Usah bazirkan detik berharga penghujung Ramadan
Posted on Tuesday, August 14 @ 14:47:32 PDT Oleh Ahmad Lutfi Othman
Ramadan melewati hari-hari terakhirnya. Ya, begitu cepat dan pantas sekali. Tahun ini dijangka bulan penuh keberkatan berakhir pada hari ke-29, kurang sehari daripada biasa.
Sesungguhnya setiap saat (bukan lagi dalam ukuran hari) yang berlalu cukup berharga; tidak ternilai dengan ukuran dunia. Sekali terlepas, ia tidak datang lagi.
Siapa pun tidak berupaya memastikan dia bakal mengimarahkan lagi Ramadan pada tahun depan. Lihat di sekeliling, ramai saudara-mara dan kenalan yang kita temui dan dakap erat semasa Aidilfitri lalu kini tiada lagi bersama.
Ada pula yang dahulunya sihat bugar kini terlantar sakit, tidak mampu berpuasa. Semasa menjalani ujian fisioterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, merawati serangan strok kedua yang saya alami awal Julai lalu, saya dapati ramai pesakit yang tiba-tiba hilang upaya dan kudrat, hatta untuk menggerakkan jari dan menelan makanan.
Pagi Khamis lalu, saya menziarahi rakan lama, Yusuf Abdul Jalil, bekas Pengarang Harakah, yang turut diserang angin ahmar lima tahun lalu. Tidak banyak peningkatan sejak kali terakhir saya mengunjunginya, Ramadan 2010. Anggota tubuh sebelah kirinya masih tidak bermaya.
Kemudian saya ke Kepong, mengiringi rakan, Mokhtar Jan. Sahabat lamanyanya, yang ditimpa nasib sama empat tahun lalu, terlantar koma. Segalanya harus dibantu. Ingatan beliau hilang. Alhamdulillah, anak isteri begitu memahami, sabar menyantuni dan reda setulusnya.
Renunglah dalam-dalam pengajaran buat diri yang kerdil ini.
Fasa terakhir Ramadan hanya tinggal seminggu. Sewajarnya kita sudah mempunyai rancangan terperinci mengisi detik-detik penuh kemuliaan ini sejak awal, sebelum Ramadan menjelma lagi. Sebaiknya pelan itu ditulis rapi, dengan jadual ketat yang menagih disiplin melaksanakannya.
Begitu juga dengan azam dan tekad yang jelas dan terarah. Misalnya, berapa kali khatam al-Quran sepanjang Ramadan. Seorang rakan, sebelum menginjak hari ke-20, sudah tiga kali khatam di samping menekuni kitab-kitab tafsir. Niatnya, mahu menghabiskan bacaan al-Quran sepanjang 10 hari terakhir sebanyak tiga kali lagi, iaitu tiga hari sekali. Saya yakin beliau mampu melakukannya, dengan mudah.
Seorang rakan lain, begitu ringan tangan, bermurah hati. Beliau begitu terpesona dengan kelebihan memberi makan orang berbuka puasa.
Dua hadis Nabi s.a.w. sering diperingatkannya kepada saya. Pertama, "sebarkanlah ucapan salam (kepada yang kita kenal atau tidak kenal), dan berikanlah makan dan solat di waktu malam ketika manusia sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga ..."; dan kedua, "sesiapa yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala orang yang berpuasa."
Pesan Rasulullah s.a.w. itu digigitnya sungguh-sungguh. Beliau akan memberi salam kepada siapa sahaja yang ditemuinya, termasuk "gadis-gadis tol". Ramai juga -- yang tidak mengenalinya -- kelihatan agak kaget, walaupun kemudiannya menjawab perlahan.
Dia kerap bercerita kepada saya, mungkin sebagai dorongan, bahawa ada orang alim yang sengaja ke tempat ramai, seperti pasar, semata-mata untuk menyebarkan salam.
Begitu juga dengan kelaziman memberi makan; dia memang merancang -- bayangkan, sejak berakhirnya puasa tahun lalu -- berapa ramai yang mahu "dijamunya" sepanjang Ramadan.
Dengan kemudahan beberapa badan amal yang menyalurkan sumbangan berbuka kepada minoriti Muslim di luar negara, terutama yang tertindas seperti di Myanmar, Selatan Filipina dan juga Palestin, rakan saya itu menyusun jadual.
Dalam tempoh setahun lalu, dia sudah merancang mencari "wang lebih" untuk menaja majlis berbuka puasa dan juga amalan menyembelih korban semasa Aidiladha nanti. "Kita bukannya berduit sangat, yang penting berjimat dan jangan berbelanja di luar keperluan, dengan tekad yang serius untuk memburu pahala di waktu Ramadan seperti ini," tuturnya penuh hikmah.
Sikap dermawan yang terpuji itu harus dilatih. Tentulah ia tidak mudah, apatah lagi di zaman kos sara hidup mencanak naik. Kita kerap mencari alasan dan daleh bahawa keperluan sendiri pun tidak pernah cukup. Sedangkan tuntutan menaja berbuka puasa tidak semestinya memerlukan belanja yang besar, mungkin memadai dengan air dan buah tamar.
"Rasulullah adalah manusia yang paling dermawan dan sikap pemurahnya semakin bertambah pada bulan Ramadan ... melebihi angin yang berhembus." (maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Amalan yang rasanya belum membudaya dalam masyarakat Islam di Malaysia, walaupun nampaknya sudah mulai meresap, iaitu iktikaf mengisi sepuluh Ramadan terakhir. Ia sunnah Nabi s.a.w. dan pada tahun kewafatannya baginda sempat beriktikaf selama 20 hari.
"Iktikaf disyariatkan dengan tujuan agar beriktikaf dan bersimpuh di hadapan Allah SWT, berkhalwat dengan-Nya, sementara memutuskan hubungan sementara dengan semua makhluk dan berkonsentrasi kepada Allah SWT," kata Imam Ibnu Qayyim.
Saya pernah mengingatkan saranan, jika mampu dan keadaan mengizinkan, agar kita mengambil cuti sepanjang 10 akhir Ramadan, iaitu menggantikannya daripada amalan berlibur semasa minggu pertama Aidilfitri.
Perlu ada kesungguhan dan rancangan sistematik, terutama di kalangan badan-badan Islam dan aktivis dakwah, termasuk negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, untuk "memeriahkan" sambutan akhir Ramadan, berbanding sambutan melampau Aidilfitri.
Di negara ini, semangat hari raya mulai membahang ketika melewati pertengahan Ramadan, sedangkan ketika itulah sepatutnya umat Islam memasuki "gear lima" untuk beribadah sekudusnya.
Bukalah stesen radio, lagu-lagu raya akan berkumandang setiap lima minit. Hebatnya pencipta lagu di negara kita, irama dan liriknya begitu mendayu-dayu dan mengusik emosi serta mengimbau kenangan lampau. Walhal, jarang kita terdengar lagu-lagu mengenai Ramadan yang berkualiti tinggi; sebahagian daripadanya pun dihasilkan oleh komposer berbakat dari negara jiran, Indonesia!
Pastinya Lailatulqadar menjadi buruan kita semua. Namun, melihat realiti praktisnya, saya tidak percaya malam seribu kurnia, yang melebihi 1000 bulan, atau 83 tahun 4 bulan itu sememangnya dicari-cari kebanyakan kita.
Nikmat Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang pendek usia ini, seperti tidak dihiraukan. Tawaran malam kemuliaan yang turunnya begitu banyak malaikat, termasuk Jibril, dengan keberkatan merata, semacam dipandang ringan. Anda dapat melihat dan merasainya sendiri, kan ?Perbanyakanlah zikir, istighfar dan doa mohon keampunan. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, yuang menyukai maaf, kerananya berikanlah maaf kepada kami."
Ayuh, kita belum terlewat lagi untuk memburu, menghayati, menghidupkan dan menikmati minggu terakhir Ramadan ini.

No comments:
Post a Comment