18 Cara Merawat Hati
Abu Basyer | Zulhafidz
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah
bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka
baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah
hati."
Bukhari dan MuslimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga
ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.
Terdapat 18 cara dan rawatan hati
yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada
penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya
mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta
bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada
Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan
memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan
kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan
ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan
akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan
muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa
bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan
qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk
kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber
makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan
penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur
dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur
dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu
anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan
duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ
عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)
Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya