Semalam Imam Muda telah dinobatkan. Bertuah sungguh ibu dan ayah yang melahirkan anak-anak seumpama imam muda. Jika ramai lagi ibu-ibu dan keluarga Muslim yang berjaya melahirkan dan membesarkan anak-anak seumpama imam muda, InsyaAllah Negara Malaysia satu hari nanti akan menjadi sebuah Negara yang diberkati Allah. Tahniah Astro Oasis yang menerbitkan program ini.
Mudah-mudahan ini merupakan satu amal solih yang akan diberi ganjaran kepada pereka, idea dan segala orang yang terlibat dalam mengurus dan mengendalikannya sehingga menjadi program yang sungguh memberi kesan kepada setiap ibu dan ayah yang inginkan anak-anak yang solih.
Mengapa ? kerana pesan Rasulullah saw, apabila mati sahaja anak Adam maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan DOA ANAK YANG SOLEH kepada kedua ibubapanya.
Malangnya tidak banyak program seumpama ini diketengahkan berbanding dengan program yang lebih menjurus untuk menaikan nafsu dan syahwat terutama untuk golongan muda. Lambakan filem dari Indonesia yang mirip budaya orang Kristian terutama darisegi pakaian dan pergaulan, walaupun cuba ditonjolkan cirri-ciri agama, tetapi ternyata unsur-unsur Kristianisasi secara halus dipaparkan untuk tontonan masyarakat Melayu Islam.
Kisah-kisah khurafat dan mengagungkan makhluk halus seperti jin dan syaitan mendapat tempat di panggung-panggung wayang dan kaca TV. Ke mana agaknya hala tuju pemikiran masyarakat Melayu Islam hendak di bawa?
Apa kata para mufti, mengapa mereka diam membisu seribu bahasa, tetapi bila isu berkaitan dengan usaha untuk menegur pemerintah yang ada, maka sepantas kilat para alim ulama akan mengeluarkan fatwa. Habis semua mimbar jumaat , kuliah agama di masjid digunakan untuk menfatwakan bahawa BERSIH itu haram. Walhal peristiwa itu hanya sekedar untuk menyampaikan hasrat murni rakyat (memorandum) yang rasa kurang senang dengan kaedah dan tatacara pemilihan yang banyak berlaku penyelewengan. Adakah usaha untuk menegur pemerintah secara aman dituduh sebagai komunis atau apa sahaja gelaran ikut sedap hati pemerintah.
Kenapa soal fitnah, soal video lucah, soal rasuah, soal salahguna kuasa, tidak diambil peduli malahan tiada sebarang fatwa, malahan kuliah agama dimasjid dan surau tak pernah sentuhpun soal ini. Memang berjayalah dasar colonial dahulu yang memisahkan agama daripada pemerintahan.
Minggu lepas saya terdengar rancangan Pondok Warisan dalam Radio Ikim. Rancangan tersebut mentafsirkan kitab tua tulisan Sheikh Daud Patani berkaitan dengan keberkatan sesebuah negeri.
":Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya" (Al A;raf 96).
Apa yang saya dengar penulis kitab menyentuh beberapa peristiwa di mana pemerintah waktu itu cuba mengambi hak rakyat dan akibatnya Allah menghilamgkan keberkatan negeri tersebut. Ada satu peristiwa seekor unta yang banyak mengeluarkan susu milik seorang rakyat, tiba-tiba pemerintah negeri tersebut ingin mengambil hak rakyat tersebut, maka dengan takdir Allah, unta tersebut tidak mengeluarkan lagi susu.
Begitu juga kisah seorang pemimpin yang ingin merampas pokok kurma yang hasilnya luar biasa banyak, tetapi apabila diambil oleh pemimpin negeri tersebut, pokok kurma tersebut tidak lagi mengeluarkan hasil buahnya seperti sebelum itu. Begitu juga kisah sebuah teluk yang dipenuhi dengan ikan dan sehingga boleh diambil dengan tangan, tetapi kemudian apabila pemerintah melarang rakyat mengambil ikan di teluk tersebut maka, selepas itu teluk tersebut tiada ikan lagi yang datang ke teluk tersebut.
Inilah antara ciri-ciri negara yang dirahmati dan diberkati apabila pemerintahnya adil. Tetapi apa yang berlaku di setengah-setengah negara Islam, pemerintah merampas dan mengambil hak rakyat sesuka hati, maka negara tersebut sudah hilang keberkatannya. Semuanya naik harga.
Pagi ini, saya ke pejabat Suruhanjaya Pengurusan Air Negara di Bangunan Bank Islam, bertanyakan hal mengapa pelan rumah saya tidak diluluskan. (Jabatan yang lain telahpun mengeluarkan surat kelulusan. Maknanya pelan tersebut menepati piawaian pembinaan sebuah rumah kekal.) Jawapannya mengikut akta yang baru dikuatkuasakan, setiap pelan bangunan yang perlu kelulusan Indah Water perlu membayar RM120 bagi setiap meter isipadu. Dan bagi rumah setingkat lima bilik saya perlu menjelaskan bayaran RM600.00 Walaupun darisegi teknikal pelan tersebut boleh diluluskan tetapi selagi bayaran RM600.00 tidak dijelaskan maka pelan tersebut tidak akan diluluskan. Inilah slogan Rakyat Diutamakan.
Saya dimaklumkan oleh kakitangan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara ini adalah bayaran untuk tabungan akan datang bagi membiayai pembinaan sistem pembentungan. Pengguna / rakyat diminta menanggung kos yang belumpun kita rasai / nikmati. Sungguh Tidak Adil. Peraturan seumpama ini akan mengakibatkan kos pembinaan rumah melambung tinggi. Apalah nasib kepada rakyat yang belum pun ada rumah, mereka dipaksa menanggung kos yang tidak pasti mereka terima.
Saya sudah duduk rumah di Kuala Ibai lebih daripada 10 tahun, belum pernah sekalipun Indah Water datang menyedut najis, tetapi setiap bulan saya kena bayar bil Indah Water. Ini semua lebih menguntungkan korporat// sistem penswastaan.
Rumah encik pakai tangki septik ke? atau connected?
ReplyDelete