Khutbah Aidil Fitri 1433H
Posted on Ogos 13, 2012 by
ekhutbah
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي
) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ
كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً
وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ
هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ
رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ ….
فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 8 dan 9
surah Ali ‘Imran :
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ
لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah
rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan
sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang
tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan
muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses
dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keseronokan menyambut hari raya
jangan melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita
diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan
kita sebagai hambaNya yang dapat meneruskan amal soleh hasil daripada tarbiah
Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah. Antara cara untuk
memiliki sifat Istiqamah ialah [1] Memahami dan mengamalkan
dua kalimat syahadat dengan baik dan benar kerana tanpa mengenali Allah serta
taat kepadaNya menyebabkan manusia tidak kenal siapa dirinya dan tujuan dia
dijadikan serta ke mana tempat kembalinya selepas ini [2]
Sentiasa mengkaji Al Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya kerana
al-Quran merupakan ubat mujarrab dalam mengubati penyakit zahir dan batin [3]
Iltizam atau berterusan dalam menjalankan syari’at Allah termasuk amal ibadat
seperti solat berjemaah, puasa, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menutup
aurat, memakmurkan masjid dan sebagainya bukan terus berhenti dengan
berlalunya Ramadhan.
قال الرسول e:
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya : “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang
berterusan walaupun itu sedikit.” Siti Aisyah sendiri ketika melakukan
suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya secara berterusan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Cara untuk memiliki sifat Istiqamah yang ke-[4] Suka
membaca kisah-kisah orang soleh sehingga boleh dijadikan ikutan dan teladan di
mana Al Qur’an banyak menceritakan kisah-kisah para nabi, rasul dan orang-orang
yang beriman terdahulu. Firman Allah dalam ayat 120 surah Hud:
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ
بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ
لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan
kepadamu (wahai Muhammad), untuk menetapkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini
kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman
[5] Memperbanyak do’a pada Allah agar
dianugerahkan sifat istiqamah antaranya
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas
agama-Mu”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu daripada terpesong dari
landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.
[6] Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh di mana
teman banyak mempengaruhi corak hidup seseorang samada ke arah kebaikan atau
terheret kepada kejahatan. Jauhi tempat atau perkara yang mendorong kepada
maksiat
قال الرسول e:
مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ
الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ
مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا
أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري
ومسلم
Maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat
seumpama berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus
bara api). Pengedar minyak wangi sama ada dia memberi anda sebahagian atau anda
membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga
baunya. Manakala tukang besi pula
samada dia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Berkumpulnya kita di tempat yang mulia ini pada hari yang mulia bagi
menghidupkan sunnah nabi s.a.w untuk dengan sama-sama menunaikan solat sunat
hari raya seterusnya mendengar nasihat melalui khutbah. Islam mengajak kita
berkasih saying antara satu sama lain serta menyuburkan budaya ilmu termasuk
pada hari raya yang mulia ini. Tanpa kasih sayang maka keadaan keluarga porak
peranda, masyarakat menjadi huru-hara, dunia dipenuhi peperangan sini sana. Ramadhan tahun ini
dikejutkan dengan pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen TV swasta disamping
jenayah yang lain yang menunjukkan antara contoh bahayanya kehilangan sifat
kasih sayang.
Begitu juga tanpa ilmu maka pergerakan manusia menjadi sia-sia
termasuk dalam menghidupkan hari raya. Bila ada ilmu maka banyak pahala
daripada amalan dan adab hari raya dapat diraih sedangkan tanpa ilmu bukan saja
pahala tidak dapat malah dikotori pula kesucian hari raya dengan dosa maksiat
seperti pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan, pembaziran, pendedahan aurat
dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu ramai yang terjebak dengan ajaran sesat
dan mudah terpengaruh dengan perkara yang jelas menyeleweng daripada syariat
Islam. 2 bulan lepas negara digemparkan dengan tindakan nekad seorang yang
mengaku Imam Mahdi menyerang pejabat pentadbiran negara di Putrajaya. Oleh itu
kita wajib sedar bahawa proses dalam mendalami ilmu agama berterusan selagi
hayat dikandung badan. Ibarat kata syair : “Semua bekas akan menyempit kerana
penuh jika sentiasa diisi kecuali bekas ilmu di mana ia semakin meluas”.
Semakin banyak kita belajar maka semakin kita merasakan banyak lagi ilmu yang
kita belum terokai. Kegagalan dalam menerokai pelbagai bidang ilmu menyebabkan
umat Islam terus ketinggalan dalam banyak bidang sehingga banyak bergantung
kepada kepakaran orang bukan Islam. Malah pengabaian terhadap ilmu fardhu ‘ain
yang dipandang remeh temeh atas alasan memperkasakan ilmu fardhu kifayah turut
menjadikan semakin ramai umat Islam sendiri semakin tenggelam dengan mengejar
dunia semata-mata. Ia ibarat mahu ke Kuala
Lumpur tetapi tiket yang dibeli hanya setakat ke
Pahang sahaja.
Apa yang paling ditakuti mereka akan kehilangan kedua-duanya
sekali sehingga dunia yang dikejar keciciran manakala akhirat yang bakal
dilalui penuh penderitaan dan penyesalan. Kita turut merasa hairan apabila
Negara telah 55 tahun menyambut kemerdekaan dan semakin banyak tumbuh universiti
tetapi banyak hospital kerajaan seolah-olah tidak mempunyai doktor wanita yang
boleh mengurus bahagian kelahiran anak sehingga aurat dan maruah perempuan
terpaksa didedah kepada doktor lelaki. Jika yang ada duit lebih bolehlah mereka
melahirkan anak di klinik swasta yang menyediakan doktor wanita tetapi
bagaimana rakyat yang susah.
Akhirnya rakyat kembali semula mencari bidan
kampung untuk melahirkan anak atau tidak pelik jika ramai muslimat memberi
alasan untuk tidak beranak daripada mendedahkan aurat kepada doktor lelaki.
Menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah ini
agar tidak dibebankan dengan dosa yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah di padang
Mahsyar nanti.
Muslimin dan muslimat yang
dihormati sekalian,
Duduknya kita di tempat mulia,
pada hari raya yang mulia dengan berlainan jantina, umur, pangkat, harta mampu
menanamkan rasa kasih sayang antara kita. Didikan puasa Ramadhan dikuti dengan
kewajipan berzakat seterusnya nikmat hari raya di mana semuanya ini memupuk
rasa kasih sayang. Kasih sayang mampu menambahkan rezeki dan memanjangkan umur
kita sebagaimana sabda nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam
Bukhari dan Muslim :
قال الرسول e:
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ
فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan
umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim
Imam Ibnu Hajar pernah menyebut bahawa nabi apabila disebut tentang hadis
ini dihadapannya lalu baginda menjelaskan dengan hadis lain yang diriwayatkan
oleh at-Tabarani yang bermaksud : Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal
tetapi ia bermaksud seseorang itu diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa
berdoa untuknya selepas kematiannya.
Inilah antara keberkatan umur yang dicari iaitu bukan semata-mata banyak
pada kuantiti atau bilangan angka sebaliknya walau pun umurnya pendek namun
pahala amalan terus bersambung melalui doa anak yang soleh, sedekah jariah,
ilmu yang memberi manfaat dan sebagainya. Malah dari segi hayat hidup umat nabi
Muhammad sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding umat dahulu yang mencapai
ratusan malah ribuan tahun namun dengan penganugerahan Lailatul Qadar sebagai
contohnya maka keberkatan umur dengan gandaan pahala melebihi umat dahulu.
Oleh
itu sebagai ibubapa jangan kita sekali-kali mengabaikan pendidikan agama
terhadap anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh yang terus memberi saham
selepas kematian kita nanti. Jangan hanya pandai ‘menternak anak’ iaitu hanya
tahu memberi makan, pakaian, tempat tinggal sahaja kepada anak sedangkan ilmu
dan didikan agama diabaikan sehingga kita tidak mampu menumpang doa anak-anak.
Proses tarbiah anak tidak akan terhenti kecuali bila berlaku antara 2 perkara
samada ibubapa yang mati dahulu atau anak yang lebih dahulu meninggal dunia.
Proses tarbiah anak ibarat menjaga sebuah pohon kayu iaitu bermula dengan
mencari benih yang baik iaitu suami soleh dan ditanam pula pada tanah yang
subur itu isteri yang solehah. Kemudian ia dibaja dengan baja yang terbaik dan
disiram iaitu dengan ilmu agama. Walau pun pohon itu telah besar namun mesti
dijaga daripada parasit atau perkara yang boleh merosakannya iaitu maksiat dan
unsur negatif yang boleh merosakkan iman dan akhlak anak-anak. Jangan beri
alasan umur telah besar panjang, anak telah keluar universiti atau pun telah
berumahtangga menyebabkan proses tarbiah terhenti. Terlalu rugi mempunyai anak
yang tidak berbudi dan tidak mampu berdoa untuk ibubapanya terutama selepas
kematian mereka.
Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan amalan silaturrahim mampu memberi
keberkatan umur dengan diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan
dipelihara daripada melakukan maksiat. Berkat silaturrahim juga menyebabkan
kebaikan seseorang itu terus dikenang selepas kematiannya dengan kehendak Allah.
Oleh itu gunakanlah kedatangan hari raya ini untuk menghubung kasih sayang
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قال الرسول e: لا
تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ :
عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ
مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا
عَمِلَ فِيهِ - رواه الترمذي
Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat
sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia
habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya,
dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4] tentang ilmunya,
apakah yang dibuat dengannya
Berkumpulnya kita pada hari raya yang mulia ini dapat merapatkan yang jauh
di mana ada anak yang sudah lama tidak berjumpa ibubapa, ada yang lama tidak
menjenguk sanak saudara dan ada yang sudah lama tidak berjumpa teman lama.
Pertemuan ini sepastinya digunakan sebaik mungkin dalam merapatkan hubungan
yang semakin renggang. Cuba lihat di
kiri kanan kita, lihat depan dan belakang kita. Boleh dikatakan kita
dikelilingi oleh datuk nenek, ayah ibu, isteri atau suami, adik-beradik, sanak
saudara dan teman-teman kita. Adakah kita boleh bayangkan bagaimana bukan
sahaja pada hari ini kita mahu duduk bersama mereka untuk menyambut hari
lebaran sebaliknya kita mahu turut bersama dengan mereka untuk menikmati nikmat
Syurga Allah di akhirat kelak. Ingatlah bahawa untuk memasuki Syurga Allah
tidak cukup setakat angan-angan tetapi mesti dengan ilmu dan pengamalan agama
dalam kehidupan seharian. Oleh itu pastikan diri kita, ahli keluarga, jiran
tetangga, teman-teman kita melaksanakan kewajipan agama disamping menjauhi
tegahan Allah. Tarbiah Ramadhan banyak mendidik kita supaya menjauhi segala
yang haram bukan sahaja dari segi makan minum malah mengawal segala anggota
yang lain samada tangan, kaki, perut, kemaluan, mata, lidah, telinga daripada
melakukan maksiat derhaka terhadap Allah.
Kita sebagai rakyat bukan sahaja
wajib menegur kemungkaran sekitar kita malah yang melibatkan teguran terhadap
pemimpin supaya memerangi secara bersungguh jenayah rasuah, pecah amanah, riba
serta tidak menjadikan hasil haram yang merosakkan akhlak sebagai sumber
yang terlalu ditagih seperti arak dan judi di mana cukai keduanya bagi tempoh 4
tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Begitu juga masalah
kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa
sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja
menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah
mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa
hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak
daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri.
Malah kita turut bimbang dengan
pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan
membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas
untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah termasuk memeras wang
rakyat yang pulang beraya. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka
rakyat terus menderita di negara sendiri. TV dan akhbar asyik menyiarkan wang
ratusan ringgit yang diberi kepada rakyat sedangkan wang ratusan juta malah
billion ringgit yang dirompak melalui rasuah dan pecah amanah minta dihalalkan.
Sepatutnya 55 tahun merdeka maka pemikiran dalam memberi keselesaan kepada
rakyat semakin terbuka bukannya politik balas dendam seperti penjajah terus
membara sehingga rakyat Kelantan contohnya yang majorit Islam bukan sahaja
dinafikan royalti malah pembinaan lebuhraya untuk kemudahan turut disekat. Bila
kerajaan negeri ingin membina lebuhraya rakyat maka bukan sahaja diperlecehkan
malah ditekan pula kontraktor yangi ingin membinanya. Begitu juga keselesaan
rakyat Selangor yang mengecapi nikmat air percuma ditekan agar air berbayar
dapat dijalankan semula. Bila rakyat mahu pendidikan percuma maka ia
dikatakan bakal bankrap kan Negara sedangkan rasuah dan pecah amanahlah menjadi
punca besar kehancuran Negara. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah
dijual beli dan ditipu berkali-kali
قال الرسول e: لاَ
يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Seorang mukmin tidak
akan disengat dari lubang yang sama 2 kali
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ
مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ
وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ
أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً
وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ
جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ
اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ
فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ
فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada
sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu,
maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang
demikian)? Dan (ingatlah), kepada
Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan
yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin
dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah
menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama
yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan.
Begitu juga penderitaan bangsa Ronghiya di Maynmar di mana kampung mereka
diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh tanpa
pembelaan. Pemimpin Negara umat Islam wajib berada di sof hadapan dalam
membantu suadara seagama yang sedang menderita bukan mengecut di belakang musuh
Islam
Takbir Allahu Akbar merupakan ikrar yang mengatakan yang lain daripada Allah
adalah kecil dan lemah. Semoga
semangat menyambut hari raya bersama dengan semangat dalam melaksanakan system
al-Quran dalam kehidupan seharian. Jika di sebuah negara di Amerika Syarikat
penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah
menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen maka di Malaysia
sepatutnya kita memilih golongan yang ingin melaksanakan hukum Hudud bukan
golongan yang memberi amaran agar tidak dilaksanakan Hudud malah bertindak
menyaman di Mahkamah. Kita juga berdoa agar tindakan teruk Jawatankuasa
Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para
khatib masjid di seluruh negara yang 90% rakyatnya muslim untuk melaksanakan
solat Jumaat pada hari Sabtu atas alasan pemindahan tersebut kerana dinilai
mengganggu jam kerja. Di negara kita sudah banyak aduan umat Islam yang disekat
daripada mengerjakan solat Jumaat atas alasan sama oleh majikan. Penjajah tidak
berani menukar cuti Jumaat kepada Ahad tetapi anak didiknya yang mengaku
pejuang bangsa dan agama berani menukarnya
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan
muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut
bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi
merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham
akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w
:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ
كَصِيَامِ الَّدهْرِ (
رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian
diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya
seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ
سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ
بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ
وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا
يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى
فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى
جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا
ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي
سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا
مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا
عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً
مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ
دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ
وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ
المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ،
وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ
وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى
الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا
شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ
يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ
تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ
حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ
الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment