BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali
ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan.
Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya
hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan
sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan
diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan
kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup
sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat,
solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini
memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan
akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi
pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda
Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan
bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan
jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti
mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih
selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak
betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat
kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada
kebersihan jiwa.
Kemudian
membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan
solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di
hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap
optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah
s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi
menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi
daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat
mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf
adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya
kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia
sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara
hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita
rindukan pertemuan dengannya.
Oleh
Ustaz Zawawi Yusoh
No comments:
Post a Comment