SOALAN:
Kita pasti kagum dengan orang yang dapat memulakan sesuatu yang berbeza sedangkan suatu masa dahulu idea itulah yang diperlekehkan. Kisah orang berjaya selalunya ada cerita luar biasa di sebaliknya. Saya percaya Dr. Tuah juga begitu. Jika tidak, mana mungkin dapat menghasilkan sebegitu banyak karya yang mengagumkan.
Budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita seperti yang diketahui memanglah rendah. Namun buku-buku Dr. telah banyak diterbitkan dan ada yang diulang cetak berkali-kali. Bagaimanakah semua ini boleh berlaku dan apakah agaknya petua untuk menjadi luar biasa ini?
JAWAPAN:
Ya betul! Untuk menjadi luar biasa, saudara kena berfikir secara luar biasa. Disebabkan itu mungkin saudara akan dikatakan ‘kurang normal’ bahkan juga gila, tetapi hakikatnya seorang pereka memang memiliki ‘idea gila’.
Tidak perlu merujuk kepada para pereka bertaraf dunia, di tanah air kita juga sering mendapat jolokan ini. Sewaktu saya melawat Ladang Nasuha, pengasasnya iaitu Tuan Haji Nasuha pernah memberitahu saya, betapa dia pernah dituduh gila kerana menanam pokok herba.
Memanglah aneh kerana ketika itu orang sibuk menanam anak getah ataupun kelapa sawit tetapi beliau menanam pokok herba. Tidak nampak potensinya untuk menjadi duit tetapi kini ladang herba nasuha menjadi begitu terkenal di serata dunia.
Bahkan, sekarang ini beras tiruan hasil campuran bahan mentah daripada isi ikan, ayam, jagung, sayur-sayuran dan ubi kentang turut direka. Ia sungguh menakjubkan sehingga meraih minat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang mahu menjadikannya bekalan bagi menampung keperluan penduduk dunia dalam mendepani masalah kekurangan makanan.
Perekanya adalah seorang anak tempatan, Wan Abu Bakar Wan Omar yang berasal dari Kelantan. Lebih ‘gila’, dia langsung tiada memiliki latar belakang kejuruteraan mahupun sains. Tetapi produk beras alternatif ciptaannya yang dinamakan BVita itu mencuri perhatian dunia.
Produk baru ini dihasilkan dengan menggunakan mesin ciptaan Wan Abu Bakar sendiri. Tiada berbeza dengan beras biasa, beras optik ini juga boleh dimasak sesingkat lima minit. Ia juga boleh dinikmati dengan ditambah air panas sahaja sekali gus sesuai bagi kegunaan kecemasan dan anggota keselamatan.
Semua ini timbul pada tahun 1998 ketika rantau Asia dilanda krisis ekonomi meruncing. Saya tiba-tiba terfikir apa akan terjadi sekiranya dunia tidak lagi mampu mengeluarkan beras terutama jika tanah sawah terbatas.
Dari situ, saya cuba menghasilkan beras gentian daripada campuran isi ikan, ayam atau sayur-sayuran. Menggunakan mesin yang saya cipta sendiri. Alhamdulillah... ia berjaya,” katanya.
Ironinya, beras BVita yang diinginkan oleh UNHCR itu adalah produk sama yang pernah dipersembahkan Wan Abu Bakar kepada seorang pegawai tinggi kerajaan bergelar profesor.
Ketika PBB memintanya menghasilkan lebih banyak beras seumpama itu, pegawai berkenaan menempelaknya dengan alasan bagaimana seseorang yang tiada asas pertanian boleh menghasilkan beras gentian sedangkan dia yang bergelar profesor tidak mampu berbuat demikian. Beliau juga pernah dilabel gila. Bukan sekali malah dua kali menjadi bahan ketawa pegawai yang kononnya lebih berkelayakan.
Apa yang saya paparkan sekadar contoh tentang mereka yang berfikir luar biasa bakal dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa juga. Biasa-biasa akan berkesudahan sebagai biasa sahaja, tetapi berfikir luar biasa akan menjadi luar biasa atau dalam erti kata lain... hebat! Pada saya, inilah sebenarnya yang lebih menepati istilah inovasi dan kreativiti. Islam juga menggalakkan kita berfikir.
Daripada Imran katanya:
“Aku bertanya ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?” Baginda menjawab, “Setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”- HR Bukhari
Manusia adalah makhluk yang bekerja. Bahkan manusia tidak akan mendapatkan suatu apa pun kecuali apa yang diusahakannya sendiri. Oleh itu tidaklah menghairankan jika kita juga sering mendengar bahawa masuk syurga atau neraka itu sangat ditentukan oleh amalan, perbuatan dan usahanya ketika di dunia.
Aspek-aspek kerja dalam Islam sesungguhnya terkandung dalam bentuk yang sangat luas mencakupi seluruh kehidupan itu sendiri. Ia bersifat fizikal, intelektual dan juga spiritual.
Apa yang ditekankan oleh Islam ialah agar kita bekerja atau berusaha untuk kebaikan dan dengan cara yang baik. Ini kerana orang yang beriman dan bekerja dengan baik, ALLAH SWT akan memberinya kehidupan yang baik.
Sesungguhnya kerja dengan amal mempunyai terjemahan yang sama di dalam Islam meskipun masyarakat mengenalinya dari sudut yang berbeza. Amal seringkali diberi makna pada tindakan atau kerja kebajikan.
Manakala kerja dikategorikan pada tindakan manusia yang menghasilkan upah atau gaji dalam bentuk wang mahupun material dan sebagainya yang bersifat ekonomi. Ini untuk menjaga kelangsungan hidup bagi diri sendiri atau orang di bawah tanggungjawabnya.
Dalam Islam, dasar kerja atau amal adalah niat yang akan membezakan sama ada sesuatu tindakan itu berupa kebajikan atau tidak. ALLAH SWT menegaskan bahawa menjadi satu kewajipan kepada kita untuk melakukan yang terbaik dalam memikul amanah kerana ALLAH SWT tidak akan memberatkan seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya.
Oleh sebab itu, seseorang itu dikurniakan-NYA kelebihan yang tersendiri. Untuk itu dia akan dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah mahir (tahu) tentang sesuatu itu. (Sumber: JAKIM)
Kelulusan akademik semata-mata tidak boleh digunakan sebagai pengukur tunggal daya kreativiti dan inovasi seseorang. Lihat bagaimana akhirnya Pos Malaysia mendapat idea untuk menghantar ubat secara berkala kepada pesakit tanpa perlu menunggu lama di hospital.
Idea ini timbul selari dengan kehidupan dan keperluan semasa, bukan sama sekali dengan pencapaian akademik.
Sememangnya kecerdikan seseorang itu banyak ditolak oleh kemahuannya untuk berfikir secara berbeza atau luar ‘kotak’. Kadang-kadang semakin ‘gila’ idea seseorang sebenarnya semakin kreatif dan berinovatif jadinya.
Mereka inilah yang akan berfikir secara luar biasa sehingga kehidupan kita menjadi semakin baik setiap masa. Para pereka sama ada besar mahupun kecil (daripada sekecil-kecil barang permainan sehinggalah sebesar-besar barang seperti roket yang dilancarkan ke bulan) merupakan mereka yang tidak berfikir secara biasa tetapi amat luar biasa.
Kesimpulannya, jika saudara ingin menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi tinggi, berfikir dan rangsanglah diri dengan pemikiran luar biasa agar saudara turut menjadi hebat. Islam berbangga dengan umatnya yang cemerlang lagi terbilang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana.

No comments:
Post a Comment