Kisah Pemuzik Punk Mencari Tuhan Yang Beriman Dengan Surah Al-Ikhlas
Oleh: hanzarbosnia
"Suasana
kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih memilih
muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia
yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti
ketidak adilan sosial dan masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak
difahaminya yang berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya
sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.
Sebagai seorang
punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh
badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya,
beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar berkenaan kekayaan, wang
dan harta sebagai erti dan tujuan kehidupan di sebagaimana difahami
umum di barat. Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau
sentiasa tercari-cari jawapan akan semua persoalan yang bersarang dalam
fikirannya.
Suatu hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan.
Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Beliau mula
mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama
dan ideologi-ideologi manusia yang lain. Dibesarkan dalam komuniti
Kristian, beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu
berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya
yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan
yang diberikan itu. Baginya, adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila
Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan
memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah
perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa keatas alam ini memerlukan
perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula
beralih kepada agama lain.
Beliau mula mencari jawapan di dalam
agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung
yang disucikan. Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau
bertanya " Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu,
adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan
saya?'. Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara
yang amat buruk..". Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau
bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah
itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?". Ternyata jawapan
yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan
jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu
seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa.
Seterusnya, beliau
mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau
merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih
kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai
bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya
khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa
tersebut? Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk
bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada
pelbagai bangsa yang berbeza-beza.
Pencariannya mencari Tuhan
diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada
ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan
perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu kerana ia hanyalah
rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.
Suatu
hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet
yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang
dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada
pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis
didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula
melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui
maksud corak grafiti atau tulisan arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya
adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam. Beliau hakikatnya
tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk
menyelidikinya.
Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam
ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku
itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet
itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak
grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek
dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di
dalam buku tersebut.
Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan
surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja.
Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan sang Pencipta.
Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil
terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan
tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan
itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini
tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha
Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. Sudah pasti
akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu.
Dia
menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat
tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan
apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui
bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai
kuasa yang hakiki keatas setiap yang lain.
Jiwanya
membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin
dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau
tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai
seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama
Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat
mempelajari agama ini.
Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku
telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam.
Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya.
Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau
sampai di situ,para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke
masjid itu dan menyatakan bahawa ingin mengucapkan dua kalimah syahadah
dengan penampilan yang menggerunkan iaitu memakai rantai, tali pinggang
peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan
badannya. Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan
melafazkan dua kalimah syahadah disitu.
Itulah kisah hampir 20
tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother Abdul Malik,
seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.
Nota Editor: Pautan Youtube ditukar kepada pautan baru yang difikirkan sesuai, pautan asal tidak berfungsi/tiada capaian"
No comments:
Post a Comment