Ingat tujuh pesan Rasulullah
Seorang sahabat Baginda yang terkenal dengan gelaran ahli suffah, iaitu
golongan sufi yang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan
Baginda SAW bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar ialah Abu Zhar r.a.
Berkata Abu Zhar r.a bahawa Baginda SAW telah mewasiatkan kepadanya dengan tujuh perkara.
Pertama, Baginda menyuruh aku mencintai orang miskin dan mendekati mereka. Dalam setiap masyarakat pasti ada golongan yang kurang berkemampuan iaitu fakir dan miskin, kerana itu kita diperintahkan dengan ibadah zakat untuk membantu mereka.

Mengasihi golongan miskin adalah tuntutan agama sebagai tanda syukur
kita kepada nikmat ALLAH dan kita membantu sesama insan. Begitulah
keindahan hidup bermasyarakat yang dianjurkan oleh Islam atas
tanggungjawab saling membantu.
Kedua, Baginda menyuruhku agar tidak meminta-minta sesuatu kepada seseorang. Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdikari, iaitu berusaha mendapatkan segala nikmat yang datang daripada anugerah-Nya. Budaya meminta-minta tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh ALLAH. Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan berdoa kepada-Nya. Mintaklah hanya pada-Nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.
Ketiga, Baginda menyuruhku agar melihat kepada orang yang nasibnya lebih teruk daripada aku, jangan melihat kepada orang yang nasibnya lebih baik daripadaku.
Dalam soal kehidupan kita di dunia, kita tidak mampu untuk menandingi kekayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh orang lain.
Justeru Baginda mengajar bersyukur dan reda dengan apa dikurniakan ALLAH kepada kita. Jika melihat kelebihan yang ada pada orang lain dibimbangi akan mengundang perbuatan yang salah seperti menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya demi untuk mendapatkan kesenangan seperti orang lain.
Keempat, Baginda SAW menyuruhku menghubungkan silaturahim walaupun orang itu membenci aku. Persaudaraan Islam adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. ALLAH SWT mengingatkan kita dengan firmanNya bermaksud,
“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan antara kamu”. Hadis Baginda yang lain, menyatakan “tidak akan masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman, dan tidak beriman sehingga ia berkasih sayang”
Persoalan silaturahim umat Islam terhakis disebabkan ketaksuban fahaman politik sehingga sanggup memutuskan silaturahim dan menyemai kebencian, dendam serta berpuak-puak yang akhirnya merugikan umat Islam. Oleh itu janganlah kepentingan fahaman politik mengatasi tuntutan syariat.
Kelima, Baginda menyuruhku berkata benar walaupun pahit. Kebenaran yang mutlak adalah apa didatangkan ALLAH, iaitu al-Quran dan hadis Baginda SAW. Prinsip kebenaran inilah menjadi tonggak bagi umat Islam dalam melaksanakan segala urusan kehidupan mereka. Menyokong atas perkara yang benar, bukan kerana ia datang daripada ahli kumpulan atau jamaah yang sama, bukan kerana lambang atau logonya, tetapi pada benar atau salahnya sesuatu perkara.
Keenam, Baginda menyuruhku agar tidak gementar menjalankan apa diperintahkan ALLAH walaupun mendapat cercaan manusia. Memang akan ada manusia yang tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan, namun keredaan manusia bukanlah matlamat utama kerana kita adalah hamba ALLAH, bukan hamba manusia.

Oleh itu jangan berasa terhina apabila ada manusia menghina dan mencerca kerana para Nabi dan Rasul juga dihina dan dicerca oleh sebahagian manusia yang memusuhi mereka. Apa diperintahkan ALLAH dan Rasul itulah keutamaan diambil kira.
Ketujuh, Baginda menyuruhku agar perbanyak ungkapan la haula wala quwwata illa billah. Bergantung haraplah kepada-Nya. Dialah menentukan setiap perkara, baik buruk datang daripada keizinan-Nya. Banyakkan mengucapkan kalimah ini sebagai tanda perhambaan kita hamba yang lemah lagi hina.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memperingati diri kita kembali kepada pesanan dan menambah kecintaan kita kepada Baginda bagi mendekatkan kita kepada reda-Nya.
* Penulis ialah Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor
No comments:
Post a Comment