Mitos kanser perlu
dicantas
|
Oleh BH
Kadar
kematian penyakit digeruni terus meningkat setiap tahun
Ramai pesakit kanser bertarung nyawa untuk hidup,
tidak kurang yang tewas dan maut. Oleh itu, ramai yang gerun apabila mendengar
penyakit kanser. Setiap tahun, lebih 12.7 juta orang dilaporkan mendapatkan
rawatan akibat kanser dan 7.6 juta pula maut akibat penyakit
itu.
Namun, 30 peratus kanser boleh dirawat seandainya pesakit menjalani terapi di
peringkat awal.
Amalan hidup sihat penting untuk memastikan masyarakat bebas daripada ketakutan
memandangkan pencegahan lebih baik untuk mengelak risiko kanser.
Melawan kanser agenda utama setiap tahun apabila tarikh 4 Januari diisytiharkan
Hari Kanser Sedunia dengan menekankan tema berbeza.
termasuk persekitaran bebas rokok dan alkohol, saranan diet sihat dan senaman
untuk 2012 pula kempen mengenai kanser kulit akibat pendedahan UV.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih ‘Dispel damaging Myths and
misconceptions about cancer’ sebagai tema Hari Kanser Sedunia. Tema memberi
gambaran lebih jelas mengenai mitos penyakit boleh menyerang siapa saja.
Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari
Somasundaram, berkata kanser tidak boleh dilihat sebagai penyakit biasa dan
sebahagian masalah masyarakat kerana memberi kesan dalam aspek kehidupan.
Di Malaysia, kanser adalah punca utama kematian dan majoriti mereka mula
menyedari ia sudah berada pada tahap akhir penyakit.
Katanya, laporan mendapati kesedaran masyarakat tempatan mengenai kanser sangat
rendah dan kurang pengetahuan mengenai amalan pencegahan.
“Secara purata, setiap tahun penghidap kanser yang berada pada tahap tiga dan
empat meningkat sebanyak lima peratus berbanding negara maju rekodnya mendatar.
“Penyakit itu boleh dicegah jika masyarakat berusaha menghapuskan faktor risiko
yang dikongsi terutama pengambilan tembakau, diet tidak sihat, kurang
pergerakan fizikal dan pengambilan alkohol berlebihan,” katanya baru-baru ini.
Amalan pencegahan.
Dr Saunthari berkata, perubahan gaya hidup lebih teratur mampu menyumbang
kesihatan yang baik dan sekali gus dapat mengurangkan beban individu, keluarga
dan sosioekonomi.
“Mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalani rawatan berkala boleh mengelak
daripada mendapat kanser. Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) prihatin terhadap
gejala penyakit ini dan sesetengahnya memberi perkhidmatan perubatan secara
sukarela.
“Kita kena sentiasa berwaspada dan boleh menyerang sesiapa. Masyarakat patut
bertindak melawan kanser,” jelasnya.
INFO:
* Antara jenis kanser termasuk paru-paru (12.7 peratus); payudara (10.9
peratus) diikuti kolorektal (9.8 peratus).
* Kanser paru-paru pembunuh utama di seluruh dunia.
* Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengekang penularan sel kanser
dalam badan daripada merebak ke organ lain.
* Jangan menganggap ia tidak penawar. Dapatkan mendapatkan maklumat betul
daripada pakar dan jangan tunggu saat akhir.
*Tidak dinafikan hingga kini, masih ramai wanita tidak mendapatkan pengesanan
dan rawatan awal kerana kurangnya pendedahan serta pengetahuan mengenai bentuk
fizikal sendiri.
Mitos kanser 2013.
Mitos 1: Kanser hanya isu kesihatan.
* Biarpun kanser adalah satu masalah kesihatan, ia tidak seharusnya dipandang
ringan memandangkan penyakit ini mampu membunuh, melemahkan keyakinan diri,
keluarga dan melemahkan sistem ekonomi.
* Jangan lihat kanser sebagai masalah sosial kerana jumlah peningkatan kes
semakin meningkat berbanding negara maju.
* Pencegahan dan amalan rutin sihat perlu diamalkan sejak awal usia supaya
penyakit ini tidak merebak.
* Kerajaan dan pihak bertanggungjawab mula menjalankan langkah awal termasuk
mengawal pengeluaran produk makanan segera bagi salah satu cara mencegah
kanser.
Mitos 2: Kanser penyakit orang kaya dan berlaku di negara maju.
* Rekod kesihatan dunia menunjukkan negara sedang membangun menunjukkan kadar
kanser lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang tidak menunjukkan graf
peningkatan sejak beberapa tahun lalu.
* Malaysia mula merekodkan peningkatan kes sebanyak lima peratus setiap tahun.
* Masalah itu berpunca daripada gaya hidup dan aktiviti sosial termasuk
kekurangan diet seimbang, rokok dan sebagainya.
Mitos 3: Kanser hukuman bunuh.
Masyarakat lebih suka mengambil langkah mudah dan meletakkan penyakit itu
sebagai ketentuan bahkan menjadikan penyakit sebagai alasan.
* Jika dikesan awal, kanser boleh dirawat kerana kelengkapan rawatan tersedia.
* Sebagai contoh, hanya 34 peratus wanita menjalankan pemeriksaan papsmear
sebagai amalan susulan dan jumlah itu sangat membimbangkan.
* Di Amerika Syarikat sebanyak 80 peratus kes kanser dapat diselamatkan kerana
ia dikesan di peringkat awal.
Mitos 4: Kanser adalah ketentuan.
* Pendekatan dan maklumat mengenai kanser perlu diberikan diberi penekanan
khususnya di desa.
* Kanser boleh dielak jika masyarakat tidak mengambil sikap sambil lewa
terhadap kesihatan mereka.
* Amalkan gaya hidup sihat, mengubah tabiat buruk dan seimbangkan aktiviti
fizikal untuk kecerdasan diri.
* Buang sikap tunggu dan lihat dan akhirnya menyalahkan keadaan.
* Menerusi amalan hidup yang betul, satu pertiga dari kes kanser dapat dicegah
dan mengembalikan kualiti kehidupan seseorang.
Mitos tambahan
-Risiko kematian akibat kanser semakin meningkat di Amerika Syarikat
*Sejak 1990, kajian perubatan mula menurun dan ramai pesakit kanser dilaporkan
kembali pulih dan menjalani kehidupan normal kerana masyarakat Amerika
mengambil langkah pencegahan dan perubatan awal.
- Bahan kimia terkandung dalam daging panggang punca kanser.
*Anda boleh meningkatkan risiko kanser jika mengambil daging merah dipanggang
pada suhu tinggi secara kerap kerana kandungan carcinogen atau bahan kimia
membawa ke kanser yang tinggi dalamnya.
*Berdasarkan laporan terkini, daging merah atau ayam panggang masih boleh
dimakan dengan kuantiti kurang dan dimasak dengan kaedah lain dulu.
-Penggunaan sekali sehari losyen pelindung tabir cukup untuk cegah kanser
*Kekurangan pengetahuan mengenai cara sapuan tidak membantu mencegah kanser
memandang ia perlu digunakan mengikut keperluan perlindungan dan setiap
individu memerlukan jumlah berbeza
*Sapuan yang kerap dan mencukupi dapat membantu kulit terlindung dari bahaya
yang tidak jelas namun kanser kulit memberi kesan besar terhadap pesakit.
*Lebih dari 1 juta kes kanser kulit dilaporkan tahun ini.
-Perokok kedua dan pencemaran udara.
* Jika anda bukan perokok namun sering bercampur dengan perokok, potensi anda
mengalami kanser paru-paru masih tinggi dengan kadar risiko sehingga 30%.
* Kajian juga menunjukkan pencemaran udara dan asap turut mendedahkan risiko
kanser dikalangan masyarakat kerana kandungan kimia berbahaya.
-Rawatan pembedahan kanser punca penyakit itu merebak ke seluruh badan.
*Sejak beberapa tahun lalu, ramai pesakit mengelak untuk lakukan pembedahan
membuang kanser mereka kerana khuatir ia mampu merebak ke bahagian lain tubuh.
*Faktanya sesetengah jenis kanser termasuk kanser testis perlu dibuang seluruh
bahagian itu. Dalam kebanyakan kes, adalah satu kemestian untuk membuang
bahagian jangkitan kanser.
*Pembedahan dilalukan pakar pastinya melalui pelbagai kaedah perlindungan serta
penjagaan demi keselamatan pesakit.
No comments:
Post a Comment