Adakah Lebih Baik Tidak Belajar Di Sekolah?
- 24 July 2012
- administrator
Nukilan Rasa: Ummul Maryam
Lebih baik Tidak Sekolah! Begitulah
tajuk sebuah buku kecil nukilan Bapak Sujono Samba yang memperkatakan
tentang tragedi dan masa depan pendidikan di Indonesia. Dalam
perkembangannya sekolah ternyata tidak menjadi media pembebasan dan
penanaman nilai-nilai kemanusiaan. Sekolah sudah menjadi penjara yang
memisahkan anak didik dari dinamika persoalan masyarakatnya. Semakin
lama seseorang bersekolah semakin besar jarak antara dirinya dan realiti
kehidupan yang sebenarnya.
Sekolah bukan lagi tempat untuk belajar melainkan tempat siswa diarahkan dan di”design” menurut pola yg sudah baku. Dengan demikian, lembaga pendidikan gagal menjalankan tugasnya yang paling dasar iaitu membantu seorang menjadi manusia yang bebas dan merdeka. Sekolah sudah sepertinya “factory” atau kilang yang tugasnya hanya mencetak watak-watak manusia A+ dan menolak manusia lain yang hanya mendapat B dan C. Malah yang berstatus D dan F akan terus tersingkir dengan sendirinya.
Di Malaysia tidak kurang keresahannya. Dalam keributan kita menentukan sistem yang terbaik kita mula meminggirkan aspek teras bangsa dan budaya apabila berterusan meminggirkan Bahasa Melayu dan tulisan jawi. Keranda Bahasa Melayu diusung secara simbolik tanda protes bahawa watak bangsa akan terhapus dengan peminggiran Bahasa Melayu.
Sudah nampak riak akan berlaku kebobrokan dalam aspek nilai serta produk manusia dalam masyarakat dengan meningkatnya gejala social di kalangan anak muda saban hari. Dari memaknai soal mendidik asalnya ia sudah menjadi mencetak, di kala sekolah diperjuangkan untuk rakyat dan pendidikan percuma adalah hak asasi rakyat, aspirasi itu dimatikan dengan pembinaan isntitusi pendidikan swasta yang terus mematikan hasrat rakyat kononnya ia dibina demi kualiti pendidikan.
Begitulah seterusnya episod -episod menyayat hati dalam isu pendidikan Negara yang kemudiannya menjadikan anak-anak kita sebagai eksperimen dan tikus makmal bagi menguji keberkesanan setiap kali dasar pendidikan baru dirombak.
Semua menjadi kalut dan cemas! Ibu bapa sudah tidak ketahuan jadual peperiksaan anak-anak. Guru-guru menggalas beban dengan kelas tambahan dan tuisyen. Anak-anak sudah terobses dengan kecemerlangan akademik atas permintaan pasaran dan prosedur dunia.
Ivan Illich pernah mengejutkan masyarakat dengan gagasan kontroversinya tentang “deshcooling society” (masyarakat tanpa sekolah).Illich meramalkan bahawa jika pengetahuan dan tingkat kedewasaan masyarakat sudah berkembang dengan wajar maka institusi-institusi pendidikan formal tidak lagi diperlukan.
Masyarakat akan mampu menjalankan fungsi pendidikan lewat elemen sosial dan budaya yang luas tanpa harus terikat dengan autoriti kelembagaan seperti sekolah. Ertinya dalam masyarakat ini sekolah sudah tidak diperlukan lagi. Gagasan ini sampai sekarang masih belum terbukti dalam kehidupan konkrit. Tetapi jika dilihat dengan mendalam,maka betapa tepatnya Illich dalam menilai dan mendiskripsi kewujudan lembaga pendidikan.
Dalam serba ketidaktentuan arah pendidikan ini, terbitnya buku “Excellence Wihout Soul “ karya Harry. R. Lewis yang membicarakan tentang Universiti Harvard yang sudah kehilangan ruh dan menghadapi bencana kehilangan arah tujuan. Ketika Harvard memikul jenama Universiti tertua, ternama dan terunggul di dunia, mereka telah melupakan “the fundamental job of undergraduate education”~tanggungjawab dasar terhadap anak didik termasuk “to help them grow up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives and to leave college as better human beings”.
Oleh yang demikian, sistem pendidikan Negara sewajarnya menjaja pendidikan keinsanan yang mana seharusnya ia memaknai sabda nabawi” kharu ‘n-nas anfa’uhum li n-nas (orang yang terbaik adalah yang paling berguna kepada orang lain).Anak bangsa ini harus didik untuk terus menjadi warga yang baik, anak yang meletakkan sifat keinsanan serta mengangkat darjat Karamah Insaniyyah serta menjadi manusia yang terus memanfaatkan manusia lain.Ini juga nyata bertepatan dengan kata pujangga Melayu dalam menggambarkan erti manusia yang baik dan bermanfaat itu adalah;

Bagaikan kayu besar di tengah padang;
Rimbun daunnya tempat berteduh;
Kuat dahannya tempat bergantung;
Kukuh batangnya tempat bersandar;
Besar akarnya tempat bersila
No comments:
Post a Comment