Utamakan pemimpin diyakini rakyat
Kempen patut berlandaskan kualiti peribadi bukan taktik kotor malukan individu
Segala kekuasaan dan kemuliaan itu adalah hak mutlak Allah SWT. Dia berhak memberi kuasa pemerintahan dan kemuliaan kepada sesiapa saja yang dikehendaki dan menarik balik semua itu daripada sesiapa dikehendaki.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan
(Allah) yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang
mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah saja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-Imran, ayat 26)
Jangan memburukkan lawan
Pendekatan memburukkan orang lain bagi mencapai apa juga matlamat, jauh berbeza dengan pendekatan yang digunakan Rasulullah SAW ketika melancarkan kempen Islam kepada penduduk Yaman.
Tambahan pula terdapat golongan intelek terdiri daripada ahli kitab dalam kalangan penduduk Yaman itu. Dalam hal ini, Rasulullah SAW tidak menggunakan pendekatan mendedahkan atau menyebarkan kesesatan dan keburukan agama sedang dianuti penduduk Yaman ketika itu.
Sebaliknya Baginda memulakan sesuatu kempen dengan menonjolkan kekuatan dan kualiti peribadi pemimpin yang ditugaskan untuk berkempen iaitu Mu‘az bin Jabal. Maksudnya, Baginda cuba membina kepercayaan dalam diri pihak yang dikempen (penduduk Yaman) terhadap Mu‘az bin Jabal.

Menerangkan mengenai diri Mu‘az bin Jabal yang diutuskan
itu, Rasulullah SAW telah menulis sepucuk surat kepada penduduk Yaman.
Dalam surat itu Baginda SAW menyatakan: “Sesungguhnya aku telah utuskan
kepada kamu orang yang terbaik daripada keluargaku.”
Surat Baginda ini sudah tentu dapat memberikan pengaruh besar dan membina kepercayaan yang tinggi dalam diri penduduk Yaman terhadap Mu’az bin Jabal. Paling tidak mereka mengetahui Mu‘az bin Jabal adalah orang terbaik kerana beliau sebahagian daripada ahlul bait Rasulullah SAW.
Jelas di sini dalam berkempen, kualiti peribadi dan latar belakang seseorang pemimpin itu adalah salah satu kekuatan atau kelebihan yang patut ditonjolkan. Hal ini dapat membina kepercayaan terhadap seseorang pemimpin.
Bagi membuktikan pentingnya aspek kualiti peribadi seseorang pemimpin itu, Rasulullah SAW sentiasa berpesan secara khusus kepada pemimpin supaya memelihara kualiti diri dengan bertakwa kepada Allah SWT, memperbanyakkan zikir dan bertaubat apabila terlanjur melakukan kesalahan.
Atha’ bin Yasar menyatakan, Rasulullah SAW mengutuskan Mu‘az bin Jabal ke Yaman, lalu Mu‘az berkata: “Wahai Rasulullah, berikanlah aku wasiat. Baginda SAW bersabda: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dengan semaksimum kemampuan. Sebutlah nama Allah SWT setiap kali engkau melintasi batu-batuan dan pohon-pohonan. Apabila engkau melakukan kesalahan, maka iringilah dengan taubat. Kesalahan yang tersembunyi dengan taubat yang tersembunyi, kesalahan yang terang-terangan dengan taubat yang terang-terangan.” (Riwayat al-Bukhari)
Tonjolkan kekuatan, kualiti diri
Apabila berkempen, perkara utama perlu dititikberatkan adalah menonjolkan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki iaitu aspek kualiti diri pemimpin dan perancangan pembangunan, bukan mendedahkan kelemahan dan keburukan orang lain semata-mata untuk menutupi kepincangan yang ada.
Ada kala kerana terlalu asyik mendedahkan kelemahan dan keburukan orang lain, mereka terlupa untuk menonjolkan kekuatan serta kelebihan yang ada. Bukan setakat itu, malah mereka juga terlupa melaksanakan segala janji yang ditaburkan.
Sebagai pemimpin, terutama yang memperjuangkan Islam, mereka seharusnya membina budaya dan sikap tersendiri. Mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan budaya dan sikap yang dilarang oleh Islam.
Mesej Islam yang dibawa seharusnya membentuk satu pasukan Islam yang sentiasa mengikut peraturan dan adab sopan Islam. Dalam hal ini biarlah masyarakat tertarik dengan kualiti peribadi pemimpin dan perancangan pembangunan yang diatur.
Jangan membuat fitnah, menyebar fitnah, mengumpat dan mendengar umpatan. Islam melarang umatnya mendedahkan aib orang lain sebaliknya diminta supaya menutup keaiban itu daripada pengetahuan umum.
Perkara paling penting ialah kebaikan dan perancangan pembangunan yang berteraskan Islam perlu ditonjolkan setiap masa. Usaha ini lebih berkesan daripada menyerang musuh dengan mendedahkan keaiban mereka.
Tidak salah jika kita mempelajari cara syarikat mempromosi produk mereka. Dalam iklannya, tidak pernah didedahkan kekurangan dan kelemahan produk syarikat lain sebaliknya kebaikan serta kelebihan yang ada pada produknya didedahkan sepenuhnya berkali-kali.

No comments:
Post a Comment