, Haman, Namrud, Qarun dipandang enteng ataupun tidak pernah ambil tahu. Kasihan dengan kejahilan mereka.

Prof Aziz Bari letak jawatan

Kini Prof Aziz Bari hanya menunggu akan berakhirnya semester ini untuk ‘angkat kaki’ dari UIA. Hasrat ini dinyatakan oleh beliau sendiri. Bukan kerana diarah untuk berbuat demikian tetapi atas dasar ‘belas kasihan’ terhadap pihak pengurusan UIA yang saban hari semacam didesak oleh campur tangan luar. Khabar anginnya pihak istana juga datang ‘melawat’ UIA.

Beliau dilihat sebagai bebanan ataupun liability kepada pentadbiran UIA. Ada juga ibu bapa yang datang mengadu kepada pihak kuliyah atas alasan anak mereka tidak faham tentang apa yang diajar oleh Prof Aziz Bari ketika dalam kuliyah (selama 22 tahun beliau mengajar ini kali pertama laporan sebegini dibuat).

Tindakan ini seakan desakan yang dilakukan secara tidak langsung atau impliedly supaya beliau ‘berambus’ segera dari UIA. Tiada alasan untuk memecat beliau. Justeru modus operandi yang berbeza mesti diguna pakai. Kesan daripada itu, sedikit sebanyak kebebasan beliau sebagai ahli akademik disekat. Oleh itu, meninggalkan UIA mungkin jalan terbaik.

Sehingga kini ramai pelajar yang tertanya tanya dimanakah kenyataan beliau yang telah mencalar imej universiti. Persepsi pelajar ialah di sana mungkin ada campur tangan politik. Persepsi pelajar ialah mungin rektor patut berundur. Persepsi pelajar ialah universiti bukan lagi universiti. Pihak pentadbiran dilihat seolah olah bersekongkol dalam usaha untuk mengekang beliau. Kadang kadang dilihat flip flop dan play safe dalam memberi kenyataan.

Universiti sebagai wadah atau medan percambahan dan pertempuran ilmu kini seolah-olah telah menjadi medan untuk memuja dan mengampu. Persepsi pelajar ialah kenapa rektor perlu takut? Jika beliau dianiayai oleh tangan ghaib ribuan pelajar UIA akan bersama beliau atas dasar kebenaran.

Hasrat untuk memperbaiki kedudukan institusi pengajian tinggi di negara ini dan juga hasrat untuk mencapai status seperti Oxford dan Harvard yang sering dilaungkan itu hanyalah idea bodoh dan retorik semata-mata andai kata sistem dan amalan yang dibudayakan ini masih dikekalkan demi manjaga kepentingan bapak-bapak yang sedang berkuasa.

Kesannya, akibat hujah tidak dapat dibalas dengan hujah, Prof Aziz Bari menjadi mangsa. Kehilangan beliau adalah satu kerugian yang amat besar kepada universiti. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Prof Aziz. Saya berbangga menjadi batch terakhir beliau. Sumbangan dan jasa beliau akan terus dikenang. Semangat itu tidak pernah luntur dan akan dibawa bersama. Berjayalah di medan tempur yang lain dengan satu tujuan iaitu untuk merencana perubahan menyeluruh dan bersekutu.
In Aziz Bari We Trust!

Dosa buat hati jadi keras, degil

Ustaz Mohd Zawawi Yusof
 
MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.
Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain.
Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melanggar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.
Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:
·  Dicabut daripadanya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
·  Tertutup daripada kebenaran. Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
·  Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Mereka tidak menginginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang.
·  Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al-Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
·  Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.
·  Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu.
·  Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.
·  Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.
·  Dosa penyebab turunnya bala Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab

Friday, December 16, 2011

Kalau kita ada James Bond 007

Oleh : ABDUL JALIL ALI
Tarikh : December 15, 2011
Kalaulah kita ada seorang seperti James Bond, pasti banyak masalah dan skandal besar dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Upah sahaja agen 007 itu, dan kita tidak perlu membuang banyak masa, tenaga dan RM untuk menyelesaikan satu-satu kes.

Sejak dulu kita memang suka menubuhkan Jawatankuasa Khas, Jawatankuasa Penyiasat, Suruhanjaya Bebas, Suruhanjaya Diraja dan lain-lain seumpamanya. Kita juga sudah banyak menubuhkan tribunal itu dan tribunal ini.

Pantang berlaku sesuatu yang luar biasa sikit, cepat-cepat kita menubuhkan jawatankuasa untuk bertindak. Tanah runtuh, tubuh jawatankuasa khas. Kapal bocor, tubuh jawatankuasa menyiasat. Stadium rebah, jambatan runtuh, bangunan terbenam, semua kena tubuh jawatankuasa khas.

Kalau ada kes yang lebih berat, seperti isu pengundi hantu, kita mendesak ditubuhkan suruhanjaya bebas atau suruhanjaya diraja. Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan RM bilion-bilion, kita desak tubuhkan suruhanjaya menyiasat. Skandal mega, songlap saham, tipu duit rakyat, isu tol, isu lembu, semua minta tubuh suruhanjaya khas.

Satu hari nanti, sekiranya dalam mesyuarat parti ada orang yang terkentut luar biasa kuatnya, pasti ada yang cepat-cepat membuat tohmahan bahawa itu ada letupan bom anggota berani mati al-Qaeda, dan minta tubuh suruhanjaya bebas untuk menyiasat.

Sama ada jawatankuasa khas, suruhanjaya bebas, tribunal dan sebagainya, semuanya melibatkan tenaga kerja dan kepakaran. Ada orang-orang tertentu yang akan menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Ada elaun untuk mereka.

Kita suka menubuhkan jawatankuasa dan suruhanjaya itu dan ini, pada hal banyak yang disiasat tidak pun berkesudahan. Mula-mula semua orang sibuk dan bersemangat bercakap untuk masuk TV dan surat khabar. Sebulan dua isu menjadi panas pagi petang siang malam.

Tetapi lama-lama perkara yang panas itu menjadi dingin, beku, dan hilang terus. Tidak ada yang diketahui umum mengenai hasil siasatan. Mesyuarat demi mesyuarat, buka fail, tutup fail, kopi dan teh habis berteko-teko, karipap dan mihun goreng banyak habis, hasil siasatan masih tidak diketahui.

Apabila kes atau tragedi sama berlaku lagi, maka kita pun menjerit semula minta ditubuhkan jawatankuasa dan suruhanjaya untuk menyiasat. Lebih pelik, ada juga siasatan baru sehari dua bermula, sudah keluar kenyataan: “Setakat ini siasatan menunjukkan tidak wujud sebarang penyelewengan.” Belum habis siasat, kes sudah ditutup.

Kalau ada James Bond, mesti siasatan akan dibuat hingga ke akar umbi. Siapa pun – baik orang besar atau orang kenit – tidak akan terlepas, atau sengaja dilepaskan. Sebab agen 007 tidak boleh dipujuk rayu, walaupun oleh gadis manis, juga tidak boleh dirasuah.

Kalau ikut dalam filem, agen 007 tidak takut kepada siapa pun ketika menjalankan siasatan. Malah, dia sedia mempertaruhkan nyawanya untuk menjalankan tugas berbahaya. Sebab ‘Mr Bond’ ada kehebatan sendiri yang orang lain tidak ada.

Dia hebat dalam seni mempertahankan diri, tidak kira tekwando, karate, tomoi, waima silat gayung. Malah, setiap gerakannya lebih pantas dari peluru. Sebab itu dia tidak tertembak walaupun diserang bertubi-tubi dari banyak pistol dan senapang.

Satu lagi kelebihan agen ini ialah dia dilengkapi dengan pelbagai alat dan kelengkapan serba canggih yang orang lain tidak ada. Sebab itu walau dalam apa keadaan cemas sekali pun dia akan menggunakan apa yang ada di tubuhnya untuk menyelamatkan diri.

Ketika nyawanya terancam dia boleh menggunakan jam tangan sebagai senjata. Pen, cermin mata, pemetik api, kasut, tali pinggang, rokok, coklat, semua telah direka khas untuk membolehkannya melepaskan diri dari sebarang ancaman. Begitulah hebatnya.

Kalau ada James Bond di KL, tentu banyak kes rasuah mega, skandal mega, dan penyelewengan RM juta-juta-juta duit rakyat, boleh dibereskan dengan cepat, dan tepat. Malangnya kita tidak ada agen 007.

Setiap kali nonton filem, teringin juga saya menjadi James Bond. Bukan untuk menyiasat, tetapi untuk bermesra dengan gadis-gadis jelita lagi seksi, seperti Jane Seymour (Live and Let Die), Olga Kurylenko (Quantum of Solace), Datuk Michelle Yeoh (Tomorrow Never Dies), dan lain-lain.

Tetapi, saya tidak layak menjadi James Bond, sebab tidak tampan seperti Sean Connery, Roger Moore, Timothy Dalton atau Pierce Brosnan. Mana ada James Bond hidung kemek macam pelepah kelapa!

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Thursday, December 15, 2011

Pengajaran dari pilihan raya Rusia

Oleh : KARIM RASLAN
Tarikh : December 13, 2011 Sinar Harian
Pada 4 Disember lalu, rakyat Rusia mengundi dalam Pilihan raya Parlimen atau Duma dalam bahasa tempatan. Walaupun tidak bertanding, pilihan raya ini ujian getir buat Perdana Menteri Putin yang juga mantan Presiden Rusia. Ini kerana beliau menyimpan hasrat untuk bertanding semula sebagai Presiden setelah tiga tahun menduduki kerusi Perdana Menteri.

Ketika musim berkempen, ramai pengamat politik menjangkakan “Parti Rusia Bersatu” pimpinan Putin akan menang besar. Tambahan lagi, parti inilah yang telah mengembalikan kegemilangan ekonomi Rusia setelah keruntuhan empayar Soviet dan kepimpinan lemah Boris Yeltsin. Namun sebaliknya berlaku. Walaupun menang, majoriti parti pimpinan Putin itu berkurangan dan hanya memenangi 49.3 peratus undi popular dan 238 kerusi dari 450 yang dipertandingkan, hilang 77 kerusi berbanding pilihan raya lepas.


Sememangnya, menjelang pilihan raya kelmarin, kemarahan rakyat membuak-buak berikutan gejala rasuah berleluasa di kalangan pimpinan parti berkuasa itu dan rencana Putin untuk bertukar kerusi dengan Presiden Dmitry Medvedev. Lebih teruk lagi, banyak tuduhan penyelewengan ketika pilihan raya seperti yang dirakamkan dalam Youtube telah dilemparkan. Ini mencetuskan demonstrasi di ibu kota Moscow dan membawa persoalan kepada pemerhati politik antarabangsa- adakah ini titik permulaan perubahan ala Timur Tengah?


Seperti dijangka, reaksi Putin ternyata keras. Beliau mengarahkan polis untuk meleraikan demonstrasi itu dan menegaskan masih akan bertanding untuk jawatan Presiden tahun depan. Namun, kemerosotan sokongan terhadap Putin dan partinya sememangnya mencalarkan imejnya sebagai pemimpin hebat dan autokrat yang mementingkan keberhasilan.


Apakah Malaysia boleh pelajari daripada episod ini? Pertama, keputusan pilihan raya jelas menunjukkan sekali lagi kuasa media alternatif. Walaupun Putin dan konco-konconya menguasai media arus perdana sepenuhnya, golongan menengah dan berpendidikan berjaya mendapatkan informasi mereka dari blog dan media sosial. Tiada apa boleh menghalang rakyat dari mencurahkan kemarahan mereka terhadap insan paling berkuasa di Rusia itu.


Seperti Kebangkitan Musim Bunga di Timur Tengah, Facebook, Youtube dan laman web sosial popular di Rusia VKontakte telah menjadi alat untuk menggerakkan kebangkitan rakyat untuk bangun menentang seorang pemerintah yang zalim.


Ini membawa saya kepada hujah seterusnya- gaya tidak boleh mengalahkan isi, terutamanya dalam membawa reformasi politik dan ekonomi. Putin terlalu taksub dengan gaya dan pesona politik. Lihatlah gambar-gambar “jantan” di internet di mana beliau difotokan sedang memburu, menunggang kuda dan menyelam skuba. Laman web Parti Bersatu Rusia itu juga ternyata canggih dan menarik dan boleh disambungkan ke akaun Facebook dan Twitter. Dengarlah ucapan Putin dan bonekanya, Medvedev. Mereka sering memuji demokrasi dan mementingkan kesefahaman dan titik tengah. Sememangnya, ini semua hasil tangan perunding imej dan pakar perhubungan awam!


Namun, imej positif yang cuba ditampilkan tidak mampu menyorok hakikat bahawa kemiskinan, penyelewengan dan gejala rasuah masih berleluasa di Rusia walaupun ekonominya bertambah maju. Walaupun bilangan oligark minyak semakin meningkat, bilangan mereka yang miskin tegar juga meningkat dari 20.6 juta pada 2010 ke 22.9 juta tahun ini.


Tambahan lagi, kebebasan politik dan sivil yang terbatas dalam zaman pemerintahan Putin tidak banyak beza dengan zaman pemerintahan Tsar Rusia atau pemerintahan komunis Soviet. Ramai bekas sekutu, musuh politik dan wartawan bebas yang telah “disenyap” dan “dilenyap” oleh kerajaan Putin.


Punca masalah Rusia ialah hasrat Putin untuk kekal berkuasa. Jika beliau berundur dengan penuh hormat pada 2008, beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang berjaya membangunkan dan memajukan Rusia, walaupun dengan cara agak kontroversi. Tetapi kini, kerjaya beliau mungkin berakhir sebagai salah seorang pemimpin terlalu lama berkuasa dan digulingkan.


Ternyata, tiada gunanya jika pemimpin itu terlalu menggilakan imej positif dan berinteraksi dengan arus zaman jika tiada keikhlasan membangunkan negara dan memberi kebebasan kepada rakyat. Apa lebih penting ialah pemimpin itu perlu ingat bahawa mereka tidak menipu sesiapa kecuali diri sendiri, apabila berbicara soal reformasi dan transformasi tetapi mengekalkan “status quo” kuasa dan melestarikan kepentingan sendiri
.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Wednesday, December 14, 2011

Kita solat ikut siapa?

SOLAT

Oleh : ABU NUMAIR NAWAWI SUBANDI
Tarikh : December 10, 2011 Sinar Harian
Cabang iman itu banyak jumlahnya. Ini sebagaimana disebutkan dalam hadis ada lebih dari enam puluh atau tujuh puluh cabang. Iman yang paling tinggi adalah memahami kalimat tauhid lailahaillallah, manakala yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan.

Di antara cabang keimanan yang paling tinggi setelah kalimat tauhid adalah mendirikan solat. Ini bersesuaian juga dengan tahapan kedudukannya dalam rukun Islam. Mendirikan solat bukan sekadar perbuatan, tetapi perlu dengan keimanan, penghayatan, perkataan, ilmu, dan kesungguhan.


Berdasarkan dalil-dalil yang sahih, ditunjukkan bahawa solat memiliki nilai kedudukan yang tinggi. Antaranya ia menjadi pembeza di antara kafir dan Islam sekali gus menunjukkan agama tidak akan tertegak jika ia ditinggalkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW,


“Bahawasanya yang membezakan di antara seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/228, no. 116)


Selain sebagai tanda keimanan dan keislaman, Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menjadikannya termasuk di antara tanda-tanda kejayaan dan asas-asas kebahagiaan. ALLAH SWT berfirman, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, 23: 1-2)


Maka dari sini menunjukkan bahawa amalan solat itu amat penting kepada umat Islam. Ia menjadi nadi keimanan, tiang agama, dan asas-asas utama sebuah kejayaan.



Solat ikut Nabi


Di antara ciri utama solat yang sempurna adalah dengan mengikuti sifat solatnya Rasulullah SAW. Kerana tatacara solat ini tidak dapat diketahui dan dipelajari melainkan dengan melihat kepada praktik solat Rasulullah. Beliau SAW bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595)


Bagi melaksanakan tuntutan hadis ini pada hari ini, tidak dapat tidak, kita mesti melihatnya melalui penjelasan yang disampaikan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.


Pernahkah kita terfikir, “Sejauh manakah solat yang kita praktikkan pada hari ini menepati tatacara sifat solat Nabi dan para sahabatnya?” “Adakah yang kita amalkan selama ini benar-benar menepati sunnah Rasulullah?”


“Apa dalil dan landasannya?” “Kenapa adakalanya solat yang kita laksanakan berbeza dengan tatacara solat orang yang lain? Ada yang begitu, dan ada yang tidak begini?” “Kalau solat dilaksanakan begini sahkah? Apa buktinya?” “Kenapa praktik solat mazhab A berbeza dengan praktik solat Mazhab B?”


Maka, apa tindakan kita terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini?


Sebenarnya ALLAH SWT telah memberikan jalan keluar kepada perselisihan dan keraguan ini sebagaimana firman-NYA:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah ALLAH dan taatilah Rasul (NYA), dan ulil amri di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada ALLAH (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Ini lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

Pada hari ini, buku-buku atau kitab-kitab yang menjelaskan tentang tatacara sifat solat Rasulullah berdasarkan hadis-hadis yang sahih telah banyak diterjemahkan dan beredar di pasaran serta boleh pula dimuat turun percuma dari internet. Inilah antara nikmat Allah kepada kita dengan memudahkan proses meraih ilmu.


Antara buku atau kitab terbaik dalam bab ini adalah seperti karya seorang ulama hadis kontemporari Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H). Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Indonesia dengan judul, Sifat Solat Nabi.


Selain itu, para pembaca juga boleh mendapatkan bantuan dari para ilmuan untuk mendapat lebih penjelasan sekiranya perkara ini sukar difahami. Adalah termasuk perintah ALLAH SWT supaya kita bertanya kepada para ulama dan orang-orang yang mengetahui tentang al-Quran dan al-Hadis apabila kita tidak mengetahuinya. ALLAH SWT berfirman, “... maka bertanyalah kepada orang-orang yang memiliki pengetahuan (tentang al-Quran dan as-Sunnah) jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)


Termasuk kefahaman dari ayat ini juga, adalah menjadi tanggungjawab bagi para ulama dan ilmuan supaya menjelaskan dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadis. Iaitu bukan sekadar pendapat yang diada-adakan sendiri tanpa dalil yang jelas.


Tidaklah nanti praktik solat kita ini bila timbul persoalan, maka kita hanya tahu menyandarkannya kepada si fulan, ustaz fulan, dan kitab fulan. Maka kelak nanti akan timbul gejala kepuakan dan perselisihan disebabkan masing-masing melaksanakan agamanya berdasarkan idea si fulan dan tokoh si fulan. Sedangkan Rasulullah SAW meminta kita merujuk kepadanya. Dan ini tidak dapat dilakukan melainkan berdasarkan kemampuan, ilmu, dan usaha yang bersungguh-sungguh.


Dan perkara ini bersesuaian dengan wasiat para imam mazhab yang empat termasuk Imam asy-Syafii rahimahullah sendiri.


Kata Imam asy-Syafii (Wafat: 204H), “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah SAW, dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)


Jadi, apabila para ulama besar seperti imam asy-Syafii sendiri telah menyatakan demikian, maka tidak patut lagi ada alasan bagi kita untuk mengambil enteng persoalan agama ini terutamanya isu-isu berkaitan solat selaku amalan terbesar sebagai seorang Muslim. Tidak bolehlah kita hanya memberi alasan aku ikut mazhab si fulan, aku ikut mazhab imam ini, dan aku ikut ustaz si fulan. Sedangkan kita sendiri tidak mengetahui apa dalil yang menjadi pijakan kita di sebalik perbuatan mengikuti mereka.


Imam Abu Hanifah rahimahullah (Wafat: 150H) pernah menegaskan, “Tidak halal bagi seorang pun mengikuti perkataan kami apabila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya.” (Ibn ‘Abidin, Hasyiah al-Bahri ar-Ra’iq, 4/293 – Dinukil dari Shifah ash-Sholah oleh al-Albani)


Maka, bukalah minda, tuntulah ilmu, dan perbaikilah solat-solat kita. Jangan jadikan perbezaan yang ada pada hari sebagai alat perselisihan dan medan perdebatan. Sebaliknya ambillah perbezaan dengan sikap insaf dan muhasabah diri, iaitu dengan mengembalikannya kepada dalil-dalil yang jelas, iaitu dalil-dalil yang menyatukan kita. Jadikan khazanah tinggalan imam-imam mazhab dan ilmu-ilmu para ulama silam sebagai pedoman untuk mencari pegangan yang terbaik dalam setiap perselisihan.


Pastikan sumbernya jelas, rujukannya diketahui, dan dalil-dalilnya boleh diterima pakai. Prinsip ini sekali gus membantu kita untuk mencapai kesempurnaan dalam agama bukan sekadar dalam persoalan solat, tetapi juga isu-isu yang lainnya. Insya-Allah kita akan menjadi lebih terbuka dan tenang kerana memahami pokok pangkal kepada setiap perbezaan dan permasalahan dengan jalan yang betul. Wallahualam
.

* Biro Mulimedia & Penerbitan Sekretariat iLMU.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tuesday, December 13, 2011

Jika Hidup Terasa Sulit (2)

13/12/2011 | 18 Muharram 1433 H | Hits: 798
Oleh: Ario Muhammad
0diggsdigg
email
Resah yang mengelana diriak hati
Adalah bagian dari cerita hidup yang senantiasa datang menghampiri
Berpeganglah kalian pada ayat-ayat-Nya
Karena ia mampu memberi inspirasi
Ia mampu menjadi obat bagi gersangnya rasa
Dan ia mampu menjadi penerang bagi jalan yang terasa gelap

dakwatuna.com - Bismillah…
Pernahkah kita mencermati sesungguhnya apa yang dicari oleh seorang pelancong ketika dia mengelana menembus semua belahan dunia? ataukah kita pernah sedikit merenung sebenarnya apa yang ingin didapatkan oleh seorang pendaki gunung ketika harus bersusah payah mencapai puncak mount everst? Pada hakikatnya mereka mencari kedamaian. Menelisik titik tertinggi dari sebuah pencapaian dalam hidup mereka, lalu dengan itu semua mereka akan merasa puas dan tenang karena berhasil mencapai apa yang mereka impikan.

Tapi, apakah semua pencapaian itu membuat mereka bahagia? kalau ia, kenapa mereka masih saja terus mendaki ganasnya pegunungan atau masih saja menghabiskan uang mereka untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut berulang-ulang kali?. Bahkan demi sebuah kualitas hidup sebagai seorang pendaki, mereka rela meninggal di dinginnya pegunungan sebagai bentuk kecintaan mereka dengan apa yang mereka geluti selama ini.

Jika kita memahami, sesungguhnya kebahagiaan itu takkan pernah terpuaskan jika kita hanya menjadikan DUNIA sebagai PATOKAN KEBAHAGIAAN. Seberapa berhasilpun engkau meraih mimpimu, niscaya kedamaian dan ketenangan itu takkan pernah engkau temukan jika dunia masih saja menjadi alasan untuk bekerja. Dia justru akan melemahkan, dia akan mengguncangkan, dan dia akan melahirkan keserakahan untuk terus-menerus diupayakan.
Lalu di manakah letak kebahagiaan itu?

Saudaraku… tak perlu kita jauh-jauh mencari dimana sumber kedamaian. Tak perlu kita menghabiskan uang hanya untuk mengejar dimana kepuasan itu berada. Sesungguhnya, ia begitu dekat dengan kita. Kita hanya butuh sedikit waktu untuk mengingat Allah, agar tenteram mengelana dalam hangatnya rasa.
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah sajalah hati akan menjadi tenteram” (Ar-Rad : 28)

Bagi orang-orang beriman, mengingat Allah adalah bagian yang tak terpisahkan dari mereka. Ia menjadi pengobat hati yang gundah gulana, ia menjadi penguat tatkala resah mulai menggelayut, bahkan ia menjadi penyalur rasa cinta kepada Allah tatkala rindu itu meletup-letup di dalam diri.

“Wahai orang-orang yang beriman, berdzikirlah dengan menyebut nama Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang” (Al-Ahzab : 41-42)

Saudaraku… Terkadang kerasnya dunia membuat kita lupa untuk bersujud di pekatnya malam, kesibukan untuk mencari sesuap nasi membuat puasa menjadi sesuatu yang “mahal” harganya, bahkan shalat yang menjadi kewajiban kita hanyalah sebuah aktivitas tanpa ruh yang tidak memberikan energi bagi jiwa. Ia malah menjadi beban dan begitu berat untuk dikerjakan. Orang-orang yang lalai telah diingatkan oleh Allah dalam firman-Nya :
“Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” (Al-A’raf : 179)

Duniakah yang membuat kita lupa pada-Nya? dengan alasan mencari kedamaian kah sampai banyak pekerjaan dakwah yang terlupakan? Sejatinya, semua kerja-kerja kita seharusnya selalu membawa Allah di hati kita. Ruang dimana kita mampu merenungi sekerdil apa jiwa kita. Dia Zat yang seharusnya kita letakkan sepenuhnya di dalam jiwa kita bahkan Dialah Zat yang seharusnya kita ingat dan kita syukuri nikmat-Nya.

“Karena itu ingatlah kamu kepada-Ku niscaya AKU ingat kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku” (Al-Baqarah : 152)

Adakah kebahagiaan yang paling menghangatkan sebahagia mengingat Allah? adakah rasa yang paling berharga selain kecintaan yang berlimpah kepada-Nya?

Saudaraku.. Sumber kenikmatan, kedamaian, serta kebahagiaan yang selama ini kita kejar. Sesungguhnya begitu dekat dengan kita.
Kita hanya butuh sedikit muhasabah terhadap diri-diri kita yang begitu hina, menisbahkan segala cinta dan rasa kita hanya untuk-Nya. Allah akan membersamai kita tatkala kita ingat kepada-Nya, Allah akan mengingat kita dalam diri-Nya tatkala kita mengingat-Nya dalam Jiwa kita dan Allah akan mengingat kita dalam suasana yang lebih baik tatkala kita mengingat-Nya pada suasana apapun.

Rasulullah SAW, bersabda :
“Allah SWT. Telah berfirman , “Aku menurut prasangka hamba-Ku tentang Aku; Aku bersama nya bila ia mengingat-Ku. Bila ia mengingat-Ku dalam jiwanya, maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Bila ia mengingat-Ku di tengah khalayak, maka Aku mengingatnya di tengah khalayak yang lebih baik” (Mutafaq’alaih)

Ya…
Allah-lah sebaik-baiknya ZAT penolong..
DIA-lah yang akan senantiasa memberikan ruang bagi jiwa untuk menembus batas kebahagiaan yang selama ini kita cari….
Dan DIA lah yang seharusnya kita jadikan sebagai alasan kenapa kita harus belajar, bekerja, dan berkarya..

Yogya, 23 Februari 2009

Untuk sebuah perenungan..

Sungguh… Engkau lah yang kurindukan tatkala jiwa ini mengelana dalam batas-batas mimpi di pekatnya malam..
Engkaulah yang kunantikan tatkala raga ini bangkit dan memercikkan air di wajahku..
Engkaulah yang kucintai tatkala gersangnya hati melanda dan bahagianya jiwa merona..
Engkaulah yang kuharapkan menjadi pengobat bagi rasa yang kering ketika tertatih-tatih mengejar dunia..
Ya..
Engkaulah yang selalu kurindu.. Di ujung Sajadahku…

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/12/16668/jika-hidup-terasa-sulit-2/#ixzz1gQO99lAt

Jika Hidup Terasa Sulit (1)

12/12/2011 | 17 Muharram 1433 H | Hits: 1.317
Oleh: Ario Muhammad
0diggsdigg
email
Sebuah energi bisa lahir dan bergerak
Tatkala sumbernya mampu kita nyalakan
Dialah yang menggerakkan
Dialah yang menguatkan
Dan dialah yang menyempurnakan
Kita hanya butuh berpikir, berilmu lalu beramal
Agar kedua sumber kekuatan ini mampu tertanam dalam diri
Ya…
Dua bekal terbesar dalam hidup ini
Adalah Keimanan dan Ketaqwaan
dakwatuna.com - Bismillah..
Jika letih mendera dan rasa seakan tak bisa meraba.. kepada siapakah kita bergantung?

Jika semua cara telah kita pikirkan dan semua proses telah kita jalani, tapi kekuatan untuk bangkit belum juga bersua.. di manakah kita bisa mencari?

Saudaraku…
Langit dan seisinya tak perlu kesulitan mencari sumber motivasi
Bahkan makhluk terkecil sekalipun telah mengetahui dimana tempat dia mengemis kasih dan dimana tempat dia memberikan rasa syukur…


Hanya pada Allah Subhanahu wata’ala semuanya bisa kita pasrahkan..
PadaNya lah semua harap terlabuhkan
PadaNyalah semua cinta terjewantahkan
Ya Dia-lah sumber kekuatan terbesar dalam hidup kita

2 bekal utama ketika seseorang ingin menjadikan Dia sebagai sumber kekuatan adalah KEIMANAN dan KETAQWAAN kepada-Nya.. dengan bekal ini engkau akan menembus kehidupan yang lebih dinamis, kokoh, mapan, kuat dan bersahaja. 2 bekal inilah yang memberikan kekuatan dahsyat bagi para Nabi dan Salafushalih untuk berkarya.

Bekalan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dapat memancarkan sumber-sumber kebaikan dalam hati dan jiwa, melahirkan potensi-potensi dan karya-karya yang besar serta bisa memupuk semangat dan tekad untuk merubah diri.

Dengan bekalan keimanan dan ketaqwaan, seseorang akan terjaga dari licinnya jalan perjuangan, tajamnya onak dan duri yang menghadang di depan serta mampu menjadi pribadi yang agung, mulia, berakhlaq dan memberikan kehidupan kepada sesamanya.
Hubungan dan keterikatan hati kita kepada Allah, perasaan untuk selalu diawasi dan selalu merasa Allah bersama kita adalah indikasi kita dekat dengan-Nya.

Dengan keimanan dan ketaqwaan Allah memerintahkan kita untuk BERSABAR, JANGAN BERSEDIH HATI dan JANGANLAH BERSEMPIT DADA karena Dia menjanjikan untuk selalu bersama kita.

“BERSABARLAH (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan PERTOLONGAN ALLAH dan JANGANLAH KAMU BERSEDIH HATI terhadap (kekafiran) mereka dan JANGANLAH KAMU BERSEMPIT DADA terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan” (An-Nahl : 127 – 128)

Orang-orang beriman akan selalu DIBERSAMAI OLEH ALLAH. Meski lelah bersua dan suara seakan tak terdengar lagi.

“Dan Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman” (Al-Anfal : 19)

Dan orang-orang yang bertaqwa akan selalu dijaga dan dikuatkan langkahnya oleh Allah Subhanahu wata’ala sumber segala kenikmatan

“Dan ketahuilah bahwa Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa” (At-Taubah : 36)

Alangkah butuhnya kita kepadaNya. Saat ini jika masih saja resah menggelayut serta arus kehidupan terasa begitu sulit untuk diputuskan. Maka renungkanlah semua salah dan khilaf yang pernah terjadi, perbaikilah kedekatan kita kepadaNya, jemputlah 2 bekal ini agar Allah selalu bersama dengan kita.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/12/16665/jika-hidup-terasa-sulit-1/#ixzz1gQM3fPA5

KALAULAH SETIAP HARI BEGINI !!!



Pagi ini saya ke pejabat Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, menghantar minyak hijau (minyak urat) kepada Zaini pembantu tadbir SKSB. Sempat berbual mesra dengan PK1 Cikgu Roshaya yang pernah bertugas bersama saya sewaktu di SKSS1 beberapa tahun lalu. Seri Budiman adalah sekolah pertama saya memegang jawatan sebagai Guru Besar pada tahun 2002 hinggalah Ogos 2008.

Sewaktu berbual tiba-tiba masuk seorang ibu bertanyakan tawaran anaknya lepasan UPSR baru-baru ini untuk masuk ke sekolah menengah. Ibu ini masih ingat saya sewaktu menjadi GB di SKSB. Beliau memberitahu saya anaknya sekarang yang pernah menduduki UPSR lapan tahun lalu berada di Universiti Malaya. tahun pertama  Seronok juga mendengar khabar bekas anak murid saya dapat menjejakkan kaki ke universiti. Itulah lumrah perasaan seorang cikgu, walaupun bukan darah daging tetapi rasa seronok dan terharu mendengarkan kejayaan anak didik kita.

Tetapi yang mendukacitakannya ialah anaknya telah hampir lapan tahun hilang penglihatan (buta), Saya terkedu sekejap mendengar penjelasannya. Puncanyanya ialah penyakit glokoma. Doktor tidak mampu hendak menyelamatkannya. Sekarang dia belajar dengan menggunakan laptop yang punyai suara. Tidak lagi menggunakan system braile. Canggih sungguh zaman sekarang. Komputer tersebut adalah sumbangan waktil rakyat di Kuala Terengganu.

Mengikut cerita ibu ini anaknya pernah sesat dalam UM sewaktu minggu pertama dia lapor diri. Seorang pemamdu teksi menghantarnya balik ke asrama. Inilah antara perkara yang merunsingkkanya. Cuma anaknya memerlukan pembantu khas, dan seorang daripada anaknya tinggal bersama anaknya yang sedang menuntut di UM. Itulah suka dan duka seorang ibu. Inilah kekayaan Allah, walaunpun cacat penglihatan tetapi mampu melanjutkan pengajian sehingga ke universiti.

Lama juga berbual dengan Zaini dan Roshaya, tetapi banyak berkisar mengenai hal sekolah, hal guru dan yang hangatnya hal gaji baru.

Hampir jam 12.30 tengah hari saya balik ke rumah dan bersiap-siap untuk solat zohor. Dari jauh dengar suara orang membaca surah Ysin melalui pembesar suara. Saya tahu kerana ada majlis Hol Marhum Tuanku di Masjid Terapung. Saya tidak dijemput walaupun ahli jemaah. Ataupun mungkin sewaktu pengumuman dibuat saya tiada di masjid tetapi mengikut kawab-kawan ahli jemaah sependapat dengan saya, masing-masinng tidak dengar pengumuman jemputan. Jadi saya hanya hadir apabila azan berkumandang untuk solat zohor berjemaah.

Sungguh menakjubkan ahli jemaah dengan pakaian kebangsaan (baju Melayu) bersampin seperti hari raya, memenuhi hampir tiga suku masjid. Kereta dan motosikal polispun banyak. Kenderaan memenuhi kawasan parking masjid.

Terfikir juga dalam hati saya, KALAULAH SETIAP WAKTU ADA PEMIMPIN KE, WAKIL RAKYAT KE, ATAU MB KE, ATAU SESIAPA SAHAJA YANG BERGELAR PEMIMPIN SANGGUP datang ke masjid setiap waktu solat, nescayalah masjid akan dipenuhi oleh rakyat jelata. Kerana dalam sejarah pengislaman di Tanah Melayu, apabila raja-raja atau ketua sesuatu negeri atau kampung atau daerah memeluk Islan, maka seluruh rakyatnya turut memeluk Islam. Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan.

Bilalah agaknya solat 5 waktu seperti solat jumaat? Ada akal fikirlah sendiri !!!!

Sunday, December 11, 2011

Kesan Sujud


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

"Allah subhanahu wata’ala menyingkapkan sedikit cahaya agungNya, maka bersujudlah padanNya semua orang mukmin dan mukminat, maka tersisalah semua yang di masa hidupnya di dunia bersujud bukan karena Allah tapi hanya karena ingin dipuji orang dan ingin menunjukkan amalnya ( bukan sujud untuk ibadah kepada Allah ), maka tegak dan kakulah punggungnya tidak boleh bersujud". ( Shahih Al Bukhari )


Diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari, bahwa para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kelak kita dapat melihat Rabb kita"?, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: "betul, sebagaimana kalian melihat matahari jika tidak ada awan apakah matahari itu terlihat jelas?, maka para sahabat menjawab: "tentu sangat jelas wahai Rasulullah", dan Rasul berkata: "bagaimana kalian melihat bulan purnama yang tidak diliputi awan"?, sahabat menjawab:  "pasti sangat jelas wahai Rasul", maka Rasulullah berkata: "seperti itulah kalian akan melihat Rabb kalian".

Ketika di mahsyar, di saat manusia dimuntahkan keluar oleh bumi, maka digiringlah orang-orang yang menyembah selain Allah ketika mereka ditanya: "siapakah yang kalian sembah", maka di saat itu muncullah sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah dan mengikuti sembahannya masing-masing, mereka diiring dan pisahkan dari kelompok yang lainnya. Tersisalah muslimin muslimat dan mereka diberi kemuliaan oleh Allah, dan Allah singkapkan sedikit tabir cahaya keagunganNya, cahaya kewibawaanNya. Dan ketika ditanyakan kepada mereka: "Mengapa kalian masih disini?", sedangkan yang lain telah pergi, maka mereka menjawab: "kami belum berjumpa dengan Rabb kami", dan ketika ditnya: "apakah kalian ingin melihat Rabb kalian?", mereka menjawab: "ya, jika Rabb kami mahu menunjukkan keindahanNya kepada kami", maka Allah mengangkat sedikit tabir keagunganNya dan semua pun bersujud, dan tersisa orang-orang yang tidak mampu bersujud. Mereka yang bersujud akan dipersilakan untuk melintasi jembatan shirat dengan cepat sehingga sampai dan masuk ke dalam surga Allah subhanahu wata’ala karena mereka Ahlus sujud, namun mereka yang tidak mampu bersujud dari kelompok berdosa, dan munafik yang jarang sekali sujud kepada Allah tetapi mereka muslimin ummat sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak menyembah selain Allah, maka mereka akan diiring ke dalam api neraka untuk menghapus dosa-dosa mereka dan setelah itu mereka akan memasuki surga Allah subhanahu wata’ala. 

Seterusnya para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau mengenal ummatmu kelak di dalam api neraka?", maka berkatalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: "Aku mengenal ummatku diantara sekian banyak penduduk neraka itu dengan bekas sujudnya", Rasulullah bersabda:
"Allah mengharamkan api neraka untuk memakan bekas sujud"

Mereka yang pernah bersujud kepada Allah, bekas sujudnya akan tetap ada dan Allah mengharamkan api neraka untuk membakar anggota sujud, anggota sujud tidak dapat dibakar oleh api neraka, demikian riwayat Shahih Al Bukhari. Semoga dengan mendengar ucapan ini, saya dan saudara dimuliakan di hari kiamat kelak dengan kelompok ahli sujud, amin. Maka jagalah solat kita, karena itu adalah tanda kesetiaan kita kepada cintanya Allah, itulah jawaban cinta kita kepada Allah. Semakin engkau cinta kepada Allah maka engkau akan semakin asyik dalam solatmu, dan semakin asyik pula Allah menurunkan ketenangan kepadamu.

 

Friday, December 9, 2011

Sukarnya mencari Winnable Leader

Oleh : NORDIN MOHAMED
Tarikh : December 7, 2011 Sinar Harian
Nordin
Pendekatan memilih winnable candidate atau calon boleh menang untuk bertanding dalam pilihanraya adalah satu strategi yang pragmatik. Calon yang ada rupa, ada gaya, dikenali dan disenangi ramai, lebih-lebih lagi kerana ringan mulut, tangan dan tulangnya adalah ciri-ciri calon boleh menang.
 
Meskipun pendekatan memilih calon boleh menang itu diuar-uarkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, perkiraan calon sebegitu akan juga menjadi faktor pemberat dalam memilih calon untuk parti- parti lain yang bertanding pada PRU13 kelak.
 
Bagaimana pun, calon boleh menang ini, walaupun boleh menjadi wakil rakyat kerana mempunyai wajah atau peribadi yang bagus, ia masih belum mencukupi kehendak sebenar pemilih yang mahukan lebih daripada itu. Seseorang calon boleh menang mungkin disenangi dan dikenali dalam situasi yang harmoni. Tetapi ketokohan mereka yang sebenar perlu juga menyerlah sebagai pembela, penyuara dan seterusnya pejuang kepada pengundi dalam persekitaran dan suasana yang mencabar selepas memenangi kerusi yang ditandingi.
 
Justeru itu, ciri-ciri seseorang winnable candidate masih belum holistik karakternya jika dia tiada nilai tambah sebagai winnable leader. Ciri-ciri winnable leader inilah yang lebih sukar ditemui pada hari ini. Malah, (maaf cakap), mereka yang menjadi pemimpin yang telah menang pun ramai yang kini menampakkan tanda-tanda mereka bakal menjadi losing candidate sekiranya bertanding lagi!
 
Winnable leader, sebagai pemimpin mestilah duduknya di hadapan, bukan di belakang bersama pengikut, ataupun lebih buruk lagi, bersembunyi di belakang pengikutnya. Pemimpin boleh menang mestilah mempunyai karakter yang lebih handal daripada mereka yang dipimpin. 
 
Dalam apa sahaja isu yang diperkatakan, dialah yang tampil sebagai jurubicara. Dalam apa jua pemikiran, pendapat dan hujah yang diutarakan, pandangannya mestilah lebih jauh dan belum terjangkau dek akal pengikutnya. Dalam apa juga nilai, idealisme dan falsafah yang dianuti, pegangannya perlu lebih kental daripada orang yang di sekelilingnya. Sehinggakan pegangannya bukan sahaja menjadi panduan dan penyuluh pengikut, malah sukar diperkotak-katik dan diperlekeh oleh musuh politiknya.
 
Pemimpin boleh menang mesti bertanggungjawab, bukan bertanggungsoal! Maknanya kerjanya bukan semata-mata menyoal dan mempersoalkan apa sahaja yang dibuat oleh orang lain. Tetapi, pemimpin boleh menang perlu punyai jawapan kepada apa yang dipersoalkannya. Dia lebih bijak jika bertanya sesuatu bukan kerana tidak tahu, sebaliknya kerana ingin tahu samada jawapan orang yang ditanya itu lebih baik daripada jawapan yang ada di dalam kotak fikirannya. 
 
Winnable leaders atau pemimpin boleh menang juga adalah pemimpin yang bersedia untuk menjawab apabila disoal. Bukannya senyap sepi ketika pelbagai soalan bersimpang-siur ditujukan kepada dia dan kerjanya. Ataupun menyuruh orang lain untuk menjawab bagi pihaknya. Lebih buruk lagi bila dia memperlihatkan seolah-olah bertanya itu satu dosa hingga mempersalahkan pula mereka yang bertanya. 
 
Pemimpin boleh menang mestilah berani untuk berbeza daripada orang lain. Dia berani menyatakan benci kepada apa yang pengikutnya suka atau suka kepada apa yang pengikutnya benci dengan pendekatan wasatiyyah iaitu keseimbangan yang optima. Dia berkawan dengan musuhnya di hadapan para pengikutnya agar pengikutnya tahu bermusuh itu hanya dalam pertandingan bukannya dalam kehidupan. Dia sama sekali tidak berkawan dengan musuhnya secara sembunyi-sembunyi di belakang para pengikutnya.
 
Bila tiba waktunya, pemimpin boleh menang itu mudah sekali berundur kerana tahu bukan dia sahaja yang boleh menjadi pemimpin boleh menang. Rayuan pengikutnya agar dia terus memimpin akan didengar dan ditolak dengan baik. Tidak langsung menggunakan alasan dia mesti terus pemimpin kerana pengikut merayunya agar terus mengepalai perjuangan.

Pemimpin yang membuat keputusan kerana desakan pengikutnya membenarkan dirinya jatuh ke taraf pengikut pula. Pemimpin begini sudah hilang aura pemimpin boleh menang.
 
Yang penting, dalam apa jua tindakannya, pemimpin boleh menang sentiasa mempamerkan ketenangan walau berdepan dengan badai politik yang menggila kerana dia sentiasa bertimbang rasa ~ menimbang dengan fikiran dan merasa dengan hati sebelum melangkah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.