Kewajipan mentauhidkan Allah
Sinar Harian 14 Julai 2012
 Ucapan Syahadah seorang Muslim mengandungi ikrar dan pengakuan terhadap
 ketunggalan ALLAH SWT sebagai ILAH yakni yang berhak disembah dan 
ditaati dengan sepenuh kecintaan,
pengharapan, ketakutan, ketundukan, dan kepatuhan.
pengharapan, ketakutan, ketundukan, dan kepatuhan.
Demikian pula Syahadah bahawa Muhammad adalah Rasul ALLAH membawa 
maksud segala hukum-hakam dan syariat daripada ALLAH SWT adalah apa yang
 disampaikan dan diajarkan Baginda SAW sebagai Rasul (Utusan) ALLAH SWT.
Tiada yang berhak diikuti dan ditaati secara mutlak dalam kalangan 
makhluk kecuali Rasulullah SAW kerana Baginda tidak bercakap melainkan 
dengan wahyu daripada ALLAH.
Firman ALLAH SWT dalam Surah Ali Imran ayat ke-32: Maksudnya: 
“Katakanlah (wahai Rasul): Taatlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka
 sesiapa yang berpaling (enggan mentaati ALLAH dan Rasul-Nya) maka 
sesungguhnya ALLAH tidak mencintai orang yang kafir”.
Kata Imam Abdul Rahman bin Nasir al- Sa’di RH (w.1376 H) dalam Tafsir beliau:
“Ini adalah perintah ALLAH kepada hamba-Nya dengan perintah yang paling umum iaitulah supaya mentaati (mematuhi)-Nya dan Rasul- Nya yang mana termasuk dalamnya Iman dan Tauhid dan apa yang menjadi cabangnya daripada amalan dan perkataan yang zahir dan batin, bahkan termasuk (dalam erti kata) mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya adalah menjauhi apa yang dilarang kerana menjauhi perkara yang dilarang sebagai satu kepatuhan kepada perintah ALLAH adalah ketaatan kepada-Nya. Maka sesiapa yang mentaati ALLAH dan Rasul-Nya maka mereka itulah orang yang berjaya. (Maka sesiapa yang berpaling) yakni: berpaling daripada mentaati ALLAH dan Rasul-Nya maka tiada lagi di sana untuk dirujuk keadaannya melainkan sebagai suatu kekufuran dan mentaati Syaitan yang derhaka.” (Taisir al-Karim al-Mannan, m.s128).

Firman ALLAH SWT dalam Surah al- Ahzab ayat ke-36, yang bermaksud:
“Dan tidaklah patut bagi seorang mukmin dan tidak pula bagi seorang Mukminat jika ALLAH dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu keputusan lalu mereka mempunyai pilihan (selain daripada hukum ALLAH dan Rasul) dalam urusan mereka, sesiapa yang menderhaka kepada ALLAH dan Rasul-Nya maka dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Kata al-Hafiz Ibn Katsir r.h (w.774 H) dalam Tafsir beliau: “Maka ayat 
ini adalah umum dalam semua urusan, iaitu apabila ALLAH dan Rasul-Nya 
telah memutuskan suatu hukum maka tiada lagi hak bagi sesiapa pun 
menyelisihkannya dan tiada lagi pilihan lain, tiada lagi pendapat dan 
perkataan (selainnya)”. (Tafsir al-Quran al-Azim, 6/423)
Mempertuhankan orang agama
Demikian juga terdapat ayat yang mencela perbuatan mengambil hukum dan menjadikan hukum makhluk mendahului hukum ALLAH dan Rasul-Nya. ALLAH menamakan mereka yang melakukan perkara ini sebagai syirik:
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Mereka mengambil ulama mereka dan ahli ibadat mereka sebagai tuhan selain ALLAH demikian juga mereka menjadikan al-Masih anak Maryam (sebagai Tuhan selain ALLAH) sedangkan mereka tidak diperintahkan melainkan hanya untuk beribadat kepada Ilah (sembahan) yang satu, Tiada sembahan yang berhak disembah selain Dia Maha Suci Dia daripada apa yang mereka sekutukan”. (Surah At-Taubah : 31)
Perbuatan kaum Yahudi dan Nasrani menyembah ulama mereka dan ahli ibadat ditafsirkan Rasulullah SAW dalam hadis berikut: Daripada ‘Adi bin Hatim RA kata beliau: “Aku datang kepada Rasulullah SAW (untuk memeluk Islam) sedangkan di leher ku ada Salib daripada emas seraya Baginda bersabda: “Wahai ‘Adi, buanglah berhala ini daripada leher mu”. Kata Adi: Maka aku membuangnya. Aku mendekat kepada baginda sedangkan Baginda membaca Surah al-Baraah/At-Taubah lalu Baginda membaca ayat ini (ayat 31). Kata ‘Adi: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami tidaklah menyembah mereka”.
Lantas kata Baginda: “Bukankah mereka mengharamkan apa yang ALLAH 
halalkan lalu kamu turut mengharamkannya, mereka menghalalkan apa yang 
ALLAH haramkan lalu kamu turut menghalalkannya?” Kata ‘Adi: Jawab ku: 
Bahkan (demikianlah yang kami lakukan).
Sabda Baginda SAW: “Itulah bentuk peribadatan terhadap mereka”. 
(Riwayat At- Tarmidzi, al-Tabrani) Ayat celaan ini menunjukkan bahawa 
perbuatan menjadikan selain ALLAH dan Rasulullah SAW sebagai pembuat 
hukum dan mengikut hukum selain daripada apa yang ALLAH dan Rasul-Nya 
sudah tetapkan adalah maksiat dan boleh membawa pelakunya kepada syirik 
jika diyakini makhluk itu mempunyai kedudukan yang setara dengan ALLAH 
dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara.
 Namun, keadaan Umat Islam hari ini menzahirkan bahawa mereka semakin 
jauh daripada hukum ALLAH dan Rasul-Nya, mereka menjadikan makhluk 
sebagai sumber hukum dan meninggalkan wahyu ALLAH di belakang.
Hal ini dapat kita lihat dalam beberapa fenomena seperti sikap Taklid 
Buta dan Fanatik Mazhab yang dicela dalam Syariat Islam sebagaimana kata
 Imam al-Syafii RA: “Kaum Muslimin telah bersepakat bahawa wajib atas 
sesiapa yang jelas baginya Sunnah Rasulullah SAW maka tidak boleh 
baginya untuk meninggalkannya kerana perkataan sesiapa pun daripada 
manusia lain”. (I’lam al- Muwaqqi’ien, Ibn al-Qayyim, 1/6).
Bahkan yang wajib atas orang yang beriman adalah mengikut dalil yang 
sahih dan jelas daripada al-Quran dan Sunnah atas kefahaman Salafus 
Soleh walaupun ia berlawanan dengan mazhab dan pendapat tokoh yang 
mereka ikuti.
Hukum makhluk
Demikian juga aliran pemikiran yang menyeru kepada kepercayaan bahawa hak mengharamkan sesuatu dan menghalalkannya berada secara mutlak di tangan makhluk dan kuasa membuat
undang-undang secara mutlak berada di tangan makhluk, tidak terikat dengan hukumhakam syariat Islam seperti aliran demokrasi, liberal, kapitalisme dan sosialisme.

Kepercayaan yang terkandung dalam aliran tersebut boleh menjadikan 
orang yang mempercayainya kufur dan terkeluar daripada Islam kerana 
percaya bahawa ada kuasa lain yang setanding dengan ALLAH SWT dalam 
menetapkan perundangan dan syariat.
Segala kemunduran dan kelemahan yang menimpa umat Islam pada masa kini 
adalah kerana mereka jauh daripada petunjuk wahyu dan panduan Rabbani 
maka tidak dapat tidak ubat bagi segala penyakit umat ini hendaklah 
mereka kembali kepada agama mereka secara sempurna baik rakyat mahupun 
pemerintah, tua mahupun muda, lelaki mahupun wanita.
Ingatlah nasihat emas Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab RA kepada 
kita: “Adalah kita suatu ketika dahulu kaum yang paling hina kemudian 
ALLAH muliakan kita dengan Islam maka jika kita hendak mencari kemuliaan
 dengan selain yang ALLAH telah muliakan kita dengannya (Islam) maka 
kita akan dihinakan oleh ALLAH”. (Riwayat al- Hakim dalam al-Mustadrak).
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Mereka mengangkat pendeta dan alim 
ulamanya menjadi tuhan, selain daripada ALLAH, begitu juga Al Masih anak
 Maryam, sedang mereka tiada disuruh, melainkan supaya menyembah Tuhan 
yang Esa, tiada Tuhan kecuali Dia. Maha Suci Tuhan daripada apa yang 
mereka persekutukan." (Surah At- Taubah : 31)
Muhammad Asrie Sobri ialah Pengerusi Kelab Sekretariat iLMU Cawangan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

No comments:
Post a Comment