Cg Syed

Monday, May 13, 2013

Boleh berjaya walau tak cemerlang
REJAL ARBEE

BANYAK akhbar memberi tumpuan kepada calon yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu.

Ia dipaparkan di muka depan kebanyakan akhbar arus perdana, dan dinyatakan 15,793 calon tahun lalu mendapat gred A bagi semua mata pelajaran diambil, meningkat 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Penulis bukan hendak mempersoalkan tumpuan akhbar kepada keputusan cemerlang ini, tetapi ia hendaklah tidak menjadi suatu yang dimegahkan dalam mana pelajar lain juga mendapat keputusan baik atau lulus.

Apa perlu dipertimbangkan juga ialah kedudukan murid-murid yang gagal dalam peperiksaan itu, termasuk yang hanya memperoleh kelulusan ‘borderline’.

Apakah mereka ini harus diabaikan sahaja untuk berusaha sendiri menghadapi masa depan yang tidak menentu atau apakah tidak boleh dilakukan usaha untuk memberi mereka ini peluang kedua bagi mencapai kejayaan.

Mereka ini juga adalah rakyat yang boleh memberi sumbangan berguna kepada negara sekiranya diberi bimbingan baik. Maka itu usaha perlu diberikan kepada mereka yang tercicir ini.

Pelbagai usaha boleh difikirkan supaya aset muda-mudi yang gagal atau lulus tahap biasa ini tidak terus menghadapi kegagalan dalam kehidupan hingga akan membebankan keluarga dan akhirnya negara sendiri.

Memang murid yang mencapai tahap kecemerlangan patut diberi pengiktirafan. Tentunya ibu bapa, sekolah dan guru-guru berbangga dengan pencapaian tersebut.

Dalam mengiktiraf pelajar-pelajar demikian, keputusan baik dalam peperiksaan tidak harus dianggap satu-satunya pengukur terhadap kecemerlangan pelajar.

Banyak lagi pencapaian lain perlu mendapat perhatian seperti berakhlak mulia walaupun pencapaian di bidang ini sukar diberikan markah secara objektifnya.

 Apa pun salah satu tujuan persekolahan mengikut apa yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, selain berusaha melahirkan suatu bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ialah juga untuk melahirkan pelajar beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

Falsafah pendidikan seperti diterapkan kementerian tidak ada cacat celanya kerana sememangnya usaha untuk memperkembangkan potensi individu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan kepada Tuhan diterima ramai.

Juga tiada kekurangan dengan matlamat melahirkan rakyat berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri bagi menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

Persoalannya apakah hasrat ini dapat diterapkan ke dalam sanubari semua murid setelah meninggalkan dunia persekolahan? Kiranya wujud sebilangan besar di antara mereka yang masih tidak dapat memenuhi kehendak itu tentunya ada kekurangan dalam usaha sekolah melaksanakan apa telah ditetapkan itu, kalau pun tidak dianggap suatu kegagalan.

Malangnya buat masa ini belum ada sebarang usaha untuk menilai tahap pencapaian itu atau diwujudkan suatu sistem untuk mengukur tahap pencapaian yang subjektif demikian ini. Mungkin kini sudah tiba masanya Jabatan Pelajaran memikir bagaimana pencapaian perkara subjektif demikian boleh diukur.

Sememangnya akhlak mulia dan keterampilan sesetengah lulusan sekolah kelihatan tidak menyenangkan dan perlu dibaiki. Benar usaha memupuk akhlak mulia bukan tanggungjawab sekolah dan guru sahaja. Tidak kurang penting adalah peranan ibu bapa dan penjaga untuk membimbing anak-anak mereka mencapai matlamat dikehendaki.  

Akhbar sendiri juga berperanan membantu usaha demikian supaya tidak lagi akan wujud cerita-cerita menyayat hati bagaimana bayi hasil keterlanjuran seseorang murid dibuang dalam tandas atau tong sampah. Dan dalam pada itu yang menghadapi padah tindakan hasil keterlanjuran itu ialah murid perempuan yang sudah pun menghadapi trauma perlu pula menghadapi tuduhan membunuh.

Padahal mereka ini telah mengambil keputusan nekad demikian kerana sudah buntu pemikiran sebab tiada tempat mengadu dan terpaksa menghadapi tekanan emosi dan kepahitan. Mereka ini sebenarnya memerlukan bimbingan untuk mengubah sikap supaya insaf dengan perlakuan terlampau mereka itu, bukannya menghadapi kemungkinan dihukum bunuh


Posted by SYED OTHMAN at 8:42 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Erti Kebaikan

Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya

Daripada Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Kebaikan itu laksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. Maka untung sekali bagi seseorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan´.

Hadis Riwayat Ibnu Majah




Brochure Maahad Tahfiz Al Hidayah

Brochure Maahad Tahfiz Al Hidayah

Maahad Tahfiz Al Quran Al Hidayah

Maahad Tahfiz Al Quran Al Hidayah

About Me

SYED OTHMAN
Kuala Terengganu, Terengganu
Pesara Guru Terlibat dengan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah
View my complete profile

Feedjit

Followers

ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE...

tomcat hosting | diseño logotipo

Blog Archive

  • ►  2016 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (112)
    • ►  December (2)
    • ►  November (9)
    • ►  October (20)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (23)
    • ►  February (16)
    • ►  January (11)
  • ▼  2013 (306)
    • ►  December (18)
    • ►  November (10)
    • ►  October (25)
    • ►  September (13)
    • ►  August (10)
    • ►  July (21)
    • ►  June (28)
    • ▼  May (34)
      •     KEHIDUPAN SIGNIFIKAN      Roslan Ab Hamid MK...
      • ‘Anak Angkat Masjid’ – Indahnya Kelembut...
      • Jangan dayus wahai lelaki WARTAWAN SINAR HARIAN...
      • Sawan boleh disembuhkan Hj Lokman Abd Hamid – P...
      • Jangan silap didik anak WARTAWAN SINAR HARIAN ...
      • KEMATIAN PASTI DATANG Hakikat Tak Terbantahkan ...
      • Antara mencintai tanahair dan penguasanya   Dr Mo...
      • Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yan...
      • GURU - Oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim Universiti Tai...
      • Hari yang Lamanya Lima Puluh Ribu Tahun T...
      • Alkisah Cikgu Ibrahim…  oleh Tuan Ibrahim T...
      • Antara ilusi dan harapan     Hishamuddin Rais ...
      • Masalah pembelajaran anak Bersama Haji Lokman A...
      • Amalan Sepanjang Bulan Rejab بِسۡمِ ٱللهِ ٱل...
      • Teras tuntut Najib perjelas kenyataan Ahmad Sa...
      • Boleh berjaya walau tak cemerlang REJAL ARBEE ...
      • Kemurungan Hj Lokman Abd Hamid - Alhidayahmedic...
      • Ibu segala tipu A Samad Said, ...
      • Asri: 'Mereka apikan isu perkauman langgar aja...
      • Menilai fakta, bukan menyebar dusta ABD RAZAK...
      • PRU13: Pengundi Cina bukan rasis; ini buktinya ...
      • SIAPA PEMIMPIN YANG HENDAK KITA PILIH? –  Ustaz ...
      • CERITA BENAR BUAT IKTIBAR -Ust. Pahrol Mohd Juoi...
      • Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya -,06 M...
      • Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manu...
      • Ingat sebenarnya kita dah Menang! Oleh TKOOffl...
      • Ini kalilah! Cikgu Azmi Abdul Hamid, 04 Mei 201...
      • Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai ...
      • Saya dan Husam Musa Haji Muzamir Haji Haron, ...
      • Solat Sunat Dhuha Posted by Shafi-Q. بِسۡمِ ...
      • Solat Sunat Isyraq Solat Sunat Isyraq dua rakaa...
      • Alkisah seorang murid pandai tapi… Tuan Ibrah...
      • 13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku - Ta...
    • ►  April (38)
    • ►  March (33)
    • ►  February (23)
    • ►  January (53)
  • ►  2012 (299)
    • ►  December (32)
    • ►  November (41)
    • ►  October (30)
    • ►  September (15)
    • ►  August (36)
    • ►  July (30)
    • ►  June (14)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (11)
    • ►  February (20)
    • ►  January (12)
  • ►  2011 (211)
    • ►  December (17)
    • ►  November (8)
    • ►  October (18)
    • ►  September (26)
    • ►  August (24)
    • ►  July (15)
    • ►  June (4)
    • ►  May (19)
    • ►  April (13)
    • ►  March (16)
    • ►  February (28)
    • ►  January (23)
  • ►  2010 (62)
    • ►  December (34)
    • ►  November (24)
    • ►  October (4)

Pautan

  • Alhiidayah medic
  • Hj Lokman Abdul Hamid - Terapi Penawar
  • SK Sultan Sulaiman 1


Opick-ubat Hati

Pages

  • Home
  • Cg Syed
Simple theme. Theme images by luoman. Powered by Blogger.