Doa yang paling digeruni iblis
Muhammad bin Wasi’ mengatakan bahawa pada suatu hari
ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, iblis muncul dihadapannya dan
berkata “Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah aku?” Beliau menjawab “ Siapa
engkau ini?” Ujar iblis, “Aku iblis”. Engkau mahu apa?. Tanya Muhammad.
Iblis menjawab sambil merayu
“Engkau jangan ajarkan kepada sesiapa pun
doa itu dan aku berjanji tidak akan menganggumu.
Muhammad bin Wasi’ menjawab dengan tegas “
Demi Allah aku tidak akan halang sesiapa pun untuk mempelajarinya dan
engkau buatlah apa yang engkau hendak buat.
Tahukah sahabat-sahabat doa apakah yang Muhammad bin Wasi’ bacakan tiap-tiap pagi hingga iblis begitu gerun mendengarnya?
اللهُمَّ إنَّكَ سَلَطْتَ
عَلَيْنَا عَدُوًّ بَصِيْرًا بِعُيُوْنِنَا, يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ
مِنْ حَيْثُ لَا نَرَاهُمْ أَللهُمَّ فأَيِسَهُ مِنَّا كَمَا أَيَسَتْهُ
مِنْ رَحْمَتِكَ،
وَقَنَّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر
وَقَنَّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر
Maksudnya: Wahai Allah engkau telah mentakdirkan kepada kami
menghadapi musuh yang sangat arif tentang kelemahan kami. Ia dan
sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah
engkau jadikanlah ia berputus asa untuk menggoda kami sepertimana ia
berputus asa dari rahmatmu, haramkanlah ia bagi kami, sebagaimana engkau
mengharamkan ia dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya
sebagaimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau
berkuasa melakukan apa sahaja.
Catatan : Doa ini ana dapat dari Madrasah Solehah ketika mempelajari
tentang Akidah bersama Ustazah Norhafizah Musa sebagai perkongsian
bersama. Amalkan pada tiap-tiap pagi. Insyaallah, kita tidak akan
diganggu iblis laknatullah. Moga kita semua dijauhkan dari tipu daya
iblis laknatullah. Selamat beramal (^^,).
Sumber: http://ilusimindaku.blogspot.com/2011/10/doa-yang-paling-digeruni-iblis.html
No comments:
Post a Comment