Tak terima perbezaan idea punca samseng politik
Muhammad Faizal, | 06 Dis 2012 |
SHAH ALAM:
Pencetus kepada wujudnya politik samseng berkemungkinan hasil daripada
kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini, kata
peguam Hanipa Maidin.
Bercakap dalam Wacana Sinar Harian hari ini beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, politik samseng itu juga wujud apabila pemain politik itu tidak mahu menerima kepelbagaian pandangan politik sebagai satu pertembungan sihat.
Malah katanya, ia menjadi lebih parah jika satu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka.
"Mereka selalunya merasakan idea mereka tak diterima, mereka tidak senang dan iri hati dengan idea orang lain, maka timbul politik samseng," katanya.
Wacana Sinar Harian ke-16 hari ini membincangkan tajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?"
Wacana tersebut dibarisi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Bekas Ketua Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.
Penganalisis Politik, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar pula bertindak sebagai perantara wacana tersebut.
Menurut Hanipa lagi, politik samseng mungkin boleh dielak jika parti-parti politik melihat pertembungan idea sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh semua pihak.
"Bila suasana pertembungan idea yang sihat dapat kita lakukan maka budaya samseng itu tidak akan berlaku dan selepas itu biarlah rakyat yang membuat pilihan siapa yang mereka pilih," jelasnya.
Hanipa juga berpendapat jika wujud kebebasan yang sekata untuk bersuara serta menyampaikan idea, maka suasana politik negara akan terus berlangsung dengan lebih aman.
"Di Malaysia kita lihat suasana samseng itu ditimbulkan oleh pemimpin itu sendiri yang tidak dapat menerima pendapat yang baru.
"Untuk menghapuskan suasana tersebut kita perlu lakukan perubahan terhadap kepimpinan yang ada, bila ini dilakukan saya pasti suasana itu kembali aman," jelas beliau

Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan
Muhammad
Faizal,
|
07 Dis 2012
|
Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam.Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian.
"Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng.
"Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau.
Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang.Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan.
"Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng.
"Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi.
Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik.
"Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik.
"Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.
No comments:
Post a Comment