Memulakan kerjaya pendidik di SK LKTP Pasak, Kota Tinggi, Johor pada 1 Januari 1974. Setelah tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur, sesi 1972-1973. Apabila lulus STP tahun 1976 saya ditukarkan ke SMK Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Pada tahun 1979 saya diberi peluang mengikuti Kursus Kesihatan dan Pemakanan di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu selama tiga bulan. Pertama kali menjejaki kaki di bumi Terengganu Darul Iman yang pernuh berkat dan tersangkut pula dengan mek Terengganu, iaitu dua pupu saya yang kebetulan tinggal di Kg. Bukit Besar, tidak jauh dari Maktab PP tempat saya berkursus. Akhir tahun 1979 saya memohon bertukar ke Terengganu. Semua rakan dan saudara mara terkejut kerana ingin bertukar ke Terengganu. Tetapi itulah ketetapan yang Allah telah tetapkan untuk saya. Saya bersyukur dan tidak pernah menyesal, walaupun ramai yang menyindir, tersangkut mek Terengganu.
Pada tahun 1980 saya bertukar ke SMK Tun Telanai, mengajar waktu petang sehingga tahun 1986, sempat bersama Puan Latipah Abd Ghani (PK HEM) dan Tuan Haji Kamarudin Chik (PK Ko) di SKSS1.
Pernah bertugas di Jabatan Pendidikan Terengganu pada bulan Jun 1986 hingga akhir 1988 di Unit Naik Pangkat. Kemudian bertukar ke SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Kemudian pada bulan Jun 1992 ditukarkan ke Jabatan Pelajaran Terengganu sebagai Penyelia Buku Teks selama satu tahun setengah. Mulai tahun 1993 akhir ditukarkan sebagai Penyelia Disiplin dan Kaunseling sehingga September 2002.
Setelah puas menjadi penyelia di Jabatan Pelajaran Terengganu, saya memohon ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu, sebagai Guru Besar. Waktu itu Pengarah Pendidikan ialah Allahyarham Dato Razali bin Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran.
Pada 1 Ogos 2008 saya ditukarkan ke SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Sesungguhnya berada di SK Sultan Sulaiman 1, terlalu banyak pengalaman dan peristiwa yang sukar dilupakan sebagai seorang pendidik. SS1 punyai cabaran yang hebat, tetapi saya bersyukur punyai kakitangan dan guru-guru yang sangat memahami tanggungjawab mereka, serta memberi sokongan yang padu terhadap kepimpinan saya.
Bersambung ......
sambungannya tuan?
ReplyDeletedan cabaran yg macammana tuan maksudkan di SS1.
kan wakt tu tuan da punya puluhan tahun pengalaman.
jadi apa lagi peristiwa yg menjadi cabaran kpd tuan?